Saturday, 7 September 2013

Kerana Dia Zaujahku Bab 9




 Unedited. Mencuri waktu kerja utk menulis. Hopefully tak menghampakan penunggu setia Afma(Afliq-Fatma) semua. Have a nice day!

“Apa?”
Ulfah menundukkan pandangan. Dia mengetap bibir dengan kuat. Sakit. Namun sakit dihati lebih lagi terasa. Dia dapat mendengar dengusan nafas kasar abahnya. Dia tetap menunduk. Langsung tidak berani memandang wajah Tuan Uzair.
“Abah tak sangka Fatma boleh buat macam ni. Lari tinggalkan suami sendiri? Salah abah ke sebab tak pandai didik anak?” sayu suara Tuan Uzair. Ulfah menggeleng. Airmata dah bertakung.
“Bukan salah abah. Fatma bukan sengaja buat macam tu tapi Fatma terpaksa. Abah tolonglah dengar penjelasan Fatma dulu,” rayu Ulfah seraya mendekati Tuan Uzair yang duduk diatas sofa. Gadis itu melutut dihadapan abahnya.
“Apa maksud Fatma? Tak sengaja? Lari dari suami sendiri pun ada jugak ke tak sengaja?” Tuan Uzair bersuara dingin. Ulfah sudah menangis sambil memaut lutut si abah.
“Abah, jangan macam ni. Dengarlah dulu apa yang Fatma nak bagitahu ni. Fatma boleh jelaskan kenapa Fatma buat macam ni.”
“Apalagi yang Fatma nak jelaskan? Dah terang pun yang abah tak pandai didik anak. Apa kurang lagi ke didikan agama yang abah bagi selama ni?” Tuan Uzair menahan sebak didada.
Anak yang disayang selama ini sanggup menconteng arang ke mukanya. Memang Faizudin itu pilihannya namun jika Ulfah tidak bersetuju, mengapa dari awal lagi anaknya itu tidak membantah walhal dia tidak memaksa Ulfah untuk menerima Faizudin. Dari awal lagi dia sudah memberi anaknya pilihan namun Ulfah langsung tidak membantah.
“Abah, please! Tolong jangan buat andaian sendiri. Jangan buang Fatma macam yang abah pernah buat dekat Abang Syamil,” nada Ulfah mengendur.
Tuan Uzair terdiam sesaat. Nama anak sulungnya itu kedengaran lagi setelah hamper bertahun-tahun Ulfah tidak menyebut nama itu dihadapannya. Dia tahu Ulfah rindukan abangnya dan dia sendiri sangat rindukan anak lelakinya itu namun terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
Atleast, bagi Fatma ruang untuk menjelaskan segalanya. Jangan layan Fatma macam abah layan Abang Syamil. Abah halau dia tanpa dengar penjelasan dia. Abah nak buat macam tu jugak pada Fatma?” Lirih Ulfah bersuara meminta simpati.
Bukan dia tidak kenal abahnya itu. Jika hitam katanya, pasti hitam. Lelaki itu hatinya keras walau dengan anak sendiri. Jika tidak, masakan dia sanggup menghalau Abang Syamil dari rumah tanpa mendengar penjelasan Abang Syamil?
Go ahead. Abah dengar,” ujar Tuan Uzair. Mata Ulfah bercahaya. Dia memandang wajah abahnya. Wajah pesara guru itu tampak lebih tenang berbanding tadi.
“Dia tipu kita, abah. Luar aje dia baik tapi hatinya tu lebih teruk dari binatang!” Wajah Ulfah berubah. Tergambar segala kata-kata dan perlakuan Faizudin padanya.
“Dia nak lacurkan Fatma. Dia bagi Fatma pada orang India, abah.” Ulfah kuatkan hati untuk bercerita. Tuan Uzair terdiam mencerna ayat yang dituturkan si anak.
“Tapi, Fatma berjaya melarikan diri dengan bantuan Afliq. Dia yang selamatkan Fatma. Selamatkan maruah Fatma,” Ulfah kembali menangis.
Dia jugak yang ambil ‘milik’ Fatma tanpa rela, abah! Fatma tak suka dia tapi Fatma tak mampu benci dia. Fatma dah terikat dengan dia. Fatma tak mampu lari dari dia lagi, abah. Kata-kata itu hanya bergema didalam hati.
Tidak mungkin dia mengatakan semua itu dihadapan Tuan Uzair. Biarlah imej Afliq kekal sebagai lelaki ‘baik’ pada pandangan abah. Dia tidak mahu wujud kebencian Tuan Uzair pada Afliq dimasa hadapan.
“Apa yang Fatma cakapkan ni?”
“Sumpah, abah. Fatma tak tipu! Abah kenal Fatma, kan?”
Tuan Uzair menahan sebak. Dia kenal anaknya itu. Ulfah tidak keras hatinya seperti Syamil. Ulfah anak yang mendengar kata. Ulfah anak perempuannya yang sangat dia percaya. Ulfah itu pandai menjaga diri. Ulfah itu tidak pandai berbohong. Ulfah itu lembut orangnya namun bila berkata-kata, ada ‘isi’nya juga.
“Ya, saying. Abah percaya!” Ulfah segera memeluk abahnya erat. Tuan Uzair membalas pelukan si anak.
Alhamdulillah, Allah menjaga Ulfah. Dia perlu berterima kasih dengan Afliq. Dan diap perlu memastikan bahawa Faizudin mendapat balasan yang setimpalnya! Ternyata telahannya benar apabila merasa kelakuan ganjil Faizudin sewaktu bertandang ke rumahnya hari itu. Lelaki itu balik mencari Ulfah!
“Kita kena report kepada polis,” ujar Tuan Uzair tiba-tiba.
Ulfah terkedu. Report polis? Tak boleh! Kalau polis tangkap Faizudin, pasti Afliq akan dibabitkan sekali. Dia tidak boleh membiarkan abahnya melakukan hal itu. Dia hanya perlu bercerai dengan Faizudin dan memulakan hidup baru , jauh dari lelaki itu dan jauh dari segala masalah!
“Jangan, abah! Fatma tak nak terus terlibat dengan dia. Fatma nak bercerai dengan dia dan jalani hidup baru,” larang Ulfah.
“Tapi…”
“Tolong, abah. Fatma merayu. Fatma tak nak terus ada urusan dengan dia. Kalau abah report polis, Fatma kena jadi saksi. Lagi lama Fatma kena mengadap muka dia. Fatma tak sanggup dah!” Rayu Ulfah.
Akhirnya Tuan Uzair mengalah. Dia terpaksa menurut. Ulfah pula merasa lega. Dia berdoa agar tidak dipertemukan lagi dengan Faizudin selepas kes penceraiannya selesai. Ulfah bahagia tanpa menyedari bahawa ada insan yang terluka kerana kepentingan dirinya itu.

“Apa Along buat ni?! Along sedar tak apa yang Along buat? Angah ni adik Along!” Jeritan seorang gadis bergema memenuhi ruang bilik mewah itu.
“Sedarlah. Sebab kau adik akulah, kau kena tolong aku. Lagipun, kau tidur aje dengan dia. Tak luak pun. Boleh guna lagi badan kau tu,” selamba lelaki itu berkata lantas tertawa.
“Along tipu Angah! Tipu mak! Tipu ayah! Abang jenis apa Along ni?!” Gadis itu menarik gebar menutupi tubuhnya. Airmata bercucuran jatuh. Dia percayakan si abang namun ternyata lelaki itu mengkhianati kepercayaannya!
“Aku bukan abang kau!” Suara lelaki itu sama tinggi dengan suara si gadis. Rokok ditangan yang masih menyala dibawa ke bibirnya.
“Ingat Allah, Along!”
“Heh, jangan nak ajar aku! Kau tu tak layak nak ajar aku pasal agama!” Lelaki itu melemparkan baju t-shirt kepada si adik dan berlalu menuju ke pintu.
5 minutes. Aku nak kau bersiap. Jumpa aku kat luar. Aku bawak kau balik kolej,” arah lelaki itu dengan senyuman senget tersungging dibibir.
“Aku benci kau!!” Jerit si gadis. Raungannya bergema. Pintu bilik ditutup kasar. Tangisan si gadis masih belum reda.
“Hey, bisinglah kau ni,” satu suara menyampuk. Si gadis pantas memandang wajah lelaki yang sudah merampas ‘milik’nya tanpa rela itu.
“Kau… Kau memang tak guna!” Bergetar bibir gadis itu menutur kata, menahan rasa.
“Kau tak enjoy ke malam tadi?” Sengihan melebar. Dia berjalan merapati katil dengan tuala yang berbalut ditubuh. Si gadis mengengsot ke belakang sehingga bersandar dikepala katil.
“Jangan dekat!”
Thanks! Aku puas hati dengan kau. Lain kali kita have fun lagi ye.” Dia sengih lagi. Dompetnya dicapai. Dia mengeluarkan not seratus ringgit beberapa keeping dan melemparkannya ke atas gebar. Si gadis hanya memandang duit itu tanpa perasaan.
“Kenapa kau buat macam ni?” Soal gadis itu lemah. Si lelaki itu terdiam sesaat.
“Aku perlukan seseorang untuk melepaskan apa yang terkurung dalam diri aku ni. Kau jangan nak salahkan aku. Orang yang patut kau salahkan adalah Ulfah Fatimah. Kerana dia, kau menjadi pengganti,” ujar lelaki itu seraya mencapai seluar dan baju kemejanya.
“Ulfah Fatimah?”
Yes. Wife abang kau. Err… Kakak ipar kau.” Tanpa berselindung lelaki itu memberitahu si gadis.
“Mana kau kenal dia?”
She’s the one yang abang kau offer pada aku tapi aku tak sempat merasa, dia dah lari dengan jantan lain!” Lelaki itu mengetap bibir menahan geram. Teringat tentang Ulfah. Terbayang tubuh gadis itu yang menggiurkan. Ah, kau pasti akan jadi milik aku nanti!
“Along dah kahwin?” Gadis itu menelan air liur. Pahit.
“Aku blah dulu. Better kau bersiap cepat. Nanti meradang pulak abang kau tu. Dia tu panas baran. Aku tak nak sleeping partner aku ni kena terajang nanti. Aku pencinta wanita tau!” Sebelum berlalu, dia sempat menghadiahkan flying kiss buat si gadis.
Gadis itu menayang muka jijik. Hilang sahaja kelibat lelaki India yang tidak diketahui namanya itu, dia bergegas ke bilik air untuk mandi ala kadar. Benar kata lelaki itu, Along tu panas baran. Kalau dia sudah marah, semua orang menjadi mangsa.

Afliq pandang segala perlakuan Hazman. Lelaki yang berusia 25 tahun itu begitu khusyuk membaca tafsir Al-Quran. Lancar dan merdu. Kalau si Hazman tu perempuan, memang dah lama dia rembat buat bini. Ish, mengarut aje kerja kau ni, Am!
Dia menunggu Hazman menghabiskan bacaannya. Dia perlu berbicara dengan lelaki itu. Jika bukan sekarang, bila lagi? Sekarang adalah masa yang terbaik untuk dia meminta pertolongan lelaki itu yang sudah dianggap seperti abang sendiri.
Sewaktu pertama kali menjejakkan kaki ditanah New Zealand ini, Hazmanlah yang menawarkan tempat tinggal untuknya. Walaupun bilik lelaki itu kecil namun Hazman tidak pernah berkira untuk berkongsi dengan Afliq. Cuma, Afliq jarang ada dibilik. Sedikit rimas dengan Hazman yang baginya terlalu alim itu.
“Abang, free tak?” soal Afliq sebaik sahaja tafsir ditangan Hazman ditutup.
“Kenapa?” soalan berbalas soalan. Baru sahaja dua hari menjejak kaki ke tanah New Zealand, dia merasakan Afliq sudah berlainan dengan Afliq yang dulu. Lelaki itu sudah berubah. Berubah ke arah kebaikankah?
“Aku nak cakap sikit dengan abang.” Wajah Afliq tampak gelisah.
“Cakaplah. Aku ada kelas pukul 3 petang kejap lagi. Pukul 2.30, aku dah gerak,” ujar Hazman. Afliq pandang jam tangannya. Pukul 2 tepat.
“Aku… Aku nak belajar mengaji dengan kau boleh, bang?” Afliq buat muka sangsi. Hazman terkedu sesaat.
Inikah Afliq yang sering burn waktu solat? Inikah Afliq yang susah sangat nak bangun Subuh apatah lagi nak bertahajjud? Inikah Afliq yang suka hang out dengan kawan-kawan omputih berbanding anak Melayu lain? Inikah Afliq yang tak pernah rasa nak menyentuh Al-Quran apatah lagi nak membacanya? Menghayati maknanya memang jauh sekalilah!
“Kau demam ke, Am?” Automatik tangan diangkat menjamah dahi Afliq. Sepantas itu juga Afliq menolak tangan Hazman.
“Aku okeylah, bang. Kau boleh ajar aku tak ni?” Afliq pandang Hazman dengan muka mengharap.
“Kau serius ke ni, Am?”
“Aku seriuslah ni, bang.”
“Kau cakap dengan aku. Apa niat kau sebenarnya ni?” Hazman masih ragu-ragu.
“Kalau kau tak nak tolong, tak apalah. Aku cari orang lain.” Afliq dah berputus asa. Nak berubah jadi baik pun susah ke? Am, betul ke niat kau ni nak berubah? Ah, itu belakang cerita. Yang penting, aku kena hafal surah An-Nuur tu dulu.
“Okey. Aku tolong kau tapi dengan syarat.”
“Amboi, ada syarat jugak ke, bang?” Hazman angguk.
“Ikut segala apa yang aku suruh. Tak ada bantahan.” Afliq berfikir sejenak. Ah, kira okeylah. Demi Ulfah Fatimah, aku rela didera dan diseksa dek Abang Hazman!
“Okey, deal.
Good. Firstly, kau pergi mandi wajib dulu.” Afliq dah jatuh rahang. Hazman buat muka selamba.
“Kenapa pulak, bang?”
“Jangan banyak tanya! Kau reti ke tidak mandi wajib ni?” Afliq lambat-lambat mengangguk.
Go. Now.” Afliq bergegas bangun mencapai kain tualanya. Sebelum berlalu ke bilik air, dia memandang hadiah pemberian Ulfah diatas meja studinya. Al-Quran tafsir berwarna hijau itu menyapa pandangan. Aku akan berubah, Ulfah! Demi kau! Tunggu aku!

2 comments:

  1. comelnyer si Afliq nie... >_________<
    saye suke saye suke...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. Afliq comel? Ngee~ Ulfah lagi comel... ;)

      Delete