Ulfah sebak. Lama sudah dia tidak mendengar suara abah kesayangan. Nasib
baik Afliq bermurah hati mencari nombor telefon abahnya. Rasa menyesal pun ada
sebab tidak mengingati nombor telefon abah sendiri. Nombor rumah pun dia
ingat-ingat lupa. Heh, kena jadikan pengajaran ni. Lepas ni semua nombor yang
penting dia kena hafal.
“Abah, Fatma
ni. Abah sihat?” Airmata dah bertakung. Tungga masa sahaja untuk gugur.
“Fatma!
Alhamdulillah, abah sihat. Fatma macam mana? Sihat? Baru semalam Faizudin
datang,” suara Tuan Uzair kedengaran gembira. Jantung Ulfah berlari tidak
sekata. Faizudin bertemu abah?
“Buat apa
dia jumpa abah?”
“Datang
tanya khabar. Kenapa tak balik sekali dengan suami kamu?” soalan Tuan Uzair
mematikan sel darah merah Ulfah.
“Abah, nanti
Fatma call abah balik. Ada hal.
Assalamualaikum,” pantas dia mematikan talian. Dia perlu bertindak segera!
Nombor Afliq didail.
“Hello!”
“Wohoa!
Perlahankan la sikit tone suara tu.
Aku belum pekak lagi la,” marah Afliq. Mahu cair tahi telinga kalau hari-hari
kena macam ni.
“Kau kena
tolong aku!” Cemas suara Ulfah.
“Kejap. Kau
bertenang dulu. Cerita kat aku satu-satu,” ujar Afliq. Dia yang baru selesai
mandi hanya sempat membalut tubuh dengan tuala. Rambut masih basah.
“Faizudin…”
Esak tangis mula kedengaran. Afliq menggaru kepala sendiri. Asal perempuan ni
emo sangat, hah? Bosan aku!
“Kenapa
dengan keparat tu?”
“Dia jumpa
abah.” Badan Afliq tegak.
“Apa?!”
“Dia jumpa
abah kat kampung!” Jerit Ulfah. Tadi kata tak pekak, ni belum apa-apa dah pekak
balik ke?
“Dia ada
cerita apa-apa ke?”
“Aku rasa
tak kot sebab abah macam biasa aje.”
“Okey. Biar
aku settle hal tu. Esok aku minta
Ikhwan hantar kau pergi rumah baru kau dekat Cheras. Pandai-pandailah kau hidup
kat situ. Duit belanja aku dah bagi dekat Ikhwan. Apa-apa hal, contact Ikhwan aje nanti,” pesan Afliq.
“Abah macam
mana?”
Suara Ulfah
kedengaran sayu. Afliq menghela nafas. Dengar suara Ulfah dalam phone pun dah rasa lain, kalau duduk
dekat ni mau kena terkam perempuan ni. Allah! Wake up, Am! Jangan buat kerja gila! Astaghfirullahalazim!
“Hal abah tu
biar aku settle. Kau jangan risau. Before aku fly, aku akan make sure
yang kau selamat,” janji Afliq. Ulfah pula terdiam memikir.
“Ulfah
Fatimah, anything else?” soal Afliq
apabila Ulfah hanya mendiamkan diri.
“Kenapa kau
tolong aku?” soalan itu yang terkeluar. Afliq pula terdiam.
“Nanti kau
akan tahu jugak. Okeylah, aku ada hal ni. Nanti ada apa-apa, kau minta tolong
Ikhwan. Aku tak boleh jumpa kau buat masa ni. Busy dengan preparation
aku nak fly,” ujar Afliq. Heh, busy la sangat. Padahal busy nak larikan diri dari Ulfah buat
sementara waktu.
“Kejap. Aku
nak tanya something ni.” Afliq tidak
jadi memutuskan talian.
“Apa?”
“Kau sambung
study kat mana?”
“Do I need to tell you?”
“Of course! Kau nak aku tunggu kau kat
sini macam orang gila sedangkan aku langsung tak tahu kau kat mana? Macam tu
ke?” Ulfah jadi geram.
“Kau nak
tunggu aku?” Ulfah tersedak sendiri. Afliq dah tersenyum lebar. Hailah, inikah
cinta?!
“Huh! Boleh
blah!” Menyesal Ulfah menanyakan soal itu kepada Afliq.
“Janganlah!”
Meledak Afliq ketawa.
“New
Zealand. University of Auckland. Nanti google
la kalau nak lebih tahu lagi,” ujar Afliq.
“Berapa
tahun kau kat sana?” Ulfah membaringkan badan ke katil. Dah macam monyet
bergayut aje gayanya. Dengan Faizudin dulu, haram nak bergayut macam ni.
“Tiga tahun.
Tapi jangan risau, setiap kali summer,
aku balik sini. Ni dah second year
kat sana. Dah nak habis pun,” cerita Afliq.
“Ambil apa?”
Afliq ternganga.
“Hah? Ambil
apa? Apa yang ambil apa?”
Afliq
berkerut dahi. Kepala pun dah sama pening dengan soalan. Dari berdiri, dia
melabuh duduk dibirai katil. Ulfah hujung talian dah rasa nak hantuk kepala
dekat bucu katil. Apa bengap sangat mamat ni?
“Kau ambil course apa kat sana? Abang aku pun ada study kat overseas,” ujar Ulfah perlahan. Afliq tergamam.
“Kau ada
abang?” Ulfah tersentak. Hailah, macam mana boleh terkeluar ni?
“Err… Kau
ambil course apa?” Gadis it menggigit
bibir sendiri. Afliq menyebak rambut depannya ke belakang.
“Bachelor of
Commercer Major in Accounting and Major in Finance. Kat sana mostly students memang buat double major.”
“Tak penat
ke?” Afliq tertawa.
“Kalau dah
minat, tak rasa pun penat tu.” Afliq senyum. Kalau tak minat, tak adanya dia
menentang papa semata-mata tak nak study
bidang business.
Dia masih
ingat sewaktu dia sembunyi-sembunyi membuat preparation
untuk ke New Zealand tanpa pengetahuan papanya. Nasib baiklah Puan Sri Suria
sanggup membantunya. Dia sendiri yang menghantar Afliq ke Sunway University
untuk program Australian Matriculation (ausmat).
“Kau memang minat ke?”
“Sangat.
Kenapa tanya?”
“Aku tak
suka.” Ulfah menghela nafas.
“Tak suka
apa?”Afliq mengerutkan dahi.
“Tak suka account.”
“Kau amek account ke?”
“Ya. Masa form 4 and form 5. Sakit kepala.
Pening,” jujur Ulfah berkata. Afliq tergelak kecil. Hilang terus kesibukan yang
dikatakan kepada Ulfah tadi. Sempat pula bergelak sakan.
“Result SPM kau okey aje aku tengok.”
Ulfah kerut dahi.
“Mana kau
tahu tentang result aku?” soal Ulfah.
Sebelum ini pun Afliq ada menyebut tentang result
SPMnya namun Ulfah tidak ambil pusing waktu itu.
“Semua pasal
kau tu aku tahu. Aku bukan jenis lelaki yang main aci redah aje ambil perempuan
buat bini. Ada la sikit homework aku
buat pasal kau before kau kahwin
dengan Faizudin tu,” kata Afliq. Terlopong Ulfah.
“Kau…”
“Aku nak
tahu pasal abang kau,” potong Afliq tanpa sempat Ulfah bertanya lebih lanjut.
“He’s dead.” Ujar Ulfah lantas memutuskan
talian. Afliq terkedu. Dia cuba mendail kembali namun Ulfah sudah mematikan handphonenya.
Ulfah
membiarkan airmatanya terus mengalir. Abang Syamil, Fatma rindukan abang!
Bantal dicapai dan ditekup ke wajah. He’s
dead! Suara itu bergema di dalam mindanya. No! Abang Syamil masih hidup. Dia tak mati lagi. Dia hidup lagi,
rintih Ulfah.
Airmata
terus mengalir tanpa henti. Peritnya sebuah kebenaran yang terpaksa ditelan
namun lebih perit lagi hati-hati yang menanggungnya. Tidak terdaya rasanya
untuk memberitahu si penanya yang bertanyakan soal abang kandungnya itu. Dia
hanya mampu menjawab, he’s dead. Itu
yang diajar abahnya walau hakikat sebenarnya berlainan.
“Kak Fatma, jom solat Maghrib. Abang dah tunggu tu,” suara lembut Iman
menyapa pendengaran Ulfah.
“Kejap. Akak
nak ambil wudhu’ dulu,” balas Ulfah seraya bergegas ke bilik air. Iman yang
lengkap berpakaian solat itu melangkah masuk ke bilik Ulfah. Esok Ulfah akan
berpindah dan dia bakal kehilangan kakak yang baik. Dia pasti akan rindukan
Ulfah.
Ulfah keluar
dari bilik air dan segera mencapai telekungnya. Iman hanya memerhati tingkah gadis
kecil molek itu. Selama seminggu Ulfah tinggal bersama mereka, Iman sering
memerhati gelagat gadis itu. Dia seorang yang agak kelam-kabut tapi comel.
Mungkin sebab itu Abang Am terpikat padanya.
Pernah juga
Iman bertanya Ikhwan kenapa Ulfah bersembunyi di rumah mereka namun abangnya
itu tidak memberi jawapan yang sewajarnya. Katanya, itu masalah Ulfah dan
mereka tidak boleh campur tangan. Selagi mana perkara yang Ulfah lakukan itu
tidak menjejaskan hidup mereka, maka mereka perlu menolong gadis itu.
“Iman,
jomlah. Akak dah siap ni,” ujar Ulfah. Iman yang sedang termenung itu tersentak
sedikit.
“Oh, jom. Sorry.”
“Menungkan
apa ni?” Iman senyum. Tawar.
“Kalau akak
dah pindah nanti, mesti Iman bosan.” Anak gadis berusia 17 tahun itu menunduk.
“Iman boleh
pergi rumah akak bila cuti sekolah or
weekend,” ujar Ulfah dengan senyuman. Dia juga sudah mula menyayangi gadis
itu. Ulfah menarik lengan gadis itu dan mereka beriringan ke bilik solat.
Ikhwan yang
sedang duduk diatas sejadah itu mengakhiri bacaannya sebelum menyimpan kembali
tafsir Al-Quran ke atas almari. Dia memandang wajah adiknya dan Ulfah. Mereka
nampak mesra berdua.
“Dah boleh
solat sekarang?” soal Ikhwan seraya menjeling jam di meja kanannya. Ulfah
angguk. Iman pula mengenyitkan mata ke arah abangnya.
Ulfah
mengambil tempat disebelah Iman. Dia tenang di rumah itu bersama Ikhwan dan
Iman. Terasa jiwanya yang dahulu kosong berisi kembali. Segala resahnya
menghilang. Ya Allah, terima kasih untuk segalanya!
Usai
membacakan doa, Iman menyalami tangan abangnya. Lelaki itu pula mengusap kepala
si adik dan mencium ubun-ubun Iman penuh kasih. Ulfah memerhati perlakuan kedua
beradik itu penuh minat. Rasa rindu tiba-tiba bertamu. Rindu untuk merasai
kembali suasana yang sama yang pernah dialaminya dahulu. Tapi mungkinkah semua
itu terjadi? Pada Allah, tiada yang mustahil, Fatma. Kun faya kun!
“Akak,
salam,” tegur Iman apabila dilihat Ulfah sedang termenung panjang.
“Hah?”
Terlopong Ulfah. Ikhwan sudah tergelak kecil dengan reaksi gadis itu. Sedikit
sebanyak dia terhibur dengan gelagat Ulfah.
“Nak salam
ni,” ujar Iman lagi dengan sengihan nakal. Ulfah terangguk-angguk dan
menghulurkan tangannya. Pantas Iman menyalami dan mencium tangan itu. Mereka
berpelukan sejenak sebelum Ulfah mencium dahi Iman.
“Akak
menungkan apa ni?”
“Nothing. Homesick mungkin,” balas Ulfah
dengan senyuman hambar.
“Am tak ada
cakap ke dia nak balik kampung awak?” celah Ikhwan. Tercekik Ulfah mendengar
pertanyaan Ikhwan itu.
“Apa? Dia
nak balik kampung saya?” Ikhwan angguk.
“Buat apa?
Dia tak ada bagitahu saya pun.” Ulfah mengetap bibir.
“Saya tak
pasti tapi rasanya ada kaitan dengan abah awak.” Ulfah bingkas berdiri. Dia
perlu menelefon Afliq!
“Thanks! Iman, akak masuk bilik kejap.
Lepas Isya’ kita tadarus sama-sama ye,” ujar Ulfah lantas berlalu ke biliknya.
Iman terpinga-pinga. Ikhwan pula hanya memandang kelibat Ulfah sehingga kelibat
itu menghilang.
Afliq memandang wajah tua Tuan Uzair. Dia tidak menyangka lelaki itu
akan menyambut kehadirannya dengan tangan terbuka. Sangkanya lelaki itu sombong
kerana pertama kali mereka berjumpa sewaktu dia menemani Faizudin datang
merisik Ulfah, lelaki itu melayannya dengan acuh tidak acuh sahaja.
Tiba-tiba
dia teringatkan Ulfah. Ah, rindunya pada gadis itu. Dirumah inilah kali pertama
dia berjumpa Ulfah. Dirumah inilah kali pertama di dalam hidupnya dia jatuh
cinta. Dirumah ini jugalah cintanya semakin mekar buat gadis itu.
“Am, kau nak ke mana?” soal Faizudin apabila
melihat kawan yang baru dikenalinya dikelab malam itu membuka pintu bilik.
“Aku nak pergi membuang. Kau tidurlah dulu.
Lewat dah ni. Esok dah kena bertolak pagi-pagi. Subuh tu kena bangun awal.
Karang kena reject dengan bakal bapa mertua nanti,” jawab Afliq dengan kerutan
didahi. Perutnya semakin meragam. Faizudin menayaag sengih. Dia mengangguk dan
kembali berbaring.
Afliq bergegas menuju ke dapur rumah. Jam dah
berdenting tiga kali diruang tamu menandakan waktu sudah menjangkau ke pukul 12
tengah malam dan sememangnya rumah Tuan Uzair itu sudah gelap gelita. Seawal
pukul 10 malam lagi Tuan Uzair sudah tidur. Begitu juga dengan Ulfah dan adik
sepupunya, Izzati.
Afliq kembali mengatur langkah ke biliknya
usai sahaja menyelesaikan urusannya. Ini semua kes makan pedas masa makan malam
tadi. Sambal belacan Ulfah memang superb pedas. Mahu terkeluar usus perutnya.
“Kak Fatma, dah okey ke?” suara Izzati
sayup-sayup kedengaran.
Afliq tidak jadi meneruskan langkahnya. Dia
melencong ke bilik Tuan Uzair yang terang benderang itu. Pintu bilik yang
terbuka sedikit memberi peluang kepada Afliq untuk mencuri pandang ke dalam
bilik itu.
Wajah Ulfah yang tidak bertudung itu terpamer
diruang mata. Dada Afliq berombak kencang. Itu kali pertama dia melihat Ulfah
begitu. Kelibat Izzati tidak kelihatan di mana-mana. Hanya Ulfah yang
berpakaian pyjama itu sahaja yang dilihat. Tuan Uzair sedang berbaring di atas
katilnya.
“Abah, macam mana? Dah rasa okey sikit?” soal
Ulfah seraya mengusap kepala abahnya.
“Alhamdulillah. Abah dah rasa okey sikit. Kepala
dah tak berat macam tadi,” jawab Tuan Uzair lemah.
“Abah ni. Dah banyak kali Fatma pesan, jangan
makan daging tu banyak sangat. Tengok sekarang apa dah jadi. Selalu macam ni
tau,” bebel Ulfah dengan wajah berkerut.
“Abah makan sikit aje tadi.”
“Kalau sikit, tak adanya sampai macam ni.”
“Fatma, abah okey.” Ulfah buat muka. Gaya dah
macam nak menangis.
“Fatma sayang abah tau!” Dia meletakkan
kepalanya ke dada Tuan Uzair. Afliq memandang dengan dada terasa sebak. Papa,
desis hatinya tiba-tiba.
Dan dari
situ dia mula jatuh cinta. Dari situ dia juga dia mula mengakui bahawa cinta itu
ada. Cinta yang tak punya alasan. Cinta yang datang dengan sendiri. Cinta yang tanpa
paksaan. Cinta yang mampu membuat jantungnya berlari pecut seperti kuda. Cinta yang
akan dipertahankan sehingga ke akhir hayatnya.
Lagu chorus
Firefly dari Owl City kedengaran nyaring menyebabkan segala ingatan Afliq
terbang melayang. Skrin dipandang lama. Terpapar nama Ulfah disitu. Dikerling
sekilas ke wajah Tuan Uzair yang sedang berehat melihat televisyen.
“Siapa
telefon kamu tu?” soal Tuan Uzair. Afliq terkaku sesaat sebelum wajah menayang
sengih.
“Err… Kawan,
abah.” Tuan Uzair angguk. Afliq membiarkan sahaja panggilan itu tidak berjawab.
“Kenapa tak
diangkatnya tu?”
“Malaslah,
abah. Lepas Isya’ nanti Am call dia
balik. Abah nak makan? Am panaskan lauk tadi ye?” Afliq senang dengan Tuan
Uzair. Lelaki itu tidak seperti papa yang dingin tahap ais batu kutub selatan.
“Yelah.
Boleh jugak. Abah pun lapar ni,” ujar Tuan Uzair. Dia sudah biasa membiasakan
dirinya sebagai abah kepada Afliq dan Faizudin. Mereka pun dah dianggap seperti
anak sendiri.
Afliq
berlalu ke dapur. Dia masih tidak punya kekuatan untuk menceritakan hal sebenar
kepada orang tua itu. Biarlah nanti Ulfah sendiri yang bercerita. Mungkin itu
lebih menyakinkan Tuan Uzair. Dia pun sudah memberitahu niatnya untuk membawa
lelaki separuh umur itu ke Kuala Lumpur menemui Ulfah dan Tuan Uzair dengan
senang hati bersetuju.
Dia
tersentuh dengan layanan baik Tuan Uzair. Lelaki itu sering mengajaknya untuk
berjemaah di surau. Hanya hari ini sahaja dia ke surau tanpa Tuan Uzair, itupun
kerana lelaki itu tidak sihat. Lepas sahaja solat Maghrib, dia bergegas balik
untuk memastikan bahawa lelaki itu selamat. Tidak betah untuk meninggalkan lelaki
itu keeorangan apatah lagi dengan kenyataan bahawa Faizudin sedang menunggu masa
yang sesuai untuk mencari mangsanya!
*May Allah bless you. :) To those yg rasa nak join group kat fb bleh la request kat sini ---> https://www.facebook.com/groups/355080364517564/
No comments:
Post a Comment