Pintu bilik dibuka dengan kasar dari luar. Ulfah yang sudah bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan hanya mendiamkan diri di satu sudut bilik. Wajah Faizudin terjengul disebalik pintu bilik itu. Ditangan kanannya terdapat satu plastik cantik yang berjenama butik namun tulisan yang tertera diplastik itu tidak dapat dibaca oleh gadis itu.
Faizudin mendekati Ulfah. Tangan
kirinya mengagau ke dalam plastik itu dan mengeluarkan sehelai baju yang tampak
cantik dengan labuci-labuci pelbagai bentuk itu. Ulfah tidak senang hati.
“Nah, kau
pakai ni,” Faizudin melemparkan baju itu tepat ke muka Ulfah. Gadis itu
tersentak. Baju yang melurut jatuh ke kakinya dipandang sepi.
“Buat apa?”
soalnya berani.
“Kalau aku
suruh kau pakai, kau pakai ajelah. Tak perlu nak banyak soal. Karang aku kerat
lidah kau tu nanti,” herdik Faizudin lantas menolak kepala Ulfah dengan kasar
sehingga gadis itu terduduk menyembah lantai.
“Aku tak
nak!” Bantah Ulfah dengan berani. Dia tahu baju itu bukan baju biasa. Dari segi
ukurannya, Ulfah dapat menganggarkan bahawa baju itu tidak labuh melepasi
betisnya.
Faizudin
melutut dengan sebelah lututnya dihadapan Ulfah. Rambut hitam lebat Ulfah yang
separa bahu itu dicekak dan ditarik ke belakang. Wajah Ulfah terdongak ke
siling. Peritnya hanya Allah yang tahu. Sakitnya tak mungkin dapat digambarkan
dengan kata-kata.
“Sakitlah!”
Jerit Ulfah lagi. Airmatanya sudah bergenang. Hanya mengunggu masa untuk jatuh
berderai ke bawah.
“Sakit?”
Soal Faizudin. Melihat Ulfah hanya mendiamkan diri, dia menarik dengan lebih
kuat rambut gadis itu sehingga badannya melengkung ke belakang.
“Allahuakbar!”
Jerit Ulfah.
“Diam! Sekali
lagi kau terpekik terlolong, aku patahkan pinggang kau ni,” ugut Faizudin.
Ulfah hanya mampu menahan esakan sendiri. Faizudin kini bukan Faizudin dulu
yang begitu lembut apabila berbicara dengannya.
“Now, aku nak kau pakai baju ni. Malam ni
kau ada customer. Kalau kau berani
ingkar perintah aku, mampus bapak kau nanti aku kerjakan,” airmata Ulfah
semakin lebat mengalir. Wajah tua ayahnya terlayar diruang mata.
“Tolonglah
Iz. Jangan buat aku macam ni. Tolonglah lepaskan aku,” rayu Ulfah lagi.
Faizudin hanya tertawa. Dia senang mendengar Ulfah merayu padanya. Terasa
seperti gadis itu mengagungkannya.
“Tak
mungkin, my dear. Malam ni aje aku
akan dapat 10 ribu. Itu belum termasuk dengan servis yang kau bagi dekat Afliq petang tadi. Dia memang berpuas
hati dengan layanan kau dan tak ragu-ragu bagi aku 500 ribu in cash. Kau memang menguntungkan aku. Tunggu
masa aje aku nak kikis harta si Afliq bodoh tu!” Ujar Faizudin dengan angkuh.
“Kau sanggup
tikam belakang kawan kau sendiri? Manusia jenis apa kau ni, hah?!” Tempik Ulfah
sekuat hati. Kasihannya jatuh terhadap Afliq namun bila difikirkan tentang apa
yang Afliq lakukan padanya, dia rasa sedikit puas. Biar lelaki itu rasa betapa sakitnya
dia apabila lelaki itu merampas haknya tanpa keizinannya.
“Aku jenis
manusia yang tak pernah puas dengan apa yang aku ada,” bisik Faizudin lantas
melepaskan cekakan rambut Ulfah dengan satu dorongan kuat. Gadis itu tersungkur
ke lantai.
“Cepat! Aku
nak kau bersiap dalam masa 15 minit. Kalau kau masih berdegil, kau tahulah
akibatnya macam mana. Teruk kau aku kerjakan nanti,” gertak Faizudin seraya
berlalu keluar dari bilik itu.
Perlahan-lahan
gadis itu bangkit berdiri. Rasa sakit yang dihadiahkan oleh Faizudin kepada
badannya tidak sesakit rasa dihatinya. Selama 21 tahun dia hidup, dia cukup
menjaga dirinya, menjaga auratnya. Namun hanya sekelip mata semua itu dirampas.
Apa yang lebih menyakitkan hati Ulfah, suaminya sendiri yang membuat onar.
Ulfah
mencapai baju yang diberi oleh Faizudin itu. Warna baju itu memang nampak
menarik. Warna putih susu. Manik-manik yang berkilauan itu bertaburan memenuhi
baju singkat itu. Cantik namun menyeksakan mata-mata yang memandang. Mewah
namun tidak mampu menutupi auratnya.
Ulfah memandang wajah sendiri di dalam cermin. Baju singkat separas
peha itu benar-benar membuatkan Ulfah merasa dirinya tidak berbaju sama sekali.
Dia sendiri terkejut melihat baju berwarna putih susu itu saat Faizudin
menghulurkan baju itu kepadanya. Selama dia hidup, itu kali pertama dia memakai baju seseksi itu
dan doanya moga itu adalah kali terakhir buatnya.
Bunyi keriukan di pintu bilik
menyebabkan dada Ulfah berombak kencang. Dia menarik laci meja solek dan
mencapai sebotol kecil serbuk yang dibekalkan oleh Afliq. Pintu ditolak kasar
dari luar. Ulfah terkaku ditempatnya. Segala kata-kata Afliq kembali
terngiang-ngiang ditelinga.
Ya Allah,
berikan hamba-Mu ini kekuatan. Tabahkan hatiku. Cekalkan hatiku. Permudahkanlah
segala urusanku dalam menjaga diriku. Hanya Kau tempatku berlindung dan meminta
pertolongan. Sesungguhnya aku hanya hamba-Mu yang lemah. Tiada daya dan upaya
melainkan dengan pertolongan dan belas kasih-Mu.
Lelaki India
yang berkulit agak cerah daripada kebanyakan lelaki India lain itu melangkah
masuk dengan senyuman yang tersungging dibibirnya. Ulfah pandang sekilas. Handsome jugak mamat India ni. Ada
iras-iras pelakon India. Ulfah tak pasti nama pelakon tu apa tapi dia memang
suka tengok filem yang pelakon lelaki itu berlakon.
“Hai, I’m Nathan,” lelaki itu memulakan
bicara. Pintu ditutup sebaik sahaja dia melangkah masuk ke ruang kamar
bercahaya suram itu. Wajah Ulfah agak sukar dilihat dek kerana cahaya malap
dari lampu tidur.
“Ulfah
Fatimah, right?” Ulfah masih
mendiamkan diri. Nathan semakin merapati gadis itu. Senyumannya semakin
melebar. Matanya liar memerhati Ulfah dari atas ke bawah. Cantik!
“Hey, you
bisu ke apa ni?” soal Nathan seraya mencapai lengan Ulfah dan menarik gadis itu
mendekatinya. Ulfah yang langsung tidak bersedia terdorong ke arah Nathan.
“Lepaskan
aku!” Suara Ulfah bergema di dalam bilik itu. Matanya menikam tajam mata kuyu
Nathan.
“Ops… Sorry. Sakit ke?” Perlahan-lahan Nathan
melepaskan pegangannya. Entah kenapa dia masih berlembut dengan gadis comel
itu. Minah ni ada bagi ubat pengasih ke?
Ulfah segera
menjauhkan dirinya. Botol kecil ditangan kanannya digenggam erat. Matanya sudah
memerah. Rasa marah dan takut bergabung menjadi satu. Memandang wajah Nathan
hanya membuatkan dadah Ulfah mendidih.
“It’s okay. I’m use to it,” balas Ulfah
dengan nada perlahan. Nathan terkesima mendengar ayat yang dituturkan oleh
gadis manis itu.
“I’m sorry again. My bad. Can we have a
little chit chat?” soal Nathan penuh sopan. Mahu sahaja Ulfah mencebik
mendengar ayat sopan Nathan itu tapi dia sangat bersyukur sebab Nathan bukan
lelaki psycho yang main terkam ikut
suka hati macam Afliq tu.
Afliq. Afliq
Arham. Mengingatinya membuat Ulfah sakit kepala sendiri. Boleh dipercayaikah
lelaki itu? Bersungguh-sungguhkah dia dengan misinya itu? Atau dia sebenarnya
tak ada niat pun nak selamatkan aku?
“Nanti kau taruk ubat ni dalam air yang mamat
tu minum,” sebotol kecil serbuk dihulur ke arah Ulfah. Berkerut dahi gadis itu
melihat botol itu.
“Ubat apa ni?” soal Ulfah penuh curiga. Racun
ke? Takkan mamat ni nak suruh aku bunuh mamat India tu? Kejam kot!
“Ubat tidur aje.” Ulfah pandang Afliq. Afliq
pandang Ulfah balik.
“Bukan racun?” Meledak tawa Afliq.
“Kau ingat aku ni pembunuh ke? Cuba kau tilik
muka aku yang handsome ni betul-betul. Ada muka pembunuh bersiri ke?” Ulfah
mencebik. Bukan pembunuh tapi perogol bersiri!
“Nanti kau letak ubat ni dalam air and bagi
mamat tu minum. Bila dia dah out, kau terus call aku,” Afliq mengeluarkan
handphone Nokia Lumia miliknya dan diserahkan kepada Ulfah.
Ulfah pandang handphone ditangan Afliq.
Teragak-agak gadis itu mengambil handphone berwarna putih itu. Bersungguh benar
lelaki iu mahu menolongnya. Tapi jujurkah dia? Ikhlaskah dia?
“Password, KasihFatimah.” Ulfah angkat muka
memandang Afliq yang buat muka selamba badaknya.
“Apa?” Berkerut dahi Ulfah.
“You heard me, Ulfah. Jangan nak buat pekak
badak kat sini pulak,” mendatar nada Afliq. Sengaja melontar kata-kata
sarkastik untuk cover kegugupannya. Ceh, pandai kau cover diri ye, Arham!
Ulfah buat muka menyampah. Kalau ikutkan
kehendak hati, mahu sahaja dia melipat lelaki itu biar patah riuk segala ura
belulangnya tapi bila difikirkan betapa lelaki itu banyak menaruh janji padanya
malah mahu membantunya menyelamatkan diri, dia akur kehendak takdirnya. Pasti
Allah akan berikan yang terbaik buatnya!
“Ulfah, do you hear me?” Soal Nathan seraya menggawangkan tangannya apabila
melihat Ulfah termenung panjang.
Gadis itu
tersentak. Dia memarahi diri sendiri kerana terlalu leka dan cuai. Jika Nathan
ambil kesempatan tadi, tak ke haru jadinya? Cukuplah Afliq seorang yang pernah
‘merasa’, dia sudah tidak sanggup mahu memberikannya pada Nathan.
“I ambilkan
air untuk you.” Ujar Ulfah. Hanya itu yang difikirkan saat itu. Dia mahu
cepat-cepat keluar dari neraka dunia milik Faizdin.
“Are you okay, my dear? You jangan nak
macam-macam. I bayar you dengan harga mahal tau,” kata Nathan dengan rasa
was-was. Ulfah yang membelakangi lelaki itu tersenyum. Wait and see, Nathan!
Ulfah
menjalankan misinya dengan berhati-hati. Serbuk yang diberikan oleh Afliq itu
dimanfaatkan dengan jayanya. Semoga kau cepat tidur, Nathan! Dengan senyuman
yang masih tersungging dibibirnya, Ulfah merapati Nathan yang begitu santai
duduk dibirai katil.
“Air,” Ulfah
menghulurkan air kosong itu kepada Nathan. Lelaki itu menyambut air tersebut
namun dia tidak meminum air yang diberikan. Ulfah sedikit gelisah.
“Kenapa tak
minum?” soal Ulfah dengan nada yang sengaja dimanjakan.
“You tak
letak ubat tidur dalam air ni kan?” Ulfah buat-buat ketawa.
“Takkan I
nak buat macam tu. You tak percayakan I?” Nathan pandang wajah Ulfah. Mencari
kebenaran disebalik wajah comel itu.
“I
buktikan!” Ulfah mengambil gelas ditangan Nathan dan berpura-pura meneguk air
itu. Namun, Ulfah sedikit cuai. Kerongkongnya dibasahi dengan air itu sedikit.
Ulfah cuba bertenang.
“Your turn!” Pantas Ulfah menyuakan gelas
tersebut kepada Nathan. Lelaki itu meminum air yang dihulurkan tanpa ragu-ragu.
Ulfah memandang Nathan yang baru
sahaja menghabiskan air yang berada di dalam gelas itu. Ulfah meletakkan gelas
itu diatas meja solek. Dia pandang gelas itu beberapa ketika. Masih ada kesan
ubat di dalam gelas itu dan Ulfah langsung tidak ada niat mahu menghapuskan
bukti. Biar Faizudin tahu, dia bukan gadis kampung yang boleh dipermainkan!
“Come
here, my dear,” ajak Nathan dengan mata yang semakin kuyu. Ulfah menelan
air liur. Perlahan-lahan dia mendekati Nathan. Kepalanya sendiri sudah berasa
berpusing-pusing. Kesan air itukah?
“Tadi you
cakap nak berbual dengan I,” ujar Ulfah cuba mencari alasan. Dia melabuh duduk
sedikit jauh dari Nathan.
“Kenapa you
duduk jauh sangat. Dekatlah sikit. I nak sentuh you. Malam ni you’re my wife,” Nathan senyum. Ulfah
mengerutkan dahi. Kenapa mamat ni nampak handsome
ye?
Nathan
menarik Ulfah mendekatinya. Gadis itu sudah seram sejuk lebih-lebih lagi
apabila wajah Nathan semakin mendekati wajahnya. Kenapa pulak mamat ni? Ulfah
mengengsot ke belakang. Nathan semakin mendekat. Ulfah mengengsot lagi.
Debuk! Ulfah
meraung kesakitan. Nathan tergelak melihat Ulfah sudah terduduk di atas lantai
disisi katil. Lelaki itu menghulurkan tangannya untuk menarik Ulfah kembali
naik ke katil namun gadis itu mengerutkan dahinya sahaja. Langsung tiada
ura-ura untuk menyambut tangan Nathan.
“I
peninglah,” adu Nathan.
“You
tidurlah dulu. Nanti I kejutkan you,” cadang Ulfah. Dia bingkas berdiri. Skirt
pendeknya itu dibetulkan.
“Tak boleh.
I nak you malam ni…” Nathan rebah ke atas katil.
Ulfah mengeluh
lega. Tersangat lega sebenarnya apabila melihat lelaki itu tumbang ke katil.
Bergegas dia mencapai handphone yang
disembunyikan dibawah katil. Nombor handphone
Afliq didail. Bukan susah pun nak cari nombor lelaki itu sebab hanya nombor
lelaki itu sahaja yang ada di dalam list
contact handphone Nokia itu.
“Dia dah
wassalam ni. Datanglah cepat. Aku pun rasa macam nak wassalam jugak dah ni,”
Ulfah tidak sempat memberi salam. Sebaik sahaja talian bersambung, terus dia
berbicara.
“Siapa ni?”
Satu suara asing kedengaran. Eh, sejak bila suara Afliq bertukar pondan ni?
“Afliq ke
ni?” soal Ulfah tergagap-gagap.
“Afliq
Arham? Saya mama dia. Siapa ni?” wanita itu bertanya dengan nada garang.
“Ma, what are you doing here?” satu suara
sayup-sayup kedengaran. Ulfah pasti itu adalah Afliq.
“Mama nak
jenguk anak mama aje. Ni awek Am call.”
Ulfah terkedu. Awek? Sorry, aunty.
Saya ni bini orang, bukan awek anak aunty
tu!
“Ma!” Suara
Afliq kedengaran meninggi. Ulfah memicit-micit kepalanya yang sakit. Mata dah
berpinar-pinar.
“Hello,
Ulfah?”
“Can you make it here fast? Aku rasa aku
pun dah nak wassalam ni,” lemah suara Ulfah kedengaran. Dia dah tak boleh nak
menahan dari rasa mengantuk. Mata dah makin memberat.
“Hey, jangan
berani nak tidur kat situ!” Jerit Afliq dihujung talian. Jantung dah berdegup
seperti berlari marathon.
“Aku
mengantuk. Kepala ni sakit. Pening. Cepatlah datang,” perlahan suara Ulfah
dihujung talian.
“Give me 5 minutes. Make sure kau tak
tid…” Talian mati sendiri. Afliq pantas mencapai kunci kereta dan berlari turun
ke tingkat bawah.
“Am, nak ke mana
tu? Kawan papa nak datang malam ni. Am dah lupa ke?” suara papanya kedengaran dari
ruang istirehat.
“Sorry, pa. Can’t make it. Ada hal. Urgent.
Am tak balik malam ni. Send my regards to
uncle,” laung Afliq kembali.
Sungguhlah. Kerana
cinta, manusia sanggup berbuat apa sahaja. Demi cinta, manusia sanggup menggadaikan
nyawa. Tapi ke mana cinta itu mahu disalurkan dan untuk apa cinta itu hadir? Ulfah
Faimah, Afliq Arham sentiasa berdoa agar ada jodoh antara kita. Saya takkan benarkan
sesiapa pun merampas awak dari saya lagi termasuk Faizudin. Saya akan pastikan dia
menceraikan awak. Tunggu saya!
No comments:
Post a Comment