Friday 27 April 2012

Takdir Buat Kita [JIUK] Bab 10



Aimuni tersenyum memandang lelaki disebelahnya itu. Saat itu perasaannya begitu bahagia. Terasa dunia ini adalah miliknya. Dia hanya ingin hidupnya bahagia bersama lelaki itu. Lelaki yang baru sahaja menjadi miliknya. Namun tawanya mati. Suasana bahagia tadi hilang. Dihadapannya kini bukan lagi lelaki itu tetapi hanya sekujur tubuh yang diselimutkan dengan kain putih. Terdapat tompok-tompok merah dikain itu. Hati Aimuni berdetak laju.
Langkah Aimuni diatur menuju ke arah tubuh yang berselimut kain putih itu. Keinginannya membuak-buak untuk mengetahui pemilik tubuh kaku itu. Biarpun lutut menggigil, langkahnya tetap diteruskan. Terasa perjalanannya sangat jauh untuk dia sampai di sisi tubuh yang sudah tidak bernyawa itu. Gadis itu terduduk melutut disisi tubuh itu. Tangannya terketar-ketar untuk membuka penutup wajah yang menyelubungi wajah tubuh kaku itu. Kain itu ditarik perlahan-lahan.
Gadis itu kaku disitu. Wajahnya pucat tidak berdarah. Fikirannya kacau. Wajah yang terbentang dihadapannya itu seakan-akan menarik jantungnya keluar daripada dada. Nafas terasa sukar untuk dihela. Aimuni memandang tubuhnya sendiri yang terbaring kaku itu. Airmatanya perlahan-lahan mengalir. Apakah makna disebalik semua ini, ya Allah?
“Kyra…” Suara itu mengejutkan Aimuni dari lena. Badannya terasa sengal-sengal kerana meringkuk di atas kerusi. Badannya diluruskan. Airmata yang mengalir diseka. Ah, aku mimpi rupanya!
“Untunglah orang tu boleh tidur,” sindir Ariel dengan senyum sinis. Aimuni menjeling tajam. Ruang tamu apartment Adib itu dipandang dengan perasaan kagum.
“Kau dah siapkan semua ke?” Soal Aimuni seraya mengekori gerak langkah Ariel yang berjalan menuju kea rah sofa dihadapan televisyen dan duduk bersandar disitu. Wajahnya kelihatan begitu letih.
“Yelah. Nak harapkan awak siapkan, esok pun belum tentu siap. Tidur saja kerjanya,” bidas Ariel lagi. Peluh yang masih terasa bersisa di dahi di seka dengan lengan baju. Aimuni mencebik.
“Eleh, bersihkan ruang tamu saja pun bukan bersihkan satu apartment ni. Aku pun letih jugak bersihkan bilik-bilik tu tapi aku tak merungut pun,” ujar Aimuni dengan nada tidak berpuas hati apabila Ariel memberi komen negatif.
“Ruang tamu dengan bilik-bilik tu yang mana lagi luas?” Soal Ariel tidak mahu mengalah. Wajah merah padam isterinya ditatap sepuas-puas hati. Kyra, masih ada lagikah rasa cinta awak pada saya?
At least, aku ada jugak tolong kau bersihkan ruang tamu ni tadi tapi kau langsung tak tolong aku bersihkan bilik-bilik tu,” balas Aimuni mempertahankan dirinya. Bukan satu bilik je dia bersihkan tapi tiga bilik. Itu pun tanpa pertolongan Ariel kerana Ariel sibuk membersihkan ruang tamu dan dapur.
“Ala, kalau setakat tolong seminit dua baik tak payah mention. Awak tidur lagi lama dari tolong saya bersihkan rumah ni,” Arie masih tidak mahu mengalah biarpun tadi dia bersimpati memandang Aimuni yang tertidur di atas kerusi. Gadis itu nampak begitu letih. Apa tidaknya, gadis itu mula berkemas selepas Subuh tadi dan hampir masuk ke waktu Zohor barulah semuanya siap. Itu pun berselang seli dengan perangai tak senonoh Ariel yang selalu membantutkan kerja Aimuni.
“Dahlah. Aku malas nak bergaduh dengan kau. Aku nak pergi mandi,” ujar Aimuni mengalah. Dia bangun berdiri membetulkan segala tulang temulang.
“Nak ikut.” Aimuni melipat maut memandang Ariel yang sudah tersengih nakal.
“Nak ikut pergi mana?” Soal Aimuni dengan riak curiga.
“Ikut awak mandi.”
“Gila!”
“Ala, bolehlah. Saya temankan awak mandi je tapi saya tak kacau awak,” pinta Ariel. Wajahnya nampak begitu comel apabila membuat wajah meminta simpati seperti itu.
“Jangan nak mengarut!” Marah Aimuni. Dia segera berlari masuk ke bilik dan sepantas kilat mengunci pintu bilik itu. Ariel memang gila!
Ariel sudah berdekah-dekah ketawa melihat aksi spontan Aimuni. Isterinya itu begitu takutkan dirinya. Dia berjalan merapati pintu bilik tetamu itu. Dilekapkan badannya di situ. Aimuni disebelah dalam meletakkan tangannya di dada. Ah, perasaan itu datang balik!
“Kyra, mandi cepat sikit tau. Nanti solat jemaah,” ujar Ariel dengan nada antara dengar dan tidak. Aimuni mengerutkan dahinya. Apa yang mamat tu cakap pulak ni? Aimuni yang menyangka Ariel masih diruang tamu segera membuka kunci pintu untuk bertanya Ariel apa yang lelaki itu katakana tadi.
Sebaik sahaja daun pintu dilebarkan, Aimuni terkejut yang teramat apabila melihat senyuman manis Ariel. Lelaki itu berdiri sambil berpeluk tubuh. Dia melangkah setapak ke dalam bilik untuk menghalang Aimuni daripada menutup pintu bilik itu.
“Kau.. Kau kenapa ni?” Soal Aimuni tergagap-gagap. Rasa takut menyelubungi Aimuni. Hampir empat hari berada bersama lelaki itu dan melakukan semua kerja bersama-sama membuatkan gadis itu sedikit sebanyak semakin memahami perangai nakal Ariel.
“Saya nak temankan awak mandi,” jawab Ariel dengan senyuman nakalnya. Adui, tolong jangan senyum macam tu la mamat psycho! Aimuni sudah hilang rentak nafasnya.
“Tak perlu. Aku boleh mandi sendiri,” tolak Aimuni dengan nada mendatar. Lelaki ini bukan jenis lelaki yang mudah mengalah lebih-lebih lagi jika permintaannya di tolak.
“Awak tu kalau mandi adalah dekat dua jam memerap dalam bilik air tu. Zohor dah nak masuk ni. Nanti lewat pulak kita nak solat,” ujar Ariel dengan wajah mengada. Aimuni sudah menelan air liurnya yang terasa berpasir.
“Bilik air kat bilik sebelah ni ada. Pergilah mandi kat situ,” balas Aimuni pula. Badannya perlahan-lahan diundur ke belakang. Tudung Arianni yang dibeli oleh Ariel sedikit singkat sehingga menampakkan lekuk tubuhnya yang hanya memakai t-shirt ikut saiz badan dan berkain pelikat. Heh, kain pelikat ni Ariel punya. Kata Ariel, perempuan patut tahu memakai kain batik dan sebagai ganti dia memberi kain pelikatnya untuk dipakai oleh Aimuni bersama tudung singkat dan baju seksi itu. Hanya untuk tatapannya!
“Bosanlah mandi sorang-sorang. Kalau ada yang temankan baru best,” Ariel sudah menapak masuk ke bilik mendekati Aimuni. Matanya meliar memandang tubuh isterinya. Senyuman nakalnya tidak lekang dari menghiasi wajah itu. Aimuni pernah menolak untuk memakai baju itu di hadapannya sampaikan menangis gadis itu kerana tidak mahu namun kedegilan Ariel tidak mampu dilawan Aimuni. Akhirnya gadis itu memakai juga padanan baju dan kain pelikat yang pelik itu.
“Kau jangan nak mengada! Selama ni kau mandi sorang-sorang jugak tapi kau boleh je mandikan even tak best,” Ariel tertawa.
“Saya nak bestlah sebab tu saya nak mandi dengan awak,” Ariel semakin mendekati Aimuni. Gadis itu berundur lagi.
“Kau ni memang psycho!” Tempelak Aimuni geram. Semua yang dilakukan oleh lelaki itu langsung tidak dapat diterima akal oleh Aimuni. Apakah lelaki ini tidak takutkan dosa? Kalau betul-betul nak, pergilah minta dengan abah kenapa perlu nak menculik segala bagai ni?
“Awak, jangan nak menderhaka. Kalau awak bagi saya temankan awak mandi, esok saya hantar awak balik,” ujar Ariel. Aimuni memandang Ariel dengan rasa tidak percaya. Ariel mengangguk menandakan dia betul-betul akan kotakan apa yang dia katakan.
No! You’re not my husband! Kau tak ada hak ke atas aku,” bentak Aimuni kasar. Ariel memaut lengan gadis itu. Tudung yang dipakai gadis itu di buang dari menutupi rambutnya. Airmata Aimuni begitu mudah mengalir. Terasa dirinya begitu hina kerana begitu mudah menyerah kepada Ariel untuk diperlakukan sebegitu rupa.
Really? Are you sure saya tak ada hak? Why not awak balik ke rumah and ask your beloved mother? Dia mesti tahu semuanya,” ujar Ariel geram. Aimuni teresak-esak menahan sakit di lengannya akibat genggaman Ariel.
“Apa maksud kau ni?” Soal Aimuni berlagak kuat sedangkan di dalam hati, kekuatannya sudah hilang entah ke mana. Melihat wajah menyinga Ariel kala itu mengingatkan dia kepada malam pertamanya di apartment ini.
Tanpa mempedulikan soalan Aimuni, lelaki itu mengheret Aimuni masuk ke bilik air. Gadis itu menangis merayu kepada Ariel. Apabila mereka berdua sudah berada di dalam bilik air yang muat-muat untuk mereka berdua itu, Ariel menutup pintu bilik air dan menguncinya. Aimuni sudah meraung melihat tingkah Ariel.
“Syhh… Jangan menangislah. Nanti awak akan tahu semuanya. Awak takkan menangis macam ni dah lepas ni bila awak tahu kebenarannya,” ujar Ariel dengan nada berbisik ditelinga Aimuni. Shower di buka dan membasahi mereka berdua. Tangisan Aimuni tenggelam timbul dengan bunyi air. Lelaki itu menarik Aimuni ke dalam pelukannya. Saya akan lepaskan awak balik Kyra tapi bukan untuk awak pergi tinggalkan saya tapi sebagai permulaan kepada kehidupan kita yang akan datang.
Mereka basah bersama-sama. Ariel melayan perasaan sendiri. Aimuni menangis tanpa henti. Pelukan Ariel terasa kemas di badannya. Dalam rasa takut, terselit rasa dilindungi. Aimuni sendiri tidak pasti apa yang dia rasakan. Apa yang dia pasti, dia mahukan jawapan kepada semua persoalan yang mula singgah di mindanya!
*****
Suhana memandang wajah letih Adib. Sudah empat hari buah hatinya itu tidur di pejabat. Dia sendiri tidak tahu kerana mereka jarang berbicara hal peribadi di pejabat itu. Adib juga masih tidak membuka bicara soal pertanyaan hati lelaki itu di dalam lif tempoh hari. Adib memang seorang lelaki yang berpegang kukuh pada syariat agama.
“Encik okey?” Soal Suhana apabila Adib mula membuka mata. Nampak jelas riak terkejut lelaki itu. Matanya memandang jam di tangan. Belum lagi pukul 9 pagi namun Suhana sudah tercegat di hadapannya.
“Awak dari mana ni?” Soalan berbalas soalan. Suhana tersenyum lantas menghulurkan satu beg plastik kepada Adib. Lelaki itu terpinga-pinga seraya menerima bungkusan itu.
“Saya dari rumah, encik.”
“Kenapa datang awal?”
“Saya memang selalu datang awal,” jawab Suhana biarpun jawapan itu menyimpang dari maksud sebenarnya. Adib tersenyum kelat. Rasa malu menyerbu ke segenap ruang dirinya. Suhana tengok dia tidur!
“Awak selalu datang awal atau awak datang awal semata-mata nak belikan saya breakfast?” Soalan Adib membuatkan Suhana tertunduk malu.
Thanks. Sayang jugak awak pada bakal suami awak ni,” usik Adib lagi. Suhana sudah terasa mukanya terbakar. Ya Allah, malunya!
“Encik pergilah bersiap dulu. Nanti saya buatkan air,” ujar Suhana. Adib mengangguk. Dia bingkas menuju ke bilik air untuk mencuci muka dan menggosok gigi. Subuh tadi dia sudah mandi di masjid berdekatan namun apabila dia masuk ke pajabat dan mengadap segala kerja, badannya mula di rasuk oleh rasa mengantuk.
Suhana menuju ke pantry. Mug putih itu di capai. Mug kegemaran Adib. Hadiah seorang teman istimewa katanya. Suhana tersengih apabila mengingati peristiwa dia melanggar Adib sehingga gelas lelaki itu pecah pada hari pertama dia masuk bekerja. Nasib baiklah Adib tidak memarahinya dan sebagai ganti, dia menghadiahkan mug itu kepada Adib.
“Mug? For what?” soal Adib dengan wajah berkerut. PA barunya itu menunduk.
“Saya dah pecahkan mug encik jadi saya memang patut ganti balik,” jawab Suhana dengan takut-takut. Adib tersenyum manis. Wajah gadis bertudung di hadapannya itu direnung seketika sebelum mengalihkan pandangan ke mug berwarna putih dan bercorak… Ek?
“Elmo?” Wajah Suhana dipandang. Gadis itu panggung kepala melihat Adib.
“Encik Ariel cakap encik suka Elmo jadi saya beli mug ni untuk encik,” ujar Suhana. Adib sudah tertawa besar.
“Encik tak suka ke?” Soal Suhana dengan nada risau. Adib menggeleng.
“Ini kali pertama rahsia yang saya simpan selama saya hidup ni bocor. Ariel ni memang nak kena,” jawab Adib dengan senyuman.
“Maaf, encik. Saya tak tahu.”
“It’s okey. Ni hadiah paling istimewa pernah saya dapat,” ujar Adib dengan senyuman manisnya yang membuatkan Suhana kalut berperang dengan perasaan sendiri.
Tangannya mengacau air susu dengan senyuman bergayut di bibir. Elmo dan Adib. Langung tidak boleh digandingkan bersama! Namun, minat lelaki itu juga kini sudah menjadi minatnya sehinggakan tidurnya ditemani anak patung Elmo. Adib benar-benar menjadi pengaruh paling besar dalam hidupnya tidak seperti teman-teman lelaki yang pernah dikenalinya sebelum ini.
“Su, air susu tu takkan jadi tawar balik kalau awak kacau sampai pagi besok pun,” tegur Adib yang sedang membetulkan tie. Suhana menjadi malu sendiri. Janganlah dia tengok aku senyum sorang-sorang, desis hati gadis itu.
Dia membawa mug berisi air susu itu ke bilik Adib. Lelaki itu mengekori dari belakang. Beberap orang staff sudah ada di ruang pejabat itu. Hati Adib sedikit lega. Dia sebenarnya takut apabila berdua-duaan dengan Suhana. Imannya mampu goyah jika tidak di tahan nafsu sendiri.
“Ini airnya, encik.” Ujar Suhana seraya meletakkan mug itu di atas meja. Adib mengambil tempat duduknya. Tangannya masih ligat membetulkan tie.
“Hari ni awak just arrange temu janji saya sampai tengah hari je. Petang nanti saya ada hal,” kata Adib lantas memandang Suhana yang setia berdiri di hadapannya.
“Baik, encik. Ada apa-apa lagi?”
“Bagitahu family awak, dua minggu dari sekarang tolong get ready. Minggu yang ketiga, saya akan bawak family saya ke rumah awak,” Suhana terkaku. Matanya yang bersinar-sinar itu memandang Adib dengan rasa tidak percaya.
Yes, Cik Suhana Mardina. Just get ready, okay.”
“Err.. Baik, encik.”
“Okey. Done!
“Saya keluar dulu, encik,” ujar Suhana mengawal rasa gembiranya. Jika Adib tiada saat itu, sudah tentunya dia melompat gembira.
“Okey.” Melihat anggukan Adib, Suhana mengatur langkah ke pintu. Tombol pintu di pulas. Senyuman bergayut di bibirnya.
“Su…” Belum sempat daun pintu di tutup, Adib memanggil gadis itu kembali. Suhana menjengulkan wajah di sebalik pintu menanti kata-kata Adib.
“Saya tahu awak happy but make sure awak jangan senyum depan kabinet macam tadi. Saya bukan apa, saya cuma tak nak orang fikir bakal isteri saya ni kena sawan penangan cinta Adib Saufi,” ujar Adib dengan nada mengusik. Wajah Suhana memerah lalu segera dia menutup pintu dan berlalu ke mejanya. Adib nampak? Adib nampak dia senyum masa bancuh air? Waaa… Malunya!!!
p/s : en3 ni xde kena mengena antara yg hidup n yg dh xde,k... enjoy reading!

Takdir Buat Kita [JIUK] Bab 9


Kereta Nissan GTR meluncur laju di atas jalan raya menuju ke Rumah Anak-Anak Yatim Desa Permint. Aimuni yag berada di seat sebelah Ariel diam membatu. Masih terasa malu dan segan apabila mengingati peristiwa yang berlaku di ruang tamu rumah Adib. Ariel pula memandu keretanya dengan tenang. Dia begitu leka mendengar lagu Kisah Hati yang dinyanyikan oleh Alyah. Aimuni di seat sebelah langsung tidak dipandang. Fokusnya terarah ke jalan raya.
Hatiku hatimu menjadi satu cinta
 Ku rasa hadirmu menyempurnakan aku

Kehadiran Aimuni di dalam hidupnya melengkapkan kekurangan dirinya. Bukankah setiap pasangan itu saling lengkap melengkapi? Bersama Aimuni seakan memberi kehidupan baru yang berbeza kepadanya. Gadis itu banyak mengajarnya mengenai kehidupan yang selama ini di ambil remeh olehnya. Bak kata Aimuni, Ariel anak orang kaya yang tidak pernah merasa susah dan kerana itulah dia tiada pengalaman hidup sebenar.

 Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Sungguhlah dia pernah merasa cinta antaranya dan Aimuni akan terkubur begitu sahaja saat menerima berita bahawa isterinya itu hilang dan tidak dapat ditemui. Namun, kenangan bersama Aimuni membangkitkan semangatnya. Dia tidak sanggup kehilangan isteri yang baru sahaja beberapa jam dinikahinya itu.
Siaran radio segera ditukar. Dia tidak mahu mendengar dengan lebih lama lagu itu. Aimuni sudah memandangnya dengan pandangan pelik namun tidak diedahkan oleh Ariel. Suara DJ radio Terengganu FM kedengaran ramah membicarakan soal Tanya Pada Hati.
“Jodoh itu adalah ketentuan Allah. Seperti kata Ashadi Zain, walau digenggam kuat, andai ia bukan milik kita ia terlepas jua. Walau ditolak ke tepi, andai ia untuk kita ia mendatang jua. Itulah namanya jodoh. Wallahua’lam. Jom kita sama-sama layan lagu Kisah Hati daripada Alyah. Semoga petang  anda terus ceria dan…”
Bicara DJ Aisya mati apabila Ariel mematikan terus siaran radio itu. Apa kes asyik keluar lagu sama je? Ingat telinga aku ni tak cair ke? Mulut Ariel terkumat kamit sendirian memprotes apa yang menjadi ketidakpuasan hatinya.
“Kau ni kenapa? Dah sawan ke?” Soal Aimuni seraya berpaling memandang Ariel.
“Jangan sibuk.” Ujar Ariel. Moodnya sudah hilang untuk melayan Aimuni kala itu. Aimuni pula mencebik tanpa kata. Mamat ni memang dah puas hidup agaknya. Aku sekeh jugak mamat ni karang lepas tu campak masuk dalam laut tu laju-laju bagi kat ikan jaws!
“Kau ni tak ada rumah sendiri ke?” Soal Aimuni tiba-tiba. Ariel berpaling maut memandang Aimuni seketika sebelum pandangannya di alih ke jalan raya kembali.
“Kenapa awak tanya macam tu?” Soal Ariel.
“Yelah, apartment tu bukan apartment kau kan? Apartment kawan kau yang bersama kau masa kita jumpa kali pertama kat hospital dulu,” jawab Aimuni. Pandangan gadis itu ditala ke luar tingkap.
“A’ah. Dia punya. Saya mana ada rumah sendiri.”
“Kau tak kerja ke?” Soal Aimuni lagi. Dia memandang Ariel kembali. Merenung wajah lelaki itu yang berjanggut sedikit dan bercermin mata tanpa bingkai. Mamat psycho yang rabun!
“Saya tanam anggur kat belakang rumah mama.”
Aimuni mengerutkan dahi. Tanam anggur? Menganggur ke mamat ni? Aish… Patut pun tak sibuk macam orang lain! Not my type!
“Kenapa pandang saya macam tu? Not your type erk?” Soalan Ariel mengejutkan Aimuni. Macam mana dia tahu?
No comment.”
“Awak nak ada rumah sendiri ke? Nanti saya hadiahkan untuk awak okey. Rumah kita.” Aimuni mencebik. Kerja pun tak ada, nak bagi rumah kat aku pulak. Macamlah dia tu kaya!
“Aku boleh beli sendiri rumah aku. Tak perlu kau susah-susah belikan untuk aku and one more thing, rumah masing-masing okey bukan rumah kita!” Tegas Aimuni. Terasa sedikit ketenangannya tergugat saat mendengar Ariel mengatakan ‘rumah kita’.
“Awak ni suka cari gaduh dengan saya. Dari dulu sampai sekarang tak habis-habis dengan perangai suka cari kesalahan saya,” rungut Ariel.
Aimuni pula terdiam. Dulu? Aku suka gaduh dengan mamat ni ke? Pandangannya dilontar ke luar tingkap kereta. Wajahnya yang sedikit mendung berubah tiba-tiba menjadi ceria apabila kereta Ariel membelok masuk ke perkarangan rumah anak-anak yatim. Terasa dia kembali ke sebuah tempat yang sering dirinduinya. Terasa tempat itu begitu dekat dihatinya.
Gadis itu segera keluar daripada perut kereta sebaik sahaja kereta diparking di depan bangunan berwarna hijau dan agak lama itu. Matanya meliar ke kawasan sekitar. Ariel yang sudah tercegat berdiri disebelah langsung tidak diendah sehinggalah lelaki itu menarik manja hidungnya. Terjerit kecil Aimuni.
“Apa ni?” Soal Aimuni dengan wajah tidak berpuas hati. Ariel tersengih nakal.
“Awak comel.” Aimuni mencebik mendengar pujian Ariel. Badannya dijarakkan sedikit daripada lelaki itu. Haruman minyak wangi Ralph Lauren Blue yang dipakai lelaki itu sedikit menggugat hatinya.
“Jom masuk,” ajak Ariel lantas menarik tangan Aimuni dan digenggamnya erat. Terkial-kial gadis itu menurut langkah Ariel. Hampir sahaja dia terpijak kain sendiri.
“Weh, slow sikit tak boleh ke? Kalau kau nak jalan laju-laju, tolong lepaskan tangan aku,” ujar Aimuni geram. Langkah Ariel terhenti dihadapan pintu masuk kebangunan yang tertera nama rumah anak-anak yatim itu. Dia memandang Aimuni. Senyuman terukir diwajahnya.
“Jadi awak tak kisahlah saya pegang tangan awak asalkan saya jalan slow?” Soal Ariel dengan nada mengusik. Aimuni memandang Ariel tajam.
“Kalau aku marah pun bukan kau dengar. Kau tu bukan faham tentang halal haram!” bidas Aimuni kasar seraya merentap tangannya namun genggaman tangan Ariel semakin erat. Wajah lelaki itu sedikit berubah apabila dituduh begitu. Mahu sahaja dia berkata bahawa jika Aimuni bukan isterinya, dia pun tidak teringin mahu memegang tangan itu.
“Dah. Jangan nak banyak cakap. Saya kiss awak kat sini nanti,” ugut Ariel lantas menarik tangan Aimuni untuk masuk ke dalam bangunan itu. Gadis itu menurut. Bimbang jika Ariel melakukan perkara yang diugutnya kerana dia sedikit-sedikit sudah memahami perangai lelaki itu. Jika itu yang dikata olehnya,itulah yang akan dilakukannya. Lelaki itu memang tidak makan saman!
*****
Aimuni tergamam. Permintaan kanak-kanak riang yang mahu bergambar bersama-samanya tidak mendatangkan masalah namun jika bergambar bersama dengan Ariel memang menjadi masalah besar. Apatah lagi melihat wajah gatal lelaki itu yang sudah tersengih-sengih bagai kerang busuk. Mahu sahaja Aimuni melempar tepung pada wajah itu.
“Kalau ambil dengan abang Ariel je tak boleh ke?” Soal Aimuni. Seorang gadis kecil yang bernama Adawiyah mula memuncung.
“Tak nak! Awiya nak abang dengan kakak,” ujar gadis berusia 6 tahun itu. Kanak-kanak yang lain menyokong. Aimuni pening kepala. Jika mereka semua ini sudah matang, tidak perlulah rasanya dia menurut kerana budak yang sudah matang pastinya boleh meneka bahawa dia tidak sukakan Ariel!
“Okey. Kita ambil gambar sekali dengan kakak,” putus Ariel tanpa bertanya Aimuni. Terbeliak gadis itu memandang Ariel yang sedang meriba Risya.
“Jom, sayang.” Ajak Ariel namun Aimuni membatu di atas kerusi yang tersedia di dalam bilik darjah sederhana besar itu.
“Tak nak!” Balas Aimuni. Handphone Ariel yang sudah dipasang kamera itu bagai menarik-narik kembali ingatan Aimuni terhadap peristiwa sewaktu lelaki itu.. Argh! Dia tidak sanggup jika peristiwa itu berulang kembali! Kasihan pada bakal suaminya nanti. Awak, walau dimana awak berada dan siapa pun awak, ketahuiah bahawa lelaki ini yang memaksa saya! Dia lelaki psycho!
Ariel meletakkan Risya di atas kerusi dan mendapatkan Aimuni. Sebaik sahaja tiba dihadapan gadis itu, dia melutut menjadikan paras mata mereka setentang. Aimuni dapat merasakan debaran didadanya apatah lagi apabila dia gagal menentang panahan mata Ariel.
“Kesian kat budak-budak tu. Jomlah,” pujuk Ariel. Tangan Aimuni yang berada di atas peha gadis itu digenggam erat. Kanak-kanak riang mula bersorak gembira melihat kemesraan abang dan kakak mereka.
“Kau sajalah yang bergambar. Aku tak nak.”
“Awak jangan degil macam ni boleh tak? Kasihan kat mereka. Kita dah lama tak datang jenguk ke sini. Awak tengok Risya. Dulu dia paling rapat dengan awak tapi sekarang, dia langsung tak nak pandang awak. Kenapa? Sebab awak dah tak mesra macam dulu!” Aimuni menunduk mendengar kata-kata Ariel. Betul kata lelaki itu. Risya memang tidak mahu memandangnya sejak dari mula dia masuk ke kelas itu untuk bertemu mereka.
“Aku cakap aku tak nak, maknanya memang aku tak naklah!” Ujar Aimuni tegas. Dia tidak mahu beralah. Bukan niatnya mahu mengabaikan perasaan kanak-kanak itu tapi dia tidak mahu kerana pujukan dan kata-kata Ariel membuatkan dia setuju.
“Aimuni Syakirah, awak nak dengar cakap saya atau awak nak saya bagi baby free kat awak sekarang ni jugak? Awak nampak bilik kerja Cik Nabila kat sebelah ni? Karang saya angkut awak pergi sana,” ugut Ariel. Tangan Aimuni dielus lembut. Nadanya kedengaran perlahan namun tegas. Aimuni sudah kecut perut. Segera dia bersetuju. Ariel tersenyum menang.
Mereka bergambar bersama-sama namun kebanyakan gambar adalah gambar Ariel bersama Aimuni. Lelaki itu tersenyum ceria disamping Aimuni yang bagaikan anak patung. Tanpa senyuman dia berdiri disebelah Ariel dan Adawiyah begitu teruja mengambil gambar mereka berdua.
“Dahlah, Awiyah. Banyak dah gambar tu. Nanti penuh satu memori handphone tu dengan gambar kami,” ujar Aimuni setelah penat berdiri mengambil gambar dalam pelbagai posisi.
One more, kakak. Kali ni yang lagi sweet, okey,” sampuk satu suara dari luar kelas. Tersengih Nida dan Aida di luar kelas. Ariel melambaikan tangan ke arah mereka berdua.
Sweet?” Aimuni sudah runsing. Ariel tersengih. Dia faham benar kenakalan adik-adiknya itu. Mereka pantang melihat Aimuni diganding bersamanya, mulalah dia mengusik. Jika dulu mereka hanya boleh mengusik biasa-biasa sahaja kerana ikatan antara Aimuni dan Ariel masih tidak terikat namun kini semua itu sudah berubah. Ariel dapat meneka niat nakal mereka berdua.
“Nida dan Aida dari mana ni?” Soal Ariel.
“Kami baru balik dari pasar,” jawab Nida dengan senyuaman manis. Kedua-dua gadis yang berusia 20 tahun itu sekarang sedang bercuti dan menolong menjadi tenaga pengajar ditempat mereka membesar itu.
“Awiyah, meh akak ambilkan gambar Kak Ai dengan Abang Ariel,” ujar Aida seraya mencapai handphone Ariel dari tangan Adawiyah.
“Kak, cepatlah,” gesa Aida apabila melihat Aimuni tercegat keras disamping Ariel.
“Malu ke, kak? Takkan dengan kami pun malu?” Usik Nida pula. Wajah Aimuni memerah. Terasa tangan Ariel melingkar dipinggangnya. Badannya secara automatik menjadi keras. Dagu lelaki itu di sandar pada bahu isterinya. Sebelah tangan lagi dilingkarkan pada leher gadis itu.
Perfect!” Jerit Aida dengan senyuman. Aimuni hanya diam.
“Akak, senyumlah.” Tegur Nida apabila melihat Aimuni masam mencuka.
“Senyum, sayang. Awak jangan nak malukan saya,” ujar Ariel dengan nada berbisik. Dada Aimuni semakin laju berdegup. Jaraknya dengan Ariel kala itu membuatkannya hampir pengsan. Sedaya mungkin dia mengukir senyuman.
Done!” Ujar Aida. Handphone itu di hulur kembali kepada Ariel. Tersengih lelaki itu melihat gambar manis mereka berdua.
“Okey, both of you ikut abang kejap. Ada hal yang abang nak settle,” arah Ariel apabila melihat Nida mahu menyapa Aimuni. Dia perlu memberitahu kedua-dua gadis itu sebelum mereka memberitahu Aimuni.
“Alah, kacaulah abang ni,” rungut Nida lantas mengikut langkah Ariel keluar dari kelas itu. Aida di belakang turut mengekori mereka selepas menghantar senyuman ikhlas buat Aimuni.
Aimuni merasa dadanya. Degupan jantungnya masih tidak stabil. Apa kena dengan aku ni? Takkanlah aku dah jatuh cinta dengan mamat psycho tu? Dia menyentuh tudung yang membaluti leher jinjangnya itu. Masih terasa lengan Ariel yang melingkar di situ. Ah, aku dah jadi psycho macam mamat tu jugak ke? Ibu, tolong Ai.
Rasa menyesal menyelinap ke segenap ruang hatinya kerana tidak menghafal nombor ibunya. Kalau tidak sudah tentu dia boleh menghubungi wanita itu dan meminta wanita itu menjemputnya. Tidakkah ibu risau tentang aku? Adakah segalanya sudah dirancang rapi oleh Ariel sehingga ibu langsung tidak mengesyaki lelaki itu telah menculik aku? Ya Allah, hanya pada-Mu tempatku bergantung!
p/s : sorry sbb lmbt update... hehe... lega lps dpt result! alhamdulillah! n segala nme tempt yg ada dlm ni just abaikn erk sbb sy pakai main rembat. nti akan diubah balik... juz nme tmpt je ubah, yg lain still sme kot... hikhikhik...

Monday 23 April 2012

Takdir Buat Kita [JIUK] Bab 8



Ariel termenung diruang tamu sementara menunggu Aimuni bersiap. Pagi tadi selepas sarapan, dia sempat keluar untuk membeli baju dan tudung buat isterinya itu. Dia sekadar agak sahaja saiz isterinya itu. Harapnya padanlah. Jangan sampai jadi seperti sesetengah gadis sekarang yang pakai baju seperti pembalut nangka tu. Semua benda nampak macam nak tayang kat semua orang yang dia seorang saja ada body cantik. Kalau dia saja yang dapat saham dosa tak apa, tapi ini dengan orang lain sekali dapat.
Teringat pertemuan pertamanya dengan Aimuni. Gadis itu begitu garang dengannya. Itu kali pertama dia berjumpa dengan gadis yang degil dan bermulut laser. Selalaunya Ariel saja yang terkena setiap kali Ariel mahu membidas gadis itu.
Aimuni melangkah pantas menuju ke Dewan Utama. Jam ditangan dikerling sekilas. Alamak! Aku dah lewat ni. Langkahnya semakin dilajukan. Harap-harap Nurul ada simpankan seat untuk aku. Gadis itu membetulkan beg sandangnya yang hampir melurut jatuh ke bawah. Peluh yang merintik di kesat dengan lengan baju kurungnya. Sorry la kawan, aku bukan jenis yang suka bawa tisu.
“Ai…” Satu suara melaungkan namanya. Langkah gadis itu terhenti secara automatik. Student yang turut menghala ke arah yang sama mengerling Aimuni sekilas sebelum berlalu ke dewan. Aimuni pula mengecilkan matanya memandang seorang gadis yang sedang berlari anak ke arahnya.
“Ai, nak ke dewan ke?” Soal gadis itu setelah berada dihadapan Aimuni.
“A’ah. Husna nak join sekali ke?” Gadis yang dipanggil Husna itu mengangguk dengan nafas yang masih tidak teratur.
“Boleh jugak. Kelas Husna pun dah habis,” jawab Husna. Mereka mula melangkah beriringan ke dewan. Pintu Dewan Utama yang penuh sesak dengan student hanya dapat dipandang dengan riak risau oleh Aimuni. Risau sekiranya tiada seat untuknya. Segera handphonenya dikeluarkan daripada beg sandang. Nombor Nurul didail. Beberapa kali mencuba barulah Nurul mengangkat handphonenya.
“Oit, kau kat mana?” Soal Nurul tanpa memberi salam terlebih dahulu.
“Assalamualaikum, sahabat. Aku kat luar ni. Ramailah student kat depan pintu ni,” ujar Aimuni. Bunyi riuh di dalam dewan sedikit menganggu perbualan mereka.
“Wa’alaikumsalam. Kau pergi tengok pintu belakang,” usul Nurul.
“Okey. See you there, girl,” balas Aimuni seraya menamatkan perbualannya. Tangan Husna ditarik ke belakang dewan. Terbeliak matanya melihat keramaian student di situ.
“Ramainya, Ai. Kita nak masuk macam mana ni?” Soal Husna dengan wajah berkerut melihat barisan yang panjang itu. Kalau macam nilah, belum sempat mereka masuk ke dalam, program tu dah berakhir.
“Jom cari inisiatif lain,” ajak Aimuni seraya menarik tangan gadis itu menuju ke arah pintu yang dijaga oleh seorang lelaki.
“Awak, kenapa tutup pintu ni?” Soal Aimuni pelik. Semua pintu dibuka kecuali pintu yang satu ini.
“Pintu ni just untuk para jemputan je,” jawab Ariel dengan wajah tidak beriak. Aimuni mengeluh hampa. Dipandang Husna disebelahnya. Tiba-tiba idea nakalnya datang.
“Kami nak tumpang masuk tak boleh ke?” Soal Aimuni kembali.
“Tak bolehlah. Awak tu bukan tetamu jemputan pun. Tak layak masuk ikut pintu ni.” Ujar Ariel tegas. Aimuni mengetap bibir. Aku tanya elok-elok, kau main kasar-kasar pulak ye.
“Cakap baik-baik la, saudara. Macam mana saudara tahu kami tak layak? Saudara bukan siapa-siapa nak judge kami. Depan Tuhan level kita ni sama je,” balas Aimuni. Matanya mencerlung tajam ke arah lelaki itu.
“Itu depan Tuhan. Ini depan aku,” kata-kata Ariel benar-benar mencabar kesabaran Aimuni. Beg sandangnya diberikan kepada Husna.
“Husna pegang jap. Ai nak settle masalah dengan mamat gila ni,” ujar Aimuni. Beg sandangnya betukar tangan. Husna sudah gelisah. Aimuni ni bukan boleh dilayan sangat.
“Weh saudara. Awak nak bagi kami masuk atau awak nak makan penampar free?” Soal Aimuni dengan berani. Ariel sudah terlopong. Amboi, ganas betul perempuan ni!
“No! Saya cuma menjalankan tugas saya!”
“Saya bagi peluang last. Bagi kami masuk or penampar free?”
“Aku cakap tak boleh, tak bolehlah!”
“Fine!” Muka Aimuni memerah. Ariel bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan. Gadis dihadapannya saat itu memang biadap! Mungkin budak baru kot sebab tu dia tak kenal aku siapa, desis hati Ariel.
“Kawan-kawan, pintu sini free. Jom masuk!” Jerit Aimuni ke arah student yang sedang beratur panjang. Apabila mendengar teriakan Aimuni, bergegas mereka meluru ke arah pintu yang dijaga oleh Ariel itu. Ariel sudah terlopong. Dia nanar sebentar.
Aimuni menarik tangan Husna untuk turut sama melepasi pintu bersama-sama pelajar lain. Sewaktu beselisih dengan Ariel, Aimuni berhenti seketika. Dia menghulurkan senyuman sinis buat lelaki yang menjelekkannya itu.
“Macam mana? Dah dapat tamparan hebat? Jangan berlagak sangatlah kalau setakat sandang jawatan sebagai YDP MPP (Majlis Perwakilan Pelajar). Jawatan tu bukan apa-apa pun pada mata saya. Have a nice day, SENIOR!” Ujar Aimuni selamba dengan menekan perkataan senior. Ternyata Ariel terkejut mendengar kata-kata itu. Dia tahu aku senior dia tapi kenapa dia berani marah-marah aku?
Kelibat Aimuni menghilang dari pandangan mata. Ariel masih berdiri disitu tanpa ada usaha untuk menghalang pelajar lain daripada memasuki dewan menerusi pintu itu. Sungguh dia terkedu kala itu. Ai? Nama gadis tadi Ai kalau tak silap. Aku kena cari dia!
“Abang Ariel, kenapa bagi student masuk guna pintu ni?” Soal Fakhrul.
“Rul, kau kenal budak perempuan nama Ai?” Fakhrul mengerutkan dahinya. Senior aku ni dah tangkap cintan ke?
“Budak course apa?”
“Entah.”
“Adoi, bang. Parah abang ni,” ujar Fakhrul seraya berlalu mencari Adib. Ariel ternyata sudah hilang dari dunai reality. Lebih baik mecari Adib dengan segera. Dia mahu meminta pertolongan lelaki itu untuk menguruskan pelajar yang semakin tidak terkawal kerana penangan Ustaz Azhar Idrus!
“Kau menungkan apa tu?” Soal Aimuni apabila melihat Ariel termenung tanpa menyedari kehadirannya. Ariel tersentak. Wajahnya dipanggung memandang Aimuni yang sudah siap berbaju t-shirt muslimah berwarna hijau daun dan bergaun labuh warna hitam dipadankan dengan tudung berona hijau pucuk pisang yang kontra dengan warna bajunya. Sungguh ayu wajah gadis itu. Tidak berkelip Ariel memandang isterinya itu.
“Kau ni kenapa? Pandang aku macam aku ni daging ayam je,” ujar Aimuni selamba. Biarpun dihati sudah bergetar hebat namun sedaya mungkin dia berlagak biasa dihadapan Ariel. Kenapa dengan aku ni? Berhadapan dengan Ariel seakan-akan dia berhadapan dengan seseorang yang dia amat kenali.
“Kalau kau daging ayam, dah lama aku makan kau. Tapi kau ni bukan daging ayam so aku kena makan kau dengan cara lain,” kata Ariel dengan nada mengusik. Wajah Aimuni sudah merona kemerahan.
“Mengarut! Otak kuning!” Bidas Aimuni seraya menjauhkan dirinya daripada Ariel. Lelaki itu sudah mengukir senyuman gatalnya.
“Yeke? Saya otak kuning ke? Awak dah tengok ke otak saya?” Soal Ariel seraya berdiri mendekati Aimuni yang semakin menjauhinya.
“Tak payah tengok aku dah tahu,” jawab Aimuni lantas berlari ke bilik dan mengunci pintu bilik. Dadanya berdeba-debar. Ariel ketawa brdekah-dekah. Penakut betul bini aku ni.
“Kyra, jomlah. Jangan main-main. Dah lewat ni,” ajak Ariel seraya mengerling jam dipergelangan tangannya.
Aimuni di dalam bilik sudah mencebik. Dia mencapai beg sandangnya di atas meja bersebelahan katil yang berisi bajunya dan disandang ke bahu. Main-main? Gila mamat tu. Aku ni takut macam nak mati dia kata main-main? Memang lelaki psycho! Aimuni memulas tombol pintu dan berjalan perlahan-lahan mendapatkan Ariel.
“Aku nak balik lepas pergi rumah anak-anak yatim tu boleh?” Soal Aimuni seperti meminta izin. Ariel tersenyum penuh makna.
“Boleh.” Wajah Aimuni sudah berseri-seri. Yeay!
“Boleh blah!” Sambung Ariel lantas tertawa. Aimuni menarik muncung panjang.
“Cantik sangatlah tu buat muncung macam tu. Saya kiss karang baru tau.” Kata-kata Ariel menakutkan gadis itu. Lantas ditutup mulutnya dan wajahnya ditunduk menekur lantai. Ariel mencapai tangan Aimuni. Gadis itu memandang Ariel dengan mata terbeliak. Apa pulak mamat ni nak buat?
Give me a hug,” pinta Ariel lantas menarik Aimuni ke dalam pelukan.
I miss you, Kyra. I really-really do. Don’t ever leave me again,” bisik Ariel. Pelukannya dikemaskan apabila terasa Aimuni meronta-ronta.
“Lepaslah!” Jerit Aimuni. Dia terasa sesak dengan keadaan itu. Ni nak kasi aku mati lemas ke?
You’re mine, Kyra. Jika dikata cinta itu seperti pelangi, kuharap warna-warnanya takkan pernah hilang... Jika dikata cinta itu seperti air, kuharap aliran yang ditujunya adalah ke arahku... Jika dikata cinta itu awan, kuharap ia memayungi hidupku sehingga nafas terakhirku... Aimuni Syakirah, you're my love. Always n forever.Aimuni terdiam. Senyap tanpa rontaan di dalam rangkulan Ariel. Kata-kata itu…? Ya Allah, di mana aku pernah dengar kata-kata ini?
Ariel membenamkan wajahnya ke bahu Aimuni. Airmatanya perlahan-lahan mengalir membasahi baju gadis itu. Aimuni hanya senyap seperti patung. Esakan Ariel jelas ditelingannya. Lelaki psycho itu seperti Ariel menangis? Dia rindukan wife dia ke? Rasa kasihan kepada Ariel menjalar di ruang pembuluh darahnya. Sungguh dia berada simpati terhadap lelaki itu. Ya Allah, tenangkan hati lelaki ini dan ampuni dosa kami kerana berada dalam keadaan yang tidak Engkau redhai ini, doa Aimuni seikhlas hatinya.
p/s : enjoy ur reading guys!

Takdir Buat Kita [JIUK] Bab 7



“Kau tak bagitahu dia lagi ke yang kau ni suami dia?” Soal Adib untuk kalu kedua dengan wajah terkejut. Ariel menggeleng perlahan.
What?? Kau gila ke?” Jerit Adib. Segera Ariel menekup mulut sahabatnya itu. Pak guard dihadapan pintu masuk utama sudah menjeling-jeling ke arah mereka dengan curiga.
“Diamlah sikit.” Marah Ariel seraya melepaskan kembali tekupan tangannya dimulut Adib.
“Kau yang buat kerja gila tu kenapa? Kalau dia buat report yang kau culik dia macam mana?” Soal Adib dengan wajah menggelabah.
“Dia takkan reportlah. Kau bertenang okey. Aku tak nak dia marahkan Mak Lang sebab tu aku tak bagitahu dia lagi tentang hubungan sebenar aku dengan dia. Jika dia berhak untuk tahu tentang ni, aku nak orang yang memberitahu kepada dia adalah Mak Lang sendiri,” ujar Ariel tanpa riak takut.
“Ariel, kau memang dah tak betul,” balas Adib. Ariel tersenyum nipis. Dia takkan berani buat report sebab rakaman tu ada dengan aku. Even aku takkan sebarkan video tu tapi Aimuni tentu takut dengan ugutan aku, getus hati Ariel.
“Okeylah. Aku nak pergi belikan sarapan untuk wife aku tu. Mama aku tak ada tanya kau apa-apa ke?” Soal Ariel seraya menapak ke pintu utama Syarikat Haya Holdings. Adib yang mengekori langkah Ariel dengan matanya hanya menggeleng kepala.
“Dia tak ada call pulak sejak flight ke Tokyo,” balas Adib dengan suara meninggi apabila jarak Ariel semakin menjauh. Lelaki itu mengangkat tangan tanpa berpaling ke belakang menandakan bahawa dia mendengar apa yang diperkatakan oleh Adib.
Sebaik sahaja kelibat Ariel menghilang, kelibat Suhana pula muncul. Adib memerhati langkah gadis yang sudah menjadi mimpi indahnya setiap malam itu. Baju kurung kuning air yang dipadankan dengan tudung putih menyerlahkan keayuan gadis itu. Tanpa sedar Adib mengukir senyum. Ummi, bakal menantu ummi memang cantik!
“Assalamualaikum, Encik Adib. Selamat pagi,” sapa Suhana ramah. Senyuman tidak lekang daripada wajahnya. Bertuahnya aku kalau dapat Su ni, getus hati Adib.
“Wa’alaikumsalam. Selamat pagi, Su. Awal sampai hari ni,” ujar Adib seraya mengatur langkah seiringan dengan Suhana menuju ke arah lif.
“Alhamdulillah, pagi ni abang saya yang hantar. Tak perlu nak tunggu bas,” jawab Suhana penuh sopan. Senyuman Adib semakin melebar.
“Abang sayang ke?” Soal Adib dengan nada bergurau walhal dalam hati dah rasa mahu menangis kalau jawapan Suhana adalah ya!
“Ish… Taklah. Saya ni mana ada orang nak, encik. Abang kandung saya yang hantarkan,” jawab Suhana dengan wajah merona merah. Adib meraup mukanya tanda bersyukur secara sembunyi-sembunyi.
“Maknanya saya ada peluanglah ni?” Selamba Adib bertanya. Makin memerah wajah Suhana kala itu. Kakinya melangkah masuk ke dalam lif sebaik sahaja pintu lif terbuka. Adib mengekori dari belakang. Mereka berdiri bersebelahan namun masih juga menjaga jarak antara mereka.
“Su?”                                                                                                                               
“Ya?”
“Saya ada peluang ke?” Soal Adib buat kali kedua. Suhana menunduk. Nasib baiklah hanya ada mereka berdua kala itu.
Sebaik sahaja pintu terbuka di tingkat 5, Suhana mendahului Adib melangkah keluar. Setelah melangkah beberapa tapak, Suhana berhenti namun masih membelakangi Adib yang turut sama terhenti.
“Dah lama saya tunggu encik tanya soalan macam tu tapi saya masih tak boleh jawab lagi,” ujar Suhana. Adib mengeluh hampa.
“Tapi kenapa?”
“Encik kena jumpa parents saya dulu,” jawab Suhana lalu segera berlalu ke mejanya. Dia terasa mukanya tebal apabila mengucapkan kata-kata itu. Adib sudah menjerit kesuakaan tanpa menghiraukan pandangan staffnya. Ummi, menantu sulung ummi is coming soon!

Aimuni memerhati hiasan dalaman rumah Adib. Ada beberapa gambar Adib dan keluarganya serta teman-teman Adib tersusun di dalam almari disebelah televisyen. Direnung satu persatu gambar itu. Terasa sedikit kelainan apabila melihat wajah-wajah teman Adib. Ini rumah Adib tapi kenapa lelaki psycho tu bawak aku ke sini?
Gadis itu melabuhkan punggungnya ke atas sofa seraya memerhati ke segenap ruang tamu itu. Teringat peristiwa malam tadi sewaktu dia dan Ariel bergaduh merebut katil. Ariel tidaklah sejahat yang disangka tapi dia memang lelaki psycho!
“Awak tidur je kat lantai kalau tak nak kongsi katil dengan saya,” ujar Ariel selamba seraya berbaring di atas katil king size itu. Katil ni punyalah besar, dia tak nak kongsi dengan aku pulak, rungut Ariel sendirian.
“Kau gila ke?”
“Jangan jerit boleh tak? Saya tak pekak lagi dan saya tak GILA!” Balas Ariel geram. Wajah isterinya yang masih bertudung itu dipandang tajam. Gadis itu dilihatnya berundur menjauhi katil.
“Kau bukan suami aku,” jawab Aimuni perlahan. Ariel tersedar. Ya, gadis itu masih tidak tahu keadaan sebenarnya. Akhirnya Ariel mengalah. Dia membawa diri ke bilik Adib. Malam itu Aimuni menangis semahu-mahunya di atas sejadah. Dia meluahkan segala-gala keperitan yang dirasanya kepada Allah. Sungguh dia hanyalah seorang hamba yang lemah!
Aimuni tersentak kala bunyi tombol pintu dipulas dari luar. Lelaki psycho! Segera gadis itu berlari masuk ke bilik dan mengunci pintu bilik dari dalam. Peristiwa semalam yang dirakam oleh Ariel masih menjadi igauan ngerinya.
“Aimuni Syakirah, jom breakfast!” Ajak Ariel dengan laungan dari dapur. Aimuni senyap sunyi di dalam bilik. Mendengar suara itu seperti mendengar suara Voldemort di dalam cerita Harry Potter. Nasib baiklah Voldemort versi Tanah Melayu ni handsome. Kalau tidak dah lama Aimuni pengsan!
“Sayang, jangan buat sampai saya paksa awak,” ugut Ariel dengan nada lembut. Aimuni sudah cuak. Modal Ariel memang selalu menjadi igauan ngeri yang teramat ngeri padanya.
“I’m coming!” Laung Aimuni seraya bergegas mendapatkan Ariel dimeja makan. Lelaki itu sudah siap menyediakan segala kuih-muih yang dibelinya. Terbeliak mata gadis itu memandang.
“Kenapa?” Soal Ariel pelik bila melihat mulut Aimuni terlopong. Gadis itu tersentak. Matanya dialih memandang wajah Ariel. Eh, dah potong rambut?
“Kyra, awak ni kenapa? Tengok saya macam tengok alien je,” tegur Ariel lagi apabila wajahnya menjadi santapan mata gadis itu. Aimuni berdehem beberapa kali sebelum mengambil posisi yang jauh dari Ariel.
“Bukan alien tapi psycho!” Balas Aimuni dengan nada perlahan namun masih dapat didengari oleh lelaki itu. Ariel tersenyum meleret.
“Kau nak derma kat anak-anak yatim ke makanan banyak-banyak ni?” Soal Aimuni dengan nada mengejek. Ariel mengangguk laju seraya mengangkat tangan untuk membacakan doa. Aimuni memerhati gerak laku Ariel sebelum dia turut sama menadah tangan.
“Nanti kita bawak ke rumah Anak-Anak Yatim Desa Permint. Dah lama kita tak ke sana,” ujar Ariel selamba. Aimuni terdiam. Hatinya terasa sesuatu perasaan yang asing.
“Kau selalu ke sana?” Soal Aimuni dengan nada lembut. Ariel mengukir senyum.
“Ya. Someone yang saya sayang selalu ke sana. Dia sayang sangat kat budak-budak tu. Mereka rapat sehinggalah…” Ariel terhenti. Aimuni memandang raut wajah lelaki itu yang sudah berubah. Sedihkah dia?
“Siapa?” Soal Aimuni tanpa menghiraukan perubahan wajah Ariel. Sungguh dia berminat untuk tahu.
“Awak.” Aimuni tersentak. Aku?
Someone yang macam awak. Muka dia, perangai dia. Everyting is same!” Tambah Ariel lagi. Aimuni mengangguk faham. Adakah Ariel terlalu rindukan ‘someone’ itu sehingga sanggup menculiknya? Mungkinkah Ariel menjadi psycho kerana ‘someone’ itu?
“Siapa dia pada kau?”
She’s my wife.” Anak mata Ariel menikam pandangan mata Aimuni. Terasa arus eletrik mengalir ke segenap urat sarafnya saat itu. Aimuni sudah tidak keruan. Matanya segera dilarikan ke arah beberapa jenis kuih yang dihidangkan Ariel. Semuanya adalah kuih yang disukainya. Adakah kegemaran kami sama? Aimuni pening memikirkan kemungkinan itu.
“Mana dia sekarang?” Soal Aimuni lagi. Ariel tergelak kecil.
“Kat depan saya ni,” balas Ariel seraya mencapai kuih donat dan disumbat ke dalam mulut. Alhamdulillah, sedapnya!
“Mengarut!” Balas Aimuni. Dia mula mencapai kuih karipap dan mula menikmati breakfastnya tanpa menghiraukan Ariel.
“Awak tak nak nasi lemak ke? Kalau nak nanti kita stop kat kedai sebelum ke rumah anak-anak yatim,” ujar Ariel. Aimuni hanya menggeleng. Ariel pelik. Selalunya Aimuni yang mengajaknya makan makanan berat setiap kali mereka breakfast namun kali ini berlainan sekali.
“Aku dah kenyang ni,” jawab Aimuni selamba seraya berdiri dengan niat mahu ke bilik.
“Awak baru je makan karipap dah kenyang?”
“Ya.”
Aimuni melintasi Ariel yang masih duduk menikmati kuihnya. Beberapa langkah membelakangi Ariel, dia terhenti lantas berpusing mengadap lelaki itu.
“Kau tak letak ubat pengasihkan?” Soal Aimuni selamba. Ariel tesedak. Apa jenis soalan bini aku ni? Wajahnya dipusing ke belakang memandang Aimuni.
“Saya tak perlu guna ubat pengasih sebab hati awak dah ada dengan saya,” jawab Ariel dengan yakin. Aimuni mencebik lantas berlari anak ke bilik tetamu. Ariel tersenyum meleret. Jangan perkecilkan cinta saya, Kyra.
p/s : komen anda amat diperlukan... enjoy reading!

Sunday 22 April 2012

Takdir Buat Kita [JIUK] Bab 6



Ariel melangkah masuk ke rumah itu setelah waktu menunjukkan ke angka 8 malam. Ruang apartment Adib ternyata gelap tanpa cahaya. Lelaki itu memetik suis lampu. Ruang yang tadinya gelap kembali cerah. Kelibat Aimuni tidak kelihatan.
“Kyra…” Panggil Ariel namun tiada sahutan. Nasi yang dibungkus itu dibawa ke dapur. Peti sejuk dibuka. Hanya terdapat air Peel Fresh dan beberapa jenis buah sahaja di dalam peti sejuk itu.
“Kyra, come here. Saya ada belikan awak makanan ni,” laung Ariel dari dapur namun Aimuni masih juga tiada tindak balas. Ariel sudah panik. Takkanlah Kyra lari? Segera lelaki itu berlari anak ke bilik tetamu yang hanya beberapa langkah dari dapur.
Bilik itu gelap gelita. Tiada suara tangisan yang kedengaran. Lampu utama dibuka. Aimuni berpeluk tubuh di atas katil. Mata gadis itu tertutup rapat. Tidur rupanya, desis hati Ariel. Dia mengeluh lega. Dia melangkah mendekati Aimuni. Bahu Aimuni disentuh lembut.
“Kyra, bangun,” kejut Ariel namun gadis itu masih senyap.
“Kyra sayang, wake up.” Tangan gadis itu bergerak. Dahinya berkerut. Siapa pulak ni? Abah tak pernah kejutkan aku tidur. Selalunya ibu je. Matanya dibuka perlahan-lahan.Senyuman Ariel menyapa. Gadis itu tersentak. Pantas dia bingkas bangun dan menjauhkan diri daripada lelaki itu.
“Kau nak apa?” Soal Aimuni kasar. Ariel masih mengukir senyuman manis buat isterinya.
“Jom makan.”
“Aku tak lapar.” Ariel mencebik tidak percaya namun dia tidak mahu ambil endah. Jika gadis itu lapar, tak perlu susah payah memaksa kerana dia yakin Aimuni akan meminta nanti.
“Awak dah solat ke ni?” Aimuni menggeleng. Terbeliak mata Ariel.
“Asar tadi?” Aimuni menggeleng lagi. Ariel terasa bersalah. Bersalah kerana meninggalkan gadis itu ditempat yang asing bagi Aimuni.
“Dah cepat pergi ambil wudhu’. Dah nak masuk Isya’ ni. Nanti saya cari kain telekung,” arah Ariel seraya berlalu ke bilik Adib. Almari lelaki itu di geledah tanpa meminta kebenaran. Namun masih juga tidak ketemu apa yang dicari. Nombor Adib didail. Talian bersambung.
“Di, mana kain telekung ummi kau?” Soal Ariel tanpa memberi salam. Adib menggeleng kepala tanpa sedar. Dia yang masih berada di pejabat kala itu menyandar badan ke kerusi.  Rasa penat menguasai diri.
“Ada kat dalam bilik sebelah bilik tetamu tu. Ummi aku simpan dalam almari kalau tak silap,” jawab Adib. Serentak itu juga Ariel memutuskan talian. Adib terpinga-pinga. Apalah mamat ni. Aku buang kat dalam laut jugak mamat ni karang!
Kain telekung milik ummi Adib yang sesekali menginap di situ dicapai. Segera dia berlalu ke bilik tetamu kembali. Aimuni dilihatnya sudah siap menanti dengan wudhu’. Sejadah dibentangkan untuk isterinya itu. Aimuni hanya memandang tingkah Ariel. Lelaki sejahat Ariel itu pun solat jugakah?
“Jangan lupa ganti solat Asar tadi,” pesan Ariel lembut. Aimuni hanya terdiam menunggu Ariel berlalu namun lelaki itu dengan senang hati menuju kea rah katil dan berbaring disitu. Aimuni mengetap bibir menahan geram. Tanpa mempedulikan Ariel, telekung itu dipakai.
“Cepat sikit. Waktu dah nak habis ni,” tegur Ariel apabila Aimuni masih berhempas pulas membuang tudung di dalam keadaan berkelubung dengan kain telekung. Aimuni mendengus geram. Di dalam hatinya sudah berbakul-bakul kata-kata dilemparkan kepada Ariel.
Usai solat, Aimuni melipat telekung dan sejadah yang digunakan dan meletakkan diatas meja disisi katil. Ariel dilihatnya sudah tertidur. Wajah Ariel diteliti seketika. Janggut nipis yang meliar disekitar dagunya membuatkan pandangan Aimuni serabut apatah lagi dengan rambut panjangnya yang tidak terurus. Nasib baiklah kumisnya tiada. Hanya janggut yang meliar menampakkan lelaki itu memang tidak menjaga dirinya. Bukan dia tidak suka lelaki yang berjanggut tetapi biarlah janggut itu dipelihara dengan baik.
Aimuni memberanikan diri melangkah keluar daripada bilik itu. Perutnya sudah berkeroncong. Kakinya dihala ke arah dapur. Sekilas matanya terpandang sebungkus nasi di atas meja. Alhamdulillah, rezekinya!
“Makan tak ajak,” sampuk Ariel tiba-tiba. Aimuni tersedak sehingga terbatuk-batuk. Kelam-kabut gadis itu mencari air untuk diminum. Ariel segera mencapai air Peel Fresh di dalam peti sejuk dan dihulurkan ke arah Aimuni yang sudah merah padam mukanya. Tanpa menggunakan gelas, gadis itu meneguk air dengan rakus. Terlopong Ariel seketika melihat aksi spontan isterinya itu namun tangannya pula spontan menggosok belakang gadis itu.
“Kau ni apahal? Nak bunuh aku ke?” Soal Aimuni marah. Tangan Ariel yang menggosok belakangnya ditepis dengan badan kasar. Mahu rasanya dia menyumbat mulut Ariel dengan kerusi sehingga mulut itu terkoyak. Argh! Geram! Benci!
Sorry, saya tak sengaja,” pinta Ariel. Aimuni menjeling tajam. Tanpa mempedulikan pandangan Ariel yang masih tercegat di belakangnya, gadis itu meneruskan suapan hingga habis nasi satu bungkus.
Plastik dan pembungkus makanan dibuang ke dalam tong sampah. Tangannya dicuci. Air Peel Fresh tadi kembali dimasukkan ke dalam peti sejuk. Setelah yakin meja makan itu tiada sisa-sisa nasi, dia berlalu ke ruang tamu tanpa menghiraukan Ariel. Dia menghenyakkan tubuhnya di atas sofa. Kelibat Ariel yang menuju ke arahnya dipandang dengan ekor mata. Lelaki itu mengambil posisi yang sedikit jauh darinya. Aimuni mengeluh lega.
“Nah, handphone awak,” ujar Ariel seraya meletakkan handphone Nokia ke atas meja. Tangannya mencapai remote yang turut berada di atas meja itu dan membuka siaran televisyen. Melopong Aimuni melihat barang miliknya berada dengan Ariel. Baru dia teringat tentang beg sandangnya.
“Kau tak ada hak nak ambil barang aku!” Marah Aimuni. Handponenya dicapai. Dibelek-belek seketika sebelum dia menjerit terkejut. Ariel yang sedang leka menonton bola terkejut. Apa kena dengan bini aku ni? Sawan ke?
“Kenapa semua nombor hilang? Ni siapa pulak Hubby Cayang ni?” Soal Aimuni geram. Matanya mencerlung ke arah Ariel. Langung tidak diendah perasaan takut terhadap lelaki itu. Apa yang penting, keadilan bagi pihak barang-barang peribadinya dapat dituntut!
Ariel hanya tersengih. Dia mengeluarkan handphonenya dan mendail nombor seseorang. Lagu Terukir Di Bintang yang dinyanyikan oleh Yuna kedengaran dari handphone Aimuni. Terbeliak mata gadis itu melihat pemanggil yang tertera diskrin handphonenya. Hubby Cayang dan wajah Ariel. Apa kes?? Sejak bila Ariel jadi hubby dia?
“Apa ni? Kau gila ke?” Jerkah Aimuni. Segera dia mematikan talian. Tangannya sibuk menekan butang-butang dihandphone dengan niat untuk memadam nombor Ariel. Ariel segera merapati isterinya. Tangan gadis itu yang memegang handphone dicapai.
“Jangan delete.” Larang Ariel namun tidak diendahkan oleh Aimuni. Tangan Ariel ditepis kasar. Dia masih berkeras mahu memadamkan nombor suaminya itu. Ariel jadi geram dengan tingkah Aimuni. Badan gadis itu di tolak ke sofa. Handphone gadis itu segera diambil dan dicampakkan ke sofa sebelah. Aimuni sudah pucat. Mula menyesali tindakan degilnya sendiri.
“Oleh kerana awak ni degil so, saya kena cari conclusion untuk buat awak dengar segala arahan saya,” ujar Ariel dengan wajah nakal. Kedua-dua tangan Aimuni digenggam erat untuk menghalang gadis itu daripada bangun.
“Apa kau nak buat ni?” Soal Aimuni dengan sisa-sisa keberanian yang masih tinggal di dalam dirinya.
I want to tie you with me until both of us die,” jawab Ariel dengan senyuman meleret. Aimuni sudah menggelabah.
Please. Jangan apa-apakan aku,” rayu Aimuni. Airmatanya sudah mula mengalir.
No, sayang. Saya takkan buat jahat pada awak cuma sedikit pengajaran sebab awak langgar arahan saya,” balas Ariel selamba. Wajahnya didekatkan ke wajah Aimuni. Gadis itu menggelengkan kepalanya beberapa kali. Ariel mula hilang sabar. Ditarik gadis itu agar berdiri dan mendorong gadis itu ke dinding. Aimuni tersekat di antara dinding dan badan sasa Ariel. Tangan Aimuni segera menjadi penghalang jarak antara mereka. Gadis itu semakin kuat menangis ketakutan.
“Janganlah nangis. Saya tak buat apa-apa pun lagi. Rileks okey,” usik Ariel seraya tersenyum manis. Pergh! Comel betul la bini aku ni.
Wajah Aimuni diusap-usap. Matanya jatuh kepada bibir gadis itu. Tiba-tiba idea nakalnya datang. Handphone di dalam kocek di ambil dan di set ke mode video. Aimuni memerhati tindakan Ariel. Apa pulak mamat ni nak buat? Dia menolak dada lelaki itu sekuat hati namun sedikit pun tidak berganjak malah jarak antara mereka semakin dekat.
“Lepaskan akulah!” Jerit Aimuni.
“Senyaplah. Bising betul awak ni,” ujar Ariel dengan suara perlahan. Tangan kirinya menghalakan kamera handphone ke arah mereka berdua untuk merakam aksi mereka.
“Awak nak buat apa ni?” Soal Aimuni dengan nada sedikit bergetar. Rasa takut menguasai dirinya. Sahlah Ariel ini lelaki psycho!
Badan Ariel disandar ke badan Aimuni agar gadis itu tidak terlepas daripadanya. Tangan kanannya memegang dagu gadis itu kemas. Wajahnya dirapatkan. Dapat dirasa hangatnya nafas Ariel kala itu. Aimuni menjerit seperti diserang histeria. Dia tidak sanggup menjadi mangsa lelaki psycho seperti Ariel. Dalam keterpaksaan bibir Ariel menyentuh bibirnya. Lama. Sangat lama sehingga Aimuni seperti kehilangan oksigen.
Ariel melepaskan bibir isterinya itu dengan senyuman puas. Handphonenya dibelek-belek sebelum menunjukkan rakaman tadi kepada Aimuni. Gadis itu menolak Ariel menjauhinya. Wajahnya menunjukkan bahawa dia benar-benar membenci Ariel saat itu. Ya Allah, ujian apakah ini? Tabahkan hatiku, ya Allah.
“Saya akan sebarkan video ni kalau awak berani langgar arahan saya. Ingat tu!” Ugut Ariel. Wajah merah Aimuni dipandang dengan rasa kasihan namun apakan daya, dia tidak mahu melepaskan Aimuni begitu sahaja. Aimuni adalah miliknya dengan izin Allah!
“Jom solat. Isya’ dah masuk.” Ajak Ariel seraya mencapai tangan Aimuni agar menurutinya ke bilik tetamu. Aimuni hanya menurut dengan langkah longlai. Sungguh dia tidak mengerti dengan perangai lelaki psycho itu!



Ammar tidak betah begitu. Sungguh dia risaukan Aimuni. Wajah Mak Lang yang tampak tenang itu menjadi tanda tanya kepada Ammar. Takkan Mak Lang tak risau langsung? Bukankah Mak Lang sangat sayangkan Aimuni?
“Mak Lang tahu ke Aimuni ke mana?” Soal Ammar. Wajahnya betul-betul menunjukkan bahawa dia amat risaukan Aimuni.
“Dia ke rumah kawan dia,” balas Mak Lang. Syafiqah yang baru keluar dari dapur dengan menatang dulang hanya mengerling ibunya sekilas. Dulang diletak ke atas meja dengan berhati-hati. Cawan berisi air dihulur ke arah Ammar. Lelaki itu mencapainya dan meletakkan kembali ke atas meja. Tiada niat mahu meminumnya.
“Tapi kenapa handphone dia dimatikan?”
“Dia tak nak orang ganggu dia,” jawab Syafiqah bagi pihak ibunya. Ammar mengeluh berat. Hatinya berasa tidak sedap.
Are you sure, Iqah?”
“Abang, kalau Iqah tak sure Iqah takkan duduk je bersantai kat rumah ni. Kami pun sayang jugak kat Ai tu,” ujar Syafiqah dengan nada menyindir. Ammar terdiam.
“Err.. Pak Lang mana?” Soal Ammar setelah agak lama berdiam diri.
“Pak Lang pergi surau. Am ni baru habis kerja ke?” Soal Mak Lang kembali. Ammar mengangguk. Teringat janjinya dengan Aimuni untuk membawa gadis itu bersiar-siar ke Kampung Cina namun dek kerana kesibukannya janji itu hanya tinggal janji.
“Ya, Mak Lang. Am terus datang sini lepas kerja habis,” jawab Ammar. Akhirnya air yang terhidang dihadapannya diteguk jua.
“Abang dah makan ke?” Soal Syafiqah. Selendang yang dipakainya nampak sesuai dengan wajah gadis itu yang bujur sirih.
“Belum.”
“Iqah, pergi siapkan makanan untuk abang Am ni. Abah tu rasanya balik lewat malam ni kalau tunggu nak makan sekali dengan dia pun,” ujar Mak Lang seraya memandang anaknya sekilas. Syafiqah mengangguk lantas berlalu ke dapur.
“Kamu dah Isya’ ke ni?” Soal Mak Lang apabila melihat Ammar membuka butang lengan baju kemejanya.
“Belum lagi, Mak Lang.”
“Pergi solat dulu.”
“Baik, Mak Lang,” balas Ammar patuh. Lelaki itu bergegas ke dapur untuk ke bilik air.
Mak Lang termenung jauh mengenangkan Aimuni. Apa yang sedang Aimuni lakukan sekarang? Adakah Ariel sudah membeitahu Aimuni segala-galanya? Marahkah Aimuni padanya kerana menyembunyikan hal itu? Ya Allah, apa yang hamba lakukan ini adalah semata-mata untuk kebaikkannya namun hamba tahu perancangan dan penjagaannyaMu terhadap Aimuni adalah yang terbaik!