Thursday, 17 May 2012

Takdir Buat Kita [JIUK] Bab 18, 19 n 20


Bab 18
Wajah ceria Suhana dipandang dengan rasa cemburu oleh Aimuni. Cemburu kerana gadis itu akan berkahwin dengan lelaki yang dicintainya. Cemburu kerana Suhana amat bertuah kerana Addi sangat menyayangi Suhana. Dia? Ah, dia sendiri tidak faham tentang perasaannya. Dia sedar ada perasaan asing yang mula bertamu dihatinya buat Ariel namun seboleh mungkin dia tidak mahu membiarkan rasa itu menguasai dirinya.
Amuni juga masih ragu-ragu mengenai perasaan Ariel terhadapnya biarpun dia tidak dapat menafikan dari segi layanan Ariel terhadapnya jelas menunjukkan bahawa Ariel sayangkannya. Semua itu masih belum mampu menyakinkan Aimuni tentang perasaan lelaki itu terhadapnya.
“Fey!” Suara Ariel yang begitu lembut menyapa ditelinga Aimuni mengejutkan gadis itu. Nasib baik dia tiada heart attack, kalau tidak dah lama dia jalan.
“Apa ni? Buat orang terkejut saja!” Marah Aimuni. Suhana yang sedang berinai dengan ibunya tersengih-sengih melihat tingkah Ariel dan Aimuni yang dianggap pasangan paling sweet itu.
Sorry. Bie tak sengaja nak buat Fie terkejut,” pinta Ariel dengan wajah kesal. Aimuni menjeling geram. Jika mereka hanya berdua saat itu, sudah lama dia mengetuk kepala Ariel.
“Jom, teman Bie kejap. Mak Ha, saya pinjam isteri saya sekejap ye,” ujar Arie seraya menarik tangan isterinya agar bangun mengikutinya.
“Jangan pinjam lama-lama sangat Encik Ariel. Nanti tak berasap dapur ni,” usik Suhana. Aimuni mengetap bibir menahan malu. Mak Ha hanya menghulurkan senyuman. Tangannya ligat meletakkan inai dijari jemari anak bongsunya itu. Inai yang ditumbuk itu dibuat atas permintaan Suhana yang mahukan cara lama. Kata Suhana, dia mahu semuanya dilakukan secara kampung. Perkhidmatan catering pun dia tidak mahu.
“Saya pinjam kejap aje,” balas Ariel. Aimuni hanya menurut langkah Ariel keluar dari ruang dapur yang penuh dengan bahan-bahan makanan untuk kenduri keesokan hari.
“Bie, perlahan sikit boleh tak? Fie ni bukan robot,” marah Aimuni apabila dia terkial-kial menurut langkah Ariel yang cepat itu. Ariel tersengih mendengar panggilan yang digunakan oleh Aimuni. Itupun setelah dia bersusah payah mengugut isterinya itu untuk membuang Bob jika Aimuni masih berdegil mahu menggunakan panggilan kanda dan adinda. Baginya, panggilan Bie dan Fie itu amat sesuai untuk mereka. Sweet couple gitu! Bie untuk hubby dan Fie untuk wifey. Heh, romantik sangat!
“Bie nak bawak Fie pergi mana ni?” Soal Aimuni dengan rasa terpaksa. Semua benda yang dia lakukan terasa seperti dipaksa. Langsung tiada rasa ikhlas yang menyinggah dihatinya sejak hari pertama tiba dirumah Suhana ini.
“Bie nak bagi something kat Fie,” jawab Ariel dengan langkah yang mula diperlahankan. Mereka beriringan ke kereta Nissan Skyline GTR Ariel.
“Bie sanggup datang jauh-jauh semata-mata nak bagi something kat Fie? Bagi esok tak boleh ke?” Soal Aimuni dengan wajah tidak berpuas hati. Sanggup Ariel datang ke Perak semata-mata hanya untuk memberi something yang entah apa-apa itu. Diangkutnya Addi sekali walhal esok Addi akan menjadi pengantin baru yang perlukan rehat serta latihan untuk berhadapan dengan tok kadi keesokan hari.
“Benda ni penting, okey. Kalau tak Bie tak datang tau. Dahlah Bie angkut Addi sekali. Kesian dekat dia,” ujar Ariel. Isterinya mencebik.
“Kalau dah tahu kesian kat Addi tu, kenapa datang jugak malam-malam macam ni?”
Sorry but Bie tak boleh tunggu sampai esok. Nak bagi malam ni jugak.”
“Apa yang penting sangat tu?” Langkah mereka terhenti di hadapan kereta mewah itu. Ariel membuka pintu kereta dibahagian seat belakang. Laptop Applenya dihulur kepada Aimuni. Tercengan isterinya itu. La, nak bagi benda ni aje ke? Ingatkan nak bagi berlian ke, emas ke.
“Okey, ni satu lagi. Esok Fie pakai baju ni. Bie pilih yang sama colour dengan baju Bie,” ujar Ariel lantas menghulurkan satu beg plastik kepada isterinya. Gadis itu menyambut dan segera mengintai isi beg plastik itu. Ek? Baju kurung moden yang berwarna merah jambu itu dikeluarkan. Cantik!
“Baju Bie pun warna ni jugak ke?” Soal Aimuni dengan nada kaget. Ariel tersengih lantas mengangguk.
“Err… Kenapa pink?”
“Bie suka colour ni,” jawab Ariel selamba dan penuh keyakinan berserta dengan senyuman yang manis.
Mahu sahaja Aimuni pengsan melihat pengakuan Ariel itu. Ini kali pertama didalam hidupnya lelaki semacho Ariel sukakan warna pink a.k.a merah jambu! Merah jambu okey bukan warna lain. Merah jambu yang hanya digilai oleh gadis itu bukan warna merah terang. Adoi, suamiku rupanya sukakan merah jambu dan aku anti-merah jambu!
“Jangan nak buat muka terkejut macam tu. Bie sekeh Fie nanti,” ujar Ariel apabila melihat wajah Aimuni yang masih kaget. Wajah itu mengingatkannya sewaktu kali pertama mereka berbicara secara berhadapan setelah berbulan-bulan Ariel mencari seorang Aimuni yang begitu berani mempermainkannya, seorang pelajar yang berpengaruh di UiTM Puncak Alam waktu itu.
“Err… Fie terkejut aje sebab Bie lelaki pertama yang sukakan warna merah jambu ni selama 23 tahun Fie hidup,” kata Aimuni. Suaminya tersengih.
“Dan Fie isteri Bie yang tak sukakan warna pink,” Ariel mencapai tangan Aimuni dan dibawa ke bibirnya. Lama jemari itu melekat disitu sebelum satu ciuman singgah didahi Aimuni. Gadis itu hanya membeku. Reaksi yang sering dia lakukan apabila Ariel menyentuhnya. Reaksi yang menunjukkan bahawa Aimuni bukan seorang gadis berjiwa romantik.
“Oi, esok-esok la kalau nak berkissing pun. Aku mengantuk ni,” celah Addi dari dalam kereta. Aimuni menunduk malu. Kenapa aku tak perasan mamat ni ada sekali tadi? Aduh, memalukan betullah!
“Kau ni selalu jelous bila aku nak bermanja dengan Ai,” ujar Ariel. Wajahnya terpamer riak tidak berpuas hati yang sengaja ditunjuk kepada Addi.
“Aku bukan jelous, kawan. Aku cuma sakit mata aje tengok drama spontan depan mata aku. Dibuatnya mak Su tengok, terbeliak mata orang tua tu,” usik Addi. Badannya bersandar di seat yang sudah direndahkan untuk memudahkannya melelapkan mata.
“Pergilah cepat. Nanti apa pula kata Mak Ha tu. Fie nak tolong mereka siapkan bahan-bahan untuk bergulai esok,” Aimuni sedaya mungkin menolak badan Ariel. Lelaki itu hanya menurut arah tolakan isterinya.
“Menghalau nampak!” Usik Ariel dengan sengihan. Aimuni mencebik. Memang menghalau pun!
“Nanti Fie tengok dalam folder yang Bie tulis nama Fie tu. Semuanya ada dalam folder tu,” pesan Ariel sebelum masuk ke dalam kereta. Cermin tingkap diturunkan. Aimuni yang berdiri disebelah sisi kereta hanya mengangguk.
“Tengok sebelum Fie tidur tau,” pesan Ariel lagi dan Aimuni hanya mengangguk. Addi hanya melemparkan senyuman buat Aimuni. Gadis itu membalas senyuman Addi dengan seikhlas mungkin.
“Jangan lupa baca Al-Mulk sebelum tidur.” Aimuni mengangguk.
“Ayat Kursi jangan tinggal. Surah tiga Qul pun sama.” Angguk lagi.
“Basuh kaki dulu.” Angguk lagi untuk kali yang ke lima.
“Nanti mintak tolong Su tocangkan rambut Fie tu.” Aimuni mengetap bibir menahan geram. Laki aku ni pesan macam tak nak jumpa setahun!
“InsyaAllah. Nanti pandai-pandailah Fie buat sendiri. Bie tu jangan bawak kereta laju-laju,” ujar Aimuni. Kali ini gilirannya pula untuk memberi pesanan.
“Jangan lupa call Fie bila Bie dah sampai Kedah,” sambung Aimuni lagi. Ariel hanya mengangguk.
“Baik, cik puan!”
“Addi, tolong tengok-tengokkan kawan awak ni. Kalau dia bawak laju-laju, awak tarik telinga dia kuat-kuat,” pesan Aimuni kepada Addi.
“Baik, lady boss!” Ujar Addi dengan nada mengusik. Aimuni menunjukkan penumbuk kepada Addi. Mengekek lelaki itu ketawa. Gadis itu sudah pandai bergurau dengannya. Tidak sewaktu mereka masih bergelar student dahulu. Aimuni bukan seorang gadis yang mudah bergaul dengan kaum lelaki.
“Bie gerak dulu,” ujar Ariel. Aimuni mengangguk dan menjauh sedikit daripada kereta suaminya. Tangannya hanya melambai ke arah kereta yang perlahan-lahan keluar dari perkarangan rumah Suhana.

Suasana bilik itu suram dengan lampu meja sahaja terpasang. Addi memandang Ariel yang baru sahaja menapak masuk ke dalam bilik bujangnya itu. Mereka sering tidur bersama setiap kali Ariel bertandang ke terataknya yang tidak semewah rumah banglo Ariel di Taman Chendering Utama itu. Lelaki itu dilihatnya tersengih-sengih seperti baru sahaja mendapat durian runtuh.
“Kau ni kenapa? Tersengih macam kerang busuk je aku tengok,” Addi merebahkan badan ke atas katil bujangnya. Ariel melangkah mendekati Addi dan turut menyertai lelaki itu. Mereka berhimpit diatas katil itu.
“Biasalah. Aku ni ada bini, bukan macam kau,” jawab Ariel dengan ayat berkias. Addi mengangguk faham. Baru lepas bergayut dengan Fie kesayangan dialah tu. Jam ditangan dikerling sekilas. Hampir ke pukul 4 pagi. Takkan Aimuni dan Suhana masih belum tidur sama seperti mereka?
“Kau dah makin gemuklah, Riel,” usik Addi. Ariel tergelak mendengar usikan Addi yang dirasakan tidak berasas itu. Gemuk? Tak adalah! Tough je.
“Di, apa perasaan kau sekarang?” Soal Ariel tanpa menghiraukan usikan Addi. Sahabatnya itu terdiam lama.
“Entah. Takut pun ada.” Ariel memandang sisi wajah Addi yang sedang merenung atap zink.
“Kau takut?” Addi mengangguk.
“Bila dah jadi suami orang, tanggungjawab tu besar. Kau tentu faham maksud aku,” jawab Addi.
“Ya. Tanggungjawab kita besar, Di. Kita yang perlu bimbing isteri kita. Dosa yang dia lakukan, kita yang akan tanggung. Aku tak nak tarik isteri aku ke neraka, Di. Aku nak bercinta dengan Ai insyaAllah sehingga ke syurga,” luah Ariel dengan nada tegas.
“Mampu ke aku, Riel?”
“InsyaAllah, Di. Allah sentiasa ada untuk kita.” Suasana sunyi antara mereka. Bunyi cengkerik menjadi irama yang indah dipagi itu menemani dua sahabat yang sedang menganyam mimpi mereka.
“Riel…”
“Mmm…”
“Kenapa kau boleh tekad untuk mengahwini Ai?”
“Petunjuk Allah, Di. Aku ada terbaca satu artikel tentang jodoh. Kalau betul Su tu jodoh kau, bila kau sebut nama dia kau akan rasa tenang, bahagia dan rasa yang positif aje. Itu apa yang aku bacalah. Wallahua’lam,” jawab Ariel. Mereka bersama-sama merenung atap zink rumah itu.
“Macam mana kau boleh sayang Ai sedalam ni?” Ariel tersenyum. Addi disebelah sedikit gelisah.
“Kau tahu apa maksud cinta?” Addi terdiam.
“Di, cinta tu bila kita rasa sakitnya kerana dia tapi hati kita tetap pada dia. Cinta tu bila kita bahagia melihat dia berbahagia biarpun dia bukan milik kita. Kau sayang Su?” Soal Ariel pula.
“Aku sayang dia, Riel tapi aku takut sangat. Aku takut aku tak mampu menjadi suami yang soleh untuk isteri sesoleh Su,” luah Addi memberitahu gusar dihati.
“Solehah seseorang itu bukan kita yang berhak untuk mengukur, Di.” Addi terdiam. Ya, iman seseorang itu bukan bergantung kepada pakaian ataupun labuhnya tudung seseorang itu tapi yang pasti seseorang yang bertudung labuh itu pasti seseorang yang ingin mendapatkan redha Allah. Tiada apa yang lebih penting melainkan redha Allah.
Bak kata Hlovate di dalam novel Versusnya, seorang gadis yang jika bertudung tapi masih memakai lengan pendek, itu masih belum cukup baik lagi. Lelaki yang solat tapi masih berseluar pendek yang menampakkan aurat masih juga belum cukup baik kerana baik itu adalah apabila melakukan suruhan Allah dan meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah.
“Allah ada berfirman di dalam Al-Quran, lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat. Kau tak perlu takut. Allah dah tetapkan jodoh perempuan sebaik Su dengan kau. InsyaAllah kau mampu,” ujar Ariel menenangkan sahabatnya yang sudah dianggap seperti kembarnya itu.
“Jodoh kita dah ditentukan sewaktu kita masih didalam kandungan ibu kita, Di. Kita perlu membentuk diri kita terlebih dahulu, insyaAllah begitulah juga jodoh kita nanti. Solehahnya dia ditentukan oleh solehnya kita,” sambung Ariel.
“Riel, aku betul-betul rasa takut,” ujar Addi seraya mengiring memandang Ariel disebelah kanannya. Ariel tersengih.
Better kau solat sunat la kalau kau still rasa takut. Minta kekuatan tu dari Allah,” usul Ariel. Addi bingkas bangun dan berlalu ke bilik air. Usai berwuduk, dia kembali ke bilik dan mencapai sejadah dan dibentangkan ke arah kiblat.
“Riel, jom berjemaah,” ajak Addi. Ariel mengangguk dan berlalu ke bilik air untuk sama-sama menyertai Addi. Sungguhlah, orang yang paling kuat adalah orang yang sering bangun malam untuk berqiamullail. Doa ketika itu tiada hijab dengan Allah. Semoga Allah merahmati perkahwinan Addi dan Suhana.

Bab 19
Majlis perkahwinan Addi dan Suhana berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Sewaktu Addi mengenggam tangan tok kadi, terpancar sinar bahagia diwajah itu. Dengan penuh yakin dia melafazkan ijab dan kabul hanya sekali nafas. Sekali lafaz sahaja Suhana sudah sah menjadi milik Addi. Gadis itu menangis gembira seraya berpelukan dengan Aimuni.
Seperti jangkaan Ariel, Datuk Syed Fakri turut hadir ke majlis perkahwinan Addi dan Suhana yang berlangsung di kampung Suhana. Lelaki itu datang bersama isterinya yang anggun bergaya, Datin Qairina. Mama Ariel pula sedaya mungkin menjauhkan diri daripada pasangan itu.
“Mama okey ke?” Soal Aimuni apabila melihat Puan Nuralia gelisah sendiri sejak kehadiran pasangan yang nampak mewah itu.
“Mama okey, sayang. Ariel mana?”
“Ariel ada kat dalam bilik dengan Addi. Tengah tolong Addi agaknya. Mama dah makan ke?” Soal Aimuni lagi tanpa mengesyaki apa-apa. Puan Nuralia segera menarik Aimuni ke dapur apabila melihat Datuk Syed Fakri mengatur langkah ke arah mereka. Ariel sudah berpesan kepadanya bahawa mereka perlu menjauhi Aimuni daripada Datuk Syed Fakri.
“Kenapa, ma?” Soal Aimuni dengan wajah berkerut. Pelik melihat tingkah mamanya yang tidak senang duduk itu dan gelisah sepanjang masa.
“Mama dahaga la, Kyra,” bohong Puan Nuralia. Aimuni terasa sangsi dengan bicara Puan Nuralia namun tetap juga tangannya mencapai cawan diatas rak yang bersusun dengan pelbagai jenis cawan.
“Mama nak air apa? Sirap?”
“Air suam,” jawab Puan Nuralia. Tas tangannya diletakkan diatas meja kecil disatu sudut dapur itu yang dipenuhi dengan kuali besar. Tangannya menarik sebuah kerusi dan melabuhkan punggungnya disitu untuk melepaskan lelah.
“Air, ma,” ujar Aimuni seraya menghulurkan air suam kepada ibu mertuanya itu. Wajah wanita itu sedikit kemerahan. Mungkin tidak biasa dengan suasana majlis seperti itu. Yalah, orang yang mewah seperti Puan Nuralia bukan selalu hadir ke majlis perkahwinan yang dibuat dirumah kampung. Namun Aimuni kagum dengan wanita itu. Dia tidak pernah sombong atau bangga dengan apa yang dimilikinya malahan wanita itu begitu bermurah hati dengan semua orang.
“Ma, betul ke Am akan ditukar ke Perancis?” Soal Aimuni yang turut duduk diatas kerusi berhadapan dengan Puan Nuralia. Wanita itu meletakkan gelas ke atas meja usai sahaja meneguk air dengan penuh sopan dan adab seorang wanita bergelar hartawan.
“Ya. Ammar ada potensi untuk mengembangkan kariernya di sana,” jawab Puan Nuralia penuh yakin. Aimuni mengangguk.
“Ammar setuju ke?” Puan Nuralia memandang menantunya itu.
“Dia masih belum memberi keputusan muktamad pada mama. Kenapa? Kyra sayang nak lepaskan abang sepupu Kyra tu pergi ke negara orang?” Soal Puan Nuralia menduga hati menantunya itu. Aimuni tersenyum pahit.
“Tak adalah, ma. Kalau itu terbaik untuk dia, Kyra sokong aje. Cuma Kyra kesian dengan Pak Ngah dan Mak Ngah. Am tu baru saja kembali ke Malaysia tapi sekarang dia sudah kena pergi ke overseas balik. Tentu parents dia sedih,” jawab Aimuni jujur. Puan Nuralia tersenyum seraya mengenggam tangan menantunya itu. Gadis iu begitu cantik berbaju kurung moden berwarna merah jambu dipadankan dengan tudung bawal labuh berona merah jambu muda.
“Tentu family dia faham, sayang. Ini untuk masa depan Am jugak.” Aimuni turut mengakui hakikat itu. Siapa dia untuk menghalang rezeki Ammar? Lelaki itu perlu mendapatkan yang terbaik untuk dirinya dan keluarganya dimasa hadapan.
Don’t be sad, sayang. Am cuma ke Perancis aje. Bila-bila masa saja Kyra boleh ajak Ariel ke sana untuk jumpa dengan abang sepupu kesayangan Kyra tu,” pujuk Puan Nuralia. Aimuni tersenyum. Kesayangan? Entahlah. Aimuni sendiri tidak pasti. Apa yang dia tahu dia akan sedih apabila berjauhan dengan Ammar kerana selama 6 bulan sebelum kehadiran Ariel, lelaki itu yang banyak menemaninya dan menjadi tempat dia meluahkan rasa.

Ammar memandang Aimuni yang begitu cantik dengan warna baju kurung yang dipakainya namun dia sedikit pelik sewaktu pertama kali melihat gadis itu memakai baju kurung berwarna senada dengan Ariel. Aimuni dan merah jambu. Langsung tidak terlintas yang dia akan melihat Aimuni yang begitu obses dengan warna ungu dan anti warna merah jambu akan mengenakan pakaian berwarna merah jambu. Perubahan itu sangat mengejutkannya.
Lelaki itu mengatur langkah mendekati Aimuni tanpa disedari oleh gadis itu. Sepasang mata memerhati gelagat Ammar dengan rasa membahang. Ammar berhenti beberapa langkah dibelakang Aimuni. Dia menarik nafas panjang sebelum menegur gadis itu. Hari ini akan menjadi penentu kepada cintanya yang dipendam sekian lama dari pengetahuan Aimuni.
“Ai…” Aimuni berpaling. Tawanya bersama Suhana hilang mendadak. Suhana yang mengerti akan pandangan Ammar terhadapnya menjauhi mereka. Dia mendapatkan Addi yang sedang melayan tetamu bersama dengan Ariel.
“Ya? Awak dah makan ke?” Soal Aimuni sekadar berbasi-basi biarpun ada getaran di dadanya kerana dia tahu Ariel sedang memerhatikan tingkahnya saat itu.
“Belum. Kejap lagilah saya makan lagipun saya masih kenyang ni,” jawab Ammar dengan sedikit gementar.
“Awak datang seorang je?” Ammar mengangguk laju. Aimuni sudah hilang punca. Mahu rasanya dia berlalu daripada situ namun mengenangkan Ammar, dia kuatkan kaki untuk terus berada disisi abang sepupunya itu biarpun sudah ramai yang menjeling-jeling ke arah mereka.
“Hafiz mana?”
“Dia ada masalah family. Tak dapat datang,” jawab Ammar. Adik sepupunya itu hanya terangguk-angguk. Nampak seperti gelisah namun Ammar masih tiada niat untuk melepaskan Aimuni pergi selagi perasaannya tidak diluahkan.
“Ai busy ke sekarang ni?” Aimuni menggeleng.
“Saya ada something nak bagitahu Ai. Boleh kita bercakap secara private?” Pinta Ammar. Perasaan Aimuni semakin tidak tenteram. Janganlah Ammar melakukan perkara yang bukan-bukan, ya Allah!
Sure.”
Ammar berjalan mendahului Aimuni ke tempat parking kereta. Dia memilih keretanya sendiri untuk menjadi tempat dia berbicara dengan Aimuni. Kunci dibuka. Pintu kereta diseat hadapan dibuka untuk Aimuni. Gadis itu hanya menurut dalam keadaan terpinga-pinga. Ammar turut memasuki kereta Hyundai itu.
“Errr… Kita nak ke mana ni?” Soal Aimuni resah. Ammar hanya tersenyum. Enjin kereta dihidupkan namun tiada tanda-tanda lelaki itu mahu bergerak ke mana-mana.
“Kita bercakap kat sini aje.”
“Awak nak cakap pasal apa ni sampai kena sembunyi-sembunyi segala bagai ni?” Ammar tersengih dalam debar. Aimuni buat muka tidak bersalah.
“Ai, saya ada sesuatu nak bagi pada awak.” Ammar memulakan langkah. Dia memanjangkan tangan ke belakang dan mencapai sesuatu di seat belakang. Kotak berbentuk love berwarna merah baldu itu disua kepada Aimuni. Gadis itu kebingungan dengan tingkah Ammar.
“Apa ni?”
“Saya nak melamar awak,” ujar Ammar jujur. Terbeliak mata Aimuni kerana terkejut yang amat sangat.
“Apa?!” Jeritan Aimuni bergema di dalam kereta. Ammar kaget dengan reaksi Aimuni.
“Err… Saya dah lama sukakan awak, Ai,” luah Ammar.
“Saya… Err… Saya tak boleh terima ni, Am. Awak jangan buat macam ni,” balas Aimuni dengan bermacam-macam rasa yang singgah dibenaknya.
“Tapi kenapa?” Aimuni menggeleng kepala beberapa kali.
Tidak mungkin dia menerima Ammar biarpun statusnya masih bujang kerana dia hanya menganggap Ammar sebagai abangnya. Tidak mungkin mereka akan bersatu kerana tiada istilah cinta dihatinya untuk Ammar.
“Saya bukan gadis yang sesuai untuk awak,” jawapan Aimuni tidak memberi kepuasan hati kepada Ammar.
What do you mean by that? I love you, Ai,” ujar Ammar dengan nada terkilan. Wajah lelaki itu memerah.
We’re not meant for each other,” balas Aimuni lagi. Saya isteri orang, Am!
But, I’m really love you. Saya janji saya takkan pernah lukakan hati awak if awak terima saya. Saya nak bawa awak bersama-sama saya ke Perancis. Kita bina keluarga kita di sana,” ujar Ammar dengan harapan yang tinggi. Aimuni terasa bersalah yang teramat. Kasihan lelaki ini kerana langsung tidak mengetahui statusnya yang bergelar isteri orang.
No! I’m sorry, Am.” Aimuni membuka pintu kereta. Dia sudah tidak sanggup mahu mendengar kata-kata Ammar kerana dia tahu dia bakal terluka melihat lelaki yang dia sayang dan sudah menganggapnya seperti abang kandung itu terluka. Maafkan saya, Am.
Langkah Aimuni terhalang apabila Ammar muncul dihadapannya. Mereka berdiri ditepi jalan yang penuh dengan kenderaan itu. Di kejauhan, Ariel dan Addi hanya menjadi pemerhati. Wajah merah padam Ariel agak menakutkan Addi. Tangannya memegang erat bahu sahabatnya itu.
But why? Explain to me kenapa awak tak boleh terima saya,” pinta Ammar seakan mendesak.
“Saya sayang awak sebagai seorang abang aje, Am. Tak pernah lebih,” Aimuni menghela nafas berat. Ammar melurut rambutnya ke belakang. Sungguh dia rasa tertekan saat itu. Terang-terang Aimuni menolaknya.
Why not awak fikir dulu then awak bagitahu saya kemudian,” usul Ammar namun Aimuni menggeleng tidak bersetuju.
“Maafkan saya,” pinta Aimuni. Dia tidak boleh menerima Ammar biarpun hatinya memaksa kerana status itu menghalangnya. Dia sudah menjadi isteri orang. Isteri kepada Syed Zafril Haqim yang sah!
“Tapi…”
Please, Am. Jangan paksa saya,” pinta Aimuni. Dia bergerak ke sisi untuk berlalu pergi namun tanpa disangka Ammar memegang erat lengannyadan menghalang langkahnya untuk terus maju ke hadapan. Aimuni terdorong ke arah Ammar.
“Apa ni, Am?” Marah Aimuni seraya menarik lengannya sekuat hati namun cengkaman Ammar semakin kuat dilengannya. Aimuni terasa mahu menangis kerana diperlakukan sebegitu apatah lagi dihadapan suami sendiri. Apa pula tanggapan Addi terhadapnya nanti? Ariel tentu-tentunya akan marah.
“Saya betul-betul sayangkan awak.”
“Saya tak boleh balas perasaan awak pada saya. Tolong jangan paksa saya,” pinta Aimuni dengan wajah takut. Airmatanya perlahan-lahan mengalir. Dia tidak takutkan Ammar namun apa yang dia takutkan adalah Ariel. Bagaimana jika Ariel mengamuk nanti? Ah, memikirkan tentang itu sudah membuatkannya ketar lutut.
“Tapi kenapa? Saya nak satu alasan yang kukuh dari awak.” Aimuni menggeleng cuma. Lengannya terasa sakit.
“Saya tak sayangkan awak!” Nada Aimuni meninggi. Geram kerana Ammar seakan tidak mahu menerima kenyataan itu.
“Awak sayangkan Ariel?” Serkap Ammar. Aimuni terdiam. Mungkinkah alasan itu cukup kuat untuk menjauhkan Ammar daripadanya?
“Ya. Saya sayangkan Encik Ariel,” akui Aimuni biarpun dia sendiri masih keliru dengan perasaan sendiri. Ammar tersentak. Dia sudah menjangka begitu namun kenyataan itu pahit untuk ditelan. Dia sayangkan Aimuni dan dia tidak sanggup melepaskan gadis itu ke tangan lelaki lain.
“Lepaskan saya, Am.” Pautan tangan Ammar terlerai. Aimuni mengundur beberapa langkah menjauhi Ammar. Lelaki itu melangkah ke keretanya dan tanpa pamitan dia berlalu dengan keretanya membelah jalan kampung itu. Aimuni terduduk ditepi jalan itu. Apa aku dah buat ni, ya Allah?
Ariel mendengus kasar. Dia berlalu masuk ke rumah. Addi kebingungan. Hari yang sepatutnya menjadi hari bahagia dirinya dan Suhana bertukar menjadi hari derita buat pasangan Ariel dan Aimuni. Antara Ariel dan Aimuni, dia melangkah mendapatkan Ariel. Dia lebih kenal siapa Ariel dan dia tidak mahu lelaki itu bertindak bodoh dalam keadaan marah itu. Kepada Suhana dia titipkan pesan untuk mendapatkan Aimuni. Semoga ada bahagia untuk Ariel dan Aimuni.

Bab 20
Ariel melurut rambutnya ke belakang. Wajah itu nampak begitu tertekan. Sungguh Ariel rasa begitu berserabut. Teringat kembali saat Ammar memegang lengan Aimuni. Nasib baikah berlapik namun dia terasa seperti dirinya seorang yang penakut dan pengecut. Isterinya disentuh oleh lelaki lain namun dia hanya mampu memandang dari kejauhan hanya kerana tidak mahu suasana menjadi genting. Suami apakah dia? Dayuskah dia?
Kerjanya langsung tidak disentuh. Fikirannya hanya teringatkan Aimuni dan Ammar. Apakah mereka telah bersama sebelum ini? Ariel sendiri tidak pasti kehidupan Aimuni selama 6 bulan mereka terpisah itu. Dalam masa 6 bulan itu macam-macam boleh berlaku. Perasaan juga boleh beruah apatah lagi Aimuni yang langsung tidak mengingati tentang dirinya.
Bunyi ketukan dipintu mematikan lamunan Ariel. Wajah Addi terjengul di sebalik daun pintu yang terkuak. Sahabatnya itu membawa sebungkus makanan untuknya seperti hari-hari sebelum ini. Addi meletakkan bungkusan itu diatas meja dihadapan Ariel. Lelak itu duduk tanpa dipelawa.
Are you okay, buddy?” Ariel mengangguk lemah.
“Kau masih belum berbincang dari hati ke hati dengan Ai ke?” Kali ini lelaki itu menggeleng lemah. Tie yang tersangkut dileher segera dilonggarkan. Lengan bajunya dilipat sehingga ke siku lengan.
“Takkan kau nak tunggu sampai anak kucing bertanduk? Dah seminggu kau macam ni. Makan tak nak,  balik apartment pun tak nak. Apa nak jadi dengan kau ni?” Bebel Addi. Ariel bingkas berdiri.
“Kau ni macam mama tau tak!” Ujar Ariel sebelum berlalu ke pantri untuk membasuh tangan. Addi hanya menunggu di dalam bilik. Dia menekan intercom. Suara Malihah, setiausaha Ariel kedengaran.
“Lihah, awak tolong sediakan air untuk kami,” pinta Addi dengan sopan.
“Baik, Encik Addi,” patuh Malihah. Wanita beranak satu itu memang seorang yang cekap melakukan kerja dan kerana itu Ariel sangat sayangkan setiausahanya itu. Ariel masuk usai sahaja membasuh tangan. Addi hanya memandang tingkah Ariel.
“Kau beli apa untuk aku ni?” Soal Ariel. Addi mengangkat bahu.
“Tengok sendirilah,” balas Addi. Sahabatnya itu membuka plasterin putih itu. Nasi goreng paprik? Ariel megerutkan dahi.
“Mana kau beli nasi goreng ni?”
“Mana-mana ajelah. Kau makan je,” ujar Addi dengan nada bosan. Ariel mencebik. Usai membaca doa makan, lelaki itu segera memakan nasi goreng paprik yang nampak begitu menyelerakan.
“Suhana yang masak ke? Siap dengan sudu dan garpu segala bagai ni,” teka Ariel.
“Bukan.”
“Habis tu siapa? Takkan mama kot,” Addi tersengih. Mama nak masak? Heh, tunggu raya nanti la baru mama ada masa untuk memasak.
“Kau makan aje. Banyak tanyalah kau ni.” Suasana senyap. Ariel menikmati makanannya tanpa mempelawa Addi.
“Riel…”
“Apa?”
“Kau tahu Ai ada balik Kampung Telari?” Suapan Ariel terhenti. Dia mengangkat bahu tanda tidak tahu. Sungguh, selama seminggu dia membawa rajuk dihati ke rumah mama dan selama itu juga dia langsung tidak menghubungi isterinya itu.
“Aku bukan nak buat kau gaduh dengan Ai  ke apa tapi apa yang aku boleh bagitahu kau, Ai balik dengan Ammar,” ujar Addi dengan nada sedikit takut. Takut sekiranya Ariel membuat perkara yang bukan-bukan.
“Dia balik dengan Ammar?” Addi mengangguk. Selera Ariel terus mati.
“Kalau kau nak tahu, nasi bungkus yang aku bawak setiap hari selama seminggu untuk kau tu sebenarnya Ai yang kirimkan,” cerita Addi namun Ariel langsung tidak tersentuh hati dengan ketulusan Aimuni. Apa yang dia fikirkan sekarang adalah Aimuni sanggup membelakangkannya dan balik ke kampung tanpa memberitahunya. Lagi menyakitkan hati Ariel adalah isterinya itu balik bersama Ammar!
“Dia memang tak pernah hormatkan aku sebagai suami dia,” luah Ariel dengan hati menbengkak. Addi menampar pipi sendiri. Menyesal kerana memberitahu Ariel namun lelaki itu punya hak untuk tahu.
“Kau bincanglah elok-elok dengan dia,” usul Addi. Dia kenal Ariel. Terlalu kenal dengan perangai lelaki itu yang sangat pantang jika orang menyentuh haknya!
“Tahulah aku nanti macam mana. Thanks for the information,” ucap Ariel.
“Aku bukan nak kau bergaduh dengan Ai tapi as a husband, aku rasa kau patut tahu tentang tu,” jelas Addi. Sebelum ini sudah berkali-kali Suhana berpesan padanya agar tidak memberitahu Ariel namun dia kasihankan Ariel. Lelaki ini terlalu sayangkan Aimuni dan dia tidak mahu Ariel menderita jika Ammar berjaya menawan hati Aimuni.
“Aku faham, Di.” Ariel mengusap pelipisnya beberapa kali. Addi terdiam apabila Malihah datang menghulurkan minuman mereka berdua. Hanya ucapan terima kasih diberikan kepada wanita itu. Menyedari situasi bosnya dan Addi yang mungkin dalam perbincangan penting, Malihah segera berlalu pergi.
“Kau jangan marah-marah Ai pulak nanti. Bincang elok-elok,” pesan Addi. Ariel hanya mengangguk lemah biarpun dia sendiri tidak tahu setakat mana kesabarannya yang masih tinggal. Dia bertapa ke rumah mama bukan kerana membawa hati yang lara sahaja namun dia juga tidak mahu mencetuskan kemarahan sendiri apabila melihat wajah Aimuni dan mengingati peristiwa sewaktu dirumah Suhana.

Entah kali ke berapa dia melihat video itu. Video hadiah daripada Ariel untuknya sempena ulangtahun perkahwinan mereka yang pertama. Airmatanya kembali bercucuran apabila melihat wajah Ariel di dalam video itu. Wajahnya turut mencelah bersama wajah Ariel. Lagu Bidadari yang dinyanyikan oleh Munif Ahmad menjadi musik latar video itu.
Bidadari bidadari temanilah resahku
Bidadari bidadari tenangkanlah jiwaku
Sumpah setia hidup mati selamanya
Kerana kau isteriku isteriku tercinta
Pelengkap rusuk kiriku
Wajah Aimuni muncul di skrin laptop sewaktu majlis konvokesyen dengan berjubah ungu. Waktu itu dia bersama Nurul dan Liza. Gambar itu nampak seperti diambil dari jauh dan secara bersembunyi. Usai wajah itu muncul, sebaris ayat yang berwarna merah muncul. Tahniah, sayangku! Turut disertakan dengan tarikh sewaktu gambar itu diambil.
Kau umpama bintang utara
Penunjuk jalan yang terang
Kau beri harapan
Saatku jatuh bangun semula
Wajah mereka berdua yang malu-malu untuk bersalaman mengambil tempat. Ariel begitu segak dengan berbaju melayu putih sedondon dengannya. Satu tulisan biru muncul bersama gambar itu. Terima kasih sayangku, Syakira kerana menerima diri ini.
Dan berikan sakti cintamu
Penawar racun berbisa
Dan ikatan kita cinta abadi
Hanya disyurga
Video itu berakhir dengan kata-kata yang pernah diucapkan Ariel kepadanya suatu waktu dahulu semasa Ariel menculiknya. Kata-kata yang mencucuk-cucuk jantung hatinya sehingga ke saat ini.
Jika dikata cinta itu seperti pelangi, kuharap warna-warnanya takkan pernah hilang... Jika dikata cinta itu seperti air, kuharap aliran yang ditujunya adalah ke arahku... Jika dikata cinta itu awan, kuharap ia memayungi hidupku sehingga nafas terakhirku. Syed Zafril Haqim Syed Fakri.
Apakah cintanya benar-benar untuk Ariel? Jika dia tidak mencintai lelaki itu mengapa dia sanggup berpindah ke apartment ini? Mengapa hatinya terasa susah selama seminggu lelaki itu menghilangkan diri? Mengapa dia sanggup naik ke tingkat 9 setiap hari semata-mata untuk memandang suaminya itu dari kejauhan dan memasak untuk lelaki itu saban hari? Adakah itu namanya cinta atau sekadar perasaan kasihan? Ah, Aimuni bingung sendiri.
Bunyi pintu dibuka dari luar mengejutkan Aimuni. Bingkas dia bangun dan berjalan ke ruang tamu. Laptop tadi dibiarkan sahaja di meja bilik kerja Ariel itu. Aimuni berdiri tegak melihat wajah kusut Ariel. Lelaki itu sedikit tidak terurus. Dia mendekati Ariel dan mahu mencapai briefcase lelaki itu namun Ariel segera menepis kasar. Aimuni sedikit tersentak dengan perlakuan Ariel namun dimaniskan jua mukanya.
“Bie dah makan?” Soal Aimuni dengan nada lembut. Mahu sahaja Ariel merangkul tubuh itu namun ditahankan hatinya. Rasa sakit kerana Aimuni membelakangkannya masih terasa.
“Belum.” Ariel menghenyakkan badannya ke atas sofa. Matanya dipejamkan.
“Nanti Fie siapkan makanan untuk Bie,” ujar Aimuni dengan nada gembira. Entah kenapa hatinya berasa lega kerana malam itu Ariel balik jua ke apartment mereka berdua.
“Emm…” Ariel hanya membalas acuh tidak acuh. Aimuni sedaya mungkin untuk cuba memahami kepenatan suaminya itu. Mungkin lelaki itu bekerja lebih masa kerana projek perumahan yang diuruskannya sehingga pukul 9 malam baru sampai ke rumah.
“Bie pergilah mandi dulu. Nanti dah siap Fie panggilkan Bie,” kata Aimuni seraya melangkah ke dapur untuk memanaskan lauk. Ariel melelapkan matanya buat beberapa minti sebelum berlalu ke bilik untuk membersihkan diri.

Pintu bilik dikuak dari luar. Ariel yang masih bertuala itu hanya memandang wajah Aimuni yang sudah memerah. Malu gadis itu masih menebal biarpun sudah hampir dua bulan mereka tinggal bersama. Aimuni cuba mengawal riak wajahnya agar tidak ketara malu yang dirasanya. Dia melangkah perlahan mendekati birai katil. Tas tangan yang tersadai diatas katil di ambil dan segera gadis itu berlalu ke pintu.
“Dah siap ke?” Soalan Ariel menghentikan langkah Aimuni. Berketut dahi gadis itu.
“Apa yang dah siap?” Soalnya kembali. Ariel mengerling isterinya itu sekilas sebelum mencapai baju tidurnya.
“Makanan untuk saya,” jawab Ariel selamba. Aimuni sedikit terkesan dengan kata ganti nama yang digunakan oleh Ariel itu.
“Dah. Fie dah hidangkan atas meja,” ujar Aimuni dengan nada perlahan. Entah kenapa dia rasa berjauh hati dengan layanan Ariel kali ini. Gadis itu melangkah longlai ke ruang tamu apabila tiada reaksi daripada Ariel.
Tas tangannya diletakkan diatas meja. Handphone Nokianya dikeluarkan untuk memeriksa mesej dan panggilan yang mungkin dia terlepas pandang. Satu mesej daripada Nurul dan dua panggilan daripada Suhana. Gadis itu menerjah inboxnya untuk membaca mesej Nurul.
+ Wife orang, aku turun Terengganu hujung bulan nanti. Cuti. Kenapa tukar nombor tak bagitahu aku? Aku marah ni L
Aimuni tersengih. Bukan aku yang tukar tapi hubby aku tu punya kerja. Segera dia membalas mesej Nurul.
- Sorry. Aku tak ingat nak mesej kau. Nanti kau contact Husna. Dah lama aku tak jumpa dia.
Baru sahaja gadis itu mahu mendail nombor Suhana, mesej daripada Nurul memasuki inboxnya. Tersengih Aimuni.
+ Banyak cantik! Aku jugak yang kena. Husna kerja dekat Johor. Nanti aku tanya dia if dia nak join aku balik Trganu. Tggu aku dengan karpet merah!
Senyuman masih bergayut dipinggir bibir gadis itu. Nurul selalu berloyar buruk. Perangai dia langsung tidak berubah dari dulu sampai sekarang. Disebabkan perangai gadis itu jugaklah dia senang berkawan dengan Nurul. Gadis itu tidak banyak songeh.
“Senyum memanjang ni kenapa? Mesej dengan Ammar?” Tegur Ariel dengan nada cemburu. Mati terus senyuman Aimuni. Alahai, takkan marah lagi kot pasal Ammar lamar aku hari tu? Itupun nasib baik dia tak bagitahu Ariel tentang cincin yang Ammar bagi, kalau tidak tentu suaminya itu mengamuk sakan.
“Bukan. Fie mesej dengan Nurul,” jawab Aimuni jujur. Handphone diletakkan ke atas meja. Dia bergegas mendapatkan Ariel yang sudah duduk di atas kerusi di meja makan. Aimuni mencedokkan nasi untuk Ariel dan menuangkan air ke dalam gelas untuk lelaki itu.
“Tak nak makan sekali?” Aimuni  menggeleng kepala.
“Fie dah makan sebelum balik rumah tadi,” jawab gadis itu seraya menarik kerusi dan melabuhkan punggung disitu. Dia mahu menunggu Ariel makan.
“Makan dengan siapa?”
“Fie makan dengan Suhana dan Addi. Hari ni Fie tumpang kereta diorang pergi kerja sebab Fie terlambat. Kalau tak Fie pergi naik bas je,” ujar Aimuni. Ariel mengagguk cuma. Aimuni sudah semakin lincah berbicara dengannya.
“Minggu lepas pergi mana?” Soalan Ariel membuatkan Aimuni kalut. Ariel selamba menyuapkan nasi ke mulut sambil menunggu jawapan Aimuni.
“Err… Fie balik rumah ibu,” jawab Aimuni teragak-agak.
“Dengan siapa?” Mahu tercekik Aimuni mendengar pertanyaan Ariel itu. Mahu bercakap jujur atau menipu? Kalau jujur sudah pasti suaminya akan mengamuk tapi jika menipu dia yang berdosa. Ah, stress!
Aimuni menunduk. Dia hanya diam membisu. Itu pilihan yang terbaik buat masa ini. Lebih baik diam daripada melakukan pembohongan. Lebih baik diam daripada menyakiti hati suami sendiri.
“Aimuni Syakira, I’m asking you. Saya bukan bertanya semata-mata nak tengok awak senyap macam ni,” marah Ariel. Seleranya sudah hilang. Pinggan yang masih berisi separuh nasi itu ditolak ke hadapan. Wajah Aimuni dipandang tajam. Gadis itu pula semakin menunduk apabila dimarahi Ariel.
“Kenapa tak nak jawab? Awak balik dengan Ammar?” Aimuni terasa mahu menangis apabila dipaksa begitu.
“10 saat. Jawab ya atau tidak,” putus Ariel. Aimuni mengangkat wajahnya memandang wajah tegang Ariel. Lelaki itu tidak bergurau apabila memberi tempoh masa sesingkat itu kepadanya.
“5 saat. Kalau awak tak nak jadi apa-apa kat awak malam ni, baik awak jawab sebelum habis masa,” ugut Ariel. Aimuni menelan air liur sendiri. Wajah serius Ariel tidak mampu dipandang lebih lama. Dia kembali menunduk. Susah sangat ke nak jawab YA, Aimuni? Ya Allah, maafkan hamba kerana membelakangi suami hamba!
Fine. Awak yang pilih tak nak jawab soalan saya,” ujar Ariel setelah masa yang diberi kepada Aimuni tamat. Dia bingkas berdiri. Aimuni memandang tingkah Ariel. Lelaki itu mematikan lampu utama sedangkan waktu itu selalunya mereka akan berbual diruang tamu sambil menonton televisyen.
“Bie nak buat apa ni?” Soal Aimuni dengan nada bingung apabila Ariel berjalan mendekatinya dengan langkah perlahan. Aimuni bimbang sendiri. Ariel ni nak goda aku ke? Aish, iman aku ni bukan kuat sangat. Tak pasal-pasal aku terkam dia nanti, desis hati Aimuni.
“Buat apa yang patut saya buat dari dulu lagi,” jawab Ariel selamba. Aimuni sudah ketakutan. Benda apa pulak laki aku nak buat ni?
“Jom,” ajak Ariel seraya menarik Aimuni berdiri. Gadis itu teragak-agak menurut langkah Ariel. Matanya terbeliak apabila langkah Ariel menuju ke arah bilik tidur mereka. Jantungnya kencang berlari. Fikirannya sudah mula membayangkan apa yang bakal Ariel lakukan terhadapnya.
Pintu bilik ditutup dan dikunci sebaik sahaja mereka berdua melangkah masuk ke dalam bilik itu. Aimuni memandang Ariel. Ariel memandang Aimuni. Perlahan-lahan senyuman nakal Ariel terukir. Aimuni seperti mahu pengsan melihat senyuman itu. Aduh, handsome la pulak suami aku malam ni!
Ariel menarik Aimuni ke birai katil. Didudukkan gadis itu disitu dan dia berlalu ke meja solek untuk mengambil sikat dan dua pengikat rambut yang berwarna ungu. Langkahnya kembali diatur ke arah isterinya. Aimuni mengeluh lega. Aiyark! Aku ingat dia nak buat apa la tadi. Gatal jugak aku ni rupanya!
“Masa untuk ikat rambut sebelum…” Ariel menggantung ayat. Senyuman nakal masih setia bergayut dibibirnya. Aimuni menunduk malu. Menunggu lelaki itu untuk mengikat rambutnya seperti kebiasaan yang mereka lakukan.
Ariel menyiapkan ikatan yang satu itu. Aimuni sudah menahan kantuk. Terasa begitu lama Ariel mengambil masa untuk mengikat kedua-dua belah rambutnya malam ini. Mata gadis itu semakin laju dan hampir tertutup. Sesaat kemudian mata Aimuni terbuka. Jantungnya kembali berdenyut dengan laju apabila terasa sentuhan tangan Ariel pinggangnya. Dapat dirasa kehangatan nafas lelaki itu dibatang tengkuknya.
“Bie…” Suara Aimuni perlahan. Mahu bertanya namun suaranya seakan tersekat dikerongkong. Wah, apa kena dengan laki aku ni? Takkan masa ni dia nak beromantik dengan aku? Aku ni dahlah lemah bab-bab romantik ni.
“Emm…”Ariel menggeselkan hidungnya ditengkuk Aimuni membuatkan gadis itu kegelian.
“Gelilah,” ujar Aimuni seraya menjauhkan diri daripada Ariel. Lelaki itu tersengih seraya menarik Aimuni kembali mendekatinya. Gadis itu dipeluk erat seakan tidak mahu melepaskannya.
“ Aimuni Syakira, you’re mine. Tak ada orang yang boleh rampas awak daripada saya selagi saya hidup,” bisik Ariel perlahan. Aimuni menelan air liurnya mendengar bisikan lembut Ariel itu. Lelaki itu memang terlebih gula dalam kata-katanya!
“Err.. Jom tidur,” ajak Aimuni seraya bingkas bangun dan menjarakkan dirinya daripada Ariel namun lelaki itu sempat mencapai pergelangan tangannya.
“Takkan dah mengantuk?” Aimuni mengangguk. Terasa peluh dingin membasahi dahinya. Ariel tersengih. Entah apa yang tengah difikirkan oleh Aimuni saat itu.
“Tak nak temankan Bie buat kerja?” Panggilan kembali berubah. Rajuknya seakan hilang apabila melihat wajah Aimuni yang kelihatan menggelabah itu. Gadis itu sangat comel apabila bertocang dua begitu.
“Okey!” Ujar Aimuni lantas menarik Ariel menuju ke bilik kerjanya. Dia takut jika dia berlama-lama di dalam bilik tidur itu, dia tidak mampu mempertahankan nafsunya yang semakin hari semakin mendesak dada apabila berada bersama lelaki itu.
“Fie…” Aimuni memandang Ariel yang mula mengambil tempat di meja kerjanya. Kening gadis itu terangkat sebelah.
“Bie takkan sentuh Fie kalau Fie tak izinkan. Jangan risau ye, sayang,” kata Ariel dengan kerlingan yang menggoda. Aimuni terkesima. Rasa malu menyelubungi dirinya. Tentu Ariel sedang menduga hatinya saat itu.
“Fie pergi buatkan air kopi untuk Bie,” balas Aimuni seraya berlalu ke dapur. Lampu utama kembali terpasang. Ariel tersengih. Jika diikutkan hati, tentu tadi dia sudah menggunakan haknya sebagai suami namun dia kuatkan hati. Dia tidak mahu Aimuni membencinya jika dia memaksa gadis itu. Ariel mengukir senyuman. Aimuni langsung tidak menolaknya tadi sewaktu dia menarik Aimuni masuk ke bilik tidur. Apakah gadis itu sudah mula menyayangi dirinya?
 p/s : maf sgt coz lme xupdate en3 bru.. hehe... ada masalah sket...

4 comments:

  1. Aiyark.. Bila nak msk mode becintan cintun ni.. Hehehe..
    addi ngn su dlu yg dppt baby ni.. ;P
    Pape pon.. Bie mmg terbaek! Sgt sabo.. ;)

    ReplyDelete
  2. kak su... T___T... bercelaru terus emosi saya bce entri ni!!!!

    sedih sebab ni entri lasttt :(

    suke sebab dah bercintan cintun dah ai ngan ariel.... hohohoho i loikeeeeee <3

    blushing la part last tu!! hahaha
    double, triple thumbs up kak sue!!! hahahaah ske la bieeeeeeee

    ReplyDelete