Tuesday, 8 May 2012

Takdir Buat Kita [JIUK] Bab 14


Suasana di dalam kereta hanya senyap sunyi tanpa sebarang suara. Aimuni menjeling ke arah Ariel yang tenang memandu saat itu. Radio ada tak nak pasang. Harap kereta aje yang mahal tapi kedekutnya mengalahkan Haji Bakhil, desis hati Aimuni. Rasa bosan menguasai dirinya.
“Kita nak ke mana ni?” Soal Aimuni setelah agak lama mereka berdiam diri.
“Ke rumah kita,” jawab Ariel selamba.
“Bila masa kita ada rumah?” Soal Aimuni lagi. Ariel tersenyum.
“Sejak saya jumpa isteri saya yang dah lama hilang ni.” Aimuni mencebik.
“Kau…” Ariel mencapai tangan Aimuni secara tiba-tiba. Kata-kata gadis itu terhenti.
“Kyra, boleh tak awak guna ganti nama diri yang sedap didengar oleh telinga saya ni?” Pinta Ariel. Tangan Aimuni digenggam erat. Gadis itu terkaku buat beberapa saat.
“Suka hati akulah nak guna apa ganti nama diri apa pun. Telinga kau yang ada masalah bukan telinga aku,” balas Aimuni seraya menjeling Ariel tajam.
“Jangan menderhaka boleh tak?”
“Bila masa aku menderhaka?”
“Melawan cakap suami. Tak bau syurga nanti kalau suami tak redha,” ugut Ariel.
Aimuni terdiam. Dia tidak mahu terus berlawan cakap dengan Ariel. Lebih baik dia mendiamkan diri daripada mencari masalah dengan lelaki itu. Api jika dilawan dengan api, makin merebak jadinya nanti.
“Permint Harmoni?” Suara Aimuni kedengaran perlahan.
“Kenapa sayang?” Mahu sahaja Aimuni memuntahkan sisa makanan yang dimakannya apabila mendengar panggilan Ariel untuknya itu.
“Bukan ni apartment Adib ke?”
“Ya.” Ariel mengukir senyuman.
“Buat apa kita datang rumah dia? Bukan tadi kau kata nak pergi rumah kita ke?” Soal Aimuni.
“Rumah kita?” Ariel tersenyum mengejek. Aimuni mengetap bibir apabila menyedari kesilapan sendiri.
“Rumah kita pun kat sini jugak,” sambung Ariel apabila Aimuni terdiam tanpa membalas kata-katanya.
Sebaik sahaja kereta diparkir, Ariel menarik Aimuni menuju ke arah lif untuk ke tingkat 3. Aimuni hanya mampu menurut tanpa kata. Setiap apa yang di arah oleh Ariel, dia cuba lakukan tanpa membantah. Dia takut sekiranya lelaki itu mengungkit kembali tentang video yang ada di dalam simpanan Ariel. Ya, video itu bukan lagi menjadi masalah apabila mendapat tahu bahawa Ariel itu adalah suaminya namun rasa tidak percaya kepada Ariel masih ada. Bagaimana jika lelaki psycho itu menyebarkan video mereka?
Terbuntang mata Aimuni saat kakinya melangkah masuk ke ruang tamu apartment itu. Gambarnya bersama Ariel sewaktu majlis akad nikah tergantung elok di dinding. Wajahnya waktu itu amat bahagia. Senyumannya juga tidak kaku dan kekok. Ariel yang sedang erat mengenggam tangannya juga kelihatan seperti lelaki normal yang tidak menghidap penyakit jiwa. Comel jugak aku ni, desis hati Aimuni seraya tertawa kecil.
“Kyra, are you okay?” Soal Ariel dengan riak wajah pelik melihat perangai Aimuni yang tiba-tiba sahaja ketawa apabila melihat gambar mereka.
 “I’m okay. Kita kat masjid mana masa ni?” Soal Aimuni kembali. Sungguh ingatannya langsung kosong tentang hari perkahwinannya malah kenangan bersama Ariel juga tidak pernah menyinggah. Cuma apa yang pasti, bayangan lelaki di dalam mimpinya sudah tidak berkunjung sejak dia bertemu Ariel.
“Masjid Al-Ikhwaniah, Cheras.”
“Betul ke aku sayang kau?” Soalan Aimuni hanya disambut dengan ketawa oleh Ariel.
“Habis awak ingat awak kena kahwin paksa ke? Siapa yang sanggup paksa perempuan kepala batu macam awak ni?” Kutuk Ariel seraya berlalu ke dapur. Aimuni mengetap bibir menahan geram. Sempat lagi dia mengutuk aku. Aku merajuk karang!
“Cuba awak perhatikan betul-betul mimik muka awak dalam gambar tu. Ada riak tak suka ke?” Sambung Ariel yang baru sahaja keluar daripada dapur dengan segelas air suam. Lelaki itu selamba menuju ke arah sofa dan melabuhkan punggungnya disitu. Remote televisyen dicapai.
“Tak ada,” jawab Aimuni jujur. Dia melangkah mendekati sofa panjang yang agak jauh daripada Ariel. Beg tangannya diletakkan di atas meja dan dia turut duduk diatas sofa menyertai Ariel yang khusyuk melihat… Ayark! Spongebob??
Aimuni melihat Ariel silih berganti dengan span berwarna kuning yang lincah berkata-kata. Mata Ariel langsung tidak berkelip melihat kartun itu. Aimuni terlopong. Muka punyalah macho tapi suka tengok kartun!
“Tak ada cerita lain ke?” Soal Aimuni. Ariel yang khusyuk ketawa memandang Aimuni sekilas sebelum memandang Patrick di kaca televisyen.
“Kenapa dengan cerita ni?”
“Macam budak-budak!”
“Tak semestinya cerita kartun tu untuk budak-budak aje, sayang eh!” Ariel menggamit Aimuni mendekatinya namun gadis itu memberikan jelingan menyampah buat suaminya.
“Amboi, dah berani jeling saya sekarang ni ye. Ingat sikit. Saya ni suami awak. Jangan nak menderhaka!” Ujar Ariel dengan nada tegas.
“Siapa pulak yang menderhaka?” Ariel bingkas bangun dan mendapatkan Aimuni. Gadis itu tercengang-cengan apabila Ariel berbaring di atas sofa panjang itu dan meletakkan kepalanya di atas paha Aimuni.
“Kenapa ni?” Ariel memberi sengih. Aimuni membesarkan matanya memandang Ariel yang begitu dekat dengannya. Jika wajah Aimuni diturunkan sedikit sudah pasti hidungnya bertemu hidung Ariel.
“Nak tidur.”
“Pergilah tidur atas sofa tu.”
“Sofa ni lagi best.” Mata Ariel dipejamkan. Aimuni mengeluh berat. Dia membiarkan Ariel diatas pahanya. Kedua-dua tangannya diangkat menampung belakang kepala yang bersandar di sofa. Matanya meliar ke segenap ruang tamu itu. Namun matanya lebih tertarik kepada gambar yang besar gedabak di dinding berhadapan dengannya itu. Wajah bersih Ariel di dalam gambar itu direnung lama.
“Aku bukan sofa,” keluh Aimuni.
“Anggap je ni sebagai bayaran untuk baju saya yang mahal tadi,” kata Ariel dengan mata yang masih terpejam. Aimuni mengetap bibir menahan geram.
Macam mana aku boleh jatuh sayang pada lelaki ini? Apa kelebihan dia yang membuatkan aku tertarik padanya? Jika aku dan dia berkahwin atas dasar suka sama suka, kenapa ibu tidak mahu aku mengingati tentang masa silam aku? Masa silam aku yang bersama Ariel, orang yang aku sayang? Apa yang dah berlaku selepas majlis akad nikah kami? Ya Allah, sungguh pertanyaan-pertanyaan ini membebankan aku.
“Apa yang awak fikirkan?” Aimuni memandang ke bawah melihat wajah Ariel. Wajah lelaki itu nampak tenang tidak seperti sewaktu mula-mula mereka bertemu di hospital dahulu.
“Kenapa kita macam ni?” Soalan Ariel dibalas kembali dengan soalan. Ariel memandang tepat ke dalam anak mata Aimuni.
“Allah nak uji kita.” Ringkas jawapan Ariel buat isterinya. Tangannya menyentuh pipi Aimuni penuh kasih. Tudung yang dipakai Aimuni sedikit berkeronyok namun gadis itu tetap cantik dimatanya.
“Saya mahu hidup bersama awak dengan redha-Nya. Jika Dia masih belum meredhai hubungan yang kita bina ni, saya sanggup kehilangan awak daripada kehilangan redha Allah. Itu yang awak katakan pada saya, Kyra. Mungkin kita terpisah kerana Allah masih tidak meredhai hubungan kita. Papa saya tak sukakan awak sehingga langsung tidak mahu mengenali awak hatta melihat wajah awak di dalam gambar sekalipun. Saya dah lukakan hati papa. Mungkin ini balasannya kerana melukakan hati dia,” sambung Ariel.
“Papa tak sukakan aku?”
“Ya.”
“Kenapa?” Aimuni mengerutkan dahinya.
“Dia nak saya kahwin dengan orang lain.”
“Kau lukakan hati papa kau sebab aku?” Aimuni bertanya dengan nada tidak percaya. Ariel mengangguk tanpa menunjukkan sebarang reaksi diwajahnya.
“Jika redha Allah tak bersama kita sebab kita lukakan hati papa, kenapa kita masih tetap boleh berkahwin?” Ariel tersenyum. Benarlah kata orang, ramai manusia yang lupa tentang redha Allah.
“Redha dengan izin tu berbeza, sayang. Allah izinkan kita berkahwin dan kerana itu kita sah menjadi suami isteri tapi Dia tidak redha kerana kita berkahwin atas kelukaan papa.” Ariel terhenti. Aimuni tekun mendengar.
“ Contohnya, antara seorang manusia yang jatuh dari pokok kerana tidak sengaja dan seorang manusia yang jatuh daripada bangunan kerana membunuh diri. Jika Allah tak izin, kedua-dua manusia tu tidak akan jatuh. Izin Allah menjadikan kedua-duanya jatuh namun redha Allah tidak bersama orang yang jatuh dari bangunan kerana dia telah melanggar perintah Allah. Wallahua’lam,” ujar Ariel panjang lebar. Aimuni mengangguk tanda faham.
“Redha. Izin.” Tercetus ayat itu dari bibir Aimuni.
“So, kalau awak nak suami awak ni redha dengan awak, awak kenalah ikut cakap suami awak ni,” kata Ariel dengan senyuman nakal.
“Kyra, saya nak tidur sekejap.”
“Tak elok tidur petang-petang.”
“Kejap aje. Saya penatlah. Mama tu asyik paksa saya belajar urus syarikat dengan Adib aje. Bosan betul,” rungut Ariel dengan mata tertutup.
“Dah kau saja anak yang dia ada,” balas Aimuni. Inilah makhluk Tuhan yang tidak pandai bersyukur!
“Macam mana awak tahu pasal saya ni?” Mata Ariel kembali terbuka.
“Ammar yang bagitahu.” Wajah Ariel serta-merta berubah tegang.
“Awak ada apa-apa ke dengan dia?”
“Kalau aku ni bukan wife kau, dah lama aku kahwin dengan dia,” ujar Aimuni selamba tanpa memikirkan perasaan Ariel. Lelaki itu mendengus kasar. Dia bingkas bangun dan berlalu ke bilik yang hanya beberapa langkah dari ruang tamu itu. Aimuni terpinga-pinga dengan tingkah Ariel. Apa kena dengan mamat tu?
Ariel keluar kembali setelah beberapa minit berlalu ke biliknya. Dia mendapatkan Aimuni kembali. Kali ini dengan wajah yang sedikit basah. Aimuni hanya memandang tingkah Ariel. Mamat ni pergi ambil wuduk ke?
“Meh sini handphone awak tu,” pinta Ariel lantas duduk di tepi Aimuni. Gadis itu mengerutkan dahi. Sungguh dia tidak faham dengan perangai suaminya itu.
“Nak buat apa?”
“Kasi aje la.” Aimuni mencapai beg tangannya dan mengambil handphone Nokia lantas diserahkan kepada Ariel. Lelaki itu mencari-cari sesuatu di dalam contact list. Aimuni tidak ambil pusing.
“Bila kau nak bagi kad pengenalan aku balik?” Soal Aimuni apabila teringat tentang kad pengenalannya yang sudah lama berada di dalam simpanan Ariel.
“Kalau saya puas hati dengan layanan awak malam ni, saya akan bagi balik,” ujar Ariel dengan nada mengusik. Aimuni menjeling marah. Dasar psycho!
“Call ibu cakap malam ni awak tidur kat sini,” arah Ariel setelah siap menjalankan misinya.
“Perlu ke aku tidur kat sini?”
“Yes! Cepatlah call. Saya nak pergi mandi kejap,” gesa Ariel setelah handphone beralih ke tangan Aimuni.
“Bawak bersabar boleh tak? Kejap-kejap lagilah aku call. Ibu bukan ada kat rumah pun petang-petang macam ni. Dia mesti pergi ke kebun tolong abah,” balas Aimuni dengan nada meninggi. Ariel menjungkit bahu.
“Jom mandi,” ajak Ariel. Isterinya itu menghadiahkan jelingan buatnya. Kalau kau berani tarik aku, aku bagi sepakan penalty nanti!
Aimuni tidak menghiraukan Arie yang sudah berdiri untuk ke biliknya. Gadis itu mencari-cari nombor Ammar setelah teringat janjinya untuk menelefon Ammar namun apa yang dicari tidak ke temu. Ariel sudah tersengih-sengih.
“Cari apa? Cari nombor abang sepupu kesayangan awak tu ke? Saya dah delete,” selamba Ariel menutur kata. Aimuni sudah terlopong.
“Kenapa kau delete??” Tanya Aimuni dengan nada marah. Wajahnya memerah menahan rasa sakit hati. Apa salah Ammar sampai lelaki itu sanggup memadam nombor Ammar?
“Saya sayang isteri saya,” hanya itu yang dijawab oleh Ariel sebelum berlalu ke bilik untuk membersihkan diri. Sekejap lagi azan Maghrib akan kedengaran dan dia tidak mahu melengah-lengahkan perintah Allah yang satu itu.
Aimuni hanya mampu terdiam apabila kelibat Ariel menghilang di sebalik daun pintu bilik. Dia tidak dapat menangkap maksud alasan Ariel dengan tindakan lelaki itu yang memadam nombor Ammar. Sungguh dia pening dengan keadaan itu. Tengku Shahzriel Iskandar memang seorang yang psycho dan lelaki psycho itu adalah suami aku!
 p/s : agak2 apa yang akan terjadi erk? hehe... enjoy reading guys!

Monday, 7 May 2012

Takdir Buat Kita [JIUK] Bab 13


Aimuni melangkah penuh yakin menyusuri ruang legar Syarikat Haya Holding yang berdiri megah ditengah bandar Kuala Terengganu itu. Mengikut apa yang diberitahu oleh Ammar, syarikat ini banyak mempunyai cawangan di seluruh dunia dan syarikat induknya berada di Selangor. Apa yang membanggakan Aimuni ialah pemilik syarikat ini merupakan seorang janda anak seorang dan lebih banyak mnghabiskan masanya di anak syarikat di Kuala Terengganu ini.
Wajah ayu penyambut tetamu yang sedang tekun menjawab panggilan dipandang oleh Aimuni. Gadis penyambut tetamu itu masih leka dengan kerjanya tanpa mempedulikan Aimuni yang semakin mendekatinya. Langkah Aimuni terhenti apabila terpandang seseorang yang dia amat kenali.
“Adib?” Terpacul nama itu dari bibir Aimuni. Berkerut dahinya melihat Adib sedang melangkah keluar daripada lif bersama seorang wanita anggun. Lelaki ini gigolo ke?
Adib yang sedang gembira tersenyum terus terkaku apabila terpandang wajah Aimuni yang sedang berdiri membelakangi Maya di meja penyambut tetamu itu. Langkahnya terhenti. Wanita yang sedang bersamanya turut memandang ke arah pandangan Adib di mana pandangan itu berlabuh.
“Awak buat apa kat sini?” Soal Adib dengan nada sedikit meninggi kerana jarak antara mereka tidak memungkin lelaki itu untuk bercakap dengan nada perlahan dan sopan.
“Kerja.” Jawapan spontan Aimuni mengejutkan Adib. Kerja? Apa pulak yang Ariel buat kali ni? Adib pening kepala.
Langkahnya diatur ke arah Aimuni. Wanita itu turut sama mengikut langkah Adib.
“Kerja bahagian mana?” Soal Adib. Aimuni mengerutkan dahinya. Pertanyaan Adib seakan dia adalah pemilik syarikat itu.
“Marketing,” jawab Aimuni selamba.
“Adib kenal ke dia?” Soal wanita anggun yang berpakaian korporat itu tiba-tiba setelah lama mendiamkan diri.
“Ya, mama. Kawan satu Uni Adib dulu,” jawab Adib. Datin Nur Hayati tersenyum manis ke arah menantu yang tidak dikenalinya itu. Aimuni teragak-agak mahu menghulurkan salam namun dikuatkan juga dirinya apabila menganggap bahawa tidak manis jika tidak menyalami orang yang lebih berusia darinya. Tangannya bersambut.
“Apa khabar, puan?” Soal Aimuni sekadar berbasi-basi seraya mencium tangan wanita yang diaggap adalah ibu Adib itu penuh sopan. Datin Nur Hayati tersenyum manis. Perasaannya terasa berlainan apabila tangannya mengenggam tangan gadis itu.
“Alhamdulillah. Saya sihat,” jawab Datin Nur Hayati ramah. Senyuman masih tidak lekang dibibirnya. Ah, jika menantunya itu seperti gadis ini alangkah untungnya dia.
“Mama, jomlah. Kita dah lewat ni,” ajak Adib lantas mengerling ke arah jam di pergelangan tangannya.
“Okey. Adib ni betul-betul seorang yang menepati masa,” ujar Datin Nur Hayati seraya melepaskan genggaman tangan Aimuni. Adib tersengih selamba.
“Ai, kami pergi dulu. Kalau awak ada masalah, awak boleh tanya Maya. Kami dah lambat ni,” kata Adib dengan nada tergesa-gesa. Aimuni cepat-cepat mengangguk. Dia bukan tidak selesa apabila bersama wanita anggun itu tapi tidak selesa dengan pandangan Adib yang dirasakan seperti mahu menelannya.
“InsyaAllah,” balas Aimuni selembut mungkin. Matanya hanya memerhati langkah Adib dan Datin Nur Hayati sehingga kelibat kedua-duanya menghilang.
“Cik, boleh saya bantu cik?” Soal Maya setelah melihat Aimuni masih terpaku memandang pemergian kedua-dua orang kuat Syarikat Haya Holding itu.
“Saya nak jumpa dengan Ammar Fatah,” jawab Aimuni sedikit kalut. Wajah abang sepupunya itu terbayang diruang mata. Semoga dengan adanya lelaki itu, dia dapat menghadapi Adib pada masa akan datang.
“Cik ada appointment dengan Encik Ammar ke?” Aimuni mengangguk laju. Maya mencapai ganggang telefon dan menekan beberapa angka sebelum bercakap dengan seseorang. Mungkin secretary Ammar.
 “Cik boleh terus naik ke tingkat 6,” ujar gadis itu dengan senyuman manis. Aimuni membalas senyuman itu berserta dengan ucapan terima kasih dengan seikhlas mungkin sebelum berlalu ke lif. Maya memerhati lenggok Aimuni sehingga kelibat itu hilang. Siapa dia ye? Cantik orangnya. Awek Encik Ammar kot, bisik Maya sendiri. Wajah Ammar terbayang. Arkitek muda syarikat itu memang handsome orangnya!
*****
“Ai nak pergi makan dulu ke?” Soal Ammar seraya memandang wajah adik sepupunya itu yang bertudung litup. Aimuni yang leka memandang koleksi gambar di dinding pejabat Ammar terkejut dengan pertanyaan tiba-tiba itu.
“Tak nak makan kat rumah ke?” Soalan berbalas soalan.
“Ala, bukan selalu dapat keluar makan berdua dengan awak,” ujar Ammar.
Aimuni terdiam. Wajah Ammar dipandang sekilas. Hampir sepuluh tahun dia tidak berjumpa dengan Ammar kerana lelaki itu dihantar ke London dan dibesarkan oleh bapa saudara sebelah ibunya di sana. Lelaki itu baru sahaja kembali ke Malaysia 5 bulan yang lalu. Sewaktu kali pertama bersua, Aimuni terasa begitu kekok kerana tiada langsung ingatannya terhadap lelaki itu namun dek kerana perangai selamba dan kuat mengusik Ammar, Aimuni mudah menjadi rapat dengan abang sepupunya itu.
“Okey tapi tak nak balik lewat. Nanti abah marah,” balas Aimuni berserta dengan syarat. Ammar tersengih.
“Baiklah tuan puteri tersayang.” Aimuni mencebik. Ammar tertawa. Tangannya incah mengemaskan meja yang berselerak dengan kertas kerjanya.
“Saya tunggu kat luar. Semaklah dalam bilik awak ni,” kritik Aimuni lantas tersengih nakal. Ammar menjeling manja.
“Saja tau. Cubit pipit tu karang,” ugut Ammar.
“Janganlah. Ni laki saya punya okey,” balas Aimuni lantas segera berlalu keluar dari bilik itu meninggalkan Ammar mengemas seorang diri.
Gadis itu bersandar di tepi pintu bilik Ammar. Dia mengeluh berat. Tak baik mengeluh, Ai sayang, desis hatinya sendirian. Aimuni memegang pipinya. Laki saya punya? Heh, sejak bila pandai cakap pasal laki ni, Aimuni oi? Sejak Ariel muncul kot. Rasa macam tak percaya yang aku boleh kahwin dengan mamat psycho tu. Mungkin masa tu aku pun psycho macam dia.
“Jom…” Ajak Ammar yang baru keluar daripada pejabatnya. Aimuni mengangguk seraya mengatur langkah menuju ke arah lif. Mereka sama-sama melangkah masuk ke dalam lif menuju ke tingkat bawah.
“Am, awak kenal Adib?” Soal Aimuni tiba-tiba setelah agak lama berdiam diri. Ammar memandangnya pelik.
“Kenapa tiba-tiba tanya?”
“Saja nak tahu. Dia kawan saya masa dekat Uni dulu,” jawab Aimuni selamba. Wajah Ammar sudah berubah. Hatinya meronta tidak senang. Ada apa-apakah antara Adib dan Ai?
“Kenal gitu-gitu aje. Dia bahagian pemasaran jadi jarang berjumpa.” Pemasaran? Aiyark! Ketua aku ke? Patut pun tadi Suhana si cik secretary tadi asyik sebut nama Adib aje semedang.
“Mama dia tu kerja sini jugak ke?” Ammar mengerutkan dahi.
“Mama siapa?”
“Mama Adiblah.” Pintu lif terbuka. Mereka sama-sama melangkah keluar.
“Adib mana ada mama kat sini. Apa yang saya tahu, family dia ada kat kampung di Kedah. Ai tunggu depan sana. Saya pergi ambil kereta,” ujar Ammar dan berlalu ke parking lot. Aimuni termangu-mangu sendirian. Bukan mama Adib? Tapi kenapa dia panggil wanita tu mama? Mak angkat dia kot.

Aimuni melontarkan pandangan keluar restoren. Ammar menghabiskan sisa-sisa makanannya. Tiada bicara antara mereka. Masing-masing melayan perasaan sendiri. Aimuni mengeluh tanpa sedar. Ammar menjeling adik sepupunya itu sekilas. Wajah ayu itu begitu tenang bila dipandang.
“Kenapa, Ai?” Soal Ammar.
“Tak ada apa.” Ringkas jawapan Aimuni.
“Kalau awak ada masalah, bagitahulah saya,” ujar Ammar yang tidak berpuas hati dengan jawapan Aimuni. Gadis itu seolah-olah sedang menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuannya. Adakah perkara itu berkaitan dengan Adib?
“Am, betul ke family Adib kat Kedah?” Soal Aimuni mahu mendapatkan kepastian. Entah mengapa hatinya begitu mahu mengenali ‘mama’ Adib itu.
“Ya. Pernah ke saya menipu awak sebelum ni?”
“Menipu tak pernah tapi mungkir janji pernah,” jawab Aimuni selamba. Ammar terdiam.
“Kalau family dia ada kat Kedah, kenapa dia panggil kat wanita tu mama ye?” Soal Aimuni sendirian.
“Mama? Maybe Datin kot sebab saya pernah jugak dengan Adib panggil Datin mama,” ujar Ammar.
“Datin?”
“Ya. Datin Nur Hayati. Pemilik Haya Holdings tu. Adib rapat dengan anak Datin tu. Kalau tak silap nama anak Datin tu Ariel tapi dia sekarang tak bekerja pun. Habiskan duit mama dia je,” kutuk Ammar tanpa sedar bahawa isteri kepada Ariel berada dihadapannya kala itu.
“Ariel? Tengku Shahzriel Iskandar ke?”
“A’a. Awak kenal dia?” Ammar sedikit terkejut. Aimuni apatah lagi. Mamat psycho tu anak Datin??
“Err… Mestilah kenal. Kawan masa kat kampus dulu la. Kan dia berkawan baik dengan Adib,” jawab Aimuni seraya melemparkan senyuman plastik.
“Okey. Jom balik,” ajak Ammar. Hatinya terasa membahang tiba-tiba. Semoga apa yang dia anggap tidak benar. Semoga hati Aimuni bukan milik sesiapa. Ah, aku perlu dapatkan Ai sebelum lelaki lain!
Sebaik sahaja bangun, Aimuni terasa seperti seseorang melanggarnya dari belakang. Pantas dia berpaling. Serentak itu juga air yang dipegang oleh si pelanggarnya tadi tertumpah ke badan tuannya. Aimuni terlopong. Ammar memandang tanpa riak. Wajah yang melanggar Aimuni tadi sudah memerah.
“Sorry,” pinta Aimuni. Tangannya mencapai tisu dan megelap dada lelaki itu yang hanya terdiam tidak bergerak. Basah lencun bajunya di bahagian hadapan.
“Ariel, kau okey?” Soal Adib tiba-tiba yang datang entah dari mana. Aimuni mengetap bibir sendiri. Salah siapa sebenarnya ni?
“Puan, lain kali kalau nak bangun daripada kerusi sila tengok dahulu sekeliling ya,” bidas Ariel. Aimuni tunduk. Tangannya masih sibuk mengelap dada Ariel. Adib terlopong melihat aksi Aimuni. Ai ni nak menggoda suami sendiri atau nak mengelap air yang tumpah tu?
“Cik. Dia masih belum kahwin,” celah Ammar.
“Oh ya? Saya ingat isteri orang,” sindir Ariel lantas tersenyum sinis. Aimuni mengjeling Ariel geram.
“Encik Ammar ni…” Adib menggantung soalannya.
“Abang sepupu dia,” jawab Ammar. Ariel senyum selamba. Abang sepupu. Pandainya isteri aku ni keluar makan dengan lelaki bukan muhrim tanpa minta izin aku dulu.
“So, macam mana nak settle ni cik adik?” Soal Ariel. Aimuni mendongak memandang Ariel dengan kerutan di dahi. Hai, kata suami aku tapi benda kecil macam ni pun nak berkira ke?
“How much?” Soal Ammar kembali. Adib memandang wajah Ammar. Lelaki ni tak tahu apa-apa ke?
“It’s okay. Saya cuma berurusan dengan orang yang bersalah dengan saya,” balas Ariel dengan nada sarkastik. Ammar terdiam. Dasar anak orang kaya sombong!
“Nanti saya bayar. Berapa?”
“Saya tak nak duit saudari…” Ariel mendekatkan wajahnya ke telinga Aimuni. Gadis itu hanya terpaku di situ.
“Saya. Nak. Awak. Malam. Ni.” Sepatah-sepatah ayat itu dibisikkan ke telinga Aimuni.
“Apa ni?” Marah Aimuni. Wajahnya memuncung. Ariel sudah tertawa senang.
“Saya tunggu awak kat kereta. Di, kau ajak Su datang teman kau makan. Aku ada hal nak settle dengan minah ni,” ujar Ariel seraya berlalu ke tempat dia memarkir kerete Nissan Skylinenya. Wajah cemberut Ammar langung tidak diendah.
“Am, awak balik dulu ye. Kirim salam pada Pak Ngah dan Mak Ngah. Nanti saya call awak,” kata Aimuni.
“Awak nak pergi dengan dia?” Soal Ammar dengan nada tidak percaya.
“Ya. Saya akan selesaikan semua ni. Awak jangan risau. Dia kawan saya. Saya kenal dia,” jawab Aimuni dengan yakin. Kawan? Heh, banyaklah kau punya kawan. Adib sudah tersenyum penuh makna.
“Tapi…”
“Please, Am. Saya dah besar.”
“Okay but awak mesti call saya setiap minit,” tegas Ammar dengan keberatan mahu melepaskan gadis itu pergi. Aimuni hanya mengangguk dan berlalu mendapatkan Ariel yang sudah menunggu di dalam kereta dengan senyuman manis.
Ammar memerhati kelibat kereta Nissan Skyline GTR itu sehingga kereta itu hilang ditelan pekat malam. Dia memang terkejut dengan reaksi Aimuni yang begitu mudah mengikut Ariel namun dia pasti Aimuni ada alasannya sendiri. Aimuni bukan gadis yang mudah mengikut lelaki ke mana-mana dengan senang hati. Aimuni bukan gadis murahan!

p/s : lambat update sebab dilanda ujian.... ngee~ Ariel, sebab awk sy sggup tempuhi semuanya! please, buat Ai jatuh cinta kat awk balik! kalau tidak, saya lontar awk masuk laut! enjoy reading, guys!

Saturday, 5 May 2012

Untuk Anda n Saya

Assalamualaikum...
Harap semua sihat ye disamping family, member, buku2, assignment yang berlambak and exam yang menakutkan lebih daripada horror movie tu... Selamat mengharungi segala kesusahan dengan tabah... Verily each difficulty, there's a relief... Mungkin apa yang kita rasa sekarang berbeza-beza... Ada yang tengah santai bercuti, ada yang tengah busy dengan jadual masing2 yang padat macam sekali-sekala tu rasa nak terbang ke galaksi lain untuk berehat... Apa2 pun yang kita rasa sekarang, ingatlah Allah sentiasa bersama-sama kita... Dia takkan bebankan kita dengan sesuatu yang kita tak mampu...

Maybe ada yang rasa semua yang terjadi pada dia tu tak betul la, benci la dengan semua tu, kenapa semua tu terjadi kat dia dan bla.. bla.. bla... Kepada yang rasa macam tu, apa kata korang pergi belek tafsir surah Al-Baqarah ayat 216.. Maksudnya : Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.

So, kalau kita renung betul2 dan hadam maksud firman tu kita takkan pernah merungut dengan apa yang terjadi pada kita. Bukankah setiap apa yang berlaku itu ada hikmahnya? Mungkin apa yang kita minta, Allah takkan bagi tapi insyaAllah dia akan bagi yang lebih baik untuk kita sama ada kita menyedarinya atau pun tidak. Jadi bersangka baiklah pada Allah dan pegang pada janji2Nya...

Sekian sedikit tazkirah daripada saya sebagai peringatan untuk semua dan juga untuk diri saya sediri... Jika ada yang tersalah dan terpincang di mana2, minta perbetulkan kerana tiada apa yang sempurna melainkan Allah S.W.T. Wallahua'lam.

Lastly, saya nak tunjuk sesuatu pada you all... Hehe... Gambar je pun.... Tak ada yang penting tapi ada satu gambar yang istimewa bagi saya... Hadiah daripada seorang sahabat yang bernama Aimuni Husna... Aiyark! Nama dye sama dengan Ai.. Hehehe...


The Real Adib Saufi... 
Sedara Rusydi, pinjam gambar tau... Err.. Kagum dengan lukisan dakwah sedara...


The 'Istimewa' Picture


Doa untuk sama-sama kita amalkan... ^_^


Jom kahwin muda ramai2.. Haha..


My Hero (kalau org Islam, dah lama sy pi pinang dia)

Love 'till Jannah, insyaAllah!

Friday, 4 May 2012

Takdir Buat Kita [JIUK] Bab 12


Mak Lang memandang Pak Lang yang sedang ralit menonton televisyen. Suaminya itu khusyuk benar mendengar berita sehinggakan isteri disebelah pun tidak dilayan. Mak Lang mendengus geram. Sewaktu mereka masih tinggal di Cheras, Pak Lang sibuk benar dengan projek-projeknya. Bila sudah berpindah ke Kampung Telari, kesibukan suaminya itu bertambah apabila berjinak-jinak dengan kerja kampung. Katanya nak jadi petani moden.
“Abang, Zah nak cakap sikit dengan abang ni,” ujar Mak Lang. Dia mendekati Pak Lang dan duduk disisi suaminya di atas sofa.
“Apa?” Mata Pak Lang masih terikat dikaca teleisyen. Geram benar Mak Lang melihat pesara askar itu.
“Abang, bagi tumpuan boleh tak? Sibuk benar dengan berita tu,” rungut Mak Lang. Suaminya tersenyum seraya memandang wajah masam mencuka Mak Lang.
“Azzah sayang, telinga abang ni sentiasa untuk Zah tau walaupun mata abang bukan pada Zah,” kata-kata Pak Lang dibalas dengan cebikan oleh Mak Lang. Tertawa lelaki itu melihat gelagat isterinya.
“Mata abang ke mana? Tengok perempuan lain?” Soal Mak Lang berbaur cemburu. Meledak tawa Pak Lang mendengar soalan isterinya itu.
“Makin tua makin kuat pulak cemburu Zah ni. Abang sayang Zah seorang je. Tak ada yang lain,” balas Pak Lang seraya mencapai tangan Mak Lang dan diusap penuh kasih. Mak Lang terdiam. Rasa terharu menyelinap di segenap ruang hati.
“Abang perasan tak Ai berperangai pelik sejak dia balik dari rumah kawan dia?” Mak Lang menekankan perkataan kawan itu. Pak Lang yang tidak mengesyaki apa-apa hanya terdiam memikir dan perlahan-lahan dia mengangguk.
“Dia banyak termenung. Bila abang tanya dia cakap tak ada apa-apa.”
“She hide something from us, abang,” ujar Mak Lang. Suaminya itu mengangguk setuju.
“Zah kenal ke kawan Ai tu?” Mak Lang sedikit menggelabah.
“Kawan? Kawan mana pulak abang ni?” Wanita itu sedikit kalut.
“Kawan yang ajak Ai pergi tidur rumah dia tu la,” jawab Pak Lang tanpa rasa sangsi. Isterinya itu terdiam memikir.
“Kawan sekolah dia dulu.”
“Nurul ke?” Soal Pak Lang lagi.
“Bukan. Nurul tu kan dah bekerja kat Kuala Lumpur sekarang. Ai cakap kawan sekolah dia dulu. Zah pun tak tanya dengan mendalam masa dia call Zah hari tu,” jawab Mak Lang. Matanya dilarikan daripada wajah suaminya. Maafkan Zah, abang!
“Ooo… Rumah kawan dia tu kat mana?”
“Ai cakap area Batas Baru. Zah tak pasti pulak kat mana,” Mak Lang sedaya upaya berlagak seperti biasa agar suaminya tidak mengesan penipuan yang dilakukannya. Rasa bersalah menggunung namun dia tidak mahu menyebut nama Ariel dihadapan suaminya. Dia takut jika suaminya itu membuka cerita lama kepada Aimuni. Sejak dari mula lagi Pak Lang tidak mahu merahsiakan semua kejadian yang menimpa Aimuni namun kerana melihat kesungguhan Mak Lang yang mahu mempertahankan Aimuni, akhirnya lelaki itu menurut.
“Kita asyik bercakap pasal Ai aje ni, tuan punya badannya mana? Abang tak nampak lagi dia sejak balik dari surau ni,” ujar Pak Lang seraya menjengukkan kepala ke dapur.
“Ada tu kat dalam bilik. Berkurung je lepas makan malam tadi,” Mak Lang menyandarkan tubuhnya ke bahu suaminya.
“Biarkan dia. Kalau dia nak cerita pada kita masalah dia, tentu dia akan datang cari kita nanti.”
“Yelah, bang.” Mata masing-masing melekat di skrin televisyen. Mak Lang bersandar dibahu suaminya dengan selesa. Pak Lang hanya membiarkan isterinya bermanja. Bukan senang mahu menghabiskan masa dengan isteri tercinta. Hanya waktu malam sahaja dia boleh bersama keluarga. Siang hari dia bertungkus lumus di kebun. Biarlah setiap malam menjadi masa yang berharga untuknya dan keluarga.
“Amboi, romantiknya abah dengan ibu!” Usik Syafiqah yang baru keluar dari dapur. Tersengih dia melihat pemandangan yang jarang dapat dilihatnya. Ibu bersandar manja dibahu abahnya.
“Sekali sekala aje ibu boleh bermanja dengan abah Iqah ni,” ujar Mak Lang dengan senyuman meleret. Pak Lang hanya menjungkit bahu. Tumpuannya masih di skrin televisyen. Syafiqah menyertai ibu dan abahnya di ruang tamu itu.
*****
Deringan handphone yang membingit di atas meja mengejutkan Aimuni yang sedang mengelamun di atas katil. Dia bingkas dari baringannya dan mencapai handphone Nokia 5130 itu. Hubby Cayang? Hidup lagi mamat ni rupanya. Ingatkan dah putus nafas.
Gadis itu melemparkan handphonenya ke atas katil. Dibiarkan sahaja deringan itu. Dia kembali berbaring mengadap atap zink rumah. Selama dua hari dia kembali ke rumah setelah Ariel menghantarnya, selama itu juga dia tenang tanpa gangguan Ariel. Mak Lang pula langsung tidak bertanya ke mana dia pergi selama hampir seminggu menghilang tanpa satu panggilan pun buat ibunya itu. Hanya Pak Lang yang kadang-kadang bertanya tentang dirinya yang kuat termenung. Jika diikutkan hati mahu sahaja dia bertanya siapa Ariel dengan dirinya kepada Pak Lang namun sejak dia pulang, Mak Lang dilihat seakan mahu menjauhkan Pak Lang daripadanya.
Deringan terhenti. Aimuni mencapai handphonenya kembali. 10 missed call. Semuanya daripada Ariel. Gadis itu tersenyum sinis. Padan muka! Wajahnya yang tadinya begitu berpuas hati kerana dapat mengenakan Ariel sedikit tercalar apabila mendapat mesej bergambar daripada Ariel. Aiyark! Gambarnya yang dipeluk Ariel sewaktu mereka berdua ke rumah anak-anak yatin terpapar di skrin. Aimuni memandang gambar itu lama. Wah, sweet jugak kami berdua ni!
Bunyi mesej masuk sedikit menganggu tumpuan Aimuni ketika gadis itu masih leka melihat gambarnya bersama Ariel. Dibiarkan mesej itu untuk sesaat sebelum tangannya ligat menekan butang untuk ke inbox. Tertera nama Hubby Cayang di situ. Aimuni menekan butang read sebelum matanya terbeliak membaca mesej daripada Ariel itu. Gadis itu terkejut bukan kepalang. Dadanya bagai dihempap batu. Berulang-ulang kali dia membaca mesej itu. Segera dia berlari ke tingkap dan membuka tingkap biiknya itu.
+ Awak nak angkat saya call atau nak saya masuk jumpa awak? I’m here.
Jantungnya laju berlari saat mata terpandang sesusuk tubuh yang sedang bersandar di kereta yang diparkir sebelah jalan dan setentang dengan rumah gadis itu. Dia dapat merasakan Ariel sedang merenungnya saat itu biarpun lelaki itu terlindung dalam suram malam. Hampir dia membuang handphone ditangan apabila lagu Terukir Di Bintang berkumandang buat kesekian kalinya.
Mata melekat di skrin yang terpampang wajah Ariel. Hubby Cayang. Tangannya menekan butang hijau. Panggilan bersambung. Desahan nafas Ariel dapat didengarinya. Gadis itu membisu. Ariel turut sama membisu dan menanti suara isterinya itu namun suasana sunyi tanpa apa-apa bunyi. Ariel mendengus geram.
“Awak tak nak cakap apa-apa pada saya?” Akhirnya suara Ariel terlontar. Aimuni berdehem beberapa kali.
“Kau buat apa kat sini?” Soal Aimuni sedikit berani sambil memerhati gelagat Ariel dari jauh. Suaminya itu masih statik berdiri ditempatnya.
“Nak jumpa wife saya,” jawab Ariel jujur. Aimuni mencebik.
“Kau tak takut ke orang kampung datang tangkap kau?”
“Nak takut buat apa? Jalan rumah awak ni bukan ada orang guna sangat,” sedikit bangga kedengaran di dalam pertuturan Ariel seperti semua perkara tentang Aimuni malahan persekitaran rumah gadis itu turut berada di dalam pengetahuannya. Aimuni tidak menafikan apa yang dicakap oleh Ariel kerana rumah mereka memang jarang dilalui oleh penduduk kampung kerana rumahnya sedikit jauh dari rumah kampung lain.
“Baik kau pergi sebelum aku jerit panggil orang kampung,” ugut Aimuni. Tawa Ariel meletus.
“Awak nak saya panjat tingkap rumah awak ke?”
“Jangan jadi gila!” Daun tingkap segera ditutup. Badannya dihempaskan ke atas katil. Handphone masih melekat ditelinga.
“Kyra, do you miss me?”
“In your dream.”
“Not mine but yours. I will be there,” usik Ariel seraya tertawa kecil. Aimuni mengetap bibir geram.
“I hate nightmares!”
Ariel tertawa mendengar jawapan selamba isterinya itu.
“Kyra…” Suara Ariel kedengaran romantik ditelinga Aimuni. Meremang bulu roma gadis itu. Aiyark! Nak goda aku ke mamat ni?
“Apa?”
“Comel awak tocang rambut awak macam tu,” puji Ariel tiba-tiba. Aimuni bingkas bangun dari baringan. Rambut? Dia nampak ke? Tangannya menyentuh rambutnya yang bertocang dua itu. Wajahnya memerah tanpa sedar. Waaa! Malunya!
“Diamlah kau!”
“Kyra, awak still tak tanya ibu awak apa-apa ke?” Aimuni terdiam mendengar pertanyaan Ariel. Perlu ke dia membohongi lelaki itu dengan mengatakan bahawa dia sudah tahu semuanya? Ah, nanti jadi asalah pula kalau Ariel bertanya macam-macam, desis hatinya tidak bersetuju.
“Aku lebih suka macam ni. Benda yang dah lepas tu biarkan berlalu,” jawab Aimuni.
“Something at the past can be your future, sayang.”
“Kau nak apa dari aku sebenarnya?” Soal Aimuni dengan nada kasar. Rasa sabarnya sudah hampir hilang. Amarah semakin membuak-buak di dada.
“Saya nak isteri saya balik,” tegas Ariel. Mahu sahaja dia mendapatkan isterinya saat itu dan memberitahu segala-galanya.
“Aku bukan isteri kau!” Naik satu oktaf. Sungguh dia geram pada Ariel saat itu.
“You’re my wife, Aimuni Syakirah! Mungkin awak boleh menidakkan semua tu tapi kenyataannya awak dah terikat dengan saya dalam satu hubungan perkahwinan. Saya lepaskan awak balik ke rumah adalah semata-mata untuk awak bertanya tentang kita pada family awak. Jangan awak ingat selama dua hari ni saya tak perhatikan awak, Kyra,” balas Ariel geram. Talian diputuskan tanpa sempat Aimuni berkata apa-apa. Gadis itu terkedu.
Aimuni kembali berbaring. Kata-kata Ariel terngiang-ngiang ditelinganya. Aku isteri dia? Heh, ingat aku nak percaya? Tipu je semua tu. Kalau betul aku isteri dia, kenapa baru sekarang dia muncul? Kalau betul aku ni isteri dia, kenapa dia biarkan aku tanpa ambil tahu tentang hal aku langsung? Ah, tension betul la!
“Kyra!” Satu laungan bergema. Aimuni yang sedang termenung memikir tersentak. Dia bingkas duduk tegak di atas katilnya. Pintunya diketuk dari luar sebelum daun pintu terbuka. Terjengul wajah Ariel disebalik pintu. Terlopong Aimuni melihat keberanian lelaki itu.
“Kau buat apa kat sini?” Soal Aimuni dengan mata masih melekat diwajah bengang Ariel. Di belakang lelaki itu berdiri Pak Lang yang juga kelihatan terpinga-pinga. Sungguh dia terkejut menerima tetamu yang tidak diundang itu.
“Nak jumpa wife saya tapi nampaknya emak saudara wife saya tak suka saya jumpa wife saya sendiri,” ujar Ariel dengan nada sinis seraya mengerling Mak Lang yang sudah berlari mendapatkan Aimuni di atas katil.
“Ariel, tolong jangan buat kecoh kat sini,” pinta Mak Lang. Syafiqah yang baru sahaja siap mengenakan tudung bergegas ke bilik kakak sepupunya itu.
“Mak Lang, Ariel nak isteri Ariel balik,” balas Ariel dengan nada sayu. Pak Lang hanya mampu berdiam diri. Dia kasihankan Ariel namun pada masa yang sama dia turut tidak mahu Aimuni dilukai lagi.
“Aku bukan isteri kaulah! Berapa kali aku nak cakap dengan kau ni?” Marah Aimuni. Dia bingkas berdiri memandang Ariel dengan pandangan tajam. Lengannya digenggam oleh Mak Lang erat.
“You’re my wife, Kyra. Jangan cakap sesuatu yang awak sendiri tak tahu!” Balas Ariel dengan nada yang sama. Syafiqah memegang lengan abahnya. Rasa takut melihat Ariel waktu itu menguasai diri. Selama mengenali Ariel, ini kali pertama dia melihat lelaki itu marah.
“Then prove it!” Cabar Aimuni.
“Ai, jangan!” Tegah Mak Lang namun sudah terlambat apabila Ariel melontarkan sekeping borang ke atas katil. Aimuni memandang borang itu sebelum tangannya mencapai borang itu. Wajahnya berubah apabila melihat gambarnya dan Ariel terlekat kemas di atas borang itu. Dia terduduk. Sijil perkahwinan mereka itu menjadi saksi bahawa Aimuni Syakirah adalah isteri kepada Tengku Shahzriel Iskandar!
“Ibu, Ai isteri… Ai isteri dia? Ta… Tapi kenapa Ai tak tahu? Apa semua ni ibu?” Soal Aimuni dengan nada merintih. Airmatanya berguguran. Gembirakah dia? Ya. Dia gembira. Gembira kerana selama dia bersama Ariel, lelaki itu adalah halal buatnya. Namun rasa sakit hati masih juga terasa.
“Sayang, ibu…” Tiada kata yang mampu dia luahkan. Wanita itu terduduk di sisi Aimuni. Bahu gadis itu dipaut erat. Airmatanya turut berguguran.
“Awak nak bukti dan saya dah tunjukkan. Sekarang, boleh awak ikut saya?” Soal Ariel tegas.
“Kau nak bawak aku ke mana?”
“Ke rumah kita.”
Aimuni tersenyum sinis. Dia memandang Ariel dengan wajah penuh keyakinan.
“Ya, kau suami kau tapi perasaan sayang untuk kau tak pernah ada dalam hati aku. Aku tak pernah anggap kau suami aku dan aku takkan ikut kau,” tegas Aimuni pula. Dia tidak mahu hidup bersama lelaki itu.
“Suatu hari nanti awak akan sayang saya, Kyra.”
“Are you sure?” Aimuni tersenyum.
“Yes! I’m very sure about that!”
“Then, prove it. Aku akan ikut apa yang kau nak tapi make sure masa tu kau dah berjaya buat aku sayang kau,” cabar Aimuni dengan yakin.
“Jangan terlalu yakin, Kyra,” ujar Ariel. Pak Lang memegang bahu Ariel yang mahu mara ke arah Aimuni. Langkah lelaki itu terhenti.
“Okey. Awak yang cabar saya. Semua yang ada kat sini menjadi saksi. Bila tiba masanya hati awak menjadi milik saya kembali, awak akan turut semua kehendak saya tanpa bantahan. Allah itu Maha Agung, Kyra. Sekejap saja dia boleh balikkan hati awak pada saya,” kata Ariel penuh yakin. Aimuni terdiam. Bibirnya di ketap geram. Dia menunduk.
Ariel berpaling ke belakang. Dia tidak mahu berlama di situ. Dia mahu segera keluar dari rumah yang memberinya banyak tekanan. Dia cuma mahukan isterinya tapi kenapa semua orang menghalang? Apakah haknya sebagai suami sudah tiada sedangkan dia tidak pernah berniat mengabaikan Aimuni.
“Ariel, tunggu.” Pak Lang menghalang langkah lelaki itu. Ariel terpinga-pinga. Nak bagi amaran ke sebab kacau anak saudara dia? Tapi Aimuni tu bini aku! Ariel melurut rmabutnya ke belakang.
“Ai, salam dengan Ariel.” Arahan Pak Lang mengejutka semua yang ada di situ.
“Tapi, abah…”
“Now! He’s your husband!” Tegas Pak Lang. Aimuni mengeluh berat. Bila itu yang diarah oleh abahnya maknanya dia mesti menurut. Ah, ini salah satu keburukan bila ada seorang askar di dalam keluarga!
Ariel menunggu kedatangan Aimuni yang sengaja berjalan lambat-lambat ke arahnya. Sebaik sahaja berhadapan dengan Ariel, tangannya mencapai tangan Ariel dan dicium secepat mungkin. Ariel menyembunyikan senyumannya. Tangan Aimuni yang masih berada dalam genggamannya di genggam erat. Satu ciuman hinggap di dahi gadis itu.
“You’ll be mine soon,” bisik Ariel penuh yakin. Aimuni mencebik. Segera dia menolak tubuh Ariel agar menjauhinya. Tangannya digenggam erat. Peluh dingin yang mula mengalir di dahi diseka dengan lengan baju tidur.
“Pak Lang, Ariel balik dulu,” pinta Ariel seraya bersalam dengan Pak Lang. Dia melempar senyuman buat Syafiqah dan gadis itu hanya membalas sekadar berbasi-basi sahaja.
“Bila nak bawak Ai pergi rumah kamu?” Soal Pak Lang. Mak Lang yang mendengar soalan itu terkedu. Aimuni turut memandang abahnya dengan rasa tidak percaya.
“InsyaAllah tak lama lagi, Pak Lang. Ariel tengah settle urusan pembelian apartment kat Batas Baru,” jawab Ariel. Aimuni tersentak. Batas Baru? Bukan tempat tu area rumah Adib ke?
“Baguslah kalau macam tu.”
Ariel mengangguk dan berlalu ke keretanya apabila meminta diri untuk beredar. Dia sedikit berpuas hati dengan layanan Pak Lang namun sedikit gusar dengan Mak Lang. Bimbang jika wanita itu melarikan Aimuni buat kali kedua.
Ariel menerobos masuk ke dalam kereta. Senyumannya masih bergayut di pinggir bibir. Handphone dicapai. Contact list terpapar di skrin. Wifey Cayang. Tangannya ligat menaip mesej untuk dihantar kepada isterinya yang tersayang. Usai sahaja menghantar mesej, dia segera memecutkan kereta membelah malam menuju ke Taman Chendering Utama. Tidur malamnya nanti pastinya bertemankan senyuman!

Love u!!! ♥‿♥
p/s : maf kalau en3 kali ni xmemuaskan anda... huhu... bnyk bocor sana-sini... apa2 pun, enjoy reading, guys!

Tuesday, 1 May 2012

Takdir Buat Kita [JIUK]Bab 11



Sara Farhana memandang papanya sekilas. Wajah berang papanya itu sedikit menakutkan gadis itu. Gadis itu perlahan-lahan bangun daripada katil dan mara ke arah papanya. Tan Sri Isa memandang anak bongsunya itu. Perasaan hiba menyelinap ke segenap ruang hatinya melihat keadaan Sara yang pucat tidak bermaya itu. Namun apabila teringat tentang Ariel dan isterinya, Tan Sri Isa terasa hatinya terbakar.
“Papa, you know how much I love him, right? Please. Let him be happy with his life. Hana cintakan dia tapi tak semestinya dia juga kena cintakan Hana, papa,” ujar gadis itu lemah. Bahu papanya diraih. Kepalanya di lentok ke dada Tan Sri Isa.
“But, honey…”
“Papa, tolong jangan hampakan Hana. Jika betul Ariel untuk Hana, dia akan datang pada Hana even dia dah jumpa isteri dia balik,” kata Sara biarpun hatinya merintih hiba. Dia sukakan lelaki itu sejak mereka kecil namun apakan daya, lelaki itu memilih Aimuni sebagai peneman hidupnya. Sara kecewa namun terselit bahagia. Baginya, cinta tidak semestinya perlu dimiliki.
“Papa tak puas hati. Dia bersenang lenang dengan wife dia tapi Hana kat sini terbaring tak berdaya. Dia memang lelaki yang pentingkan diri sendiri!” Hambur Tan Sri Isa dengan nada geram. Terasa tangan anaknya mengusap dadanya untuk menyabarkan dirinya.
“Dia tak ada kena mengena dengan sakit Hana, pa.”
“Tapi kalau dia tak tolak rancangan papa dan papa dia untuk satukan Hana dengan dia, Hana takkan jadi macam ni,” balas Tan Sri Isa dengan nada sayu. Dia masih tidak dapat menerima kenyataan bahawa sakit Sara bukan disebabkan oleh Ariel. Sayangnya kepada Sara melebihi sayangnya pada diri sendiri. Anak bongsunya ini terlalu rapat dengannya sejak isterinya meninggal 10 tahun yang lalu.
“Jodoh Ariel dengan Ai, papa. Allah dah tetapkan begitu. Kita kena redha,” jelas Sara yang masih mahu mempertahankan Ariel. Sungguh dia mahu lelaki yang dicintainya itu bahagia. Baginya, kebahagiaan Ariel akan turut menjadi kebahagiaannya.
“Papa kasihankan Hana.”
“Hana tahu tapi dendam takkan bawa kita ke mana-mana, pa. Trust me. Hana akan bahagia kalau Ariel bahagia.” Tan Sri Isa mengeluh.
“Papa tak nak Hana terluka.” Sara tersenyum manja. Bibirnya sedikit biru. Perutnya mula terasa sakit seperti dicucuk dengan duri. Peluh dingin mula merintik di dahi. Ya Allah, jangan biarkan papa melihat kesakitanku!
“For me as long as you and abang with me, tak ada siapa yang boleh lukakan hati Hana. Ariel takkan dapat lukakan hati Hana sebab papa dan abang dah sedia jadi penawar untuk Hana,” ujar Sara menyedapkan hati sendiri. Rasa sakit di perut bahagian kirinya semakin mencucuk. Mahu sahaja dia menangis sekuat hati disitu namun mengenangkan papanya, ditahan sekuat hati.
“Hana, are you okey? Hana berpeluh.” Tan Sri Isa sedikit cemas.Risau jika penyakit Sara menyerang kembali.
“I’m fine, papa. Just a little bit of tired.” Tangan Tan Sri Isa mengusap rambut Sara yang separas bahu itu. Ubun-ubun anaknya di kucup lembut sebelum memeluk gadis itu erat.
“Hana rehat okey. Papa nak pergi jumpa doc sekejap,” ujar Tan Sri Isa. Anaknya hanya mengangguk. Rasa ngilu yang semakin menjadi-jadi diperutnya hanya didiamkan sahaja.
Tan Sri Isa membantu anaknya kembali ke katil. Selimut putih itu dibiarkan menyelimuti separuh badan Sara. Peluh dingin di dahi gadis itu dikesat dengan tisu. Sebelum keluar, lelaki separuh umur itu mencium dahi anaknya. Sara memejamkan matanya. Apabila mendengar pintu bilik wad ditutup, matanya di buka kembali. Airmatanya perlahan-lahan turun membasahi pipi. Rasa sakit di perut seperti dicucuk oleh jarum yang besar. Kekadang terasa tidak tertanggung dek rasa sakit itu namun apabila mengingati kata-kata abangnya, Sara cuba mempamerkan senyuman saat sakit itu datang.
“Hana, Allah takkan bebankan hamba-Nya dengan sesuatu yang hamba-Nya itu tak mampu. Hana patut bersyukur sebab dalam ramai-ramai manusia, Allah pilih Hana untuk dapat penyakit ni. Sakit nikan kifarah dosa, sayang. Ya, memang abang tak rasa apa yang Hana rasa but be thankful to Him. You’re the lucky one. I’m so proud of you. Senyumlah saat sakit tu datang sebab itu tandanya dosa Hana akan dihapuskan, insyaAllah,” kata-kata semangat daripada Shadeeq buat Sara bertahan melawan sakitnya sehingga sekarang.
Saat pertama kali dia mendapat tahu bahawa dia menghidapi penyakit itu, seluruh hidupnya terasa gelap tiada harapan apatah lagi setelah dirinya ditolak tanpa belas oleh Ariel. Ariel memang tiada kena mengena dengan sakitnya namun papa tetap juga menyalahkan Ariel. Sejak ditolak oleh Ariel, kekuatan Sara seperti hilang bersama perginya Ariel dari hidupnya. Setiap bulan, dia pasti akan kembali ke hospital itu. Hospital sudah menjadi rumah keduanya.
“Awak okey?” Soalan Doktor Faiz mengundang airmatanya. Sungguh berat dugaan ini, ya Allah.
“Okey? Perlu ke doc tanya macam tu?” Soalan berbalas soalan. Doktor Faiz terdiam. Tidak menyangka gadis itu akan membidasnya begitu.
“I’m sorry for asking…”
“No. I’m okey doc if you want me to.” Wajah Sara sedikit tenang kala itu. Doktor Faiz memandang wajah gadis yang bertudung litup itu.
“Please explain to me about this cancer.” Doktor Faiz kagum melihat ketenangan gadis itu menerima penyakitnya. Jarang sekali pesakitnya setenang begitu.
“Kanser usus atau dikenali juga sebagai kanser colorectal ialah ketumbuhan yang biasanya bermula dari dalam lapisan usus besar. Tumor di dalam usus terbahagi kepada dua iaitu benign dan malignant. Benign ialah tumor yang tidak merebak kebahagian badan yang lain dan biasanya selamat untuk di buang melalui kaedah pembedahan yang dipanggil colonoscopy. Namun tumor ini juga berpotensi untuk bertukar menjadi tumor malignant jika tidak dibuang,” Doktor Faiz menarik nafas sesaat. Sara mendengar penuh tekun.
“Tumor malignant lebih berbahaya kerana boleh merebak ke bahagian lain. Kanser usus ni boleh menyerang dan merosakkan tisu dan organ-organ. Sel-sel kanser juga boleh berpisah dan merebak ke bahagian badan yang lain seperti hati dan paru-paru yang akan membentuk tumor baru,” sambung Doktor Faiz.
“Saya masih boleh sembuh ke doc?”
“Kanser ni boleh dicegah jika dikesan dengan lebih awal dan awak bertuah kerana kanser ini masih diperingkat awal. Pada peringkat ini tumor biasanya berada dalam kedudukan yang asal iaitu pada bahagian dalam lapisan usus,” kata-kata Doktor Faiz seakan memberi harapan padanya.
“What should I do doc?” Lemah suara itu bertanya.
“Surgery.”
“Bukan sekarang, doc.”
“Sara, awak tak boleh pandang remeh pada penyakit ni.”
“I know what I’m doing Doktor Faiz. And one more thing, please keep it as a secret,” tegas Sara. Dotor Faiz nampak begitu kesal dengan keputusan Sara. Baginya gadis itu sengaja mencari penyakit yang lebih teruk.
Pintu wad terbuka. Sara yang mengerang kesakitan itu tidak mampu untuk melihat gerangan yang sedang berdiri di hadapan pintu bilik yang terbuka. Airmatanya jatuh berjuraian. Terasa bahunya dipaut erat. Sedaya mungkin dia menghulurkan senyuman. Terdengar suara Shadeeq melaung memanggil nurse dan doctor.
“Hana…”
“I’m okay, abang.” Lemah suara itu berkata-kata. Wajah Shadeeq tidak mampu dipandang.
“I know you’re strong,” bisik Shadeeq. Dia memeluk adiknya itu seerat mungkin.
“Hana sakit, abang.”
“Abang tahu tapi Hana kena kuat. Hana kena lawan sakit Hana tu,” ujar Shadeeq.
“It’s hurt me more, abang.” Menitis airmata Shadeeq mendengar kata-kata Sara itu.
“Just stay strong, sayang. I know you can do it.” Lelaki itu mengesat airmata yang mengalir menuruni pipinya. Doktor Faiz segera mendapatkan Sara. Pelukan kedua beradik itu terlerai. Nurse meminta Shadeeq menunggu di luar bilik wad itu. Lelaki itu akur. Langkahnya longlai menuju ke luar bilik wad itu. Tan Sri Isa yang menunggu dihadapan wad itu bergegas mendapatkan anak sulungnya itu. Dipeluk anak lelakinya itu erat. Doa tidak putus-putus buat Sara.
Sara memandang pemergian abangnya dengan sayu. Rasa menyesal kerana menangguhkan pembedahan yang sepatutnya berjalan enam bulan yang lalu menerpa diri Sara namun semua itu sudah tidak mampu memutarkan waktu. Sakitnya itu sudah menular ke organ yang lain. Sudah tiada apa-apa yang boleh dilakukan lagi. Maafkan Hana, abang. Maafkan Hana, papa.
*****
Aimuni termenung memandang Ariel yang sedang lena di atas sofa. Wajah lelaki itu direnung tanpa jemu. Berasak-asak pertanyaan menerpa mindanya. Siapakah lelaki ini? Keluarganya mana? Kenapa dia menculik aku? Aku terkenal ke sebelum ni sampai dia sanggup culik aku? Takkan dia tak takut kalau aku report kat polis?
Report? Berani ke kau nak report dia, Ai? Rakaman tu still ada dengan dia.
Aimuni mengeluh tanpa sedar. Berbicara dengan diri sendiri sudah menjadi hobinya sejak kebelakangan ini.
Habis tu apa yang aku perlu buat?
Tangannya menggosok pelipis.
Curi handphone dia?
Mata Aimuni bersinar-sinar namun sesaat cuma.
Tak berani. Takutlah!
Aimuni menampar pipinya perlahan. Mahu dia menjadi gila jika lama-lama dikurung di dalam apartment itu bersama lelaki psycho. Mungkin akan berjangkit penyakit lelaki itu.
“Kyra, are you okey? Kenapa tampar pipi tu? Handsome sangat ke saya sampai nak tembus muka saya ni awak tengok?” Soal Ariel yang sedari tadi memerhati gelagat Aimuni dengan berpura-pura tidur. Wajah isterinya itu ternyata terkejut dengan sapaannya yang tiba-tiba itu. Wajah gadis itu memerah.
“Perasan!” Aimuni mengetap bibir menahan rasa geram. Baru semalam dia melancarkan mogok untuk tidak bercakap dengan Ariel kerana lelaki itu memaksa dia mandi bersama-sama namun ternyata mogoknya itu hanya tinggal mogok. Tidak sampai dua puluh empat jam, lelaki itu sudah berjaya membuatnya berbicara.
“Saya tak perasan tapi dah terbukti pun. Kalau saya tak handsome takkan awak pandang saya macam nak makan saya,” balas Ariel dengan nada mengusik. Aimuni mencebik benci.
“Bila kau nak hantar aku balik?” Ariel bingkas bangun dan menapak ke bilik tetamu yang dihuni Aimuni. Gadis itu bergegas mengikuti Ariel dari belakang.
“Awak betul-betul nak balik?” Aimuni secepat kilat mengangguk. Suaminya itu terhenti di hadapan pintu bilik. Wajah Aimuni ditatap dengan pandangan lembut. Aimuni melarikan wajahnya. Jantungnya kembali berlari dengan laju.
“Okey. Saya akan hantar awak balik tapi dengan satu syarat.” Aimuni memandang Ariel kembali.
“Apa?”
“Jangan sesekali lari daripada saya.”
“Aku tak janji.”
“Itu pun kalau awak tak nak video kita tersebar kat internet,” balas Ariel cepat-cepat apabila melihat wajah angkuh Aimuni.
“Mana boleh main ugut-ugut macam tu,” marah Aimuni. Wajahnya memerah. Bengang melihat senyuman yang mula terukir pada wajah Ariel.
“Terpulang pada awak.”
“Okey. Aku ikut syarat kau tu tapi aku nak balik hari ni jugak!”
“Fine. And one more thing, awak jangan pandai-pandai nak tukar nombor handphone tu,” pesan Ariel. Isterinya itu hanya mengangguk dengan wajah bosan. Segera dia mendapatkan beg sandangnya. Baju kurung yang dipakainya waktu dia diculik oleh Ariel dikeluarkan. Baju yang dibelikan oleh Ariel diletakkan di atas katil. Dia tidak mahu mengambil apa-apa yang berkaitan dengan lelaki itu.
“Kau nak mandi ke?” Soal Aimuni apabila melihat Ariel mencapai tuala. Suaminya itu hanya mengangguk laju sebelum…
“Woi, apa ni??” Jerit Aimuni apabila melihat Ariel membuka bajunya tanpa rasa malu dihadapan Aimuni. Ini kali pertama gadis itu melihat Ariel dalam keadaan begitu. Sewaktu mereka mandi bersama, Ariel masih sempurna dengan baju yang dipakainya namun kini lelaki itu begitu berani membuka baju dihadapannya.
“Awak ni spesis tarzan ke?” Soalan selamba Ariel itu membuatkan Aimuni mencerlung ke arah lelaki itu.Sudah tiada rasa malu yang menyerangnya tadi.
“Kau tu yang spesis tarzan. Suka-suki kau je buka baju depan aku. Kau ingat body kau tu macam Kim Jong Kook ke?” Kening Ariel bertaut. Kim Jong Kook?
“Kim Jong Kook? Siapa pulak tu?” Soalan Ariel membuatkan Aimuni terdiam. Wajahnya dipalingkan ke pintu bilik. Ariel yang hanya bertuala itu merapati Aimuni perlahan-lahan. Badan gadis itu diraih dalam pelukannya dari belakang. Terkejut Aimuni dengan tindakan berani Ariel itu.
“Lepaskan akulah!”
“Syhh… Jangan jerit. Nanti saya angkut awak naik atas katil,” ugut Ariel. Gadis itu serta merta terdiam kaku. Ariel tersenyum sinis. Tahu pun takut!
“Nanti mesti awak akan rindukan saya,” teka Ariel.
Aimuni mencebik. Rindu? Heh, jangan nak berangan. Even aku sakit nak mati pun nanti, aku takkan sesekali rindu kau! Kata-kata itu hanya bergema di dalam hati. Badannya dikeraskan. Tiada pergerakan yang berlaku antara mereka berdua. Ariel meletakkan dagunya di atas bahu Aimuni. Tudung yang dipakai gadis itu sedikit sebanyak menghantarkan haruman rambut isterinya itu. I’ll miss this sweet time when you’re here with me, Kyra.
“Kau tak nak pergi mandi ke?” Soalan Aimuni tiba-tiba itu membuatkan pelukan Ariel terlerai. Aimuni menghembuskan nafas lega. Segera dia menjauhi Ariel. Lelaki itu perlahan-lahan menapak ke dalam bilik air.
Aimuni terduduk dibirai katil setelah lelaki itu hilang disebalik daun pintu bilik air. Rindu? Rindu ke aku pada dia nanti? Ah, aku takkan rindukan lelaki psycho tu! Aku belum gila lagi untuk merindui lelaki yang telah menculik aku dan mendera mental aku.
Jangan terlalu yakin, Ai.
Suara hatinya bergema. Aimuni menghela nafas berat. Akan adakah rindu buat lelaki itu? Aimuni bingung sendiri untuk menjawab pertanyaan hati itu. Dia tidak nafikan bahawa dia sudah lali dengan kehadiran lelaki itu dan mungkin juga tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa lelaki itu sudah mula mendapat tempat dihatinya. Namun untuk mengklasifikasikan tentang status lelaki itu dihatinya, Aimuni jadi bingung sendiri. Mungkinkah ini dinamakan cinta? Tapi kenapa mesti lelaki itu? Ah, ini cuma mainan syaitan! Aku tak boleh terjerat!

Kim Jong Kook (Running Man)

p/s : seriously, sy nk mintak maf jika en3 kali ni tak memuaskan sebab en3 ni mmg sy TAK EDIT pun... pasal penyakit kanser usus tu, 100% sy bergantung pd Inche Google.. kalau ada salah, tolong perbetulkn.. Sy xpandai nk buat ayat pasal penyakit2 ni.. huwaaa!! lastly, thanks pada semua yg sudi tunggu tu... enjoy reading, guys!!