Tuesday, 12 June 2012

Takdir Buat Kita (JIUK) Bab 28

Ni just separuh aje dari bab 28... Hehehe... Kepada yang rindukan Ai n Ariel, bleh la buat permintaan utk bab mana yang anda nak... kita vote ek.. kalau ramai, cik writer akan masukkan bab tu lam blog.. kihkihkih.. mengada aje kan cik writer ni... apa2 pun, layannn jerrr...



Aimuni terasa dirinya diperhatikan namun dia cuba tidak mengendahkan perasaan itu. Langkahnya dipercepatkan ke bahagian parking kereta. Dilihatnya Ariel sedang bersandar di kereta Myvinya sambil memegang handphone. Suaminya itu sedikit ganjil kebelakangan ini. Selalu bersms biarpun bersama dengannya. Jika ditanya Ariel bersms dengan siapa, lelaki itu hanya tersenyum tanpa memberi apa-apa jawapan.
“Bie, jomlah balik,” ajak Aimuni. Ariel memasukkan handphone ke dalam poket seluarnya.
“Dah jumpa ke apa yang Fie nak?” Soal Ariel. Matanya memandang ke arah satu palstik ditangan isterinya.
“Dah. Tapi tak jumpa pewangi yang selalu Fie guna tu,” ujar Aimuni. Dia membuka pintu kereta belakang dan meletakkan plastik itu diatas seat.
“Habis tu Fie beli pewangi jenama apa?” Aimuni menutup pintu kereta dan menghampiri Ariel. Kereta yang lalu-lalang tidak dihiraukan.
“Jenama biasa saja tapi wangi jugak,” jawab Aimuni. Suaminya itu membuka pintu kereta untuk Aimuni. Pantas gadis itu menerobos masuk ke dalam kereta.
“Kita nak balik rumah terus ke ni?” Soal Ariel lagi setelah mendapatkan tempat di seat sebelah isterinya. Tali pinggang dipakai.
“Bie ada nak pergi mana-mana ke?” Aimuni kembali menyoal.
“Tak ada.”
“Balik ajelah. Lagipun Fie nak kemaskan barang-barang kita. Esok kita nak pergi rumah ibu waktu pagi ke petang?” Ariel menghidupkan enjin kereta.
“Pagi sebab petang tu Bie nak pergi melawat tapak projek dengan Addi,” jawab Ariel.
“Cuti-cuti pun nak pergi tengok tapak projek jugak ke?” Ariel tersengih.
“Mestilah, sayang. Kalau tak pergi tengok masa cuti ni, nanti susah nak pergi masa kerja. Lagipun Bie bukan handle satu projek aje. Mama tu sengaja nak dera anak dia ni,” rungut Ariel. Isterinya itu tersenyum.
“Nak Fie tolong ke?” Tawar Aimuni dengan nada seloroh.
“Terima kasih aje. Nanti kerja yang hampir siap jadi makin bertambah pulak kalau Fie tolong,” ujar Ariel dengan nada gurauan. Aimuni tertawa.
“Jangan pandang rendah pada Fie, bakal CEO,” usik Aimuni.
“Lambat lagi nak jadi CEO. Ilmu masih kurang,” kata Ariel seraya menjeling sisi wajah isterinya sekilas sebelum memberi tumpuan kepada pemanduannya.
“Kata-kata tu satu doa. Manalah tahu ada rezeki Bie, muda-muda dah boleh jadi CEO. Ahli lembaga pengarah pun ramai yang kagum dengan kerja Bie,” puji Aimuni.
“Bukan Bie aje tapi Addi sekali. Lagipun Addi lagi banyak pengalaman berbanding Bie,” ujar Ariel dengan nada merendah diri. Signboard ditepi jalan dipandang sekilas. Taman Tamadun Islam. Dah lama tak ke sana, desis hati Ariel.
“Bie, bila kita nak pergi Kampung Cina?” Soalan Aimuni tiba-tiba beralih topik.
“Buat apa nak pergi sana?” Aimuni memuncung.
“Fie nak pergi jugak,” ujar Aimuni tanpa menjawab pertanyaan suaminya itu. Sudah lama dia berniat mahu ke sana namun niatnya masih juga belum terlaksana.
“Ada masa nanti kita pergilah,” janji Ariel. Serentak itu bunyi mesej masuk di handphone Ariel. Suasana sunyi. Ariel sedikit gelisah apabila kedengaran bunyi mesej masuk buat kali kedua.
“Sejak bila Bie pandai bermesej sakan ni?” Soal Aimuni seraya memandang suaminya itu yang cuba berlagak tenang.
“Fie ada call ibu? Dia dah tahu ke kita nak balik ni?” Ariel menyoal isterinya kembali. Aimuni mengerutkan dahi. Rahsia sangat ke tentang mesej tu?
“Ada tapi abah yang angkat. Fie dah bagitahu abah yang kita nak balik esok,” jawab Aimuni dengan perasaan penuh curiga terhadap Ariel. Takkanlah Ariel sudah mula buat perangai sedangkan mereka baru sahaja mahu merasa bahagia berumahtangga dalam erti kata sebenar?
“Baguslah kalau macam tu,” ujar Ariel. Suasana kembali sunyi. Masing-masing melayan perasaan sendiri.
Aimuni membuang pandang ke luar tingkap kereta. Fikirannya bercelaru. Macam-macam prasangka mula menerjah ke minda. Adakah Ariel sudah punya perempuan lain? Kalau tidak kenapa suaminya itu sering bermesej dan selalu merahsiakannya daripada Aimuni? Ah, semua lelaki macam ini ke? Habis madu sepah dibuang!

4 comments:

  1. haaa.. bie mesej dengan sape tu? curangss eks? hehe... dah siap ke manuskrip nye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. bie xcurang... bie setia pada fie sorg jee...

      Delete
  2. auchh.. ariel awak msg sapa 2..ai sabar ye

    ReplyDelete