Sorry.
Xde cover. Siyes xpandai buat cover. Cerpen ni biasa2 je. Main aci
tulis aje. Actually, idea tu mencurah2 cumanya xmasukkan semua laa..
Karang jadi e-novel pulak. So, enjoy reading, guys! :)
Kotak baldu berwarna merah itu diambil sebelum dibuka. Cincin yang
berkilau dek terkena cahaya lampu itu dipandang lama. Dia menarik nafas
panjang. Semua rasa bercampur aduk. Otak dah makin pening memikir soal itu.
Masa yang diberi hanya selama seminggu. Langsung dia tidak diberi pilihan untuk
memilih masa sendiri. Nak kahwin pun susah, dah kahwin nanti macam mana? Semuanya
main ikut kepala pihak lelaki, habis dia tu apa? Tunggul kayu?
Nak tolak
karang, kasihan pada ibunya yang nampak sangat berharap nak berbesan dengan bestfriend dia tu. Lagipun kalau dapat
mak mertua macam tu, Airis memang takkan tolak. Cuma, masalah sekarang hanya
lelaki itu. Kahwin ni bukan main-main. Nak hidup sampai ke tua. Nak bercinta
sampai ke syurga. Apa kelas kahwin cerai semata? Baiklah tak payah kahwin kalau
sekadar kahwin hanya untuk suka-suka.
“Airis,
menungkan apa tu?” soal ibunya, Cik Nie.
“Ma, Airis rasa
macam tak nak je. Rasa macam nak tolak
aje,” adu gadis itu. Kotak baldu itu ditutup kembali dan diserahkan kepada
ibunya. Cik Nie mencapai kotak baldu itu dan melabuh duduk dibirai katil
bersebelahan dengan anak keduanya itu.
“Pasti?”
Airis memuncung.
“Airis
Imani, jangan buat keputusan terburu-buru. Kenapa tak istikharah dulu? Minta
petunjuk. Minta Allah clearkan apa
yang kelam kelabu tu,” nasihat Cik Nie. Kepala Airis diusap penuh kasih.
“Airis takut
la, ma. Macam mana kalau betul dia tu jodoh Airis?” gadis itu dah tayang muka
sememehnya.
“Say Alhamdulillah la. Kenapa nak takut
pulak?” Cik Nie tersengih penuh makna. Faham dengan apa yang dituturkan oleh
Airis itu sebenarnya namun dia sengaja buat-buat tidak tahu.
“Oh mama. You know it very well. Tak payah nak
berpura-pura tak tahu,” balas Airis dengan muka masam mencuka.
“Well, kalau memang dah jodoh Airis, lari
ke hujung benua pun memang akan berjumpa jugak. So, accept it dengan hati terbuka. Lelaki yang baik untuk perempuan
yang baik, sayang,” kata Cik Nie.
“Baik ke dia
tu?” Bibir dijuihkan. Cik Nie tergelak kecil.
“Kalau dia
tak baik, maknanya jodoh dia nanti tak baik jugaklah. Tapi, kalau dia dapat
yang baik macam Airis ni, maknanya Allah tengah uji Airis. So, Airis kenalah terima ujian tu dan cabar diri untuk ubah sikap
dia lepas kahwin nanti,” pujuk Cik Nie lagi.
“Baik ke
Airis ni, ma?” soal Airis pula dengan wajah mendung.
“Baik Airis
bila Airis buat apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang Allah larang. Baik
Airis bila Airis selalu mendengar kata mama dan ayah. Baik Airis bila Airis
sentiasa memaafkan orang walau sebesar mana salah mereka pada Airis,” ujar Cik
Nie dengan tulus. Airis sengih.
“Wah, tu
macam baik sangat tu, ma. Airis biasa-biasa aje la,” sangkal Airis.
“Airis tetap
baik pada mama melainkan kalau Airis melanggar hukum Allah,” perlahan sahaja suara
Cik Nie kedengaran dihalwa telinga Airis.
Airis
memeluk ibunya itu dengan erat. Apakah mungkin untuknya menerima lelaki itu?
Bertahun-tahun mereka terpisah kerana Airis melanjutkan pelajaran ke UiTM Kuala
Terengganu, balik aje kampung selepas 3 tahun di Terengganu, terus lelaki itu
menghantar rombongan meminangnya. Apa kes? Sudah lupakah lelaki itu tentang
sengketa mereka?
“Al-Hafiz!” Jeritan itu mengejutkan Al-Hafiz yang sedang memberi makanan
kepada lembu milik ayahnya itu. Dia tahu pemilik suara itu. Kenal benar dengan
orangnya. Airis Imani. Gadis rumah sebelah. Anak kedua kepada pasangan Cik Nie
dan Acik Am.
“Kau nak
apa?” soal Al-Hafiz seraya menayang muka innocent.
Gadis yang berbaju t-shirt lengan pendek dan berseluar trak itu menghampiri
kandang lembu yang besar mengalahkan stadium Bukit Jalil itu.
“Bak balik
buku latihan BI aku!” Matanya mencerlung tajam kepada anak muda dihadapannya itu.
Al-Hafiz mencebik sahaja. Wajah gadis itu hanya dikerling.
“Siapa yang
ambik buku latihan kau?” Al-Hafiz mencapai rumput hijau yang berlambak di dalam
bekas makanan lembu itu dan disuakan ke arah lembu jantan besar itu.
“Kau jangan
nak tunjuk muka innocent kau dekat
aku. Kalau bukan kau yang ambik, siapa lagi? Hantu?” Meledak tawa Al-Hafiz
mendengar kata-kata gadis manis dihadapannya itu.
“Eh, jangan
main tuduh aje tau. Kalau bukan aku yang ambik, memang sah la hantu yang ambil
tu. Muka kau dengan hantu tu pun tak jauh beza. Mungkin dia ingat kau kawan dia
kot,” usik anak muda berumur 17 tahun itu.
“Tapi…”
Al-Hafiz pandang wajah anak jiran rumahnya itu dengan wajah nakal. Anak gadis
itu pula hanya mengetap bibir menahan geram. Nasib baiklah mamat ni anak Cik
Yah dan Acik Mie, kalau tidak dah lama aku lenyek jadi lempeng!
“Hantu tu
lagi cun dari kau!” Al-Hafiz berlari menjauhai Airis yang sudah mula
mengalirkan airmata itu.
“Al,
bagilah balik!” Jeritnya apabila Al-Hafiz semakin menjauhinya. Sempat lagi anak
muda itu melemparkan tanah lembik ke arah Airis. Habis kotor baju gadis itu
dilumuri tanah lembik.
Namun dia
tidak menghiraukan kotoran itu. Buku latihannya lebih penting. Mana mungkin dia
bisa ke sekolah hari esok jika buku itu berada pada Al-Hafiz. Pasti Sir John
akan memarahinya. Paling kurang pun, dia perlu berdiri diluar bilik darjah
sehingga sesi pembelajaran tamat.
Dia tidak
mahu begitu! Dia pengawas. Malu jika seorang pengawas yang diberi tugas dan
amanah didenda dihadapan pelajar lain. Mana kredibilitinya sebagai pengawas?
Mana tanggungjawabnya sebagai salah seorang pelajar terbaik disekolah itu? Ah,
memikirkan tentang itu juga sudah membuatnya mahu pengsan.
“Al!” Tanpa
sedar, kakinya sudah mengatur langkah mengejar Al-Hafiz. Dia mahukan buku
latihannya balik!
Lariannya
semakin laju. Setelah dia menghampiri AL-Hafiz, kolar baju lelaki itu ditarik
sehingga terdorong ke arahnya. Al-Hafiz rebah menyembam bumi. Airis
tercungap-cungap menahan lelah namun tangannya masih kejap memegang kolar baju
lelaki itu. Lelaki itu membalikkan badannya mengadap Airis yang menunduk itu.
“Bagi buku
latihan aku balik!” Tegas suara gadis itu. Al-Hafiz pula tergelak. Senang benar
dia melihat wajah merah padam Airis.
“Give it back or I’ll punch your face!”
Wajah serius Airis dipandang lama. Tawa yang tadinya meledak terhenti. Namun
senyuman masih terukir diwajah lelaki itu.
“Euww…
Takutnya!” provok Al-Hafiz dengan wajah nakal. Airis mengenggam erat buku
limanya. Memang kali ini dia nekad. Nak jadi apa pun jadilah. Apa yang pasti,
dia mendapat balik buku latihannya.
“Al-Hafiz!”
suara Cik Ya kedengaran dibelakang. Airis kaku dengan penumbuk yang tersua
dimuka Al-Hafiz.
“Airis
Imani!” suara Cik Nie pula menyapa pendengaran. Alamak! Al-Hafiz dah rasa
rama-rama bermain perang-perang di dalam perutnya.
“Baby, let him go!” Keras suara Cik Nie
memberi amaran. Anak gadisnya itu mengetap bibir geram sebelum perlahan-lahan
melepaskan kolar baju Al-Hafiz.
“Al-Hafiz,
apa yang awak buat dekat Iman kali ni?” suara Cik Ya pula kedengaran. Terus
kaku Al-Hafiz yang terlentang ditanah itu.
“Mana ada Al
buat apa-apa, ummi,” anak muda itu memuncung. Airis semakin berang mendengar
kata-kata Al-Hafiz.
“Tipu! Al
tipu Cik Ya. Dia ambil buku latihan Bahasa Inggeris Airis,” naik satu oktaf
suara Airis. Matanya mencerlung tajam ke arah Al-Hafiz.
Cik Ya
pening memikir. Cik Nie pula hanya tersengih memandang sahabatnya itu. Sudah
biasa sangat dengan pergaduhan anak-anak mereka itu. Sejak dia berpindah balik
ke kampung itu, hanya Al-Hafiz yang bisa membuatkan Airis menangis merindui
Auckland.
“Al, bagi
balik buku latihan Airis,” getar suara Cik Ya menandakan dia sedang marah dan
Al-Hafiz memang kecut perut dengan umminya itu.
“Mana ada Al
ambik, ummi.” Al-Hafiz mempertahankan dirinya. Wajah Airis dijeling tajam. Mahu
aje dia merobek-robek wajah manja gadis itu.
“Al-Hafiz Badri!
Jangan nak tipu ummi. Nak bagi buku latihan Airis atau malam ni ummi hantar
awak balik rumah atuk dengan opah!” Gertak Cik Ya.
Al-Hafiz dah
memuncung. Memang dia jahat dengan Airis. Memang dia suka usik Airis. Memang
dia suka tengok Airis menangis sebab dia tapi dia bukan penipu apatah lagi
untuk menipu ummi sendiri.
“I swear, ummi. Al tak ambik buku Airis.
Dia yang suka tuduh Al macam-macam!” Dada anak muda itu dah berombak kencang.
Ikutkan hati, memang dia bagi aje penampar dekat Airis yang muda setahun
darinya itu.
“Enough! Pergi balik. Ummi penat la layan
kerenah Al macam ni,” ujar Cik Ya.
Airis hanya
terdiam memikir. Cik Nie mengusap bahu Cik Ya. Wajah sahabatnya itu merah padam
menahan marah. Al-Hafiz pula bangkit berdiri. Disapu segala debu yang melekat
dibaju dan seluarnya.
Al-Hafiz
mendekati Airis yang sudah mengenggam penumbuk itu. Dia menjeling ke arah
Al-Hafiz. Heh, ingat aku takut ke? Setakat samseng macam kau ni, aku tak
gentar. Nak cari pasal dengan aku sangatkan, nanti kita tengok siapa yang
menang.
“Kau tunggu
la turn aku pulak lepas ni,” bisik
lelaki itu dengan wajah garang. Airis mengerutkan dahi. Mental ke mamat ni?
“Al-Hafiz,
balik! Now!” Naik satu oktaf suara
Cik Ya. Bergegas Al-Hafiz melangkah pulang. Nakal-nakal dia pun, arahan ummi
tak pernah dilawan. Sejahat-jahatnya pun, segala suruhan umminya diturut tanpa rungutan.
“Ya, jangan
berkeras sangat dengan Al tu,” ujar Cik Nie.
“Nie, Ya
penat tau. Hari-hari ada aje yang mengadu tentang Al tu. Nie sendiri tengok apa
yang dia buat pada Airis. Perangai nakal tu tak pernah berubah!” Balas Cik Ya.
Airis hanya
terdiam. Rasa kasihan menyelinap kembali dalam diri buat Al-Hafiz. Ah, tak
perlu kasihan kat dia. Memang dia patut pun kena marah dengan Cik Ya. Nakal
sangat!
“Al, aku nak jumpa kau kejap,” ujar Airis dengan wajah tebal menahan
malu.
Al-Hafiz
buat muka selamba. Langsung tidak dipandang Airis yang berdiri dihadapannya
itu. Dia santai duduk diatas kerusi sambil mengunyah chewing gum. Airis mengetap bibir menahan geram. Rakan sekelas
Al-Hafiz dah berbisik sesama sendiri. Terkejut mungkin apabila melihat Airis ke
kelas itu semata-mata mencari Al-Hafiz.
“Bad, awek
cun panggil tu. Pergi ajelah,” satu suara sumbang kedengaran. Airis pekakkan
telinga.
Bad. Panggilan
kawan-kawan untuknya. Al. panggilan keluarga untuknya. Heh, memang sesuai. Kat rumah
bukan main lagi baik dengan ummi dan abi dia bila kat sekolah jadi bad boy! Suka menjahanamkan hidup orang!
“Al, please.” Wajah Al-Hafiz dipandang dengan
riak tidak senang. Kalau bukan sebab nak minta maaf, memang dia takkan
menjejakkan kaki ke kelas Al-Hafiz itu. Apatah lagi sekrang waktu rehat. Tak ramai
yang ada dalam kelas 5 Sains tu.
“Kau nak
apa?” Kasar Al-Hafiz bertanya. Mukanya didongak memandang wajah Airis.
“Aku… Aku
nak minta maaf,” perlahan suara Airis. Darah naik menyerbu ke muka. Malu!
Memang dia sangat-sangat malu saat itu. Rasa egonya rendah.
“Apa? Aku
tak dengar,” sinis suara Al-Hafiz kedengaran.
“Aku nak
minta maaf,” Airis mengulang kembali. Al-Hafiz tayang senyum sinis.
“Guys, korang dengar tak minah ni cakap
apa?” suara Al-Hafiz bergema satu bilik darjah itu. Airis memintal hujung
tudung sekolahnya yang berwarna biru gelap itu.
“Tak!” Sahut
suara nakal rakan-rakan Al-Hafiz. Tawa bergema di dalam kelas 5 Sains itu. Airis
pula sudah tidak keruan. Mahu rasanya Airis menangis saat itu.
“Dekatlah
sikit. Macam mana nak dengar kalau korang duduk sebatu,” ujar Al-Hafiz. Semakin
galak lelaki itu ketawa.
Rakan-rakan
lelaki Al-Hafiz mula mengelilingi Airis. Semuanya berbadan sasa dan tinggi
membuatkan Airis terhimpit ditengah-tengah. Al-Hafiz bangun berdiri. Dia
mendekati Airis yang sudah mula menangis itu. Badan gadis itu nampak menggigil.
“Al, aku nak
balik kelas,” suara Airis bergetar. Dadanya berombak kencang. Bau perfume lelaki menusuk ke rongga
hidungnya membuatkan gadis itu lemas.
“Ulang balik
apa yang kau bagitahu aku tadi. Kawan-kawan aku nak dengar,” bisik Al-Hafiz.
Wajahnya didekatkan ke wajah Airis. Desah nafasnya hangat menyentuh kulit pipi
Airis.
“Bad, kau
jangan macam-macam. Aku report kat
cikgu nanti,” suara Hamizah, kawan sekelas Airis kedengaran.
“Kau diam!
Kalau kau berani report dekat cikgu,
siap kau!” Imran, kawan Al-Hafiz pula menyampuk memberi amaran. Kecut perut
Hamizah. Terdiam terus gadis itu.
“Al, ki…
Kita bincang kat rumah nanti. Kau tolong lepaskan aku. Waktu rehat dah nak
habis ni,” pinta Airis. Airmatanya dikesat seraya menjauhkan wajahnya dari
wajah Al-Hafiz namun badannya bersentuhan dengan badan Hakim. Segera dia
kembali ke kedudukan asal. Airis benar-benar sudah tersepit!
“Al, please!” Rayu Airis lagi. Airmata
kembali mengalir dengan deras.
“Kenapa kau
minta maaf dengan aku?” soal Al-Hafiz dengan suara perlahan. Airis semakin
rimas. Rakan-rakan Al-Hafiz yang mengelilingi mereka itu semakin lebar
tersengih.
“A… Aku
tuduh kau ambil buku latihan aku padahal buku tu ada dengan kawan aku, Naim,”
jawab Airis. Tangannya menggeletar takut. Dia tidak putus-putus berdoa agar
Al-Hafiz tidak melakukan perkara-perkara diluar batasan.
“Buku kau
ada dengan Naim tapi kau tuduh aku yang ambil? Lepas tu kau cakap aku ni penipu
depan ummi aku. Kau rasa patut ke aku maafkan kau?” Soal Al-Hafiz dengan wajah
yang tegang.
Airis dah
rasa nak menjerit dengan keadaannya waktu itu. Bau perfume yang pelbagai jenama itu semakin membuatkan kepalanya sakit.
Rakan-rakan Al-Hafiz semakin galak
mengusiknya. Ada yang mahu menyentuh dagunya. Ada yang menyentuh bahunya.
“Al,
tolonglah!” Naik satu oktaf suara Airis apabila pinggangnya pula dicuit. Dia
sudah tidak tahan. Sungguh!
“Tolong
apa?” soal Al-Hafiz selamba tanpa menyedari keadaan sebenar Airis. Dia terkaku
apabila Airis mendekatinya. Tangan gadis itu melekat didadanya.
“Tolong aku,
Al.” Bisik gadis itu dengan tangisan yang semakin menjadi-jadi. Mungkin jika
pinggangnya tidak dicuit, dia bias lagi bertahan tapi keadaannya sekarang sudah
seperti telur dihujung tanduk. Kalau Al-Hafiz tu benar-benar penjahat, memang
dah kena ‘ngap’ Airis waktu itu.
“Guys, apa ni? Aku suruh kau
takut-takutkan dia aje, bukan suruh sentuh dia! Blahlah korang!” Marah
Al-Hafiz. Tubuh Airis ditarik rapat ke arahnya. Ditolak batang tubuh
rakan-rakannya itu.
“Alah, tak
luak pun la,” satu suara sumbang menyapa pendengaran Airis. Jijik gadis itu
mendengarnya.
“Weh, kau
jangan macam-macam. Dengan perempuan lain, kau boleh buat macam tu tapi kalau
dengan yang ini, kau jangan main-main,” tegas suara Al-Hafiz memberi amaran.
Airis yang
berasa sudah selamat terus menolak pelukan Al-Hafiz dan berlari mendapatkan
Hamizah diluar kelas. Teresak-esak dia menangis. Langsung wajah Al-Hafiz tidak
dipandang. Semakin benci dia pada lelaki itu. Al-Hafiz pula menghantar
pemergian Airis dengan pandangan dan rasa sesal yang menggunung.
“Aku terima nikahnya Airis Imani binti Amran dengan mas kahwinnya…”
Dua kali lafaz barulah mereka sah menjadi suami isteri. Tangan diangkat
mengaminkan doa. Wajah gadis yang baru sahaja menjadi isterinya itu dikerling.
“Tahniah, Airis. Semoga kekal hingga ke syurga,” bisik Jannah ditelinga si teman baik
sewaktu menuntut UiTM Kuala Terengganu itu.
“Thanks, sahabat. Insya-Allah,” bisik
Airis kembali dengan dada berombak kencang. tangannya menggigil. Takut!
Si suami
mendekatinya dengan senyuman manis. Airis langsung menunduk ke bawah melihat
tangannya yang merah berinai itu. Jannah hanya tersenyum melihat gelagat Airis.
Sewaktu di Terengganu, gadis itu tidak pernah menyebut tentang lelaki yang
bernama Al-Hafiz Badri yang kini sudah menjadi suaminya. Tup tup aje sampai kad
kahwin padanya. Gadis itu memang suka benar berahsia!
“Airis,
tangan tu meh sini,” ujar Al-Hafiz. Airis panggung kepala.
“Hah?”
“Aku nak
sarungkan cincin ni. Kau nak bagi aku sarung cincin ni dekat kaki kau ke?” soal
Al-Hafiz dengan nada mendatar seraya mengerling kaki si isteri yang berstokin
itu.
“Apa ni?”
Marah Airis. Baru aje kahwin, dah buat orang geram!
“Al, behave!” Tegur Acik Mie, merangkap bapa
mertua Airis. Bukan dia tidak tahu perangai nakal anak lelaki tunggalnya itu.
“Padan
muka!” Bisik Airis dengan senyuman kemenangan.
“Tak payah
nak suka sangat. Tunggulah malam ni. Siap kau!” Al-Hafiz mengetap bibir geram.
Airis telan airliur. Kelat. Pahit. Alamak! Lupa daa.. Boleh pulak aku pergi
buat main dengan mamat ni.
Cincin
bersarung dijari manis Airis. Segera gadis itu menyalami Al-Hafiz. Tangan si
suami dicium lama. Sempat lelaki itu mengusap kepala Airis. Bibirnya
terkumat-kamit membaca doa seraya tangan masih melekat diubun-ubun kepala
Airis.
Alhamdulillah,
ya Allah. Kau permudahkan urusanku untuk menyunting gadis ini menjadi isteriku.
Tabahkan hatiku dalam menjalani tugasku sebagai seorang suami. Janganlah
hendaknya hati ini berbelah bagi untuk menerima segala kekurangan isteriku.
Redhailah ikatan yang terjalin antara kami.
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :
“ Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami-isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir "
- Ar-Rum : Ayat 21
“Abang! Janganlah kacau,” Airis dah
memuncung. Suami aku ni laa..
“Mana ada abang kacau sayang.
Abang tengok ajelah,” ujar Al-Hafiz dengan sengihan nakal. Airis mengecilkan
matanya.
“Abang pergilah kat dapur tu.
Makan apa yang ada. Jangan kacau Airis nak buat kerja ni,” rengek Airis. Hari-hari
bila tidak bertapa dihospital, suaminya itu melakukan kerja part time dengan jayanya iaitu menganggu
Airis berkarya.
“Ala. Abang bosanlah. Sayang
tu kalau dah mengadap manuskrip, abang yang handsome ni pun buat macam
tak nampak,” rajuk Al-Hafiz. Tergelak Airis mendengar rajuk si suami.
“Handsome ke?” usiknya.
Al-Hafiz memuncung.
“Buat main laa.” Airis
berhenti menaip. Dipandang wajah suaminya yang sudah memuncung itu. Comel pulak
laki aku ni.
Tangan si suami ditarik
mendekatinya. Al-Hafiz masih masam mencuka. Seronok pun ada diperlakukan
seperti itu. Yelah, masing-masing sibuk dengan kerja mereka. Nak bermanja pun
susah. Berhari-hari kena bertapa di hospital, balik aje rumah, si isteri pula sibuk
mengadap laptop. Nak melarang pun jadi tak sanggup sebab dah faham sangat
dengan ‘cinta hati’ si isteri yang satu itu. Menulis!
Kalau dah mengadap laptopnya,
suami lalu depan mata pun boleh tak perasan. Kadang-kadang dia rasa macam dia
tu suami kedua Airis pula. Ish, memang geram! Tapi nak buat macam mana. Bila dah
kahwin ni kena la saling bertolak ansur dan saling memahami. Bak kata Airis,
abang suka apa yang sayang suka dan begitu juga sebaliknya. Baru aman
rumahtangga.
“Abang, I’m sorry.”
Perlahan suara itu menutur kata maaf. Al-Hafiz masih keras berdiri.
“Abang, tak sayang Airis ke?”
Al-Hafiz masih diam.
“Abang, tak nak maafkan Airis?”
Tiada respon. Airis dah rasa nak menangis.
“Abang…” Suara dah bunyi
seperti kucing tertelan biji guli.
“Sampai hati abang tak nak
pedulikan Airis,” ujarnya dengan nada merajuk.
“Siapa yang merajuk sebenarnya
ni?” soal Al-Hafiz dengan muka garang. Airis dah memuncung. Buat main laa laki
aku ni.
“Abang tu keras hati sangat. Airis
minta maaf pun buat tak layan aje,” rajuk Airis lagi. Al-Hafiz dah rasa nak
tergelak melihat muncung isterinya itu. Hai, nampak gaya macam aku aje yang
kena pujuk katilmate aku ni.
“Sayang, nak aiskrim tak?”
soal Al-Hafiz dengan senyuman manja. Airis menjeling cuma. Siapa yang kena
pujuk siapa ni?
“Tak nak!”
“Err… Lolipop?” Airis dah rasa
nak hantuk kepala ke dinding. Apa punya gaya laki aku memujuk ni?
“Tak nak!”
“Dah tu sayang nak apa?”
Al-Hafiz dah nak surrender. Tak reti aku nak memujuk orang ni.
“Nak abang!” Tergelak Airis
dengan kata-kata sendiri. Al-Hafiz dah tersenyum nakal. Dicuit hidung si
isteri.
“Nakal wife abang ni.”
“Kalau tak nakal, takkan orang
tu nak pinang Airis, kan?” Dikenyitkan mata ke arah suaminya.
“Abang pinang sebab dah jatuh sayanglah,
bukan sebab sayang tu nakal.” Airis mencebik. Dia bangun berdiri. Ditariknya suami
ke birai katil. Masing-masing melipat sila disitu.
“So, bagitau Airis
secara detail kenapa abang pinang Airis?”
“Then, Airis kena
bagitahu abang dengan detail kenapa masa mula-mula kahwin dulu Airis buat musuh
dengan abang. Dah dekat setahun baru ajak abang berdamai?” soalan berbalas
soalan. Masing-masing tergelak mengingati cerita lama mereka.
“Lady yang cun first,”
sambung suaminya dengan senyuman tersungging dibibir.
“Kenapa Airis buat musuh
dengan abang?” Suaminya mengangguk. Airis sengih.
“Sebab Airis takut.” Si suami
angkat kening.
“Taku jatuh cinta dengan
abang. Yelah, dulu abang tu jahat. Suka kacau Airis. Suka tengok Airis
menangis. Macam mana kalau lepas kahwin pun abang macam tu jugak? Tak ke haru
tu?” Al-Hafiz mengangguk faham.
“Sampailah Airis jumpa dengan kawan
abang yang nama Imran tu. Sekarang dah jadi engineer dah budak tu. Berjaya juga
jadi manusia,” ujar Airis.
“Amboi, mengata nampak! Kawan-kawan
abang semua bagus apa kecuali si Hamdi tu,” sampuk Al-Hafiz.
“Hamdi? Mamat yang cuit
pinggang Airis tu?” Al-Hafiz mengangguk. Teringat pergaduhannya dengan Hamdi
selepas dia tahu apa yang lelaki itu buat pada Airis. Mahu patah tangannya menumbuk
Hamdi itu. Semuanya kerana seorang Airis Imani.
“Sampai sayang peluk abang tu,”
usik Al-Hafiz. Merah padam muka Airis diusik begitu. Memang peristiwa itu tidak
pernah hilang dari ingatan. Kerana peristiwa itu, dia langsung tidak bertegur
sapa dengan Al-Hafiz sehinggalah lelaki itu melanjutkan pelajaran ke Jordan
dalam bidang kedoktoran.
“Abang!” Marah Airis dengan
riak malu. Al-Hafiz dah bantai gelak.
“So, apa yang Im cakap
dekat sayang sampai sayang boleh terima abang tu?” soal Al-Hafiz.
“Im cerita pasal abang belasah
Hamdi. Lepas tu dia cakap abang mengaku sendiri dengan dia yang abang suka
dekat Airis waktu abang tolak pinangan adik perempuan Imran,” jawab Airis.
“Aduh, pasal tu pun dia cerita
ke?” Airis menarik pipi suaminya geram.
“Kenapa tak cerita dekat Airis
pasal orang pinang abang tu?” soalnya geram. Al-Hafiz mengerutkan dahi menahan
sakit dipipi dek cubitan si isteri.
“Mana ada chance nak
bagitahu. Sayang tu sombong dengan abang. Nasib baik hati abang ni untuk sayang
aje. Kalau tidak, tak merasalah sayang jadi wife abang,” ujar Al-Hafiz
dengan nada mengusik. Airis mencebik.
“Perasan!” Al-Hafiz menarik
batang tubuh isterinya ke dalam pelukan.
“Al-Hafiz Badri hanya cintakan
Airis Imani kerana Allah,” bisik lelaki itu. Airis tersenyum senang. Satu sisi
suaminya yang dia suka. Lelaki itu pandai membuat hatinya berbunga-bunga.
“Airis Imani pun cintakan
Al-Hafiz Badri kerana Allah!” balasnya seraya mengeratkan pelukan antara
mereka.
“Sayang…” Panggil Al-Hafiz.
“Em..” Jawab Airis yang masih
tenggelam dalam pelukan suaminya.
“Azan Isya’ dah masuk. Jom solat
dulu. Lepas ni kita sambung,” bisik Al-Hafiz dengan nada nakal. Airis pantas
menjauhkan diri dari suaminya yang sudah tergelak itu.
“Abang! Buat main laa…” Si
isteri mengetap bibir geram.
Masing-masing tergelak dengan
perlakuan mereka. Ah, bahagianya! Rasa seperti baru kahwin walhal dah hampir setahun
lebih mereka mengikat janji itu. Airis yang masih ketawa itu dipandang lama. Terima
kasih, sayang kerana percayakan abang. Terima kasih Allah kerana anugerahkan
bidadari dunia ini kepadaku. Semoga dia juga bidadariku di sana, insya-Allah.
“Kita bercinta hingga ke
syurga ye, Airis?”
“Insya-Allah. Airis pun nak
bercinta dengan abang sampai syurga juga.”
“Jangan liat bangun solat malam,
ye sayang.”
“Abang pun jangan pernah lelah
untuk kejutkan Airis.”
“Selagi Allah izinkan, abang
takkan lelah kejutkan sayang untuk berjemaah dengan abang.”
Bercinta, biarlah ke syurga. Bercinta,
biarlah kerana Allah.
cerpen anda tidak pernah mengecewakan saye... keep up the good work.. >___________<
ReplyDeleteThanks.. :)
DeleteSngat seronok!!! Suke sngt2!!
ReplyDeleteTq,syg. :)
Deleteso sweet cerita die ...........
ReplyDeleteTq, awk... :)
DeleteBiasa je.. hambar~
ReplyDeleteKureng! Best perr <3
DeleteKalau dijadikan novel lagi mantap... kipidap
ReplyDeleteOk sngat.tpi jalan cerita pendek
ReplyDeleteOk sngat.tpi jalan cerita pendek
ReplyDeleteSweet tp pndek..but ttp best.
ReplyDeletewow...perh...gempak
ReplyDeleteSweet giler! Lgi2 time Al selamatkan Airis kat sekolah. Tpi cerpen ni agak pendek. Kalau tmbh lgi boleh buat novel. Anyway kipidap!
ReplyDeleteKannn!! Panjangkn part si Airis buat musuh dgn si Al tuhh.. kompem sweettt
DeleteGood job..keep it up..
ReplyDelete