Tuesday 1 May 2012

Takdir Buat Kita [JIUK]Bab 11



Sara Farhana memandang papanya sekilas. Wajah berang papanya itu sedikit menakutkan gadis itu. Gadis itu perlahan-lahan bangun daripada katil dan mara ke arah papanya. Tan Sri Isa memandang anak bongsunya itu. Perasaan hiba menyelinap ke segenap ruang hatinya melihat keadaan Sara yang pucat tidak bermaya itu. Namun apabila teringat tentang Ariel dan isterinya, Tan Sri Isa terasa hatinya terbakar.
“Papa, you know how much I love him, right? Please. Let him be happy with his life. Hana cintakan dia tapi tak semestinya dia juga kena cintakan Hana, papa,” ujar gadis itu lemah. Bahu papanya diraih. Kepalanya di lentok ke dada Tan Sri Isa.
But, honey…”
“Papa, tolong jangan hampakan Hana. Jika betul Ariel untuk Hana, dia akan datang pada Hana even dia dah jumpa isteri dia balik,” kata Sara biarpun hatinya merintih hiba. Dia sukakan lelaki itu sejak mereka kecil namun apakan daya, lelaki itu memilih Aimuni sebagai peneman hidupnya. Sara kecewa namun terselit bahagia. Baginya, cinta tidak semestinya perlu dimiliki.
“Papa tak puas hati. Dia bersenang lenang dengan wife dia tapi Hana kat sini terbaring tak berdaya. Dia memang lelaki yang pentingkan diri sendiri!” Hambur Tan Sri Isa dengan nada geram. Terasa tangan anaknya mengusap dadanya untuk menyabarkan dirinya.
“Dia tak ada kena mengena dengan sakit Hana, pa.”
“Tapi kalau dia tak tolak rancangan papa dan papa dia untuk satukan Hana dengan dia, Hana takkan jadi macam ni,” balas Tan Sri Isa dengan nada sayu. Dia masih tidak dapat menerima kenyataan bahawa sakit Sara bukan disebabkan oleh Ariel. Sayangnya kepada Sara melebihi sayangnya pada diri sendiri. Anak bongsunya ini terlalu rapat dengannya sejak isterinya meninggal 10 tahun yang lalu.
“Jodoh Ariel dengan Ai, papa. Allah dah tetapkan begitu. Kita kena redha,” jelas Sara yang masih mahu mempertahankan Ariel. Sungguh dia mahu lelaki yang dicintainya itu bahagia. Baginya, kebahagiaan Ariel akan turut menjadi kebahagiaannya.
“Papa kasihankan Hana.”
“Hana tahu tapi dendam takkan bawa kita ke mana-mana, pa. Trust me. Hana akan bahagia kalau Ariel bahagia.” Tan Sri Isa mengeluh.
“Papa tak nak Hana terluka.” Sara tersenyum manja. Bibirnya sedikit biru. Perutnya mula terasa sakit seperti dicucuk dengan duri. Peluh dingin mula merintik di dahi. Ya Allah, jangan biarkan papa melihat kesakitanku!
For me as long as you and abang with me, tak ada siapa yang boleh lukakan hati Hana. Ariel takkan dapat lukakan hati Hana sebab papa dan abang dah sedia jadi penawar untuk Hana,” ujar Sara menyedapkan hati sendiri. Rasa sakit di perut bahagian kirinya semakin mencucuk. Mahu sahaja dia menangis sekuat hati disitu namun mengenangkan papanya, ditahan sekuat hati.
“Hana, are you okey? Hana berpeluh.” Tan Sri Isa sedikit cemas.Risau jika penyakit Sara menyerang kembali.
I’m fine, papa. Just a little bit of tired.” Tangan Tan Sri Isa mengusap rambut Sara yang separas bahu itu. Ubun-ubun anaknya di kucup lembut sebelum memeluk gadis itu erat.
“Hana rehat okey. Papa nak pergi jumpa doc sekejap,” ujar Tan Sri Isa. Anaknya hanya mengangguk. Rasa ngilu yang semakin menjadi-jadi diperutnya hanya didiamkan sahaja.
Tan Sri Isa membantu anaknya kembali ke katil. Selimut putih itu dibiarkan menyelimuti separuh badan Sara. Peluh dingin di dahi gadis itu dikesat dengan tisu. Sebelum keluar, lelaki separuh umur itu mencium dahi anaknya. Sara memejamkan matanya. Apabila mendengar pintu bilik wad ditutup, matanya di buka kembali. Airmatanya perlahan-lahan turun membasahi pipi. Rasa sakit di perut seperti dicucuk oleh jarum yang besar. Kekadang terasa tidak tertanggung dek rasa sakit itu namun apabila mengingati kata-kata abangnya, Sara cuba mempamerkan senyuman saat sakit itu datang.
“Hana, Allah takkan bebankan hamba-Nya dengan sesuatu yang hamba-Nya itu tak mampu. Hana patut bersyukur sebab dalam ramai-ramai manusia, Allah pilih Hana untuk dapat penyakit ni. Sakit nikan kifarah dosa, sayang. Ya, memang abang tak rasa apa yang Hana rasa but be thankful to Him. You’re the lucky one. I’m so proud of you. Senyumlah saat sakit tu datang sebab itu tandanya dosa Hana akan dihapuskan, insyaAllah,” kata-kata semangat daripada Shadeeq buat Sara bertahan melawan sakitnya sehingga sekarang.
Saat pertama kali dia mendapat tahu bahawa dia menghidapi penyakit itu, seluruh hidupnya terasa gelap tiada harapan apatah lagi setelah dirinya ditolak tanpa belas oleh Ariel. Ariel memang tiada kena mengena dengan sakitnya namun papa tetap juga menyalahkan Ariel. Sejak ditolak oleh Ariel, kekuatan Sara seperti hilang bersama perginya Ariel dari hidupnya. Setiap bulan, dia pasti akan kembali ke hospital itu. Hospital sudah menjadi rumah keduanya.
“Awak okey?” Soalan Doktor Faiz mengundang airmatanya. Sungguh berat dugaan ini, ya Allah.
“Okey? Perlu ke doc tanya macam tu?” Soalan berbalas soalan. Doktor Faiz terdiam. Tidak menyangka gadis itu akan membidasnya begitu.
“I’m sorry for asking…”
“No. I’m okey doc if you want me to.” Wajah Sara sedikit tenang kala itu. Doktor Faiz memandang wajah gadis yang bertudung litup itu.
“Please explain to me about this cancer.” Doktor Faiz kagum melihat ketenangan gadis itu menerima penyakitnya. Jarang sekali pesakitnya setenang begitu.
“Kanser usus atau dikenali juga sebagai kanser colorectal ialah ketumbuhan yang biasanya bermula dari dalam lapisan usus besar. Tumor di dalam usus terbahagi kepada dua iaitu benign dan malignant. Benign ialah tumor yang tidak merebak kebahagian badan yang lain dan biasanya selamat untuk di buang melalui kaedah pembedahan yang dipanggil colonoscopy. Namun tumor ini juga berpotensi untuk bertukar menjadi tumor malignant jika tidak dibuang,” Doktor Faiz menarik nafas sesaat. Sara mendengar penuh tekun.
“Tumor malignant lebih berbahaya kerana boleh merebak ke bahagian lain. Kanser usus ni boleh menyerang dan merosakkan tisu dan organ-organ. Sel-sel kanser juga boleh berpisah dan merebak ke bahagian badan yang lain seperti hati dan paru-paru yang akan membentuk tumor baru,” sambung Doktor Faiz.
“Saya masih boleh sembuh ke doc?”
“Kanser ni boleh dicegah jika dikesan dengan lebih awal dan awak bertuah kerana kanser ini masih diperingkat awal. Pada peringkat ini tumor biasanya berada dalam kedudukan yang asal iaitu pada bahagian dalam lapisan usus,” kata-kata Doktor Faiz seakan memberi harapan padanya.
“What should I do doc?” Lemah suara itu bertanya.
“Surgery.”
“Bukan sekarang, doc.”
“Sara, awak tak boleh pandang remeh pada penyakit ni.”
“I know what I’m doing Doktor Faiz. And one more thing, please keep it as a secret,” tegas Sara. Dotor Faiz nampak begitu kesal dengan keputusan Sara. Baginya gadis itu sengaja mencari penyakit yang lebih teruk.
Pintu wad terbuka. Sara yang mengerang kesakitan itu tidak mampu untuk melihat gerangan yang sedang berdiri di hadapan pintu bilik yang terbuka. Airmatanya jatuh berjuraian. Terasa bahunya dipaut erat. Sedaya mungkin dia menghulurkan senyuman. Terdengar suara Shadeeq melaung memanggil nurse dan doctor.
“Hana…”
I’m okay, abang.” Lemah suara itu berkata-kata. Wajah Shadeeq tidak mampu dipandang.
I know you’re strong,” bisik Shadeeq. Dia memeluk adiknya itu seerat mungkin.
“Hana sakit, abang.”
“Abang tahu tapi Hana kena kuat. Hana kena lawan sakit Hana tu,” ujar Shadeeq.
It’s hurt me more, abang.” Menitis airmata Shadeeq mendengar kata-kata Sara itu.
Just stay strong, sayang. I know you can do it.” Lelaki itu mengesat airmata yang mengalir menuruni pipinya. Doktor Faiz segera mendapatkan Sara. Pelukan kedua beradik itu terlerai. Nurse meminta Shadeeq menunggu di luar bilik wad itu. Lelaki itu akur. Langkahnya longlai menuju ke luar bilik wad itu. Tan Sri Isa yang menunggu dihadapan wad itu bergegas mendapatkan anak sulungnya itu. Dipeluk anak lelakinya itu erat. Doa tidak putus-putus buat Sara.
Sara memandang pemergian abangnya dengan sayu. Rasa menyesal kerana menangguhkan pembedahan yang sepatutnya berjalan enam bulan yang lalu menerpa diri Sara namun semua itu sudah tidak mampu memutarkan waktu. Sakitnya itu sudah menular ke organ yang lain. Sudah tiada apa-apa yang boleh dilakukan lagi. Maafkan Hana, abang. Maafkan Hana, papa.
*****
Aimuni termenung memandang Ariel yang sedang lena di atas sofa. Wajah lelaki itu direnung tanpa jemu. Berasak-asak pertanyaan menerpa mindanya. Siapakah lelaki ini? Keluarganya mana? Kenapa dia menculik aku? Aku terkenal ke sebelum ni sampai dia sanggup culik aku? Takkan dia tak takut kalau aku report kat polis?
Report? Berani ke kau nak report dia, Ai? Rakaman tu still ada dengan dia.
Aimuni mengeluh tanpa sedar. Berbicara dengan diri sendiri sudah menjadi hobinya sejak kebelakangan ini.
Habis tu apa yang aku perlu buat?
Tangannya menggosok pelipis.
Curi handphone dia?
Mata Aimuni bersinar-sinar namun sesaat cuma.
Tak berani. Takutlah!
Aimuni menampar pipinya perlahan. Mahu dia menjadi gila jika lama-lama dikurung di dalam apartment itu bersama lelaki psycho. Mungkin akan berjangkit penyakit lelaki itu.
“Kyra, are you okey? Kenapa tampar pipi tu? Handsome sangat ke saya sampai nak tembus muka saya ni awak tengok?” Soal Ariel yang sedari tadi memerhati gelagat Aimuni dengan berpura-pura tidur. Wajah isterinya itu ternyata terkejut dengan sapaannya yang tiba-tiba itu. Wajah gadis itu memerah.
“Perasan!” Aimuni mengetap bibir menahan rasa geram. Baru semalam dia melancarkan mogok untuk tidak bercakap dengan Ariel kerana lelaki itu memaksa dia mandi bersama-sama namun ternyata mogoknya itu hanya tinggal mogok. Tidak sampai dua puluh empat jam, lelaki itu sudah berjaya membuatnya berbicara.
“Saya tak perasan tapi dah terbukti pun. Kalau saya tak handsome takkan awak pandang saya macam nak makan saya,” balas Ariel dengan nada mengusik. Aimuni mencebik benci.
“Bila kau nak hantar aku balik?” Ariel bingkas bangun dan menapak ke bilik tetamu yang dihuni Aimuni. Gadis itu bergegas mengikuti Ariel dari belakang.
“Awak betul-betul nak balik?” Aimuni secepat kilat mengangguk. Suaminya itu terhenti di hadapan pintu bilik. Wajah Aimuni ditatap dengan pandangan lembut. Aimuni melarikan wajahnya. Jantungnya kembali berlari dengan laju.
“Okey. Saya akan hantar awak balik tapi dengan satu syarat.” Aimuni memandang Ariel kembali.
“Apa?”
“Jangan sesekali lari daripada saya.”
“Aku tak janji.”
“Itu pun kalau awak tak nak video kita tersebar kat internet,” balas Ariel cepat-cepat apabila melihat wajah angkuh Aimuni.
“Mana boleh main ugut-ugut macam tu,” marah Aimuni. Wajahnya memerah. Bengang melihat senyuman yang mula terukir pada wajah Ariel.
“Terpulang pada awak.”
“Okey. Aku ikut syarat kau tu tapi aku nak balik hari ni jugak!”
Fine. And one more thing, awak jangan pandai-pandai nak tukar nombor handphone tu,” pesan Ariel. Isterinya itu hanya mengangguk dengan wajah bosan. Segera dia mendapatkan beg sandangnya. Baju kurung yang dipakainya waktu dia diculik oleh Ariel dikeluarkan. Baju yang dibelikan oleh Ariel diletakkan di atas katil. Dia tidak mahu mengambil apa-apa yang berkaitan dengan lelaki itu.
“Kau nak mandi ke?” Soal Aimuni apabila melihat Ariel mencapai tuala. Suaminya itu hanya mengangguk laju sebelum…
“Woi, apa ni??” Jerit Aimuni apabila melihat Ariel membuka bajunya tanpa rasa malu dihadapan Aimuni. Ini kali pertama gadis itu melihat Ariel dalam keadaan begitu. Sewaktu mereka mandi bersama, Ariel masih sempurna dengan baju yang dipakainya namun kini lelaki itu begitu berani membuka baju dihadapannya.
“Awak ni spesis tarzan ke?” Soalan selamba Ariel itu membuatkan Aimuni mencerlung ke arah lelaki itu.Sudah tiada rasa malu yang menyerangnya tadi.
“Kau tu yang spesis tarzan. Suka-suki kau je buka baju depan aku. Kau ingat body kau tu macam Kim Jong Kook ke?” Kening Ariel bertaut. Kim Jong Kook?
“Kim Jong Kook? Siapa pulak tu?” Soalan Ariel membuatkan Aimuni terdiam. Wajahnya dipalingkan ke pintu bilik. Ariel yang hanya bertuala itu merapati Aimuni perlahan-lahan. Badan gadis itu diraih dalam pelukannya dari belakang. Terkejut Aimuni dengan tindakan berani Ariel itu.
“Lepaskan akulah!”
“Syhh… Jangan jerit. Nanti saya angkut awak naik atas katil,” ugut Ariel. Gadis itu serta merta terdiam kaku. Ariel tersenyum sinis. Tahu pun takut!
“Nanti mesti awak akan rindukan saya,” teka Ariel.
Aimuni mencebik. Rindu? Heh, jangan nak berangan. Even aku sakit nak mati pun nanti, aku takkan sesekali rindu kau! Kata-kata itu hanya bergema di dalam hati. Badannya dikeraskan. Tiada pergerakan yang berlaku antara mereka berdua. Ariel meletakkan dagunya di atas bahu Aimuni. Tudung yang dipakai gadis itu sedikit sebanyak menghantarkan haruman rambut isterinya itu. I’ll miss this sweet time when you’re here with me, Kyra.
“Kau tak nak pergi mandi ke?” Soalan Aimuni tiba-tiba itu membuatkan pelukan Ariel terlerai. Aimuni menghembuskan nafas lega. Segera dia menjauhi Ariel. Lelaki itu perlahan-lahan menapak ke dalam bilik air.
Aimuni terduduk dibirai katil setelah lelaki itu hilang disebalik daun pintu bilik air. Rindu? Rindu ke aku pada dia nanti? Ah, aku takkan rindukan lelaki psycho tu! Aku belum gila lagi untuk merindui lelaki yang telah menculik aku dan mendera mental aku.
Jangan terlalu yakin, Ai.
Suara hatinya bergema. Aimuni menghela nafas berat. Akan adakah rindu buat lelaki itu? Aimuni bingung sendiri untuk menjawab pertanyaan hati itu. Dia tidak nafikan bahawa dia sudah lali dengan kehadiran lelaki itu dan mungkin juga tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa lelaki itu sudah mula mendapat tempat dihatinya. Namun untuk mengklasifikasikan tentang status lelaki itu dihatinya, Aimuni jadi bingung sendiri. Mungkinkah ini dinamakan cinta? Tapi kenapa mesti lelaki itu? Ah, ini cuma mainan syaitan! Aku tak boleh terjerat!

Kim Jong Kook (Running Man)

p/s : seriously, sy nk mintak maf jika en3 kali ni tak memuaskan sebab en3 ni mmg sy TAK EDIT pun... pasal penyakit kanser usus tu, 100% sy bergantung pd Inche Google.. kalau ada salah, tolong perbetulkn.. Sy xpandai nk buat ayat pasal penyakit2 ni.. huwaaa!! lastly, thanks pada semua yg sudi tunggu tu... enjoy reading, guys!!

6 comments:

  1. banyaknya watak baru! ;)

    err... apa motif gambar kim jong kook yg tersesat nie?? haha... abang bufff. Lengan tu besar kaki manusia... haha

    ReplyDelete
  2. uooooohhhhhhhh... kak sue, saya baru dapt bce hari *lambat tul*
    alaaaaa, sian pulak dgn Hana tu... uhukuhukuhuk.. jgn lah si Ariel tu kesian plak kat dia skali... tamau! nak ariel tu bahagia je dngn Kyra!!

    ReplyDelete
  3. cite ni menarik..... teruskan berkarya......
    apa yg akan terjadi seterusnya.....

    ReplyDelete