Pagi itu Aimuni terlewat bangun. Gadis itu hanya tersedar setelah mendapat morning kiss daripada Ariel yang sudah bersiap dengan pakaian pejabat. Kelam kabut gadis itu bersiap sehingga terpaksa menukar tudung beberapa kali kerana tidak matching dengan baju kurungnya. Itupun baju kurung yang dibeli oleh Ariel. Agak labuh dengannya namun untuk memakai baju kurung semalam, memang dia tidak sanggup! Ariel pula begitu galak menggelakkannya.
“Kita breakfast kat luar aje pagi ni. Saya tak sempat nak siapkan breakfast. Leka sangat tengok wife saya ni tidur,” ujar Ariel dengan nada mengusik. Aimuni mengetap bibir geram. Gadis itu terkial-kial memakai stoking kaki dan sandalnya. Ariel pula berdiri tercegat menunggu Aimuni setelah dia mengunci pintu rumah mereka.
“Riel,” sapa satu suara. Aimuni mendongak memandang pemilik suara itu. Adib? Rumah dia depan rumah aku? Eh, rumah aku pulak! Rumah mamat psycho inilah!
“Di, awal kau hari ni. Lewat tidur ke malam tadi?” sindir Ariel.
“Tak payah nak sindir-sindir aku. Aku penat tau tak,” balas Addi dengan wajah berserabut. Tie masih belum diikat elok. Wajahnya nampak begitu letih. Apa tidaknya, sejak kebelakangan ini banyak kerja yang dia perlu selesaikan sehingga kadang-kadang terpaksa tidur di pejabat gara-gara bekerja.
“Kau lewat pun tak apa sebab mama sayang kau,” ujar Ariel dengan nada mengusik. Addi yang baru sahaja mengunci pintu rumahnya memandang Ariel tajam.
“Kau tu kenapa lewat? Honeymoon ke malam tadi?” Balas Addi dengan selamba. Aimuni sudah terasa mahu menyorok di bawah katil. Ariel pula tertawa gembira.
“Jangan jelous la, kawan,” kata Ariel seraya menepuk bahu sahabatnya itu. Addi mencebik. Dia mengerling ke arah Aimuni sekilas yang buat-buat sibuk memakai sandal sedangkan sandalnya sudah selamat berada di kaki.
“Ai, saya tau awak malu tapi takkan awak nak tenung sandal sampai sandal awak tu haus kot?” Usik Addi pula sambil membuat kening double-jerk ke arah Ariel. Mereka sama-sama tertawa. Aimuni memuncung melihat pakatan sahabat berdua itu mengenakannya. Mahu sahaja dia memukul mereka berdua dengan sandal itu sampai sandal tu hancur!
“Riel, kenapa wife kau ni macam tak ada respon je? Dulu kalau kita usik sikit pun dah nak kena penampar free selipar jepun dia,” tambah Addi lagi. Memang sesuai sangatlah mereka berdua menjadi sahabat. Dua-dua sengal!
“Di, kau jangan nak menyakat lebih-lebih. Kang tak memasal kau kena cepuk dengan dia nanti. Aku tak nak join pakatan kau kali ni. Aku pihak pengaman sedunia,” kata Ariel dengan sengihan nakal. Aimuni bangun berdiri menghadapi kedua-dua lelaki itu.
“Sorry Ai. Saya dah lama tak menyakat awak. Rindu pulak masa-masa kita muda dulu,” ujar Addi dengan sengihan comelnya. Aimuni terasa mahu tergelak melihat wajah comel Addi. Tersangat comel! Pengaruh kartun jugak ke ni?
“Muda-muda dulu? Weh, kau dah tua ke sekarang ni?” Soal Ariel dengan tawa yang meletus.
“Tua la jugak. Umur dah 25 tahun ni. Kena kahwin cepat-cepat,” jawab Addi seraya tersengih gatal. Ariel mencebik.
“Masuklah meminang Cik Suhana tu minggu depan,” celah Aimuni. Ariel tersenyum sesaat sebelum kembali tertawa bersama Addi. Isterinya terpinga-pinga. Salah ke apa yang aku cakap?
“Wife kau ni tukang tilik ke, Riel? Tahu-tahu aje aku nak meminang Su tu minggu depan,” kata-kata Addi membuatkan Aimuni terkejut. Nak meminang? Kenapa aku tak tahu? Eleh, macam aku ni orang penting pulak!
“Eh, jomlah. Dah lewat ni. Nanti membebel pulak mama tu,” ajak Addi seraya berlalu ke lif. Ariel dan Aimuni menurut tanpa berkata apa-apa.
Addi mengurut tengkuknya yang lenguh berkali-kali. Kerjanya yang bertimbun dibiarkan sekejap. Jika diikutkan hati mahu sahaja dia meminta cuti namun apabila mengingati janji Puan Nuralia bahawa dia akan diberi cuti yang panjang sewaktu majlis perkahwinannya nanti, Addi tahankan juga rasa lelah yang semakin menyesakkan dirinya itu.
Bunyi ketukan dipintu tidak dihiraukan Addi. Mungkin Suhana yang mahu menghantar air kopi untuknya. Lelaki itu bersandar ke belakang kerusi. Matanya dipejam celik beberapa kali. Daun pintu terbuka sendiri apabila tiada reaksi daripada Addi.
Wajah Puan Nuralia terjengul dengan senyuman manis. Wanita anggun yang bertudung Arini itu melangkah masuk mendapatkan anak angkatnya yang sedang membetulkan duduk apabila melihat Puan Nuralia yang datang. Susah benar mahu melihat Puan Nuralia datang ke pejabatnya. Tentu ada hal yang sangat penting.
“Tired?” Soalnya apabila melihat wajah letih Addi. Projek usahasama dengan Syarikat Mutiara begitu memberi kesan kepada Addi. Rasa kasihan menjalar disegenap ruang dirinya.
“A little bit, ma,” jawab Addi dengan senyuman. Puan Nuralia mendapatkan kerusi dan melabuhkan punggungnya disitu.
“Macam mana dengan Ariel?” Soal Puan Nuralia.
“Mama ni macam penyiasat persendirianlah,” usik Addi. Mama angkatnya itu hanya tersenyum.
“Of course. Menyiasat anak sendiri,” balas Puan Nuralia.
“Apa yang mama nak tahu?”
“Kenapa Ariel beli rumah sendiri? Tergesa-gesa aje. Macam tak suka tinggal dengan mama pulak,” ujar Puan Nuralia dengan sayu. Apa tidaknya, sebaik sahaja dia pulang daripada Jepun, anak tunggalnya itu sudah berkemas-kemas untuk berpindah namun sepatah haram pun tidak diberitahu sebabnya. Ibu mana yang tidak terasa hati jika diperlakukan seperti orang asing begitu?
“Dia tak ada bagitahu mama apa-apa ke?” Soal Addi dengan dahi berkerut. Puan Nuralia menggeleng kesal.
“Kejap ye, ma.” Tangan lelaki itu bingkas berdiri dan menuju ke arah pintu. Daun pintu dibuka dan dia menggamit Suhana.
“Ada apa encik?” Soal Suhana setelah berdiri dihadapan bakal suaminya itu.
“Panggilkan Aimuni sekejap boleh?”
“Cik Ai ada meeting dengan Encik Faisal,” jawab Suhana.
“Kalau meeting dah habis, mintak dia jumpa saya secepat mungkin. Urgent.” Suhana mengangguk. Addi kembali ke tempatnya selepas selesai memberi arahan kepada bakal isterinya.
“Kenapa, Addi?” Soal Puan Nuralia yang pelik dengan tingkah anak angkatnya itu.
“Mama akan tahu nanti,” jawab Addi dengan senyuman penuh rahsia.
“Sejak bila pandai berahsia dengan mama ni?” Addi tertawa.
“Sejak mama jadi penyiasat persendirian,” usik Addi.
“Amboi, kamu berdua sekarang ni suka sangat berahsia dengan mama. Ni yang rasa nak merajuk ni,” ujar Puan Nuralia seraya memasamkan wajahnya. Addi tersengih.
“Janganlah merajuk, ma. Nanti tak cantik mama Addi ni,” pujuk Addi dengan nada suara nakal. Puan Nuralia menjeling manja. Ada-ada sahaja anak angkatnya itu. Suka benar mengusiknya tidak seperti Ariel yang sedikit serius apabila berhadapan dengannya. Mungkin kerana separuh hidup Ariel dihabiskan bersama papanya dan Datin Qairina.
Setahu Puan Nuralia, Ariel tidak rapat dengan ibu tirinya itu malah sudah hampir 5 tahun tidak bertegur sapa sejak Ariel dimarahi oleh Datuk Syed Fakri kerana mulut Datin Qairina yang menuduh Ariel selalu melepak dengan kutu rayau. Disebabkan tuduhan itu, Ariel dikurung di dalam rumah selama sebulan tanpa dapat keluar ke mana-mana kecuali ke kampus.
“Addi ni kalau tak mengusik mama tak boleh ke?”
“Tak bolehlah, ma. Addi rasa macam dah jadi rutin hidup Addi untuk usik mama sejak 5 tahun lepas,” jawab Addi selamba. Bagi Addi, wanita dihadapannya itu bukan sekadar seorang majikan dan mama yang penyayang tapi juga merupakan seorang wanita cekal yang menjadi contoh kepada ibu-ibu tunggal diluar sana untuk terus berdiri teguh dalam satu barisan dengan para lelaki.
Puan Nuralia dikenalinya lima tahun lepas sewaktu Ariel mengajaknya bercuti ke Terengganu melawat mamanya. Ketika itu Puan Nuralia begitu sibuk dengan urusan perniagaannya namun masih tetap mencuri masa untuk menemani Ariel dan dirinya. Sejak itu mereka manjadi rapat apatah lagi hubungan persahabatannya dengan Ariel amat akrab.
Bunyi ketukan dipintu mengejutkan mereka berdua. Wajah Suhana terjengul disebalik pintu. Dia membawa dua biji mug dan dihulurkan kepada Addi dan Puan Nuralia dengan sopan. Dibelakang gadis itu, Aimuni mengekori dengan riak pelik.
“Ai, have a seat,” pelawa Addi. Sempat lelaki itu mengucapkan terima kasih kepada bakal tunangnya yang akan mula bercuti keesokan hari untuk membuat persiapan majlis pertunangan mereka. Suhana segera berlalu.
“Ada apa, Encik Addi?” Soal Aimuni menggunakan bahasa sopan penuh hormat walhal dalam hati mahu sahaja dia menghempuk lelaki itu dengan sandalnya. Rasa geram melihat senyuman comel Addi bagaikan menarik-narik dirinya untuk mengambil sandalnya dari kaki saat itu juga.
“Awak janganlah buat muka macam aku-rasa-nak-hempuk-Addi-guna-sandal-je. Seram saya tengoklah, Ai,” ujar Addi dengan senyum selamba. Puan Nuralia hanya tersenyum. Pasti anak angkatnya itu sudah berbuat sesuatu sehingga gadis yang berbaju kurung moden disebelahnya itu menjeling marah ke arah Addi.
“Apa-apa ajelah!” Marah Aimuni. Siapa tak marah jika dia disakat tanpa sempat membela diri oleh Ariel dan Addi. Mereka sama-sama mengenakannya sewaktu menemani Ariel breakfast dikafe pagi tadi.
“Addi buat apa pulak kali ni?” Celah Puan Nuralia. Kasihan dia melihat Aimuni yang seperti sudah mahu menangis itu.
“Addi tak buat apa-apalah, ma. Addi usik Ai ni sikit je,” ujar Addi membela diri.
“Mama report kat Su nanti,” ugut Puan Nuralia dengan nada bergurau. Aimuni memandang wanita itu dengan rasa tidak percaya. Sportingnya Puan Nuralia ni!
“Ma, kenal tak siapa ni?” Soal Addi setelah penat menyakat Aimuni. Berkerut dahi Puan Nuralia, apatah lagi Aimuni apabila tangan Addi menunjuk ke arahnya manakala pertanyaan itu dituju kepada Puan Nuralia.
“Err… Kenapa dengan dia?” Puan Nuralia sudah dapat menghidu sesuatu.
“She’s the one yang buat Ariel pindah rumah dengan tergesa-gesa,” jawab Addi lanta tersenyum.
“Maksud Addi?”
Pintu bilik Addi terbuka dari luar. Mereka bertiga sama-sama memandang ke arah pintu. Ariel tersengih seraya mendapatkan mereka bertiga. Dia berdiri tegak dibelakang Aimuni sebelum menghadiahkan sebuah ciuman di dahi gadis itu. Puan Nuralia terpinga-pinga.
“Ariel’s wife. Kyra,” ujar Addi memperkenalkan Aimuni kepada Puan Nuralia serta sekaligus menjawab segala teka-teki yang bersarang di minda Puan Nuralia.
“Menantu mama?” Ariel mengangguk dengan senyuman. Puan Nuralia menarik Aimuni ke dalam pelukannya dengan rasa penuh bersyukur. Aimuni turut sebak apabila melihat airmata ibu mertuanya mengalir kerananya. Pelukan terlerai. Tangan Aimuni digenggam erat.
“Maafkan mama sebab tak kenal Kyra,” pinta Puan Nuralia. Aimuni hanya mengangguk seraya tersenyum. Puan Nuralia adalah orang kedua yang memanggilnya Kyra.
“It’s okay,” balas Aimuni yang masih kekok mahu memanggil Puan Nuralia sebagai mama. Gadis itu tersenyum senang. Bestnya dapat mak mertua yang sporting! Namun apabila matanya bertentang dengan Ariel, senyumannya mati. Huh, dapat suami macam apa-apa entah, kutuk Aimuni.
p/s : enjoy reading, guys!
adehai ai.. suke mak mertua sporting tp laki sengal.. ihiks!! comel!!!
ReplyDeleteHehehe... :)
Deleteta sanggup nak baca smpai bab 20 jee . hehe :DD
ReplyDeleteJgn xsnggup, kne snggup. Haha
DeleteHehe.. Ai bila nak ingat nii.. Sian ariel!
ReplyDeleteEntahlah Ai tu.. Hehe
Delete