Thursday 19 April 2012

Takdir Buat Kita [JIUK] Bab 3



Gadis itu terdiam menekur tanah. Mulutnya memuncung tanda protes. Wajah wanita separuh umur itu di pandangnya sekilas. Serentak itu suara ketawa berbunyi di belakangnya. Gadis itu kembali menekur tanah. Tidak mahu berpaling melihat wajah yang sedang mentertawakannya.
“Ai, you’re really funny la..” Ujar Ammar Fatah dengan senyuman melebar. Gadis yang berbaju kurung bercorak bunga-bunga kecil menjeling ke arah Ammar sekilas. Aku di katanya lucu? Buang tabiat ke apa mamat ni??
“Apa benda yang awak merepek ni?” Soal gadis itu seraya mengangkat wajah memandang Ammar. Lelaki itu tersenyum manis. Berkerut dahi Aimuni dengan reaksi Ammar itu.
“Betullah. Kan Mak Lang?” Wanita separuh umur yang hanya menjadi pemerhati antara pertengkaran mereka berdua mengukir senyuman.
“Awak pernah rasa tak sup selipar jepun?” Soalan Aimuni mengundang tawa Ammar.
“Tak pernah. Awak nak bagi ke?” Ammar menyoal kembali dengan senyuman nakal. Sungguh dia suka benar mengusik gadis itu. Wajah gadis itu akan merona merah apabila marah dan Ammar memang suka melihat wajah ayu Aimuni.
“Sekarang pun saya boleh bagi kalau awak nak,” ujar Aimuni dengan tegas. Rasa geramnya terhadap Ammar kerana tidak memenuhi janji antara mereka membuatkan gadis itu mogok.
“Janganlah. Awak tak sayang saya ke?” Soalan Ammar menyentak jantung hati Mak Lang namun dia hanya diam tanpa kata. Sekilas pandangannya di lempar ke tengah laman rumah. Hatinya tidak sudah-sudah berdoa agar Syafiqah segera sampai.
“Saya tak pernah sayangkan awak!” Naik satu oktaf. Sungguh dia geram dengan perangai sepupunya yang suka mengusiknya itu.
Are you sure?” Sengih Ammar melebar.
Yes!” Muncung Aimuni semakin ketara panjangnya.
Bad girl…
You wish!” Mencerlung mata Aimuni ke arah Ammar seperti mahu ditelannya lelaki itu hidup-hidup.
“Mak Lang, kenapa Ai ni garang sangat?” Soal Ammar sekilas pandangannya menyapa wajah ibu saudaranya itu.
“Am usik dia kenapa? Mestilah dia garang. Kasihan kat anak manja ibu ni,” balas Mak Lang seraya mengusap kepala anak saudaranya yang bertudung litup itu. Aimuni memeluk lengan Mak Lang manja. Kepalanya dilentokkan ke bahu ibu saudara kesayangannya.
“Ala, Am saja-saja usik dia. Ai ni manja sangat.”
“Mana ada manja!” Bantah Aimuni dengan nada marah.
“Amboi, garangnya! Jangan garang-garang Ai, nanti tak ada orang masuk meminang,” usik Ammar lagi. Aimuni mengetap bibir menahan geram. Mahu sahaja dia mencapai selipar jepun miliknya di tangga rumah dan sumbatkan ke dalam mulut Ammar.
“Mak Lang, tengoklah Am ni…” Tawa Ammar pecah. Kuat mengadu betullah Ai ni.
“Mak Lang hari-hari tengok saya. Awak tak payahlah nak suruh Mak Lng tengok saya lagi. Saya tahulah saya ni handsome,” Mak Lang hanya tertawa mendengar usikan Ammar. Lelaki itu memang nakal. Aimuni memuncung.
“Ibu, mana Iqah ni? Kesian kat doktor tu nanti tertunggu-tunggu kita,” Aimuni mempamerkan muka bosan. Sudah penat melayan kerenah Ammar. Lelaki ini suka berjanji dengannya namun sering terlupa untuk menunaikan janji itu.
“Jomlah saya hantarkan,” pelawa Ammar namun Aimuni hanya mencebik.
“Punyalah besar kereta saya tu, takkan awak tak sudi?”
“Saya berpegang pada janji,” jawab Aimuni dengan nada menyindir. Berubah air muka Ammar. Tahu silap dan khilafnya di situ namun dia bukan sengaja mengingkari janji antara mereka.
I’m sorry, okey. Saya tak sengaja. I’ve a lot work to do yesterday,” pinta Ammar dengan wajah sayu.
“Heh, banyak sangat kerja sampai tak boleh call bagitahu?” Wajah Aimuni tidak menunjukkan sebarang perasaan. Mak Lang hanya diam memerhati.
“Ai…” Bicara Ammar terhenti kala kereta Honda Sivic menjalar masuk ke perkarangan rumah Mak Lang. Syafiqah keluar dengan wajah sedikit memohon simpati kerana sedar kelewatannya.
“Ai, ibu… Sorry. Tadi Iqah keluar dengan member sekejap. Terlanjur pulak berborak kat kedai sampai lupa waktu,” pinta Syafiqah dengan wajah sedih. Aimuni mendengus geram. Ni lagi seorang! Hari ni hari geram sedunia ke?
“Jom!” Ajak Aimuni dengan muka masam. Syafiqah memandang Ammar. Sudah faham sangat dengan perangai abang sepupunya yang kuat menyakat itu. Ammar hanya mangukir senyuman sedih.
“Ibu, Ai datang bulan ke?” Soalan Syafiqah yang perlahan itu dapat ditangkap oleh Aimuni biarpun jarak mereka agak jauh. Langkah Aimuni terhenti dihadapan kereta Honda milik sepupunya itu.
“Iqah, jangan nak tanya ibu yang bukan-bukan!” Syafiqah tersengih. Ibunya turut mengukir senyuman. Datang bulan la tu!

“Aimuni, macam mana awak hari ni? Sihat? Soal doktor muda itu penuh prihatin. Aimuni senyum segaris.
“Alhamdulillah, doc. Cuma sekarang ni Ai dah jarang mimpi tentang lelaki tu,” ujar Aimuni. Doktor Hasif mengangguk seraya memerhati dokumen di atas mejanya tekun.
“Gambaran mimpi tu dah jelas ke?”
“Belum. Masih samar-samar.”
“Ai masih belum cerita apa-apa pada ibu?” Aimuni menunduk.
“Belum. Ai tak rasa mimpi tu penting, doc.”
“Ai tak terfikir ke kalau mimpi tu adalah memori Ai yang dah hilang? Mungkin tu petanda yang baik pada Ai untuk mengingati semua peristiwa lepas yang Ai dah lupa,” ujar Doktor Hasif. Aimuni terdiam memikir. Mungkin betul apa yang dikata oleh doctor muda itu.
“Mungkin betul apa yang doctor bagitahu tu tapi Ai masih belum yakin untuk bertanya ibu. Ibu pun masih belum menceritakan apa-apa pada Ai. Ai lebih senang begini,” balas gadis itu seraya memintal bucu tudungnya. Doktor Hasif panggung kepala memandang Aimuni yang tertunduk itu. Cantik! Gadis itu benar-benar memberi perasaan yang berlainan pada Doktor Hasif namun dia takut untuk berharap kerana berkemungkinan besar gadis itu sudah menjadi milik orang.
Pernah dia bertanya kepada Mak Lang tentang inai yang di pakai Aimuni sewaktu gadis itu masih dalam keadaan koma namun wanita itu sering mencari alasan untuk tidak menjawab pertanyaannya. Apa sebenarnya yang sudah berlaku? Kenapa ibu Aimuni begitu tega merahsiakan perkara sebenar dari pengetahuan anak sendiri?
“Ai tak nak cari ke lelaki misteri tu?” Soalan Doktor Hasif menyentap jantung hatinya. Langsung dia tidak pernah terfikir tentang itu.
“Perlu ke, doc?”
Yes, for your sake. Itu pun kalau Ai nak tahu tentang masa lalu Ai yang Ai dah lupa tu,” jawab Doktor Hasif lembut.
“Ai takutlah, doc. Ibu macam tak nak Ai tahu je apa yang Ai dah lupa. Iqah pun macam sembunyikan sesuatu dari Ai setiap kali Ai tanya apa yang jadi pada Ai sebelum ni,” luah Aimuni dengan nada sedih. Dia mengangkat wajah memandang Doktor Hasif yang bersandar tenang di kerusinya.
“Apa yang Ai takutkan?”
“Ai takut untuk tahu masa lalu Ai.”
“Ya, Ai memang patut ada rasa takut tu tapi takkan selamanya Ai nak macam ni? Takkan Ai langsung tak berminat untuk tahu masa lalu Ai atau macam mana Ai boleh di bawa ke sini dengan berpakaian pengantin?” Aimuni memandang Doktor Hasif. Wajahnya ternyata beriak terkejut mendengar ayat Doktor Hasif yang satu itu. Pakaian pengantin?
“Ai dah kahwin ke, doc?” Tersenyum Doktor Hasif.
“Wallahua’lam. Saya tak tahu, Ai. You should ask your family. I’m not the right person to tell you about your personal life. Lagipun your mum pernah minta saya untuk tidak menyebut tentang keadaan awak sewaktu awak di bawa ke sini,” ujar Doktor Hasif jujur. Dia berasa kasihan dengan gadis itu. Jika gadis itu sudah mempunyai suami, dia perlu tahu.
“Subhanallah! Kenapa Ai tak pernah tahu pasal tu, doc?” Mahu sahaja Aimuni menangis. Jika betul dia punya suami, mengapa Mak Lang, Pak Lang dan semua orang merahsiakan hakikat itu daripadanya?
“Setiap apa yang berlaku ada sebabnya, Ai. Jangan buat konklusi sendiri tanpa bertanya. Ai tanyalah family Ai tentang hal itu. Minta mereka jelaskan kenapa mereka perlu berahsia,” jawab Doktor Hasif.
Aimuni mengangguk. Ya, semestinya apa yang berlaku itu dengan sebab. Mungkin dia masih belum layak untuk menjadi isteri buat suami yang tidak diingatinya itu. Itu adalah ujian buatnya dari Allah tanda kasih Allah kepadanya. Seharusnya dia bersyukur kerana Allah memilihnya untuk menghadapi ujian itu. Semoga tarbiyyah (didikan) Allah ini semakin menguatkannya!
Syafiqah mendapatkan Aimuni sebaik sahaja gadis itu keluar daripada bilik Doktor Hasif. Mak Lang yang duduk menunggu di kerusi turut berdiri mendapatkan Aimuni yang kelihatan longlai keluar daripada bilik Doktor Hasif. Berita burukkah yang dibawa gadis itu?
“Kenapa Ai?”
“Ibu, Ai nak ke tandas sekejap,” pinta Aimuni. Sungguh dia tidak kuat untuk berhadapan dengan Mak Lang dan Syafiqah kala itu.
Langkah longlai Aimuni hanya diekori dengan pandangan mata. Masing-masing sudah menyangka sesuatu sudah berlaku di dalam bilik Doktor Hasif tadi. Mahu diturut masuk bersama, Aimuni melarang. Entah kenapa perangai Aimuni sedikit pelik sejak beberapa hari ini. Mak Lang sedikit bimbang. Mungkinkah ingatan gadis itu sudah kembali?
Ariel mendengus kasar. Paksaan Adib seakan memberi seksaan kepadanya. Lengannya ditarik oleh Adib menuju ke arah pintu hospital. Jika ikutkan hati, dia tidak mahu langung keluar dari biliknya namun apabila Adib mula berkeras dia terpaksa mengalah. Sempat juga lelaki itu mengugut mahu mendukungnya ke hospital Sultanah Nur Zahirah itu jika Ariel masih berdegil. Seriau Ariel mendengar ugutan itu.
“Kau ni lembiklah,” komen Adib dengan suara tegas. Ariel mencerlung ke arah teman baiknya itu. Aku dikatanya lembik? Amboi, tak sayang mulut betul mamat ni!
“Kau nak rasa tapak kasut aku ke?” Soal Ariel selamba. Adib tersengih selamba. Lengan Ariel dipaut erat. Ariel sudah sedikit meronta-ronta minta dilepaskan. Dia tidak sanggup dipandang oleh masyarakat sebagai gay!
“Kau ni tak boleh diam-diam sikit ke?” Marah Adib.
“Kau pegang aku macam aku ni awek kau kenapa? Malulah!” Balas Ariel geram. Adib tergelak mendengar kata-kata Ariel. Dia perasan bahawa ramai yang memandang sewaktu mereka mula-mula masuk ke ruang tempat menunggu giliran itu namun dia buat tidak kisah sahaja. Malas mahu mengambil pusing.
“Kau memang awek aku pun,” ujar Adib selamba seraya mengeratkan pegangannya dilengan Ariel. Lelaki itu hampir sahaja mengetuk kepala sendiri ke dinding hospital. Memalukan betul ada kawan seperti Adib!
“Gila!” Adib kembali tertawa. Dia sendiri keliru antara mereka siapa yang paling gila. Ariel yang berkurung di dalam bilik tanpa mahu melihat dunia luar atau dia yang sedang memegang lengan sahabatnya untuk memaksa sahabatnya itu berjumpa dengan doktor?
Ariel merentap lengannya daripada pegangan Adib yang merimaskan dirinya. Malangnya tangannya yang terhayun itu mengena kepala seorang gadis yang kebetulan berjalan di tepi Ariel. Gadis itu mengaduh kesakitan. Ariel panik. Adib terpinga-pinga. Kenapa?
“Are you okey?” Soal Ariel dengan perasaan bersalah. Kuat sangat ke aku hayun tangan aku tadi?
It’s okay. Happens all the time,” jawab gadis itu. Erk? Happens all the time ke? Mybe dia selalu kena macam ni kot, desis hati Ariel dengan mata masih memandang gadis yang menunduk itu.
“Selalu kena macam ni ke?” Soal Ariel seperti orang lurus. Adib sudah menepuk dahi sendiri. Apa bengap ke member aku ni?
Gadis itu panggung kepala memandang wajah lelaki yang bertanya itu. Muka dah handsome tapi bendul la pulak, getus hati Aimuni. Dia menjeling lelaki itu tajam. Wajah lelaki itu pucat tidak berdarah. Mata lelaki itu memandangnya tanpa berkelip.
“Apa kena dengan awak ni?” Soal Aimuni dengan kerutan di dahi. Ariel tersentak. Kyra, kenapa dengan awak? Mahu sahaja dia bertanya begitu namun suaranya seakan tersekat dikerongkong. Adib disebelah sudah memegang bahu Ariel.
“Kyra…” Aimuni terpinga-pinga. Kyra? Dia pernah mendengar Mak Ngahnya memanggilnya begitu sewaktu dia sedar daripada koma dulu namun setelah ditegah oleh Mak Lang, mereka mula memanggilnya dengan panggilan Ai. Adakah lelaki ini mengenalinya?
“Awak kenal saya?” Soalan Aimuni itu seakan mencarik-carik hati Ariel. Isterinya sudah tidak mengenali dirinya.
“Awak tak ingat kami, Ai?” Soal Adib pula. Aimuni hilang ingatankah?
“Tak.” Ariel hampir rebah mendengar jawapan itu.
“Saya Adib, kawan sekolah awak dulu. Ni Ariel… Err… Sua..”
“Kawan sekolah awak jugak,” pintas Ariel. Mungkin Aimuni perlukan masa untuk mengingati dirinya dan dia tidak mahu memaksa gadis itu. Dia takut memberi kesan kepada hidup Aimuni.
Adib memandang Ariel dengan rasa tidak percaya. Permainan apakah yang ingin dimainkan oleh Ariel? Sebelum ini bukan main lagi rindukan isterinya itu namun apabila Aimuni sudah ada didepan mata, boleh pula lelaki itu mengaku mereka hanya berkawan? Apa kes ni, Ariel?!
“Iya? Sorry la. Saya tak ingat. Ada masalah dengan memori sendiri,” ujar Aimuni dengan senyuman. Mahu sahaja Ariel merangkul tubuh itu. Sungguh dia rindukan gadis itu.
It’s okay. Kami faham,” jawab Ariel. Aimuni mengangguk perlahan. Dipandang wajah Ariel lama. Rambutnya yang sudah panjang melepasi kolar baju itu menghantar sedikit rasa kurang senang. Serabai betul mamat ni. Not my taste!
Ariel perasan gerak mata Aimuni itu. Dia tahu Aimuni tidak suka lelaki yang berambut panjang namun tidak menguruskan rambutnya dengan baik. Awak tengah nilai saya ke, Kyra? Not your taste ke? Heh, I’m your husband la. Tak payah buat muka cemberut macam tu, desis hati Ariel seraya mengukir senyum ke arah Aimuni.
“Awak datang dengan siapa?” Soal Adib lagi seperti pegawai penyiasatan.
“Saya datang dengan ibu dan adik saya.”
“Mana mereka?” Giliran Ariel pula menyoal. Aimuni sudah menayang muka bosan.
“Kat sebelah sana tu,” tunjuk Aimuni berserta gerak tangan ke arah seorang wanita dan seorang gadis yang duduk di atas kerusi di koridor hospital itu.
Ariel mengikut telunjuk Aimuni. Wajahnya sedikit tegang. Sanggup Mak Lang buat Ariel macam ni. Tega sungguh mereka sembunyikan Aimuni daripada aku. Apa salah aku? Apa khilaf aku?
p/s : enjoy reading!

2 comments: