Wednesday, 9 May 2012

Takdir Buat Kita [JIUK] Bab 15


Ariel memandang Aimuni yang sedang berbaring malas di atas sofa sambil menonton cerita yang tidak diketahui tajuk oleh Ariel. Lelaki itu yang berbaju t-shirt pagoda putih dan berkain pelikat mendapatkan Aimuni. Kaki Aimuni dikuis dengan jarinya. Aimuni tersentak lantas memandang suaminya itu dengan kerutan di dahi.
“Dah call ibu?” Aimuni hanya mengangguk. Matanya kembali tertumpu kepada wajah pelakon Aaron Aziz yang diminati ramai.
“Awak pergilah mandi dulu. Tuala ada kat tempat penyidai tu. Baju awak ada dalam almari sebelah kiri,” arah Ariel lantas menghenyakkan tubuhnya ke atas sofa.
“Baju aku? Sejak bila kau ada baju aku ni?” Ariel mencapai remote di sisi Aimuni dan menukar siaran ke TV9. Tengok Spongebob lagi best!
“Saya belikan untuk awak tapi tak tahulah sama ada saiz yang saya beli tu padan ke tak dengan awak,” jawab Ariel tanpa memandang wajah isterinya.
“Kau dah solat ke?” Soal Aimuni teragak-agak. Ariel mengangguk tanpa memberi perhatian kepada Aimuni.
“Err… Mintak tolong boleh?” Ariel melipat maut memandang Aimuni. Wah, dia mintak tolong aku ke? Kena rekod dalam diari ni, desis hati Ariel nakal.
“Apa dia?” Soal Ariel kembali dengan riak selamba. Aimuni dilihatnya teragak-agak untuk berkata-kata. Wajah gadis itu memerah.
“Aku tak boleh solat ni,” ujar Aimuni tanpa memberitahu hasrat sebenarnya.
“Tahu.” Jawapan selamba Ariel mengejutkan Aimuni.
“Mana kau tahu?”
“Awak tak kelam kabut nak solat pun tadi. Relaks je saya tengok,” balas Ariel seraya matanya masih melekat di televisyen. Lelaki itu sempat ketawa melihat aksi Spongebob dan kawan-kawannya.
“Kau nak tolong aku ke tak nak ni?” Soal Aimuni geram apabila melihat tingkah Ariel yang langsung tidak berminat untuk melayannya. Ceh, kartun tu lagi menarik daripada aku ke?
“Awak nak saya tolong awak apa?”
“Err.. Aku kan tak boleh solat,” Aimuni masih ragu-ragu untuk mengatakan hal yang sebenar. Rasa malu menebal di dalam dirinya. Ai, say it! Alah, suami kau je pun bukan orang luar.
So? Awak nak saya temankan awak mandi ke?” Soal Ariel dengan sengihan nakal. Aimuni mencerlung ke arah lelaki itu dengan rasa geram. Bengkak hatinya dengan perangai suaminya yang suka menyakat itu.
“Kau jangan nak menggatal boleh tak?” Marah Aimuni. Sakit hatinya kerana dipermainkan begitu sedangkan dia betul-betul dalam keadaan terdesak sekarang ini. Bukankah lelaki itu yan membawanya ke sini tanpa apa-apa persiapan, jadi Ariel yang perlu bertanggungjawab atas semuanya.
“Tak salah menggatal dengan isteri sendiri kan?” Aimuni mendengus geram.
“Aku malas nak layan kau ni. Makin aku layan makin menjadi-jadi gatal kau tu,” kata gadis itu dengan wajah merah padam. Ariel tersengih. Dia tahu Aimuni marahkannya namun apakan daya sejak gadis itu kembali semula dalam hidupnya dia semakin suka menyakat Aimuni. Jika dulu, memang minta penampar free kalau mengusik Aimuni.
Aimuni bingkas berdiri dengan niat mahu ke bilik yang ditunjukkan oleh Ariel tadi. Namun belum sempat melangkah jauh, Ariel sudah memaut lengannya. Kakinya mati di situ tanpa sempat melangkah.
“Awak nak saya tolong awak apa?” Aimuni memandang Ariel. Lama dia merenung anak mata hazel lelaki itu. Apabila teringat tentang benda yang satu itu wajahnya kembali memerah menahan malu.
“Tolong beli benda tu untuk aku,” jawab Aimuni tanpa berterus terang. Ariel mengerutkan dahinya. Langsung dia tidak memahami butir bicara isterinya itu.
“Benda apa pulak ni?”
“Emm… Pad. Jenama Kotex. Tak nak ada wings!” Ujar Aimuni dengan sekali lafaz lantas merentap lengannya daripada pautan Ariel dan berlari masuk ke bilik. Daun pintu ditutup sekuat hati. Ariel beristighfar sambil mengurut dada sendiri. Bini aku ni nak bagi pintu bilik tu roboh ke?

Ariel menggaru kepala sendiri saat melihat susunan tuala wanita yang membuatkan matanya berpinar-pinar. Keadaan di dalam kedai 7eleven itu sedikit lengang dengan pembeli. Ariel meninjau ke kaunter. Sedari tadi adik manis yang menjaga kaunter sering menjelingnya penuh curiga. Mahu bertanya gadis itu Ariel terasa malu. Namun demi sahaja melihat jam yang sudah menghampiri ke pukul 9 malam, dia menggamit gadis manis itu.
Gadis itu bergegas mendapatkan Ariel dengan senyuman manisnya. Ariel menjeling ke arah tag nama gadis itu. Intan. Sedap nama tu, tuan punya nama pun manis je, desis hati nakalnya.
“Dik, abang nak beli benda alah ni untuk isteri abang tapi abang tak pandai pilihlah. Banyak sangat jenamanya ni,” ujar Ariel dengan muka berkerut. Gadis itu tersengih-sengih melihat gelagat Ariel.
“Isteri abang apa pesan apa-apa tak?” Ariel menunjukkan reaksi wajah yang bingung kerana dia tidak memahami kata-kata gadis itu.
“Maksud saya , isteri abang ada sebut tak jenama benda alah yang dia nak ni?” Soal gadis itu. Senyumannya masih segar menghiasi wajah. Ariel terdiam memikir. Tangan kanannya mengusap dagu yang bersih sudah dicukur bersih itu. Itupun setelah dipaksa oleh Adib selepas dia bersetuju dengan paksaan Datin Nur Hayati untuk berkhidmat di Syarikat Haya Holdings itu.
“Hah, ada!” Jerit Ariel tiba-tiba. Gadis bernama Intan itu terlopong melihat tingkah Ariel. Haiyya, muka handsome tapi perangai macam budak-budak!
“Jenama apa, bang?” Ariel tersengih memandang Intan yang sedang menunggunya memberitahu jenama tuala wanita yang dipesan oleh Aimuni.
“Abang tak ingat la, dik,” jawab Ariel dengan senyuman meleret. Intan menepuk dahi sendiri.
“Apalah abang ni. Buat suspens je,” ujar Intan dengan wajah kesal. Ariel tersengih malu.
“Awak pilih ajelah yang mana sesuai untuk isteri abang tu. Tapi rasanya dia ada sebut pasal wings tadi. Dia tak nak yang ada wings,” kata Ariel dengan selamba. Intan pula diserbu rasa malu apabila mendengar kata-kata Ariel yang selamba sahaja dilontarkan tanpa berfikir.
“Baik, bang!” Intan mencapai tuala wanita yang berwarna pink itu dan berlalu ke kaunter. Ariel hanya menurut. Usai sahaja membayar harga benda alah itu, dia segera memecut pulang ke apartment Permint Harmoni.

Aimuni menyikat rambutnya yang separas bahu itu dengan lembut. Rasa geram terhadap Ariel masih menebal. Apa tidaknya, Aimuni memesan agar membeli tuala wanita jenama Kotex yang biasa gadis itu guna tapi Ariel membeli jenama Intimate. Memang mana-mana tuala wanita tu tujuannya sama tapi Aimuni tidak biasa menggunakan jenama lain selain daripada Kotex.
“Kyra, marah lagi ke?” Wajah Ariel terjengul di sebalik pintu bilik. Aimuni memuncung. Lelaki itu perlahan-lahan masuk ke kamar yang di hias cantik itu.
I’m sorry, okay.” Tiada balasan daripada isterinya. Aimuni masih dengan rambutnya yang hitam lebat itu. Ariel mendekat.
“Jom saya ikat tocang rambut awak. Take it as my apology,” tawar Ariel seraya menarik tangannya Aimuni ke birai katil. Gadis itu hanya menurut dengan hati yang membengkak.
Ariel mendudukkan Aimuni di atas karpet dengan bersandarkan birai katil. Anak patung Spongebob yang besar gedabak itu dihulurkan ke arah isterinya. Aimuni menyambut dengan senang hati dan memeluk anak patung berwarna kuning itu dengan erat. Ariel pula bergegas mencapai sikat dan dua pengikat rambut. Dia kembali mendapatkan Aimuni yang sedari tadi hanya masam mencuka.
Smile, please,” pinta Ariel dengan nada meminta simpati. Aimuni menjeling tajam. Spongebob di dalam pelukan dipeluk geram. Ariel pula terdiam dengan jelingan amaran Aimuni itu. Tangannya mula lincah bermain dengan rambut isterinya.
“Selalu ke ikat tocang rambut ni?” Soal Ariel apabila suasana antara mereka begitu sepi.
“Tiap-tiap malam,” jawab Aimuni dengan nada mendatar.
“Siapa yang ikatkan?”
“Iqah.”
“Lepas ni giliran saya pula untuk ikat rambut awak ni setiap malam,” ujar Ariel.
“Eh, aku tak cakap pun aku nak tinggal kat sini dengan kau. Bukan ke aku dah bagitahu, make me fall in love with you first then aku akan ikut apa yang kau nak,” balas Aimuni dengan nada angkuh biarpun hati sendiri sedari tadi gelisah menerima sentuhan lembut Ariel.
“Kalau awak yakin sangat yang awak takkan jatuh cinta dengan saya, apa kata awak pindah ke sini?” Cabar Ariel. Tangannya masih ligat mengikat rambut Aimuni disebelah kanan.
“Okey. Kita tengok nanti,” balas Aimuni tanpa berfikir panjang. Ariel sudah tersengih menang. Jeratnya sudah mengena!
“Tadaa! Siap dah,” ujar Ariel seraya berdiri dan melangkah ke meja solek. Sikat diletakkan diatas meja dan dia kembali mendapatkan Aimuni.
“Jom tidur,” ajak Ariel. Aimuni berdiri mendepani Ariel dengan memeluk anak patung Spongebob yang lansung tidak dilepaskannya.
“Kau tidur kat bilik lain tak boleh ke?” Soal Aimuni dengan nada tidak senang.
“Bilik lain masih belum berkemas lagi. Awak jangan risaulah, saya takkan sentuh awak. Awakkan tengah cuti tu tapi time awak tak cuti, saya tak jamin la,” usik Ariel. Badannya dihempaskan ke atas katil.
“Kau jangan nak mengada-ngada!” Mata Aimuni dibesarkan. Geram rasanya mendengar kata-kata Ariel. Gadis itu berdiri tegak melihat telatah Ariel yang berguling-guing di atas katil empuk itu.
“Kalau tak nak tidur dengan saya atas katil ni, awak tidur aje kat bawah tu,” usul Ariel dengan selamba. Aimuni mencebik geram. Tak gentleman langsung!
“Bak sini bantal tu,” pinta Aimuni seraya menghulurkan tangan kanannya ke arah Ariel. Sebelah tangan lagi memeluk erat anak patung Spongebob milik Ariel.
Ariel mengambil sebiji bantal dan menghulurkan ke arah Aimuni. Belum sempat gadis itu mencapai bantal yang dihulur oleh Ariel, lelaki itu terlebih dahulu menariknya bersama-sama ke atas katil. Terjerit kecil gadis itu dengan tindakan Ariel.
“Apa ni?”
Ariel memeluk Aimuni erat. Gadis itu meronta-ronta minta dilepaskan namun Ariel buat pekak badak. Setelah beberapa lama meronta, Aimuni terdiam keletihan. Wajahnya dipalingkan ke kiri menjauhi wajah Ariel.
“Jadi bantal golek saya malam ni,” pinta Ariel seraya menutup matanya rapat-rapat. Aimuni mengeluh tanpa sedar. Anak patung Spongebob yang terdampar di atas karpet dipandang sepi. Nasib kaulah, Spongebob sebab tuan kau ni dah dapat bantal golek yang lagi best, desis hati Aimuni. Matanya turut sama tertutup apabila rasa mengantuk menguasai diri. Mereka berdua tidur berpelukan di bawah sinaran lampu terang tanpa sebarang gangguan.


p/s : mohon maaf jika ada kesilapan dari pihak saya... enjoy reading!

6 comments:

  1. oh oh oh!! sweet je bab tocang tu! part lain saya tersipu sipu baca okey? hahahahha suke >.<

    ReplyDelete
  2. siap wt tocang2 ag mmg mnje g2..

    ReplyDelete
  3. best2, bru abis bc dri bab 1 - 15..hehehe

    ReplyDelete