Monday, 23 April 2012

Takdir Buat Kita [JIUK] Bab 7



“Kau tak bagitahu dia lagi ke yang kau ni suami dia?” Soal Adib untuk kalu kedua dengan wajah terkejut. Ariel menggeleng perlahan.
What?? Kau gila ke?” Jerit Adib. Segera Ariel menekup mulut sahabatnya itu. Pak guard dihadapan pintu masuk utama sudah menjeling-jeling ke arah mereka dengan curiga.
“Diamlah sikit.” Marah Ariel seraya melepaskan kembali tekupan tangannya dimulut Adib.
“Kau yang buat kerja gila tu kenapa? Kalau dia buat report yang kau culik dia macam mana?” Soal Adib dengan wajah menggelabah.
“Dia takkan reportlah. Kau bertenang okey. Aku tak nak dia marahkan Mak Lang sebab tu aku tak bagitahu dia lagi tentang hubungan sebenar aku dengan dia. Jika dia berhak untuk tahu tentang ni, aku nak orang yang memberitahu kepada dia adalah Mak Lang sendiri,” ujar Ariel tanpa riak takut.
“Ariel, kau memang dah tak betul,” balas Adib. Ariel tersenyum nipis. Dia takkan berani buat report sebab rakaman tu ada dengan aku. Even aku takkan sebarkan video tu tapi Aimuni tentu takut dengan ugutan aku, getus hati Ariel.
“Okeylah. Aku nak pergi belikan sarapan untuk wife aku tu. Mama aku tak ada tanya kau apa-apa ke?” Soal Ariel seraya menapak ke pintu utama Syarikat Haya Holdings. Adib yang mengekori langkah Ariel dengan matanya hanya menggeleng kepala.
“Dia tak ada call pulak sejak flight ke Tokyo,” balas Adib dengan suara meninggi apabila jarak Ariel semakin menjauh. Lelaki itu mengangkat tangan tanpa berpaling ke belakang menandakan bahawa dia mendengar apa yang diperkatakan oleh Adib.
Sebaik sahaja kelibat Ariel menghilang, kelibat Suhana pula muncul. Adib memerhati langkah gadis yang sudah menjadi mimpi indahnya setiap malam itu. Baju kurung kuning air yang dipadankan dengan tudung putih menyerlahkan keayuan gadis itu. Tanpa sedar Adib mengukir senyum. Ummi, bakal menantu ummi memang cantik!
“Assalamualaikum, Encik Adib. Selamat pagi,” sapa Suhana ramah. Senyuman tidak lekang daripada wajahnya. Bertuahnya aku kalau dapat Su ni, getus hati Adib.
“Wa’alaikumsalam. Selamat pagi, Su. Awal sampai hari ni,” ujar Adib seraya mengatur langkah seiringan dengan Suhana menuju ke arah lif.
“Alhamdulillah, pagi ni abang saya yang hantar. Tak perlu nak tunggu bas,” jawab Suhana penuh sopan. Senyuman Adib semakin melebar.
“Abang sayang ke?” Soal Adib dengan nada bergurau walhal dalam hati dah rasa mahu menangis kalau jawapan Suhana adalah ya!
“Ish… Taklah. Saya ni mana ada orang nak, encik. Abang kandung saya yang hantarkan,” jawab Suhana dengan wajah merona merah. Adib meraup mukanya tanda bersyukur secara sembunyi-sembunyi.
“Maknanya saya ada peluanglah ni?” Selamba Adib bertanya. Makin memerah wajah Suhana kala itu. Kakinya melangkah masuk ke dalam lif sebaik sahaja pintu lif terbuka. Adib mengekori dari belakang. Mereka berdiri bersebelahan namun masih juga menjaga jarak antara mereka.
“Su?”                                                                                                                               
“Ya?”
“Saya ada peluang ke?” Soal Adib buat kali kedua. Suhana menunduk. Nasib baiklah hanya ada mereka berdua kala itu.
Sebaik sahaja pintu terbuka di tingkat 5, Suhana mendahului Adib melangkah keluar. Setelah melangkah beberapa tapak, Suhana berhenti namun masih membelakangi Adib yang turut sama terhenti.
“Dah lama saya tunggu encik tanya soalan macam tu tapi saya masih tak boleh jawab lagi,” ujar Suhana. Adib mengeluh hampa.
“Tapi kenapa?”
“Encik kena jumpa parents saya dulu,” jawab Suhana lalu segera berlalu ke mejanya. Dia terasa mukanya tebal apabila mengucapkan kata-kata itu. Adib sudah menjerit kesuakaan tanpa menghiraukan pandangan staffnya. Ummi, menantu sulung ummi is coming soon!

Aimuni memerhati hiasan dalaman rumah Adib. Ada beberapa gambar Adib dan keluarganya serta teman-teman Adib tersusun di dalam almari disebelah televisyen. Direnung satu persatu gambar itu. Terasa sedikit kelainan apabila melihat wajah-wajah teman Adib. Ini rumah Adib tapi kenapa lelaki psycho tu bawak aku ke sini?
Gadis itu melabuhkan punggungnya ke atas sofa seraya memerhati ke segenap ruang tamu itu. Teringat peristiwa malam tadi sewaktu dia dan Ariel bergaduh merebut katil. Ariel tidaklah sejahat yang disangka tapi dia memang lelaki psycho!
“Awak tidur je kat lantai kalau tak nak kongsi katil dengan saya,” ujar Ariel selamba seraya berbaring di atas katil king size itu. Katil ni punyalah besar, dia tak nak kongsi dengan aku pulak, rungut Ariel sendirian.
“Kau gila ke?”
“Jangan jerit boleh tak? Saya tak pekak lagi dan saya tak GILA!” Balas Ariel geram. Wajah isterinya yang masih bertudung itu dipandang tajam. Gadis itu dilihatnya berundur menjauhi katil.
“Kau bukan suami aku,” jawab Aimuni perlahan. Ariel tersedar. Ya, gadis itu masih tidak tahu keadaan sebenarnya. Akhirnya Ariel mengalah. Dia membawa diri ke bilik Adib. Malam itu Aimuni menangis semahu-mahunya di atas sejadah. Dia meluahkan segala-gala keperitan yang dirasanya kepada Allah. Sungguh dia hanyalah seorang hamba yang lemah!
Aimuni tersentak kala bunyi tombol pintu dipulas dari luar. Lelaki psycho! Segera gadis itu berlari masuk ke bilik dan mengunci pintu bilik dari dalam. Peristiwa semalam yang dirakam oleh Ariel masih menjadi igauan ngerinya.
“Aimuni Syakirah, jom breakfast!” Ajak Ariel dengan laungan dari dapur. Aimuni senyap sunyi di dalam bilik. Mendengar suara itu seperti mendengar suara Voldemort di dalam cerita Harry Potter. Nasib baiklah Voldemort versi Tanah Melayu ni handsome. Kalau tidak dah lama Aimuni pengsan!
“Sayang, jangan buat sampai saya paksa awak,” ugut Ariel dengan nada lembut. Aimuni sudah cuak. Modal Ariel memang selalu menjadi igauan ngeri yang teramat ngeri padanya.
“I’m coming!” Laung Aimuni seraya bergegas mendapatkan Ariel dimeja makan. Lelaki itu sudah siap menyediakan segala kuih-muih yang dibelinya. Terbeliak mata gadis itu memandang.
“Kenapa?” Soal Ariel pelik bila melihat mulut Aimuni terlopong. Gadis itu tersentak. Matanya dialih memandang wajah Ariel. Eh, dah potong rambut?
“Kyra, awak ni kenapa? Tengok saya macam tengok alien je,” tegur Ariel lagi apabila wajahnya menjadi santapan mata gadis itu. Aimuni berdehem beberapa kali sebelum mengambil posisi yang jauh dari Ariel.
“Bukan alien tapi psycho!” Balas Aimuni dengan nada perlahan namun masih dapat didengari oleh lelaki itu. Ariel tersenyum meleret.
“Kau nak derma kat anak-anak yatim ke makanan banyak-banyak ni?” Soal Aimuni dengan nada mengejek. Ariel mengangguk laju seraya mengangkat tangan untuk membacakan doa. Aimuni memerhati gerak laku Ariel sebelum dia turut sama menadah tangan.
“Nanti kita bawak ke rumah Anak-Anak Yatim Desa Permint. Dah lama kita tak ke sana,” ujar Ariel selamba. Aimuni terdiam. Hatinya terasa sesuatu perasaan yang asing.
“Kau selalu ke sana?” Soal Aimuni dengan nada lembut. Ariel mengukir senyum.
“Ya. Someone yang saya sayang selalu ke sana. Dia sayang sangat kat budak-budak tu. Mereka rapat sehinggalah…” Ariel terhenti. Aimuni memandang raut wajah lelaki itu yang sudah berubah. Sedihkah dia?
“Siapa?” Soal Aimuni tanpa menghiraukan perubahan wajah Ariel. Sungguh dia berminat untuk tahu.
“Awak.” Aimuni tersentak. Aku?
Someone yang macam awak. Muka dia, perangai dia. Everyting is same!” Tambah Ariel lagi. Aimuni mengangguk faham. Adakah Ariel terlalu rindukan ‘someone’ itu sehingga sanggup menculiknya? Mungkinkah Ariel menjadi psycho kerana ‘someone’ itu?
“Siapa dia pada kau?”
She’s my wife.” Anak mata Ariel menikam pandangan mata Aimuni. Terasa arus eletrik mengalir ke segenap urat sarafnya saat itu. Aimuni sudah tidak keruan. Matanya segera dilarikan ke arah beberapa jenis kuih yang dihidangkan Ariel. Semuanya adalah kuih yang disukainya. Adakah kegemaran kami sama? Aimuni pening memikirkan kemungkinan itu.
“Mana dia sekarang?” Soal Aimuni lagi. Ariel tergelak kecil.
“Kat depan saya ni,” balas Ariel seraya mencapai kuih donat dan disumbat ke dalam mulut. Alhamdulillah, sedapnya!
“Mengarut!” Balas Aimuni. Dia mula mencapai kuih karipap dan mula menikmati breakfastnya tanpa menghiraukan Ariel.
“Awak tak nak nasi lemak ke? Kalau nak nanti kita stop kat kedai sebelum ke rumah anak-anak yatim,” ujar Ariel. Aimuni hanya menggeleng. Ariel pelik. Selalunya Aimuni yang mengajaknya makan makanan berat setiap kali mereka breakfast namun kali ini berlainan sekali.
“Aku dah kenyang ni,” jawab Aimuni selamba seraya berdiri dengan niat mahu ke bilik.
“Awak baru je makan karipap dah kenyang?”
“Ya.”
Aimuni melintasi Ariel yang masih duduk menikmati kuihnya. Beberapa langkah membelakangi Ariel, dia terhenti lantas berpusing mengadap lelaki itu.
“Kau tak letak ubat pengasihkan?” Soal Aimuni selamba. Ariel tesedak. Apa jenis soalan bini aku ni? Wajahnya dipusing ke belakang memandang Aimuni.
“Saya tak perlu guna ubat pengasih sebab hati awak dah ada dengan saya,” jawab Ariel dengan yakin. Aimuni mencebik lantas berlari anak ke bilik tetamu. Ariel tersenyum meleret. Jangan perkecilkan cinta saya, Kyra.
p/s : komen anda amat diperlukan... enjoy reading!

6 comments:

  1. best nya kak best nye kak <3
    ta sabar next chapter ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe... sabar2... nti akaq post next en3 okeh...

      Delete
  2. nak follow cita nie... ahaha.. x bley tahan ayat kyra tu. "Kau tak letak ubat pengasihkan?" adoi...senak pipi nie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe... kalu ariel letak ubat pengasih mmg kyra xkn balik umah dah nanti... ^_^

      Delete
  3. sengal je ai ni . ada ka patut kata ariel letak ubat pengasih ... punya la rasa nak gelak . gerenti Ariel sentap dengar apa yg ai ckp..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha... sentap la jgk.. ubat pengasih kot... klu ubt panadol xpe jgk...

      Delete