Sunday, 28 April 2013

Meminang Si Pelangi [i]


Kenangan itu sesuatu yang perlu dikenang bukan untuk dibuang. Mengingati kenangan itu bukan kerana kita sudah letih mengukir kenangan lain tapi untuk mengingatkan diri kita kembali bahawa siapa kita sekarang adalah kerana apa yang pernah kita lalui dahulu.

Sejak lama aku berdiri
Dalam sepinya rongga hati
Tak satu pun burung 
Mampu menjawab

Hanya padaMu ku bertanya
Lewat setiap sujudku ini
Siapakah nanti
Cinta untukku

Wahai penilai hati lihat batinku
Nyaris bernanah karna luka tersayat
Merana menantikan kisah dan kasih hidupku

Rahasia itu hanya Kau yang tahu
Namun aku tak mau jadi tuna cinta
Tuntun hatiku dalam sabar menanti jodohku
  
Wahai penilai hati lihat batinku
Nyaris bernanah karna luka tersayat
Merana menantikan cinta dan kasih hidupku

Rahasia itu hanya Kau yang tahu
Namun aku tak mau jadi tuna cinta
Tuntun hatiku dalam sabar menanti jodohku

Rahasia itu hanya Kau yang tahu
Namun aku tak mau jadi tuna cinta
Namun harus ku ikhlaskan semua nasib cintaku padaMu

(Krisdayanti – Menanti Cinta)


Aku panggung kepala memandang wajah sahabatku si Humaira’. Suka benar gadis itu apabila dapat menyakatku. Gembiranya mengalahkan dapat result dekan setiap semester aje. Bila melihat wajah bahagianya, mahu sahaja aku belasah minah yang tinggi lampai itu namun kerana sabar masih ada, aku tahan hati sendiri.
“Rin, saya rasa dia pun suka dekat awak,” ujar Humaira’ selamba. Aku membuntangkan mata ke arahnya. Bercakap pakai kepala lutut betul minah ni. Mengarut tak habis-habis.
“Awak jangan nak mengarutlah. Nak rasa penampar jepun ke?” aku menyoalnya dengan wajah serius. Kulit muka dah rasa terbakar dek kerana marah dan geram.
“Garangnya! Tapi betul la. Saya rasa dia memang sukakan awak,” Humaira’ tergelak sendiri. Aku hanya mampu mengetap bibir menahan geram.
Don’t you dare to mention about him ever again. Malas nak dengarlah,” balas aku dengan muka yang sengaja aku masamkan seperti cuka getah.
“Bukannya selalu saya mention fasal dia. Lagipun, bukan senang nak bertembung dengan si Muiz tu,” balas Humaira’ dengan sengihan tak bersalahnya.
Aku mendengus geram. Bukan aku marah sangat kalau dia sebut fasal si Muiz tu tapi aku bimbang. Benar-benar bimbang dengan hati sendiri. Hati aku rapuh, Mai. Tak sekuat yang kau fikirkan.
“Boleh kita pergi sekarang?” soalku. Mood nak makan pun dah hilang. Lebih-lebih lagi apabila memandang wajah si Muiz dan sahabat-sahabatnya itu.
“Eh, tak nak makan ke?”
“Tak nak. Kenyang,” jawabku selamba. Beg sandang yang berisi buku itu aku capai. Humaira’ masih lagi duduk tanpa ada tanda-tanda mahu bangkit dari kerusinya.
“Awak tak nak balik kolej lagi ke?” aku menyoalnya dengan kerutan di dahi.
“Awak dah kenyang dengan tengok muka dia ke?” Aku tahan hati untuk kali kedua. Humaira’ nilah memang cari fasal betul. Karang aku belasah jugak budak ni.
Can we drop the subject?” Aku sudah mula bosan. Ya Allah, tolonglah fahamkan sahabat aku yang seorang ni. Aku nak menjaga hati sendiri. Aku tak nak beri hati aku pada orang yang salah walaupun tanda-tanda aku  jatuh hati kat Muiz tu dah ada.
“Okey, jom balik,” akhirnya dia mengalah.
Aku dah boleh melepaskan nafas lega. Seboleh mungkin aku mahu berlalu dari kafe itu. Bukan makanan di kafe itu tidak sedap tapi aku tidak mahu bertembung pandang dengan Muiz. Aku mahu menjaga hati sendiri. Mahu menjaga hati yang semakin hari semakin tidak terkawal.
“Rin, dia datang,” bisik Humaira’. Aku tak jadi melangkah.
“Mai, ada kelas ke lepas ni?” suara dia mengetuk gegendang telingaku. Aku jadi keras berdiri di sebelah Humaira’. Hati meronta nak tengok muka dia tapi kepala hanya mampu menunduk memandang lantai. Kenapa dengan aku ni?
“Tak ada. Kenapa Iz?” soal Humaira’ seraya menyiku lenganku. Haip! Sempat lagi minah ni.
“Saya nak bincang tentang program Malam Simfoni Kasih. Kak In minta saya bincang dengan awak dulu,” jawabnya penuh sopan. Masuk kali ketiga, aku tahan hati sendiri. Hailah, kenapa mesti mamat ni? Wahai cik hati, mohon bersabar sedikit.
“Eh, Nisrin. Lama tak nampak,” aku tersentak. Dia tegur aku ke? Lambat-lambat aku angkat kepala dan memandang ke arahnya. Aku ukir senyuman plastik.
“Ya. Lama tak jumpa,” balasku dengan nada perlahan. Lama sangat tak jumpa sebab saya seorang je yang nampak awak hari-hari. Awak tak pernah nampak saya pun, aku menyambung kata di dalam hati.
“Sihat?” Aku angguk. Mataku ditala ke arah Humaira’ yang sudah tersenyum melebar.
“Awak?” Aku sekadar berbahasa. Yelah, dia tanya aku mesti aku kena tanya dia balikkan. Takkan tak tanya langsung khabar dia walhal setiap hari aku boleh tengok dia main futsal. Takkan sakit kot kalau setiap petang ada aje muka dia kat gelanggang futsal tu kecuali kalau hari cuti.
“Alhamdulillah, sihat,” dia membalas dengan senyuman manisnya. Sengaja menambah perisa kat dalam hati aku ni. Cis!
“Mai, saya balik kolej dulu ye,” pintaku dan segera berlalu tanpa menunggu kata-kata dari Humaira’ yang jelas terkejut.
Aku melajukan langkah. Takut benar jika Humaira’ memaksa aku untuk menemaninya membincangkan soal program Malam Simfoni Kasih itu dengan Muiz. Temankan? Langkahku terhenti.
Apasal bengap sangat kau ni, Nisrin Aleeya? Kalau bukan aku yan temankan si Humaira’, habis tu siapa lagi? Takkan mereka nak berbincang berdua aje? Kalau ada pun kawan si Muiz Hadi tu, nak ke si Humaira’ tu?
Aku pantas mencapai handphone. Nombor Humaira’ segera aku dail. Tak main dah mesej-mesej saat genting macam ni. Mahu kena pelangkung minah tu nanti. Aku dah berdoa bermacam-macam doa dah sementara menunggu Humaira’ menangkat panggilanku.
“Mai!” Aku menjerit tanpa sempat memberi salam.
Sorry, Mai. Aku lupa. Nanti aku belanja kau aiskrim ek,” pintaku.  Hanya aiskrim menjadi modalku sekarang ini. Jika Humaira’ meminta aku untuk kembali ke kafe, memang aku takkan buat kerja macam tu.
“Assalamualaikum,” Humaira’ memberi salam. Ceh, saja nak kenakan aku la tu!
“Wa’alaikumsalam. Weh, sorry tau,” ujarku lagi. Benar-benar rasa bersalah kali ini. Selalunya kalau buat salah dengan minah ni, tak ada la terasa sangat.
It’s okay.” Aku mengetap bibir sendiri. Dia merajukkah?
“Awak marah saya ke?” Aku menyoalnya. Terdengar gelak tawanya di sebelah sana. Tawa yang dikawal. Mungkin Muiz masih berada bersama Humaira’, tekaku.
Nope. Nanti saya mesej awak. Si Muiz dah tak sabar nak buat kerja ni,” dia berkata dengan nada memerli. Kedengaran suara Muiz tertawa. Alahai, makin buat aku cair aje mamat ni.
“Okey.” Aku memutuskan talian. Masih berfikir keadaan Humaira’ dan Muiz kala itu. Masih jua rasa bersalah terhadap Humaira’ kerana meninggalkannya tanpa pamitan.

***

Minggu depan hari jadi Muiz! Aku bercadang mahu memberinya hadiah istimewa apatah lagi kami akan bercuti semester nanti. Teringat sewaktu pertama kali bertemu dengan Muiz Hadi. Wajahnya yang garang itu menjadikan aku Nisrin Aleeya yang penakut.
Tak pernah langsung terlintas difikiran untuk jatuh hati padanya. Yelah, tanggapan pertama aku pada dia adalah dia seorang yang garang dan mungkin juga panas baran. Aku ni spesis manja, mudah menangis dan merajuk. Kalau ditakdirkan lelaki yang panas baran menjadi suamiku, parah jadinya hidup aku.
Mengenali Muiz Hadi adalah salah satu perkara terindah dalam hidup aku. ayat hiperbola ke? Boleh dikatakan macam itulah sebab bila mengenali dia dengan lebih rapat, aku mula kenal siapa Muiz Hadi yang sebenarnya. Semakin aku kenal dia dengan lebih mendalam, aku mula mengenali sisi yang lain pada dirinya.
“Dia tak garang pun. Muka dia aje yang garang tapi hati dia baik,” pernah Kak In memujinya dihadapanku namun aku buat selamba. Malas mahu mengambil kisah tentang lelaki yang aku kira sangat asing pada hidupku itu.
“Kalau awak ada jodoh dengan dia, saya orang pertama yang akan melompat gembira,” Humaira’ pernah mengutarakan perkara itu. Saat itu, aku mula tertarik untuk mengenalinya.
“Dia sangat menjaga pergaulannya,” suara Nadhirah terngiang-ngiang ditelinga. Aku semakin menyukai perwatakannya yang begitu.
“Dia rajin. Selalu tolong kawan-kawan,” suara Atiqah bertingkah pula. Hatiku sudah mula berdendangkan irama cinta. Inikah namanya cinta?
Siasatanku tidak berakhir disitu. Pernah aku menyuruh adikku untuk menghantar mesej kepadanya. Mahu melihat tindakannya namun ternyata lelaki itu bukan sebarangan orang. Dia lelaki yang benar-benar menjaga diri dan pergaulannya. Hanya yang dikenalinya sahaja dia melayan dan hampir kesemua temannya, aku kenal.
Handphone yang terbiar di atas katil aku capai. Nombor Muiz aku cari dengan niat yang satu iaitu mahu berjumpanya! Aku bulatkan tekad. Aku mahu memberi hadiahnya itu walau bagaimana cara sekalipun.
+ Salam. Boleh jumpa x esk?
Aku menunggu penuh sabar. Mataku mengerling ke arah jam yang tertera di handphone. 8.45 malam. Insya-Allah, kejap lagi dia akan balas mesej aku!
Bip! Bunyi mesej masuk membuatkan aku tersenyum keseorangan. Hailah, beginikah rasanya cinta? Haip, jaga hati! Aku mencapai handphone dan membuka mesej. Ternyata mesej itu dari Muiz.
- Wassalam. Jumpa kat mana? Ada hal ke?
Aku menggaru kepala. Nak bagi alasan apa?
+ Nak bagi something.
Aku menunggu mesejku untuk dibalasnya. Hampir 5 minit aku menunggu, baru dia membalas mesejku.
- Nk bagi apa? Ok. Sy pun nak bagi sampul yg awk minta sy poskan utk awk tu.
Aku tersenyum melebar. Yes! Boleh jumpa Muiz. Aku teringat tentang sampul surat daripada penerbit yang perlu aku pos kembali kepada syarikat penerbitan tersebut setelah menandatangi surat setuju terbit untuk novel sulungku.
+ Pukul berapa?
- Pukul 10 pagi boleh?
+ Bereh.
- Depan kolej. Nanti sy mesej balik.
Aku membaringkan badan. Wah, bahagianya! Aku membayangkan saat-saat di mana kami berjumpa esok. Malu-malukah aku nanti? Ceh, sempat lagi fikir ke situ. Nisrin, jaga hati!
Eh, cop! Siapa nak temankan aku jumpa dia esok? Humaira’ dah balik. Kak In pun bertolak balik malam ni. Aiyyo, buat kerja tak pernah nak fikir dulu. Sengal betul kau ni, Rin! Siapa yang ada kat kolej lagi ye? Wallah, Fatin ada! Tapi, takkan nak bagi hadiah depan Fatin? Malunya!

Aku bergegas mencapai tudung. Ah, dah lambat! Ni semua gara-gara bangun lambat sebab tidur lambat malam tadi. Balasan sebab tengok cerita Korea la ni. Nasib baik sempat mandi. Kalau tidak terpaksa jumpa dengan Muiz dengan keadaan tak mandi. Huwaa! Tak sanggup aku!
Aku menunggu penuh sabar dihadapan pintu pagar kolej. Berdebar-debar rasanya kala ini. Rasa dah macam pengantik perempuan tunggu pengantin lelaki aje gayanya. Rin, jangan nak melalut yang bukan-bukan! Okay, no more daydreaming!
Hadiahnya aku pegang seerat mungkin. Fatin tidak dapat menemaniku dan terpaksalah aku turun seorang diri. Semoga tidak terjadi fitnah. Harapnyalah begitu. Lagi pun, kami bertemu ditempat terbuka. Ada ke makhluk Allah yang nak buat fitnah?
Hampir sepuluh minit aku menunggu, dia akhirnya datang menaiki motor berwarna putihnya itu. Aku berkira-kira sama ada mahu mengukir senyuman atau membatu seperti patung. Macam mana ni? Rin, control yourself!
“Maaf, lambat.” Aku tertunduk. Malunya!
“Tak apa. Saya pun baru je turun,” balasku penuh sopan. Ecece… Control macho pulak dah!
“Ni sampul surat tu,” dia menghulurkan sampul surat berwarna coklat itu. Aku pula memanjangkan tangan dan meletakan hadiahnya di dalam raga motornya. Dia nampak terpinga-pinga.
“Apa ni?” Soalnya dengan dahi berkerut. Aku pandang wajahnya sekilas cuma. Haip! Jaga mata, Rin!
“Hadiah birthday awak,” jawabku pula dengan wajah yang malu-malu kucing. Dah rasa jadi macam kucing miang la pulak!
Birthday saya minggu depan,” ujarnya dengan nada perlahan namun aku perasan yang dia menilik hadiah berbalut kemas itu.
Aku diam. Mahu berkira-kira untuk berlalu masuk ke kolej. Sebelum sempat aku menyuarakan apa yang aku tengah rangka difikiran, dia menghulurkan satu beg palstik. Aku pandang wajahnya dengan dahi berkerut. Dia senyum. Ceh, cair lagi aku kali ni!
Breakfast untuk awak dan Fatin. Jauh pulak awak nak berjalan pergi beli makanan kat simpang tu nanti. Alang-alang saya keluar ni, saya tolong belikan untuk awak,” ujarnya selamba.
“Err.. Tapi saya tak bawak duit,” aku menunduk.
It’s okay. Saya belanja.”
“Terima kasih.”
“Sama-sama. Saya balik dulu. Assalamualaikum,” enjin motornya dihidupkan. Usai sahaja menajwab salamnya, aku bergegas naik ke bilik. Tidak sanggup mahu terus melihat dia. Allah, jaga hatiku!

Tak pernah terlintas di benakku
Saat pertama kita bertemu
Sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah
Harum dan merekah

Tulus hatimu buka mataku
Tegar jiwamu hapus raguku
Memboncah di hati harapan dan suci
Menyatukan janji

Bunga-bunga cinta indah bersemi
Diantara harap pinta padanya
Tuhan tautkanlah cinta di hati
Berpadu indah dalam mihrab cinta

Tulus hatimu buka mataku
Tegar jiwamu hapus raguku
Memboncah di hati harapan dan suci
Menyatukan janji

Bunga-bunga cinta indah bersemi
Diantara harap pinta padanya
Tuhan tautkanlah cinta di hati
Berpadu indah dalam mihrab cinta
Tak pernah terlintas di benakku
Saat pertama kita bertemu
Sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah
Harum dan merekah

Memboncah di hati
Harapan dan suci
Dalam mihrab cinta

(Dude Feat Asmirandah – Bunga-bunga Cinta)

Aku ukir senyuman terpaksa. Sebak di dada tak payah cerita la tapi aku usaha jua agar tidak nampak dimata mereka. Si hati ni dah rasa seperti dicucuk-cucuk dengan jarum. Mata ni dah melilau ke sana ke mari. Selagi aku boleh sembunyikan tangisan di dalam hati, aku akan cuba. Meraunglah wahai hati tapi jangan sampai mereka tahu.
Atiqah, Dayana dan Syamimi memandangku dengan penuh minat. Bercerita mengenai Muiz hanya membuatkan hatiku terbeban. Sabarlah hati. Muiz pastinya punya pilihan sendiri. Dia lelaki hebat. Tidak standing dengan gadis sepertiku.
Allahurabbi, siapa aku untuk menghakimi soal jodoh begitu? Jodoh itu rahsia Allah. Hati Muiz milik Allah. Macam itu juga dengan hatiku. Jadi, aku sepatutnya meminta hati Muiz dengan Allah, bukan dengan bermimpi di siang hari.
“Dia panas baran tak? Tiqah tak suka lelaki yang panas baran,” gadis manis itu menyoalku persis aku ini manusia yang paling rapat dengan makhluk yang bernama Muiz Hadi.
“Selama akak kenal dia, Alhamdulillah dia okey. Tak pernah nak marah-marah. Cool aje sentiasa,” aku memuji lelaki itu. Walaupun hati sendiri sakit untuk bercerita tentang si dia namun dia bukan milikku. Gadis itu berhak tahu.
“Tiqah suka tengok dia time dia pakai specs. Nampak handsome!” puji Atiqah. Aku senyum lagi. Minda menerawang mengingati wajah si dia.
Bagiku, dia biasa-biasa sahaja dari segi penampilan. Lebihnya dia pada pandanganku adalah akhlaknya bukan wajahnya. Hatiku memilih dia bukan kerana rupa tetapi kerana akhlak yang dipertontonkannya. Bukan sesaat yang aku ambil untuk menyakini hati bahawa aku sudah jatuh hati padanya namun aku mengambil masa yang agak lama.
Aku cuba mengenali dia. Aku selidik tentang keluarganya biarpun terhad maklumat yang ada. Tidak cukup dengan itu, aku bertanya pada kawan-kawan perempuan yang mengenalinya. Kenapa aku lakukan semua itu? Kerana aku tidak mahu hatiku jatuh pada orang yang salah. Biarpun akhirnya nanti dia bukan jodohku namun apa yang pasti, hatiku memilih orang yang baik budinya dan ‘comel’ akhlaknya dimataku.
“Tiqah suka dia?” aku menyoal. Gadis itu tampak malu-malu.
“Kalau ada jodoh, Alhamdulillah,” hanya itu jawapannya. Aku senyum lagi. Kenapa murah benar senyumanku kali ini?
“Insya-Allah, untung kalau Tiqah dapat dia. Dia baik. Berpegang kuat pada agama. Manja dengan ibu. Anak yang soleh tu,” aku bersuara dengan nada bergurau. Bukan niatku mahu menyanjungnya namun aku cuma mahu bercerita mengenai indahnya akhlak andai seseorang itu menjadikan Rasulullah sebagai ikutan.
Family Tiqah dah tahu fasal dia?” Aku menyoal lagi. Jika perlu aku lepaskan Muiz dari hatiku, akan aku lakukan untuk gadis ini.
“Dah. Selalu jugak Tiqah cerita pada mama Tiqah,” jawabnya jujur. Aku tertunduk. Ya Allah, kuatkan aku!
“Dia bagus,” aku bersuara dengan nada perlahan.
“Tapi Tiqah rasa dia lebih sesuai dengan Kak Rin,” sayu suara itu kedengaran. Aku tersentak.
“Eh, jangan cakap macam tu. Tak adalah,” sangkalku. Dia tersenyum. Aku jadi serba salah.
“Dia baik, kak. Sesuai dengan akak,” ujarnya lagi seraya memandangku dan seketika kemudian, memandang tudung labuhku yang tersangkut dihanger dikepala katil.
Aku menggeleng. Bukan mahu membandingkan diri dengan lelaki itu dan bukan juga mahu merendahkan diri namun kami jauh berbeza. Aku masih merangkak. Masih perlukan bimbingan untuk berada sama tinggi dengan lelaki itu. Usia penghijrahanku juga masih baru. Kadang-kadang aku lalai. Ada masa aku juga terleka dengan dunia.
“Kak Rin, jangan ambil Muiz pulak tau,” sampuk Dayana yang sedari tadi hanya diam membisu. Aku terkedu. Allah! Muka dah rasa terbakar. Mahu rasanya aku menangis. Akak takkan rampas dia kalau betul hatinya milik Atiqah, dik. Akak bukan jenis perempuan yang pentingkan hati sendiri.

* May Allah bless us all. Nisrin and Muiz. Berjodoh ke mereka ni? Hanya Allah yang tahu.



No comments:

Post a Comment