Kereta Nissan GTR meluncur laju di atas jalan raya menuju ke Rumah Anak-Anak Yatim Desa Permint. Aimuni yag berada di seat sebelah Ariel diam membatu. Masih terasa malu dan segan apabila mengingati peristiwa yang berlaku di ruang tamu rumah Adib. Ariel pula memandu keretanya dengan tenang. Dia begitu leka mendengar lagu Kisah Hati yang dinyanyikan oleh Alyah. Aimuni di seat sebelah langsung tidak dipandang. Fokusnya terarah ke jalan raya.
Hatiku hatimu menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu menyempurnakan aku
Kehadiran Aimuni di dalam hidupnya melengkapkan kekurangan dirinya. Bukankah setiap pasangan itu saling lengkap melengkapi? Bersama Aimuni seakan memberi kehidupan baru yang berbeza kepadanya. Gadis itu banyak mengajarnya mengenai kehidupan yang selama ini di ambil remeh olehnya. Bak kata Aimuni, Ariel anak orang kaya yang tidak pernah merasa susah dan kerana itulah dia tiada pengalaman hidup sebenar.
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir
Sungguhlah dia pernah merasa cinta antaranya dan Aimuni akan terkubur begitu sahaja saat menerima berita bahawa isterinya itu hilang dan tidak dapat ditemui. Namun, kenangan bersama Aimuni membangkitkan semangatnya. Dia tidak sanggup kehilangan isteri yang baru sahaja beberapa jam dinikahinya itu.
Siaran radio segera ditukar. Dia tidak mahu mendengar dengan lebih lama lagu itu. Aimuni sudah memandangnya dengan pandangan pelik namun tidak diedahkan oleh Ariel. Suara DJ radio Terengganu FM kedengaran ramah membicarakan soal Tanya Pada Hati.
“Jodoh itu adalah ketentuan Allah. Seperti kata Ashadi Zain, walau digenggam kuat, andai ia bukan milik kita ia terlepas jua. Walau ditolak ke tepi, andai ia untuk kita ia mendatang jua. Itulah namanya jodoh. Wallahua’lam. Jom kita sama-sama layan lagu Kisah Hati daripada Alyah. Semoga petang anda terus ceria dan…”
Bicara DJ Aisya mati apabila Ariel mematikan terus siaran radio itu. Apa kes asyik keluar lagu sama je? Ingat telinga aku ni tak cair ke? Mulut Ariel terkumat kamit sendirian memprotes apa yang menjadi ketidakpuasan hatinya.
“Kau ni kenapa? Dah sawan ke?” Soal Aimuni seraya berpaling memandang Ariel.
“Jangan sibuk.” Ujar Ariel. Moodnya sudah hilang untuk melayan Aimuni kala itu. Aimuni pula mencebik tanpa kata. Mamat ni memang dah puas hidup agaknya. Aku sekeh jugak mamat ni karang lepas tu campak masuk dalam laut tu laju-laju bagi kat ikan jaws!
“Kau ni tak ada rumah sendiri ke?” Soal Aimuni tiba-tiba. Ariel berpaling maut memandang Aimuni seketika sebelum pandangannya di alih ke jalan raya kembali.
“Kenapa awak tanya macam tu?” Soal Ariel.
“Yelah, apartment tu bukan apartment kau kan? Apartment kawan kau yang bersama kau masa kita jumpa kali pertama kat hospital dulu,” jawab Aimuni. Pandangan gadis itu ditala ke luar tingkap.
“A’ah. Dia punya. Saya mana ada rumah sendiri.”
“Kau tak kerja ke?” Soal Aimuni lagi. Dia memandang Ariel kembali. Merenung wajah lelaki itu yang berjanggut sedikit dan bercermin mata tanpa bingkai. Mamat psycho yang rabun!
“Saya tanam anggur kat belakang rumah mama.”
Aimuni mengerutkan dahi. Tanam anggur? Menganggur ke mamat ni? Aish… Patut pun tak sibuk macam orang lain! Not my type!
“Kenapa pandang saya macam tu? Not your type erk?” Soalan Ariel mengejutkan Aimuni. Macam mana dia tahu?
“No comment.”
“Awak nak ada rumah sendiri ke? Nanti saya hadiahkan untuk awak okey. Rumah kita.” Aimuni mencebik. Kerja pun tak ada, nak bagi rumah kat aku pulak. Macamlah dia tu kaya!
“Aku boleh beli sendiri rumah aku. Tak perlu kau susah-susah belikan untuk aku and one more thing, rumah masing-masing okey bukan rumah kita!” Tegas Aimuni. Terasa sedikit ketenangannya tergugat saat mendengar Ariel mengatakan ‘rumah kita’.
“Awak ni suka cari gaduh dengan saya. Dari dulu sampai sekarang tak habis-habis dengan perangai suka cari kesalahan saya,” rungut Ariel.
Aimuni pula terdiam. Dulu? Aku suka gaduh dengan mamat ni ke? Pandangannya dilontar ke luar tingkap kereta. Wajahnya yang sedikit mendung berubah tiba-tiba menjadi ceria apabila kereta Ariel membelok masuk ke perkarangan rumah anak-anak yatim. Terasa dia kembali ke sebuah tempat yang sering dirinduinya. Terasa tempat itu begitu dekat dihatinya.
Gadis itu segera keluar daripada perut kereta sebaik sahaja kereta diparking di depan bangunan berwarna hijau dan agak lama itu. Matanya meliar ke kawasan sekitar. Ariel yang sudah tercegat berdiri disebelah langsung tidak diendah sehinggalah lelaki itu menarik manja hidungnya. Terjerit kecil Aimuni.
“Apa ni?” Soal Aimuni dengan wajah tidak berpuas hati. Ariel tersengih nakal.
“Awak comel.” Aimuni mencebik mendengar pujian Ariel. Badannya dijarakkan sedikit daripada lelaki itu. Haruman minyak wangi Ralph Lauren Blue yang dipakai lelaki itu sedikit menggugat hatinya.
“Jom masuk,” ajak Ariel lantas menarik tangan Aimuni dan digenggamnya erat. Terkial-kial gadis itu menurut langkah Ariel. Hampir sahaja dia terpijak kain sendiri.
“Weh, slow sikit tak boleh ke? Kalau kau nak jalan laju-laju, tolong lepaskan tangan aku,” ujar Aimuni geram. Langkah Ariel terhenti dihadapan pintu masuk kebangunan yang tertera nama rumah anak-anak yatim itu. Dia memandang Aimuni. Senyuman terukir diwajahnya.
“Jadi awak tak kisahlah saya pegang tangan awak asalkan saya jalan slow?” Soal Ariel dengan nada mengusik. Aimuni memandang Ariel tajam.
“Kalau aku marah pun bukan kau dengar. Kau tu bukan faham tentang halal haram!” bidas Aimuni kasar seraya merentap tangannya namun genggaman tangan Ariel semakin erat. Wajah lelaki itu sedikit berubah apabila dituduh begitu. Mahu sahaja dia berkata bahawa jika Aimuni bukan isterinya, dia pun tidak teringin mahu memegang tangan itu.
“Dah. Jangan nak banyak cakap. Saya kiss awak kat sini nanti,” ugut Ariel lantas menarik tangan Aimuni untuk masuk ke dalam bangunan itu. Gadis itu menurut. Bimbang jika Ariel melakukan perkara yang diugutnya kerana dia sedikit-sedikit sudah memahami perangai lelaki itu. Jika itu yang dikata olehnya,itulah yang akan dilakukannya. Lelaki itu memang tidak makan saman!
*****
Aimuni tergamam. Permintaan kanak-kanak riang yang mahu bergambar bersama-samanya tidak mendatangkan masalah namun jika bergambar bersama dengan Ariel memang menjadi masalah besar. Apatah lagi melihat wajah gatal lelaki itu yang sudah tersengih-sengih bagai kerang busuk. Mahu sahaja Aimuni melempar tepung pada wajah itu.
“Kalau ambil dengan abang Ariel je tak boleh ke?” Soal Aimuni. Seorang gadis kecil yang bernama Adawiyah mula memuncung.
“Tak nak! Awiya nak abang dengan kakak,” ujar gadis berusia 6 tahun itu. Kanak-kanak yang lain menyokong. Aimuni pening kepala. Jika mereka semua ini sudah matang, tidak perlulah rasanya dia menurut kerana budak yang sudah matang pastinya boleh meneka bahawa dia tidak sukakan Ariel!
“Okey. Kita ambil gambar sekali dengan kakak,” putus Ariel tanpa bertanya Aimuni. Terbeliak gadis itu memandang Ariel yang sedang meriba Risya.
“Jom, sayang.” Ajak Ariel namun Aimuni membatu di atas kerusi yang tersedia di dalam bilik darjah sederhana besar itu.
“Tak nak!” Balas Aimuni. Handphone Ariel yang sudah dipasang kamera itu bagai menarik-narik kembali ingatan Aimuni terhadap peristiwa sewaktu lelaki itu.. Argh! Dia tidak sanggup jika peristiwa itu berulang kembali! Kasihan pada bakal suaminya nanti. Awak, walau dimana awak berada dan siapa pun awak, ketahuiah bahawa lelaki ini yang memaksa saya! Dia lelaki psycho!
Ariel meletakkan Risya di atas kerusi dan mendapatkan Aimuni. Sebaik sahaja tiba dihadapan gadis itu, dia melutut menjadikan paras mata mereka setentang. Aimuni dapat merasakan debaran didadanya apatah lagi apabila dia gagal menentang panahan mata Ariel.
“Kesian kat budak-budak tu. Jomlah,” pujuk Ariel. Tangan Aimuni yang berada di atas peha gadis itu digenggam erat. Kanak-kanak riang mula bersorak gembira melihat kemesraan abang dan kakak mereka.
“Kau sajalah yang bergambar. Aku tak nak.”
“Awak jangan degil macam ni boleh tak? Kasihan kat mereka. Kita dah lama tak datang jenguk ke sini. Awak tengok Risya. Dulu dia paling rapat dengan awak tapi sekarang, dia langsung tak nak pandang awak. Kenapa? Sebab awak dah tak mesra macam dulu!” Aimuni menunduk mendengar kata-kata Ariel. Betul kata lelaki itu. Risya memang tidak mahu memandangnya sejak dari mula dia masuk ke kelas itu untuk bertemu mereka.
“Aku cakap aku tak nak, maknanya memang aku tak naklah!” Ujar Aimuni tegas. Dia tidak mahu beralah. Bukan niatnya mahu mengabaikan perasaan kanak-kanak itu tapi dia tidak mahu kerana pujukan dan kata-kata Ariel membuatkan dia setuju.
“Aimuni Syakirah, awak nak dengar cakap saya atau awak nak saya bagi baby free kat awak sekarang ni jugak? Awak nampak bilik kerja Cik Nabila kat sebelah ni? Karang saya angkut awak pergi sana,” ugut Ariel. Tangan Aimuni dielus lembut. Nadanya kedengaran perlahan namun tegas. Aimuni sudah kecut perut. Segera dia bersetuju. Ariel tersenyum menang.
Mereka bergambar bersama-sama namun kebanyakan gambar adalah gambar Ariel bersama Aimuni. Lelaki itu tersenyum ceria disamping Aimuni yang bagaikan anak patung. Tanpa senyuman dia berdiri disebelah Ariel dan Adawiyah begitu teruja mengambil gambar mereka berdua.
“Dahlah, Awiyah. Banyak dah gambar tu. Nanti penuh satu memori handphone tu dengan gambar kami,” ujar Aimuni setelah penat berdiri mengambil gambar dalam pelbagai posisi.
“One more, kakak. Kali ni yang lagi sweet, okey,” sampuk satu suara dari luar kelas. Tersengih Nida dan Aida di luar kelas. Ariel melambaikan tangan ke arah mereka berdua.
“Sweet?” Aimuni sudah runsing. Ariel tersengih. Dia faham benar kenakalan adik-adiknya itu. Mereka pantang melihat Aimuni diganding bersamanya, mulalah dia mengusik. Jika dulu mereka hanya boleh mengusik biasa-biasa sahaja kerana ikatan antara Aimuni dan Ariel masih tidak terikat namun kini semua itu sudah berubah. Ariel dapat meneka niat nakal mereka berdua.
“Nida dan Aida dari mana ni?” Soal Ariel.
“Kami baru balik dari pasar,” jawab Nida dengan senyuaman manis. Kedua-dua gadis yang berusia 20 tahun itu sekarang sedang bercuti dan menolong menjadi tenaga pengajar ditempat mereka membesar itu.
“Awiyah, meh akak ambilkan gambar Kak Ai dengan Abang Ariel,” ujar Aida seraya mencapai handphone Ariel dari tangan Adawiyah.
“Kak, cepatlah,” gesa Aida apabila melihat Aimuni tercegat keras disamping Ariel.
“Malu ke, kak? Takkan dengan kami pun malu?” Usik Nida pula. Wajah Aimuni memerah. Terasa tangan Ariel melingkar dipinggangnya. Badannya secara automatik menjadi keras. Dagu lelaki itu di sandar pada bahu isterinya. Sebelah tangan lagi dilingkarkan pada leher gadis itu.
“Perfect!” Jerit Aida dengan senyuman. Aimuni hanya diam.
“Akak, senyumlah.” Tegur Nida apabila melihat Aimuni masam mencuka.
“Senyum, sayang. Awak jangan nak malukan saya,” ujar Ariel dengan nada berbisik. Dada Aimuni semakin laju berdegup. Jaraknya dengan Ariel kala itu membuatkannya hampir pengsan. Sedaya mungkin dia mengukir senyuman.
“Done!” Ujar Aida. Handphone itu di hulur kembali kepada Ariel. Tersengih lelaki itu melihat gambar manis mereka berdua.
“Okey, both of you ikut abang kejap. Ada hal yang abang nak settle,” arah Ariel apabila melihat Nida mahu menyapa Aimuni. Dia perlu memberitahu kedua-dua gadis itu sebelum mereka memberitahu Aimuni.
“Alah, kacaulah abang ni,” rungut Nida lantas mengikut langkah Ariel keluar dari kelas itu. Aida di belakang turut mengekori mereka selepas menghantar senyuman ikhlas buat Aimuni.
Aimuni merasa dadanya. Degupan jantungnya masih tidak stabil. Apa kena dengan aku ni? Takkanlah aku dah jatuh cinta dengan mamat psycho tu? Dia menyentuh tudung yang membaluti leher jinjangnya itu. Masih terasa lengan Ariel yang melingkar di situ. Ah, aku dah jadi psycho macam mamat tu jugak ke? Ibu, tolong Ai.
Rasa menyesal menyelinap ke segenap ruang hatinya kerana tidak menghafal nombor ibunya. Kalau tidak sudah tentu dia boleh menghubungi wanita itu dan meminta wanita itu menjemputnya. Tidakkah ibu risau tentang aku? Adakah segalanya sudah dirancang rapi oleh Ariel sehingga ibu langsung tidak mengesyaki lelaki itu telah menculik aku? Ya Allah, hanya pada-Mu tempatku bergantung!
p/s : sorry sbb lmbt update... hehe... lega lps dpt result! alhamdulillah! n segala nme tempt yg ada dlm ni just abaikn erk sbb sy pakai main rembat. nti akan diubah balik... juz nme tmpt je ubah, yg lain still sme kot... hikhikhik...
saya anggap nama nida tu nama saya tahu . hehe .
ReplyDeletefamous laa jap g nama saya ^^ haha
suka suka suka <3
erk? hehehe... mmg fikir Nida pun mse tulis tu... nk abadikan nme awk berdua di sini... ^_^
Deletesayangssssss kak sue ^^
Delete