Monday, 29 April 2013

Meminang si Pelangi [ii] [end]


SEMESTER TERAKHIR
Aku masih setia menunggu di stesen bas itu. Masih jua menunggu dia yang langsung tidak menampakkan bayang. Aku mengenggam erat handphone ditangan. Masa ni jugaklah dia nak habis bateri pun. Nasib baik ingat jugak nombor Farin, kalau tak meraung aku kat sini.
“Mana Muiz ni?  Takkan Nadhirah tak bagitahu dia?” Aku dah rasa panik. Orang ramai semakin ramai yang beransur pulang. Jam sudah menginjak ke pukul 11.
Aku pantas mencari duit syiling yang masih bersisa di dalam beg. Bergegas aku mendapatkan public phone. Nombor Farin aku dail. Beberapa minit kemudian, kedengaran suaranya dihujung talian.
“Farin, dah bagitahu Nadhirah ke?” soalku. 
“Eh, tak balik lagi ke?” suaranya kedengaran terkejut.
“Belum. Muiz tak datang pun. Call Abang Sabri pun tak angkat ni. Saya tak ada nombor kereta prebet yang lain dah,” aduku. Suara dah berbunyi lain.
“Lewat dah ni. Saya dah mesej Nadhirah tadi dalam pukul 9 malam,” ujarnya. Mataku dah beranak sungai.
“Dah minta dia bagitahu Muiz ke?”
“Dah.”
“Boleh minta nombor prebet dengan dia tak?” Aku dah putus harapan pada Muiz.
“Okey. Tunggu kat situ aje. Jangan pergi mana-mana,” pesan Farin. Aku sebak. Kenapa Muiz buat macam ni? Kalau tak nak datang ambil pun, bagitahu aje la. Aku pun tak hadap nak minta tolong dia kalau aku boleh minta tolong orang lain.
Beberapa minit kemudian, kereta prebet Pak Mansor datang mengambilku. Hanya kepada Allah aku panjatkan segala kesyukuran. Selama 4 jam aku terperangkap di stesen bas itu, tiada pun yang datang menganggu. Allah menjagaku!

Usai menunaikan solat Isya’ pada pukul 11.30 malam, aku berbaring sementara menunggu bateri handphoneku penuh. Fikiran kembali melayang-layang mengingati kejadian tadi dan juga pertemuan dengan Nadhirah di biliknya.
Thanks sebab call Pak Mansor,” ucapku dengan senyuman. Nadhirah turut melayangkan senyuman buatku.
No big deal. Lagipun, guna kredit yang Farin share,” jelasnya. Oh, aku terharu!
“Nanti saya ganti balik kredit dia tu,” ujarku. Pandanganku ditala ke sekeliling bilik. Kemas!
Sorry la. Saya tak ada nombor Muiz,” setelah lama membiarkan bilik itu sepi tanpa suara, Nadhirah akhirnya bersuara. Aku tersentak. Jadi, bukan salah Muiz? Dia tak tahu apa-apa? Aku cuba mengawal intonasi suaraku.
“Oh okey. Tak apa.” Aku mengukir senyuman. Dalam hati hanya Allah yang tahu betapa sakitnya hati.  Betul ke dia tiada nombor Muiz sedangkan mereka satu kelab dan sering hiking bersama-sama? Dan bukankah Atiqah ada nombor Muiz? Takkan dia tak boleh minta dengan Atiqah, teman sebiliknya?
Aku meraup muka beberapa kali. Cuba meredakan marah yang sedang menyala. Aku memandang handphone yang masih tidakku usik selepas menghantar mesej memberitahu Muiz bahawa aku menunggunya di stesen bas kepadanya. Handphone itu aku capai. Ternyata ada mesej balas dari Muiz.
- Hah?? Sy xtau pun. Dh tu, awk dah sampai kolej ke ni?
Aku tahan airmata agar tidak mengalir. Maafkan saya, Iz. Saya dah berburuk sangka dengan awak.
+ Nadhirah tak bagitahu awk. Dia kata dia xde nombor awk. Xkan tak boleh minta dgn Tqah. :’(
- Maybe dia tak ingat nak gtaw. Awk, tenangkan fikiran dulu. Insya-Allah, ada hikmahnya apa yg jadi.
Aku biarkan mesejnya tanpa balasan. Sakitnya hati hanya Allah yang tahu. Dia tak rasa. Dia tak tahu aku menunggunya selama 4 jam. Dia sangat positif orangnya dan kerana positifnya dia itu kadang kala membuatkan aku geram padanya.
***
Peperiksaan akhir akan berakhir tak lama lagi dan aku bakal meninggalkan bumi Chendering. Bumi yang hampir tiga tahun menjadi tempat aku menuntut ilmu. Terima kasih, Allah. Terima kasih, lecterur. Terima kasih, sahabat-sahabat. Terima kasih semuanya.
Buku dah kemas. Baju pun dah taruk dalam beg. Bilik yang aku kongsi bersama junior kesayanganku itu, aku pandang sepi. Rasa syahdu mahu meninggalkan bilik yang banyak meninggalkan memori buatku. Allah, jagakan mereka untukku. ‘Aqilah ‘Aini, Syahira dan Atikah, saya sayang awak semua kerana Allah!
“Rin, dah siap?” Wajah Humaira’ terjengul disebalik pintu bilikku. Aku mengukir senyuman lantas mengangguk.
“Jangan lupa kalkulator tu,” pesan Humaira’. Aku pandang kalkulator yang berada di atas meja itu. Kenangan Muiz. Ah, perlukah diingat lagi pada lelaki itu?
“Nak tinggal boleh?” Aku menyoal.
“Tak sayang?” Soalan berbalas soalan.
“Sayang.”
“Dah tu?”
Aku mengalah. Kalkulator itu dicapai. Aku genggam seerat mungkin. Akan adakah jodoh antara kita, Muiz? Tanpa pamitan, airmataku mengalir. Humaira’ meninggalkan aku untuk memberi ruang aku bersendirian sebelum kami berangkat ke destinasi kami. Allah, hanya pada-Mu aku sandarkan rasa hatiku.

Pasti Al-Busyra. Di sini aku lebih banyak mengajar diri untuk melupakan dia. Di sini aku lebih banyak menyakinkan hati bahawa cinta tidak semestinya untuk dimiliki. Aku pegang pada kata-kata, jika benar mahukan dia, doakan agar Allah memberikan apa yang diingini. Yakin pada janji Allah.
“Arif, awak buat apa tu?” soalku kepada seorang kanak-kanak yang paling nakal di Pasti itu.
“Tak ada buat apa-apa,” balasnya seraya tersengih. Aku turut tersenyum. Wajahnya nampak kelakar dengan gigi hadapannya yang masih tidak tumbuh.
“Ikut kakak nak?”
“Pergi mana?” soalnya dengan kerutan di dahi.
“Pergi makan,” ajakku dengan lembut. Dia menggeleng pantas.
“Dah kenyang,” jawabnya. Aku renung mata dia. Subhanallah! Sangat cantik! Matanya yang berwarna coklat cair itu benar-benar menarik hatiku. Moga anakku nanti juga begini. Cantik di luar dan dalam.
“Hoi, berangan!” Jerkah Humaira’. Tersentak aku dibuatnya. Mata melilau mencari Arif.
“Eh, Arif mana?”
“Dah balik,” jawab Humaira’. Dia menyuakan makanan ke arahku.
“Banyaknya!”
“Nak bagi awak gemuk!” Aku tertawa.
“Jahat!” Kami sama-sama menikmati hidangan tengahari itu. Selepas ini kami akan menyambung kerja kami yang menjadi sukarelawan di pusat kanak-kanak itu.

“Kalau saya nak pinang dia, boleh tak?” Aku menyoal Humaira’. Gadis itu memandangku dengan senyuman. Pantas dia mengangguk setuju. Adeh, semua yang melibatkan Muiz, pastinya dia akan bersetuju.
“Saya jadi orang tengah nak?” dia menawarkan diri. Aku tergelak. Amboi, lebih sudu dari kuah nampak!
“Mana-mana pun boleh. Nanti saya rangka ayat,” ujarku. Tanganku pantas menaip ayat untuk dihantar kepada Muiz. Hailah, betul ke tidak aku ni nak meminang anak teruna orang?
“Nah, hantarlah,” aku berikan handphoneku kepada Humaira’. Dengan senang hatinya dia menekan butang send.
“Kalau dia tolak macam mana?” Aku menyoal penuh ragu.
“Dia yang rugi,” balas Humaira’ dengan nada bergurau. Aku mengetap bibir. Bimbang akan penerimaan Muiz terhadap pinanganku.
“Allah dah aturkan segalanya untuk kita. Jangan bimbang. Kalau bukan Muiz, pasti ada yang lebih baik darinya,” ujar Humaira’ menenangkan hatiku sedikit.
“Doa banyak-banyak,” sambungnya lagi. Aku angguk persis anak murid menurut arahan cikgunya.
Berjam-jam juga aku menunggu balasan dari Muiz. Akhirnya penantianku terjawab. Terketar-ketar aku membuka mesej untuk membaca mesej balasan dari Muiz. Humaira’ dah pesan awal-awal padaku. Jika Muiz menolak, katakan padanya bahawa itu adalah mesej darinya yang mahu mengenakan aku.
- Salam. Rin, mesej tu serius ke bergurau? Maaf bertanya.
Aku telan air liur. Nak jawab apa ni?
+ Mesej mana?
- Mesej awak petang tadi.
Aku menggaru kepala. Mesej Muiz itu aku tunjuk kepada Humaira’.
“Bagitahu dia yang saya hantar mesej tu,” ujar Humaira’.
+ Humaira’ kot.
- Owh. Terkelu sebab pasal peminangan. J
+ Kalau sy yang hantar?
- Keliru nak jawab.
Aku mengerutkan dahi. Keliru?
+ Kenapa keliru?
- Tak tahu nak cakap macam mana. L
+ Awk tak ada perasaan yg sama mcm sy? Atau awk suka pada org lain?
- Sy xterfikir lagi dan xbuat keputusan lagi pasal ni.
Aku mengenggam erat handphoneku. Aku mesti memberitahu apa sebenarnya yang aku inginkan. Biar dia berfikir sendiri.
+ Muiz, sy yakin awk dah tahu perasaan sy pada awk. Apa yang sy lakukan ini bukan kerana kepentingan sendiri tapi sy buat dengan niat yg suci. Jika awk terima, sy akan tunggu awk. Tak kisah berapa tahun pun sy perlu tunggu. Keputusan terletak pada tangan awk.

Sehingga ke saat ini aku masih menungu jawapan darinya namun Muiz hanya diam membisu. Menggantung harapanku tanpa memutuskan apa-apa. Jika dia menolak, katakan sahaja. Aku akan terima dengan redha. Perlukah aku menunggu jawapannya lagi atau perlu katakan kepada ayahku bahawa orang pertama yang meminangku akan aku jadikan dia sebagai suamiku?
Buat Muiz Hadi, ketahuilah bahawa saya tidak pernah jemu menunggu awak. Jika terdetik dihati awak tentang saya, hubungi saya. Berikan saya jawapannya. Untuk kesekian kalinya, terima kasih atas segalanya. Terima kasih kerana menjadi pelangi did alam hidup saya.

Haram-haramkah aku
Bila hatiku jatuh cinta
Tuhan pegangi hatiku
Biar aku tak jadi melanggar
Aku cinta pada dirinya
Cinta pada pandang pertama
Sifat manusia ada padaku
Aku bukan Tuhan

Haram-haramkah aku
Bila aku terus menantinya
Biar waktu berakhir
Bumi dan langit berantakan

Aku tetap ingin dirinya
Tak mungkin aku berdusta
Hanya Tuhan yang bisa jadikan
Yang tak mungkin menjadi mungkin

Aku hanya ingin cinta yang halal
Di mata dunia juga akhirat
Biar aku sepi aku hampa aku basi
Tuhan sayang aku
Aku hanya ingin cinta yang halal
Dengan dia tentu atas ijinNya
Ketika cinta bertasbih
Tuhan beri aku cinta
Ku menanti cinta
(Haramkah – Melly)

*  Ni cerpen biasa sahaja. Ada sedikit kaitan dengan hidup saya. Tak menarik pun tapi saya mahu mencipta satu kenangan agar kenangan lama itu dapat saya lupakan... Or should I hantuk kepala kasi hilang ingatan? :) 




1 comment:

  1. Mgm casino - Mapyro
    Looking for Mgm casino - Find Casinos Near Me 속초 출장샵 in Maricopa, Arizona near 정읍 출장마사지 Maricopa, 나주 출장마사지 United States 안성 출장안마 - Mapyro is the best place to stay and play in Maricopa, 광양 출장샵 AZ, United States.

    ReplyDelete