Xde Afliq kali ni. Hanya Ulfah dan sahabat2nya. Em.. Doakan saya agar cepat2 siapkan e-novel Kerana Dia Zaujahku ni yee.. Moga pintu hati terbuka untuk kahwinkan Ulfah dengan Afliq ni. Haha. Stay tuned!
“Fatma dah lama ke kenal tunang Fatma tu?” soalan Khaulah sewaktu mereka
sama-sama berehat digazebo itu dibiarkan seketika.
“Tak adalah
lama sangat pun,” jawabnya jujur. Kalau bukan sebab peristiwa hitam tu, memang
tak akan kenal pun mamat tu. Cumanya, Allah dah rancang perjalanan hidup dia
macam tu. Nak tak nak memang kena terima.
“Macam mana
Fatma boleh tau yang he’s the one?” soalan
Khaulah kali ini membuatkan dahi Ulfah berkerut.
“He’s the one? Maksud Khaulah?” soalan
berbalas soalan. Matanya liar memandang ke persekitarannya mencari kelibat Ain.
“Maksud
Khaulah, kenapa Fatma terima dia? Betul-betul pasti tentang pilihan Fatma kali
ni?” Ulfah terkaku sesaat. Aku salah dengar ke?
“Kenapa
Khaulah tanya Fatma macam tu? Kali ni? What
do you means by that? Am I had a wrong choice before?” Dada Ulfah berombak
kencang. Amarahnya tiba-tiba memuncak. Luka lama berdarah kembali. Teringat
tentang Faizudin. Teringat tentang kata-kata lelaki itu. Segalanya masih segar
diingatan.
Akui aje,
Fatma! You’ve done it before! You’ve
choose the wrong person before so why ignore it now? Malu? Atau nak tutup
salah sendiri? Kau pernah jadi isteri orang. Dan kau pernah jadi janda. Kau
pernah buat dosa. Kau pernah tidur dengan Afliq. Apa lagi yang kau tak pernah
buat?!
“Tak… Tak!
Khaulah cuma tanya, Fatma yakin ke tunang Fatma tu jodoh Fatma?” teragak-agak
Khaulah menutur kata.
Ulfah
menahan rasa sendiri. Tenang, Fatma. Ingat, semua yang terjadi tu ujian dari
Allah untuk kau. Bukan kau yang minta. Bukan kau yang nak semua tu jadi. Hadapi
dengan tenang. Khaulah tak tahu apa-apa.
“Khaulah
sendiri pernah bagitahu Fatma. Istikharah adalah jalan terbaik jika kita mahu
membuat sesuatu keputusan. Itikharah adalah jalan terbaik untuk kita bila kita
tersepit diantara dua pilihan. Istikharah, Khaulah. Fatma tanya Allah. Fatma
minta Dia berikan yang terbaik untuk Fatma. And
this is the best for me and him, insya-Allah.” Lembut suara Ulfah
kedengaran namun getarannya turut terasa.
“Fatma
banyak berahsia dengan Khaulah, kan?” Ada sesuatu yang ganjil dari nada Khaulah
kali ini. Ulfah tahan nafas sesaat.
“Sebab
Khaulah pun banyak berahsia dengan Fatma,” balasnya dengan nada berseloroh.
Khaulah tergelak kecil. Tafsir Al-Quran diambil dan ditarik rapat ke dada.
“Banyak
perkara yang terjadi pada kita ni bukan atas kehendak dan kerelaan kita, kan?”
Ulfah angguk perlahan.
“Ujian dari
Dia. Untuk tengok sejauh mana keimanan kita,” ujar Ulfah. Khaulah tarik senyum
hambar.
“Kalau biarkan
nafsu mengatasi akal, memang dah lama bunuh diri,” kata-kata Khaulah menyentak
hati Ulfah. berat benarkah dugaan gadis ini?
“Kenapa nak
pilih jalan yang Dia murka kalau jalan yang diredhai-Nya ada?” nada Ulfah masih
lembut dan mendatar.
“La tahzan. Rabbuna ma’ana. Jangan sedih. Allah bersama kita. Setiap ujian dan musibah,
disitu adanya kasih sayang Allah dan ujian tu pasti akan berakhir,” sambung
Ulfah lagi.
Setitik
airmata menitis jatuh ke pipi Khaulah. Ulfah mencapai tangan sahabatnya itu.
Riak wajah itu tampak benar-benar terluka. Genggaman tangannya begitu erat pada
tafsir yang melekat di dadanya.
“Sampai
bila?”Rintih Khaulah. Airmata semakin lebat. Segalanya rasa tak tertanggung dek
hatinya.
“Khaulah,
dengar sini,” Ulfah memegang kedua-dua pipi gadis itu. Khaulah semakin kuat
menangis. nasib baiklah tidak ramai pelajar yang lalu lalang digazebo itu.
“Hey, be strong! Jangan lemah macam ni.
Mana Khaulah yang kuat? Mana Khaulah yang tabah tu?” Khaulah menggelengkan
kepala beberapa kali. Tidak sanggup mendengar nama penuhnya itu. Malunya
menggunung.
Khaulah binti
Al-Azwar. Dia dinamakan sempena nama serikandi Islam itu. Serikandi Islam yang
mahir berpedang dan berkuda. Jika diteliti sirah mujahidah ini, boleh dikatakan
bahawa beliau adalah pahlawan muslimat yang paling handal dalam sejarah Islam.
Khaulah
Al-Azwar adalah adik kepada Zirar Al-Azwar yang terkenal dengan kehandalannya
dimedan perang. Teknik berperang ini telah diajar kepadanya dan Khaulah oleh
ayahnya sendiri. Kehandalannya terserlah sewaktu beliau turut menyertai operasi
tentera Muslimin untuk menyelamatkan saudaranya iaitu Zirar yang ditawan oleh
tentera Rom.
“Fatma,
Khaulah tidak sekuat dia. Khaulah tidak setabah dia. Khaulah banyak dosa,”
ngongoi Khaulah. Ulfah menarik nafas panjang.
“Khaulah,
ingat firman Allah dalam surah Al-Hujurat ayat 13?” Khaulah ditarik ke dalam
pelukannya. Gadis itu hanya mengangguk.
“Allah
berfirman, sesungguhnya semulia-mulia kamu disisi Allah adalah orang yang lebih
takwanya diantara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya).
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan
keadaan dan amalan kamu). Jangan sedih, Khaulah. Allah melihat pada usaha kita.
Jangan putus asa. Bila kita rasa kita berdosa dengan Dia, cepat-cepat
bertaubat. Dia Maha Pengampun, sayang,” bisik Ulfah dengan nada tegas.
Surah
Al-Hujurat. Naqibah mereka yang mencadangkan agar mereka menghafal surah dan
maknanya sekali. Ulfah pula masih terkial-kial untuk menghafal surah itu. Ah,
dirinya juga banyak khilaf dan dosa. Semoga Allah menjauhkan dia dari murka
Allah.
Kertas-kertas yang bertaburan diatas meja itu disusun cermat. Ulfah yang berada
disebelah hanya mendiamkan diri seraya melemparkan pandangan ke belakang bilik
kuliah itu. Entah apa yang menarik untuk dilihat pada dinding putih yang tidak
bercorak itu.
“Fatma,
perasan tak yang Khaulah nampak lain sejak kebelakangan ni?” pertanyaan Ain
mengejutkan gadis itu.
“Iya ke? Tak
perasan pulak,” balas Ulfah seraya memandang Ain. Kertas yang sudah kemas itu
dikepilkan ke dalam fail biru.
“Hari-hari
berkepit dengan dia, takkan tak perasan?” Ulfah tarik nafas panjang.
Dihembuskan perlahan-lahan.
Siapa yang
tak perasan kalau sahabat sendiri dah jauh berubah? Khaulah yang periang, jadi
pendiam. Khaulah yang ceria, jadi penyendiri. Usrah pun dah tak hadir. Bila
tanya kenapa, langsung tidak dijawab. Gadis itu seperti ada di dunianya
sendiri.
“Bagi dia
ruang. Mungkin dia tengah ada masalah tu.” Ain pandang Ulfah. Lama.
“Takkan kita
nak biarkan aje dia macam tu? Kelas pun tak datang, bila kita tanya aje dia tak
jawab. Dia ada masalah besar ke?” Ulfah menggeleng tidak tahu.
“Dia tak
pernah pula bercerita tentang masalahnya pada Fatma.”
“Samalah.
Dia pun tak pernah cerita pasal masalah dia pada Ain. Selalunya happy aje memanjang. Kalau ada masalah
pun, dia boleh handle. Tapi sekarang
ni nampak macam dia langsung tak tahu nak handle
masalah dia tu,” panjang lebar Ain mengalisa. Ulfah angguk setuju.
“So, apa yang kita nak buat?” soal Ain.
“Kita tengok
keadaan dulu. Kalau keadaan dia makin teruk, baru kita ambil tindakan susulan.
Harapnya dia tak buat benda-benda bodoh,” ujar Ulfah.
Ain jatuh
rahang. Benda bodoh? Takkanlah… Bunuh diri? Oh
my! This is ridiculous. Tak mungkin Khaulah sanggup buat benda macam tu.
Kalau aku, mungkinlah kot. Kalau Khaulah, rasanya tak. Tapi, mana nak tahu
kalau Khaulah tu benar-benar akan buat benda bodoh macam tu.
Ulfah melambai ke arah kedua-dua sahabatnya. Khaulah tarik senyum.
Nampak lebih ceria gadis itu. Ain disebelah Khaulah menarik muka masam.
“Ain,
Khaulah, miss me already?” Usik
Ulfah. Ain mencebik. Khaulah terangguk-angguk.
“Kenapa
lambat?” soal Ain tidak senang.
“Sorry. Ada meeting dengan classmate
tadi kejap.” Ulfah buat muka comel. Tahu Ain akan cair.
“Tak payah
nak tunjuk muka comel depan Ain,” ujar gadis berambut perang itu. Ulfah
tergelak kecil. Muka aje nampak brutal si Ain ni tapi hati dia lembut.
“Tak perlu
buat, memang dah sedia comel pun. Kan, Khaulah?” Khaulah mencebik lantas
tertawa. Ain pula memuncung.
“Jangan nak
perasan. Jom, pergi kafe. Lapar ni,” ajak Khaulah. Ulfah pandang gadis berbaju
kurung itu. Beberapa hari gadis itu mengasingkan diri dan hari ini nampak
bersemangat pula. Muka dah berseri-seri, tidak seperti beberapa hari yang
lepas.
“Bukan dah
makan sebelum masuk kelas tadi?” Dahi berkerut. Khaulah sengih.
“Lapar,”
rengek gadis itu. Ain membetulkan letak rambutnya yang disanggul itu. Ulfah
melirik senyuman manis buat Khaulah.
Ulfah dah
awal-awal warning Ain. Jangan
sesekali bertanya tentang masalah atau apa sahaja kejadian yang berkaitan
dengan gadis itu beberapa hari yang lalu. Dia tidak mahu merosakkan mood gadis
itu. Dan Ain pula terpaksa akur.
“Okey tapi
kena cepat sikit. Fatma nak balik masak untuk abah. Pukul 5 lebih abah dah
sampai rumah,” ujar Ulfah.
Khaulah
angguk. Faham rutin harian sahabatnya itu malah sangat faham. Tuan Uzair akan
balik ke rumah pada pukul 5 petang setiap hari bekerja kecuali hari minggu.
Itupun kalau rumah kebajikan tempat dia jadi sukarelawan itu tidak mempunyai
apa-apa program.
“Jadi ke
balik kampung weekend ni?” soal Ain
tiba-tiba. Ulfah mengatur langkah ke kafe seiring dengan kedua-dua temannya itu.
“Insya-Allah,
kalau tak ada aral. Abah tu asyik duk rindu kat kampung aje,” jawab Ulfah.
Hari-hari Tuan Uzair bercerita tentang kampungnya. Memang dah rindu sangat.
Terpaksa juga Ulfah gagahkan diri untuk pulang bersama abahnya.
“Ain nak ikut ke?” soal Ulfah.
“Boleh ke?”
suara itu kedengaran teruja. Ulfah tertawa kecil lantas mengangguk.
“Khaulah?”
Soalan tertuju buat Khaulah pula.
Ulfah
memilih meja yang agak jauh ke belakang dari kaunter. Kafe sesak dengan
pelajar. Ini yang Ulfah paling tidak senang untuk makan dikafe. Rasa rimas
dengan keadaan itu.
“It’s okay. Khaulah kena balik Perak. Ada
hal,” jawab Khaulah. Beg sandang diletak ke atas meja. Dompet diambil.
“Ain tak nak
makan?” Khaulah menyoal. Ain menggeleng.
“Diet.”
Balasnya tanpa riak.
“Hari-hari
diet Ain ni. Sakit nanti, susah tau!” Ain mencebik mendengar bebelan Ulfah. Dah
lali.
“Ala, bukan
selalu.” Ain dah memuncung.
“Bukan
selalu tapi hari-hari aje? Heh, baguslah tu,” sinis suara Ulfah. Bukan dia nak
bercakap sinis dengan Ain tapi gadis yang bernama Ain Najwa itu memang degil.
Kena bercakap pakai ayat power baru
bergerak sikit hati yang keras tu.
“Fatma ni
suka bebelkan Ain tau,” gadis itu dah memuncung.
“Fatma
sayangkan Ain sebab tu Fatma bebelkan Ain.” Ulfah melembutkan nada suaranya.
“Yelah. Ain
tahu. Setiap hari Ain dengar Fatma cakap macam tu,” ujar Ain. Rambutnya disebak
ke belakang. Ulfah melabuh duduk diatas kerusi. Ain ikut duduk berhadapan
Ulfah.
“Sayang pada
sahabat, kenalah bagitahu. Baru hubungan tu erat.” Ain buat muka bosan. Ulfah
hanya menggelengkan kepala. Ain memang degil sangat!
“Ain…” Ain
panggung kepala memandang Ulfah.
“Apa?” Ulfah
tarik nafas panjang.
“Betul nak
pergi kampung Fatma ni?” Ain dah buat muka bahagia. Bersinar-sinar matanya
memandang Ulfah.
“Of course!”
“Ada
syarat.” Ain tarik muncung. Bersyarat bagai la pulak. Ni macam tak nak Ain
pergi aje.
“Nak bagi
Ain pergi ke tak ni?” Soal Ain dengan nada merajuk.
“Eh,
mestilah. Dengan hati yang terbuka tapi kalau Ain nak pergi, Ain kena ikut
syarat Fatma,” Ulfah tayang muka serius.
“Syarat
apa?” Ain menyoal kembali dengan muka sememeh.
“Pakai
tudung.” Ain jatuh rahang. Gi-la! Pakai tudung? Never!
Khaulah yang
baru sampai bersama nasi dan air hanya memandang Ulfah. Dia melabuh duduk
disisi Ain. Wajah terkejut Ain dipandang silih berganti dengan Ulfah.
“Kenapa ni?”
soal Khaulah.
“Pakai
tudung?” Ain menyoal kembali. Khaulah pula yang jatuh rahang. Fatma cari
masalah ke cipta masalah ni cakap pasal tudung dengan Ain? Bukan Ulfah tak tahu
yang Ain memang dah warning awal-awal, jangan sesekali menyuruhnya bertudung.
“Yup. Cover rambut berkarat Ain tu. Pengsan
orang kampung tengok nanti,” jawab Ulfah lembut.
“Lagipun,
benda wajib kenalah buat walau terpaksa. Kan, Khaulah?” Ulfah tersengih seraya
memandang Khaulah. Gadis itu memaksa bibirnya tersenyum dan mengangguk
perlahan-lahan. Ain mendengus marah.
No comments:
Post a Comment