Friday, 4 May 2012

Takdir Buat Kita [JIUK] Bab 12


Mak Lang memandang Pak Lang yang sedang ralit menonton televisyen. Suaminya itu khusyuk benar mendengar berita sehinggakan isteri disebelah pun tidak dilayan. Mak Lang mendengus geram. Sewaktu mereka masih tinggal di Cheras, Pak Lang sibuk benar dengan projek-projeknya. Bila sudah berpindah ke Kampung Telari, kesibukan suaminya itu bertambah apabila berjinak-jinak dengan kerja kampung. Katanya nak jadi petani moden.
“Abang, Zah nak cakap sikit dengan abang ni,” ujar Mak Lang. Dia mendekati Pak Lang dan duduk disisi suaminya di atas sofa.
“Apa?” Mata Pak Lang masih terikat dikaca teleisyen. Geram benar Mak Lang melihat pesara askar itu.
“Abang, bagi tumpuan boleh tak? Sibuk benar dengan berita tu,” rungut Mak Lang. Suaminya tersenyum seraya memandang wajah masam mencuka Mak Lang.
“Azzah sayang, telinga abang ni sentiasa untuk Zah tau walaupun mata abang bukan pada Zah,” kata-kata Pak Lang dibalas dengan cebikan oleh Mak Lang. Tertawa lelaki itu melihat gelagat isterinya.
“Mata abang ke mana? Tengok perempuan lain?” Soal Mak Lang berbaur cemburu. Meledak tawa Pak Lang mendengar soalan isterinya itu.
“Makin tua makin kuat pulak cemburu Zah ni. Abang sayang Zah seorang je. Tak ada yang lain,” balas Pak Lang seraya mencapai tangan Mak Lang dan diusap penuh kasih. Mak Lang terdiam. Rasa terharu menyelinap di segenap ruang hati.
“Abang perasan tak Ai berperangai pelik sejak dia balik dari rumah kawan dia?” Mak Lang menekankan perkataan kawan itu. Pak Lang yang tidak mengesyaki apa-apa hanya terdiam memikir dan perlahan-lahan dia mengangguk.
“Dia banyak termenung. Bila abang tanya dia cakap tak ada apa-apa.”
She hide something from us, abang,” ujar Mak Lang. Suaminya itu mengangguk setuju.
“Zah kenal ke kawan Ai tu?” Mak Lang sedikit menggelabah.
“Kawan? Kawan mana pulak abang ni?” Wanita itu sedikit kalut.
“Kawan yang ajak Ai pergi tidur rumah dia tu la,” jawab Pak Lang tanpa rasa sangsi. Isterinya itu terdiam memikir.
“Kawan sekolah dia dulu.”
“Nurul ke?” Soal Pak Lang lagi.
“Bukan. Nurul tu kan dah bekerja kat Kuala Lumpur sekarang. Ai cakap kawan sekolah dia dulu. Zah pun tak tanya dengan mendalam masa dia call Zah hari tu,” jawab Mak Lang. Matanya dilarikan daripada wajah suaminya. Maafkan Zah, abang!
“Ooo… Rumah kawan dia tu kat mana?”
“Ai cakap area Batas Baru. Zah tak pasti pulak kat mana,” Mak Lang sedaya upaya berlagak seperti biasa agar suaminya tidak mengesan penipuan yang dilakukannya. Rasa bersalah menggunung namun dia tidak mahu menyebut nama Ariel dihadapan suaminya. Dia takut jika suaminya itu membuka cerita lama kepada Aimuni. Sejak dari mula lagi Pak Lang tidak mahu merahsiakan semua kejadian yang menimpa Aimuni namun kerana melihat kesungguhan Mak Lang yang mahu mempertahankan Aimuni, akhirnya lelaki itu menurut.
“Kita asyik bercakap pasal Ai aje ni, tuan punya badannya mana? Abang tak nampak lagi dia sejak balik dari surau ni,” ujar Pak Lang seraya menjengukkan kepala ke dapur.
“Ada tu kat dalam bilik. Berkurung je lepas makan malam tadi,” Mak Lang menyandarkan tubuhnya ke bahu suaminya.
“Biarkan dia. Kalau dia nak cerita pada kita masalah dia, tentu dia akan datang cari kita nanti.”
“Yelah, bang.” Mata masing-masing melekat di skrin televisyen. Mak Lang bersandar dibahu suaminya dengan selesa. Pak Lang hanya membiarkan isterinya bermanja. Bukan senang mahu menghabiskan masa dengan isteri tercinta. Hanya waktu malam sahaja dia boleh bersama keluarga. Siang hari dia bertungkus lumus di kebun. Biarlah setiap malam menjadi masa yang berharga untuknya dan keluarga.
“Amboi, romantiknya abah dengan ibu!” Usik Syafiqah yang baru keluar dari dapur. Tersengih dia melihat pemandangan yang jarang dapat dilihatnya. Ibu bersandar manja dibahu abahnya.
“Sekali sekala aje ibu boleh bermanja dengan abah Iqah ni,” ujar Mak Lang dengan senyuman meleret. Pak Lang hanya menjungkit bahu. Tumpuannya masih di skrin televisyen. Syafiqah menyertai ibu dan abahnya di ruang tamu itu.
*****
Deringan handphone yang membingit di atas meja mengejutkan Aimuni yang sedang mengelamun di atas katil. Dia bingkas dari baringannya dan mencapai handphone Nokia 5130 itu. Hubby Cayang? Hidup lagi mamat ni rupanya. Ingatkan dah putus nafas.
Gadis itu melemparkan handphonenya ke atas katil. Dibiarkan sahaja deringan itu. Dia kembali berbaring mengadap atap zink rumah. Selama dua hari dia kembali ke rumah setelah Ariel menghantarnya, selama itu juga dia tenang tanpa gangguan Ariel. Mak Lang pula langsung tidak bertanya ke mana dia pergi selama hampir seminggu menghilang tanpa satu panggilan pun buat ibunya itu. Hanya Pak Lang yang kadang-kadang bertanya tentang dirinya yang kuat termenung. Jika diikutkan hati mahu sahaja dia bertanya siapa Ariel dengan dirinya kepada Pak Lang namun sejak dia pulang, Mak Lang dilihat seakan mahu menjauhkan Pak Lang daripadanya.
Deringan terhenti. Aimuni mencapai handphonenya kembali. 10 missed call. Semuanya daripada Ariel. Gadis itu tersenyum sinis. Padan muka! Wajahnya yang tadinya begitu berpuas hati kerana dapat mengenakan Ariel sedikit tercalar apabila mendapat mesej bergambar daripada Ariel. Aiyark! Gambarnya yang dipeluk Ariel sewaktu mereka berdua ke rumah anak-anak yatin terpapar di skrin. Aimuni memandang gambar itu lama. Wah, sweet jugak kami berdua ni!
Bunyi mesej masuk sedikit menganggu tumpuan Aimuni ketika gadis itu masih leka melihat gambarnya bersama Ariel. Dibiarkan mesej itu untuk sesaat sebelum tangannya ligat menekan butang untuk ke inbox. Tertera nama Hubby Cayang di situ. Aimuni menekan butang read sebelum matanya terbeliak membaca mesej daripada Ariel itu. Gadis itu terkejut bukan kepalang. Dadanya bagai dihempap batu. Berulang-ulang kali dia membaca mesej itu. Segera dia berlari ke tingkap dan membuka tingkap biiknya itu.
+ Awak nak angkat saya call atau nak saya masuk jumpa awak? I’m here.
Jantungnya laju berlari saat mata terpandang sesusuk tubuh yang sedang bersandar di kereta yang diparkir sebelah jalan dan setentang dengan rumah gadis itu. Dia dapat merasakan Ariel sedang merenungnya saat itu biarpun lelaki itu terlindung dalam suram malam. Hampir dia membuang handphone ditangan apabila lagu Terukir Di Bintang berkumandang buat kesekian kalinya.
Mata melekat di skrin yang terpampang wajah Ariel. Hubby Cayang. Tangannya menekan butang hijau. Panggilan bersambung. Desahan nafas Ariel dapat didengarinya. Gadis itu membisu. Ariel turut sama membisu dan menanti suara isterinya itu namun suasana sunyi tanpa apa-apa bunyi. Ariel mendengus geram.
“Awak tak nak cakap apa-apa pada saya?” Akhirnya suara Ariel terlontar. Aimuni berdehem beberapa kali.
“Kau buat apa kat sini?” Soal Aimuni sedikit berani sambil memerhati gelagat Ariel dari jauh. Suaminya itu masih statik berdiri ditempatnya.
“Nak jumpa wife saya,” jawab Ariel jujur. Aimuni mencebik.
“Kau tak takut ke orang kampung datang tangkap kau?”
“Nak takut buat apa? Jalan rumah awak ni bukan ada orang guna sangat,” sedikit bangga kedengaran di dalam pertuturan Ariel seperti semua perkara tentang Aimuni malahan persekitaran rumah gadis itu turut berada di dalam pengetahuannya. Aimuni tidak menafikan apa yang dicakap oleh Ariel kerana rumah mereka memang jarang dilalui oleh penduduk kampung kerana rumahnya sedikit jauh dari rumah kampung lain.
“Baik kau pergi sebelum aku jerit panggil orang kampung,” ugut Aimuni. Tawa Ariel meletus.
“Awak nak saya panjat tingkap rumah awak ke?”
“Jangan jadi gila!” Daun tingkap segera ditutup. Badannya dihempaskan ke atas katil. Handphone masih melekat ditelinga.
“Kyra, do you miss me?
In your dream.”
Not mine but yours. I will be there,” usik Ariel seraya tertawa kecil. Aimuni mengetap bibir geram.
I hate nightmares!
Ariel tertawa mendengar jawapan selamba isterinya itu.
“Kyra…” Suara Ariel kedengaran romantik ditelinga Aimuni. Meremang bulu roma gadis itu. Aiyark! Nak goda aku ke mamat ni?
“Apa?”
“Comel awak tocang rambut awak macam tu,” puji Ariel tiba-tiba. Aimuni bingkas bangun dari baringan. Rambut? Dia nampak ke? Tangannya menyentuh rambutnya yang bertocang dua itu. Wajahnya memerah tanpa sedar. Waaa! Malunya!
“Diamlah kau!”
“Kyra, awak still tak tanya ibu awak apa-apa ke?” Aimuni terdiam mendengar pertanyaan Ariel. Perlu ke dia membohongi lelaki itu dengan mengatakan bahawa dia sudah tahu semuanya? Ah, nanti jadi asalah pula kalau Ariel bertanya macam-macam, desis hatinya tidak bersetuju.
“Aku lebih suka macam ni. Benda yang dah lepas tu biarkan berlalu,” jawab Aimuni.
Something at the past can be your future, sayang.”
“Kau nak apa dari aku sebenarnya?” Soal Aimuni dengan nada kasar. Rasa sabarnya sudah hampir hilang. Amarah semakin membuak-buak di dada.
“Saya nak isteri saya balik,” tegas Ariel. Mahu sahaja dia mendapatkan isterinya saat itu dan memberitahu segala-galanya.
“Aku bukan isteri kau!” Naik satu oktaf. Sungguh dia geram pada Ariel saat itu.
You’re my wife, Aimuni Syakirah! Mungkin awak boleh menidakkan semua tu tapi kenyataannya awak dah terikat dengan saya dalam satu hubungan perkahwinan. Saya lepaskan awak balik ke rumah adalah semata-mata untuk awak bertanya tentang kita pada family awak. Jangan awak ingat selama dua hari ni saya tak perhatikan awak, Kyra,” balas Ariel geram. Talian diputuskan tanpa sempat Aimuni berkata apa-apa. Gadis itu terkedu.
Aimuni kembali berbaring. Kata-kata Ariel terngiang-ngiang ditelinganya. Aku isteri dia? Heh, ingat aku nak percaya? Tipu je semua tu. Kalau betul aku isteri dia, kenapa baru sekarang dia muncul? Kalau betul aku ni isteri dia, kenapa dia biarkan aku tanpa ambil tahu tentang hal aku langsung? Ah, tension betul la!
“Kyra!” Satu laungan bergema. Aimuni yang sedang termenung memikir tersentak. Dia bingkas duduk tegak di atas katilnya. Pintunya diketuk dari luar sebelum daun pintu terbuka. Terjengul wajah Ariel disebalik pintu. Terlopong Aimuni melihat keberanian lelaki itu.
“Kau buat apa kat sini?” Soal Aimuni dengan mata masih melekat diwajah bengang Ariel. Di belakang lelaki itu berdiri Pak Lang yang juga kelihatan terpinga-pinga. Sungguh dia terkejut menerima tetamu yang tidak diundang itu.
“Nak jumpa wife saya tapi nampaknya emak saudara wife saya tak suka saya jumpa wife saya sendiri,” ujar Ariel dengan nada sinis seraya mengerling Mak Lang yang sudah berlari mendapatkan Aimuni di atas katil.
“Ariel, tolong jangan buat kecoh kat sini,” pinta Mak Lang. Syafiqah yang baru sahaja siap mengenakan tudung bergegas ke bilik kakak sepupunya itu.
“Mak Lang, Ariel nak isteri Ariel balik,” balas Ariel dengan nada sayu. Pak Lang hanya mampu berdiam diri. Dia kasihankan Ariel namun pada masa yang sama dia turut tidak mahu Aimuni dilukai lagi.
“Aku bukan isteri kaulah! Berapa kali aku nak cakap dengan kau ni?” Marah Aimuni. Dia bingkas berdiri memandang Ariel dengan pandangan tajam. Lengannya digenggam oleh Mak Lang erat.
You’re my wife, Kyra. Jangan cakap sesuatu yang awak sendiri tak tahu!” Balas Ariel dengan nada yang sama. Syafiqah memegang lengan abahnya. Rasa takut melihat Ariel waktu itu menguasai diri. Selama mengenali Ariel, ini kali pertama dia melihat lelaki itu marah.
Then prove it!” Cabar Aimuni.
“Ai, jangan!” Tegah Mak Lang namun sudah terlambat apabila Ariel melontarkan sekeping borang ke atas katil. Aimuni memandang borang itu sebelum tangannya mencapai borang itu. Wajahnya berubah apabila melihat gambarnya dan Ariel terlekat kemas di atas borang itu. Dia terduduk. Sijil perkahwinan mereka itu menjadi saksi bahawa Aimuni Syakirah adalah isteri kepada Tengku Shahzriel Iskandar!
“Ibu, Ai isteri… Ai isteri dia? Ta… Tapi kenapa Ai tak tahu? Apa semua ni ibu?” Soal Aimuni dengan nada merintih. Airmatanya berguguran. Gembirakah dia? Ya. Dia gembira. Gembira kerana selama dia bersama Ariel, lelaki itu adalah halal buatnya. Namun rasa sakit hati masih juga terasa.
“Sayang, ibu…” Tiada kata yang mampu dia luahkan. Wanita itu terduduk di sisi Aimuni. Bahu gadis itu dipaut erat. Airmatanya turut berguguran.
“Awak nak bukti dan saya dah tunjukkan. Sekarang, boleh awak ikut saya?” Soal Ariel tegas.
“Kau nak bawak aku ke mana?”
“Ke rumah kita.”
Aimuni tersenyum sinis. Dia memandang Ariel dengan wajah penuh keyakinan.
“Ya, kau suami kau tapi perasaan sayang untuk kau tak pernah ada dalam hati aku. Aku tak pernah anggap kau suami aku dan aku takkan ikut kau,” tegas Aimuni pula. Dia tidak mahu hidup bersama lelaki itu.
“Suatu hari nanti awak akan sayang saya, Kyra.”
Are you sure?” Aimuni tersenyum.
Yes! I’m very sure about that!
Then, prove it. Aku akan ikut apa yang kau nak tapi make sure masa tu kau dah berjaya buat aku sayang kau,” cabar Aimuni dengan yakin.
“Jangan terlalu yakin, Kyra,” ujar Ariel. Pak Lang memegang bahu Ariel yang mahu mara ke arah Aimuni. Langkah lelaki itu terhenti.
“Okey. Awak yang cabar saya. Semua yang ada kat sini menjadi saksi. Bila tiba masanya hati awak menjadi milik saya kembali, awak akan turut semua kehendak saya tanpa bantahan. Allah itu Maha Agung, Kyra. Sekejap saja dia boleh balikkan hati awak pada saya,” kata Ariel penuh yakin. Aimuni terdiam. Bibirnya di ketap geram. Dia menunduk.
Ariel berpaling ke belakang. Dia tidak mahu berlama di situ. Dia mahu segera keluar dari rumah yang memberinya banyak tekanan. Dia cuma mahukan isterinya tapi kenapa semua orang menghalang? Apakah haknya sebagai suami sudah tiada sedangkan dia tidak pernah berniat mengabaikan Aimuni.
“Ariel, tunggu.” Pak Lang menghalang langkah lelaki itu. Ariel terpinga-pinga. Nak bagi amaran ke sebab kacau anak saudara dia? Tapi Aimuni tu bini aku! Ariel melurut rmabutnya ke belakang.
“Ai, salam dengan Ariel.” Arahan Pak Lang mengejutka semua yang ada di situ.
“Tapi, abah…”
Now! He’s your husband!” Tegas Pak Lang. Aimuni mengeluh berat. Bila itu yang diarah oleh abahnya maknanya dia mesti menurut. Ah, ini salah satu keburukan bila ada seorang askar di dalam keluarga!
Ariel menunggu kedatangan Aimuni yang sengaja berjalan lambat-lambat ke arahnya. Sebaik sahaja berhadapan dengan Ariel, tangannya mencapai tangan Ariel dan dicium secepat mungkin. Ariel menyembunyikan senyumannya. Tangan Aimuni yang masih berada dalam genggamannya di genggam erat. Satu ciuman hinggap di dahi gadis itu.
You’ll be mine soon,” bisik Ariel penuh yakin. Aimuni mencebik. Segera dia menolak tubuh Ariel agar menjauhinya. Tangannya digenggam erat. Peluh dingin yang mula mengalir di dahi diseka dengan lengan baju tidur.
“Pak Lang, Ariel balik dulu,” pinta Ariel seraya bersalam dengan Pak Lang. Dia melempar senyuman buat Syafiqah dan gadis itu hanya membalas sekadar berbasi-basi sahaja.
“Bila nak bawak Ai pergi rumah kamu?” Soal Pak Lang. Mak Lang yang mendengar soalan itu terkedu. Aimuni turut memandang abahnya dengan rasa tidak percaya.
“InsyaAllah tak lama lagi, Pak Lang. Ariel tengah settle urusan pembelian apartment kat Batas Baru,” jawab Ariel. Aimuni tersentak. Batas Baru? Bukan tempat tu area rumah Adib ke?
“Baguslah kalau macam tu.”
Ariel mengangguk dan berlalu ke keretanya apabila meminta diri untuk beredar. Dia sedikit berpuas hati dengan layanan Pak Lang namun sedikit gusar dengan Mak Lang. Bimbang jika wanita itu melarikan Aimuni buat kali kedua.
Ariel menerobos masuk ke dalam kereta. Senyumannya masih bergayut di pinggir bibir. Handphone dicapai. Contact list terpapar di skrin. Wifey Cayang. Tangannya ligat menaip mesej untuk dihantar kepada isterinya yang tersayang. Usai sahaja menghantar mesej, dia segera memecutkan kereta membelah malam menuju ke Taman Chendering Utama. Tidur malamnya nanti pastinya bertemankan senyuman!

Love u!!! ♥‿♥
p/s : maf kalau en3 kali ni xmemuaskan anda... huhu... bnyk bocor sana-sini... apa2 pun, enjoy reading, guys!

3 comments:

  1. wahahaahahahah bgus bgus.. saya suke yg ni!! x sabar nak tgu ariel tu bwk blik kyra.. sengal la mak lang tu overprotective bebenor!

    ReplyDelete
  2. ai nie apalah...kena ikut cakap suami... balik!...haha

    oh my pengsan tengok gambar ariel...hensem... :D

    ReplyDelete
  3. Nape mak lang tu cmmtu.. Ai nak kna maraton jap ;)

    ReplyDelete