Tuesday 8 May 2012

Takdir Buat Kita [JIUK] Bab 14


Suasana di dalam kereta hanya senyap sunyi tanpa sebarang suara. Aimuni menjeling ke arah Ariel yang tenang memandu saat itu. Radio ada tak nak pasang. Harap kereta aje yang mahal tapi kedekutnya mengalahkan Haji Bakhil, desis hati Aimuni. Rasa bosan menguasai dirinya.
“Kita nak ke mana ni?” Soal Aimuni setelah agak lama mereka berdiam diri.
“Ke rumah kita,” jawab Ariel selamba.
“Bila masa kita ada rumah?” Soal Aimuni lagi. Ariel tersenyum.
“Sejak saya jumpa isteri saya yang dah lama hilang ni.” Aimuni mencebik.
“Kau…” Ariel mencapai tangan Aimuni secara tiba-tiba. Kata-kata gadis itu terhenti.
“Kyra, boleh tak awak guna ganti nama diri yang sedap didengar oleh telinga saya ni?” Pinta Ariel. Tangan Aimuni digenggam erat. Gadis itu terkaku buat beberapa saat.
“Suka hati akulah nak guna apa ganti nama diri apa pun. Telinga kau yang ada masalah bukan telinga aku,” balas Aimuni seraya menjeling Ariel tajam.
“Jangan menderhaka boleh tak?”
“Bila masa aku menderhaka?”
“Melawan cakap suami. Tak bau syurga nanti kalau suami tak redha,” ugut Ariel.
Aimuni terdiam. Dia tidak mahu terus berlawan cakap dengan Ariel. Lebih baik dia mendiamkan diri daripada mencari masalah dengan lelaki itu. Api jika dilawan dengan api, makin merebak jadinya nanti.
“Permint Harmoni?” Suara Aimuni kedengaran perlahan.
“Kenapa sayang?” Mahu sahaja Aimuni memuntahkan sisa makanan yang dimakannya apabila mendengar panggilan Ariel untuknya itu.
“Bukan ni apartment Adib ke?”
“Ya.” Ariel mengukir senyuman.
“Buat apa kita datang rumah dia? Bukan tadi kau kata nak pergi rumah kita ke?” Soal Aimuni.
“Rumah kita?” Ariel tersenyum mengejek. Aimuni mengetap bibir apabila menyedari kesilapan sendiri.
“Rumah kita pun kat sini jugak,” sambung Ariel apabila Aimuni terdiam tanpa membalas kata-katanya.
Sebaik sahaja kereta diparkir, Ariel menarik Aimuni menuju ke arah lif untuk ke tingkat 3. Aimuni hanya mampu menurut tanpa kata. Setiap apa yang di arah oleh Ariel, dia cuba lakukan tanpa membantah. Dia takut sekiranya lelaki itu mengungkit kembali tentang video yang ada di dalam simpanan Ariel. Ya, video itu bukan lagi menjadi masalah apabila mendapat tahu bahawa Ariel itu adalah suaminya namun rasa tidak percaya kepada Ariel masih ada. Bagaimana jika lelaki psycho itu menyebarkan video mereka?
Terbuntang mata Aimuni saat kakinya melangkah masuk ke ruang tamu apartment itu. Gambarnya bersama Ariel sewaktu majlis akad nikah tergantung elok di dinding. Wajahnya waktu itu amat bahagia. Senyumannya juga tidak kaku dan kekok. Ariel yang sedang erat mengenggam tangannya juga kelihatan seperti lelaki normal yang tidak menghidap penyakit jiwa. Comel jugak aku ni, desis hati Aimuni seraya tertawa kecil.
Kyra, are you okay?” Soal Ariel dengan riak wajah pelik melihat perangai Aimuni yang tiba-tiba sahaja ketawa apabila melihat gambar mereka.
 “I’m okay. Kita kat masjid mana masa ni?” Soal Aimuni kembali. Sungguh ingatannya langsung kosong tentang hari perkahwinannya malah kenangan bersama Ariel juga tidak pernah menyinggah. Cuma apa yang pasti, bayangan lelaki di dalam mimpinya sudah tidak berkunjung sejak dia bertemu Ariel.
“Masjid Al-Ikhwaniah, Cheras.”
“Betul ke aku sayang kau?” Soalan Aimuni hanya disambut dengan ketawa oleh Ariel.
“Habis awak ingat awak kena kahwin paksa ke? Siapa yang sanggup paksa perempuan kepala batu macam awak ni?” Kutuk Ariel seraya berlalu ke dapur. Aimuni mengetap bibir menahan geram. Sempat lagi dia mengutuk aku. Aku merajuk karang!
“Cuba awak perhatikan betul-betul mimik muka awak dalam gambar tu. Ada riak tak suka ke?” Sambung Ariel yang baru sahaja keluar daripada dapur dengan segelas air suam. Lelaki itu selamba menuju ke arah sofa dan melabuhkan punggungnya disitu. Remote televisyen dicapai.
“Tak ada,” jawab Aimuni jujur. Dia melangkah mendekati sofa panjang yang agak jauh daripada Ariel. Beg tangannya diletakkan di atas meja dan dia turut duduk diatas sofa menyertai Ariel yang khusyuk melihat… Ayark! Spongebob??
Aimuni melihat Ariel silih berganti dengan span berwarna kuning yang lincah berkata-kata. Mata Ariel langsung tidak berkelip melihat kartun itu. Aimuni terlopong. Muka punyalah macho tapi suka tengok kartun!
“Tak ada cerita lain ke?” Soal Aimuni. Ariel yang khusyuk ketawa memandang Aimuni sekilas sebelum memandang Patrick di kaca televisyen.
“Kenapa dengan cerita ni?”
“Macam budak-budak!”
“Tak semestinya cerita kartun tu untuk budak-budak aje, sayang eh!” Ariel menggamit Aimuni mendekatinya namun gadis itu memberikan jelingan menyampah buat suaminya.
“Amboi, dah berani jeling saya sekarang ni ye. Ingat sikit. Saya ni suami awak. Jangan nak menderhaka!” Ujar Ariel dengan nada tegas.
“Siapa pulak yang menderhaka?” Ariel bingkas bangun dan mendapatkan Aimuni. Gadis itu tercengang-cengan apabila Ariel berbaring di atas sofa panjang itu dan meletakkan kepalanya di atas paha Aimuni.
“Kenapa ni?” Ariel memberi sengih. Aimuni membesarkan matanya memandang Ariel yang begitu dekat dengannya. Jika wajah Aimuni diturunkan sedikit sudah pasti hidungnya bertemu hidung Ariel.
“Nak tidur.”
“Pergilah tidur atas sofa tu.”
“Sofa ni lagi best.” Mata Ariel dipejamkan. Aimuni mengeluh berat. Dia membiarkan Ariel diatas pahanya. Kedua-dua tangannya diangkat menampung belakang kepala yang bersandar di sofa. Matanya meliar ke segenap ruang tamu itu. Namun matanya lebih tertarik kepada gambar yang besar gedabak di dinding berhadapan dengannya itu. Wajah bersih Ariel di dalam gambar itu direnung lama.
“Aku bukan sofa,” keluh Aimuni.
“Anggap je ni sebagai bayaran untuk baju saya yang mahal tadi,” kata Ariel dengan mata yang masih terpejam. Aimuni mengetap bibir menahan geram.
Macam mana aku boleh jatuh sayang pada lelaki ini? Apa kelebihan dia yang membuatkan aku tertarik padanya? Jika aku dan dia berkahwin atas dasar suka sama suka, kenapa ibu tidak mahu aku mengingati tentang masa silam aku? Masa silam aku yang bersama Ariel, orang yang aku sayang? Apa yang dah berlaku selepas majlis akad nikah kami? Ya Allah, sungguh pertanyaan-pertanyaan ini membebankan aku.
“Apa yang awak fikirkan?” Aimuni memandang ke bawah melihat wajah Ariel. Wajah lelaki itu nampak tenang tidak seperti sewaktu mula-mula mereka bertemu di hospital dahulu.
“Kenapa kita macam ni?” Soalan Ariel dibalas kembali dengan soalan. Ariel memandang tepat ke dalam anak mata Aimuni.
“Allah nak uji kita.” Ringkas jawapan Ariel buat isterinya. Tangannya menyentuh pipi Aimuni penuh kasih. Tudung yang dipakai Aimuni sedikit berkeronyok namun gadis itu tetap cantik dimatanya.
“Saya mahu hidup bersama awak dengan redha-Nya. Jika Dia masih belum meredhai hubungan yang kita bina ni, saya sanggup kehilangan awak daripada kehilangan redha Allah. Itu yang awak katakan pada saya, Kyra. Mungkin kita terpisah kerana Allah masih tidak meredhai hubungan kita. Papa saya tak sukakan awak sehingga langsung tidak mahu mengenali awak hatta melihat wajah awak di dalam gambar sekalipun. Saya dah lukakan hati papa. Mungkin ini balasannya kerana melukakan hati dia,” sambung Ariel.
“Papa tak sukakan aku?”
“Ya.”
“Kenapa?” Aimuni mengerutkan dahinya.
“Dia nak saya kahwin dengan orang lain.”
“Kau lukakan hati papa kau sebab aku?” Aimuni bertanya dengan nada tidak percaya. Ariel mengangguk tanpa menunjukkan sebarang reaksi diwajahnya.
“Jika redha Allah tak bersama kita sebab kita lukakan hati papa, kenapa kita masih tetap boleh berkahwin?” Ariel tersenyum. Benarlah kata orang, ramai manusia yang lupa tentang redha Allah.
“Redha dengan izin tu berbeza, sayang. Allah izinkan kita berkahwin dan kerana itu kita sah menjadi suami isteri tapi Dia tidak redha kerana kita berkahwin atas kelukaan papa.” Ariel terhenti. Aimuni tekun mendengar.
“ Contohnya, antara seorang manusia yang jatuh dari pokok kerana tidak sengaja dan seorang manusia yang jatuh daripada bangunan kerana membunuh diri. Jika Allah tak izin, kedua-dua manusia tu tidak akan jatuh. Izin Allah menjadikan kedua-duanya jatuh namun redha Allah tidak bersama orang yang jatuh dari bangunan kerana dia telah melanggar perintah Allah. Wallahua’lam,” ujar Ariel panjang lebar. Aimuni mengangguk tanda faham.
“Redha. Izin.” Tercetus ayat itu dari bibir Aimuni.
So, kalau awak nak suami awak ni redha dengan awak, awak kenalah ikut cakap suami awak ni,” kata Ariel dengan senyuman nakal.
“Kyra, saya nak tidur sekejap.”
“Tak elok tidur petang-petang.”
“Kejap aje. Saya penatlah. Mama tu asyik paksa saya belajar urus syarikat dengan Adib aje. Bosan betul,” rungut Ariel dengan mata tertutup.
“Dah kau saja anak yang dia ada,” balas Aimuni. Inilah makhluk Tuhan yang tidak pandai bersyukur!
“Macam mana awak tahu pasal saya ni?” Mata Ariel kembali terbuka.
“Ammar yang bagitahu.” Wajah Ariel serta-merta berubah tegang.
“Awak ada apa-apa ke dengan dia?”
“Kalau aku ni bukan wife kau, dah lama aku kahwin dengan dia,” ujar Aimuni selamba tanpa memikirkan perasaan Ariel. Lelaki itu mendengus kasar. Dia bingkas bangun dan berlalu ke bilik yang hanya beberapa langkah dari ruang tamu itu. Aimuni terpinga-pinga dengan tingkah Ariel. Apa kena dengan mamat tu?
Ariel keluar kembali setelah beberapa minit berlalu ke biliknya. Dia mendapatkan Aimuni kembali. Kali ini dengan wajah yang sedikit basah. Aimuni hanya memandang tingkah Ariel. Mamat ni pergi ambil wuduk ke?
“Meh sini handphone awak tu,” pinta Ariel lantas duduk di tepi Aimuni. Gadis itu mengerutkan dahi. Sungguh dia tidak faham dengan perangai suaminya itu.
“Nak buat apa?”
“Kasi aje la.” Aimuni mencapai beg tangannya dan mengambil handphone Nokia lantas diserahkan kepada Ariel. Lelaki itu mencari-cari sesuatu di dalam contact list. Aimuni tidak ambil pusing.
“Bila kau nak bagi kad pengenalan aku balik?” Soal Aimuni apabila teringat tentang kad pengenalannya yang sudah lama berada di dalam simpanan Ariel.
“Kalau saya puas hati dengan layanan awak malam ni, saya akan bagi balik,” ujar Ariel dengan nada mengusik. Aimuni menjeling marah. Dasar psycho!
Call ibu cakap malam ni awak tidur kat sini,” arah Ariel setelah siap menjalankan misinya.
“Perlu ke aku tidur kat sini?”
Yes! Cepatlah call. Saya nak pergi mandi kejap,” gesa Ariel setelah handphone beralih ke tangan Aimuni.
“Bawak bersabar boleh tak? Kejap-kejap lagilah aku call. Ibu bukan ada kat rumah pun petang-petang macam ni. Dia mesti pergi ke kebun tolong abah,” balas Aimuni dengan nada meninggi. Ariel menjungkit bahu.
“Jom mandi,” ajak Ariel. Isterinya itu menghadiahkan jelingan buatnya. Kalau kau berani tarik aku, aku bagi sepakan penalty nanti!
Aimuni tidak menghiraukan Arie yang sudah berdiri untuk ke biliknya. Gadis itu mencari-cari nombor Ammar setelah teringat janjinya untuk menelefon Ammar namun apa yang dicari tidak ke temu. Ariel sudah tersengih-sengih.
“Cari apa? Cari nombor abang sepupu kesayangan awak tu ke? Saya dah delete,” selamba Ariel menutur kata. Aimuni sudah terlopong.
“Kenapa kau delete??” Tanya Aimuni dengan nada marah. Wajahnya memerah menahan rasa sakit hati. Apa salah Ammar sampai lelaki itu sanggup memadam nombor Ammar?
“Saya sayang isteri saya,” hanya itu yang dijawab oleh Ariel sebelum berlalu ke bilik untuk membersihkan diri. Sekejap lagi azan Maghrib akan kedengaran dan dia tidak mahu melengah-lengahkan perintah Allah yang satu itu.
Aimuni hanya mampu terdiam apabila kelibat Ariel menghilang di sebalik daun pintu bilik. Dia tidak dapat menangkap maksud alasan Ariel dengan tindakan lelaki itu yang memadam nombor Ammar. Sungguh dia pening dengan keadaan itu. Tengku Shahzriel Iskandar memang seorang yang psycho dan lelaki psycho itu adalah suami aku!
 p/s : agak2 apa yang akan terjadi erk? hehe... enjoy reading guys!

2 comments:

  1. Waaaa.. Like like like.. Sweet je dyorang..

    ReplyDelete
  2. hehehe.. misi memikat isteri bermula sekarang.. okies, chaiyok2 ariel!!

    ReplyDelete