Airmata Mak Lang berderai melihat keadaan Ariel yang tidak terurus itu. Berhadapan dengan lelaki itu ternyata tidak semudah yang disangka. Berhadapan dengan lelaki itu bermakna dia perlu membuka cerita yang telah berlaku 6 bulan yang lepas.
“Kenapa Mak Lang buat Ariel macam ni? Apa salah Ariel?” Soal Ariel. Airmatanya sudah beranak sungai.
“Ariel tak salah.” Jawapan Mak Lang seperti mempersendakannya. Adib di sebelahnya hanya diam membatu. Keadaan sekitar taman itu sedikit lengang dengan pengunjung.
“Kalau Ariel tak salah, kenapa Mak Lang sanggup pisahkan Ariel dengan Kyra?” Mak Lang mengesat airmata yang mengalir laju dipipinya.
“Ibu sayangkan kamu dan Ai.”
“Ai? Sayang ke macam tu sampai nama Kyra pun Mak Lang mahu buang?” Sindir Ariel geram. Dia masih mengekalkan panggilan Mak Lang kepada wanita itu. Hatinya betul-betul sudah terluka. Mak Lang pula menunduk.
“Ibu tak nak kamu berdua lebih terluka nanti jika tahu apa yang terjadi,” balas Mak Lang. Dia tahu Ariel menahan sedaya upaya untuk tidak memarahinya.
“Jangan buat Ariel tertanya-tanya, Mak Lang.”
“Kamu tahu siapa yang upah orang untuk buat kamu accident?” Soal Mak Lang tegas. Ariel terdiam tanpa kata. Dia menggeleng lemah.
“Papa kamu, Ariel. Dia ada jumpa ibu sehari sebelum kamu berkahwin dengan Ai. Dia kata jika nak Ai selamat, jangan benarkan dia berkahwin dengan kamu. Mula-mula ibu tak percaya papa Ariel sanggup buat macam tu tapi bila ibu dan abah sampai kat tempat kamu berdua accident, ibu sedar yang anggapan ibu silap. Ibu ambil Ai bawa ke hospital dan telefon polis tentang accident yang berlaku. Ibu lakukan bermacam-macam untuk sembunyikan Ai. Ibu bertuah kerana Ai disahkan hilang ingatan dan itu memudahkan ibu untuk menjauhkan kamu berdua,” cerita Mak Lang panjang lebar. Ariel terasa badannya lemah. Papa?
“Papa upah orang untuk buat kami accident? Ya Allah!” Adib menggosok bahu sahabatnya itu. Dia turut terkejut dengan kenyataan itu.
“Ibu tak nak anak ibu sakit lagi, Ariel. Tolong lepaskan dia,” pinta Mak Lang seakan merayu. Ariel terpempan. Melepaskan Aimuni seperti menjerut leher sendiri.
“Tak. Ariel takkan lepaskan dia. Kyra isteri Ariel,” tegas Ariel.
“Ibu rayu, Ariel. Demi keselamatan Ai.”
Ariel memandang wajah wanita itu yang penuh mengharap. Fikirannya jadi berserabut. Dia tidak mahu melepaskan Aimuni jauh daripadanya lagi. Aimuni isterinya. Tanggungjawabnya! Jadi kenapa dia harus lepaskan? Bukan mudah perjalanannya untuk menjadikan Aimuni sebagai isteri. Banyak yang perlu dia harungi dan sakitnya sampai kini masih terasa. Jika Allah memberinya ujian sebelum memberinyaAimuni, apalah salahnya jika dia mempertahankan rumah tangga yang sudah dibina itu?
“Tidak! Ariel takkan lepaskan Kyra sampai bila-bila,” balas Ariel.
“Ariel nak ke tengok Ai terseksa?”
“Ariel takkan benarkan siapa-siapa pun lagi sentuh Kyra!” Suara lelaki itu bergetar menahan marah. Sanggup papa buat Ariel macam ni!
“Ibu juga takkan benarkan Ariel dan papa Ariel tu hancurkan hidup Ai,” balas Mak Lang dengan nada meninggi. Bukan dia tidak kasihankan Ariel namun nyawa Aimuni lebih penting. Dia tidak sanggup kehilangan gadis itu.
Mak Lang segera berlalu mendapatkan kereta Honda Syafiqah yang diparking tidak jauh dari tempat pertemuan Ariel dan wanita itu. Aimuni yang sudah dibuai mimpi tidak langsung mempedulikan pertemuan dua insan penting dalam hidupnya itu. Baginya, pertemuan itu adalah berkenaan perniagaan Pak Lang dan Ariel seperti yang diberitahu oleh Syafiqah.
Ariel meraup mukanya. Hatinya terasa sakit yang amat apabila kebenaran itu tersingkap. Sungguh seperti kata Mak Lang. Dia akan lebih terluka jika mengetahui rahsia itu. Namun semua itu sudah terlambat untuk di sesali. Apa yang penting sekarang ialah dia mahukan isterinya kembali. Apa pun yang bakal terjadi, dia akan tetap harunginya dengan tabah.
“Kau okey?” Soal Adib setelah agak lama membiarkan Ariel melayan perasaan sendiri.
“Aku nak ambil isteri aku, Di. She’s my wife,” ujar Ariel dengan wajah bersemangat. Adib sedikit terperanjat melihat semangat yang ditunjukkan oleh Ariel itu. Selama 6 bulan lelaki itu lemah dek hambatan perasaan akibat kehilangan Aimuni, namun hari ini dapat dilihat wajah tekad lelaki itu.
“Kau nak buat macam mana? Dia langsung tak ingat kau. Mak Lang mesti takkan bagi Ai kat kau,” balas Adib. Dia mula mengatur langkah ke arah kereta Mitsubishi Evo miliknya. Ariel hanya mengekori dari belakang.
“Kita culik dia,” usul Ariel. Langkah Adib terhenti.
“Apa?”
“Culik isteri aku,” jawab Ariel dengan nada mendatar. Terlopong Adib mendengar idea Ariel yang dikiranya sudah tidak berasas itu.
“Kau gila ke?”
“Aku dah fikir betul-betul. Aku akan culik dia,” tekad Ariel. Mahu sahaja Adib mengetuk kepala sahabatnya itu agar sedar daripada mimpi yang mengarut dan boleh membahayakan kesihatan itu.
“Kau nak culik macam mana? Rumah dia pun kau tak tahu,” balas Adib. Teman baiknya terdiam. Rumah Mak Lang yang baru pun dia tidak tahu jadi macam mana dia nak culik Aimuni? Ah, menyesal tidak bertanya gadis itu dengan lebih mendalam tentang hidupnya sejak 6 bulan yang lalu!
“Mereka mesti belum pergi jauh lagi. Jom kejar!” Ujar Ariel seraya berlari ke kereta. Adib terpinga-pinga. Nak kejar? Apa kes ni? Ariel memang dah gila!
Kereta Mitsubishi meluncur laju membelah jalan raya. Ariel mula membebel apabila kereta yang dipandu Adib tidak bergerak laju. Adib hanya membalas selamba bahawa jika polis menyamannya, Ariel yang akan membayar saman itu. Ariel hanya mengangguk setuju. Adib menggeleng kepala. Inilah penangan cinta!
Aimuni mempercepatkan langkah kakinya. Rasa takut mula menular ke segenap ruang hatinya. Matanya meliar ke sekeliling. Terasa bagaikan dirinya diperhati oleh seseorang. Rentak jantungnya sudah selaju larian kuda yang berlari bebas dipadang rumput. Mulutnya tidak henti-henti berzikir.
Kereta Nissan GTR berwarna putih itu berhenti betul-betul dihadapan Aimuni. Langkah gadis itu terhenti. Dia agak terkejut apabila kereta asing itu tiba-tiba menghalang jalannya namun apabila batang tubuh yang keluar daripada kereta itu adalah lelaki yang dikenalinya, dia melepas nafas lega.
“Assalamualaikum…”
“Wa’alaikumsalam,” jawab Aimuni seraya mengukir senyum segaris.
“Awak dari mana ni?” Soal Ariel dengan wajah yang dibuat-buat tidak mengetahui apa-apa biarpun sudah dihafalnya jadual harian isterinya itu.
“Dari masjid. Ada kelas mengaji. Awak pulak dari mana?” Soal Aimuni kembali. Matanya memandang ke sekeliling. Dia tidak selesa sebenarnya berada dalam keadaan begitu. Nanti apa pula anggapan orang kampung terhadapnya apabila dilihat berdua-duaan dengan lelaki bukan muhrim.
“Saya nak pergi rumah kawan. Kebetulan ternampak awak berjalan seorang diri ni, saya berhenti la,” jawab Ariel dengan riak yakin. Aimuni mengerutkan dahinya.
“Awak tahu macam mana saya tinggal kat kampung ni? Lagipun saya baru je pindah ke sini dan tak ada seorang pun kawan-kawan saya yang tahu saya pindah ke sini,” Ariel sudah tersengih-sengih menutup kesilapan sendiri. Bibirnya diketap kuat. Adeh, macam mana boleh terlepas cakap ni?
“Err… Ibu awak yang cakap. Senanglah nanti saya nak pergi jumpa abah awak,” ujar Ariel dengan sedikit tergagap-gagap. Aimuni hanya mengangguk biarpun ada sedikit sangsi disitu.
“Jom saya hantar awak balik, pelawa Ariel.
“Eh, tak apalah. Saya balik sendiri je,” tolak Aimuni lembut. Rasa kurang percaya kepada lelaki berambut panjang itu masih menebal.
“Jomlah. Saya hantar awak ke rumah. Lagipun bahaya awak berjalan seorang diri macam ni,” balas Ariel yang masih mahu memujuk. Aimuni mencebik. Bahaya apa benda pulak? Bukannya kawasan ni sunyi pun. Berlambak je rumah orang tu, desis hatinya tidak senang.
“Tak apa. Thanks but no thanks. Saya tak selesa naik kereta mewah macam tu. Saya lebih selesa balik sendiri,” kataAimuni lantas memula langkah mahu meninggalkan Ariel. Kenderaan yang lalu lalang menghantar isyarat agar Aimuni segera menamatkan pertemuan antara mereka itu.
Ariel mengetap bibir menahan sabar. Adib sudah banyak kali berpesan padanya, jangan berkasar dengan Aimuni nanti gadis itu akan semakin menjauh.
“Kyra, please. Saya hantar awak balik okey,” separuh merayu lelaki itu dengan wajah penuh mengharap. Langkah isterinya terhenti. Wajahnya dipaling memandang Ariel. Boleh percaya ke mamat serabai ni?
“Macam yang saya cakap tadi, saya lebih selesa balik sendiri. Lagipun, awak bukan abang kandung saya nak hantar saya ke rumah saya,” balas Aimuni dengan niat mahu menyedarkan lelaki itu. Sinis suaranya kedengaran ditelinga Ariel namun tidak memberi kesan apa-apa pada lelaki itu.
“Kyra…”
“Assalamualaikum…” Salam dihulur. Langkahnya dipercepatkan agar segera menjauh daripada Ariel. Lelaki itu tidak boleh dipercayai langsung!
Ariel memandang langkah isterinya dengan perasaan berkecamuk. Nasihat Adib terngiang-ngiang ditelinga namun lonjakan hatinya yang mahukan Aimuni memenuhi ruang hati. Sungguh dia tidak mahu kehilangan gadis itu buat kali kedua.
Ariel berlari mendapatkan Aimuni yang hanya beberapa langkah dihadapannya. Tanpa sebarang kata, tubuh gadis itu dicempung dan dibawa ke kereta. Jeritan gadis itu langsung tidak dipeduli oleh Ariel. Rayuan Aimuni agar melepaskan dirinya hanya dibiar tanpa apa-apa reaksi. Maafkan saya, Kyra. Saya buat begini kerana saya sayangkan awak.
Tangisan Aimuni semakin menjadi-jadi apabila kereta itu dipandu semakin laju oleh Ariel. Dia begitu takut saat itu.Berbagai-bagai andaian dibuat. Semuanya menakutkan diri gadis itu. Dia tidak putus-putus berdoa agar ada insan yang akan menolongnya nanti. Kelakuan Ariel amat mencurigakan dan ternyata dia tidak silap menilai lelaki itu. Ariel memang berniat jahat terhadapnya!
suspen ... tpi benda yg ariel buat amat menyentuh hati .. :)
ReplyDeleteAgak2 seronok x kena culik oleh suami sendiri ? ehek.. *gatai*
hehe... Ai nangis kot mse kena culik tu... mesti dye bnci ngn Ariel... huhu...
Deletewwowowowo/.. main culik2 pulak ni. ahahahaa...
ReplyDeletehehe... Ariel dah gila bayang ngn isteri sendiri tu...
Deletehahahaha...ish3, sampai tahap nak culik isteri nie. best3.. :D
ReplyDeletehehe... apa pun xbleh blah ngn ariel tu..
Delete