Unedited. Cik writer akan bercuti menulis Kerana Dia Zaujahku buat beberapa hari so, sila rindukan Afma ye... :) May Allah bless you, guys!
Khaulah menunduk. Airmatanya semakin lebat mengalir. Tangannya meramas
selimut putih itu kuat. Dia mengandung? Kata-kata doktor masih terngiang-ngiang
ditelinga. Dia sendiri tidak tahu reaksi apa yang perlu dia tunjukkan dihadapan
doktor tadi. Gembira?
“Khaulah!”
Wajah Ulfah terjengul dibalik pintu dengan senyuman. Ain dan Ikhwan mengekori
dari belakang.
“Fatma…”
Khaulah menarik Ulfah ke dalam pelukannya. Teresak-esak gadis itu menangis.
“Hey, kenapa
menangis ni? You should be happy!
Khaulah dah pregnant. Congrats,
sayang!” Ucap Ulfah tanpa mengetahui hakikat sebenar.
Peritnya
terasa hanya Khaulah yang tahu. Sakitnya hanya Khaulah yang rasa. Jika
diikutkan hati, mahu sahaja dia menumbuk perutnya saat itu. Dia tidak mahukan
anak itu. Anak yang lahir dari hasil hubungan haram!
“A’a.
Khaulah ni menangis pulak. Kami yang sepatutnya menangis tau sebab Khaulah tak
bagitahu kitorang yang Khaulah dah kahwin,” sampuk Ain.
Ikhwan hanya
diam membisu. Masih terkejut dengan berita yang didengarinya dari doktor. Kata
doktor, ada kesan lebam pada lengan gadis itu dan memaksa Ikhwan membuat
pengakuan sama ada lelaki itu ada membelasah ‘isteri’nya itu. Mahu tercekik
Ikhwan mendengarnya. Punyalah dia pencinta wanita, boleh pulak doktor tuduh dia
macam tu. Kurang asam punya doktor!
Akhirnya,
Ikhwan buat pengakuan. Dia bukan suami Khaulah. Nasib baiklah Ulfah cepat
sampai. Mungkin Khaulah meminta nurse
untuk menelefon gadis itu. Terkejut juga dia waktu melihat Ulfah namun selepas
itu baru dia tahu bahawa Khaulah itu sahabat Ulfah.
“Khaulah tak
kahwin. Tak pernah kahwin.” Khaulah berbisik hiba. Ulfah terlopong. Pelukannya
terlerai.
“Khaulah tak
pernah kahwin, Fatma! Anak ni anak haram!” Naik satu oktaf suara Khaulah.
Ain terkedu.
Ulfah menggeleng tidak percaya. Ikhwan hanya menunduk memandang lantai
hospital. Benar tekaannya. Pasti lebam dilengan itu ada kaitan dengan kehamilan
Khaulah.
“Don’t tell me that Khaulah buat benda tu
sebelum kahwin?” suara Ain mengendur. Sungguh dia terkejut.
Khaulah yang
baik itu mengandung. Khaulah yang solat tak pernah tinggal itu mengandung anak
luar nikah. Khaulah yang sering membawa Al-Quran kecil ke mana-mana sahaja dia
pergi itu mengandung anak haram. Ain terduduk dibirai katil. Apa semua ni?
“What the hell is going on here?” soal
Ain dengan wajah merah padam. Terkilan. Ya, sangat terkilan dengan apa yang
baru didengarinya itu.
“Ain…” Ulfah
menegur. Dia tidak mahu Khaulah terbeban dan makin tertekan dengan penerimaan
Ain yang sebegitu. Ulfah percaya pada Khaulah. Tidak mungkin gadis itu sanggup
buat perkara-perkara yang dimurkai Allah.
“Bukan salah
Khaulah. Bukan salah Khaulah. Along yang paksa. Khaulah tak nak. Dia… Dia paksa
Khaulah.” Tangisan Khaulah semakin menjadi-jadi. Langsung tidak dihirau pada
Ikhwan yang sedang diam membatu disudut bilik itu.
“Khaulah,
bertenang. Ingat Allah, sayang,” pujuk Ulfah.
“Macam mana
Khaulah nak bertenang? Hah, macam mana? Macam mana, Fatma? Khaulah banyak buat
dosa! Khaulah mengandungkan anak luar nikah, Fatma!” Semakin menjadi-jadi
tangisan gadis itu.
“Syhh…
Jangan macam tu. Banyakkan bersabar,” Ulfah menarik Khaulah ke dalam
pelukannya. Dia pandang Ain sekilas yang sedang menahan marah.
“Fatma,
Khaulah tak nak anak ni. Khaulah tak nak anak haram ni. Kenapa Along buat
Khaulah macam ni?” Rintih gadis itu. Dia sudah layu di dalam pelukan Ulfah.
“Allah
memberi ujian sesuai dengan kadar kemampuan hamba-Nya tu. Khaulah yang ajar
Fatma macam tu, kan? Jadi, Khaulah kena kuat. Khaulah kena tabah!” Ulfah
memberi motivasi kepada sahabatnya itu.
Khaulah
menangis tanpa henti. Wajah-wajah insane yang membuatkan dirinya merana
terbayang diruang mata. Hatinya menjadi panas. Sukar untuk melupakan peristiwa
pahit itu.
Khaulah
menolak Ulfah menjauhinya. Mukanya berubah berang. Matanya meliar memandang ke
sekeliling. Ulfah teragak-agak untuk mendekati sahabatnya itu. Ikhwan sudah
bersiap siaga untuk menerima sebarang kemungkinan.
“Jantan tu
memang jahanam! Aku benci dia. Aku benci jantan tu! Aku nak bunuh dia! Aku nak
bunuh anak dia ni!” Jeritan Khaulah bergema dibilik putih itu. Serentak itu dia
menumbuk-numbuk perutnya.
“Khaulah!”
Jerit Ulfah terkejut. Ain sudah jatuh rahang melihat keadaan Khaulah. Riak
wajah gadis itu seperti orang gila. Ain gugup. Tidak pernah dia melihat Khaulah
berkelakuan seperti itu. Hilang terus kelembutan gadis itu.
Ikhwan sudah
berlari mendapatkan Khaulah. Lengan gadis itu yang berlapik dengan kain baju
dipegang erat. Ulfah mahu menghampiri namun dek kerana batang tubuh Ikhwan
menjadi penghadang besar, dia kembali mengundur. Membiarkan Ikhwan memegang
sahabatnya itu.
“Hey, jangan
nak mengarut! Ingat Allah! Mengucap sikit! Anak tu tak salah apa-apa pun,”
marah Ikhwan. Mukanya menampakkan riak marah dan bengang.
“Kau tahu
apa? Kau tak alami apa yang aku lalui. Kau tak faham!” Jerit Khaulah seperti
orang gila. Langsung tidak mempedulikan siapa Ikhwan.
Ain dah
berpelukan dengan Ulfah. Rasa takut menerpa ke dalam diri melihat keadaan
sahabatnya itu. Sakit yang dirasa oleh Khaulah turut dirasai olehnya dan Ulfah.
khaulah semakin tidak terkawal. Kakinya menendang semua benda yang ada
berhampiran dengannya. Batang tubuh Ikhwan juga menjadi mangsa.
“Fatma,
panggil doktor cepat!” Ujar Ikhwan. Dia tidak mampu untuk terus menahan
Khaulah. Silap-silap dia pula yang terpelanting dek kena tending dengan gadis
itu.
Ulfah
bergegas membuka pintu. Dia melaung memanggil nurse yang kebetulan berjalan melalui bilik itu. Nurse tersebut segera meminta bantuan
para doktor. Khaulah diberi suntikan ubat penenang. Gadis itu tampak
benar-benar terganggu dengan keadaan dirinya sekarang.
“Macam mana dengan kawan saya, doc?” soal Ulfah dengan wajah cemas. Doktor
Mahira menghela nafas berat. Dia pandang wajah Ulfah.
“Dia
mengalami tekanan yang berat. Dari ujian yang kami jalankan, kami dapati, dia
pernah mengalami peristiwa hitam di mana membuatkan dirinya tidak dapat
menerima dirinya sekarang,” jelas Doktor Mahira.
“Maksud
doc?” Ain mencelah.
“Maksud
saya, dia tidak boleh terima hakikat bahawa dia sedang mengandung sekarang.
Mungkin dia pernah dirogol dan semua tu memberi dia tekanan. Ini hanya tekaan
saya, mungkin awak tahu apa-apa tentang peristiwa yang dialaminya.” Doktor
Mahira kembali memberi penjelasan dengan bahasa mudah.
“Dia
perahsia, doc.” Ujar Ulfah dengan nada kesal. Kesal kerana tidak mampu membantu
sahabat sendiri. Kesal kerana tidak bersungguh-sungguh untuk membantu
sahabatnya itu. Namun, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
lagi dah.
“Saya
syorkan, awak cuba berbicara dengan dia tapi tolong jangan beri tekanan pada
dia. Bagi dia semangat. Ceriakan dia. Mudah-mudahan, hati dia sedikit sebanyak
terawatt nanti,” cadang Doktor Mahira.
“Insya-Allah,
doc.” Angguk Ulfah. Fatma takkan
biarkan Khaulah bersendirian. Ini janji Fatma!
“Bila dia
boleh keluar, doc?” Ikhwan yang sedari tadi hanya menjadi pemerhati tiba-tiba
mencelah.
“Insya-Allah
dalam masa terdekat ni jika kesihatan dia semakin pulih,” jawab Doktor Mahira
sebelum meminta diri. Ikhwan angguk sahaja.
“Wan, thanks!” Ucap Ulfah sebaik sahaja Doktor
Mahira berlalu pergi. Ikhwan yang santai bersandar di tepi kerusi tempat
menunggu itu kalih pandang ke wajah Ulfah.
“No big deal. Lagipun, saya yang salah.
Nanti bil hospital, biar saya yang bayar,” ujar Ikhwan dengan suara mendatar.
Ulfah angguk. Cincin yang tersarung dijari, dipusing beberapa kali. Ingatannya
melayang ke bumi Auckland. Apa khabar dia di sana?
Afliq membelek gambar sewaktu dia menyertai program Deen Gathering
bersama Hazman dan teman-teman yang lain di Lake Tekapo. Tempat tu memang
terbaik. Subhanallah. Tak mampu nak digambarkan dengan kata-kata. Indahnya
kawasan tu hanya Allah yang tahu. Nasib baiklah mereka pergi waktu awal-awal winter. Kalau tidak, memang tak sanggup
la nak keluar dari campervan tu untuk
tangkap gambar segala bagai.
Van untuk travel tu memang semua dah lengkap. Ada
katil, dapur gas dan keperluan lain. Walaupun hotel atau backpackers ada aje kat pecan kecil dekat dengan Lake Tekapo tu,
semua peserta Deen Gathering setuju nak bermalam dalam van aje. Park aje tepi tasik then, tidur aje kat situ. Lebih dekat dengan alam, bak kata Shakirin.
Serta merta perbualannya dengan Shakirin terulang tayang.
“Man cakap, kau dah bertunang. Betul ke?”
soalan Syakirin atau lebih dikenali dengan nama manjanya Ayin, ketua program
mereka sewaktu Afliq bersendirian dipinggir tasik itu menjadi mukaddimah kepada
perbualan mereka.
“Alhamdulillah, ya,” jawab Afliq lembut.
Ecece, kenapa lembut semacam ni?
“Macam mana?” Soalan Ayin membuatkan Afliq
terlopong.
“Apa yang macam mana?” Ayin gelak kecil.
“Maksud aku, macam mana perasaan kau bila dah
jadi tunang orang ni?” Afliq tarik senyum. Lebih selesa untuk berbual apabila
menggunakan kata ganti nama kau dan aku. Tak adalah kekok sangat. Selalunya
kalau berada dikalangan sahabat Hazman, main bantai aje guna ana enta.
“Rasa lain. Entahlah. Kalau dulu, fikir untuk
diri aje tapi sekarang kena juga fikir masa depan untuk dua orang. Banyak
bezanya. Lain tanggangjawab tu,” jawab Afliq sejujurnya.
“Dah ready nak jadi suami orang?” soalan Ayin
buat Afliq rasa tercekik. Dia tayang sengih.
“Insya-Allah. Masih banyak kena belajar.”
“Dah yakin ke?” Afliq dah mula rasa teruji.
Mamat ni tanya aku saja-saja atau nak menguji aku?
“Maksud kau apa?” Ayin tersenyum.
“Kahwin ni perlukan keyakinan tau untuk
laksanakannya. Kalau kau tak yakin, susah juga nak kahwin tu. Contoh, kau tak
yakin tentang rezeki yang Allah bagi lepas kau kahwin nanti, mesti kau ada rasa
ragu-ragu nak kahwin, kan?” Afliq diam mencerna ayat Ayin.
“Yakin?” Ayin angguk.
“Ya. Yakin bahawa Allah akan memberi rezeki
pada kau. Rezeki ni ada macam-macam cara yang Allah bagi.” Afliq tarik senyum.
Pantas dia mengangguk faham.
“Yakin pada Allah, itu yang terbaik. Dalam
sesebuah perkahwinan, kepercayaan, keyakinan, persediaan dari segi mental dan
fizikal, sikap bertolak ansur. Semuanya kena ada dalam diri. Kalau tidak,
kahwin ke mana, bini ke mana nanti,” ujar Ayin dengan nada seloroh.
“Eh, kau dah ambil kursus kahwin ke?” soal
Ayin kembali. Afliq garu kepala. Alamak!
“Belum.” Afliq tarik senyum kelat. Ayin dah
terlopong.
“Kau biar betul? Nak kahwin tapi kursus
kahwin pun tak ambil lagi? Kau ingat kahwin ni main shake hand dengan tok kadi
aje ke?” Afliq hanya mampu tersengih melihat wajah terkejut Ayin.
“Man!” Jerit Ayin ke arah Hazman yang baru
keluar dari campervan. Lelaki itu digamit mendekati mereka.
“Apa?” soal Hazman. Niatnya untuk berwudhu’
terbantut.
“Nak pergi mana?” soal Ayin.
“Wudhu’. Waktu Dhuha dah ni. Yang lain semua
dah get ready nak berjemaah. Korang sibuk pulak bersembang kat sini,” bebel
Hazman.
“Ni hah, ada orang kena basuh lepas Dhuha and
Mat’surat kejap lagi. Kau tolong join sekaki,” Ayin mengerling ke arah Afliq.
“Oh, itu memang dah termaktub dalam schedule
la. Kau tak baca tentatif ke apa ni?” Hazman buat muka geram.
“Lupa la. Eh, jom ambil wudhu’.” Bergegas
Ayin menghampiri gigi air. Hazman menggeleng kepala melihat telatah sahabatnya
itu.
“Jomlah. Budak-budak dah lama tunggu tu,”
ajak Hazman lagi. Afliq angguk. Mereka sama-sama menghampiri gigi air untuk
berwudhu’.
Bunyi barang
digeledah mengejutka Afliq. Pantas kepala dipanggung memandang ke batang tubuh
teman serumahnya. Lelaki anak kelahiran Kedah itu kelihatan cemas. Mungkin
sudah lambat untuk ke tempat kerja. Kebanyakkan student di sini akan bekerja part
time pada waktu petang.
“Am, hang ada
nampak helmet aku ka?” soal Khairy.
“Bukan Johan
ke pinjam semalam?” Khairy tepuk dahi sendiri.
“Alamak! Aku
lupa. Macam mana ni. Aku dah lewat nak pi kerja ni,” Khairy tergaru-garu kepala
sendiri.
“Kau pinjam helmet Fahmy tu dulu. Karang dia balik,
aku bagitahu dia,” cadang Afliq. Terus Khairy tersenyum dan mencapai helmet Fahmy.
“Okey. Nanti
aku belanja hang maggie malam ni. Habaq
dekat Fahmy sekali,” ujar Khairy sebelum bergegas keluar dari rumah sewa itu.
Afliq hanya
mampu tersenyum. Ikutkan hati, nak juga dia bekerja secara part time tapi dia masih tiada masa untuk mencari kerja. Hazman pun
dah banyak kali ajak dia kerja cuma dia masih belum punya masa untuk menerima
pelawaan lelaki itu.
Kadang-kadang
dia pelik dengan Hazman. Setiap kali cuti, lelaki itu tidak pernah pulang ke
Tanah Melayu. Bila ditanya kenapa, katanya dia mahu berjimat. Kalau asyik ulang
alik ke Tanah Melayu dan Auckland aje, mana nak banyak saving dia nanti.
Afliq pun
terima aje alasan Hazman tu. Tapi awal-awal dia dah warning. Waktu dia kahwin nanti, Hazman wajib ada. Dia nak kenalkan
Hazman dengan bakal isterinya itu. Dia nak bagitahu Ulfah yang Hazmanlah yang
banyak membantunya mendekati Allah. Hazman adalah sahabat yang sangat bermakna
bagi dirinya selain Ikhwan!
Cantik, kan? Nak ke Ulfah pegi sana dengan Afliq? Hurm...
Wah...
ReplyDeletedh smakin mnarik cte nie...
Cntik tmpt tu...
InsyaAllah Aflah akn ikut...
x sbr nk tau cte dieorg...
congrates cik writer
Alhamdulillah. Trime kasih ye sudi bce. :)
Delete