Wednesday 30 May 2012

Takdir Buat Kita [JIUK] Bab 31

Ada sape2 rindukan JIUK tak? hehe... ni bab 31... smoga terus setia bersama JIUK... syg korang sume selamanya!


Aimuni memerhati lelaki separuh umur yang kelihatan kepenatan di atas bangku kayu itu. Lelaki itu berpeluh setelah berjogging mengelilingi kawasan riadah itu beberapa kali. Lelaki itu nampak muda daripada usia sebenarnya. Jika dilihat dari sisi, Ariel seiras dengannya. Hidung mancung suaminya itu mungkin diwarisi daripada lelaki itu.
Aimuni berpura-pura melepaskan lelah dibangku yang sama. Dia mengerling ke arah bapa mertuanya itu sekilas. Ternyata lelaki itu tidak membawa air mineral. Aimuni memandang air mienralnya yang masih tidak terusik itu.
“Pakcik nak air?” Tawar Aimuni seraya menghulurkan botol air mineral itu. Datuk Syed Fakri tersentak. Dia memandang wanita muda yang sedang tersenyum menghulurkan sebotol air mineral untuknya. Orang Terengganu ni memang terlebih peramah ke?
“Tak apalah. Pakcik tak dahaga,” tolak Datuk Syed Fakri lembut. Senyuman ikhlas terukir dibibir lelaki itu. Aimuni tergamam. Senyuman itu sama seperti senyuman suaminya. Mereka memang mempunyai banyak persamaan kecuali pada bahagian anak mata. Anak mata hazel suaminya tentu diwarisi daripada Puan Nuralia.
“Pakcik baru pindah ke sini ke?” Soal Aimuni untuk memanjangkan perbualan mereka.
“Tak. Pakcik dari KL. Ada urusan kerja kat sini,”jawab Datuk Syed Fakri jujur. Entah kenapa dia senang berbual dengan wanita muda itu. Wanita muda itu nampak ramah dan sedang untuk didekati persis Puan Nuralia.
“Pakcik menginap kat mana sekarang ni? Maksud saya, pakcik ada rumah sendiri ke kat Terengganu ni?” Tanya Aimuni biarpun dia sudah tahu semua perkara tentang bapa mertuanya itu lebih awal. Datuk Syed Fakri terdiam beberapa saat. Wajah Puan Nuralia terbayang diruang mata.
“Pakcik menginap sementara dekat Hotel Grand Continential. Tapi bekas isteri pakcik asal sini. Dia ada rumah dekat Taman Chendering Utama,” jawab Datuk Syed Fakri tanpa mencurigai menantunya itu. Aimuni tersenyum. Tentu papa tengah teringatkan mama, desis hatinya.
“Pakcik datang seorang aje ke?”
“Ya. Wife pakcik tu susah sikit kalau pakcik ajak ke mana-mana. Dia lebih suka hang out dengan kawan-kawan dia daripada temankan pakcik.” Ada nada sedu di dalam kata-kata itu. Aimuni memandang wajah bapa mertuanya yang mendung itu. Tentu ibu tiri Ariel seorang yang cantik dan bergaya.
“Tentu dia cantik,” ujar Aimuni.
“Cantik pada mata dunia,” balas Datuk Syed Fakri selamba. Aimuni tersentak. Menyesalkah lelaki itu?
“Pakcik tak ada anak?” Lelaki separuh umur itu nampak sedikit sentap mendengar pertanyaan Aimuni. Perlahan-lahan dia mangangguk.
“Ada. Anak tunggal pakcik dengan bekas isteri pakcik. Dulu dia tinggal dengan pakcik tapi lepas dia kahwin, dia tinggal dengan bekas isteri pakcik. Dah lama kami tak jumpa,” jawab Datuk yed Fakri.
“Pakcik tak rindukan dia?”
“Siapa yang tak rindu anak sendiri tapi pakcik banyak buat salah pada dia. Rasa malu nak jumpa dia tu menebal dalam diri pakcik ni,” luah Datuk Syed Fakri tanpa teragak-agak. Sungguh dia senang dengan wanita muda yang dia sendiri tidak ketahui namanya itu.
“Semua orang pernah buat salah pakcik. Tentu anak pakcik akan maafkan pakcik. Lagipun pakcik ni ayah kandung dia,” ujar Aimuni untuk menyedapkan hati lelaki itu.
“Semoga apa yang awak katakan itu benar,” kata Datuk Syed Fakri dengan nada penuh mengharap.
“InsyaAllah, pakcik. Air yang dicincang tak akan putus,” tambah Aimuni pula. Bapa mertuanya itu tersenyum manis.
“Awak ni nama apa? Dah lama berbual sampai lupa nak tanya nama,” ujar Datuk Syed Fakri. Aimuni sedikit menggelabah. Nama? Alamak, nak bagi nama apa ni?
“Aimuni. Nama saya Aimuni, pakcik,” jawab Aimuni teragak-agak.
“Aimuni. Macam nama menantu pakcik.” Perlahan suara itu kedengaran. Aimuni tersentak. Papa ingat aku?
“Aimuni boleh panggil pakcik, Pakcik Syed.” Aimuni mengangguk. Papa bukan seorang yang sombong.
“Aimuni dah kahwin?” Soal lelaki itu apabila Aimuni hanya mendiamkan diri.
“Panggil aje Ai, pakcik. Ai dah kahwin. Dah setahun lebih,” jawab Aimuni jujur. Ai kahwin dengan Ariel, anak papa. Mahu sahaja dia mengatakan kbenaran itu namun akalnya segera menghalang.
“Dah ada anak ke?” Aimuni tersenyum pahit. Anak? Ai pun nak anak jugak tapi masih tak ada rezeki, papa.
“Belum lagi.” Aimuni tertunduk. Datuk Syed Fakri sedikit gelisah. Terasa bersalah kerana bertanyakan soal itu.
“Maafkan pakcik kalau soalan pakcik buat Ai tak selesa,” pinta Datuk Syed Fakri dengan penuh ikhlas.
“Eh, tak ada apa-apalah. Ai okey aje cuma sedih sikit bila orang tanya soal anak ni.” Aimuni cuba memberi senyuman yang ikhlas namun ternyata dia tidak mampu.
“Kalau ada rezeki Ai, adalah nanti tu.”
“Pakcik macam mana? Dah jadi datuk ke ni?” Soal Aimuni menduga.
“Dah lama ada pangkat datuk cuma cucu aje tak ada lagi,” jawab Datuk Syed Fakri.
“Macam mana pakcik tahu pakcik tak ada cucu lagi sedangkan pakcik cakap dah lama pakcik tak jumpa anak pakcik?” Aimuni sedikit sangsi dengan kenyataan bapa mertuanya itu.
“Pakcik selalu ikuti perkembangan anak pakcik.”
“Err… Macam mana tu?” Soal Aimuni berminat untuk tahu.
“Pakcik pasang spy,” jawab Datuk Syed Fakri dengan senyuman. Aimuni tersentak. Spy?
“Kenapa pakcik tak jumpa aje mereka secara berdepan? Tentu menantu pakcik nak kenal pakcik,” ujar Aimuni dengan nada sebak. Mahu sahaja dia memeluk lelaki itu.
“Pakcik takut menantu pakcik tak dapat terima pakcik. Dulu pakcik tak sukakan dia. Bila dia accident, pakcik rasa bersyukur sangat lebih-lebih lagi bila dapat berita yang dia hilang tanpa dapat dikesan. Bekas isteri pakcik yang uruskan anak pakcik yang hampir hilang akal sebab kehilangan isteri dia. Pakcik jahatkan?” Datuk Syed Fakri memandang Aimuni dengan mata berair. Aimuni dapat merasakan seksa yang ditanggung bapa mertuanya itu.
“Mereka accident macam mana?” Soal Aimuni dengan nada teruja untuk tahu.
Accident tu dah dirancang oleh seseorang tapi pakcik tak tahu siapa. Ramai yang tuduh pakcik termasuk bekas suami pakcik sendiri sebab sebelum anak pakcik berkahwin, pakcik pernah mengugut ibu menantu pakcik tu. Sampai sekarang perancang sebenar masih terlepas sebab itu pakcik pasang spy untuk jaga keselamatan anak menantu pakcik,” cerita Datuk Syed Fakri tanpa sedikit pun ragu.
“Pakcik pernah jumpa menantu pakcik?”
“Tak pernah. Pakcik berharap sangat yang pakcik akan dapat jumpa dia dan minta maaf dengan dia sebelum pakcik meninggal,” jawab Datuk Syed Fakri penuh harapan. Airmata Aimuni meleleh keluar. Ya Allah, satukan keluarga kami, desis hati Aimuni.
“Pakcik, Ai minta diri dulu. Ai kena masuk kerja,” Aimuni meminta diri setelah waktu hampir menginjak ke pukul 8 pagi. Bapa mertuanya itu mengangguk faham dengan tugas Aimuni.
“Bila lagi kita boleh jumpa? Pakcik suka berbual dengan Ai.” Sebak Aimuni mendengar pertanyaan itu.
“InsyaAllah kalau umur kita panjang kita akan berjumpa jugak. Pakcik jaga diri baik-baik tau,” pesan Aimuni. Lelaki itu mengangguk senang hati.
“Assalamualaikum.” Aimuni berlalu setelah salamnya dibalas oleh Datuk Syed Fakri. Hari ini dia tahu sesuatu. Papa tak bersalah dan dia perlu mencari jalan untuk satukan keluarga mereka.

Ariel picit kepala sendiri. Addi dihadapannya hanya memerhati gelagat temannya itu. Bila sudah selesai satu masalah, masalah lain pula yang datang. Addi bersimpati dengan nasib Ariel namun apakan daya, dia sendiri tidak tahu cara yang macam mana dia perlu lakukan untuk menolong sahabatnya itu.
“Kau nak buat apa lepas ni?” Soal Addi. Meja Ariel yang berselerakan dengan segala macam kertas kerja itu dibiarkan begitu sahaja oleh Ariel.
“Aku tak tahu, Di. Aku buntu sekarang ni.”
“Ai macam mana? Kau nak terus rahsiakan semua ni daripada dia?” Ariel panggung kepala memandang Addi. Matanya memerah.
“Aku takut kalau aku berterus terang, itu hanya akan buat dia sakit hati tapi kalau terus macam ni aku boleh jadi gila,” jawab Ariel. Dia melurut rambutnya yang semakin memanjang ke belakang.
“Kau patut jujur dengan dia, Riel. Kau tak boleh terus macam ni. She’s have the right to know about this. She’s your wife. Kau jangan nak tempah bala sendiri, Riel.” Addi mengutarakan pendapatnya sendiri.
“Aku tak tahu, Di.”
“Jangan sampai dia dengar daripada mulut orang lain, Riel. Kau hidup satu bumbung dengan dia. Kerja satu company dengan dia. Lama-lama orang akan bercakap tentang semua ni lebih-lebih lagi sekarang ni. Sara tu dah berani datang jumpa kau kat sini. Sampai bila kau boleh rahsiakan semua ni dari Ai? Kau fikirlah betul-betul sebelum Ai buat andaian sendiri. Masa tu kau nak menyesal pun dah tak guna,” ujar Addi panjang lebar.
“Kenapa Sara buat aku macam ni, Di?”
“Dia sayang kau, Riel. Tentu dia takkan lepaskan kau selagi kau belum mejadi hak dia,” jawab Addi membuat andaian sendiri.
“Sebelum ni dia tak macam tu.”
“Mungkin dia cemburu tengok kau bahagia dengan Ai sedangkan dia tak mampu bahagia lebih-lebih lagi dengan penyakit yang dia ada tu,” balas Addi.
Ariel terdiam. Dia langsung tidak menyangka Sara akan bertindak begitu selepas pertemuan mereka direstoren beberapa hari yang lalu. Sara sering menghantar pesanan melalui sms kepadanya. Jika dia tidak membalasnya, gadis itu akan mengugut untuk datang ke apartment dan berjumpa sendiri dengan Aimuni. Dalam keterpaksaan, dia membalas jua sms gadis itu. Namun ternyata ugutan itu tidak terhenti disitu, Sara sudah berani datang ketempatnya bekerja dengan alasan untuk berjumpa Suhana. Ariel bingung sendiri bagaimana dia mahu membuat Sara faham bahawa tiada cinta dihatinya untuk gadis itu.

“Kau ni kenapa, Sara? Kau tahu yang Ariel tu dah beristeri tapi kenapa kau still kejar dia? Bukankah kau sendiri yang bagitahu aku yang kau dah lepaskan Ariel?” Suhana memandang temannya itu yang sedang memintal hujung tudung sendiri. Keadaan kafe itu sedikit sunyi.
“Kau tak faham apa yang aku rasa, Su. Aku sayangkan Ariel sedari kecil. Susah untuk aku lepaskan dia lebih-lebih lagi bila aku dah jumpa dia balik ni. Aku yang layak untuk dia bukan perempuan tu,” balas Sara dengan nada tegas. Mungkin dahulu dia mengalah kerana sakitnya namun kini dia mahu berjuang untuk hidupnya yang tersisa ini. Dia mahu mengecap bahagia sebelum dia meninggalkan dunia ini.
But, dia dah beristeri.”
“Ariel mampu untuk kahwin lebih daripada satu, Su. Aku tak minta dia ceraikan isteri dia tapi aku cuma nak jadi isteri dia yang sah. Aku nak jadi isteri Ariel aje,” ujar Sara dengan nada sebak. Suhana jadi tergamam sendiri. Begitu tekad Sara mengatakan apa yang dia inginkan.
“Kau tak fikir ke tentang perasaan wife dia nanti macam mana?” Soalan Suhana mengundang senyuman Sara yang tampak sedikit suram.
“Siapa yang sanggup berkongsi kasih suami, Su.”
“Kalau kau dah tahu macam tu kenapa kau still nak jadi wife Ariel?” Soal Suhana dengan nada keras. Dia kasihankan Aimuni yang sampai kini tidak tahu apa yang berlaku dibelakangnya.
“Kau tentu nak hidup dengan orang yang kau sayang sebelum kau mati. Begitu jugak dengan aku. Sebelum aku mati, aku nak hidup dengan Ariel. Aku nak jadi isteri dia walaupun untuk sesaat. Wife dia tentu faham kenapa aku nak jadi isteri kepada suami dia. Aku tahu wife dia baik even aku tak pernah jumpa dia,” akui Sara.
Are you really serious about this? Papa kau macam mana? Boleh ke dia terima kau jadi isteri kedua Ariel?” Duga Suhana.
“Papa takkan pernah membantah apa yang aku inginkan,” jawab Sara dengan nada yakin.
“Jangan terlalu yakin, Sara,” Suhana mengingatkan gadis itu.
“Aku yakin dengan papa aku, Su. Aku kenal papa aku macam mana. Dia takkan halang kebahagiaan anak dia sendiri,” balas Sara dengan senyuman yang tidak lekang dari wajahnya.
Suhana terdiam. Dia mengacau air fresh orange yang dipesan tadi. Dia sendiri sudah penat untuk menghalang keinginan Sara itu. Addi juga kadang-kala sedikit tertekan dengan situasi yang dihadapi oleh Ariel itu. Mereka kasihankan Ariel dan Aimuni namun jika difikirkan tentang sakit Sara, mereka jadi tidak sanggup untuk terus-terusan menjauhkan Sara daripada Ariel.
“Assalamualaikum.” Sapa satu suara. Suhana tersentak. Dia segera memandang ke arah gerangan suara lembut itu. Wajah ayu Aimuni yang bertudung warna ungu cair itu menyapa pandangan matanya. Bala atau apa ni?
“Wa’alaikumsalam,” jawab Suhana dan Sara serentak.
Join boleh?” Pinta Aimuni.
“Silalah. Lebih ramai lebih meriah,” ujar Sara dengan senyuman.
“Su okey ke ni?” Soal Aimuni apabila melihat wajah pucat Suhana. Dia mengambil tempat disisi Suhana.
“Okey. Penat sikit,” bohong Suhana dalam keterpaksaan. Aimuni tersenyum tanpa sebarang keraguan.
“Addi bagi kerja banyak sangat ke?” Soal Aimuni lagi. Dia mengusap-usap bahu Suhana.
“Tak adalah. Saya aje yang banyak bergerak hari ni,” jawab Suhana dengan senyuman.
“Kawan Su ke?” Aimuni menyoal Suhana seraya memandang Sara. Gadis itu tersenyum ke arah Aimuni.
“Sara Farhana. Just call me Sara,” ujar Sara seraya menghulurkan tangan untuk bersalam. Aimuni menyambut dengan senang hati.
“Aimuni Syakira. Panggil saja Ai,” balas Aimuni pula. Wajah Sara sedikit berubah. Dia segera memandang Suhana untuk meminta kepastian. Suhana melarikan pandangannya ke arah lain.
“Awak datang sini nak jumpa Su ke?” Sara mengangguk lemah. Isteri Ariel kini berada dihadapannya dan sedang berbual mesra dengannya tanpa mengetahui hakikat sebenar bahawa Sara mahu merampas suaminya.
“Awak kerja kat sini?” Soal Sara sekadar berbasi-basi. Wajah Aimuni diteliti. Cantik!
“A’ah. Suami saya yang beria-ia sangat suruh saya kerja kat sini,” jawab Aimuni dengan nada gembira. Sara menahan rasa sakit hati sendiri.
“Suami awak?”
“Ya. Syed Zafril Haqim.” Suhana hanya mendiamkan diri. Dia tidak berminat untuk campur perbualan antara Sara dan Aimuni biarpun dia nampak api cemburu dimata Sara.
“Awak dah lama ke kenal Su?” Sambung Aimuni lagi.
“Lama juga. Sejak kami sama-sama menuntut di USM dulu,” jawab Sara.
“Oh, lama juga tu. Tentu awak berdua ni rapat. Awak kerja kat mana?” Soal Aimuni lagi. Sara teragak-agak untuk menjawab.
“Saya tak kerja. Saya datang sini untuk bercuti dengan family. Kebetulan Su ni tinggal dekat area sini, saya ambillah peluang ni untuk jumpa dia,” jawab Sara.
“Baguslah tu. Selalunya bila kita dah habis belajar dan dah ada komitment masing-masing, susah dah nak jumpa kawan-kawan,” ujar Aimuni pula.
“A’ah,” balas Sara perlahan. Ternyata bakal madunya itu seorang yang peramah.
“Su, kenapa diam aje ni?” Tegur Aimuni apabila melihat kelakuan Suhana yang bagai cacing kepanasan itu.
“Tak ada apa-apalah. Awak dah nak balik ke ni?” Soal Suhana kembali. Aimuni mengangguk.
“Saya tunggu Ariel ni. Dia pergi jumpa dengan Addi. Dia suruh saya tunggu kat sini. Kejap lagi dia turun,” jawab Aimuni.
Suhana memandang Sara. Dia mahu memberitahu gadis itu agar segera berlalu sebelum Ariel datang namun ternyata Sara mendengar berita itu dengan senyuman. Apakah gadis itu mahu melakukan sesuatu yang tidak masuk akal?
“Ha, tu pun dia. Addi pun ada sama,” ujar Aimuni tiba-tiba. Jantung Suhana sudah berdegup dengan kencang. Sara masih dengan sikap selambanya. Masing-masing memandang ke arah dua lelaki yang sedang berbual sambil berjalan menuju ke arah mereka bertiga.
Ariel berubah wajah apabila melihat Sara bersama Aimuni. Dipandang wajah Addi yang turut berubah itu. Sara menghulurkan senyuman buat Ariel dan Addi. Teragak-agak mereka berdua membalas senyuman itu. Ariel memandang wajah Aimuni yang ceria itu. Hatinya sedikit lega. Tentu Aimuni masih tidak mengetahui apa-apa.
“Err… Hai, Sara,” sapa Addi dengan nada teragak-agak. Sara tersenyum lucu melihat gelagat Addi yang sedikit kelam-kabut itu. Aimuni terasa sedikit kelainan disitu.
“Abang dah ambil tas tangan ayang?” Celah Suhana. Addi memandang isterinya yang berbadan dua itu dengan pandangan berterima kasih.
“Dah. Meja ayang pun abang dah kemaskan sekali,” jawab Addi dengan nada bangga.
“Banggalah tu dapat kemaskan meja wife,” usik Ariel.
“Eh, mestilah. Aku sayang wife aku ni. Kau tu aje yang rugi. Sayang wife tapi letak wife kat jabatan aku. Bila sibuk sikit, dah jadi susah nak cari masa untuk jumpa wife sendiri,” balas Addi. Wajah Sara sedikit berubah. Sakit telinganya mendengar kata-kata Addi namun hatinya lagi sakit apabila melihat wajah ceria Aimuni.
“Kat office susah nak jumpa tapi kat rumah boleh lepaskan rindulah. Lagi romantik. Betul tak Fie?” Aimuni tertawa. Suhana turut mengukir senyuman biarpun dia dapat melihat wajah Sara yang berubah tegang itu.
“Mengarut aje korang berdua ni. Bie, malam ni makan kat luar nak? Kita makan ramai-ramai. Kawan Su ni tentu nak pergi jalan-jalan kat area Kuala Terengganu ni. Boleh kita bawak dia pergi makan ikan bakar kat Kuala Ibai,” ajak Aimuni.
“Bie  okey aje tapi kawan Su tu nak ke?” Mata Ariel mengerling ke arah Sara. Gadis itu tergamam. Ariel berpura-pura tidak mengenalinya?
“Sara boleh aje kalau orang sudi nak bawakkan. Tak gitu, Su?” Suhana terangguk-angguk apabila Sara menyebut namanya. Ariel memandang senyuman sinis Sara itu. Ariel tahu gadis itu sedang memerlinya kerana berpura-pura tidak mengenali Sara.
“Nanti kita boleh terus singgah rumah mama kejap,” usul Aimuni.
Suhana memandang Addi. Addi pula memandang Ariel yang sudah pucat itu. Rumah Puan Nuralia? Bagaimana mahu menutup pembohongan itu jika Puan Nuralia membongkarnya? Sara dan Puan Nuralia saling mengenali dan mungkin Aimuni akan pelik dengan situasi mereka nanti.
“Buat apa rumah mama? Esokkan kita kerja. Nanti lambat pulak balik rumah. Bukan Fie tak kenal mama tu. Selagi dia tak puas berborak, selagi itu dia tak lepaskan kita balik,” ujar Ariel mencari alasan.
“Mana ada mama macam tu,” tingkah Suhana tiba-tiba. Addi dan Ariel berpandangan. Su ni nak masuk pakatan mana?
“Yelah. Betul cakap Su tu. Mama cuma rindukan kita sebab kita ni jarang pergi rumah dia. Bie dengan Addi tu kalau dah mengadap kerja, dunia bergegar pun tak perasan. Mama yang kerja satu bumbung tu pun susah benar nak jumpa dengan korang berdua,” bebel Aimuni.
“Mana pernah dunia ni bergegar masa kami buat kerja,” ujar Ariel selamba.
“Bie!” Aimuni menarik muka masam. Addi dan Suhana tertawa. Ariel memegang bahu Aimuni. Dia menunduk merapati telinga isterinya yang terlindung di dalam tudung itu.
“Malam ni Bie pujuk tapi kena balik awallah,” bisik Ariel. Aimuni tersengih malu. Sara berpaling ke arah lain.
“Oit, apa main bisik-bisik ni?” Tegur Addi. Ariel menegakkan badannya kembali. Matanya beretembung pandang dengan mata Sara yang memerah itu. Segera Ariel melarikan pandangan matanya daripada terus menikam anak mata Sara.
Jealous!” Ujar Ariel.
“Dah. Jom kita pergi,” ajak Suhana apabila merasa suasana bakal menjadi panas. Sara bukanlah jenis yang sangat penyabar.
“Su, korang pergi ajelah. Aku nak balik hotel,” putus Sara. Dia sudah tidak sanggup untuk berada bersama mereka dan melihat kemesraan antara Ariel dan Aimuni.
“Eh, kenapa pulak?” Soal Suhana berpura-pura tidak faham. Maafkan aku, Sara tapi aku harap kau boleh tanamkan niat kau untuk jadi isteri kedua Ariel bila kau tengok kemesraan mereka tu. Sanggup ke kau runtuhkan kebahagiaan mereka?
“Yelah, Sara. Kenapa tak nak join?” Soal Aimuni pula. Sara memandang Aimuni. Sudah kalahkah dia sebelum berjuang?
“Saya rasa tak sedap badan,” jawab Sara.
“Kau okey ke ni?” Sara mengangguk menjawab pertanyaan Suhana.
“Boleh drive sendiri ke?” Soal Ariel pula dengan nada risau yang tidak dibuat-buat. Sara tersenyum sinis.
“Nak hantarkan ke?” Ariel terdiam. Addi tersentak mendengar pertanyaan itu. Sara buat-buat ketawa. Aimuni sedikit resah.
Just kidding. I’m okay. Lagipun saya datang dengan teksi,” ujar Sara seraya bingkas bangun. Tas tangannya dicapai.
Take care,” pesan Suhana sebelum bersalaman dengan gadis itu. Sara mengangguk. Usai bersalaman dengan Aimuni, gadis itu berlalu tanpa memandang Ariel. Sungguh dia terluka saat itu. Melihat kemesraan orang yang disayangi dihadapan mata sendiri bukan sesuatu yang indah untuk dikenang malah menjadi igauan ngeri yang paling tidak mahu diingati!

7 comments:

  1. memng saja ke terus jump bab 31??

    ReplyDelete
    Replies
    1. ape2 pun cite nie mmg best...

      Delete
    2. a'a... lam usaha ngah siapkn citer ni n manuskrip utk dinilai...

      Delete
  2. wewit.,. maaf dah lama tak masuk sini... huhu... ow terus lompat2 ea.. urm ok2.. gud luck 4 ur manuskrip yep.. saya doakan awak.. ^^ ... jodoh tak bersyarat pun saya tengah usahakan buat manuskrip penuh, tapi mood nak menulis novel tu tergantunglah.. tatau tahun bila nak siap.. ghuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sme la kta... sejak dua menjak ni memang bz gler... nk mengadap lappy pun ase susah... xtaw la ble nk smbung JIUK ni... harap2 dpt la mse even sekejap utk menulis disamping kerja yang bertimbun tu.

      Delete
    2. hehe.. kan... bila dah ada masa, idea pulak hilang.. urm, saya baru dapat jawapan pasal manuskrip pertama saya.. alhamdulillah, dah lulus penilaian, tapi xtaulah bila keluar, lama lagi kot.. sekarang usaha siapkn JTB pulak.. sama2 lah kita usaha ek.. hehe.. ^_^

      Delete
    3. Yes! Sme2 la kita usaha ye.. :)

      Delete