Sunday, 15 September 2013

Kerana Dia Zaujahku Bab 14

Unedited again! Yeah, sorry for that. :) May Allah bless us.

Afliq mengirai rambut basahnya ke belakang. Rasa segar selepas mandi. Dan rasa lebih bahagia bila dapat balik ke rumah serta menghuni bilik sendiri yang dah berbulan-bulan kena tinggal. Rasa lega sesangat juga sebab dapat bersua muka dengan adik-adik berduanya itu serta papa dan mama. Dengan buah hati?
Afliq mencapai tuala. Rambut basahnya dikeringkan buat kali kedua. Bercakap soal buah hati, dia sendiri tidak tahu khabar gadis itu. Berbulan-bulan juga dia menyepi. Bukan sengaja nak menyepi tapi dia sedang mengurus diri waktu itu.
Sedang memantapkan diri sendiri jadi, dia tidak mahu memberi hatinya beban. Beban merindu pada orang yang masih belum halal buatnya. Bak kata Hazman, sila bagi nafsu tu berpuasa dulu. Nanti time berbuka, baru terasa nikmatnya!
“Along!” Ketukan dipintu kedengaran bertalu-talu.
“Ya? Kejap!” Tuala dicampak ke atas katil. Bergegas dia mendapatkan pintu dan tombol dipulas. Daun pintu ditarik.
“Ada apa, Ji?” soal Afliq.
“Papa panggil.” Berkerut dahi Afliq.
“Ada apa?” Najihah menggeleng kepala tidak tahu.
“Okey. Kejap lagi Along turun.” Najihah angguk dan berlari turun ke ruang tamu kembali.
“Along mana?” Puan Sri Suria menyoal sebaik sahaja wajah anak bongsunya itu menyapa pandangan.
On the way.” Najihah melabuh duduk disebelah kembarnya.
“Kenapa papa minta kita berkumpul?” bisik Nadihah.
“Entahlah. Bincang pasal vacation kot.” Najihah tayang sengih. Nadihah mencebik. Tak habis-habis dengan vacation.
Afliq mendapatkan keluarganya yang sudah berkumpul diruang tamu. Jarang Tan Sri Adham mengumpulkan keluarganya pada pagi hujung minggu kecuali kalau ada perkara penting untuk dibincangkan.
“Assalamualaikum,” sapa Afliq.
“Wa’alaikumsalam,” jawab kembar dengan bersemangat. Afliq tayang sengih dan mengusap kedua-dua kepala si adik kembarnya itu. Puan Sri Suria menjawab salam di dalam hati.
Have a sit, Am,” ujar Tan Sri Adham.
Afliq melabuh duduk diatas sofa berhadapan papanya. Wajah lelaki nampak sedikit tidak bermaya. Mungkin penat dengan kerja yang tak pernah habis. Afliq kalih pandang pada mama tirinya. Wanita itu nampak lebih tenang.
What is it, pa?” soal Afliq.
It’s about you.” Afliq dah mengerutkan dahi. Puan Sri Suria hanya mengangguk, mengiakan kata-kata suaminya.
“Kenapa dengan Along, pa?” sampuk Nadihah pantas.
“Di, dengar dulu apa yang papa nak cakap. Jangan menyampuk,” tegur Puan Sri Suria. Nadihah memuncung namun diangguk jua. Sedar salah sendiri.
“Kenapa dengan Am, pa? Am ada buat papa sakit hati ke? Am minta maaf kalau Am ada sakitkan hati papa dengan mama,” pinta Afliq dengan nada sebak.
Dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Cukuplah dahulu dia sudah banyak buat papa menangis dengan perangainya. Memang papanya tidak pernah tunjuk tapi Afliq tahu. Tuan Sri Adham ni kat luar aje tegas, garang tapi hati dia lembut. Mudah tersentuh.
Lagipun, perangai nakalnya dulu tu terjadi sebab bencikan papa yang madukan ibunya. Namun rasa saying tidak pernah hilang buat papa tersayangnya itu. Dalam benci ada sayang. Kerana itu dia tidak pernah mengasari mama tirinya. Mungkin dia buat musuh dengan Tan Sri Adham tapi dia tidak mungkin mengasari Puan Sri Suria. Dia bukan jenis lelaki seperti itu.
“Am dah ada calon ke?” suara Tan Sri Adham sedikit mengendur. Afliq dah jatuh rahang. Papa sedang bertanya soal calon padanya?
“Err… Calon apa, pa?” Afliq bingung.
“Calon isteri la, sayang,” jawab Puan Sri Suria lantas tergelak kecil. Suaminya disebelah menunjukkan wajah tidak beriak.
“Isteri?” Afliq menggaru kepala. Baru jejak Tanah Melayu, dah kena soal tentang calon? Apa kes ni?
Baru aje buat usrah pencerahan pasal baitul muslim waktu dekat program Deen Gathering, alih-alih balik aje sini terus kena macam ni? Allah, petandakah ini? Eleh, Am. Cakap ajelah kau memang nak pun macam ni. Hari-hari duk tadah tangan berdoa sebut nama Ulfah Fatimah tu apa kes?
Solat sunat Istikharah yang kau buat seminggu berturut-turut tu apa kes pulak? Itupun beria-ia kau minta Hazman ajarkan kau untuk solat Istikharah. Nak berdalih lagi dengan rasa hati ke?
“Wah, papa nak carikan untuk Along ke?” celah Najihah pula dengan nada teruja. Afliq kembali ke dunia nyata.
“Allah tahu saat bila kau bersedia untuk pikul tanggungjawab sebagai suami, Am. Tengok macam aku ni. Umur dah 25 tahun tapi sampai sekarang tak kahwin lagi. Kenapa? Sebab Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk aku. Apa yang terbaik untuk kau. He knows everything.” Ujar Hazman.
Betullah tu. Semua Allah tahu. Siapa jodoh kita? Bila kita akan kahwin? Semua tu dalam perancangan Allah. Dia merancang dan kita pun merancang tapi apa yang dirancang-Nya adalah yang terbaik untuk kita.
“Kalau Am tak ada lagi, papa nak suggestkan anak Uncle Mawi tu. Papa tengok anak dia pun bagus,” ujar Tan Sri Adham tanpa berselindung.
Afliq menggaru kepala sendiri. Hah, sudah! Nak tolak macam mana ni? Anak Uncle Asmawi tu? Memang dia baik tapi mungkin bukan untuk aku. Tapi kalau aku tolak, papa terluka tak nanti dengan penolakan aku? Bukan senang papa nak berbincang something yang serius dengan aku secara face to face macam ni.
“Macam mana Am?” soal Tan Sri Adham lagi apabila melihat si anak masih mematung.
“Err… Am dah ada pilihan, pa.” Nada suara Afliq mengendur. Lemah bunyinya. Najihah dah melayang senyuman buat Nadihah. Si kakak membalas dengan kenyitan mata. Puan Sri Suria hanya tersenyum.
“Siapa?” Afliq terasa dihempap batu. Papa tanya siapa? Aduh, macam mana ni? Si kecik tu belum tentu lagi nak terima aku sebagai suami dia. Takkan aku nak mention nama dia dekat papa?
“Am?” Tan Sri Adham memandang si anak dengan wajah yang menunggu jawapan.
“Kenapa kita cakap pasal ni, pa?” Afliq menyoal kembali.
“Sebab anak papa dah besar.” Selamba Tan Sri Adham menjawab. Jatuh rahang lagi Afliq kali ini. Apa kena dengan papa ni? Kena rasuk ke? Tak pernah-pernah macam ni, hari ni pulak tiba-tiba seperti kena sampuk.
“Pa, jujur dengan Am. Apa semua ni?” Tan Sri Adham menarik nafas panjang. Muka dah berubah riak. Puan Sri Suria mengenggam tangan suaminya erat. Memberi kekuatan.
“Papa nak Am kahwin.” Afliq menelan airliur. Pahit. Berpasir.
“Secepat mungkin.”

 Ulfah Fatimah menarik nafas panjang sebelum menghembuskan nafasnya dengan perlahan-lahan. Dadanya berkencang hebat. Terasa lambat masa berlalu. Sesekali dia mengerling memandang jam dinding yang dirasakan bergerak begitu perlahan. Dah gaya macam kura-kura berjalan saja.
Kelibat Tuan Uzair yang masuk ke dapur langsung tidak diendahkan. Dah rasa macam otak tengah tepu. Tak dapat nak fikir dengan baik. Jika nak dibandingkan dengan soalan Addmaths yang killer macam nak mati tu, memang sekarang ni dia dah rasa separuh mati.
“Fatma, kenapa tak matikan suis heater ni?” Laungan Tuan Uzair dari dapur mengejutkan Ulfah.
“Fatma lupa, abah,” balasnya. Bergegas dia berjalan ke dapur.
Sorry.” Ujarnya seraya menutup suis heater. Air dah panas. Hanya tunggu mengacau air dengan gula dan tambah perisa air. Then, siap!
Siap untuk dibawa ke ruang tamu. Siap untuk dihidang kepada tetamu yang bakal bertandang ke rumah mereka. Tetamu yang pertama kalinya datang ke rumah. Dan antara tetamu yang datang itu adalah dia yang sudah lama tidak Ulfah temui.
“Fatma okey ke tidak ni?”
“Okey, abah. Alhamdulillah.” Tuan Uzair mendekati si anak. Tangannya naik menjamah dahi.
“Fatma demam ni.” Mendatar suara itu.
“Eh, mana ada abah!” Tangan gadis itu mengambil tempat tangan abahnya di dahi sendiri. Mana ada panas pun!
“Demam rindu!” Usik Tuan Uzair lalu pantas mengatur langkah ke ruang tamu dengan tawa yang panjang.
“Abah!” Jerit Ulfah dengan wajah tidak berpuas hati. Pandai pulak usik orang sejak duduk KL ni ye.
“Bancuhlah air tu. Kejap lagi sampailah menantu abah ni,” Tuan Uzair melaung pula dari ruang tamu. Rumah ni dah jadi macam rumah tarzan dah gayanya.
Alright, abah!” balas Ulfah dengan senyuman tersungging dibibir.
Menantu? Yup! Menantu kesayangan abah katanya. Heh, sayanglah sangat dekat mamat perasan handsome tu. Nak kata abahnya itu rapat dengan menantu pilihan Tuan Uzair itu, Ulfah rasa tidak. Tak pernah lagi dia tengok Tuan Uzair duk bergurau senda dengan lelaki itu dihadapannya. Heh, gila kau nak bergurau senda? Ingat mamat tu budak kecik ke?
Ulfah membancuh air teh o ais untuk tetamunya. Ketul-ketul ais kiub itu dimasukkan ke dalam jag. Dikacau beberapa kali sebelum mencapai dulang. Gelas kaca disusun atur ke atas dulang dengan cermat. Jag air diambil dan turut diletakkan ke atas dulang bersama gelas kaca itu.
Setelah berpuas hati, dia mendapatkan abahnya diruang tamu yang sedang santai membaca suratkhabar. Dia duduk berhadapan dengan Tuan Uzair. Lelaki separuh umur itu melipat kembali suratkhabar yang terbuka itu dengan cermat.
“Takut?” soalnya. Memahami gelodak rasa dihati si anak. Ulfah angguk.
“Jangan risaulah. Tak ada apa tu. Mereka datang nak merisik aje, bukan kahwin terus,” ujar Tuan Uzair menenangkan hati si anak.
“Abah, Fatma rindu abang.” Tuan Uzair terpaku sejenak.
“Dah lama Fatma tak jumpa Abang Syamil.” Tuan Uzair masih diam tidak berkutik.
“Abah tak rindu abang ke?” soal Ulfah seraya memandang wajah tua yang sudah berkedut seribu dihadapannya itu.
“Tipulah kalau abah kata abah tak rindu Syamil.” Perlahan suara itu. Ulfah mula mengukir senyuman. Adakah abah sudah maafkan abang?
“Fatma ajak abang Syamil balik boleh, abah?” Bersinar-sinar mata gadis itu.
Perlahan-lahan Tuan Uzair mengangguk. Dia mendepakan tangan. Ulfah mendapatkan Tuan Uzair. Lelaki itu menarik Ulfah ke dalam pelukan. Dia sudah tua. Dia perlukan anak-anak disisinya.
Bertahun-tahun dia kehilangan anak lelaki yang pergi membawa diri kerana kemarahannya. Dan dia perlu betulkan semuanya kembali. Dia mahu anak-anaknya ada disaat nyawanya bercerai dari badan.
“Thanks, abah. Fatma sayang abah sangat!” ucap Ulfah sepenuh hati.
“Abah tahu. Abah tahu,” ulang Tuan Uzair.
Jika ditukarkan Ulfah dengan intan permata, Ulfah tetap menjadi pilihannya. Jika ditawar dengan emas setinggi gunung, Ulfah tetap menjadi keutamaannya. Tidak terhitung rasa sayang kepada anak bongsunya itu. Anak harapannya. Anak kesayangannya.
Bunyi kereta masuk ke garaj mengejutkan mereka berdua. Pelukan terlerai. Ulfah mengesat airmatanya dan bingkas berdiri. Tuan Uzair turut berdiri dan berlalu ke pintu untuk membuka pintu rumah. Ulfah menarik nafas panjang. Dadanya kembali berombak ganas. Ya Allah, permudahkan segalanya.
“Assalamualaikum, pakcik!” Nada teruja Najihah dan Nadihah menyapa pendengaran Ulfah. Sampai jugak si kembar ni. Matanya melilau mencari kelibat Iman dan Ikhwan.
“Akak!” Iman pula teruja mendapatkan Ulfah yang sedang bersalaman dengan si kembar.
“Berdebar?” Usik Iman. Satu cubitan hinggap dipipi gadis manis bertudung labuh warna putih itu.
“Abang Iman mana?” soal Ulfah. Tangannya dah rasa sejuk membeku.
“Ada kat luar dengan papa,” Nadihah tolong jawabkan.
“Takkan dia nak masuk jugak, kak? Bukan adat merisik dan meminang ni orang lelaki kena tunggu kat luar ke?” Najihah pula menyoal dengan kerutan dahi.
Ulfah menggeleng tidak tahu. Dia menarik ketiga-tiga anak gadis itu ke dapur untuk menolongnya. Tidak sanggup mahu memandang tetamu yang sedang masuk memenuhi ruang tamu rumah itu.
“Ramai ke yang datang?” soal Ulfah.
“Ramai jugak. Abang tu beria-ia nak jemput orang. Baru datang merisik aje kot,” ujar Iman.
“Alah, kalau semua okey terus tunang tau. Akak dah ready belum ni?” Najihah bertanya. Tangannya ligat menyusun segala jenis biskut untuk dihidangkan kepada tetamu.
“Akak takutlah.” Ulfah buat muka nak menangis.
“Nak takut apa? Mana ada hantu kat luar tu. Semua manusia, handsome-handsome pula tu. Kawan-kawan abang Wan aje yang ramai tu,” pujuk Iman berusaha menenangkan hati Ulfah.
“Ji, Iman, jom bawak air ke depan. Akak ikut aje kami. Tak payah bawak apa-apa. Hari ni kami nak tunjuk kegadisan melayu kami. Mana tau ‘melekat’ ke seorang dua. Boleh naik pelamin dengan akak sekali,” Nadihah tayang sengih nakal.
“Gatal Di ni,” usik Iman.
“Bukan gatal tapi nak kahwin ikut sunnah la.” Nadihah mengenyitkan matanya.
“Dah. Bawak air dulu ke depan. Nanti kita bincang balik pasal ni. Bukak forum baitul muslim ke nanti,” sampuk Najihah.
“Hah, Iman setuju!”
Mereka tertawa kecuali Ulfah yang masih pucat tidak berdarah. Relax, Fatma. Kau keluar aje. Jumpa mama lepas tu salam dengan dia. Kalau rasa malu sangat, terus lari masuk dapur. But, watch your step!
Ulfah berjalan menunduk dibelakang ketiga-tiga gadis itu. Sesekali dia panggung kepala mencari kelibat Ikhwan. Mana pulak mamat ni pergi? Tak masuk sekali ke? Mata liarnya yang tadi melilau-lilau berhenti apabila bertentang dengan sepasang mata tajam Afliq.
Eh, mamat ni ada? Buat apa dia masuk sini jugak? Ikhwan mana? Matanya kembali mencari kelibat Ikhwan. Hah, tu dia! Tengah bergelak sakan dengan abah. Amboi, rancak berbual nampak! Sedang asyik mengusha anak teruna orang, langkah Ulfah jadi tidak seimbang apatah lagi dia tersepak kaki sofa.
Badannya terasa melayang mahu rebah mencium lantai rumah. Iman kali pandang ke belakang melihat Ulfah yang sudah menjerit. Najihah dan Nadihah dah melopong. Afliq yang baru beberapa langkah melepasi Ulfah untuk ke dapur turut tergamam.
Nak sambut ke tak ni? Kalau sambut, confirm bersentuh nanti. Tengok Ulfah sensing lengan pun gaya macam nak bertumbuk aje tu. Ish, si minah ni la. Tak cover aurat langsung! Macam mana nak jadi wife orang ni?
“Akak!” Suara ketiga-tiga anak gadis itu tenggelam bersama bunyi nangka jatuh menghempap lantai rumah.
“Along!” Suara si kembar bergegar gaya macam nak meruntuhkan tiang rumah. Afliq pandang Ulfah yang sudah terbaring dikakinya dengan mata tertutup. Sesaat, dia terpaku. Kemudian, senyuman nakal tersungging menghiasi wajahnya.

Ulfah membelek cincin yang berkilau dijari manisnya. Dia sudah sah menjadi tunang orang. Ya, buat kali keduanya dia bergelar tunangan orang. Itupun dalam masa beberapa bulan sahaja sebelum diikat menjadi isteri orang. Tak lama lagi, dia bakal bergelar isteri kembali. Dah tiada tittle janda berhias padanya.
Teringat kembali pada hari dia ditunangkan dengan lelaki itu. Mahu patah riuk segala tulang belulang yang ada. afliq pula hanya tergelak kecil. Bukan nak membantu, menggelakkan dia adalah. Memang tak guna betul mamat tu!
Kalau ikutkan hati, mahu dia hempuk kepala Afliq. Tapi, no! Dia tak boleh buat macam tu. Depan orang ramai tu, terpaksa juga dia tebalkan mukanya. Puan Sri Suria menjadi wakil menyarungkan cincin dijarinya. Tersenyum-senyum sahaja wanita itu. Ulfah pula malu bukan kepalang.

Apa-apa pun semuanya dah selamat sekarang. Alhamdulillah. Hanya menunggu masa dan ketika seiring dengan usaha membaiki kekurangan diri agar mampu menjadi isteri solehah untuk suami yang soleh. Pesan Ikhwan, perbaiki diri, mantapkan iman. Yang penting, kuatkan hubungan dengan Allah. Cintai Allah dari segala macam benda yang ada kat dunia ni. Dan Ulfah Fatimah pula mengangguk dengan rasa malu yang menebal.

No comments:

Post a Comment