Tuesday, 15 October 2013

Kerana Dia Zaujahku Bab 22

Unedited. Selamat Hari Raya Aidiladha. May Allah bless us. :)

"Ada apa?" soal Ulfah sebaik sahaja talian bersambung. Waktu itu dia berada di dalam library dan semestinya perlu menggunakan nada berbisik untuk berbicara.
"Awak ada kat mana ni?" soal Afliq. Terus hilang ucapan salam yang mahu diberikan kepada cik tunang. Mahunya tak terkejut beruk bila dengan suara romantik Ulfah tu.
"Library." Afliq tarik rambut sendiri. Ni yang lemah ni kalau cakap dengan perempuan yang guna suara romantik. Huh, boleh jadi zina hati nanti.
"Boleh keluar kejap tak?" Pinta Afliq. Tak sanggup aku nak dengar suara ala-ala kucing terlekat guli macam tu.
"Yelah. Kejap!" Bergegas Ulfah keluar dari library. Ain hanya mengekori langkah gadis itu dengan ekor matanya. Tak sempat nak bertanya siapa pemanggil itu.
"Hah, ada apa call ni? Tak takut habis duit ke call jarak jauh ni?" suara Ulfah kendengaran menyindir.
"Amboi, suka hatilah. Bukan awak yang bayarkan bil untuk saya," balas Afliq dengan nada sinis. Ulfah mencebik.
"Apa-apa ajelah. Cepatlah bagitahu ada urusan apa sampai sanggup call ni? Macam dah tak boleh nak hantar via facebook aje," gumam Ulfah geram.
Afliq ditanah New Zealand hanya mampu menggelengkan kepala. Macam manalah aku boleh jatuh hati dekat minah aisberg ni? Karang kalau aku sembur lebih-lebih, merajuk pulak nanti. Tak pasal-pasal hilang pengantin perempuan aku.
"Nak tanya ni. Awak dah ada sijil kursus kahwin, kan?" Ulfah mengerutkan dahi.
"Eh, mestilah! Dah tu takkan saya kahwin dengan Faizudin tu pakai sijil SPM kot?" selamba Ulfah menutur kata. Afliq mendengus tidak senang apabila mendengar nama itu disebut oleh cik tunang.
"Yelah! Nak tanya itu aje. Take care."
"Eh, kejap!" Afliq terpinga sesaat apabila mendengar suara Ulfah yang menggunakan nada tinggi itu. Boleh cair tahi telinga aku ni, desis hatinya.
"Apa?"
"Bila nak balik Tanah Melayu?"
"Kenapa? Dah rindu?" Sarkastik suara Afliq kedengaran. Ulfah tergamam.
"Mana ada! Tanya aje."
"Insya-Allah, akhir tahun ni. Ala, dua bulan aje lagi. Tunggu ajelah. Kahwin jugak nanti kalau ada jodoh," selamba badak Afliq berkata. Ulfah dah terkedu. Muka dah memerah. Tak guna!
"Lain yang ditanya, lain yang dijawabnya!" Ujar Ulfah geram. Bilik di Auckland dah bergema dengan tawa Afliq.
"Okeylah. Jaga diri awak tu. Kalau ada apa-apa masalah, minta tolong Ikhwan. Assalamualaikum!" Talian terus diputuskan tanpa sempat Ulfah menjawab salam.
Belum sampai seminit talian diputuskan oleh Afliq, lelaki itu kembali menelefonnya. Teragak-agak Ulfah mahu menjawab panggilan itu. Bukan apa, nanti kalau bercakap lama-lama, lain pula jadinya. Karang tak pasal-pasal minta abah cepatkan tarikh perkahwinan mereka.
Ingat hati aku ni hati batu? Tak boleh jatuh cinta kat dia? Dahlah mamat tu dah lain sekarang ni. Tengok senyuman dia pun boleh buat hati aku nak jatuh ke tanah, ini pula kalau asyik duk berbual dengan dia, dengar suara macho dia tu. Mahu aku yang jadi hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong.
"Ya? Ada apa-apa lagi yang tertinggal?" soalnya dengan suara mendatar.
"Assalamualaikum." Ulfah mendengus geram. Sajalah tu nak kenakan dia!
"Wa'alaikumsalam!" Balasnya sedikit kasar. Afliq tahan gelak di dalam hati.
"Sorry. Jangan marah. Nak tanya. Abah sihat?" Terus hati Ulfah jadi cair. Memang tak jadi dah nak marah-marah pada encik tunang tu. Sekali dengar suara caring encik tunang, terus hilang lava kat hati ni. Macam kena siram dengan bongkah ais.
"Alhamdulillah. Sihat je. Kalau tak ada aral, insya-Allah weekend ni balik kampung." Ulfah menarik nafas berat. Bercakap tentang kampung, ingatannya melayang kepada Khaulah. Mahukah gadis itu jika dia mengajaknya pulang bersama ke kampung?
"Baguslah. Tapi hati-hati. Kalau ada apa-apa, terus call polis," pesan Afliq.
"Insya-Allah, tak ada apa-apalah. Balik kampung aje pun," ujar Ulfah seraya mencebik. Dia pulak yang risau melebih!
"Amboi, riak nampak! Memanglah balik kampung aje, tapi kalau nak jadi apa-apa kat awak tu, tak kira la kat mana pun. Kampung ke bandar ke. Kalau nak jadi, jadi jugak nanti," bebel Afliq.
"Awak janganlah doakan yang bukan-bukan!" Marah Ulfah. Berkerut dahinya. Ada pulak cakap macam tu. Dia tak tahu ke kata-kata tu satu doa?!
"Err... Sorry again. Assalamualaikum!" Terus talian diputuskan. Ulfah jatuh rahang. Mamat ni kena sampuk lagi ke? Cepat-cepat dia menjawab salam Afliq di dalam hati.
Ulfah bergegas masuk ke library kembali. Handphone terus dimatikan. Dia perlu belek-belek kembali nota sebelum menghadapi test kejap lagi. Test penting yang turut mempengaruhi markah final exam nanti. Dan dia mendapatkan result yang tinggi.
"Siapa?" soal Ain dengan suara perlahan sebaik sahaja Ulfah melabuh duduk dihadapannya.
"Tunang. Ada hal sikit." Balas Ulfah. Mata kembali menala ke arah kertas-kertas nota yang dikepil di dalam fail.
"Jauh dia buat panggilan."
"Dia kaya. Mampu. Tak macam saya." Ain tarik sengih. Ulfah langsung tidak mengangkat wajah memandangnya. Khusyuk benar gadis itu menelaah.
"Dah chapter berapa?" Ulfah membelek kertas itu. Segala definisi dihafal dan dihadam. Siapa cakap subjek Law susah? Tak susah pun sebenarnya kalau berjaya menghafal. Tapi yang menjadi susahnya ialah apabila tak ingat semua yang dihafalnya.
"Dua. One more chapter to go. Lepas ni dah boleh masuk kelas and tunggu lecterur masuk. Then, boleh la jawab kertas test tu dengan hati yang lapang," panjang pula jawapan Ulfah. Gadis itu nampak cuak.
"Rileks, Fatma. Bukan Fatma pernah fail pun paper Law tu. Selalunya test dengan kuiz sebelum ni, gempak aje result," ujar Ain. Cuba menenangkan sahabatnya itu.
"Takutlah, Ain. Ni last test untuk kita sebelum final exam tau," ujar Ulfah seraya menayang muka cuak. Memang dia tengah cuak tahap tak ingat. Rasa macam banyak benda lagi yang tak hafal.
"Tak ada apalah. Fokus, insya-Allah boleh buat nanti," pujuk Ain dengan nada lembut. Ulfah angguk.

Keluar sahaja dari pintu dewan, Ulfah tarik senyum selebar mungkin. Rasa puas sebab dapat menjawab dengan yakin dan tenang. Alhamdulillah, Allah mudahkan urusannya. Jawab soalan tadi rasa macam ilmu tu main aci mencurah aje tanpa berhenti. Memang rasa senang sangat. Baca aje soalan, terus dapat fikir jawapan. Ajaib, kan? Kuasa Allah!
“Ni sengih sensorang ni mesti boleh jawab, kan?” tegur Syahdah, classmatenya yang kecil dan comel itu. Kalau tengok saiz, mesti orang akan kata dia tu budak sekolah lagi.
“Alhamdulillah. Adah macam mana? Awal keluar tadi.” Syahdah tarik sengih.
“Biasa-biasa je. Alhamdulillah, boleh je jawab Cuma tak tahulah betul ke tidak jawapan Adah tu,” balas Syahdah seraya tergelak kecil. Ulfah tarik senyum.
“Oh ya, lupa nak tanya. Khaulah macam mana?” Ulfah menggaru pelipis. Nak cakap macam mana ni?
“Alhamdulillah, dah okey sikit. Tak lama lagi dah boleh keluar wad,” jawab Ulfah. Teman sekelasnya itu mengangguk-anggukkan kepala.
“Macam mana dia boleh accident?” soal Syahdah lagi yang langsung tidak tahu menahu tentang kejadian sebenar. Ulfah jadi kelu lidah untuk berkata-kata. Karang kalau silap cakap, jadi berbohong pulak.
“Saya pun tak pastilah macam mana. Orang yang hampir nak langgar dia tu cakap, tiba-tiba aje Khaulah melintas depan kereta dia,” jawab Ulfah. Itu yang dia dengar dari mulut Ikhwan sendiri jadi memang dia tak berbohong.
“Dia ada masalah ke sebenarnya?” soalan Syahdah kali ini benar-benar buat Ulfah terperangkap.
“Nampak sangat ke?” soalan berbalas soalan. Syahdah tarik senyum lantas mengangguk.
“Semua orang perasan kalau tiba-tiba buat perangai berhari-hari tak datang kelas padahal sebelum ni mana pernah Khaulah tu ponteng kelas,” jawab Syahdah.
“Biasalah. Masing-masing ada masalah mereka sendiri.” Hanya itu yang Ulfah mampu cakapkan. Syahdah angguk bersetuju.
“Adah, jom balik kolej,” sampuk satu suara. Ulfah pantas berpaling ke arah batang tubuh Liza yang tinggi itu. Tersengih-sengih gadis itu.
“Tak nak pergi beli makanan dulu ke? Lapar ni. Tadi mana sempat nak breakfast.” Syahdah memandang teman baiknya itu.
“Boleh jugak. Dah pukul 3 petang ni. Eh, jomlah sekali Fatma,” ajak Liza dengan senang hati.
“Tak apalah. Awak berdua pergilah dulu. Saya nak tunggu Ain,” balas Ulfah sopan.
“Okeylah kalau macam tu. Kami gerak dulu ye,” Syahdah melayangkan senyuman buat Ulfah seraya melambaikan tangannya. Ulfah membalas senyuman itu. Langkah Syahdah yang mengekori Liza dipandang sehingga kelibat kedua gadis itu menghilang.
“Hah, usha pakwe mana tu?”  Sergah Ain dari belakang. Ulfah mengurut dada sendiri. Terkejut bukan kepalang dia apabila disergah begitu.
“Ain, apa ni? Terkejut Fatma tau!” Ujarnya geram. Ain menarik sengih nakal. Beg sandangnya yang masih dipegang dizip cepat-cepat.
“Boleh jawab?” soal Ain. Dia bergerak mendekati Ulfah yang berdiri berhampiran tiang besar untuk memberi laluan kepada pelajar kelasnya yang lain.
“Alhamdulillah, boleh. Ain?” Gadis berambut merah itu mengangkat bahu.
“Entah. Macam okey aje tu.”
“Insya-Allah. Semoga Allah mudahkan urusan kita.” Ulfah masih senyum.
“Lepas ni tak ada kelas, kan?” Ulfah angguk. Tak perlu tengok jadual, memang dah terakam kemas kat minda tu.
“Nak pergi mana?” Ain pandang wajah Ulfah. Anak kunci kereta diambil dari poket jeansnya.
“Hospital. Kita solat Zohor kat sana ajelah. Bukan jauh sangat pun nak ke hospital tu.” Ulfah memutuskan begitu. Ain pula berkerut dahi.
“Again?!” Ulfah angguk.
“Kenapa?” Ain menghela nafas berat.
“Tak bosan ke?”
“Kenapa Ain cakap macam tu?” Ain mendahului langkah Ulfah ke arah keretanya. Ulfah sedikit terkejar-kejar menyaingi langkah Ain.
“Dia macam dah tak kenal kita. Kalau kita pergi sana pun, bukan dia nak layan kita. Senyap aje. Kita tanya, dia tak jawab. Rasa macam makhluk asing aje,” jawab Ain dengan riak wajah marah.
“Ain, dia perlukan masa. Bukan senang dia nak hadapi semua ni. Kita sebagai sahabat, kenalah sentiasa memberi sokongan pada dia. Lebih-lebih lagi saat kritikal macam ni,” pujuk Ulfah. Dia memaut bahu Ain. Cuba menyalurkan kekuatan dalam diri gadis itu dan berharap agar Ain memahami kata-katanya.
“Fatma selalu aje lebihkan Khaulah, kan?”
“Ain, Khaulah sahabat Fatma. Sama juga macam Ain. Dua-dua Fatma sayang. Lagipun, Fatma nak mendapat redha Allah apabila bersahabat dengan awak berdua. Ain tau tak dalam persahabatan ni ada tingkat-tingkat dia?” Ain menggeleng. Ulfah tarik senyum. Dia bersandar dipintu kereta Mini Cooper biru milik Ain itu.
“Tingkat yang paling tinggi dalam sesebuah persahabatan adalah melebihkan sahabatnya dari diri sendiri manakala yang paling rendah adalah berlapang dada dengan sahabat.” Ain tekun mendengar.
“Fatma nak persahabatan kita bukan sekadar dengan kata-kata sahaja tapi turut direalitikan dengan perbuatan, sayang,” lembut nada Ulfah.
Ain mengangguk bersetuju. Hatinya tersentuh mendengar kata-kata Ulfah itu. Sungguhlah, jika hati menginginkan kebaikkan maka Allah hantarkan orang-orang yang baik untuk kita.
Deringan handphone Ulfah menarik perhatian mereka berdua. Pantas Ulfah mencapai handphone yang berada di dalam poket beg sandangnya. Nama Iman tertera diskrin handphonenya.
“Wa’alaikusalam. Ya, Iman?” Ain hanya memerhati tingkah sahabatnya itu. Dia kenal Iman dan juga Ikhwan. Itupun sewaktu mereka sama-sama melawat Khaulah tempoh hari.
“Hah? Papa masuk wad? Kenapa?” Wajah Ulfah tampak risau. Ain mengerutkan dahi. Papa? Tentu papa tunang gadis itu kerana setahu Ain, Ulfah memanggil ayahnya dengan panggilan abah.
“Okey. Nanti akak pergi sana.” Sebaik sahaja panggilan ditamatkan, Ulfah pantas meminta Ain menghantarnya ke Hospital Pantai Cheras. Mereka perlu segera ke sana.

“Macam mana dengan papa, ma?” soal Ulfah sebaik sahaja mendapatkan Puan Sri Suria yang sedang menangis itu. Iman disebelah memaut bahu wanita itu. Menyalurkan kekuatan untuk wanita itu.
“Papa tenat, Fatma,” ujar Puan Sri Suria dengan nada sayu.
“Pergilah masuk dalam. Si kembar ada temankan papa,” sampuk Ikhwan yang bersandar di dinding. Wajah itu tampak kusut. Kasihan dia.
“Fatma masuk tengok papa kejap ye, ma.” Puan Sri Suria mengangguk. Ulfah pandang Ain.
“Pergilah masuk. Ain tunggu kat sini aje.” Ulfah pula mengangguk. Meraikan keputusan Ain. Mungkin ada sebab kenapa gadis itu tidak mahu masuk melihat Tan Sri  Adham.
Ulfah perasan wajah Ain nampak terkejut apabila melihat wajah Puan Sri Suria tadi. Dan Ulfah tahu ini bukan masa yang sesuai untuk dia bertanya mengenai perkara itu kepada Ain. Tak apalah. Lain masa, aku akan tanya nanti.
Masuk sahaja ke bilik rawatan peribadi itu, Ulfah terkedu melihat Tan Sri Adham. Tubuh lelaki itu dipenuhi dengan wayar yang berselirat. Dia menggunakan saluran bantuan pernafasan. Dia bergantung pada mesin untuk hidup. Kasihan papa!
Ulfah mendekati Nadihah yang duduk berhadapan dengan Najihah. Bahu gadis itu dipaut kejap. Nadihah panggung kepala memandang Ulfah. Bengkak mata gadis itu akibat menangis. Ulfah pandang pula wajah Najihah. Gadis itu mengenggam tangan papanya erat namun tiada langsung airmata yang keluar. Dia sedang berlagak kuat diluar walhal di dalam hati, Ulfah tahu gadis itu sedang mencuba menahan diri dari menangis dihadapan keluarganya.
“Papa macam tengah tidur aje, kan?” Najihah bersuara. Nadanya lebih kepada berbisik. Ulfah mengangguk.
“Kak, papa akan sembuh, kan?” soal Nadihah. Airmata gadis itu masih lebat mengalir.
“Insya-Allah, sayang. Kita sama-sama doakan papa agar papa cepat sembuh nanti,” ujar Ulfah. Wajah Tan Sri Adham dipandang lama.
Wajah itu persis Afliq. Hidungnya. Bentuk wajahnya. Sikap merendah dirinya. Baru sahaja mereka bertemu minggu lepas di Teratak Ohana. Lelaki itu yang mengajaknya dan abah untuk makan malam bersama keluarganya. Tan Sri Adham nampak sihat saja waktu itu.
Betullah. Kalau Allah nak tarik nikmat sihat tu, sekejap saja. Hari ni sihat aje, siap boleh melompat bergembira tapi bila Allah dah tarik nikmat sihat tu, terbongkanglah atas katil tu. Manusia ni bila dah diberi nikmat, mereka lupa dan tak bersyukur. Lupa bahawa Allah boleh tarik balik nikmat tu. Tak bersyukur langsung dengan kurniaan yang Allah bagi. Bila dah ditarik balik nikmat tu, baru nak terngadah. Hah, masa itulah dahi tu melekat kat sejadah!
Kakak naqibahnya pernah memberitahu Ulfah. Seseorang hamba Allah yang soleh tu, apabila dia diberi nikmat dia akan bersyukur. Apabila nikmat itu ditarik pun dia akan bersyukur juga. Nikmat tu boleh menjadi ujian kelalaian buat manusia. Dan bila kita lalai, Allah akan tegur kita balik dengan didatangkan ujian pada kita. Allah tu Maha Mengetahui lagi Maha Luas Pengetahuan.
“Nanti bila papa dah sedar, Ji nak minta maaf dengan papa. Ji banyak berdosa dengan papa,” rintih Najihah. Airmatanya dah bertakung. Tunggu masa sahaja untuk mengalir namun gadis itu cepat-cepat mengesat airmatanya. Dia tidak mahu airmatanya jatuh walau setitik.
“Di pun sama,” ujar Nadihah pula. Tangan kiri papanya digenggam erat. Najihah yang berada dihadapan kakak kembarnya itu memandang wajah si kakak. Dia tahan diri dari menangis.

Ulfah memeluk Nadihah. Menyalurkan semangat buat gadis itu biarpun dia sendiri masih cuba untuk menasihati diri agar tidak kelihatan lemah dihadapan kedua-dua gadis itu. Ingatannya melayang kepada si tuning yang berada di New Zealand. Bilakah lelaki itu akan pulang? Baru sahaja mereka berbual pagi tadi, petang ini papa pula dimasukkan ke hospital. Takdir Allah, tiada siapa yang mampu menduganya.

Friday, 11 October 2013

Novel Sulung Terbitan Kaki Novel


Assalamualaikum... So, dah tahu atau belum ni? Alhamdulillah, novel sulung akan keluar bulan 11 ini under penerbitan Kaki Novel. Actually, tajuk ni dah banyak bertukar. Memula, tajuk Jodoh Itu Untuk Kita tapi sebab tajuk novel ni nak sama dengan yang Kak Sara Aisha punya, terpaksalah tukar jadi Setiaku Untukmu ni.

Saya tak pandai nak promote novel sendiri dan saya tak jamin pun yang novel ni akan memuaskan hati semua orang. Cuma, apa yang saya harapkan adalah segala apa ilmu yang saya kongsikan dan memberi manfaat buat anda, kutiplah. Kalau ada yang kurang, mohon maaf sebab saya hanya main aci terjun aje tulis novel ni. Tak guna pun piawaian and rules Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka.

Boleh la intai-intai novel ni di website Penerbitan Kaki Novel. Nak booking dengan saya pun boleh. Hehe. Insya-Allah, akan ada free gift untuk anda yang booking direct dengan saya tapi free gift tu tak mahal laa.. Biasa-biasa aje. ;) Boleh pm saya difacebook atau emelkan ke sueisma92@yahoo.com.

Akhir kata, terima kasih untuk mereka-mereka yang memberi sokongan dan dorongan buat saya. Terima kasih kepada semua yang follow cerita cinta antara Ariel dan Aimuni selama ini. Terima kasih juga buat mereka yang bermurah hati dan jiwa berkongsi idea serta pandangan dalam usaha saya menyiapkan manuskrip novel ni. Thanks a lot! :) You guys are owesome!

Sinopsis

Demi cinta, manusia sanggup melakukan apa sahaja. Kerana cinta, kesetiaan dilafazkan dan kerana cinta juga perpisahan terjadi antara mereka. Aimuni hilang ingatan apabila terlibat dengan kemalangan bersama Ariel setelah beberapa jam sah menjadi isteri lelaki itu. Mereka terpisah jauh dan Ariel hampir kehilangan pedoman hidup kerana kehilangan isteri tercinta. Addi pula cuba menyalurkan semangat buat sahabatnya. Ariel bangkit demi untuk hidupnya dan Aimuni. Dia perlu mencari isteri kesayangannya itu dan ternyata jodoh mereka sangat kuat. Baru sahaja mereka mahu mengecap bahagia, rumah tangga mereka diuji dengan kehadiran orang ketiga.Ariel tersepit di antara sebuah cinta dan permintaan. Jika diberi pilihan, dia hanya mahu setia kepadaAimuni. Jika dia diberi umur yang panjang, dia memilih untuk mati bersama Aimuni. Namun dia sedar, pilihan itu memerlukan sebuah pengorbanan.

p/s : Doakan segalanya berjalan lancar yeee... :)

Saturday, 28 September 2013

Kerana Dia Zaujahku Bab 21

Unedited. Cik writer akan bercuti menulis Kerana Dia Zaujahku buat beberapa hari so, sila rindukan Afma ye... :) May Allah bless you, guys!

Khaulah menunduk. Airmatanya semakin lebat mengalir. Tangannya meramas selimut putih itu kuat. Dia mengandung? Kata-kata doktor masih terngiang-ngiang ditelinga. Dia sendiri tidak tahu reaksi apa yang perlu dia tunjukkan dihadapan doktor tadi. Gembira?
“Khaulah!” Wajah Ulfah terjengul dibalik pintu dengan senyuman. Ain dan Ikhwan mengekori dari belakang.
“Fatma…” Khaulah menarik Ulfah ke dalam pelukannya. Teresak-esak gadis itu menangis.
“Hey, kenapa menangis ni? You should be happy! Khaulah dah pregnant. Congrats, sayang!” Ucap Ulfah tanpa mengetahui hakikat sebenar.
Peritnya terasa hanya Khaulah yang tahu. Sakitnya hanya Khaulah yang rasa. Jika diikutkan hati, mahu sahaja dia menumbuk perutnya saat itu. Dia tidak mahukan anak itu. Anak yang lahir dari hasil hubungan haram!
“A’a. Khaulah ni menangis pulak. Kami yang sepatutnya menangis tau sebab Khaulah tak bagitahu kitorang yang Khaulah dah kahwin,” sampuk Ain.
Ikhwan hanya diam membisu. Masih terkejut dengan berita yang didengarinya dari doktor. Kata doktor, ada kesan lebam pada lengan gadis itu dan memaksa Ikhwan membuat pengakuan sama ada lelaki itu ada membelasah ‘isteri’nya itu. Mahu tercekik Ikhwan mendengarnya. Punyalah dia pencinta wanita, boleh pulak doktor tuduh dia macam tu. Kurang asam punya doktor!
Akhirnya, Ikhwan buat pengakuan. Dia bukan suami Khaulah. Nasib baiklah Ulfah cepat sampai. Mungkin Khaulah meminta nurse untuk menelefon gadis itu. Terkejut juga dia waktu melihat Ulfah namun selepas itu baru dia tahu bahawa Khaulah itu sahabat Ulfah.
“Khaulah tak kahwin. Tak pernah kahwin.” Khaulah berbisik hiba. Ulfah terlopong. Pelukannya terlerai.
“Khaulah tak pernah kahwin, Fatma! Anak ni anak haram!” Naik satu oktaf suara Khaulah.
Ain terkedu. Ulfah menggeleng tidak percaya. Ikhwan hanya menunduk memandang lantai hospital. Benar tekaannya. Pasti lebam dilengan itu ada kaitan dengan kehamilan Khaulah.
“Don’t tell me that Khaulah buat benda tu sebelum kahwin?” suara Ain mengendur. Sungguh dia terkejut.
Khaulah yang baik itu mengandung. Khaulah yang solat tak pernah tinggal itu mengandung anak luar nikah. Khaulah yang sering membawa Al-Quran kecil ke mana-mana sahaja dia pergi itu mengandung anak haram. Ain terduduk dibirai katil. Apa semua ni?
“What the hell is going on here?” soal Ain dengan wajah merah padam. Terkilan. Ya, sangat terkilan dengan apa yang baru didengarinya itu.
“Ain…” Ulfah menegur. Dia tidak mahu Khaulah terbeban dan makin tertekan dengan penerimaan Ain yang sebegitu. Ulfah percaya pada Khaulah. Tidak mungkin gadis itu sanggup buat perkara-perkara yang dimurkai Allah.
“Bukan salah Khaulah. Bukan salah Khaulah. Along yang paksa. Khaulah tak nak. Dia… Dia paksa Khaulah.” Tangisan Khaulah semakin menjadi-jadi. Langsung tidak dihirau pada Ikhwan yang sedang diam membatu disudut bilik itu.
“Khaulah, bertenang. Ingat Allah, sayang,” pujuk Ulfah.
“Macam mana Khaulah nak bertenang? Hah, macam mana? Macam mana, Fatma? Khaulah banyak buat dosa! Khaulah mengandungkan anak luar nikah, Fatma!” Semakin menjadi-jadi tangisan gadis itu.
“Syhh… Jangan macam tu. Banyakkan bersabar,” Ulfah menarik Khaulah ke dalam pelukannya. Dia pandang Ain sekilas yang sedang menahan marah.
“Fatma, Khaulah tak nak anak ni. Khaulah tak nak anak haram ni. Kenapa Along buat Khaulah macam ni?” Rintih gadis itu. Dia sudah layu di dalam pelukan Ulfah.
“Allah memberi ujian sesuai dengan kadar kemampuan hamba-Nya tu. Khaulah yang ajar Fatma macam tu, kan? Jadi, Khaulah kena kuat. Khaulah kena tabah!” Ulfah memberi motivasi kepada sahabatnya itu.
Khaulah menangis tanpa henti. Wajah-wajah insane yang membuatkan dirinya merana terbayang diruang mata. Hatinya menjadi panas. Sukar untuk melupakan peristiwa pahit itu.
Khaulah menolak Ulfah menjauhinya. Mukanya berubah berang. Matanya meliar memandang ke sekeliling. Ulfah teragak-agak untuk mendekati sahabatnya itu. Ikhwan sudah bersiap siaga untuk menerima sebarang kemungkinan.
“Jantan tu memang jahanam! Aku benci dia. Aku benci jantan tu! Aku nak bunuh dia! Aku nak bunuh anak dia ni!” Jeritan Khaulah bergema dibilik putih itu. Serentak itu dia menumbuk-numbuk perutnya.
“Khaulah!” Jerit Ulfah terkejut. Ain sudah jatuh rahang melihat keadaan Khaulah. Riak wajah gadis itu seperti orang gila. Ain gugup. Tidak pernah dia melihat Khaulah berkelakuan seperti itu. Hilang terus kelembutan gadis itu.
Ikhwan sudah berlari mendapatkan Khaulah. Lengan gadis itu yang berlapik dengan kain baju dipegang erat. Ulfah mahu menghampiri namun dek kerana batang tubuh Ikhwan menjadi penghadang besar, dia kembali mengundur. Membiarkan Ikhwan memegang sahabatnya itu.
“Hey, jangan nak mengarut! Ingat Allah! Mengucap sikit! Anak tu tak salah apa-apa pun,” marah Ikhwan. Mukanya menampakkan riak marah dan bengang.
“Kau tahu apa? Kau tak alami apa yang aku lalui. Kau tak faham!” Jerit Khaulah seperti orang gila. Langsung tidak mempedulikan siapa Ikhwan.
Ain dah berpelukan dengan Ulfah. Rasa takut menerpa ke dalam diri melihat keadaan sahabatnya itu. Sakit yang dirasa oleh Khaulah turut dirasai olehnya dan Ulfah. khaulah semakin tidak terkawal. Kakinya menendang semua benda yang ada berhampiran dengannya. Batang tubuh Ikhwan juga menjadi mangsa.
“Fatma, panggil doktor cepat!” Ujar Ikhwan. Dia tidak mampu untuk terus menahan Khaulah. Silap-silap dia pula yang terpelanting dek kena tending dengan gadis itu.
Ulfah bergegas membuka pintu. Dia melaung memanggil nurse yang kebetulan berjalan melalui bilik itu. Nurse tersebut segera meminta bantuan para doktor. Khaulah diberi suntikan ubat penenang. Gadis itu tampak benar-benar terganggu dengan keadaan dirinya sekarang.

“Macam mana dengan kawan saya, doc?” soal Ulfah dengan wajah cemas. Doktor Mahira menghela nafas berat. Dia pandang wajah Ulfah.
“Dia mengalami tekanan yang berat. Dari ujian yang kami jalankan, kami dapati, dia pernah mengalami peristiwa hitam di mana membuatkan dirinya tidak dapat menerima dirinya sekarang,” jelas Doktor Mahira.
“Maksud doc?” Ain mencelah.
“Maksud saya, dia tidak boleh terima hakikat bahawa dia sedang mengandung sekarang. Mungkin dia pernah dirogol dan semua tu memberi dia tekanan. Ini hanya tekaan saya, mungkin awak tahu apa-apa tentang peristiwa yang dialaminya.” Doktor Mahira kembali memberi penjelasan dengan bahasa mudah.
“Dia perahsia, doc.” Ujar Ulfah dengan nada kesal. Kesal kerana tidak mampu membantu sahabat sendiri. Kesal kerana tidak bersungguh-sungguh untuk membantu sahabatnya itu. Namun, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi dah.
“Saya syorkan, awak cuba berbicara dengan dia tapi tolong jangan beri tekanan pada dia. Bagi dia semangat. Ceriakan dia. Mudah-mudahan, hati dia sedikit sebanyak terawatt nanti,” cadang Doktor Mahira.
“Insya-Allah, doc.” Angguk Ulfah. Fatma takkan biarkan Khaulah bersendirian. Ini janji Fatma!
“Bila dia boleh keluar, doc?” Ikhwan yang sedari tadi hanya menjadi pemerhati tiba-tiba mencelah.
“Insya-Allah dalam masa terdekat ni jika kesihatan dia semakin pulih,” jawab Doktor Mahira sebelum meminta diri. Ikhwan angguk sahaja.
“Wan, thanks!” Ucap Ulfah sebaik sahaja Doktor Mahira berlalu pergi. Ikhwan yang santai bersandar di tepi kerusi tempat menunggu itu kalih pandang ke wajah Ulfah.
“No big deal. Lagipun, saya yang salah. Nanti bil hospital, biar saya yang bayar,” ujar Ikhwan dengan suara mendatar. Ulfah angguk. Cincin yang tersarung dijari, dipusing beberapa kali. Ingatannya melayang ke bumi Auckland. Apa khabar dia di sana?

Afliq membelek gambar sewaktu dia menyertai program Deen Gathering bersama Hazman dan teman-teman yang lain di Lake Tekapo. Tempat tu memang terbaik. Subhanallah. Tak mampu nak digambarkan dengan kata-kata. Indahnya kawasan tu hanya Allah yang tahu. Nasib baiklah mereka pergi waktu awal-awal winter. Kalau tidak, memang tak sanggup la nak keluar dari campervan tu untuk tangkap gambar segala bagai.
Van untuk travel tu memang semua dah lengkap. Ada katil, dapur gas dan keperluan lain. Walaupun hotel atau backpackers ada aje kat pecan kecil dekat dengan Lake Tekapo tu, semua peserta Deen Gathering setuju nak bermalam dalam van aje. Park aje tepi tasik then, tidur aje kat situ. Lebih dekat dengan alam, bak kata Shakirin. Serta merta perbualannya dengan Shakirin terulang tayang.
“Man cakap, kau dah bertunang. Betul ke?” soalan Syakirin atau lebih dikenali dengan nama manjanya Ayin, ketua program mereka sewaktu Afliq bersendirian dipinggir tasik itu menjadi mukaddimah kepada perbualan mereka.
“Alhamdulillah, ya,” jawab Afliq lembut. Ecece, kenapa lembut semacam ni?
“Macam mana?” Soalan Ayin membuatkan Afliq terlopong.
“Apa yang macam mana?” Ayin gelak kecil.
“Maksud aku, macam mana perasaan kau bila dah jadi tunang orang ni?” Afliq tarik senyum. Lebih selesa untuk berbual apabila menggunakan kata ganti nama kau dan aku. Tak adalah kekok sangat. Selalunya kalau berada dikalangan sahabat Hazman, main bantai aje guna ana enta.
“Rasa lain. Entahlah. Kalau dulu, fikir untuk diri aje tapi sekarang kena juga fikir masa depan untuk dua orang. Banyak bezanya. Lain tanggangjawab tu,” jawab Afliq sejujurnya.
“Dah ready nak jadi suami orang?” soalan Ayin buat Afliq rasa tercekik. Dia tayang sengih.
“Insya-Allah. Masih banyak kena belajar.”
“Dah yakin ke?” Afliq dah mula rasa teruji. Mamat ni tanya aku saja-saja atau nak menguji aku?
“Maksud kau apa?” Ayin tersenyum.
“Kahwin ni perlukan keyakinan tau untuk laksanakannya. Kalau kau tak yakin, susah juga nak kahwin tu. Contoh, kau tak yakin tentang rezeki yang Allah bagi lepas kau kahwin nanti, mesti kau ada rasa ragu-ragu nak kahwin, kan?” Afliq diam mencerna ayat Ayin.
“Yakin?” Ayin angguk.
“Ya. Yakin bahawa Allah akan memberi rezeki pada kau. Rezeki ni ada macam-macam cara yang Allah bagi.” Afliq tarik senyum. Pantas dia mengangguk faham.
“Yakin pada Allah, itu yang terbaik. Dalam sesebuah perkahwinan, kepercayaan, keyakinan, persediaan dari segi mental dan fizikal, sikap bertolak ansur. Semuanya kena ada dalam diri. Kalau tidak, kahwin ke mana, bini ke mana nanti,” ujar Ayin dengan nada seloroh.
“Eh, kau dah ambil kursus kahwin ke?” soal Ayin kembali. Afliq garu kepala. Alamak!
“Belum.” Afliq tarik senyum kelat. Ayin dah terlopong.
“Kau biar betul? Nak kahwin tapi kursus kahwin pun tak ambil lagi? Kau ingat kahwin ni main shake hand dengan tok kadi aje ke?” Afliq hanya mampu tersengih melihat wajah terkejut Ayin.
“Man!” Jerit Ayin ke arah Hazman yang baru keluar dari campervan. Lelaki itu digamit mendekati mereka.
“Apa?” soal Hazman. Niatnya untuk berwudhu’ terbantut.
“Nak pergi mana?” soal Ayin.
“Wudhu’. Waktu Dhuha dah ni. Yang lain semua dah get ready nak berjemaah. Korang sibuk pulak bersembang kat sini,” bebel Hazman.
“Ni hah, ada orang kena basuh lepas Dhuha and Mat’surat kejap lagi. Kau tolong join sekaki,” Ayin mengerling ke arah Afliq.
“Oh, itu memang dah termaktub dalam schedule la. Kau tak baca tentatif ke apa ni?” Hazman buat muka geram.
“Lupa la. Eh, jom ambil wudhu’.” Bergegas Ayin menghampiri gigi air. Hazman menggeleng kepala melihat telatah sahabatnya itu.
“Jomlah. Budak-budak dah lama tunggu tu,” ajak Hazman lagi. Afliq angguk. Mereka sama-sama menghampiri gigi air untuk berwudhu’.
Bunyi barang digeledah mengejutka Afliq. Pantas kepala dipanggung memandang ke batang tubuh teman serumahnya. Lelaki anak kelahiran Kedah itu kelihatan cemas. Mungkin sudah lambat untuk ke tempat kerja. Kebanyakkan student di sini akan bekerja part time pada waktu petang.
“Am, hang ada nampak helmet aku ka?” soal Khairy.
“Bukan Johan ke pinjam semalam?” Khairy tepuk dahi sendiri.
“Alamak! Aku lupa. Macam mana ni. Aku dah lewat nak pi kerja ni,” Khairy tergaru-garu kepala sendiri.
“Kau pinjam helmet Fahmy tu dulu. Karang dia balik, aku bagitahu dia,” cadang Afliq. Terus Khairy tersenyum dan mencapai helmet Fahmy.
“Okey. Nanti aku belanja hang maggie malam ni. Habaq dekat Fahmy sekali,” ujar Khairy sebelum bergegas keluar dari rumah sewa itu.
Afliq hanya mampu tersenyum. Ikutkan hati, nak juga dia bekerja secara part time tapi dia masih tiada masa untuk mencari kerja. Hazman pun dah banyak kali ajak dia kerja cuma dia masih belum punya masa untuk menerima pelawaan lelaki itu.
Kadang-kadang dia pelik dengan Hazman. Setiap kali cuti, lelaki itu tidak pernah pulang ke Tanah Melayu. Bila ditanya kenapa, katanya dia mahu berjimat. Kalau asyik ulang alik ke Tanah Melayu dan Auckland aje, mana nak banyak saving dia nanti.

Afliq pun terima aje alasan Hazman tu. Tapi awal-awal dia dah warning. Waktu dia kahwin nanti, Hazman wajib ada. Dia nak kenalkan Hazman dengan bakal isterinya itu. Dia nak bagitahu Ulfah yang Hazmanlah yang banyak membantunya mendekati Allah. Hazman adalah sahabat yang sangat bermakna bagi dirinya selain Ikhwan!

Cantik, kan? Nak ke Ulfah pegi sana dengan Afliq? Hurm...

Thursday, 26 September 2013

Kerana Dia Zaujahku Bab 19

Xde Afliq kali ni. Hanya Ulfah dan sahabat2nya. Em.. Doakan saya agar cepat2 siapkan e-novel Kerana Dia Zaujahku ni yee.. Moga pintu hati terbuka untuk kahwinkan Ulfah dengan Afliq ni. Haha. Stay tuned!

“Fatma dah lama ke kenal tunang Fatma tu?” soalan Khaulah sewaktu mereka sama-sama berehat digazebo itu dibiarkan seketika.
“Tak adalah lama sangat pun,” jawabnya jujur. Kalau bukan sebab peristiwa hitam tu, memang tak akan kenal pun mamat tu. Cumanya, Allah dah rancang perjalanan hidup dia macam tu. Nak tak nak memang kena terima.
“Macam mana Fatma boleh tau yang he’s the one?” soalan Khaulah kali ini membuatkan dahi Ulfah berkerut.
“He’s the one? Maksud Khaulah?” soalan berbalas soalan. Matanya liar memandang ke persekitarannya mencari kelibat Ain.
“Maksud Khaulah, kenapa Fatma terima dia? Betul-betul pasti tentang pilihan Fatma kali ni?” Ulfah terkaku sesaat. Aku salah dengar ke?
“Kenapa Khaulah tanya Fatma macam tu? Kali ni? What do you means by that? Am I had a wrong choice before?” Dada Ulfah berombak kencang. Amarahnya tiba-tiba memuncak. Luka lama berdarah kembali. Teringat tentang Faizudin. Teringat tentang kata-kata lelaki itu. Segalanya masih segar diingatan.
Akui aje, Fatma! You’ve done it before! You’ve choose the wrong person before so why ignore it now? Malu? Atau nak tutup salah sendiri? Kau pernah jadi isteri orang. Dan kau pernah jadi janda. Kau pernah buat dosa. Kau pernah tidur dengan Afliq. Apa lagi yang kau tak pernah buat?!
“Tak… Tak! Khaulah cuma tanya, Fatma yakin ke tunang Fatma tu jodoh Fatma?” teragak-agak Khaulah menutur kata.
Ulfah menahan rasa sendiri. Tenang, Fatma. Ingat, semua yang terjadi tu ujian dari Allah untuk kau. Bukan kau yang minta. Bukan kau yang nak semua tu jadi. Hadapi dengan tenang. Khaulah tak tahu apa-apa.
“Khaulah sendiri pernah bagitahu Fatma. Istikharah adalah jalan terbaik jika kita mahu membuat sesuatu keputusan. Itikharah adalah jalan terbaik untuk kita bila kita tersepit diantara dua pilihan. Istikharah, Khaulah. Fatma tanya Allah. Fatma minta Dia berikan yang terbaik untuk Fatma. And this is the best for me and him, insya-Allah.” Lembut suara Ulfah kedengaran namun getarannya turut terasa.
“Fatma banyak berahsia dengan Khaulah, kan?” Ada sesuatu yang ganjil dari nada Khaulah kali ini. Ulfah tahan nafas sesaat.
“Sebab Khaulah pun banyak berahsia dengan Fatma,” balasnya dengan nada berseloroh. Khaulah tergelak kecil. Tafsir Al-Quran diambil dan ditarik rapat ke dada.
“Banyak perkara yang terjadi pada kita ni bukan atas kehendak dan kerelaan kita, kan?” Ulfah angguk perlahan.
“Ujian dari Dia. Untuk tengok sejauh mana keimanan kita,” ujar Ulfah. Khaulah tarik senyum hambar.
“Kalau biarkan nafsu mengatasi akal, memang dah lama bunuh diri,” kata-kata Khaulah menyentak hati Ulfah. berat benarkah dugaan gadis ini?
“Kenapa nak pilih jalan yang Dia murka kalau jalan yang diredhai-Nya ada?” nada Ulfah masih lembut dan mendatar.
“La tahzan. Rabbuna ma’ana. Jangan sedih. Allah bersama kita. Setiap ujian dan musibah, disitu adanya kasih sayang Allah dan ujian tu pasti akan berakhir,” sambung Ulfah lagi.
Setitik airmata menitis jatuh ke pipi Khaulah. Ulfah mencapai tangan sahabatnya itu. Riak wajah itu tampak benar-benar terluka. Genggaman tangannya begitu erat pada tafsir yang melekat di dadanya.
“Sampai bila?”Rintih Khaulah. Airmata semakin lebat. Segalanya rasa tak tertanggung dek hatinya.
“Khaulah, dengar sini,” Ulfah memegang kedua-dua pipi gadis itu. Khaulah semakin kuat menangis. nasib baiklah tidak ramai pelajar yang lalu lalang digazebo itu.
“Hey, be strong! Jangan lemah macam ni. Mana Khaulah yang kuat? Mana Khaulah yang tabah tu?” Khaulah menggelengkan kepala beberapa kali. Tidak sanggup mendengar nama penuhnya itu. Malunya menggunung.
Khaulah binti Al-Azwar. Dia dinamakan sempena nama serikandi Islam itu. Serikandi Islam yang mahir berpedang dan berkuda. Jika diteliti sirah mujahidah ini, boleh dikatakan bahawa beliau adalah pahlawan muslimat yang paling handal dalam sejarah Islam.
Khaulah Al-Azwar adalah adik kepada Zirar Al-Azwar yang terkenal dengan kehandalannya dimedan perang. Teknik berperang ini telah diajar kepadanya dan Khaulah oleh ayahnya sendiri. Kehandalannya terserlah sewaktu beliau turut menyertai operasi tentera Muslimin untuk menyelamatkan saudaranya iaitu Zirar yang ditawan oleh tentera Rom.
“Fatma, Khaulah tidak sekuat dia. Khaulah tidak setabah dia. Khaulah banyak dosa,” ngongoi Khaulah. Ulfah menarik nafas panjang.
“Khaulah, ingat firman Allah dalam surah Al-Hujurat ayat 13?” Khaulah ditarik ke dalam pelukannya. Gadis itu hanya mengangguk.
“Allah berfirman, sesungguhnya semulia-mulia kamu disisi Allah adalah orang yang lebih takwanya diantara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu). Jangan sedih, Khaulah. Allah melihat pada usaha kita. Jangan putus asa. Bila kita rasa kita berdosa dengan Dia, cepat-cepat bertaubat. Dia Maha Pengampun, sayang,” bisik Ulfah dengan nada tegas.
Surah Al-Hujurat. Naqibah mereka yang mencadangkan agar mereka menghafal surah dan maknanya sekali. Ulfah pula masih terkial-kial untuk menghafal surah itu. Ah, dirinya juga banyak khilaf dan dosa. Semoga Allah menjauhkan dia dari murka Allah.

Kertas-kertas yang bertaburan diatas meja itu disusun cermat. Ulfah yang berada disebelah hanya mendiamkan diri seraya melemparkan pandangan ke belakang bilik kuliah itu. Entah apa yang menarik untuk dilihat pada dinding putih yang tidak bercorak itu.
“Fatma, perasan tak yang Khaulah nampak lain sejak kebelakangan ni?” pertanyaan Ain mengejutkan gadis itu.
“Iya ke? Tak perasan pulak,” balas Ulfah seraya memandang Ain. Kertas yang sudah kemas itu dikepilkan ke dalam fail biru.
“Hari-hari berkepit dengan dia, takkan tak perasan?” Ulfah tarik nafas panjang. Dihembuskan perlahan-lahan.
Siapa yang tak perasan kalau sahabat sendiri dah jauh berubah? Khaulah yang periang, jadi pendiam. Khaulah yang ceria, jadi penyendiri. Usrah pun dah tak hadir. Bila tanya kenapa, langsung tidak dijawab. Gadis itu seperti ada di dunianya sendiri.
“Bagi dia ruang. Mungkin dia tengah ada masalah tu.” Ain pandang Ulfah. Lama.
“Takkan kita nak biarkan aje dia macam tu? Kelas pun tak datang, bila kita tanya aje dia tak jawab. Dia ada masalah besar ke?” Ulfah menggeleng tidak tahu.
“Dia tak pernah pula bercerita tentang masalahnya pada Fatma.”
“Samalah. Dia pun tak pernah cerita pasal masalah dia pada Ain. Selalunya happy aje memanjang. Kalau ada masalah pun, dia boleh handle. Tapi sekarang ni nampak macam dia langsung tak tahu nak handle masalah dia tu,” panjang lebar Ain mengalisa. Ulfah angguk setuju.
“So, apa yang kita nak buat?” soal Ain.
“Kita tengok keadaan dulu. Kalau keadaan dia makin teruk, baru kita ambil tindakan susulan. Harapnya dia tak buat benda-benda bodoh,” ujar Ulfah.
Ain jatuh rahang. Benda bodoh? Takkanlah… Bunuh diri? Oh my! This is ridiculous. Tak mungkin Khaulah sanggup buat benda macam tu. Kalau aku, mungkinlah kot. Kalau Khaulah, rasanya tak. Tapi, mana nak tahu kalau Khaulah tu benar-benar akan buat benda bodoh macam tu.

Ulfah melambai ke arah kedua-dua sahabatnya. Khaulah tarik senyum. Nampak lebih ceria gadis itu. Ain disebelah Khaulah menarik muka masam.
“Ain, Khaulah, miss me already?” Usik Ulfah. Ain mencebik. Khaulah terangguk-angguk.
“Kenapa lambat?” soal Ain tidak senang.
“Sorry. Ada meeting dengan classmate tadi kejap.” Ulfah buat muka comel. Tahu Ain akan cair.
“Tak payah nak tunjuk muka comel depan Ain,” ujar gadis berambut perang itu. Ulfah tergelak kecil. Muka aje nampak brutal si Ain ni tapi hati dia lembut.
“Tak perlu buat, memang dah sedia comel pun. Kan, Khaulah?” Khaulah mencebik lantas tertawa. Ain pula memuncung.
“Jangan nak perasan. Jom, pergi kafe. Lapar ni,” ajak Khaulah. Ulfah pandang gadis berbaju kurung itu. Beberapa hari gadis itu mengasingkan diri dan hari ini nampak bersemangat pula. Muka dah berseri-seri, tidak seperti beberapa hari yang lepas.
“Bukan dah makan sebelum masuk kelas tadi?” Dahi berkerut. Khaulah sengih.
“Lapar,” rengek gadis itu. Ain membetulkan letak rambutnya yang disanggul itu. Ulfah melirik senyuman manis buat Khaulah.
Ulfah dah awal-awal warning Ain. Jangan sesekali bertanya tentang masalah atau apa sahaja kejadian yang berkaitan dengan gadis itu beberapa hari yang lalu. Dia tidak mahu merosakkan mood gadis itu. Dan Ain pula terpaksa akur.
“Okey tapi kena cepat sikit. Fatma nak balik masak untuk abah. Pukul 5 lebih abah dah sampai rumah,” ujar Ulfah.
Khaulah angguk. Faham rutin harian sahabatnya itu malah sangat faham. Tuan Uzair akan balik ke rumah pada pukul 5 petang setiap hari bekerja kecuali hari minggu. Itupun kalau rumah kebajikan tempat dia jadi sukarelawan itu tidak mempunyai apa-apa program.
“Jadi ke balik kampung weekend ni?” soal Ain tiba-tiba. Ulfah mengatur langkah ke kafe seiring dengan kedua-dua temannya itu.
“Insya-Allah, kalau tak ada aral. Abah tu asyik duk rindu kat kampung aje,” jawab Ulfah. Hari-hari Tuan Uzair bercerita tentang kampungnya. Memang dah rindu sangat. Terpaksa juga Ulfah gagahkan diri untuk pulang bersama abahnya.
 “Ain nak ikut ke?” soal Ulfah.
“Boleh ke?” suara itu kedengaran teruja. Ulfah tertawa kecil lantas mengangguk.
“Khaulah?” Soalan tertuju buat Khaulah pula.
Ulfah memilih meja yang agak jauh ke belakang dari kaunter. Kafe sesak dengan pelajar. Ini yang Ulfah paling tidak senang untuk makan dikafe. Rasa rimas dengan keadaan itu.
“It’s okay. Khaulah kena balik Perak. Ada hal,” jawab Khaulah. Beg sandang diletak ke atas meja. Dompet diambil.
“Ain tak nak makan?” Khaulah menyoal. Ain menggeleng.
“Diet.” Balasnya tanpa riak.
“Hari-hari diet Ain ni. Sakit nanti, susah tau!” Ain mencebik mendengar bebelan Ulfah. Dah lali.
“Ala, bukan selalu.” Ain dah memuncung.
“Bukan selalu tapi hari-hari aje? Heh, baguslah tu,” sinis suara Ulfah. Bukan dia nak bercakap sinis dengan Ain tapi gadis yang bernama Ain Najwa itu memang degil. Kena bercakap pakai ayat power baru bergerak sikit hati yang keras tu.
“Fatma ni suka bebelkan Ain tau,” gadis itu dah memuncung.
“Fatma sayangkan Ain sebab tu Fatma bebelkan Ain.” Ulfah melembutkan nada suaranya.
“Yelah. Ain tahu. Setiap hari Ain dengar Fatma cakap macam tu,” ujar Ain. Rambutnya disebak ke belakang. Ulfah melabuh duduk diatas kerusi. Ain ikut duduk berhadapan Ulfah.
“Sayang pada sahabat, kenalah bagitahu. Baru hubungan tu erat.” Ain buat muka bosan. Ulfah hanya menggelengkan kepala. Ain memang degil sangat!
“Ain…” Ain panggung kepala memandang Ulfah.
“Apa?” Ulfah tarik nafas panjang.
“Betul nak pergi kampung Fatma ni?” Ain dah buat muka bahagia. Bersinar-sinar matanya memandang Ulfah.
“Of course!”
“Ada syarat.” Ain tarik muncung. Bersyarat bagai la pulak. Ni macam tak nak Ain pergi aje.
“Nak bagi Ain pergi ke tak ni?” Soal Ain dengan nada merajuk.
“Eh, mestilah. Dengan hati yang terbuka tapi kalau Ain nak pergi, Ain kena ikut syarat Fatma,” Ulfah tayang muka serius.
“Syarat apa?” Ain menyoal kembali dengan muka sememeh.
“Pakai tudung.” Ain jatuh rahang. Gi-la! Pakai tudung? Never!
Khaulah yang baru sampai bersama nasi dan air hanya memandang Ulfah. Dia melabuh duduk disisi Ain. Wajah terkejut Ain dipandang silih berganti dengan Ulfah.
“Kenapa ni?” soal Khaulah.
“Pakai tudung?” Ain menyoal kembali. Khaulah pula yang jatuh rahang. Fatma cari masalah ke cipta masalah ni cakap pasal tudung dengan Ain? Bukan Ulfah tak tahu yang Ain memang dah warning awal-awal, jangan sesekali menyuruhnya bertudung.
“Yup. Cover rambut berkarat Ain tu. Pengsan orang kampung tengok nanti,” jawab Ulfah lembut.

“Lagipun, benda wajib kenalah buat walau terpaksa. Kan, Khaulah?” Ulfah tersengih seraya memandang Khaulah. Gadis itu memaksa bibirnya tersenyum dan mengangguk perlahan-lahan. Ain mendengus marah.