Thursday, 19 April 2012

Takdir Buat Kita [JIUK] Bab 1



“Aku terima nikahnya Nur Aimuni Syakirah binti Aimran dengan mas kahwinnya RM80 tunai…” Satu kali lafaz sahaja, Aimuni Syakirah sudah sah menjadi milik Tengku Shahzriel Iskandar. Tangan ditadah mengaminkan doa. Dilihatnya Ariel berdiri menunaikan solat sunat. Airmata kesyukuran berguguran dipipi gadis yang berbaju pengantin putih itu. Impiannya yang disulam bersama Ariel sudah menjadi nyata. Syukur alhamdulillah ya Allah!
“Congratulations, Ai…” Bisik Nurul disebelahnya. Aimuni Syakirah tersipu-sipu malu. Airmata bahagia itu dikesat. Inai ditangan dipandang sekilas sebelum mengekori langkah Ariel yang sedang maju ke arahnya. Hati gadis itu berdebar-debar menanti.
“Assalamualaikum…” Ucap Ariel sebaik sahaja berhadapan dengan isteri tercinta. Aimuni Syakirah menjawab salam dengan suara perlahan. Ariel pula tersenyum apabila mendengar suara isterinya itu yang sedikit bergetar. Berdebar barangkali kerana ini kali pertama mereka berada dalam keadaan yang begitu dekat sehingga terbau keharuman wangian masing-masing.
“Tak nak salam ke?” Soalan Ariel membuat Aimuni Syakirah terpinga-pinga. Kena salam ke? Matanya terkebil-kebil memandang Ariel sebelum pandangannya dilabuhkan ke wajah Mak Lang, ibu saudara yang menjaganya sedari kecil.
“Salam dengan suami, Kyra sayang,” ujar Mak Ngah yang menjadi pemerhati disisi Mak Lang. Kedua-dua wanita itu mengangguk serentak dengan senyuman diwajah mereka. Mak Lang nampaknya berpuas hati dengan pilihan hati Aimuni Syakirah biarpun mereka bersatu bukan dengan kerelaan bapa pihak lelaki.
“Perlu ke, awak?” Soal Aimuni Syakirah dengan perlahan. Sungguh dia berasa teramat segan dengan tetamu yang ada.
“Mestilah. Awak cium tangan saya je. Janganlah malu,” jawab Ariel seakan memahami gelodak hati isterinya itu. Aimuni Syakirah mengangguk perlahan. Nafas ditarik panjang sebelum dihembuskan perlahan-lahan.
Tangan Ariel yang dihulur ke arahnya disambut. Terketar-ketar tangan itu apabila Ariel mengenggam tangannya kemas. Tangan itu dicium penuh hormat. Ariel tergelak kecil. Mak ai, sejuknya tangan bini aku ni. Macam dah sebulan kat dalam peti sejuk! Nurul disebelah sudah tersengih-sengih. Aimuni Syakirah menjeling Ariel geram. Ada pulak gelakkan aku! Nak kena backhand ke ni?
“Terima kasih sebab jadi isteri saya,” ucap Ariel perlahan. Aimuni Syakirah menunduk. Tangannya masih didalam genggaman Ariel.
“Terima kasih kembali sebab sudi jadi suami saya.” Aimuni mengangkat wajahnya memandang Ariel. Lelaki itu ternyata memenuhi janji antara mereka. Tidak dibenarkan mencium dahi dihadapan tetamu!
“Allah tahu apa yang terbaik untuk kita,” balas Ariel lembut. Aimuni Syakirah mengukir senyuman manis khas buat lelaki yang sudah bergelar suaminya itu.
“Temani saya dan bimbing saya ke syurga, insyaAllah. Will you?”
“InsyaAllah, awak.” Ariel mengusap kepala Aimuni Syakirah buat beberapa saat. Veil yang dipakai gadis itu sedikit bergerak dan senget ke kanan. Aimuni Syakirah melarikan kepalanya dengan wajah tidak berpuas hati.
“Saya dah cantik-cantik ni awak buat rosak pulak,” rungut Aimuni Syakirah. Semua yang hadir sudah tersengih-sengih melihat telatah pengantin baru itu.
“Ai…” tegur Nurul apabila Aimuni Syakirah sudah memuncung. Baru kahwin dah nak gaduh. Suka sangat bergaduhlah mereka berdua ni, desis hati Nurul.
“Awak sentiasa cantik pada saya, Aimuni Syakirah,” spontan ayat itu terlontar. Merona merah muka Aimuni Syakirah. Alahai suami aku ni…
“Sudah-sudahlah tu. Tunggu malam nanti pulak,” celah Pak Ngah yang sudah berdiri dibelakang Ariel. Tersipu-sipu Aimuni Syakirah mendengar kata-kata Pak Ngah. Ish, memalukan aku je Pak Ngah ni la!
“InsyaAllah masih boleh bersabar, Pak Ngah,” balas Ariel dengan niat mahu mengusik Aimuni Syakirah. Dush! Naik merah rona muka gadis itu. Blushing!
“Apa awak ni?” Marah Aimuni Syakirah seraya menunduk. Bibirnya diketap geram.
“Gurau je.”
“Tak nak balik lagi ke? Ramai yang dah tunggu pengantin kat rumah tu,” sampuk Pak Lang pula.
“Jomlah semua,” ajak Mak Ngah. Tetamu yang hadir saat akad nikah mereka mula beransur keluar dari masjid itu. Aimuni Syakirah beriringan dengan suaminya itu dengan ditemani Nurul.
Langkah mereka seiring ke kereta. Belum sempat Aimuni Syakirah masuk ke dalam kereta, Pak Ngah datang menghampiri mereka. Bercakap sesuatu dengan Ariel dan bergegas ke kereta bersama Nurul. Wajah Ariel sudah berubah tegang. Aimuni Syakirah mahu bertanya namun suaminya itu menyuruhnya bersegera masuk ke dalam kereta. Gadis itu hanya menurut tanpa banyak kata.
 Doa dibaca dan Ariel mula menghidupkan enjin kereta. Sisi wajah isterinya itu dipandang sekilas. Hatinya tidak putus-putus berdoa agar apa yang mereka rancangkan berjalan dengan lancar. Sungguh dia sayangkan gadis itu. Sungguh dia tidak mahu kehilangan gadis yang sudah 2 tahun menghuni hatinya. Sungguh dia tidak sanggup untuk berada jauh dengan gadis itu setelah sekian lama cuba menambat hati gadis yang keras itu.
“Awak ni kenapa? Berpeluh sakan,” suara Aimuni Syakirah menyedarkan Ariel dari lamunan. Sekilas dia memandang isterinya itu. Matanya mengerling ke belakang. Ariel memerhati van hitam yang sedari tadi mengekori mereka. Siapakah mereka itu? Hati Ariel semakin pantas berdegup.
“Awak sayangkan saya?” Soal Ariel. Tergelak gadis itu mendengar pertanyaan luar syllabus yang mencuit hatinya itu. Selama mereka kenal, itu kali kedua Ariel bertanyakan soalan itu kepadanya. Pertama kali Ariel bertanya adalah sewaktu sebelum lelaki itu datang berjumpa dengan Pak Lang untuk meminta dirinya.
“Kalau saya tak sayangkan awak, tak adanya pengantin perempuan sekarang ni adalah saya,” ujar Aimuni Syakirah dengan berkias. Ariel menghembus nafas berat. Sungguh hatinya terasa berat kala itu. Fokusnya sedikit lari dari pemanduan.
“Awak tak pernah cakap yang awak sayangkan saya,” luah Ariel dengan nada sayu. Aimuni Syakirah kembali tergelak.
“Kena cakap ke? Bukan actions speak louder than words ke?” Balas Aimuni Syakirah yang masih dengan niat tidak mahu mencurahkan rasa hatinya.
“Yelah tapi kadang-kadang perasaan itu perlu diluah dengan kata-kata, awak,” Ariel melirik ke arah gadis itu.
“Kalau awak rasa apa yang saya rasa sekarang ni, awak akan tahu perasaan saya pada awak. Bukan ke kita ni sehati sejiwa?” Usik Aimuni Syakirah dengan maksud kata-katanya yang mendalam. Ariel masih tidak berpuas hati.
“Susah ke nak bagitahu yang awak sayangkan saya seperti mana saya sayangkan awak?” Soal Ariel dengan nada lemah. Aimuni Syakirah tersenyum penuh makna.
“Kita ada masa sepanjang hidup untuk itu, awak.”
“Jika di izinkan Allah.”
“Ya, jika Allah izinkan.”
“So?”
“So? What do you mean by that?”
“Bila awak nak ucap kata-kata keramat tu?”
“Err… Bila tiba masanya.”
“Sooner or later, awak kena jugak bagitahu saya.” Aimuni Syakirah melemparkan pandangan ke luar tingkap kereta. Berat sungguh mulutnya untuk mengucapkan kata-kata yang satu itu.
“Kyra, you know how much I love you, right?” Aimuni Syakirah hanya mengangguk. Sungguh dia failed bila tiba bab perasaan ni. Sorry to say, Ariel. Your wife ni tak pandai nak bagi ayat jiwang tapi insyaAllah akan diusahakan untuk menjadi jiwang buat suami tercinta.
“Ariel, saya terima awak kerana Allah. Saya mahu hidup bersama awak dengan redha-Nya. Jika Dia masih belum meredhai hubungan yang kita bina ni, saya sanggup kehilangan awak daripada kehilangan redha Allah. Saya tidak mampu berjanji apa-apa cuma apa yang saya mampu katakan adalah janji Allah itu pasti. Jika betul awak adalah jodoh saya, sejauh mana kita terpisah Allah akan pertemukan kita kembali. Yakin dengan janji Allah,” ucap Aimuni Syakirah tiba-tiba. Ariel terdiam mencerna. Aimuni Syakirah terdiam memikir.
Suasana di dalam kereta yang tadinya senyap sunyi tiba-tiba riuh dengan suara jeritan Aimuni Syakirah. Kereta mula tidak stabil. Ariel panik namun cuba ditenangkan hati sendiri. Nama Allah tidak lekang dari bibirnya. Dia cuba melarikan keretanya daripada van hitam yang sedari tadi mengekori mereka berdua. Sebaik sahaja tiba disatu simpang, Ariel tidak mampu mengawal keretanya. Nissan Skyline itu terbabas melanggar penghadang jalan.
“Awak… Awak…” Suara Aimuni Syakirah bergetar dengan rasa sakit dikepalanya akibat terhantuk di dashboard kereta. Ariel disebelah hanya diam membisu. Darah merah mengalir di wajah suaminya itu membasahi baju melayu putihnya.
“Ariel, bangun…” Lemah suara gadis itu. Bahu Ariel disentuh dengan susah payah namun lelaki itu langsung tidak memberi respon. Airmata Aimuni Syakirah sudah berguguran. Ya Allah, selamatkan suamiku! Gadis itu membuka pintu kereta yang sudah kemek. Dia berusaha keluar untuk meminta pertolongan.
Langkah kakinya tidak teratur. Terhoyong-hayang namun dia menguatkan semangat untuk terus berjalan mencari seorang manusia yang boleh menolongnya. Semakin jauh kakinya melangkah dari kereta namun sebuah kenderaan pun masih tidak melalui jalan itu lagi. Aimuni Syakirah semakin longlai. Tenaganya sudah tiada. Gadis itu rebah di atas rumput yang meninggi.
“Ariel… Selamatkan suamiku, ya Allah…” Mata gadis itu perlahan-lahan terkatup.

6 comments:

  1. Buat baik2 .. mana tau rezeki kang dpt offer :)

    cewah ...! hhehee..

    Tpi kesian kat ai .. moga3 x de jadi apa2 kat ariel..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe... insyaAllah... amin!
      kita tgk mcm mne nti... ai or ariel? jeng2...

      Delete
  2. btol ckap ri ri 2..bnyk reader mmg suke genre mcm ni, nk2 plak tajuk dh menangkap, x nak la ariel mati, sadis klo cm2 *isk..isk...isk

    ReplyDelete
  3. salam, sy brru singgah=)
    excited nk baca ni, tggu sy abis exam.. hee~
    mcm best^^

    ReplyDelete