Saturday, 19 May 2012

Takdir Buat Kita [JIUK] Bab 21


Aimuni menapak ke bilik Ariel. Secretary Ariel yang mesra itu menyambut kedatangan Aimuni dengan senyuman. Tanpa bertanya apa-apa, dia menunjukkan isyarat agar Aimuni terus masuk ke bilik bosnya. Mungkin dia sudah dimaklumkan oleh Ariel tentang kedatangan Aimuni untuk berjumpa dengan Ariel.
Aimuni membuka pintu tanpa mengetuknya terlebih dahulu. Dilihatnya Ariel sedang tekun mengadap sebuah fail projek tanpa menghiraukan kedatangan Aimuni. Gadis itu menapak masuk dan duduk di atas kerusi berhadapan dengan suaminya. Lelaki itu masih tidak memberi respon kepadanya.
“Encik Syed, sibuk sangat ke?” Tegur Aimuni. Suaminya pantas mendongak. Tersengih lelaki itu melihat wajah Aimuni.
Sorry, sayang. Bie ingatkan Malihah tadi,” pinta Ariel seraya menghulurkan tangannya ke arah Aimuni. Gadis itu menyambut dan mencium tangan suaminya itu penuh hormat.
“Sibuk benar bakal CEO kita ni,” usik Aimuni dengan senyuman. Ariel hanya mengeleng beberapa kali.
“Mana ada. Bie cuma tengok bajet untuk projek baru kita ni,” balas Ariel. Dia menekan intercom dan meminta Malihah menyediakan air buat mereka berdua.
“Kenapa susahkan Kak Malihah? Fie ada ni. Fie boleh aje pergi buatkan Bie air tu,” ujar Aimuni dengan nada tidak senang. Dia mahu memberikan semua yang terbaik buat Ariel. Dia akui bahawa rasa sayang sudah mula bertapak dihatinya sejak kali pertama Ariel membisikkan kata-kata azimat ditelinganya sewaktu lelaki itu menculiknya.
“Fie tu tetamu Bie. Mana ada Executive Kanan Pemasaran buat air untuk diri sendiri, sayang oi. Fie nak mereka semua tahu ke hubungan kita ni?” Soal Ariel. Aimuni menggeleng perlahan. Dia masih belum bersedia untuk itu. Hubungannya dengan Mak Lang juga masih belum dapat dipulihkan. Nasib baiklah Pak Lang dan Syafiqah menyokong tindakannya yang mahu berpindah ke apartment Ariel.
Gadis itu mencapai pen milik Ariel dan membuat heli-spin. Dia sedikit bosan apabila Ariel kembali mengadap kerjanya. Suaminya itu langsung tidak menghiraukan Aimuni. Mamat ni memang workaholic! Isteri yang cun kat depan pun dia buat tak layan aje bila dah dapat mengadap kerjanya itu.
“Fie ada call ibu?” Soal Ariel apabila perasan bahawa isterinya itu sedang melayani rasa bosannya. Tangan Aimuni terhenti. Dia memandang wajah Ariel dan menggeleng lemah.
“Kenapa tak call? Nanti lagi susah Fie nak dekat dengan dia.” Aimuni meletakkan pen itu kembali ke tepi. Dia menongkat dagu memadang suaminya yang santai bersandar dikerusi.
“Kalau Fie call pun, ibu bukan nak bercakap dengan Fie,” jawab Aimuni dengan nada sedih.
“Tak apalah. Hujung minggu ni kita balik rumah ibu. Kita pujuk ibu sama-sama dan yakinkan dia bahawa suami Fie ni boleh jaga isteri dia,” kata Ariel seraya mencapai tangan Aimuni dan digenggamnya erat. Isterinya itu mengangguk dengan senyuman.
Pintu bilik diketuk dari luar. Genggaman tangan Ariel terlepas sepantas kilat. Ariel meminta agar Malihah masuk. Wanita itu masuk bersama dua gelas cawan yang berisi air dan meletakkanya di atas meja di sudut bilik itu. Ariel mengajak Aimuni untuk duduk di atas sofa sebelum membenarkan Malihah keluar. Mereka beriringan ke sofa.
“Kita ni dah macam penjahat tau,” ujar Aimuni tiba-tiba dengan gelak tawa yang perlahan. Ariel mengerutkan dahi.
“Kenapa pulak Fie cakap macam tu?” Isterinya itu menghulurkan air untuk suaminya. Ariel menyambut huluran itu.
“Kita nak jumpa kat pejabat pun secara sembunyi-sembunyi. Macam kita ni penjenayah aje,” jawab Aimuni dengan senyuman. Ariel tergelak kecil.
“Biasalah tu. Nanti kita umumkan pada masa yang sesuai,” balas Ariel seraya mencapai tangan Aimuni dan digenggam erat. Dia mahu selesaikan urusan dengan papanya terlebih dahulu. Dia mahu papanya tahu bahawa hanya Aimuni Syakira yang bolh membahagiakan dirinya bukan Sara Farhana.
“Macam mana reaksi diorang nanti ye?” Aimuni tersengih seraya membayangkan sendiri reaksi pekerja-pekerja disitu terutama Ammar. Ah, lelaki itu tentu sanga kecewa dan rasa tertipu.
“Sayang, come,” gamit Ariel. Isterinya itu memandang pelik namun diturutkan juga kemahuan Ariel. Dia mendekati lelaki itu dan duduk disisi suaminya. Rapat sehingga tiada ruang antara mereka. Tangan Ariel memaut bahu Aimuni erat.
“Bie nak Fie tahu yang Bie sayangkan Fie sangat-sangat kerana Allah. Fie yang membawa Bie dekat dengan Allah dan Bie harap cinta kita ni akan ke syurga, sayang,” tutur Ariel perlahan dengan nada berbisik. Aimuni kaku. Aiyark, suami aku ni dah masuk mood romantiklah pulak!
“Okey.” Ariel menarik hidung isterinya itu. Terjerit kecil gadis itu dengan tindakan suaminya. Aimuni memuncung.
“Okey aje yang boleh Fie jawab? Nak kena isteri Bie ni,” ujar Ariel lantas menarik Aimuni ke dalam pelukannya. Aimuni tersenyum dalam diam. Senang diperlakukan dengan manja oleh Ariel.
“Bie pernah bercinta?” Soal Aimuni secara tiba-tiba. Ariel terkesima. Bercinta?
“Kenapa Fie tanya macam tu?”
“Fie nak tahu je.” Ariel sengih sendiri.
“Bie hanya jatuh cinta pada seorang gadis yang berani lawan Bie masa dekat kampus dulu. Bie tak pernah bercinta dengan dia tapi masing-masing tahu tentang perasaan masing-masing,” ujar Ariel dengan bangga.
“Fie nakal ke dulu?” Aimuni jadi berminat untuk tahu. Kepalanya disandar ke dada Ariel dengan selesa.
“Nakal dan comel,” jawab Ariel lantas mencubit pipi Aimuni manja. Tergelak kecil isterinya itu.
“Comel sangat ke?”
“Comel sangat-sangat. Tudung bidang 60’, baju long sleeve yang lebih labuh dari tangan dan seluar besar gedabak but still dia gadis paling nakal yang Bie kenal. Sangat brutal bila dengan lelaki but tersangat lembut bila dengan kawan-kawan perempuan dan juga kanak-kanak,” cerita Ariel. Aimuni tergelak mendengar pujian suaminya.
Brutal sangat ke, Bie?” Ariel tertawa kecil. Aimuni menepuk dada suaminya geram.
“Fie fikir sendirilah macam mana brutalnya Fie sampai sanggup lawan student yang ada jawatan dalam MPP. Bukan sebarangan jawatan tau,” jawab Ariel. Aimuni tersenyum. Dasyatnya aku dulu.
“Kalau Fie brutal, macam mana Bie boleh jatuh cinta pada Fie?”
Because you’re not like others. Fie boleh bersosial dengan orang lelaki but Fie amat menjaga batas pergaulan. Fie hormatkan semua orang tapi bila ada ketidakadilan yang terjadi, Fie berani menegakkan keadilan tu. You have something in you yang buatkan hati Bie terus melekat pada Fie. The most thing about you yang paling buat Bie admire is your attitude towards others,” ujar Ariel penuh bersemangat. Pelukannya dieratkan.
“Kenapa Fie boleh jatuh cinta pada Bie ye?” Aimuni bertanya kepada diri sendiri.
“Fie cakap sebab Bie suka menyakat Fie,” jawab Ariel. Isterinya itu tertawa. Dapat dia bayangkan Ariel berkomplot dengan Addi untuk menyakatnya seperti sekarang.
Pintu bilik tiba-tiba dibuka kasar daripada luar. Ariel dan Aimuni tergamam tanpa sempat mengubah posisi kedudukan mereka. Wajah Ammar memerah melihat aksi Ariel dan Aimuni yang begitu menjengkelkannya. Mereka berpelukan dipejabat dan tanpa hubungan yang sah. Silapnya dia menilai Aimuni. Rupanya gadis itu bukan seperti gadis timur yang cukup menjaga perlakuan dan tahu hukum hakam agama! Ammar menutup pintu bilik itu kembali dan bergegas pergi. Dia tidak sanggup berlama disitu.

Gadis itu bangun perlahan-lahan daripada katilnya dan mencapai cardigan yang tersangkut dipintu almari. Cardigan itu disarungkan ke tubuh dan dengan langkah perlahan, kakinya di atur ke ruang tamu ditingkat bawah. Wajah Shadeeq yang keletihan menyapa pandangan matanya.
“Penat, bang?” Shadeeq tersenyum lesu seraya mengangguk. Sara mendapatkan abangnya yang sedang bersandar melepaskan lelah di atas sofa.
“Banyak sangat ke kerja kat pejabat tu?” Soal Sara lagi.
“Banyaklah jugak. Tak menang tangan dibuatnya,” jawab Shadeeq. Dia mencapai tangan Sara dan menolong adiknya itu duduk disebelahnya.
“Papa mana?”
“Papa pergi jumpa dengan Datuk Syed dekat Petaling Jaya. Katanya ada hal yang nak diuruskan tentang projek yang tak jadi tu,” ujar Shadeeq. Wajah Sara berubah tegang.
“Buat apa papa jumpa Uncle Syed lagi? Hana dah pesan kat papa supaya jangan libatkan diri dengan keluarga Uncle Syed,” keluh Sara.
“Abang tak tahu. Papa just bagitahu abang macam tu aje. Hana dah okey ke ni?” Soal Shadeeq pula.
“Alhamdulillah. Hana dah makin okey sekarang. Bila abang nak bawak Kak Athira datang rumah kita?” Shadeeq tersengih. Wajah tunangnya itu terbayang diruang mata.
“Hana nak jumpa dia ke?”
“Mestilah. Hana dah rindu sangat-sangat kat Kak Athira ni,” jawab Sara dengan nada teruja.
“Amboi, baru seminggu tak jumpa dah rindu segala bagai. Abang pun tak macam Hana tau,” usik Shadeeq. Adiknya itu hanya mencebik.
“Hana bosan sebab asyik mengadap muka papa dengan abang aje,” balas Sara dengan sengihan nakal. Satu cubitan hinggap di pipi gadis itu.
“Abang! Sakitlah,” marah Sara. Abangnya hanya tertawa gembira.
“Suka sangat cubit orang. Nanti Hana mengadu dengan papa,” gertak Sara.
“Mengadulah. Ingat abang takut dengan papa tu?” Ujar Shadeeq dengan tawa yang masih bersisa. Sara hanya mampu mengetap bibir menahan geram. Abangnya memang suka menyakat Sara dan Athira.
Suasana antara mereka sunyi seketika. Sara melayan perasaan sendiri. Shadeeq pula nampak seperti teragak-agak mahu meluahkan apa yang dia tengah fikirkan. Takut jika apa yang dia akan utarakan nanti mengguris hati adik sendiri.
“Hana, betul ke Hana nak lepaskan Ariel macam tu aje?” Soalan Shadeeq kali ini membuatkan jantung Sara terhenti berdegup buat beberapa saat.
“Kenapa tiba-tiba abang tanya?”
“Abang ada terserempak dengan dia masa seminar kat Johor bulan lepas. Dia nampak makin gembira sekarang. Mungkin dia dah jumpa isteri dia balik,” cerita Shadeeq. Adiknya itu menunduk. Wajahnya tidak menzahirkan apa-apa yang dirasainya saat itu.
“Hana dah cukup bahagia sekarang, abang,” balas Sara yang tidak mahu mengulas apa-apa. Baginya, bahagia dia bergantung kepada bahagia Ariel biarpun dalam rasa bahagia itu ada duka yang dia sembunyikan.
“Abang takut papa bertindak diluar jangkaan kita, Hana. He’s quite different lately. I think he hides something from us,” ujar Shadeeq. Bukan dia mahu mengesyaki papa sendiri tapi dia takut jika papanya terlibat dengan accident yang menimpa Ariel dan Aimuni setahun yang lalu biarpun tiada bukti yang boleh mengaitkan papanya mahupun Datuk Syed Fakri di dalam kes itu.
“Apa maksud abang?” Sara memandang Shadeeq. Abangnya itu melepaskan keluhan berat. Dia tidak mahu membebankan Sara dengan hal itu namun jika papanya terlibat, Sara perlu tahu. Hanya Sara yang mampu menasihatkan papa mereka.
“Ingat sewaktu hari perkahwinan Ariel dulu? Papa nampak gelisah then selalu on the phone. Bila abang tanya, papa jawab yang itu client dia. Abang tak nampak logiknya dimana jika setiap minit dia bercakap dalam telefon dengan client,” jawab Shadeeq panjang lebar. Sara menggeleng kepala perlahan-lahan.
“Abang sedar tak ni? Abang mengesyaki papa sendiri. Dia papa kita, abang. Lagipun polis sendiri dah tutup case tu dan papa mahupun Uncle Syed langsung tak ada kena-mengena dengan accident yang sudah dirancang itu,” kata Sara tegas. Dia tidak percaya jika Tan Sri Isa sanggup melakukan perbuatan tidak bermoral itu.
“Abang tahu dia papa kita, Hana. Abang cuma takut jika papa terlibat dengan accident yang dah dirancang itu. Kemungkinan besar kejadian itu akan berulang jika Ariel bertemu kembali dengan isteri dia. Hana tentu kenal papa sebab Hana agi rapat dengan papa. Rasanya tidak keterlaluan untuk abang mengesyaki papa setelah apa yang papa pernah buat pada arwah Filzah dulu.” Shadeeq melepaskan segala apa yang dipendam selama ini. Dia kenal papanya. Selagi tidak mendapat apa yang diinginkan, dia akan menggunakan pelbagai cara untuk merealisasikan hasratnya.
“Abang, benda tu dah lama berlalu. Lagipun bukan kejadian yang menimpa Kak Filzah bukan salah papa. Itu semua takdir abang,” kata-kata Sara hanya mendapat cebikan daripada Shadeeq.
“Kalau papa tak hentikan pembedahan yang sepatutnya berjalan tu, Filzah takkan mati. Papa memang dari awal lagi tak sukakan Filzah sebab Filzah hanya budak kampung. Jangan bagitahu abang yang Hana langsung tidak tahu menahu tentang perkara ni,” balas Shadeeq geram. Selama tiga tahun dia mendiamkan diri dan tidak membangkitkan soal kekasihnya yang sudah meninggalkannya buat selama-lamanya kerana sakit buah pinggang itu dihadapan keluarganya.
“Papa buat semua tu untuk kebaikkan abang jugak. Keluarga Filzah pun tak sukakan kelaurga kita, abang.” Sara mengeluh berat. Dia sedar bahawa Tan Sri Isa juga sedikit sebanyak menjadi punca kepada kematian Filzah namun jika berkaitan dengan accident yang menimpa Ariel dan Aimuni, dia tidak boleh terima andaian abangnya itu.
“Hana tak nak fikir lagi tentang hal ni. Anggap kita tak pernah berbicara soal ini,” putus Sara setelah Shadeeq berdiam diri. Dia sayangkan papanya dan dia tidak mahu berfikir jika papanya teribat dengan kejadian accident itu. Shadeeq terdiam tanda menghormati keputusan adiknya.
p/s : knp ada bab 21? entahlah... rse nk post je sbb ada yg mintak nk lg... hehe.. enjoy reading, guys!

8 comments: