Monday, 7 May 2012

Takdir Buat Kita [JIUK] Bab 13


Aimuni melangkah penuh yakin menyusuri ruang legar Syarikat Haya Holding yang berdiri megah ditengah bandar Kuala Terengganu itu. Mengikut apa yang diberitahu oleh Ammar, syarikat ini banyak mempunyai cawangan di seluruh dunia dan syarikat induknya berada di Selangor. Apa yang membanggakan Aimuni ialah pemilik syarikat ini merupakan seorang janda anak seorang dan lebih banyak mnghabiskan masanya di anak syarikat di Kuala Terengganu ini.
Wajah ayu penyambut tetamu yang sedang tekun menjawab panggilan dipandang oleh Aimuni. Gadis penyambut tetamu itu masih leka dengan kerjanya tanpa mempedulikan Aimuni yang semakin mendekatinya. Langkah Aimuni terhenti apabila terpandang seseorang yang dia amat kenali.
“Adib?” Terpacul nama itu dari bibir Aimuni. Berkerut dahinya melihat Adib sedang melangkah keluar daripada lif bersama seorang wanita anggun. Lelaki ini gigolo ke?
Adib yang sedang gembira tersenyum terus terkaku apabila terpandang wajah Aimuni yang sedang berdiri membelakangi Maya di meja penyambut tetamu itu. Langkahnya terhenti. Wanita yang sedang bersamanya turut memandang ke arah pandangan Adib di mana pandangan itu berlabuh.
“Awak buat apa kat sini?” Soal Adib dengan nada sedikit meninggi kerana jarak antara mereka tidak memungkin lelaki itu untuk bercakap dengan nada perlahan dan sopan.
“Kerja.” Jawapan spontan Aimuni mengejutkan Adib. Kerja? Apa pulak yang Ariel buat kali ni? Adib pening kepala.
Langkahnya diatur ke arah Aimuni. Wanita itu turut sama mengikut langkah Adib.
“Kerja bahagian mana?” Soal Adib. Aimuni mengerutkan dahinya. Pertanyaan Adib seakan dia adalah pemilik syarikat itu.
“Marketing,” jawab Aimuni selamba.
“Adib kenal ke dia?” Soal wanita anggun yang berpakaian korporat itu tiba-tiba setelah lama mendiamkan diri.
“Ya, mama. Kawan satu Uni Adib dulu,” jawab Adib. Datin Nur Hayati tersenyum manis ke arah menantu yang tidak dikenalinya itu. Aimuni teragak-agak mahu menghulurkan salam namun dikuatkan juga dirinya apabila menganggap bahawa tidak manis jika tidak menyalami orang yang lebih berusia darinya. Tangannya bersambut.
“Apa khabar, puan?” Soal Aimuni sekadar berbasi-basi seraya mencium tangan wanita yang diaggap adalah ibu Adib itu penuh sopan. Datin Nur Hayati tersenyum manis. Perasaannya terasa berlainan apabila tangannya mengenggam tangan gadis itu.
“Alhamdulillah. Saya sihat,” jawab Datin Nur Hayati ramah. Senyuman masih tidak lekang dibibirnya. Ah, jika menantunya itu seperti gadis ini alangkah untungnya dia.
“Mama, jomlah. Kita dah lewat ni,” ajak Adib lantas mengerling ke arah jam di pergelangan tangannya.
“Okey. Adib ni betul-betul seorang yang menepati masa,” ujar Datin Nur Hayati seraya melepaskan genggaman tangan Aimuni. Adib tersengih selamba.
“Ai, kami pergi dulu. Kalau awak ada masalah, awak boleh tanya Maya. Kami dah lambat ni,” kata Adib dengan nada tergesa-gesa. Aimuni cepat-cepat mengangguk. Dia bukan tidak selesa apabila bersama wanita anggun itu tapi tidak selesa dengan pandangan Adib yang dirasakan seperti mahu menelannya.
“InsyaAllah,” balas Aimuni selembut mungkin. Matanya hanya memerhati langkah Adib dan Datin Nur Hayati sehingga kelibat kedua-duanya menghilang.
“Cik, boleh saya bantu cik?” Soal Maya setelah melihat Aimuni masih terpaku memandang pemergian kedua-dua orang kuat Syarikat Haya Holding itu.
“Saya nak jumpa dengan Ammar Fatah,” jawab Aimuni sedikit kalut. Wajah abang sepupunya itu terbayang diruang mata. Semoga dengan adanya lelaki itu, dia dapat menghadapi Adib pada masa akan datang.
“Cik ada appointment dengan Encik Ammar ke?” Aimuni mengangguk laju. Maya mencapai ganggang telefon dan menekan beberapa angka sebelum bercakap dengan seseorang. Mungkin secretary Ammar.
 “Cik boleh terus naik ke tingkat 6,” ujar gadis itu dengan senyuman manis. Aimuni membalas senyuman itu berserta dengan ucapan terima kasih dengan seikhlas mungkin sebelum berlalu ke lif. Maya memerhati lenggok Aimuni sehingga kelibat itu hilang. Siapa dia ye? Cantik orangnya. Awek Encik Ammar kot, bisik Maya sendiri. Wajah Ammar terbayang. Arkitek muda syarikat itu memang handsome orangnya!
*****
“Ai nak pergi makan dulu ke?” Soal Ammar seraya memandang wajah adik sepupunya itu yang bertudung litup. Aimuni yang leka memandang koleksi gambar di dinding pejabat Ammar terkejut dengan pertanyaan tiba-tiba itu.
“Tak nak makan kat rumah ke?” Soalan berbalas soalan.
“Ala, bukan selalu dapat keluar makan berdua dengan awak,” ujar Ammar.
Aimuni terdiam. Wajah Ammar dipandang sekilas. Hampir sepuluh tahun dia tidak berjumpa dengan Ammar kerana lelaki itu dihantar ke London dan dibesarkan oleh bapa saudara sebelah ibunya di sana. Lelaki itu baru sahaja kembali ke Malaysia 5 bulan yang lalu. Sewaktu kali pertama bersua, Aimuni terasa begitu kekok kerana tiada langsung ingatannya terhadap lelaki itu namun dek kerana perangai selamba dan kuat mengusik Ammar, Aimuni mudah menjadi rapat dengan abang sepupunya itu.
“Okey tapi tak nak balik lewat. Nanti abah marah,” balas Aimuni berserta dengan syarat. Ammar tersengih.
“Baiklah tuan puteri tersayang.” Aimuni mencebik. Ammar tertawa. Tangannya incah mengemaskan meja yang berselerak dengan kertas kerjanya.
“Saya tunggu kat luar. Semaklah dalam bilik awak ni,” kritik Aimuni lantas tersengih nakal. Ammar menjeling manja.
“Saja tau. Cubit pipit tu karang,” ugut Ammar.
“Janganlah. Ni laki saya punya okey,” balas Aimuni lantas segera berlalu keluar dari bilik itu meninggalkan Ammar mengemas seorang diri.
Gadis itu bersandar di tepi pintu bilik Ammar. Dia mengeluh berat. Tak baik mengeluh, Ai sayang, desis hatinya sendirian. Aimuni memegang pipinya. Laki saya punya? Heh, sejak bila pandai cakap pasal laki ni, Aimuni oi? Sejak Ariel muncul kot. Rasa macam tak percaya yang aku boleh kahwin dengan mamat psycho tu. Mungkin masa tu aku pun psycho macam dia.
“Jom…” Ajak Ammar yang baru keluar daripada pejabatnya. Aimuni mengangguk seraya mengatur langkah menuju ke arah lif. Mereka sama-sama melangkah masuk ke dalam lif menuju ke tingkat bawah.
“Am, awak kenal Adib?” Soal Aimuni tiba-tiba setelah agak lama berdiam diri. Ammar memandangnya pelik.
“Kenapa tiba-tiba tanya?”
“Saja nak tahu. Dia kawan saya masa dekat Uni dulu,” jawab Aimuni selamba. Wajah Ammar sudah berubah. Hatinya meronta tidak senang. Ada apa-apakah antara Adib dan Ai?
“Kenal gitu-gitu aje. Dia bahagian pemasaran jadi jarang berjumpa.” Pemasaran? Aiyark! Ketua aku ke? Patut pun tadi Suhana si cik secretary tadi asyik sebut nama Adib aje semedang.
“Mama dia tu kerja sini jugak ke?” Ammar mengerutkan dahi.
“Mama siapa?”
“Mama Adiblah.” Pintu lif terbuka. Mereka sama-sama melangkah keluar.
“Adib mana ada mama kat sini. Apa yang saya tahu, family dia ada kat kampung di Kedah. Ai tunggu depan sana. Saya pergi ambil kereta,” ujar Ammar dan berlalu ke parking lot. Aimuni termangu-mangu sendirian. Bukan mama Adib? Tapi kenapa dia panggil wanita tu mama? Mak angkat dia kot.

Aimuni melontarkan pandangan keluar restoren. Ammar menghabiskan sisa-sisa makanannya. Tiada bicara antara mereka. Masing-masing melayan perasaan sendiri. Aimuni mengeluh tanpa sedar. Ammar menjeling adik sepupunya itu sekilas. Wajah ayu itu begitu tenang bila dipandang.
“Kenapa, Ai?” Soal Ammar.
“Tak ada apa.” Ringkas jawapan Aimuni.
“Kalau awak ada masalah, bagitahulah saya,” ujar Ammar yang tidak berpuas hati dengan jawapan Aimuni. Gadis itu seolah-olah sedang menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuannya. Adakah perkara itu berkaitan dengan Adib?
“Am, betul ke family Adib kat Kedah?” Soal Aimuni mahu mendapatkan kepastian. Entah mengapa hatinya begitu mahu mengenali ‘mama’ Adib itu.
“Ya. Pernah ke saya menipu awak sebelum ni?”
“Menipu tak pernah tapi mungkir janji pernah,” jawab Aimuni selamba. Ammar terdiam.
“Kalau family dia ada kat Kedah, kenapa dia panggil kat wanita tu mama ye?” Soal Aimuni sendirian.
“Mama? Maybe Datin kot sebab saya pernah jugak dengan Adib panggil Datin mama,” ujar Ammar.
“Datin?”
“Ya. Datin Nur Hayati. Pemilik Haya Holdings tu. Adib rapat dengan anak Datin tu. Kalau tak silap nama anak Datin tu Ariel tapi dia sekarang tak bekerja pun. Habiskan duit mama dia je,” kutuk Ammar tanpa sedar bahawa isteri kepada Ariel berada dihadapannya kala itu.
“Ariel? Tengku Shahzriel Iskandar ke?”
“A’a. Awak kenal dia?” Ammar sedikit terkejut. Aimuni apatah lagi. Mamat psycho tu anak Datin??
“Err… Mestilah kenal. Kawan masa kat kampus dulu la. Kan dia berkawan baik dengan Adib,” jawab Aimuni seraya melemparkan senyuman plastik.
“Okey. Jom balik,” ajak Ammar. Hatinya terasa membahang tiba-tiba. Semoga apa yang dia anggap tidak benar. Semoga hati Aimuni bukan milik sesiapa. Ah, aku perlu dapatkan Ai sebelum lelaki lain!
Sebaik sahaja bangun, Aimuni terasa seperti seseorang melanggarnya dari belakang. Pantas dia berpaling. Serentak itu juga air yang dipegang oleh si pelanggarnya tadi tertumpah ke badan tuannya. Aimuni terlopong. Ammar memandang tanpa riak. Wajah yang melanggar Aimuni tadi sudah memerah.
Sorry,” pinta Aimuni. Tangannya mencapai tisu dan megelap dada lelaki itu yang hanya terdiam tidak bergerak. Basah lencun bajunya di bahagian hadapan.
“Ariel, kau okey?” Soal Adib tiba-tiba yang datang entah dari mana. Aimuni mengetap bibir sendiri. Salah siapa sebenarnya ni?
“Puan, lain kali kalau nak bangun daripada kerusi sila tengok dahulu sekeliling ya,” bidas Ariel. Aimuni tunduk. Tangannya masih sibuk mengelap dada Ariel. Adib terlopong melihat aksi Aimuni. Ai ni nak menggoda suami sendiri atau nak mengelap air yang tumpah tu?
“Cik. Dia masih belum kahwin,” celah Ammar.
“Oh ya? Saya ingat isteri orang,” sindir Ariel lantas tersenyum sinis. Aimuni mengjeling Ariel geram.
“Encik Ammar ni…” Adib menggantung soalannya.
“Abang sepupu dia,” jawab Ammar. Ariel senyum selamba. Abang sepupu. Pandainya isteri aku ni keluar makan dengan lelaki bukan muhrim tanpa minta izin aku dulu.
So, macam mana nak settle ni cik adik?” Soal Ariel. Aimuni mendongak memandang Ariel dengan kerutan di dahi. Hai, kata suami aku tapi benda kecil macam ni pun nak berkira ke?
How much?” Soal Ammar kembali. Adib memandang wajah Ammar. Lelaki ni tak tahu apa-apa ke?
It’s okay. Saya cuma berurusan dengan orang yang bersalah dengan saya,” balas Ariel dengan nada sarkastik. Ammar terdiam. Dasar anak orang kaya sombong!
“Nanti saya bayar. Berapa?”
“Saya tak nak duit saudari…” Ariel mendekatkan wajahnya ke telinga Aimuni. Gadis itu hanya terpaku di situ.
“Saya. Nak. Awak. Malam. Ni.” Sepatah-sepatah ayat itu dibisikkan ke telinga Aimuni.
“Apa ni?” Marah Aimuni. Wajahnya memuncung. Ariel sudah tertawa senang.
“Saya tunggu awak kat kereta. Di, kau ajak Su datang teman kau makan. Aku ada hal nak settle dengan minah ni,” ujar Ariel seraya berlalu ke tempat dia memarkir kerete Nissan Skylinenya. Wajah cemberut Ammar langung tidak diendah.
“Am, awak balik dulu ye. Kirim salam pada Pak Ngah dan Mak Ngah. Nanti saya call awak,” kata Aimuni.
“Awak nak pergi dengan dia?” Soal Ammar dengan nada tidak percaya.
“Ya. Saya akan selesaikan semua ni. Awak jangan risau. Dia kawan saya. Saya kenal dia,” jawab Aimuni dengan yakin. Kawan? Heh, banyaklah kau punya kawan. Adib sudah tersenyum penuh makna.
“Tapi…”
Please, Am. Saya dah besar.”
Okay but awak mesti call saya setiap minit,” tegas Ammar dengan keberatan mahu melepaskan gadis itu pergi. Aimuni hanya mengangguk dan berlalu mendapatkan Ariel yang sudah menunggu di dalam kereta dengan senyuman manis.
Ammar memerhati kelibat kereta Nissan Skyline GTR itu sehingga kereta itu hilang ditelan pekat malam. Dia memang terkejut dengan reaksi Aimuni yang begitu mudah mengikut Ariel namun dia pasti Aimuni ada alasannya sendiri. Aimuni bukan gadis yang mudah mengikut lelaki ke mana-mana dengan senang hati. Aimuni bukan gadis murahan!

p/s : lambat update sebab dilanda ujian.... ngee~ Ariel, sebab awk sy sggup tempuhi semuanya! please, buat Ai jatuh cinta kat awk balik! kalau tidak, saya lontar awk masuk laut! enjoy reading, guys!

10 comments:

  1. waaa kak! cptlah kasi dorng loving-loving.. saya nak msuk blajar dah.. sian lah saya nnt xde intenet!! (T___T)

    ReplyDelete
  2. adehh.. ai ni st hal.. ariel st hal.. cepat la berbaek sket korang niii.. ammar ni annoying laa.. haha

    ReplyDelete
  3. Aiyakk! Akak smbung cpt2 lha nt xsempat sy nk skodeng.. ASAP!! Haha.. *melampau*

    ReplyDelete
  4. ayark! Kenape t'gantung? Saspen je..br nk feel..hehe..nice n3 :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Trima kasih, kak Zura sudi komen.. Ngeh2.

      Delete
  5. hope ariel tackle la ai ni smapai cair..

    ReplyDelete