Sunday, 22 September 2013

Cerpen : Bad Boy



 

 Sorry. Xde cover. Siyes xpandai buat cover. Cerpen ni biasa2 je. Main aci tulis aje. Actually, idea tu mencurah2 cumanya xmasukkan semua laa.. Karang jadi e-novel pulak. So, enjoy reading, guys! :)

Kotak baldu berwarna merah itu diambil sebelum dibuka. Cincin yang berkilau dek terkena cahaya lampu itu dipandang lama. Dia menarik nafas panjang. Semua rasa bercampur aduk. Otak dah makin pening memikir soal itu. Masa yang diberi hanya selama seminggu. Langsung dia tidak diberi pilihan untuk memilih masa sendiri. Nak kahwin pun susah, dah kahwin nanti macam mana? Semuanya main ikut kepala pihak lelaki, habis dia tu apa? Tunggul kayu?
Nak tolak karang, kasihan pada ibunya yang nampak sangat berharap nak berbesan dengan bestfriend dia tu. Lagipun kalau dapat mak mertua macam tu, Airis memang takkan tolak. Cuma, masalah sekarang hanya lelaki itu. Kahwin ni bukan main-main. Nak hidup sampai ke tua. Nak bercinta sampai ke syurga. Apa kelas kahwin cerai semata? Baiklah tak payah kahwin kalau sekadar kahwin hanya untuk suka-suka.
“Airis, menungkan apa tu?” soal ibunya, Cik Nie.
“Ma, Airis rasa macam tak  nak je. Rasa macam nak tolak aje,” adu gadis itu. Kotak baldu itu ditutup kembali dan diserahkan kepada ibunya. Cik Nie mencapai kotak baldu itu dan melabuh duduk dibirai katil bersebelahan dengan anak keduanya itu.
“Pasti?” Airis memuncung.
“Airis Imani, jangan buat keputusan terburu-buru. Kenapa tak istikharah dulu? Minta petunjuk. Minta Allah clearkan apa yang kelam kelabu tu,” nasihat Cik Nie. Kepala Airis diusap penuh kasih.
“Airis takut la, ma. Macam mana kalau betul dia tu jodoh Airis?” gadis itu dah tayang muka sememehnya.
“Say Alhamdulillah la. Kenapa nak takut pulak?” Cik Nie tersengih penuh makna. Faham dengan apa yang dituturkan oleh Airis itu sebenarnya namun dia sengaja buat-buat tidak tahu.
“Oh mama. You know it very well. Tak payah nak berpura-pura tak tahu,” balas Airis dengan muka masam mencuka.
“Well, kalau memang dah jodoh Airis, lari ke hujung benua pun memang akan berjumpa jugak. So, accept it dengan hati terbuka. Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, sayang,” kata Cik Nie.
“Baik ke dia tu?” Bibir dijuihkan. Cik Nie tergelak kecil.
“Kalau dia tak baik, maknanya jodoh dia nanti tak baik jugaklah. Tapi, kalau dia dapat yang baik macam Airis ni, maknanya Allah tengah uji Airis. So, Airis kenalah terima ujian tu dan cabar diri untuk ubah sikap dia lepas kahwin nanti,” pujuk Cik Nie lagi.
“Baik ke Airis ni, ma?” soal Airis pula dengan wajah mendung.
“Baik Airis bila Airis buat apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang Allah larang. Baik Airis bila Airis selalu mendengar kata mama dan ayah. Baik Airis bila Airis sentiasa memaafkan orang walau sebesar mana salah mereka pada Airis,” ujar Cik Nie dengan tulus. Airis sengih.
“Wah, tu macam baik sangat tu, ma. Airis biasa-biasa aje la,” sangkal Airis.
“Airis tetap baik pada mama melainkan kalau Airis melanggar hukum Allah,” perlahan sahaja suara Cik Nie kedengaran dihalwa telinga Airis.
Airis memeluk ibunya itu dengan erat. Apakah mungkin untuknya menerima lelaki itu? Bertahun-tahun mereka terpisah kerana Airis melanjutkan pelajaran ke UiTM Kuala Terengganu, balik aje kampung selepas 3 tahun di Terengganu, terus lelaki itu menghantar rombongan meminangnya. Apa kes? Sudah lupakah lelaki itu tentang sengketa mereka?


“Al-Hafiz!” Jeritan itu mengejutkan Al-Hafiz yang sedang memberi makanan kepada lembu milik ayahnya itu. Dia tahu pemilik suara itu. Kenal benar dengan orangnya. Airis Imani. Gadis rumah sebelah. Anak kedua kepada pasangan Cik Nie dan Acik Am.
“Kau nak apa?” soal Al-Hafiz seraya menayang muka innocent. Gadis yang berbaju t-shirt lengan pendek dan berseluar trak itu menghampiri kandang lembu yang besar mengalahkan stadium Bukit Jalil itu.
“Bak balik buku latihan BI aku!” Matanya mencerlung tajam kepada anak muda dihadapannya itu. Al-Hafiz mencebik sahaja. Wajah gadis itu hanya dikerling.
“Siapa yang ambik buku latihan kau?” Al-Hafiz mencapai rumput hijau yang berlambak di dalam bekas makanan lembu itu dan disuakan ke arah lembu jantan besar itu.
“Kau jangan nak tunjuk muka innocent kau dekat aku. Kalau bukan kau yang ambik, siapa lagi? Hantu?” Meledak tawa Al-Hafiz mendengar kata-kata gadis manis dihadapannya itu.
“Eh, jangan main tuduh aje tau. Kalau bukan aku yang ambik, memang sah la hantu yang ambil tu. Muka kau dengan hantu tu pun tak jauh beza. Mungkin dia ingat kau kawan dia kot,” usik anak muda berumur 17 tahun itu.
“Tapi…” Al-Hafiz pandang wajah anak jiran rumahnya itu dengan wajah nakal. Anak gadis itu pula hanya mengetap bibir menahan geram. Nasib baiklah mamat ni anak Cik Yah dan Acik Mie, kalau tidak dah lama aku lenyek jadi lempeng!
“Hantu tu lagi cun dari kau!” Al-Hafiz berlari menjauhai Airis yang sudah mula mengalirkan airmata itu.
“Al, bagilah balik!” Jeritnya apabila Al-Hafiz semakin menjauhinya. Sempat lagi anak muda itu melemparkan tanah lembik ke arah Airis. Habis kotor baju gadis itu dilumuri tanah lembik.
Namun dia tidak menghiraukan kotoran itu. Buku latihannya lebih penting. Mana mungkin dia bisa ke sekolah hari esok jika buku itu berada pada Al-Hafiz. Pasti Sir John akan memarahinya. Paling kurang pun, dia perlu berdiri diluar bilik darjah sehingga sesi pembelajaran tamat.
Dia tidak mahu begitu! Dia pengawas. Malu jika seorang pengawas yang diberi tugas dan amanah didenda dihadapan pelajar lain. Mana kredibilitinya sebagai pengawas? Mana tanggungjawabnya sebagai salah seorang pelajar terbaik disekolah itu? Ah, memikirkan tentang itu juga sudah membuatnya mahu pengsan.
“Al!” Tanpa sedar, kakinya sudah mengatur langkah mengejar Al-Hafiz. Dia mahukan buku latihannya balik!
Lariannya semakin laju. Setelah dia menghampiri AL-Hafiz, kolar baju lelaki itu ditarik sehingga terdorong ke arahnya. Al-Hafiz rebah menyembam bumi. Airis tercungap-cungap menahan lelah namun tangannya masih kejap memegang kolar baju lelaki itu. Lelaki itu membalikkan badannya mengadap Airis yang menunduk itu.
“Bagi buku latihan aku balik!” Tegas suara gadis itu. Al-Hafiz pula tergelak. Senang benar dia melihat wajah merah padam Airis.
“Give it back or I’ll punch your face!” Wajah serius Airis dipandang lama. Tawa yang tadinya meledak terhenti. Namun senyuman masih terukir diwajah lelaki itu.
“Euww… Takutnya!” provok Al-Hafiz dengan wajah nakal. Airis mengenggam erat buku limanya. Memang kali ini dia nekad. Nak jadi apa pun jadilah. Apa yang pasti, dia mendapat balik buku latihannya.
“Al-Hafiz!” suara Cik Ya kedengaran dibelakang. Airis kaku dengan penumbuk yang tersua dimuka Al-Hafiz.
“Airis Imani!” suara Cik Nie pula menyapa pendengaran. Alamak! Al-Hafiz dah rasa rama-rama bermain perang-perang di dalam perutnya.
“Baby, let him go!” Keras suara Cik Nie memberi amaran. Anak gadisnya itu mengetap bibir geram sebelum perlahan-lahan melepaskan kolar baju Al-Hafiz.
“Al-Hafiz, apa yang awak buat dekat Iman kali ni?” suara Cik Ya pula kedengaran. Terus kaku Al-Hafiz yang terlentang ditanah itu.
“Mana ada Al buat apa-apa, ummi,” anak muda itu memuncung. Airis semakin berang mendengar kata-kata Al-Hafiz.
“Tipu! Al tipu Cik Ya. Dia ambil buku latihan Bahasa Inggeris Airis,” naik satu oktaf suara Airis. Matanya mencerlung tajam ke arah Al-Hafiz.
Cik Ya pening memikir. Cik Nie pula hanya tersengih memandang sahabatnya itu. Sudah biasa sangat dengan pergaduhan anak-anak mereka itu. Sejak dia berpindah balik ke kampung itu, hanya Al-Hafiz yang bisa membuatkan Airis menangis merindui Auckland.
“Al, bagi balik buku latihan Airis,” getar suara Cik Ya menandakan dia sedang marah dan Al-Hafiz memang kecut perut dengan umminya itu.
“Mana ada Al ambik, ummi.” Al-Hafiz mempertahankan dirinya. Wajah Airis dijeling tajam. Mahu aje dia merobek-robek wajah manja gadis itu.
“Al-Hafiz Badri! Jangan nak tipu ummi. Nak bagi buku latihan Airis atau malam ni ummi hantar awak balik rumah atuk dengan opah!” Gertak Cik Ya.
Al-Hafiz dah memuncung. Memang dia jahat dengan Airis. Memang dia suka usik Airis. Memang dia suka tengok Airis menangis sebab dia tapi dia bukan penipu apatah lagi untuk menipu ummi sendiri.
“I swear, ummi. Al tak ambik buku Airis. Dia yang suka tuduh Al macam-macam!” Dada anak muda itu dah berombak kencang. Ikutkan hati, memang dia bagi aje penampar dekat Airis yang muda setahun darinya itu.
“Enough! Pergi balik. Ummi penat la layan kerenah Al macam ni,” ujar Cik Ya.
Airis hanya terdiam memikir. Cik Nie mengusap bahu Cik Ya. Wajah sahabatnya itu merah padam menahan marah. Al-Hafiz pula bangkit berdiri. Disapu segala debu yang melekat dibaju dan seluarnya.
Al-Hafiz mendekati Airis yang sudah mengenggam penumbuk itu. Dia menjeling ke arah Al-Hafiz. Heh, ingat aku takut ke? Setakat samseng macam kau ni, aku tak gentar. Nak cari pasal dengan aku sangatkan, nanti kita tengok siapa yang menang.
“Kau tunggu la turn aku pulak lepas ni,” bisik lelaki itu dengan wajah garang. Airis mengerutkan dahi. Mental ke mamat ni?
“Al-Hafiz, balik! Now!” Naik satu oktaf suara Cik Ya. Bergegas Al-Hafiz melangkah pulang. Nakal-nakal dia pun, arahan ummi tak pernah dilawan. Sejahat-jahatnya pun, segala suruhan umminya diturut tanpa rungutan.
“Ya, jangan berkeras sangat dengan Al tu,” ujar Cik Nie.
“Nie, Ya penat tau. Hari-hari ada aje yang mengadu tentang Al tu. Nie sendiri tengok apa yang dia buat pada Airis. Perangai nakal tu tak pernah berubah!” Balas Cik Ya.
Airis hanya terdiam. Rasa kasihan menyelinap kembali dalam diri buat Al-Hafiz. Ah, tak perlu kasihan kat dia. Memang dia patut pun kena marah dengan Cik Ya. Nakal sangat!

“Al, aku nak jumpa kau kejap,” ujar Airis dengan wajah tebal menahan malu.
Al-Hafiz buat muka selamba. Langsung tidak dipandang Airis yang berdiri dihadapannya itu. Dia santai duduk diatas kerusi sambil mengunyah chewing gum. Airis mengetap bibir menahan geram. Rakan sekelas Al-Hafiz dah berbisik sesama sendiri. Terkejut mungkin apabila melihat Airis ke kelas itu semata-mata mencari Al-Hafiz.
“Bad, awek cun panggil tu. Pergi ajelah,” satu suara sumbang kedengaran. Airis pekakkan telinga.
Bad. Panggilan kawan-kawan untuknya. Al. panggilan keluarga untuknya. Heh, memang sesuai. Kat rumah bukan main lagi baik dengan ummi dan abi dia bila kat sekolah jadi bad boy! Suka menjahanamkan hidup orang!
“Al, please.” Wajah Al-Hafiz dipandang dengan riak tidak senang. Kalau bukan sebab nak minta maaf, memang dia takkan menjejakkan kaki ke kelas Al-Hafiz itu. Apatah lagi sekrang waktu rehat. Tak ramai yang ada dalam kelas 5 Sains tu.
“Kau nak apa?” Kasar Al-Hafiz bertanya. Mukanya didongak memandang wajah Airis.
“Aku… Aku nak minta maaf,” perlahan suara Airis. Darah naik menyerbu ke muka. Malu! Memang dia sangat-sangat malu saat itu. Rasa egonya rendah.
“Apa? Aku tak dengar,” sinis suara Al-Hafiz kedengaran.
“Aku nak minta maaf,” Airis mengulang kembali. Al-Hafiz tayang senyum sinis.
“Guys, korang dengar tak minah ni cakap apa?” suara Al-Hafiz bergema satu bilik darjah itu. Airis memintal hujung tudung sekolahnya yang berwarna biru gelap itu.
“Tak!” Sahut suara nakal rakan-rakan Al-Hafiz. Tawa bergema di dalam kelas 5 Sains itu. Airis pula sudah tidak keruan. Mahu rasanya Airis menangis saat itu.
“Dekatlah sikit. Macam mana nak dengar kalau korang duduk sebatu,” ujar Al-Hafiz. Semakin galak lelaki itu ketawa.
Rakan-rakan lelaki Al-Hafiz mula mengelilingi Airis. Semuanya berbadan sasa dan tinggi membuatkan Airis terhimpit ditengah-tengah. Al-Hafiz bangun berdiri. Dia mendekati Airis yang sudah mula menangis itu. Badan gadis itu nampak menggigil.
“Al, aku nak balik kelas,” suara Airis bergetar. Dadanya berombak kencang. Bau perfume lelaki menusuk ke rongga hidungnya membuatkan gadis itu lemas.
“Ulang balik apa yang kau bagitahu aku tadi. Kawan-kawan aku nak dengar,” bisik Al-Hafiz. Wajahnya didekatkan ke wajah Airis. Desah nafasnya hangat menyentuh kulit pipi Airis.
“Bad, kau jangan macam-macam. Aku report kat cikgu nanti,” suara Hamizah, kawan sekelas Airis kedengaran.
“Kau diam! Kalau kau berani report dekat cikgu, siap kau!” Imran, kawan Al-Hafiz pula menyampuk memberi amaran. Kecut perut Hamizah. Terdiam terus gadis itu.
“Al, ki… Kita bincang kat rumah nanti. Kau tolong lepaskan aku. Waktu rehat dah nak habis ni,” pinta Airis. Airmatanya dikesat seraya menjauhkan wajahnya dari wajah Al-Hafiz namun badannya bersentuhan dengan badan Hakim. Segera dia kembali ke kedudukan asal. Airis benar-benar sudah tersepit!
“Al, please!” Rayu Airis lagi. Airmata kembali mengalir dengan deras.
“Kenapa kau minta maaf dengan aku?” soal Al-Hafiz dengan suara perlahan. Airis semakin rimas. Rakan-rakan Al-Hafiz yang mengelilingi mereka itu semakin lebar tersengih.
“A… Aku tuduh kau ambil buku latihan aku padahal buku tu ada dengan kawan aku, Naim,” jawab Airis. Tangannya menggeletar takut. Dia tidak putus-putus berdoa agar Al-Hafiz tidak melakukan perkara-perkara diluar batasan.
“Buku kau ada dengan Naim tapi kau tuduh aku yang ambil? Lepas tu kau cakap aku ni penipu depan ummi aku. Kau rasa patut ke aku maafkan kau?” Soal Al-Hafiz dengan wajah yang tegang.
Airis dah rasa nak menjerit dengan keadaannya waktu itu. Bau perfume yang pelbagai jenama itu semakin membuatkan kepalanya sakit.  Rakan-rakan Al-Hafiz semakin galak mengusiknya. Ada yang mahu menyentuh dagunya. Ada yang menyentuh bahunya.
“Al, tolonglah!” Naik satu oktaf suara Airis apabila pinggangnya pula dicuit. Dia sudah tidak tahan. Sungguh!
“Tolong apa?” soal Al-Hafiz selamba tanpa menyedari keadaan sebenar Airis. Dia terkaku apabila Airis mendekatinya. Tangan gadis itu melekat didadanya.
“Tolong aku, Al.” Bisik gadis itu dengan tangisan yang semakin menjadi-jadi. Mungkin jika pinggangnya tidak dicuit, dia bias lagi bertahan tapi keadaannya sekarang sudah seperti telur dihujung tanduk. Kalau Al-Hafiz tu benar-benar penjahat, memang dah kena ‘ngap’ Airis waktu itu.
“Guys, apa ni? Aku suruh kau takut-takutkan dia aje, bukan suruh sentuh dia! Blahlah korang!” Marah Al-Hafiz. Tubuh Airis ditarik rapat ke arahnya. Ditolak batang tubuh rakan-rakannya itu.
“Alah, tak luak pun la,” satu suara sumbang menyapa pendengaran Airis. Jijik gadis itu mendengarnya.
“Weh, kau jangan macam-macam. Dengan perempuan lain, kau boleh buat macam tu tapi kalau dengan yang ini, kau jangan main-main,” tegas suara Al-Hafiz memberi amaran.
Airis yang berasa sudah selamat terus menolak pelukan Al-Hafiz dan berlari mendapatkan Hamizah diluar kelas. Teresak-esak dia menangis. Langsung wajah Al-Hafiz tidak dipandang. Semakin benci dia pada lelaki itu. Al-Hafiz pula menghantar pemergian Airis dengan pandangan dan rasa sesal yang menggunung.

“Aku terima nikahnya Airis Imani binti Amran dengan mas kahwinnya…” Dua kali lafaz barulah mereka sah menjadi suami isteri. Tangan diangkat mengaminkan doa. Wajah gadis yang baru sahaja menjadi isterinya itu dikerling.
“Tahniah, Airis. Semoga kekal hingga ke syurga,” bisik Jannah ditelinga si teman baik sewaktu menuntut UiTM Kuala Terengganu itu.
“Thanks, sahabat. Insya-Allah,” bisik Airis kembali dengan dada berombak kencang. tangannya menggigil. Takut!
Si suami mendekatinya dengan senyuman manis. Airis langsung menunduk ke bawah melihat tangannya yang merah berinai itu. Jannah hanya tersenyum melihat gelagat Airis. Sewaktu di Terengganu, gadis itu tidak pernah menyebut tentang lelaki yang bernama Al-Hafiz Badri yang kini sudah menjadi suaminya. Tup tup aje sampai kad kahwin padanya. Gadis itu memang suka benar berahsia!
“Airis, tangan tu meh sini,” ujar Al-Hafiz. Airis panggung kepala.
“Hah?”
“Aku nak sarungkan cincin ni. Kau nak bagi aku sarung cincin ni dekat kaki kau ke?” soal Al-Hafiz dengan nada mendatar seraya mengerling kaki si isteri yang berstokin itu.
“Apa ni?” Marah Airis. Baru aje kahwin, dah buat orang geram!
“Al, behave!” Tegur Acik Mie, merangkap bapa mertua Airis. Bukan dia tidak tahu perangai nakal anak lelaki tunggalnya itu.
“Padan muka!” Bisik Airis dengan senyuman kemenangan.
“Tak payah nak suka sangat. Tunggulah malam ni. Siap kau!” Al-Hafiz mengetap bibir geram. Airis telan airliur. Kelat. Pahit. Alamak! Lupa daa.. Boleh pulak aku pergi buat main dengan mamat ni.
Cincin bersarung dijari manis Airis. Segera gadis itu menyalami Al-Hafiz. Tangan si suami dicium lama. Sempat lelaki itu mengusap kepala Airis. Bibirnya terkumat-kamit membaca doa seraya tangan masih melekat diubun-ubun kepala Airis.
Alhamdulillah, ya Allah. Kau permudahkan urusanku untuk menyunting gadis ini menjadi isteriku. Tabahkan hatiku dalam menjalani tugasku sebagai seorang suami. Janganlah hendaknya hati ini berbelah bagi untuk menerima segala kekurangan isteriku. Redhailah ikatan yang terjalin antara kami.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :
“ Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami-isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir "
- Ar-Rum : Ayat 21

“Abang! Janganlah kacau,” Airis dah memuncung. Suami aku ni laa..
“Mana ada abang kacau sayang. Abang tengok ajelah,” ujar Al-Hafiz dengan sengihan nakal. Airis mengecilkan matanya.
“Abang pergilah kat dapur tu. Makan apa yang ada. Jangan kacau Airis nak buat kerja ni,” rengek Airis. Hari-hari bila tidak bertapa dihospital, suaminya itu melakukan kerja part time dengan jayanya iaitu menganggu Airis berkarya.
“Ala. Abang bosanlah. Sayang tu kalau dah mengadap manuskrip, abang yang handsome ni pun buat macam tak nampak,” rajuk Al-Hafiz. Tergelak Airis mendengar rajuk si suami.
“Handsome ke?” usiknya. Al-Hafiz memuncung.
“Buat main laa.” Airis berhenti menaip. Dipandang wajah suaminya yang sudah memuncung itu. Comel pulak laki aku ni.
Tangan si suami ditarik mendekatinya. Al-Hafiz masih masam mencuka. Seronok pun ada diperlakukan seperti itu. Yelah, masing-masing sibuk dengan kerja mereka. Nak bermanja pun susah. Berhari-hari kena bertapa di hospital, balik aje rumah, si isteri pula sibuk mengadap laptop. Nak melarang pun jadi tak sanggup sebab dah faham sangat dengan ‘cinta hati’ si isteri yang satu itu. Menulis!
Kalau dah mengadap laptopnya, suami lalu depan mata pun boleh tak perasan. Kadang-kadang dia rasa macam dia tu suami kedua Airis pula. Ish, memang geram! Tapi nak buat macam mana. Bila dah kahwin ni kena la saling bertolak ansur dan saling memahami. Bak kata Airis, abang suka apa yang sayang suka dan begitu juga sebaliknya. Baru aman rumahtangga.
“Abang, I’m sorry.” Perlahan suara itu menutur kata maaf. Al-Hafiz masih keras berdiri.
“Abang, tak sayang Airis ke?” Al-Hafiz masih diam.
“Abang, tak nak maafkan Airis?” Tiada respon. Airis dah rasa nak menangis.
“Abang…” Suara dah bunyi seperti kucing tertelan biji guli.
“Sampai hati abang tak nak pedulikan Airis,” ujarnya dengan nada merajuk.
“Siapa yang merajuk sebenarnya ni?” soal Al-Hafiz dengan muka garang. Airis dah memuncung. Buat main laa laki aku ni.
“Abang tu keras hati sangat. Airis minta maaf pun buat tak layan aje,” rajuk Airis lagi. Al-Hafiz dah rasa nak tergelak melihat muncung isterinya itu. Hai, nampak gaya macam aku aje yang kena pujuk katilmate aku ni.
“Sayang, nak aiskrim tak?” soal Al-Hafiz dengan senyuman manja. Airis menjeling cuma. Siapa yang kena pujuk siapa ni?
“Tak nak!”
“Err… Lolipop?” Airis dah rasa nak hantuk kepala ke dinding. Apa punya gaya laki aku memujuk ni?
“Tak nak!”
“Dah tu sayang nak apa?” Al-Hafiz dah nak surrender. Tak reti aku nak memujuk orang ni.
“Nak abang!” Tergelak Airis dengan kata-kata sendiri. Al-Hafiz dah tersenyum nakal. Dicuit hidung si isteri.
“Nakal wife abang ni.”
“Kalau tak nakal, takkan orang tu nak pinang Airis, kan?” Dikenyitkan mata ke arah suaminya.
“Abang pinang sebab dah jatuh sayanglah, bukan sebab sayang tu nakal.” Airis mencebik. Dia bangun berdiri. Ditariknya suami ke birai katil. Masing-masing melipat sila disitu.
“So, bagitau Airis secara detail kenapa abang pinang Airis?”
“Then, Airis kena bagitahu abang dengan detail kenapa masa mula-mula kahwin dulu Airis buat musuh dengan abang. Dah dekat setahun baru ajak abang berdamai?” soalan berbalas soalan. Masing-masing tergelak mengingati cerita lama mereka.
“Lady yang cun first,” sambung suaminya dengan senyuman tersungging dibibir.
“Kenapa Airis buat musuh dengan abang?” Suaminya mengangguk. Airis sengih.
“Sebab Airis takut.” Si suami angkat kening.
“Taku jatuh cinta dengan abang. Yelah, dulu abang tu jahat. Suka kacau Airis. Suka tengok Airis menangis. Macam mana kalau lepas kahwin pun abang macam tu jugak? Tak ke haru tu?” Al-Hafiz mengangguk faham.
“Sampailah Airis jumpa dengan kawan abang yang nama Imran tu. Sekarang dah jadi engineer dah budak tu. Berjaya juga jadi manusia,” ujar Airis.
“Amboi, mengata nampak! Kawan-kawan abang semua bagus apa kecuali si Hamdi tu,” sampuk Al-Hafiz.
“Hamdi? Mamat yang cuit pinggang Airis tu?” Al-Hafiz mengangguk. Teringat pergaduhannya dengan Hamdi selepas dia tahu apa yang lelaki itu buat pada Airis. Mahu patah tangannya menumbuk Hamdi itu. Semuanya kerana seorang Airis Imani.
“Sampai sayang peluk abang tu,” usik Al-Hafiz. Merah padam muka Airis diusik begitu. Memang peristiwa itu tidak pernah hilang dari ingatan. Kerana peristiwa itu, dia langsung tidak bertegur sapa dengan Al-Hafiz sehinggalah lelaki itu melanjutkan pelajaran ke Jordan dalam bidang kedoktoran.
“Abang!” Marah Airis dengan riak malu. Al-Hafiz dah bantai gelak.
“So, apa yang Im cakap dekat sayang sampai sayang boleh terima abang tu?” soal Al-Hafiz.
“Im cerita pasal abang belasah Hamdi. Lepas tu dia cakap abang mengaku sendiri dengan dia yang abang suka dekat Airis waktu abang tolak pinangan adik perempuan Imran,” jawab Airis.
“Aduh, pasal tu pun dia cerita ke?” Airis menarik pipi suaminya geram.
“Kenapa tak cerita dekat Airis pasal orang pinang abang tu?” soalnya geram. Al-Hafiz mengerutkan dahi menahan sakit dipipi dek cubitan si isteri.
“Mana ada chance nak bagitahu. Sayang tu sombong dengan abang. Nasib baik hati abang ni untuk sayang aje. Kalau tidak, tak merasalah sayang jadi wife abang,” ujar Al-Hafiz dengan nada mengusik. Airis mencebik.
“Perasan!” Al-Hafiz menarik batang tubuh isterinya ke dalam pelukan.
“Al-Hafiz Badri hanya cintakan Airis Imani kerana Allah,” bisik lelaki itu. Airis tersenyum senang. Satu sisi suaminya yang dia suka. Lelaki itu pandai membuat hatinya berbunga-bunga.
“Airis Imani pun cintakan Al-Hafiz Badri kerana Allah!” balasnya seraya mengeratkan pelukan antara mereka.
“Sayang…” Panggil Al-Hafiz.
“Em..” Jawab Airis yang masih tenggelam dalam pelukan suaminya.
“Azan Isya’ dah masuk. Jom solat dulu. Lepas ni kita sambung,” bisik Al-Hafiz dengan nada nakal. Airis pantas menjauhkan diri dari suaminya yang sudah tergelak itu.
“Abang! Buat main laa…” Si isteri mengetap bibir geram.
Masing-masing tergelak dengan perlakuan mereka. Ah, bahagianya! Rasa seperti baru kahwin walhal dah hampir setahun lebih mereka mengikat janji itu. Airis yang masih ketawa itu dipandang lama. Terima kasih, sayang kerana percayakan abang. Terima kasih Allah kerana anugerahkan bidadari dunia ini kepadaku. Semoga dia juga bidadariku di sana, insya-Allah.
“Kita bercinta hingga ke syurga ye, Airis?”
“Insya-Allah. Airis pun nak bercinta dengan abang sampai syurga juga.”
“Jangan liat bangun solat malam, ye sayang.”
“Abang pun jangan pernah lelah untuk kejutkan Airis.”
“Selagi Allah izinkan, abang takkan lelah kejutkan sayang untuk berjemaah dengan abang.”
Bercinta, biarlah ke syurga. Bercinta, biarlah kerana Allah.

Friday, 20 September 2013

Kerana Dia Zaujahku Bab 16

Unedited. Again and again. Heh, tak sempat nak mengedit. Sibuk dengan benda lain. Hehe... Enjoy reading, guys!

“Bila balik dari kampung?” soalan Tuan Uzair menyapa pendengaran Afliq yang sedang ralit memandang gambar-gambar sewaktu pertunangan dia dan Ulfah.
“Semalam, abah. Kejap aje duduk kat kampung. Sekadar melawat atuk dengan nenek,” jawab Afliq. Dia panggung kepala memandang Tuan Uzair.
“Mereka sihat?”
“Alhamdulillah, sihat.” Afliq menarik senyum segaris sebelum kembali memandang gambar-gambar di atas meja itu.
Gambar Ulfah sewaktu Puan Sri Suria menyarungkan cincin ditangannya menarik perhatian Afliq. Gadis itu hanya menunduk malu dengan senyuman tersipu-sipu. Nampak cantik sekali gambar itu. Heh, gambar ke tuan yang dalam gambar tu comel?
Astagfirullahalazim! Jaga hati, jaga mata tu, Am! Kau dengan dia baru aje bertunang. Bertunang bukan tiket untuk menghalalkan apa yang haram. Jaga batas-batas pertunangan tu.
“Masa bertunang ni la kau kena jaga betul-betul. Bertunang ni bukan tiket untuk kau usung anak dara orang ke sana ke mari. Masa bertunang ni hanya untuk bertaa’ruf. Untuk kenal tunang kau tu je. Tapi dalam batasan dan landasan yang betul. Jangan main aci terjun aje,” pesanan Hazman terngiang-ngiang ditelinga.
“Abah pun dah rindu dekat kampung tu. Macam manalah Pak Usu kamu handle semua kebun-kebun abah tu?” Tuan Uzair jauh berfikir.
“Insya-Allah, kalau ada peluang abah ajaklah Fatma tu balik sekali-sekala. Am rasa Faizudin pun dah tak berani nak balik kacau Fatma kat kampung,” usul Afliq.
“Yelah. Nanti abah bincang dengan Fatma.” Afliq mengoyak senyuman sebelum mengangguk setuju.
“Mana Fatma pulak ni? Bersiap pun dekat setengah jam!” Bebel Tuan Uzair. Afliq tergelak kecil.
“Biasalah, abah. Perempuan. Selagi tak bertempek segala warna kat muka tu, selagi tu dia tak lari dari cermin tu,” kata Afliq dengan tawa yang masih bersisa.
“Ehem. Mengata nampak!” Ulfah yang baru sahaja menapak turun di anak tangga terakhir menyampuk. Dia menjeling Afliq tajam. Sepintas lalu dia memandang ke arah jari jemari Afliq yang lincah menutup kembali album gambar pertunangan mereka. Cincin tunang mereka tersisip kemas dijari lelaki itu.
Heh, tak adanya gambar dia dalam tu. Buat apa sibuk-sibuk nak tengok? Ulfah memuncung. Bertunang pun kena paksa macam ni. Kalau kahwin nanti? Huh, memang kena cuba jatuh cinta dekat mamat ni la nampaknya. Takkan nak kahwin secara terpaksa kot? Tak naklah!
“Dah siap?” soal Afliq sekadar berbasi-basi.
“Dah.” Ulfah menjawab kasar. Tak nampak ke orang dah ready ni? Buta ke apa?
“Jomlah, abah,” ajak Afliq seraya berdiri. Langkahnya diatur menuju ke arah pintu rumah. Tuan Uzair menuruti langkah tunang anaknya itu. Ulfah mencapai kunci rumah dan turut berlalu mendapatkan abahnya dan Afliq.
Tuan Uzair menerobos masuk diseat hadapan. Afliq menunggu Ulfah yang sedang mengunci pintu rumah dan pintu pagar. Usai mengunci pintu pagar, dia bergegas mendapatkan kereta Honda Accord hitam milik Afliq.
“Cik tunang,” panggil Afliq sebelum sempat Ulfah membuka pintu kereta.
“Apa?” soal Ulfah.
“Next time, tolong pakai sandal yang bertutup kalau tak nak pakai stoking. Atleast, kaki tu taklah nampak sangat,” pesan Afliq sebelum terus masuk ke dalam kereta tanpa menunggu Ulfah berkata-kata. Terlopong gadis itu.
Dia baru tegur aku ke? Tegur pasal aurat? Afliq Arham tegur pasal aurat kat aku? Afliq yang suka memaksa tu, tegur pasal aurat? Afliq yang pernah ‘ngap’ aku tu bercakap soal aurat? Okey, ini dah lebih. Hantu Auckland memang dah rasuk mamat tu!
“Cik tunang, nak masuk ke tak nak? Karang kalau saya tinggal, free-free aje awak naik teksi nanti,” teguran Afliq mengejutkan Ulfah. jatuh rahang lagi gadis itu.
Awak? Saya? Huwaa! Apa kena dengan Afliq ni? He’s scary!
“Nak masuklah ni.”
“Nak masuk pun kena berjemput. Ingat dia tu anak raja ke?” Nada Afliq begitu sinis. Hah, ini baru Afliq Arham sebenarnya!

Suasana kampus yang sesak dengan pelajar itu membuatkan Ulfah sedikit rimas. Afliq disebelah Tuan Uzair dipandang sebelum melemparkan pandangan ke arah Tuan Uzair yang sedang khusyuk membaca menu ditangan.
Tak lama lagi dia akan bergelar pelajar. Nasib baiklah Afliq tu bermurah hati nak teman datang mendaftar dikolej ini. Kalau tidak, mahu teraba-raba juga mencari kolej tersebut. Lagipun, dia mendaftarkan diri seminggu lebih lambat dari pelajar lain. Memang bertuahlah sebab tak perlu join minggu ‘penyeksaan’ oleh senior-senior.
“Fatma, nak makan apa?” soal Tuan Uzair apabila melihat anaknya itu termenung memandang persekitaran kafe itu.
“Apa-apa ajelah, abah,” jawab Ulfah. kepala dah naik pening. Pelajar yang baru pulang dari kelas semakin ramai membanjiri kafe itu.
“Awak okey ke tidak ni?” soal Afliq, concern.
“Okey.”
“Sakit kepala ke?” Ulfah angguk. Tuan Uzair hanya memerhati tingkah anak dan bakal menantunya itu.
“Kalau tak selesa nak makan kat sini, kita makan kat luar ajelah. Lagipun, semua dah settle. Boleh, abah?” Afliq pandang Tuan Uzair.
“Abah ikutkan aje. Tak kisah mana-mana pun,” putus Tuan Uzair.
“Awak?” soalan tertuju pula buat cik tunangnya.
“Okey.” Ulfah membalas perlahan.
Afliq membawa mereka ke restoren yang berhampiran dengan kolej itu. Nak drive jauh-jauh, perut dia dah berkeroncong. Breakfast pun dia skip pagi tadi sebab nak datang awal rumah Ulfah. Teruja punya pasal sebab boleh bawa tunang dengan bakal ayah mertua keluar. Heh, memang kau dah parah ni, Am!
“Makan apa?” Wajah tunang dipandang.
“Apa yang best kat sini?” soalan berbalas soalan.
“Nasi.” Selamba Afliq menjawab. Ulfah mengetap bibir geram. Buat main laa…
“Orderlah nasi.” Ulfah membalas.
“Nasi kosong ke?”
“Mana-mana aje yang best.” Ulfah menarik muka masam. Malas nak melayan Afliq yang dah menarik senyum menang.
“Abah, makan nasi ayam nak?” aju Afliq kepada Tuan Uzair pula.
“Abah tak kisah Am yang mana-mana pun. Abah makan aje selagi tekak ni terima,” jawab Tuan Uzair.
“Okey. Then, Am order semua nasi ayam.” Putus Afliq. Menu ditangan ditutup.
“Nak kepak.” Ulfah menyampuk tanpa memandang encik tunang.
Afliq mengangguk. Dipanggil adik waiter dan terus dia order tiga nasi ayam. Untuk air pula, dia main aci terjun aje order teh ais untuk dia dan Ulfah dan teh o ais untuk Tuan Uzair. Tak tanya langsung cik tunang dengan bakal bapa mertua.
“So, bila kelas start?” soal Afliq mahu menghidupkan suasana yang suram.
“Esok dah boleh masuk kelas. Kena settle hal payment tu aje dulu esok,” jawab Ulfah acuh tak acuh. Tuan Uzair disebelah hanya diam membisu.
Tuan Uzair memang tak banyak cakap. Lebih suka memerhati dan mendengar. Kebiasaannya begitulah. Jika ditanya sepatah, sepatah juga dijawab melainkan jika perkara itu mampu menarik minatnya.
“Pergi kelas dengan apa?”
“KTM ada. LRT pun ada. Mana-mana aje asalkan boleh sampai kat kelas,” suara Ulfah kedengaran dingin.
“Ada lesen memandu tak?” Ulfah menggeleng.
“Nanti ambil lesen,” arah Afliq. Cik tunang menjeling tajam. Belum apa-apa dah bagi arahan.
“Weekend nanti kalau tak ada apa-apa program, bawaklah abah balik kampung,” pesan Afliq lagi. Ulfah pandang wajah encik tunangnya itu sebelum memandang si abah yang sedang bermain dengan kunci rumah ditangan.
“Abah nak balik kampung ke?” soal Ulfah.
“Kalau boleh abah nak balik tengok rumah kita tu. Dah berbulan tak balik, Pak Usu Fatma tu sempat ke tidak menjenguk rumah kita,” jawab Tuan Uzair.
“Kalau macam tu, nantilah kita balik. Tapi abah kena janji. Kena balik sini dengan Fatma. Fatma tak nak abah duduk kampung seorang diri,” ujar Ulfah dengan wajah serius. Tuan Uzair hanya tersenyum seraya mengangguk.
Suasana sepi kembali. Hanya kedengaran suara-suara sumbang dari meja sebelah. Afliq sibuk dengan handphone ditangan manakala Ulfah pula hanya memerhati ke sekeliling restoran itu.
“Abah nak ke bilik air kejap.” Tiba-tiba Tuan Uzair bersuara. Ulfah dah rasa tidak senang duduk.
“Err… Lama ke, bah?” soalnya.
“Abah nak qada’ hajat ni.” Ulfah memuncung apabila melihat senyuman nakal abahnya. Afliq pula tergelak kecil.
“Nak ikut boleh?” soal Ulfah lagi. Abahnya dah membuntangkan mata. Afliq jatuh rahang.
“Jangan nak mengarut!” Marah Tuan Uzair seraya berlalu ke kaunter untuk bertanyakan kedudukan tandas.
“Awak ni betul ke tidak?” Giliran Afliq pula menyoal Ulfah. Gadis yang berada dihadapan tempat Tuan Uzair itu hanya menjelingnya tajam sebelum menundukkan kepala memandang alas meja.
“Ulfah Fatimah.”
Senyap tanpa sahutan.
“Awak…”
Kepala diangkat namun mulut masih terkunci rapat.
“Cik tunang tuu. Pekak ye?” Ulfah mendengus. Alangkah indahnya dunia kalau mamat ni bisu!
“Apa?” Ulfah menyoal dengan kasar.
“Saya minta maaf.” Ulfah diam menunggu. Afliq menarik nafas panjang.
“Untuk semua yang saya pernah buat pada awak.” Ulfah mencebik.
“Maaf awak tu boleh ganti balik ke maruah saya?” selamba Ulfah menyoal. Afliq dah pegun mendengar soalan Ulfah itu.
“Memang tak boleh tapi dengan maaf, boleh ubah sakit dihati tu walaupun sikit,” suara Afliq mengendur.
“I might forgive but I’ll never forget.” Mendatar suara Ulfah.
“Terpulang pada awak. Saya tak memaksa awak untuk maafkan saya. Dan saya tak berharap pun awak akan maafkan saya sebab dalam minda dan fikiran awak tu, saya ni budak jahat. Saya dah buat kesalahan besar pada awak. But, I’m sure insya-Allah one fine day, awak akan tahu jugak apa sebenarnya dah jadi antara kita,” Afliq pandang wajah Ulfah yang turut memandangnya itu.
“Apa maksud awa…” Ulfah terdiam apabila Afliq meletakkan tangan dibibir sendiri mengisyaratkan agar gadis itu tidak bersuara. Ulfah mendengus geram.
“Dan satu lagi.” Ulfah mengalihkan pandangannya ke arah sekumpulan gadis yang hanya selang beberapa meja dari mereka. Mahu saja dia mencekik si tunangnya itu.
“Syarat awak tu saya masih tak mampu nak penuhi,” ujar Afliq dengan nada perlahan. Ulfah diam memikir sejenak.
“Syarat apa?” soalnya. Matanya dikalih pandang kembali kepada Afliq.
“Surah An-Nuur. I’ve tried but I can’t, for this time la. Lepas ni insya-Allah, saya boleh hafal surah tu dengan maknanya sekali. Hope awak tak letak syarat tu waktu saya nak shake tangan tok kadi nanti.” Ulfah jatuh rahang.
Dia ambil serius dengan apa yang aku minta? Oh My Allah! Biar betul mamat ni Afliq Arham yang aku kenal? Angin semilir mana yang dah bawa Afliq yang baru ni depan aku?
“Saya ada sesuatu untuk awak,” sambung Afliq tanpa sempat Ulfah berkata-kata.
Lelaki itu mengeluarkan plastik berwarna jingga dari poket jeansnya. Plastik itu diletak ke atas meja dan didorong ke arah Ulfah. Gadis itu pula hanya diam terkaku memandang plastik dihadapannya itu.
“Dalam tu ada earphone dengan MP4. Nanti kalau ada masa free, awak dengarlah. Ada sesuatu yang saya nak sampaikan pada awak,” kata Afliq penuh berharap. Ulfah menelan air liur. Kesat.
He’s different. Dari hari pertama dia bertemu lelaki itu, dia dah rasa aura yang berlainan. Lain sangat dengan Afliq yang dulu. Sampai kadang-kadang Ulfah rasa dia dah jauh ketinggalan. Rasa seperti bumi dengan langit jaraknya dengan Afliq.
Kalau diibaratkan dia boleh capai tangan Afliq yang dulu, memang sekarangnya nak capai pun dah tak boleh. Tangan Afliq pun hilang entah ke mana. Jauh sangat jarak antara mereka. Dan Ulfah Fatimah, macam mana nak dekatkan jarak itu balik? Fikir-fikirlah…

Gadis itu berbaring dengan selesa diatas katil. Bantal diletak dua agar kedudukan kepalanya menjadi tinggi. Novel tebal yang bertajuk Ya Maulana karya Hana Ilhami itu dicapai. Novel romantic + Islamic. Memang boleh buat cair hatinya.
Ulfah berguling membalikkan badan setelah lenguh berbaring mengadap syiling. Bantal diletakkan ke bawah dada. Dia membelek mukasurat seterusnya. Tiba-tiba handphonenya bergetar diatas meja sebelah katil. Pantas dicapai handphone pemberian Afliq itu.
“Assalamualaikum, Di,” salam dihulur setelah talian bersambung.
“Wa’alaikumsalam. Akak, esok ada kelas ke?” soal Nadihah.
“Insya-Allah, ada. Kenapa?”
“Kelas habis pukul berapa?” Ulfah dah berkerut dahi.
“Pukul 2 petang.”
“Okey. Esok akak tunggu kami dekat kampus pukul 2.30 petang.”
“Hah? Buat apa?” soal Ulfah. Novel ditutup setelah ditanda tempat yang dia berhenti dengan penanda buku.
“Keluar. Hujung minggu ni Along dah nak fly. So, kita keluar jalan-jalan satu family. Mama suruh Di call akak. Ajak akak sekali. Abah akak tu nanti Along pergi ambik dekat rumah,” jelas Nadihah dengan suara ceria. Ulfah dah mati kata.
Keluar? Family outing ke ni? Baru aje bertunang kot. Ish, macam-macamlah keluarga Afliq ni. Suka bagi kejutan yang boleh buat jantung aku keluar.
“Insya-Allah.”
“Akak, Along nak cakap ni,” ujar Nadihah dan handphone bertukar tangan. Ulfah terpinga-pinga sebentar.
“Assalamualaikum.” Sapa lelaki itu. Nadihah yang menjadi pemerhati disebelah hanya tersengih.
“Wa’alaikumsalam. Hah, ada apa?” soal Ulfah kasar. Afliq tarik sengih. garangnya tunang aku ni.
“Esok pakai proper sikit. Jangan main aci terjun aje pilih baju yang entah apa-apa. Better pakai baju kurung kot. Nampak lebih sopan. Stokin jangan lupa. Kaki tu aurat. Lengan baju tu jangan main aci sinsing aje. Please, jaga diri tu,” pesan Afliq dengan satu nafas sebelum talian dimatikan. Muka dah memerah apatah lagi dengan sengihan nakal Nadihah.
Ulfah dah jatuh rahang. What the…? Apa kena dengan mamat tu? Kenapa dia macam tu? Terlebih makan ubat atau putus wayar hijau kat dalam kepala dia tu? Baru jadi tunang aku, dah sibuk-sibuk nak condemn pasal pemakaian aku? Hello, boleh baliklah!
Handphone dicampak kembali ke atas meja. Dia mendengus geram. Memang tak suka betul dengan cara Afliq tu. Tapi kalau difikirkan balik, memang betul apa yang Afliq cakap tu. Dia pula jenis main aci terjun aje buat segala benda.
Contoh, kalau pergi mana-mana memang dia tak pakai stokin walhal dah jelas bahawa kaki tu aurat. Bila dah tahu, kena buat. Contoh yang lain, pakai baju lengan panjang memang dah bagus tapi pergi sinsing pula lengan tu sampai nampak lengan padahal lengan tu pun aurat. Bila dah tahu, memang wajib kena buat la. Mana boleh main-main dengan undang-undang Allah.
Firman Allah dalam surah Al-Ahzab ayat 59 yang bermaksud, “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak akan diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.”
Kalau tak nak ikut undang-undang Allah, boleh pergi buat planet sendiri. Tak payan tinggal kat bumi Dia ni. Kalau dah rasa diri tu bagus sangat, tak perlu nak ikut suruhan Allah, pergi cari tempat yang bukan milik Allah. Hah, ada ke? So, masih nak sombong bongkak dengan Allah lagi?
Matanya terpaku pada plastik yang diberi oleh Afliq beberapa hari yang lalu. Sebelum ini memang hatinya langsung tidak tergerak untuk menyelongkar isi plastik itu. Yelah, kalau Ikhwan yang bagi, dia boleh terima lagi sebab dia yakin pasti ada manfaat untuknya tapi kalau Afliq yang bagi, dia sangsi. Apakah bermanfaat untuknya atau bermanfaat pada Afliq.
Plastik itu diambil jua. Dibuang segala macam benda yang ada di dalam plastik kecil itu. Earphone. Mp4. Sehelai kertas A4 berwarna putih bersih. Diatasnya tertulis bait-bait ayat yang agak panjang menggunakan pen dakwat hitam. Kerta A4 itu diambil.
Jika asas perkahwinan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bercerai jika EKONOMI dalam rumahtangga merudum dan MUFLIS.
Jika asas perkahwinan adalah kerana KEPUASAN NAFSU, maka pasangan akan selalu bertengkar jika suasana dibilik tidur tidak memuaskan.
Jika asas perkahwinan kerana KECANTIKAN WAJAH dan tubuh badan, pasangan akan lari apabila rambut beruban, muka kerepot atau badan jadi gendut.
Jika asas perkahwinan kerana ANAK, maka pasangan akan mencari alasan untuk pergi jika hati (anak) tidak hadir.
Jika asas perkahwinan kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.
Jika asas perkahwinan kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal yang lebih baik, tambahan pula manusia yang dicintai pasti mati atau pergi.
Namun,
Jika asas perkahwinan kerana ibadah kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu kekal dan Maha Pemberi Hidup kepada makhluk-Nya. ALLAH mencintai hamba-Nya melebihi seorang ibu mencintai bayinya.
P/s : Copy and paste dari facebook namun ini adalah bisikan hati saya. Mohon dengar lagu yang saya dah sediakan untuk awak.
Ulfah mencapai earphone dan dihubungkan ke MP4. Airmata dah rasa bertakung dimata. Hatinya tersentuh. Benarkah itu Afliq Arham anak Tan Sri Adham? Suara kumpulan In-Team kedengaran. Airmata terus saja mengalir tanpa diseka.
Bagaikan permata dicelahan kaca
Kerdipnya sukar tuk dibezakan
Kepada-Mu Tuhan ku pasrah pilihan
Moga tak tersalah pilihan
Ulfah merebahkan badan ke tilam. Novelnya sudah hilang entah kemana. Suara Suhaimi masih berdendang hebat ditelinganya.
Nur Kasih-Mu mendamai dikalbu
Jernih setulus tadahan doaku
Rahmati daku dan permintaanku
Untuk bertemu di dalam restu
Sejak bila Afliq berubah? Tapi betullah. Hidayah Allah tu bila-bila masa aje Dia akan bagi dan pada sesiapa sahaja yang Dia nak. Siapa aku nak persoalkan tentang perkara itu?
Kurniakan daku serikandi
Penyejuk dimata penawar dihati
Didunia dialah penyeri
Disyurga menanti dia bidadari
Setandingkah aku dengan dia? Sebelum ini dia hanya manusia biasa yang leka dengan nikmat dunia. Dan aku pula hanya manusia yang sering mengambil mudah akan segala hal. Sekarang, dia dah jadi manusia lain. Manusia yang lebih menghargai nikmat hidup. Manusia yang lebih mengenal Tuhannya sedangkan aku? Aku masih begini.
Kasihnya bukan keterpaksaan
Bukan jua kerana keduniaan
Mekar hidup disiram Nur Kasih
Terngiang-ngiang kembali kata-kata Iman sewaktu hari pertunangannya dengan Afliq. Segala kata-kata itu kembali menghantui dirinya sehingga badan menjadi lemah tak bermaya. Airmata masih lebat mengalir menuruni pipi.
“Dalam Al-Quran pun jelas Allah bagitahu. Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Begitu juga sebaliknya. Peribadi kita ni menentukan peribadi jodoh kita nanti, kak. Insya-Allah, semuanya akan baik-baik sahaja. Trust Him. You’ll never get disappointed.”
Ditangan-Mu Tuhan ku sandar impian
Penentu jodoh pertemuan
Seandainya dirinya tercipta untukku
Relaku menjadi miliknya
Lagu masih berkumandang ditelinga. Ulfah mengenggam erat cadar tilam miliknya. Teresak-esak gadis itu menangis. Segalanya membuatkan Ulfah bingung sendiri. Jika benar Afliq itu jodohnya, setulus hati dia merelakan dirinya untuk menjadi milik lelaki itu. Tapi, apakah dia pantas untuk lelaki itu?

Wake up, Fatma! Jangan lemah macam ni. Kalau Afliq boleh berubah, kenapa kau tidak? Kalau Afliq boleh tinggalkan segala perangai buruk dia, kenapa kau tidak? Segalanya bergantung pada diri kau. Allah takkan ubah nasib kau kalau kau sendiri yang tak ubah. Kuatkan semangat, teguhkan tekad! Semoga Allah redha.