Saturday 28 September 2013

Kerana Dia Zaujahku Bab 21

Unedited. Cik writer akan bercuti menulis Kerana Dia Zaujahku buat beberapa hari so, sila rindukan Afma ye... :) May Allah bless you, guys!

Khaulah menunduk. Airmatanya semakin lebat mengalir. Tangannya meramas selimut putih itu kuat. Dia mengandung? Kata-kata doktor masih terngiang-ngiang ditelinga. Dia sendiri tidak tahu reaksi apa yang perlu dia tunjukkan dihadapan doktor tadi. Gembira?
“Khaulah!” Wajah Ulfah terjengul dibalik pintu dengan senyuman. Ain dan Ikhwan mengekori dari belakang.
“Fatma…” Khaulah menarik Ulfah ke dalam pelukannya. Teresak-esak gadis itu menangis.
“Hey, kenapa menangis ni? You should be happy! Khaulah dah pregnant. Congrats, sayang!” Ucap Ulfah tanpa mengetahui hakikat sebenar.
Peritnya terasa hanya Khaulah yang tahu. Sakitnya hanya Khaulah yang rasa. Jika diikutkan hati, mahu sahaja dia menumbuk perutnya saat itu. Dia tidak mahukan anak itu. Anak yang lahir dari hasil hubungan haram!
“A’a. Khaulah ni menangis pulak. Kami yang sepatutnya menangis tau sebab Khaulah tak bagitahu kitorang yang Khaulah dah kahwin,” sampuk Ain.
Ikhwan hanya diam membisu. Masih terkejut dengan berita yang didengarinya dari doktor. Kata doktor, ada kesan lebam pada lengan gadis itu dan memaksa Ikhwan membuat pengakuan sama ada lelaki itu ada membelasah ‘isteri’nya itu. Mahu tercekik Ikhwan mendengarnya. Punyalah dia pencinta wanita, boleh pulak doktor tuduh dia macam tu. Kurang asam punya doktor!
Akhirnya, Ikhwan buat pengakuan. Dia bukan suami Khaulah. Nasib baiklah Ulfah cepat sampai. Mungkin Khaulah meminta nurse untuk menelefon gadis itu. Terkejut juga dia waktu melihat Ulfah namun selepas itu baru dia tahu bahawa Khaulah itu sahabat Ulfah.
“Khaulah tak kahwin. Tak pernah kahwin.” Khaulah berbisik hiba. Ulfah terlopong. Pelukannya terlerai.
“Khaulah tak pernah kahwin, Fatma! Anak ni anak haram!” Naik satu oktaf suara Khaulah.
Ain terkedu. Ulfah menggeleng tidak percaya. Ikhwan hanya menunduk memandang lantai hospital. Benar tekaannya. Pasti lebam dilengan itu ada kaitan dengan kehamilan Khaulah.
Don’t tell me that Khaulah buat benda tu sebelum kahwin?” suara Ain mengendur. Sungguh dia terkejut.
Khaulah yang baik itu mengandung. Khaulah yang solat tak pernah tinggal itu mengandung anak luar nikah. Khaulah yang sering membawa Al-Quran kecil ke mana-mana sahaja dia pergi itu mengandung anak haram. Ain terduduk dibirai katil. Apa semua ni?
What the hell is going on here?” soal Ain dengan wajah merah padam. Terkilan. Ya, sangat terkilan dengan apa yang baru didengarinya itu.
“Ain…” Ulfah menegur. Dia tidak mahu Khaulah terbeban dan makin tertekan dengan penerimaan Ain yang sebegitu. Ulfah percaya pada Khaulah. Tidak mungkin gadis itu sanggup buat perkara-perkara yang dimurkai Allah.
“Bukan salah Khaulah. Bukan salah Khaulah. Along yang paksa. Khaulah tak nak. Dia… Dia paksa Khaulah.” Tangisan Khaulah semakin menjadi-jadi. Langsung tidak dihirau pada Ikhwan yang sedang diam membatu disudut bilik itu.
“Khaulah, bertenang. Ingat Allah, sayang,” pujuk Ulfah.
“Macam mana Khaulah nak bertenang? Hah, macam mana? Macam mana, Fatma? Khaulah banyak buat dosa! Khaulah mengandungkan anak luar nikah, Fatma!” Semakin menjadi-jadi tangisan gadis itu.
“Syhh… Jangan macam tu. Banyakkan bersabar,” Ulfah menarik Khaulah ke dalam pelukannya. Dia pandang Ain sekilas yang sedang menahan marah.
“Fatma, Khaulah tak nak anak ni. Khaulah tak nak anak haram ni. Kenapa Along buat Khaulah macam ni?” Rintih gadis itu. Dia sudah layu di dalam pelukan Ulfah.
“Allah memberi ujian sesuai dengan kadar kemampuan hamba-Nya tu. Khaulah yang ajar Fatma macam tu, kan? Jadi, Khaulah kena kuat. Khaulah kena tabah!” Ulfah memberi motivasi kepada sahabatnya itu.
Khaulah menangis tanpa henti. Wajah-wajah insane yang membuatkan dirinya merana terbayang diruang mata. Hatinya menjadi panas. Sukar untuk melupakan peristiwa pahit itu.
Khaulah menolak Ulfah menjauhinya. Mukanya berubah berang. Matanya meliar memandang ke sekeliling. Ulfah teragak-agak untuk mendekati sahabatnya itu. Ikhwan sudah bersiap siaga untuk menerima sebarang kemungkinan.
“Jantan tu memang jahanam! Aku benci dia. Aku benci jantan tu! Aku nak bunuh dia! Aku nak bunuh anak dia ni!” Jeritan Khaulah bergema dibilik putih itu. Serentak itu dia menumbuk-numbuk perutnya.
“Khaulah!” Jerit Ulfah terkejut. Ain sudah jatuh rahang melihat keadaan Khaulah. Riak wajah gadis itu seperti orang gila. Ain gugup. Tidak pernah dia melihat Khaulah berkelakuan seperti itu. Hilang terus kelembutan gadis itu.
Ikhwan sudah berlari mendapatkan Khaulah. Lengan gadis itu yang berlapik dengan kain baju dipegang erat. Ulfah mahu menghampiri namun dek kerana batang tubuh Ikhwan menjadi penghadang besar, dia kembali mengundur. Membiarkan Ikhwan memegang sahabatnya itu.
“Hey, jangan nak mengarut! Ingat Allah! Mengucap sikit! Anak tu tak salah apa-apa pun,” marah Ikhwan. Mukanya menampakkan riak marah dan bengang.
“Kau tahu apa? Kau tak alami apa yang aku lalui. Kau tak faham!” Jerit Khaulah seperti orang gila. Langsung tidak mempedulikan siapa Ikhwan.
Ain dah berpelukan dengan Ulfah. Rasa takut menerpa ke dalam diri melihat keadaan sahabatnya itu. Sakit yang dirasa oleh Khaulah turut dirasai olehnya dan Ulfah. khaulah semakin tidak terkawal. Kakinya menendang semua benda yang ada berhampiran dengannya. Batang tubuh Ikhwan juga menjadi mangsa.
“Fatma, panggil doktor cepat!” Ujar Ikhwan. Dia tidak mampu untuk terus menahan Khaulah. Silap-silap dia pula yang terpelanting dek kena tending dengan gadis itu.
Ulfah bergegas membuka pintu. Dia melaung memanggil nurse yang kebetulan berjalan melalui bilik itu. Nurse tersebut segera meminta bantuan para doktor. Khaulah diberi suntikan ubat penenang. Gadis itu tampak benar-benar terganggu dengan keadaan dirinya sekarang.

“Macam mana dengan kawan saya, doc?” soal Ulfah dengan wajah cemas. Doktor Mahira menghela nafas berat. Dia pandang wajah Ulfah.
“Dia mengalami tekanan yang berat. Dari ujian yang kami jalankan, kami dapati, dia pernah mengalami peristiwa hitam di mana membuatkan dirinya tidak dapat menerima dirinya sekarang,” jelas Doktor Mahira.
“Maksud doc?” Ain mencelah.
“Maksud saya, dia tidak boleh terima hakikat bahawa dia sedang mengandung sekarang. Mungkin dia pernah dirogol dan semua tu memberi dia tekanan. Ini hanya tekaan saya, mungkin awak tahu apa-apa tentang peristiwa yang dialaminya.” Doktor Mahira kembali memberi penjelasan dengan bahasa mudah.
“Dia perahsia, doc.” Ujar Ulfah dengan nada kesal. Kesal kerana tidak mampu membantu sahabat sendiri. Kesal kerana tidak bersungguh-sungguh untuk membantu sahabatnya itu. Namun, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi dah.
“Saya syorkan, awak cuba berbicara dengan dia tapi tolong jangan beri tekanan pada dia. Bagi dia semangat. Ceriakan dia. Mudah-mudahan, hati dia sedikit sebanyak terawatt nanti,” cadang Doktor Mahira.
“Insya-Allah, doc.” Angguk Ulfah. Fatma takkan biarkan Khaulah bersendirian. Ini janji Fatma!
“Bila dia boleh keluar, doc?” Ikhwan yang sedari tadi hanya menjadi pemerhati tiba-tiba mencelah.
“Insya-Allah dalam masa terdekat ni jika kesihatan dia semakin pulih,” jawab Doktor Mahira sebelum meminta diri. Ikhwan angguk sahaja.
“Wan, thanks!” Ucap Ulfah sebaik sahaja Doktor Mahira berlalu pergi. Ikhwan yang santai bersandar di tepi kerusi tempat menunggu itu kalih pandang ke wajah Ulfah.
No big deal. Lagipun, saya yang salah. Nanti bil hospital, biar saya yang bayar,” ujar Ikhwan dengan suara mendatar. Ulfah angguk. Cincin yang tersarung dijari, dipusing beberapa kali. Ingatannya melayang ke bumi Auckland. Apa khabar dia di sana?

Afliq membelek gambar sewaktu dia menyertai program Deen Gathering bersama Hazman dan teman-teman yang lain di Lake Tekapo. Tempat tu memang terbaik. Subhanallah. Tak mampu nak digambarkan dengan kata-kata. Indahnya kawasan tu hanya Allah yang tahu. Nasib baiklah mereka pergi waktu awal-awal winter. Kalau tidak, memang tak sanggup la nak keluar dari campervan tu untuk tangkap gambar segala bagai.
Van untuk travel tu memang semua dah lengkap. Ada katil, dapur gas dan keperluan lain. Walaupun hotel atau backpackers ada aje kat pecan kecil dekat dengan Lake Tekapo tu, semua peserta Deen Gathering setuju nak bermalam dalam van aje. Park aje tepi tasik then, tidur aje kat situ. Lebih dekat dengan alam, bak kata Shakirin. Serta merta perbualannya dengan Shakirin terulang tayang.
“Man cakap, kau dah bertunang. Betul ke?” soalan Syakirin atau lebih dikenali dengan nama manjanya Ayin, ketua program mereka sewaktu Afliq bersendirian dipinggir tasik itu menjadi mukaddimah kepada perbualan mereka.
“Alhamdulillah, ya,” jawab Afliq lembut. Ecece, kenapa lembut semacam ni?
“Macam mana?” Soalan Ayin membuatkan Afliq terlopong.
“Apa yang macam mana?” Ayin gelak kecil.
“Maksud aku, macam mana perasaan kau bila dah jadi tunang orang ni?” Afliq tarik senyum. Lebih selesa untuk berbual apabila menggunakan kata ganti nama kau dan aku. Tak adalah kekok sangat. Selalunya kalau berada dikalangan sahabat Hazman, main bantai aje guna ana enta.
“Rasa lain. Entahlah. Kalau dulu, fikir untuk diri aje tapi sekarang kena juga fikir masa depan untuk dua orang. Banyak bezanya. Lain tanggangjawab tu,” jawab Afliq sejujurnya.
“Dah ready nak jadi suami orang?” soalan Ayin buat Afliq rasa tercekik. Dia tayang sengih.
“Insya-Allah. Masih banyak kena belajar.”
“Dah yakin ke?” Afliq dah mula rasa teruji. Mamat ni tanya aku saja-saja atau nak menguji aku?
“Maksud kau apa?” Ayin tersenyum.
“Kahwin ni perlukan keyakinan tau untuk laksanakannya. Kalau kau tak yakin, susah juga nak kahwin tu. Contoh, kau tak yakin tentang rezeki yang Allah bagi lepas kau kahwin nanti, mesti kau ada rasa ragu-ragu nak kahwin, kan?” Afliq diam mencerna ayat Ayin.
“Yakin?” Ayin angguk.
“Ya. Yakin bahawa Allah akan memberi rezeki pada kau. Rezeki ni ada macam-macam cara yang Allah bagi.” Afliq tarik senyum. Pantas dia mengangguk faham.
“Yakin pada Allah, itu yang terbaik. Dalam sesebuah perkahwinan, kepercayaan, keyakinan, persediaan dari segi mental dan fizikal, sikap bertolak ansur. Semuanya kena ada dalam diri. Kalau tidak, kahwin ke mana, bini ke mana nanti,” ujar Ayin dengan nada seloroh.
“Eh, kau dah ambil kursus kahwin ke?” soal Ayin kembali. Afliq garu kepala. Alamak!
“Belum.” Afliq tarik senyum kelat. Ayin dah terlopong.
“Kau biar betul? Nak kahwin tapi kursus kahwin pun tak ambil lagi? Kau ingat kahwin ni main shake hand dengan tok kadi aje ke?” Afliq hanya mampu tersengih melihat wajah terkejut Ayin.
“Man!” Jerit Ayin ke arah Hazman yang baru keluar dari campervan. Lelaki itu digamit mendekati mereka.
“Apa?” soal Hazman. Niatnya untuk berwudhu’ terbantut.
“Nak pergi mana?” soal Ayin.
“Wudhu’. Waktu Dhuha dah ni. Yang lain semua dah get ready nak berjemaah. Korang sibuk pulak bersembang kat sini,” bebel Hazman.
“Ni hah, ada orang kena basuh lepas Dhuha and Mat’surat kejap lagi. Kau tolong join sekaki,” Ayin mengerling ke arah Afliq.
“Oh, itu memang dah termaktub dalam schedule la. Kau tak baca tentatif ke apa ni?” Hazman buat muka geram.
“Lupa la. Eh, jom ambil wudhu’.” Bergegas Ayin menghampiri gigi air. Hazman menggeleng kepala melihat telatah sahabatnya itu.
“Jomlah. Budak-budak dah lama tunggu tu,” ajak Hazman lagi. Afliq angguk. Mereka sama-sama menghampiri gigi air untuk berwudhu’.
Bunyi barang digeledah mengejutka Afliq. Pantas kepala dipanggung memandang ke batang tubuh teman serumahnya. Lelaki anak kelahiran Kedah itu kelihatan cemas. Mungkin sudah lambat untuk ke tempat kerja. Kebanyakkan student di sini akan bekerja part time pada waktu petang.
“Am, hang ada nampak helmet aku ka?” soal Khairy.
“Bukan Johan ke pinjam semalam?” Khairy tepuk dahi sendiri.
“Alamak! Aku lupa. Macam mana ni. Aku dah lewat nak pi kerja ni,” Khairy tergaru-garu kepala sendiri.
“Kau pinjam helmet Fahmy tu dulu. Karang dia balik, aku bagitahu dia,” cadang Afliq. Terus Khairy tersenyum dan mencapai helmet Fahmy.
“Okey. Nanti aku belanja hang maggie malam ni. Habaq dekat Fahmy sekali,” ujar Khairy sebelum bergegas keluar dari rumah sewa itu.
Afliq hanya mampu tersenyum. Ikutkan hati, nak juga dia bekerja secara part time tapi dia masih tiada masa untuk mencari kerja. Hazman pun dah banyak kali ajak dia kerja cuma dia masih belum punya masa untuk menerima pelawaan lelaki itu.
Kadang-kadang dia pelik dengan Hazman. Setiap kali cuti, lelaki itu tidak pernah pulang ke Tanah Melayu. Bila ditanya kenapa, katanya dia mahu berjimat. Kalau asyik ulang alik ke Tanah Melayu dan Auckland aje, mana nak banyak saving dia nanti.

Afliq pun terima aje alasan Hazman tu. Tapi awal-awal dia dah warning. Waktu dia kahwin nanti, Hazman wajib ada. Dia nak kenalkan Hazman dengan bakal isterinya itu. Dia nak bagitahu Ulfah yang Hazmanlah yang banyak membantunya mendekati Allah. Hazman adalah sahabat yang sangat bermakna bagi dirinya selain Ikhwan!

Cantik, kan? Nak ke Ulfah pegi sana dengan Afliq? Hurm...

2 comments:

  1. Wah...
    dh smakin mnarik cte nie...
    Cntik tmpt tu...
    InsyaAllah Aflah akn ikut...
    x sbr nk tau cte dieorg...
    congrates cik writer

    ReplyDelete