Ariel melangkah masuk ke rumah itu setelah waktu menunjukkan ke angka 8 malam. Ruang apartment Adib ternyata gelap tanpa cahaya. Lelaki itu memetik suis lampu. Ruang yang tadinya gelap kembali cerah. Kelibat Aimuni tidak kelihatan.
“Kyra…” Panggil Ariel namun tiada sahutan. Nasi yang dibungkus itu dibawa ke dapur. Peti sejuk dibuka. Hanya terdapat air Peel Fresh dan beberapa jenis buah sahaja di dalam peti sejuk itu.
“Kyra, come here. Saya ada belikan awak makanan ni,” laung Ariel dari dapur namun Aimuni masih juga tiada tindak balas. Ariel sudah panik. Takkanlah Kyra lari? Segera lelaki itu berlari anak ke bilik tetamu yang hanya beberapa langkah dari dapur.
Bilik itu gelap gelita. Tiada suara tangisan yang kedengaran. Lampu utama dibuka. Aimuni berpeluk tubuh di atas katil. Mata gadis itu tertutup rapat. Tidur rupanya, desis hati Ariel. Dia mengeluh lega. Dia melangkah mendekati Aimuni. Bahu Aimuni disentuh lembut.
“Kyra, bangun,” kejut Ariel namun gadis itu masih senyap.
“Kyra sayang, wake up.” Tangan gadis itu bergerak. Dahinya berkerut. Siapa pulak ni? Abah tak pernah kejutkan aku tidur. Selalunya ibu je. Matanya dibuka perlahan-lahan.Senyuman Ariel menyapa. Gadis itu tersentak. Pantas dia bingkas bangun dan menjauhkan diri daripada lelaki itu.
“Kau nak apa?” Soal Aimuni kasar. Ariel masih mengukir senyuman manis buat isterinya.
“Jom makan.”
“Aku tak lapar.” Ariel mencebik tidak percaya namun dia tidak mahu ambil endah. Jika gadis itu lapar, tak perlu susah payah memaksa kerana dia yakin Aimuni akan meminta nanti.
“Awak dah solat ke ni?” Aimuni menggeleng. Terbeliak mata Ariel.
“Asar tadi?” Aimuni menggeleng lagi. Ariel terasa bersalah. Bersalah kerana meninggalkan gadis itu ditempat yang asing bagi Aimuni.
“Dah cepat pergi ambil wudhu’. Dah nak masuk Isya’ ni. Nanti saya cari kain telekung,” arah Ariel seraya berlalu ke bilik Adib. Almari lelaki itu di geledah tanpa meminta kebenaran. Namun masih juga tidak ketemu apa yang dicari. Nombor Adib didail. Talian bersambung.
“Di, mana kain telekung ummi kau?” Soal Ariel tanpa memberi salam. Adib menggeleng kepala tanpa sedar. Dia yang masih berada di pejabat kala itu menyandar badan ke kerusi. Rasa penat menguasai diri.
“Ada kat dalam bilik sebelah bilik tetamu tu. Ummi aku simpan dalam almari kalau tak silap,” jawab Adib. Serentak itu juga Ariel memutuskan talian. Adib terpinga-pinga. Apalah mamat ni. Aku buang kat dalam laut jugak mamat ni karang!
Kain telekung milik ummi Adib yang sesekali menginap di situ dicapai. Segera dia berlalu ke bilik tetamu kembali. Aimuni dilihatnya sudah siap menanti dengan wudhu’. Sejadah dibentangkan untuk isterinya itu. Aimuni hanya memandang tingkah Ariel. Lelaki sejahat Ariel itu pun solat jugakah?
“Jangan lupa ganti solat Asar tadi,” pesan Ariel lembut. Aimuni hanya terdiam menunggu Ariel berlalu namun lelaki itu dengan senang hati menuju kea rah katil dan berbaring disitu. Aimuni mengetap bibir menahan geram. Tanpa mempedulikan Ariel, telekung itu dipakai.
“Cepat sikit. Waktu dah nak habis ni,” tegur Ariel apabila Aimuni masih berhempas pulas membuang tudung di dalam keadaan berkelubung dengan kain telekung. Aimuni mendengus geram. Di dalam hatinya sudah berbakul-bakul kata-kata dilemparkan kepada Ariel.
Usai solat, Aimuni melipat telekung dan sejadah yang digunakan dan meletakkan diatas meja disisi katil. Ariel dilihatnya sudah tertidur. Wajah Ariel diteliti seketika. Janggut nipis yang meliar disekitar dagunya membuatkan pandangan Aimuni serabut apatah lagi dengan rambut panjangnya yang tidak terurus. Nasib baiklah kumisnya tiada. Hanya janggut yang meliar menampakkan lelaki itu memang tidak menjaga dirinya. Bukan dia tidak suka lelaki yang berjanggut tetapi biarlah janggut itu dipelihara dengan baik.
Aimuni memberanikan diri melangkah keluar daripada bilik itu. Perutnya sudah berkeroncong. Kakinya dihala ke arah dapur. Sekilas matanya terpandang sebungkus nasi di atas meja. Alhamdulillah, rezekinya!
“Makan tak ajak,” sampuk Ariel tiba-tiba. Aimuni tersedak sehingga terbatuk-batuk. Kelam-kabut gadis itu mencari air untuk diminum. Ariel segera mencapai air Peel Fresh di dalam peti sejuk dan dihulurkan ke arah Aimuni yang sudah merah padam mukanya. Tanpa menggunakan gelas, gadis itu meneguk air dengan rakus. Terlopong Ariel seketika melihat aksi spontan isterinya itu namun tangannya pula spontan menggosok belakang gadis itu.
“Kau ni apahal? Nak bunuh aku ke?” Soal Aimuni marah. Tangan Ariel yang menggosok belakangnya ditepis dengan badan kasar. Mahu rasanya dia menyumbat mulut Ariel dengan kerusi sehingga mulut itu terkoyak. Argh! Geram! Benci!
“Sorry, saya tak sengaja,” pinta Ariel. Aimuni menjeling tajam. Tanpa mempedulikan pandangan Ariel yang masih tercegat di belakangnya, gadis itu meneruskan suapan hingga habis nasi satu bungkus.
Plastik dan pembungkus makanan dibuang ke dalam tong sampah. Tangannya dicuci. Air Peel Fresh tadi kembali dimasukkan ke dalam peti sejuk. Setelah yakin meja makan itu tiada sisa-sisa nasi, dia berlalu ke ruang tamu tanpa menghiraukan Ariel. Dia menghenyakkan tubuhnya di atas sofa. Kelibat Ariel yang menuju ke arahnya dipandang dengan ekor mata. Lelaki itu mengambil posisi yang sedikit jauh darinya. Aimuni mengeluh lega.
“Nah, handphone awak,” ujar Ariel seraya meletakkan handphone Nokia ke atas meja. Tangannya mencapai remote yang turut berada di atas meja itu dan membuka siaran televisyen. Melopong Aimuni melihat barang miliknya berada dengan Ariel. Baru dia teringat tentang beg sandangnya.
“Kau tak ada hak nak ambil barang aku!” Marah Aimuni. Handponenya dicapai. Dibelek-belek seketika sebelum dia menjerit terkejut. Ariel yang sedang leka menonton bola terkejut. Apa kena dengan bini aku ni? Sawan ke?
“Kenapa semua nombor hilang? Ni siapa pulak Hubby Cayang ni?” Soal Aimuni geram. Matanya mencerlung ke arah Ariel. Langung tidak diendah perasaan takut terhadap lelaki itu. Apa yang penting, keadilan bagi pihak barang-barang peribadinya dapat dituntut!
Ariel hanya tersengih. Dia mengeluarkan handphonenya dan mendail nombor seseorang. Lagu Terukir Di Bintang yang dinyanyikan oleh Yuna kedengaran dari handphone Aimuni. Terbeliak mata gadis itu melihat pemanggil yang tertera diskrin handphonenya. Hubby Cayang dan wajah Ariel. Apa kes?? Sejak bila Ariel jadi hubby dia?
“Apa ni? Kau gila ke?” Jerkah Aimuni. Segera dia mematikan talian. Tangannya sibuk menekan butang-butang dihandphone dengan niat untuk memadam nombor Ariel. Ariel segera merapati isterinya. Tangan gadis itu yang memegang handphone dicapai.
“Jangan delete.” Larang Ariel namun tidak diendahkan oleh Aimuni. Tangan Ariel ditepis kasar. Dia masih berkeras mahu memadamkan nombor suaminya itu. Ariel jadi geram dengan tingkah Aimuni. Badan gadis itu di tolak ke sofa. Handphone gadis itu segera diambil dan dicampakkan ke sofa sebelah. Aimuni sudah pucat. Mula menyesali tindakan degilnya sendiri.
“Oleh kerana awak ni degil so, saya kena cari conclusion untuk buat awak dengar segala arahan saya,” ujar Ariel dengan wajah nakal. Kedua-dua tangan Aimuni digenggam erat untuk menghalang gadis itu daripada bangun.
“Apa kau nak buat ni?” Soal Aimuni dengan sisa-sisa keberanian yang masih tinggal di dalam dirinya.
“I want to tie you with me until both of us die,” jawab Ariel dengan senyuman meleret. Aimuni sudah menggelabah.
“Please. Jangan apa-apakan aku,” rayu Aimuni. Airmatanya sudah mula mengalir.
“No, sayang. Saya takkan buat jahat pada awak cuma sedikit pengajaran sebab awak langgar arahan saya,” balas Ariel selamba. Wajahnya didekatkan ke wajah Aimuni. Gadis itu menggelengkan kepalanya beberapa kali. Ariel mula hilang sabar. Ditarik gadis itu agar berdiri dan mendorong gadis itu ke dinding. Aimuni tersekat di antara dinding dan badan sasa Ariel. Tangan Aimuni segera menjadi penghalang jarak antara mereka. Gadis itu semakin kuat menangis ketakutan.
“Janganlah nangis. Saya tak buat apa-apa pun lagi. Rileks okey,” usik Ariel seraya tersenyum manis. Pergh! Comel betul la bini aku ni.
Wajah Aimuni diusap-usap. Matanya jatuh kepada bibir gadis itu. Tiba-tiba idea nakalnya datang. Handphone di dalam kocek di ambil dan di set ke mode video. Aimuni memerhati tindakan Ariel. Apa pulak mamat ni nak buat? Dia menolak dada lelaki itu sekuat hati namun sedikit pun tidak berganjak malah jarak antara mereka semakin dekat.
“Lepaskan akulah!” Jerit Aimuni.
“Senyaplah. Bising betul awak ni,” ujar Ariel dengan suara perlahan. Tangan kirinya menghalakan kamera handphone ke arah mereka berdua untuk merakam aksi mereka.
“Awak nak buat apa ni?” Soal Aimuni dengan nada sedikit bergetar. Rasa takut menguasai dirinya. Sahlah Ariel ini lelaki psycho!
Badan Ariel disandar ke badan Aimuni agar gadis itu tidak terlepas daripadanya. Tangan kanannya memegang dagu gadis itu kemas. Wajahnya dirapatkan. Dapat dirasa hangatnya nafas Ariel kala itu. Aimuni menjerit seperti diserang histeria. Dia tidak sanggup menjadi mangsa lelaki psycho seperti Ariel. Dalam keterpaksaan bibir Ariel menyentuh bibirnya. Lama. Sangat lama sehingga Aimuni seperti kehilangan oksigen.
Ariel melepaskan bibir isterinya itu dengan senyuman puas. Handphonenya dibelek-belek sebelum menunjukkan rakaman tadi kepada Aimuni. Gadis itu menolak Ariel menjauhinya. Wajahnya menunjukkan bahawa dia benar-benar membenci Ariel saat itu. Ya Allah, ujian apakah ini? Tabahkan hatiku, ya Allah.
“Saya akan sebarkan video ni kalau awak berani langgar arahan saya. Ingat tu!” Ugut Ariel. Wajah merah Aimuni dipandang dengan rasa kasihan namun apakan daya, dia tidak mahu melepaskan Aimuni begitu sahaja. Aimuni adalah miliknya dengan izin Allah!
“Jom solat. Isya’ dah masuk.” Ajak Ariel seraya mencapai tangan Aimuni agar menurutinya ke bilik tetamu. Aimuni hanya menurut dengan langkah longlai. Sungguh dia tidak mengerti dengan perangai lelaki psycho itu!
Ammar tidak betah begitu. Sungguh dia risaukan Aimuni. Wajah Mak Lang yang tampak tenang itu menjadi tanda tanya kepada Ammar. Takkan Mak Lang tak risau langsung? Bukankah Mak Lang sangat sayangkan Aimuni?
“Mak Lang tahu ke Aimuni ke mana?” Soal Ammar. Wajahnya betul-betul menunjukkan bahawa dia amat risaukan Aimuni.
“Dia ke rumah kawan dia,” balas Mak Lang. Syafiqah yang baru keluar dari dapur dengan menatang dulang hanya mengerling ibunya sekilas. Dulang diletak ke atas meja dengan berhati-hati. Cawan berisi air dihulur ke arah Ammar. Lelaki itu mencapainya dan meletakkan kembali ke atas meja. Tiada niat mahu meminumnya.
“Tapi kenapa handphone dia dimatikan?”
“Dia tak nak orang ganggu dia,” jawab Syafiqah bagi pihak ibunya. Ammar mengeluh berat. Hatinya berasa tidak sedap.
“Are you sure, Iqah?”
“Abang, kalau Iqah tak sure Iqah takkan duduk je bersantai kat rumah ni. Kami pun sayang jugak kat Ai tu,” ujar Syafiqah dengan nada menyindir. Ammar terdiam.
“Err.. Pak Lang mana?” Soal Ammar setelah agak lama berdiam diri.
“Pak Lang pergi surau. Am ni baru habis kerja ke?” Soal Mak Lang kembali. Ammar mengangguk. Teringat janjinya dengan Aimuni untuk membawa gadis itu bersiar-siar ke Kampung Cina namun dek kerana kesibukannya janji itu hanya tinggal janji.
“Ya, Mak Lang. Am terus datang sini lepas kerja habis,” jawab Ammar. Akhirnya air yang terhidang dihadapannya diteguk jua.
“Abang dah makan ke?” Soal Syafiqah. Selendang yang dipakainya nampak sesuai dengan wajah gadis itu yang bujur sirih.
“Belum.”
“Iqah, pergi siapkan makanan untuk abang Am ni. Abah tu rasanya balik lewat malam ni kalau tunggu nak makan sekali dengan dia pun,” ujar Mak Lang seraya memandang anaknya sekilas. Syafiqah mengangguk lantas berlalu ke dapur.
“Kamu dah Isya’ ke ni?” Soal Mak Lang apabila melihat Ammar membuka butang lengan baju kemejanya.
“Belum lagi, Mak Lang.”
“Pergi solat dulu.”
“Baik, Mak Lang,” balas Ammar patuh. Lelaki itu bergegas ke dapur untuk ke bilik air.
Mak Lang termenung jauh mengenangkan Aimuni. Apa yang sedang Aimuni lakukan sekarang? Adakah Ariel sudah membeitahu Aimuni segala-galanya? Marahkah Aimuni padanya kerana menyembunyikan hal itu? Ya Allah, apa yang hamba lakukan ini adalah semata-mata untuk kebaikkannya namun hamba tahu perancangan dan penjagaannyaMu terhadap Aimuni adalah yang terbaik!
hahaha..ugut bini sendiri. X leh blah betul ariel nie...siap rakam lagi.. adess.. lenguh mulut asyik senyum bila baca cerita ariel dgn kyra nie. :D
ReplyDeletehehe... ariel tu mmg... psycho bak kata Ai/Kyra...
Delete