Unedited. Selamat Hari Raya Aidiladha. May Allah bless us. :)
"Ada
apa?" soal Ulfah sebaik sahaja talian bersambung. Waktu itu dia
berada di dalam library dan
semestinya perlu menggunakan nada berbisik untuk berbicara.
"Awak ada kat mana ni?" soal
Afliq. Terus hilang ucapan salam yang mahu diberikan kepada cik tunang. Mahunya
tak terkejut beruk bila dengan suara romantik Ulfah tu.
"Library."
Afliq tarik rambut sendiri. Ni yang lemah ni kalau cakap dengan perempuan yang
guna suara romantik. Huh, boleh jadi zina hati nanti.
"Boleh keluar kejap tak?" Pinta
Afliq. Tak sanggup aku nak dengar suara ala-ala kucing terlekat guli macam tu.
"Yelah. Kejap!" Bergegas Ulfah
keluar dari library. Ain hanya mengekori
langkah gadis itu dengan ekor matanya. Tak sempat nak bertanya siapa pemanggil
itu.
"Hah, ada apa call ni? Tak takut habis duit ke call jarak jauh ni?" suara Ulfah kendengaran menyindir.
"Amboi, suka hatilah. Bukan awak
yang bayarkan bil untuk saya," balas Afliq dengan nada sinis. Ulfah
mencebik.
"Apa-apa ajelah. Cepatlah bagitahu
ada urusan apa sampai sanggup call ni?
Macam dah tak boleh nak hantar via
facebook aje," gumam Ulfah geram.
Afliq ditanah New Zealand hanya mampu
menggelengkan kepala. Macam manalah aku boleh jatuh hati dekat minah aisberg ni? Karang kalau aku sembur
lebih-lebih, merajuk pulak nanti. Tak pasal-pasal hilang pengantin perempuan
aku.
"Nak tanya ni. Awak dah ada sijil
kursus kahwin, kan?" Ulfah mengerutkan dahi.
"Eh, mestilah! Dah tu takkan saya
kahwin dengan Faizudin tu pakai sijil SPM kot?" selamba Ulfah menutur
kata. Afliq mendengus tidak senang apabila mendengar nama itu disebut oleh cik
tunang.
"Yelah! Nak tanya itu aje. Take care."
"Eh, kejap!" Afliq terpinga
sesaat apabila mendengar suara Ulfah yang menggunakan nada tinggi itu. Boleh
cair tahi telinga aku ni, desis hatinya.
"Apa?"
"Bila nak balik Tanah Melayu?"
"Kenapa? Dah rindu?" Sarkastik
suara Afliq kedengaran. Ulfah tergamam.
"Mana ada! Tanya aje."
"Insya-Allah, akhir tahun ni. Ala,
dua bulan aje lagi. Tunggu ajelah. Kahwin jugak nanti kalau ada jodoh,"
selamba badak Afliq berkata. Ulfah dah terkedu. Muka dah memerah. Tak guna!
"Lain yang ditanya, lain yang
dijawabnya!" Ujar Ulfah geram. Bilik di Auckland dah bergema dengan tawa
Afliq.
"Okeylah. Jaga diri awak tu. Kalau
ada apa-apa masalah, minta tolong Ikhwan. Assalamualaikum!" Talian terus
diputuskan tanpa sempat Ulfah menjawab salam.
Belum sampai seminit talian diputuskan
oleh Afliq, lelaki itu kembali menelefonnya. Teragak-agak Ulfah mahu menjawab
panggilan itu. Bukan apa, nanti kalau bercakap lama-lama, lain pula jadinya.
Karang tak pasal-pasal minta abah cepatkan tarikh perkahwinan mereka.
Ingat hati aku ni hati batu? Tak boleh
jatuh cinta kat dia? Dahlah mamat tu dah lain sekarang ni. Tengok senyuman dia
pun boleh buat hati aku nak jatuh ke tanah, ini pula kalau asyik duk berbual
dengan dia, dengar suara macho dia
tu. Mahu aku yang jadi hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong.
"Ya? Ada apa-apa lagi yang
tertinggal?" soalnya dengan suara mendatar.
"Assalamualaikum." Ulfah
mendengus geram. Sajalah tu nak kenakan dia!
"Wa'alaikumsalam!" Balasnya
sedikit kasar. Afliq tahan gelak di dalam hati.
"Sorry.
Jangan marah. Nak tanya. Abah sihat?" Terus hati Ulfah jadi cair. Memang
tak jadi dah nak marah-marah pada encik tunang tu. Sekali dengar suara caring encik tunang, terus hilang lava
kat hati ni. Macam kena siram dengan bongkah ais.
"Alhamdulillah. Sihat je. Kalau tak
ada aral, insya-Allah weekend ni
balik kampung." Ulfah menarik nafas berat. Bercakap tentang kampung,
ingatannya melayang kepada Khaulah. Mahukah gadis itu jika dia mengajaknya
pulang bersama ke kampung?
"Baguslah. Tapi hati-hati. Kalau ada
apa-apa, terus call polis,"
pesan Afliq.
"Insya-Allah, tak ada apa-apalah.
Balik kampung aje pun," ujar Ulfah seraya mencebik. Dia pulak yang risau
melebih!
"Amboi, riak nampak! Memanglah balik
kampung aje, tapi kalau nak jadi apa-apa kat awak tu, tak kira la kat mana pun.
Kampung ke bandar ke. Kalau nak jadi, jadi jugak nanti," bebel Afliq.
"Awak janganlah doakan yang
bukan-bukan!" Marah Ulfah. Berkerut dahinya. Ada pulak cakap macam tu. Dia
tak tahu ke kata-kata tu satu doa?!
"Err... Sorry again. Assalamualaikum!" Terus talian diputuskan. Ulfah
jatuh rahang. Mamat ni kena sampuk lagi ke? Cepat-cepat dia menjawab salam
Afliq di dalam hati.
Ulfah bergegas masuk ke library kembali. Handphone terus dimatikan. Dia perlu belek-belek kembali nota
sebelum menghadapi test kejap lagi. Test penting yang turut mempengaruhi
markah final exam nanti. Dan dia mendapatkan result yang tinggi.
"Siapa?" soal Ain dengan suara
perlahan sebaik sahaja Ulfah melabuh duduk dihadapannya.
"Tunang. Ada hal sikit." Balas
Ulfah. Mata kembali menala ke arah kertas-kertas nota yang dikepil di dalam
fail.
"Jauh dia buat panggilan."
"Dia kaya. Mampu. Tak macam
saya." Ain tarik sengih. Ulfah langsung tidak mengangkat wajah
memandangnya. Khusyuk benar gadis itu menelaah.
"Dah chapter berapa?" Ulfah membelek kertas itu. Segala definisi
dihafal dan dihadam. Siapa cakap subjek Law susah? Tak susah pun sebenarnya
kalau berjaya menghafal. Tapi yang menjadi susahnya ialah apabila tak ingat
semua yang dihafalnya.
"Dua. One more chapter to go. Lepas ni dah boleh masuk kelas and tunggu lecterur masuk. Then,
boleh la jawab kertas test tu dengan
hati yang lapang," panjang pula jawapan Ulfah. Gadis itu nampak cuak.
"Rileks, Fatma. Bukan Fatma pernah fail pun paper Law tu. Selalunya test
dengan kuiz sebelum ni, gempak aje result,"
ujar Ain. Cuba menenangkan sahabatnya itu.
"Takutlah, Ain. Ni last test untuk kita sebelum final exam tau," ujar Ulfah seraya
menayang muka cuak. Memang dia tengah cuak tahap tak ingat. Rasa macam banyak
benda lagi yang tak hafal.
"Tak ada apalah. Fokus, insya-Allah
boleh buat nanti," pujuk Ain dengan nada lembut. Ulfah angguk.
Keluar
sahaja dari pintu dewan, Ulfah tarik senyum selebar mungkin. Rasa puas sebab
dapat menjawab dengan yakin dan tenang. Alhamdulillah, Allah mudahkan
urusannya. Jawab soalan tadi rasa macam ilmu tu main aci mencurah aje tanpa
berhenti. Memang rasa senang sangat. Baca aje soalan, terus dapat fikir
jawapan. Ajaib, kan? Kuasa Allah!
“Ni sengih sensorang ni mesti boleh
jawab, kan?” tegur Syahdah, classmatenya
yang kecil dan comel itu. Kalau tengok saiz, mesti orang akan kata dia tu budak
sekolah lagi.
“Alhamdulillah. Adah macam mana? Awal
keluar tadi.” Syahdah tarik sengih.
“Biasa-biasa je. Alhamdulillah, boleh je
jawab Cuma tak tahulah betul ke tidak jawapan Adah tu,” balas Syahdah seraya
tergelak kecil. Ulfah tarik senyum.
“Oh ya, lupa nak tanya. Khaulah macam
mana?” Ulfah menggaru pelipis. Nak cakap macam mana ni?
“Alhamdulillah, dah okey sikit. Tak lama
lagi dah boleh keluar wad,” jawab Ulfah. Teman sekelasnya itu
mengangguk-anggukkan kepala.
“Macam mana dia boleh accident?” soal Syahdah lagi yang
langsung tidak tahu menahu tentang kejadian sebenar. Ulfah jadi kelu lidah
untuk berkata-kata. Karang kalau silap cakap, jadi berbohong pulak.
“Saya pun tak pastilah macam mana. Orang
yang hampir nak langgar dia tu cakap, tiba-tiba aje Khaulah melintas depan
kereta dia,” jawab Ulfah. Itu yang dia dengar dari mulut Ikhwan sendiri jadi
memang dia tak berbohong.
“Dia ada masalah ke sebenarnya?” soalan
Syahdah kali ini benar-benar buat Ulfah terperangkap.
“Nampak sangat ke?” soalan berbalas soalan.
Syahdah tarik senyum lantas mengangguk.
“Semua orang perasan kalau tiba-tiba buat
perangai berhari-hari tak datang kelas padahal sebelum ni mana pernah Khaulah
tu ponteng kelas,” jawab Syahdah.
“Biasalah. Masing-masing ada masalah
mereka sendiri.” Hanya itu yang Ulfah mampu cakapkan. Syahdah angguk bersetuju.
“Adah, jom balik kolej,” sampuk satu
suara. Ulfah pantas berpaling ke arah batang tubuh Liza yang tinggi itu.
Tersengih-sengih gadis itu.
“Tak nak pergi beli makanan dulu ke?
Lapar ni. Tadi mana sempat nak breakfast.”
Syahdah memandang teman baiknya itu.
“Boleh jugak. Dah pukul 3 petang ni. Eh,
jomlah sekali Fatma,” ajak Liza dengan senang hati.
“Tak apalah. Awak berdua pergilah dulu.
Saya nak tunggu Ain,” balas Ulfah sopan.
“Okeylah kalau macam tu. Kami gerak dulu
ye,” Syahdah melayangkan senyuman buat Ulfah seraya melambaikan tangannya.
Ulfah membalas senyuman itu. Langkah Syahdah yang mengekori Liza dipandang
sehingga kelibat kedua gadis itu menghilang.
“Hah, usha
pakwe mana tu?” Sergah Ain dari
belakang. Ulfah mengurut dada sendiri. Terkejut bukan kepalang dia apabila
disergah begitu.
“Ain, apa ni? Terkejut Fatma tau!”
Ujarnya geram. Ain menarik sengih nakal. Beg sandangnya yang masih dipegang
dizip cepat-cepat.
“Boleh jawab?” soal Ain. Dia bergerak
mendekati Ulfah yang berdiri berhampiran tiang besar untuk memberi laluan
kepada pelajar kelasnya yang lain.
“Alhamdulillah, boleh. Ain?” Gadis
berambut merah itu mengangkat bahu.
“Entah. Macam okey aje tu.”
“Insya-Allah. Semoga Allah mudahkan urusan
kita.” Ulfah masih senyum.
“Lepas ni tak ada kelas, kan?” Ulfah
angguk. Tak perlu tengok jadual, memang dah terakam kemas kat minda tu.
“Nak pergi mana?” Ain pandang wajah
Ulfah. Anak kunci kereta diambil dari poket jeansnya.
“Hospital. Kita solat Zohor kat sana
ajelah. Bukan jauh sangat pun nak ke hospital tu.” Ulfah memutuskan begitu. Ain
pula berkerut dahi.
“Again?!”
Ulfah angguk.
“Kenapa?” Ain menghela nafas berat.
“Tak bosan ke?”
“Kenapa Ain cakap macam tu?” Ain
mendahului langkah Ulfah ke arah keretanya. Ulfah sedikit terkejar-kejar
menyaingi langkah Ain.
“Dia macam dah tak kenal kita. Kalau kita
pergi sana pun, bukan dia nak layan kita. Senyap aje. Kita tanya, dia tak
jawab. Rasa macam makhluk asing aje,” jawab Ain dengan riak wajah marah.
“Ain, dia perlukan masa. Bukan senang dia
nak hadapi semua ni. Kita sebagai sahabat, kenalah sentiasa memberi sokongan
pada dia. Lebih-lebih lagi saat kritikal macam ni,” pujuk Ulfah. Dia memaut
bahu Ain. Cuba menyalurkan kekuatan dalam diri gadis itu dan berharap agar Ain
memahami kata-katanya.
“Fatma selalu aje lebihkan Khaulah, kan?”
“Ain, Khaulah sahabat Fatma. Sama juga
macam Ain. Dua-dua Fatma sayang. Lagipun, Fatma nak mendapat redha Allah
apabila bersahabat dengan awak berdua. Ain tau tak dalam persahabatan ni ada
tingkat-tingkat dia?” Ain menggeleng. Ulfah tarik senyum. Dia bersandar dipintu
kereta Mini Cooper biru milik Ain itu.
“Tingkat yang paling tinggi dalam
sesebuah persahabatan adalah melebihkan sahabatnya dari diri sendiri manakala
yang paling rendah adalah berlapang dada dengan sahabat.” Ain tekun mendengar.
“Fatma nak persahabatan kita bukan
sekadar dengan kata-kata sahaja tapi turut direalitikan dengan perbuatan,
sayang,” lembut nada Ulfah.
Ain mengangguk bersetuju. Hatinya
tersentuh mendengar kata-kata Ulfah itu. Sungguhlah, jika hati menginginkan
kebaikkan maka Allah hantarkan orang-orang yang baik untuk kita.
Deringan handphone Ulfah menarik perhatian mereka berdua. Pantas Ulfah
mencapai handphone yang berada di
dalam poket beg sandangnya. Nama Iman tertera diskrin handphonenya.
“Wa’alaikusalam. Ya, Iman?” Ain hanya
memerhati tingkah sahabatnya itu. Dia kenal Iman dan juga Ikhwan. Itupun
sewaktu mereka sama-sama melawat Khaulah tempoh hari.
“Hah? Papa masuk wad? Kenapa?” Wajah
Ulfah tampak risau. Ain mengerutkan dahi. Papa? Tentu papa tunang gadis itu
kerana setahu Ain, Ulfah memanggil ayahnya dengan panggilan abah.
“Okey. Nanti akak pergi sana.” Sebaik
sahaja panggilan ditamatkan, Ulfah pantas meminta Ain menghantarnya ke Hospital
Pantai Cheras. Mereka perlu segera ke sana.
“Macam
mana dengan papa, ma?” soal Ulfah sebaik sahaja mendapatkan Puan Sri Suria yang
sedang menangis itu. Iman disebelah memaut bahu wanita itu. Menyalurkan
kekuatan untuk wanita itu.
“Papa tenat, Fatma,” ujar Puan Sri Suria
dengan nada sayu.
“Pergilah masuk dalam. Si kembar ada
temankan papa,” sampuk Ikhwan yang bersandar di dinding. Wajah itu tampak
kusut. Kasihan dia.
“Fatma masuk tengok papa kejap ye, ma.”
Puan Sri Suria mengangguk. Ulfah pandang Ain.
“Pergilah masuk. Ain tunggu kat sini
aje.” Ulfah pula mengangguk. Meraikan keputusan Ain. Mungkin ada sebab kenapa
gadis itu tidak mahu masuk melihat Tan Sri
Adham.
Ulfah perasan wajah Ain nampak terkejut
apabila melihat wajah Puan Sri Suria tadi. Dan Ulfah tahu ini bukan masa yang
sesuai untuk dia bertanya mengenai perkara itu kepada Ain. Tak apalah. Lain
masa, aku akan tanya nanti.
Masuk sahaja ke bilik rawatan peribadi
itu, Ulfah terkedu melihat Tan Sri Adham. Tubuh lelaki itu dipenuhi dengan
wayar yang berselirat. Dia menggunakan saluran bantuan pernafasan. Dia
bergantung pada mesin untuk hidup. Kasihan papa!
Ulfah mendekati Nadihah yang duduk
berhadapan dengan Najihah. Bahu gadis itu dipaut kejap. Nadihah panggung kepala
memandang Ulfah. Bengkak mata gadis itu akibat menangis. Ulfah pandang pula
wajah Najihah. Gadis itu mengenggam tangan papanya erat namun tiada langsung
airmata yang keluar. Dia sedang berlagak kuat diluar walhal di dalam hati,
Ulfah tahu gadis itu sedang mencuba menahan diri dari menangis dihadapan keluarganya.
“Papa macam tengah tidur aje, kan?”
Najihah bersuara. Nadanya lebih kepada berbisik. Ulfah mengangguk.
“Kak, papa akan sembuh, kan?” soal
Nadihah. Airmata gadis itu masih lebat mengalir.
“Insya-Allah, sayang. Kita sama-sama
doakan papa agar papa cepat sembuh nanti,” ujar Ulfah. Wajah Tan Sri Adham
dipandang lama.
Wajah itu persis Afliq. Hidungnya. Bentuk
wajahnya. Sikap merendah dirinya. Baru sahaja mereka bertemu minggu lepas di
Teratak Ohana. Lelaki itu yang mengajaknya dan abah untuk makan malam bersama
keluarganya. Tan Sri Adham nampak sihat saja waktu itu.
Betullah. Kalau Allah nak tarik nikmat
sihat tu, sekejap saja. Hari ni sihat aje, siap boleh melompat bergembira tapi
bila Allah dah tarik nikmat sihat tu, terbongkanglah atas katil tu. Manusia ni
bila dah diberi nikmat, mereka lupa dan tak bersyukur. Lupa bahawa Allah boleh
tarik balik nikmat tu. Tak bersyukur langsung dengan kurniaan yang Allah bagi.
Bila dah ditarik balik nikmat tu, baru nak terngadah. Hah, masa itulah dahi tu
melekat kat sejadah!
Kakak naqibahnya pernah memberitahu
Ulfah. Seseorang hamba Allah yang soleh tu, apabila dia diberi nikmat dia akan
bersyukur. Apabila nikmat itu ditarik pun dia akan bersyukur juga. Nikmat tu
boleh menjadi ujian kelalaian buat manusia. Dan bila kita lalai, Allah akan
tegur kita balik dengan didatangkan ujian pada kita. Allah tu Maha Mengetahui
lagi Maha Luas Pengetahuan.
“Nanti bila papa dah sedar, Ji nak minta
maaf dengan papa. Ji banyak berdosa dengan papa,” rintih Najihah. Airmatanya
dah bertakung. Tunggu masa sahaja untuk mengalir namun gadis itu cepat-cepat
mengesat airmatanya. Dia tidak mahu airmatanya jatuh walau setitik.
“Di pun sama,” ujar Nadihah pula. Tangan
kiri papanya digenggam erat. Najihah yang berada dihadapan kakak kembarnya itu
memandang wajah si kakak. Dia tahan diri dari menangis.
Ulfah memeluk Nadihah. Menyalurkan
semangat buat gadis itu biarpun dia sendiri masih cuba untuk menasihati diri
agar tidak kelihatan lemah dihadapan kedua-dua gadis itu. Ingatannya melayang
kepada si tuning yang berada di New Zealand. Bilakah lelaki itu akan pulang?
Baru sahaja mereka berbual pagi tadi, petang ini papa pula dimasukkan ke
hospital. Takdir Allah, tiada siapa yang mampu menduganya.
INGIN CEPAT JADI JUTAWAN YUK MARI GABUNG SEKARANG JUGA
ReplyDeleteKharismaPokerMenjadiSitusBandarQOnlineTerprcayaIndonesia
Promo yang diberikan :
Minimal DP dan WD Rp. 20.000.
Support bank lokal : BCA, BNI, BRI, MANDIRI, dan DANAMON.
Bisa dimainkan di iPhone, Android, PC / Laptop.
Online 24 jam setiap hari meskipun hari libur nasional.
Link Alternatif Kharismapoker :
www.khpk288.net
www.kharismapkr.com
www.kharismaqiu.com
CS nya yang ramah , siap melayanani anda 24 jam
Bonus REFERRAL 20% setiap minggunya (seumur hidup)
Bonus CASHBACK 0.3- 0,5% setiap hari
Contact resmi kharismaPoker :
Telp :+85588278896
BBM;dc7cdd80
WA: +85588278896