Friday, 20 September 2013

Kerana Dia Zaujahku Bab 16

Unedited. Again and again. Heh, tak sempat nak mengedit. Sibuk dengan benda lain. Hehe... Enjoy reading, guys!

“Bila balik dari kampung?” soalan Tuan Uzair menyapa pendengaran Afliq yang sedang ralit memandang gambar-gambar sewaktu pertunangan dia dan Ulfah.
“Semalam, abah. Kejap aje duduk kat kampung. Sekadar melawat atuk dengan nenek,” jawab Afliq. Dia panggung kepala memandang Tuan Uzair.
“Mereka sihat?”
“Alhamdulillah, sihat.” Afliq menarik senyum segaris sebelum kembali memandang gambar-gambar di atas meja itu.
Gambar Ulfah sewaktu Puan Sri Suria menyarungkan cincin ditangannya menarik perhatian Afliq. Gadis itu hanya menunduk malu dengan senyuman tersipu-sipu. Nampak cantik sekali gambar itu. Heh, gambar ke tuan yang dalam gambar tu comel?
Astagfirullahalazim! Jaga hati, jaga mata tu, Am! Kau dengan dia baru aje bertunang. Bertunang bukan tiket untuk menghalalkan apa yang haram. Jaga batas-batas pertunangan tu.
“Masa bertunang ni la kau kena jaga betul-betul. Bertunang ni bukan tiket untuk kau usung anak dara orang ke sana ke mari. Masa bertunang ni hanya untuk bertaa’ruf. Untuk kenal tunang kau tu je. Tapi dalam batasan dan landasan yang betul. Jangan main aci terjun aje,” pesanan Hazman terngiang-ngiang ditelinga.
“Abah pun dah rindu dekat kampung tu. Macam manalah Pak Usu kamu handle semua kebun-kebun abah tu?” Tuan Uzair jauh berfikir.
“Insya-Allah, kalau ada peluang abah ajaklah Fatma tu balik sekali-sekala. Am rasa Faizudin pun dah tak berani nak balik kacau Fatma kat kampung,” usul Afliq.
“Yelah. Nanti abah bincang dengan Fatma.” Afliq mengoyak senyuman sebelum mengangguk setuju.
“Mana Fatma pulak ni? Bersiap pun dekat setengah jam!” Bebel Tuan Uzair. Afliq tergelak kecil.
“Biasalah, abah. Perempuan. Selagi tak bertempek segala warna kat muka tu, selagi tu dia tak lari dari cermin tu,” kata Afliq dengan tawa yang masih bersisa.
“Ehem. Mengata nampak!” Ulfah yang baru sahaja menapak turun di anak tangga terakhir menyampuk. Dia menjeling Afliq tajam. Sepintas lalu dia memandang ke arah jari jemari Afliq yang lincah menutup kembali album gambar pertunangan mereka. Cincin tunang mereka tersisip kemas dijari lelaki itu.
Heh, tak adanya gambar dia dalam tu. Buat apa sibuk-sibuk nak tengok? Ulfah memuncung. Bertunang pun kena paksa macam ni. Kalau kahwin nanti? Huh, memang kena cuba jatuh cinta dekat mamat ni la nampaknya. Takkan nak kahwin secara terpaksa kot? Tak naklah!
“Dah siap?” soal Afliq sekadar berbasi-basi.
“Dah.” Ulfah menjawab kasar. Tak nampak ke orang dah ready ni? Buta ke apa?
“Jomlah, abah,” ajak Afliq seraya berdiri. Langkahnya diatur menuju ke arah pintu rumah. Tuan Uzair menuruti langkah tunang anaknya itu. Ulfah mencapai kunci rumah dan turut berlalu mendapatkan abahnya dan Afliq.
Tuan Uzair menerobos masuk diseat hadapan. Afliq menunggu Ulfah yang sedang mengunci pintu rumah dan pintu pagar. Usai mengunci pintu pagar, dia bergegas mendapatkan kereta Honda Accord hitam milik Afliq.
“Cik tunang,” panggil Afliq sebelum sempat Ulfah membuka pintu kereta.
“Apa?” soal Ulfah.
Next time, tolong pakai sandal yang bertutup kalau tak nak pakai stoking. Atleast, kaki tu taklah nampak sangat,” pesan Afliq sebelum terus masuk ke dalam kereta tanpa menunggu Ulfah berkata-kata. Terlopong gadis itu.
Dia baru tegur aku ke? Tegur pasal aurat? Afliq Arham tegur pasal aurat kat aku? Afliq yang suka memaksa tu, tegur pasal aurat? Afliq yang pernah ‘ngap’ aku tu bercakap soal aurat? Okey, ini dah lebih. Hantu Auckland memang dah rasuk mamat tu!
“Cik tunang, nak masuk ke tak nak? Karang kalau saya tinggal, free-free aje awak naik teksi nanti,” teguran Afliq mengejutkan Ulfah. jatuh rahang lagi gadis itu.
Awak? Saya? Huwaa! Apa kena dengan Afliq ni? He’s scary!
“Nak masuklah ni.”
“Nak masuk pun kena berjemput. Ingat dia tu anak raja ke?” Nada Afliq begitu sinis. Hah, ini baru Afliq Arham sebenarnya!

Suasana kampus yang sesak dengan pelajar itu membuatkan Ulfah sedikit rimas. Afliq disebelah Tuan Uzair dipandang sebelum melemparkan pandangan ke arah Tuan Uzair yang sedang khusyuk membaca menu ditangan.
Tak lama lagi dia akan bergelar pelajar. Nasib baiklah Afliq tu bermurah hati nak teman datang mendaftar dikolej ini. Kalau tidak, mahu teraba-raba juga mencari kolej tersebut. Lagipun, dia mendaftarkan diri seminggu lebih lambat dari pelajar lain. Memang bertuahlah sebab tak perlu join minggu ‘penyeksaan’ oleh senior-senior.
“Fatma, nak makan apa?” soal Tuan Uzair apabila melihat anaknya itu termenung memandang persekitaran kafe itu.
“Apa-apa ajelah, abah,” jawab Ulfah. kepala dah naik pening. Pelajar yang baru pulang dari kelas semakin ramai membanjiri kafe itu.
“Awak okey ke tidak ni?” soal Afliq, concern.
“Okey.”
“Sakit kepala ke?” Ulfah angguk. Tuan Uzair hanya memerhati tingkah anak dan bakal menantunya itu.
“Kalau tak selesa nak makan kat sini, kita makan kat luar ajelah. Lagipun, semua dah settle. Boleh, abah?” Afliq pandang Tuan Uzair.
“Abah ikutkan aje. Tak kisah mana-mana pun,” putus Tuan Uzair.
“Awak?” soalan tertuju pula buat cik tunangnya.
“Okey.” Ulfah membalas perlahan.
Afliq membawa mereka ke restoren yang berhampiran dengan kolej itu. Nak drive jauh-jauh, perut dia dah berkeroncong. Breakfast pun dia skip pagi tadi sebab nak datang awal rumah Ulfah. Teruja punya pasal sebab boleh bawa tunang dengan bakal ayah mertua keluar. Heh, memang kau dah parah ni, Am!
“Makan apa?” Wajah tunang dipandang.
“Apa yang best kat sini?” soalan berbalas soalan.
“Nasi.” Selamba Afliq menjawab. Ulfah mengetap bibir geram. Buat main laa…
Orderlah nasi.” Ulfah membalas.
“Nasi kosong ke?”
“Mana-mana aje yang best.” Ulfah menarik muka masam. Malas nak melayan Afliq yang dah menarik senyum menang.
“Abah, makan nasi ayam nak?” aju Afliq kepada Tuan Uzair pula.
“Abah tak kisah Am yang mana-mana pun. Abah makan aje selagi tekak ni terima,” jawab Tuan Uzair.
“Okey. Then, Am order semua nasi ayam.” Putus Afliq. Menu ditangan ditutup.
“Nak kepak.” Ulfah menyampuk tanpa memandang encik tunang.
Afliq mengangguk. Dipanggil adik waiter dan terus dia order tiga nasi ayam. Untuk air pula, dia main aci terjun aje order teh ais untuk dia dan Ulfah dan teh o ais untuk Tuan Uzair. Tak tanya langsung cik tunang dengan bakal bapa mertua.
So, bila kelas start?” soal Afliq mahu menghidupkan suasana yang suram.
“Esok dah boleh masuk kelas. Kena settle hal payment tu aje dulu esok,” jawab Ulfah acuh tak acuh. Tuan Uzair disebelah hanya diam membisu.
Tuan Uzair memang tak banyak cakap. Lebih suka memerhati dan mendengar. Kebiasaannya begitulah. Jika ditanya sepatah, sepatah juga dijawab melainkan jika perkara itu mampu menarik minatnya.
“Pergi kelas dengan apa?”
“KTM ada. LRT pun ada. Mana-mana aje asalkan boleh sampai kat kelas,” suara Ulfah kedengaran dingin.
“Ada lesen memandu tak?” Ulfah menggeleng.
“Nanti ambil lesen,” arah Afliq. Cik tunang menjeling tajam. Belum apa-apa dah bagi arahan.
Weekend nanti kalau tak ada apa-apa program, bawaklah abah balik kampung,” pesan Afliq lagi. Ulfah pandang wajah encik tunangnya itu sebelum memandang si abah yang sedang bermain dengan kunci rumah ditangan.
“Abah nak balik kampung ke?” soal Ulfah.
“Kalau boleh abah nak balik tengok rumah kita tu. Dah berbulan tak balik, Pak Usu Fatma tu sempat ke tidak menjenguk rumah kita,” jawab Tuan Uzair.
“Kalau macam tu, nantilah kita balik. Tapi abah kena janji. Kena balik sini dengan Fatma. Fatma tak nak abah duduk kampung seorang diri,” ujar Ulfah dengan wajah serius. Tuan Uzair hanya tersenyum seraya mengangguk.
Suasana sepi kembali. Hanya kedengaran suara-suara sumbang dari meja sebelah. Afliq sibuk dengan handphone ditangan manakala Ulfah pula hanya memerhati ke sekeliling restoran itu.
“Abah nak ke bilik air kejap.” Tiba-tiba Tuan Uzair bersuara. Ulfah dah rasa tidak senang duduk.
“Err… Lama ke, bah?” soalnya.
“Abah nak qada’ hajat ni.” Ulfah memuncung apabila melihat senyuman nakal abahnya. Afliq pula tergelak kecil.
“Nak ikut boleh?” soal Ulfah lagi. Abahnya dah membuntangkan mata. Afliq jatuh rahang.
“Jangan nak mengarut!” Marah Tuan Uzair seraya berlalu ke kaunter untuk bertanyakan kedudukan tandas.
“Awak ni betul ke tidak?” Giliran Afliq pula menyoal Ulfah. Gadis yang berada dihadapan tempat Tuan Uzair itu hanya menjelingnya tajam sebelum menundukkan kepala memandang alas meja.
“Ulfah Fatimah.”
Senyap tanpa sahutan.
“Awak…”
Kepala diangkat namun mulut masih terkunci rapat.
“Cik tunang tuu. Pekak ye?” Ulfah mendengus. Alangkah indahnya dunia kalau mamat ni bisu!
“Apa?” Ulfah menyoal dengan kasar.
“Saya minta maaf.” Ulfah diam menunggu. Afliq menarik nafas panjang.
“Untuk semua yang saya pernah buat pada awak.” Ulfah mencebik.
“Maaf awak tu boleh ganti balik ke maruah saya?” selamba Ulfah menyoal. Afliq dah pegun mendengar soalan Ulfah itu.
“Memang tak boleh tapi dengan maaf, boleh ubah sakit dihati tu walaupun sikit,” suara Afliq mengendur.
“I might forgive but I’ll never forget.” Mendatar suara Ulfah.
“Terpulang pada awak. Saya tak memaksa awak untuk maafkan saya. Dan saya tak berharap pun awak akan maafkan saya sebab dalam minda dan fikiran awak tu, saya ni budak jahat. Saya dah buat kesalahan besar pada awak. But, I’m sure insya-Allah one fine day, awak akan tahu jugak apa sebenarnya dah jadi antara kita,” Afliq pandang wajah Ulfah yang turut memandangnya itu.
“Apa maksud awa…” Ulfah terdiam apabila Afliq meletakkan tangan dibibir sendiri mengisyaratkan agar gadis itu tidak bersuara. Ulfah mendengus geram.
“Dan satu lagi.” Ulfah mengalihkan pandangannya ke arah sekumpulan gadis yang hanya selang beberapa meja dari mereka. Mahu saja dia mencekik si tunangnya itu.
“Syarat awak tu saya masih tak mampu nak penuhi,” ujar Afliq dengan nada perlahan. Ulfah diam memikir sejenak.
“Syarat apa?” soalnya. Matanya dikalih pandang kembali kepada Afliq.
“Surah An-Nuur. I’ve tried but I can’t, for this time la. Lepas ni insya-Allah, saya boleh hafal surah tu dengan maknanya sekali. Hope awak tak letak syarat tu waktu saya nak shake tangan tok kadi nanti.” Ulfah jatuh rahang.
Dia ambil serius dengan apa yang aku minta? Oh My Allah! Biar betul mamat ni Afliq Arham yang aku kenal? Angin semilir mana yang dah bawa Afliq yang baru ni depan aku?
“Saya ada sesuatu untuk awak,” sambung Afliq tanpa sempat Ulfah berkata-kata.
Lelaki itu mengeluarkan plastik berwarna jingga dari poket jeansnya. Plastik itu diletak ke atas meja dan didorong ke arah Ulfah. Gadis itu pula hanya diam terkaku memandang plastik dihadapannya itu.
“Dalam tu ada earphone dengan MP4. Nanti kalau ada masa free, awak dengarlah. Ada sesuatu yang saya nak sampaikan pada awak,” kata Afliq penuh berharap. Ulfah menelan air liur. Kesat.
He’s different. Dari hari pertama dia bertemu lelaki itu, dia dah rasa aura yang berlainan. Lain sangat dengan Afliq yang dulu. Sampai kadang-kadang Ulfah rasa dia dah jauh ketinggalan. Rasa seperti bumi dengan langit jaraknya dengan Afliq.
Kalau diibaratkan dia boleh capai tangan Afliq yang dulu, memang sekarangnya nak capai pun dah tak boleh. Tangan Afliq pun hilang entah ke mana. Jauh sangat jarak antara mereka. Dan Ulfah Fatimah, macam mana nak dekatkan jarak itu balik? Fikir-fikirlah…

Gadis itu berbaring dengan selesa diatas katil. Bantal diletak dua agar kedudukan kepalanya menjadi tinggi. Novel tebal yang bertajuk Ya Maulana karya Hana Ilhami itu dicapai. Novel romantic + Islamic. Memang boleh buat cair hatinya.
Ulfah berguling membalikkan badan setelah lenguh berbaring mengadap syiling. Bantal diletakkan ke bawah dada. Dia membelek mukasurat seterusnya. Tiba-tiba handphonenya bergetar diatas meja sebelah katil. Pantas dicapai handphone pemberian Afliq itu.
“Assalamualaikum, Di,” salam dihulur setelah talian bersambung.
“Wa’alaikumsalam. Akak, esok ada kelas ke?” soal Nadihah.
“Insya-Allah, ada. Kenapa?”
“Kelas habis pukul berapa?” Ulfah dah berkerut dahi.
“Pukul 2 petang.”
“Okey. Esok akak tunggu kami dekat kampus pukul 2.30 petang.”
“Hah? Buat apa?” soal Ulfah. Novel ditutup setelah ditanda tempat yang dia berhenti dengan penanda buku.
“Keluar. Hujung minggu ni Along dah nak fly. So, kita keluar jalan-jalan satu family. Mama suruh Di call akak. Ajak akak sekali. Abah akak tu nanti Along pergi ambik dekat rumah,” jelas Nadihah dengan suara ceria. Ulfah dah mati kata.
Keluar? Family outing ke ni? Baru aje bertunang kot. Ish, macam-macamlah keluarga Afliq ni. Suka bagi kejutan yang boleh buat jantung aku keluar.
“Insya-Allah.”
“Akak, Along nak cakap ni,” ujar Nadihah dan handphone bertukar tangan. Ulfah terpinga-pinga sebentar.
“Assalamualaikum.” Sapa lelaki itu. Nadihah yang menjadi pemerhati disebelah hanya tersengih.
“Wa’alaikumsalam. Hah, ada apa?” soal Ulfah kasar. Afliq tarik sengih. garangnya tunang aku ni.
“Esok pakai proper sikit. Jangan main aci terjun aje pilih baju yang entah apa-apa. Better pakai baju kurung kot. Nampak lebih sopan. Stokin jangan lupa. Kaki tu aurat. Lengan baju tu jangan main aci sinsing aje. Please, jaga diri tu,” pesan Afliq dengan satu nafas sebelum talian dimatikan. Muka dah memerah apatah lagi dengan sengihan nakal Nadihah.
Ulfah dah jatuh rahang. What the…? Apa kena dengan mamat tu? Kenapa dia macam tu? Terlebih makan ubat atau putus wayar hijau kat dalam kepala dia tu? Baru jadi tunang aku, dah sibuk-sibuk nak condemn pasal pemakaian aku? Hello, boleh baliklah!
Handphone dicampak kembali ke atas meja. Dia mendengus geram. Memang tak suka betul dengan cara Afliq tu. Tapi kalau difikirkan balik, memang betul apa yang Afliq cakap tu. Dia pula jenis main aci terjun aje buat segala benda.
Contoh, kalau pergi mana-mana memang dia tak pakai stokin walhal dah jelas bahawa kaki tu aurat. Bila dah tahu, kena buat. Contoh yang lain, pakai baju lengan panjang memang dah bagus tapi pergi sinsing pula lengan tu sampai nampak lengan padahal lengan tu pun aurat. Bila dah tahu, memang wajib kena buat la. Mana boleh main-main dengan undang-undang Allah.
Firman Allah dalam surah Al-Ahzab ayat 59 yang bermaksud, “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak akan diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.”
Kalau tak nak ikut undang-undang Allah, boleh pergi buat planet sendiri. Tak payan tinggal kat bumi Dia ni. Kalau dah rasa diri tu bagus sangat, tak perlu nak ikut suruhan Allah, pergi cari tempat yang bukan milik Allah. Hah, ada ke? So, masih nak sombong bongkak dengan Allah lagi?
Matanya terpaku pada plastik yang diberi oleh Afliq beberapa hari yang lalu. Sebelum ini memang hatinya langsung tidak tergerak untuk menyelongkar isi plastik itu. Yelah, kalau Ikhwan yang bagi, dia boleh terima lagi sebab dia yakin pasti ada manfaat untuknya tapi kalau Afliq yang bagi, dia sangsi. Apakah bermanfaat untuknya atau bermanfaat pada Afliq.
Plastik itu diambil jua. Dibuang segala macam benda yang ada di dalam plastik kecil itu. Earphone. Mp4. Sehelai kertas A4 berwarna putih bersih. Diatasnya tertulis bait-bait ayat yang agak panjang menggunakan pen dakwat hitam. Kerta A4 itu diambil.
Jika asas perkahwinan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bercerai jika EKONOMI dalam rumahtangga merudum dan MUFLIS.
Jika asas perkahwinan adalah kerana KEPUASAN NAFSU, maka pasangan akan selalu bertengkar jika suasana dibilik tidur tidak memuaskan.
Jika asas perkahwinan kerana KECANTIKAN WAJAH dan tubuh badan, pasangan akan lari apabila rambut beruban, muka kerepot atau badan jadi gendut.
Jika asas perkahwinan kerana ANAK, maka pasangan akan mencari alasan untuk pergi jika hati (anak) tidak hadir.
Jika asas perkahwinan kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.
Jika asas perkahwinan kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal yang lebih baik, tambahan pula manusia yang dicintai pasti mati atau pergi.
Namun,
Jika asas perkahwinan kerana ibadah kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu kekal dan Maha Pemberi Hidup kepada makhluk-Nya. ALLAH mencintai hamba-Nya melebihi seorang ibu mencintai bayinya.
P/s : Copy and paste dari facebook namun ini adalah bisikan hati saya. Mohon dengar lagu yang saya dah sediakan untuk awak.
Ulfah mencapai earphone dan dihubungkan ke MP4. Airmata dah rasa bertakung dimata. Hatinya tersentuh. Benarkah itu Afliq Arham anak Tan Sri Adham? Suara kumpulan In-Team kedengaran. Airmata terus saja mengalir tanpa diseka.
Bagaikan permata dicelahan kaca
Kerdipnya sukar tuk dibezakan
Kepada-Mu Tuhan ku pasrah pilihan
Moga tak tersalah pilihan
Ulfah merebahkan badan ke tilam. Novelnya sudah hilang entah kemana. Suara Suhaimi masih berdendang hebat ditelinganya.
Nur Kasih-Mu mendamai dikalbu
Jernih setulus tadahan doaku
Rahmati daku dan permintaanku
Untuk bertemu di dalam restu
Sejak bila Afliq berubah? Tapi betullah. Hidayah Allah tu bila-bila masa aje Dia akan bagi dan pada sesiapa sahaja yang Dia nak. Siapa aku nak persoalkan tentang perkara itu?
Kurniakan daku serikandi
Penyejuk dimata penawar dihati
Didunia dialah penyeri
Disyurga menanti dia bidadari
Setandingkah aku dengan dia? Sebelum ini dia hanya manusia biasa yang leka dengan nikmat dunia. Dan aku pula hanya manusia yang sering mengambil mudah akan segala hal. Sekarang, dia dah jadi manusia lain. Manusia yang lebih menghargai nikmat hidup. Manusia yang lebih mengenal Tuhannya sedangkan aku? Aku masih begini.
Kasihnya bukan keterpaksaan
Bukan jua kerana keduniaan
Mekar hidup disiram Nur Kasih
Terngiang-ngiang kembali kata-kata Iman sewaktu hari pertunangannya dengan Afliq. Segala kata-kata itu kembali menghantui dirinya sehingga badan menjadi lemah tak bermaya. Airmata masih lebat mengalir menuruni pipi.
“Dalam Al-Quran pun jelas Allah bagitahu. Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Begitu juga sebaliknya. Peribadi kita ni menentukan peribadi jodoh kita nanti, kak. Insya-Allah, semuanya akan baik-baik sahaja. Trust Him. You’ll never get disappointed.”
Ditangan-Mu Tuhan ku sandar impian
Penentu jodoh pertemuan
Seandainya dirinya tercipta untukku
Relaku menjadi miliknya
Lagu masih berkumandang ditelinga. Ulfah mengenggam erat cadar tilam miliknya. Teresak-esak gadis itu menangis. Segalanya membuatkan Ulfah bingung sendiri. Jika benar Afliq itu jodohnya, setulus hati dia merelakan dirinya untuk menjadi milik lelaki itu. Tapi, apakah dia pantas untuk lelaki itu?

Wake up, Fatma! Jangan lemah macam ni. Kalau Afliq boleh berubah, kenapa kau tidak? Kalau Afliq boleh tinggalkan segala perangai buruk dia, kenapa kau tidak? Segalanya bergantung pada diri kau. Allah takkan ubah nasib kau kalau kau sendiri yang tak ubah. Kuatkan semangat, teguhkan tekad! Semoga Allah redha.

No comments:

Post a Comment