Ini pun unedited. Main tulis aje. If ada yg silap, bolehlah gtaw ek. Keyh! Selamat membaca.
“Aku suka kat someone,
bang.”
Hazman pandang Afliq. Jalan
Newmarket yang dilalui oleh warga Auckland itu langsung tidak diendahkan. Kata-kata
Afliq lebih menarik perhatiannya saat ini. Ada hikmah rupanya dia bawak Afliq
hirup udara ‘segar’ ni.
“Kau nak
berubah sebab dia ke?” soal Hazman dengan nada lembut. Dia tidak cepat melatah.
Mahu memberi Afliq ruang untuk menjelaskan segalanya pada dia.
“Aku tak ada
matlamat hidup dulu, bang. Lepas aku jumpa dia, aku nampak sesuatu. Aku nampak future. Aku nampak diri aku sendiri.
Sejak aku kenal dia, aku rasa aku ‘hidup’ balik, bang.” Afliq gigih mencurah
rasa.
“Aku nak
kahwin dengan dia, bang. Tapi dia gadis baik. Aku jahat, bang. Aku nak jadi
baik jugak macam dia,” luah Afliq.
“Astaghfirullahalazim.
Am, kau sedar tak ni?” Hazman meraup wajah sendiri. Dia perlu berhati-hati
apabila berbicara soal hati dengan Afliq.
“Salah ke,
bang?” Wajah Afliq dah berubah mendung.
“Tak salah.
Suka, rindu, cinta, sayang. Tu semua fitrah. Allah yang kurniakan pada kita.
Tapi, jangan sampai yang fitrah itu bertukar menjadi fitnah, Am.” Afliq pandang
Hazman.
“Apa yang
salah sekarang adalah kau berubah kerana perempuan tu bukan kerana Allah. Am,
betulkan niat kau balik.” Hazman pandang Afliq yang sudah melemparkan pandangan
ke arah jalan raya.
“Kau nak
jadi baik. Yes! Aku sokong. Aku
setuju. Tapi kalau kau nak jadi baik sebab manusia, aku tak mampu nak kata
apa-apa. Sia-sia aje kau korbankan masa untuk belajar agama,” sambung Hazman.
Dia mengusap bahu Afliq.
“Apa aku
perlu buat, bang? Allah tak terima ke taubat aku?”
“Allah lebih
tahu, Am. Kau minta dengan dia. Pohon dengan dia tapi jangan sesekali lupa.
Allah tu Maha Pengampun. Dia menerima taubat hamba-Nya yang ikhlas. Jangan
sia-siakan peluang yang Allah berikan pada kau ni,” jawab Hazman.
“Hati kita
ni Allah yang pegang. Kalau dia nak kita jadi baik, insya-Allah baiklah kita.
Hidayah ni bila-bila aje Dia boleh bagi pada siapa-siapa yang Dia suka. Jadi,
bila Dia dah bagi hati kau rasa sesuatu untuk lebih mengenali Dia, jangan
berhenti berusaha, Am. Grab that
apportunity.” Hazman menarik nafas panjang. Dihembuskan perlahan-lahan.
“Rasulullah
ada bersabda, “Bahagialah hidup kat dunia
ni bagi orang yang mengumpul kebajikan untuk bekalan akhirat dan celakalah
hidup orang yang dipengaruhi dunia sehingga dia terhalang dari mengerjakan
amalan untuk akhiratnya.” Begitulah yang aku ingat,” ujar Hazman.
“Aku
termasuk dalam golongan celaka ke, bang?” Afliq dah rasa nak mengangis.
“Am, everyone deserves to give a second chance.
Allah tu Maha Penyayang. Dia tak pernah menghampakan hamba-hamba-Nya yang
ikhlas bertaubat pada-Nya. Apa yang penting sekarang adalah kau kena berusaha
untuk meraih cinta-Nya.” Hazman tarik senyum segaris. Bercakap banyak ni
memerlukan air untuk membasahkan tegak.
“Jom. Baci
Lounge.” Ajak Hazman.
“Moca latte,” pesan Afliq kepada waiter
lelaki yang berdiri menunggu order
dengan senyuman.
“Same.” Waiter itu mengangguk dan berlalu
ke kaunter.
Hazman
mengerling jam ditangan. Teringat kata-kata yang dipetik dari page Angel Pakai Gucci di facebook. Bila mana kita nak ajak orang kepada kebaikan dan
mencegah kemungkaran, perlulah kita melihat pada tahap kefahaman agama
seseorang itu dan sejauh mana dia boleh menerima nasihat dan teguran kita.
Sama kes seperti Afliq. Dia mahu
berubah menjadi baik dan sebagai seseorang yang menjadi tempat Afliq bersandar,
dia perlu mengenali Afliq. Dia tidak boleh membabi buta sahaja menyuruh Afliq
buat itu dan ini kerana kemungkinan lelaki itu akan terasa rimas dengan segala
benda yang baru diketahuinya itu. Menjadi seorang dai’e ni kena bijak memainkan
peranan!
Lagipula,
hidayah tu milik Allah. Jika Dia mahu Afliq berubah insya-Allah lelaki itu akan
berubah. Jika tidak, bagilah tazkirah atau segala macam benda yang baik pada
Afliq, tidak mungkin lelaki itu menurut tanpa izin dari Allah.
Dalam surah
Al-Anam ayat 125 pun Al-An’am pun Allah ada berfirman, “Sesiapa
yang Allah kehendaki mendapat hidayah nescaya dilapangkan dadanya untuk
menerima Islam dan sesiapa yang dikehendaki sesat nescaya dijadikan dadanya
sempit dan sesak seolah-seolah naik ke langit. Demikianlah Allah menimpakan
kehinaan kepada orang yang tidak beriman.”
Waiter meletakkan dua gelas berisi air moca latte. Dengan
lafaz bismillah, Hazman menyedut air membasahkan kerongkong sendiri. Afliq
hanya meniru gaya lelaki dihadapannya itu. Sebelum ini, memang haram dia nak
baca bismillah. Main aci makan aje.
“Bang, muka
kau ni familiar aje pada aku,”
tiba-tiba Afliq berbicara apabila suasana sepi antara mereka. Hanya kedengaran
bunyi gelas berdenting apabila terkena sudu.
“Kau jangan
cakap pulak muka perempuan yang kau suka tu ada iras muka aku,” usik Hazman.
Afliq merenung lama muka lelaki yang dianggap seperti abangnya itu.
“Eh, adalah.
Tang hidung kau tu. Mancung. Mata pun sama. Hazel.”
“Kau ni dah
angau bebenor, Am.” Afliq tergelak.
Betullah. Bukan sekali dia pernah tenung muka Ulfah, banyak kali sampai otak
pun dah menghafal struktur wajah Ulfah.
“Kena buat
kelas pasal Baitul Muslim dah ni,” usik Hazman lagi.
“Baitul
Muslim? Apa tu, bang?” soal Afliq. Hazman sengih. Dia berfikir sejenak. Tangan
mengusap dagu beberapa kali.
“Cuti summer ni kau ada hal tak?” soalan
berbalas soalan.
“Em. Rasanya
tak ada.”
“Good. Kau ikut aku pergi Lake Tekapo.
Nak?” ajak Hazman. Membuntang mata Afliq. Heh, ingat dekat macam Baci Lounge ni
dengan Ewelme Cottage ke?
Lake Tekapo
tu kat south island manakala Auckland
kat north island. Kalau ambil flight, dalam masa sejam lebih akan
sampai dekat Christchurch. Lepas tu kena drive
lagi beberapa jam. Memang agak memenatkan.
“Jauhlah,
bang. Nak balik hari ke?” Afliq menyebak rambutnya ke belakang.
“Untuk ilmu,
semua tu tak menjadi masalah rasanya. Ada Deen Gathering kat sana. Bukan balik
hari. Kita pergi untuk dua hari satu malam. Kalau kau nak join, aku masukkan nama kau sekali,” Hazman memberi pilihan.
“Pergi naik flight ke?”
“Habis? Kau
nak naik kapal layar?” Hazman dah tergelak. Afliq tayang sengih.
“Okey.”
“Insya-Allah.
Kau kena sebut macam tu kalau berjanji sebab kau tak pasti pun lagi kau akan
ikut ke tak nanti. Kita tak tahu in
future macam mana,” tegur Hazman dengan senyuman manis. Afliq menunduk
malu. Sedar salah sendiri.
“Insya-Allah.”
Ujarnya seraya tersenyum.
“Habiskan
air kau tu. Balik Parnell. Kejap lagi dah nak maghrib.” Afliq angguk. Setiap
kali keluar dengan Hazman, solatnya dah penuh, tak ada dah duk burn solat segala bagai tu malah dia sudah berjinak-jinak
dengan solat berjemaah di rumah sewa mereka bersama sahabat-sahabat lain.
Ulfah melihat melarikan cursor
ke arah nama Afliq Arham dan menekan cursor
disitu. Wall facebook Afliq
muncul diskrin lappynya. Default picture
disebelah kiri atas skrin direnung. Afliq tersenyum disamping Ikhwan. Manakala cover picture pula hanya warna hitam plain berserta sebaris ayat yang ditulis
menggunakan warna putih.
A journey is begins with a single step
Ulfah scroll down ke bawah. Status paling last adalah bulan lepas. Ada gambar
lelaki itu sedang tersenyum bersama seorang lelaki yang hanya menampakkan
belakang tubuh disebuah kafe.
Muslims are nothing except brothers
Ulfah tarik
senyum segaris. Waktu dia add Afliq
tiga minggu lepas, bukan main lama lagi lelaki itu nak approve. Busy sangat katanya. Entahlah. Betul ke tidak mamat tu busy. Apa yang dia busy pun Ulfah tak tahu. Busy
dengan awek Auckland mungkin?
Astaghfirullahalazim!
Husnudzon, Fatma! Apa pulak bersangka
buruk pada orang ni? Iman dah cakap hari tu, kan? Kena sentiasa bersangka baik
pada orang. Tak boleh bersangka buruk walau orang tu nampak jahat dimata kita.
Kotak mesej
tertera disudut bawah kanan lappy.
Ulfah pandang nama si empunya facebook.
Syamil Elman. Berbulan-bulan tidak berhubung, tiba-tiba hari ini lelaki itu
menegurnya?
Syamil Elman : Assalamualaikum. How’s life?
Fatma Elzahra : Wa’alaikumsalam. Never better.
Syamil Elman : Abah sihat?
Ulfah tarik
nafas panjang. Lelaki itu tidak pernah lupa tentang Tuan Uzair tapi adakah Tuan
Uzair masih ingat pada anaknya yang sudah dianggap ‘mati’ itu?
Fatma Elzahra : Alhamdulillah. Sihat.
Ada dekat KL sekarang. Bila balik Tanah Melayu?
Syamil Elman : Buat apa KL? I don’t know. Thought that someone prefers
me to not come back.
Ada nada
merajuk disitu. Ulfah kenal abangnya itu. Kuat merajuk. Mudah terasa. Hati
lembut. Tak keras macam Ulfah. tapi dalam lembut dia pun, ada degilnya. Sebijik
macam Tuan Uzair tu!
Fatma Elzahra : Merajuk lagi? Euww…
Perempuan sangat!
Syamil Elman : Haip! Derhaka dengan
abang!
Fatma Elzahra : :P
Syamil Elman : Offline. Next time kita sambung. Love you, sis!
Ulfah
mengusap pelipisnya. Abangnya sudah logout.
Bertahun-tahun tidak berjumpa, hanya facebook
penghubung mereka. Banyak yang Syamil tidak tahu tentang Ulfah. Dah jadi wife orang sampai menjanda balik pun,
Syamil masih tidak tahu. Bukan dia sombong tidak mahu memberitahu kepada
abangnya itu namun dia pasti Syamil akan menentang. Yelah, Syamil memang suka
menentang pilihan abah!
Afliq Arham : Oit, buat apa tu? Chatting dengan siapa?
Ulfah
mengerukan dahi. Salam tak ada apa pun tak ada, main sergah aje mamat ni. Bila
dia online? Tadi tak ada pulak nama
dia naik dekat friends list yang online. Hantu punya mamat!
Fatma Elzahra : Assalamualaikum,
Afliq Arham!
Hamek kau! Puas hati aku. Ulfah sengih.
Afliq Arham : Ek. Wa’alaikumsalam. Sorry. Teruja sangat tengok kau online. J
Afliq
ditanah Auckland tersengih. Bukan senang nak bertembung online dengan Ulfah.
Yelah, beza waktu antara Auckland dengan Malaysia adalah 5 jam lebih awal. Dia
tengah bersiap nak ke kelas, Ulfah tengah membuta lagi.
Fatma Elzahra : Huh, apa pulak yang
terujanya? Hari-hari hidup aje aku mengadap lappy
ni. Kau tu aje yang sibuk semedang. Nak online
pun susah.
Afliq Arham : Owh. Selama ni kaulah
yang stalk aku? Miss me, heh?
Fatma Elzahra : Eh, please la. Tak ada masa aku nak stalk orang. Baik aku chatting dengan lelaki-lelaki handsome dari stalk kau tu. Tak ada faedah!
Bilik di
Auckland dah berbahang.
Afliq Arham : Jangan nak menggatal.
Aku dapat tahu apa-apa pasal kau, siap kau!
Bilik di
Malaysia terasa nyaman senyuman sinis terukir diwajah. Heh, kalau aku chatting dengan siapa-siapa pun, bukan
dia tahu. Lagipun, dia tu siapa nak halang-halang aku? Aku ni janda hot tau! Boleh dapat mana-mana lelaki
yang aku nak. Petik jari aje, berduyun yang datang!
Fatma Elzahra : Well, can’t help it. See you. Take care!
Bilik di
Auckland dah rasa sejuk sikit. Ikutkan hati, nak aje terbang balik Tanah Melayu
tapi apabila difikirkan secara waras, takkan nak balik semata-mata nak kasi
Ulfah warning? Heh, kerja luar alam
tu! Lagipun, Ulfah tulis TAKE CARE. Maknanya, dia ambil berat pasal aku. Oh, heaven!
“Ni dah
kenapa? Tersengih sensorang. Makruh tau,” usik Hazman. Sengih Afliq mati. Dia
membawa dua mangkuk pinggan dan disuakan kepada Afliq.
“Apa ni?”
“Maggi.”
“Berjam-jam
kat dapur, ini aje yang kau masak, bang?”
“Bersyukur
la.” Bahu Afliq ditepuk sekali.
“Kau chatting dengan siapa?” Afliq tersedak.
Hazman tarik senyum.
“That girl, huh?” Afliq angguk
perlahan-lahan. Parah!
“Aku tanya
khabar aje, bang.” Nada Afliq mengendur.
“Aku tak
tanya apa-apa pun.” Kerusi ditarik. Dia melabuh duduk dihadapan Afliq yang
mengadap lappynya. Maggi disua ke mulut usai membaca doa makan.
“Kau marah
ke, bang?” Hazman panggung kepala.
“Buat apa
aku nak marah?” Kening bertaut. Afliq tarik nafas lega.
“Yelah, hari
tu kau cakap tak elok berhubung dengan anak dara orang tanpa ada urusan. Boleh
melalaikan nanti,” ujar Afliq.
“Tanya hati
kau. Apa yang kau buat tadi, betul atau salah?” Afliq tunduk. Hazman menyambung
makan kembali. Minta fatwa dari hati. Betul atau salah?
“Aku… Err…
Aku rindu dia.” Hazman menghentikan suapan. Sudu dan garfu diletakkan ke dalam
mangkuk.
“Rindu tak
salah tapi jangan sampai benda yang fitrah tu jadi fitnah. Rindu boleh
diuruskan dengan zikrullah. Itu lagi baik, Am. Memang kau tak ada bermanja or chatting benda yang ntahpape tapi syaitan tu bukan reti nak stop goda kita ni. Kau faham maksud aku,
kan?” Afliq angguk.
Bila rindu,
berzikir. Jangan pula bila rindu, sibuk contact
si dia ucap I miss you segala bagai.
Itu bukan cara yang betul. Boleh terjadi zina hati nanti. Allah pun dah warning, jangan mendekati zina. Dekat
pun tak boleh apatah lagi buat. Hah, dah jelas bukan?
“Tapi…” Afliq
angkat kepala.
“That girl…” Hazman buat muka nakal. Afliq
dah rasa nak meletup dadanya.
“Lawa tak?”
Debuk! Satu tumbukan
singgah dibahu Hazman. Lelaki itu suka benar ubah suasana ikut mood dia. Baru nak feeling lebih-lebih, dah tak jadi. Apa punya abang! Hazman tertawa.
Afliq hanya tersengih menunduk. Maggi di dalam mangkuk dikuis beberapa kali sebelum
masuk ke mulut. Ah, nikmatnya!
2Rasulullah bersabda
bermaksud: “Berbahagialah hidup di dunia bagi orang yang mengumpul kebajikan
untuk bekalan hari akhiratnya, sehingga dia memperoleh reda Tuhannya. Dan
celakalah hidup di dunia bagi orang yang dipengaruhi oleh dunia, hingga dia
terhalang daripada (mengerjakan) amalan untuk akhiratnya, dan lalai untuk
memperoleh reda Tuhannya.” Hadis riwayat al-Hakim
3ALLAH berfirman yang bermaksud: "Sesiapa yang Allah
kehendaki mendapat hidayah nescaya dilapangkan dadanya untuk menerima Islam dan
sesiapa yang dikehendaki sesat nescaya dijadikan dadanya sempit dan sesak
seolah-seolah naik ke langit. Demikianlah Allah menimpakan kehinaan kepada
orang yang tidak beriman..." (Surah al-An’am, ayat 125)
No comments:
Post a Comment