Sunday, 15 September 2013

Kerana Dia Zaujahku Bab 14

Unedited again! Yeah, sorry for that. :) May Allah bless us.

Afliq mengirai rambut basahnya ke belakang. Rasa segar selepas mandi. Dan rasa lebih bahagia bila dapat balik ke rumah serta menghuni bilik sendiri yang dah berbulan-bulan kena tinggal. Rasa lega sesangat juga sebab dapat bersua muka dengan adik-adik berduanya itu serta papa dan mama. Dengan buah hati?
Afliq mencapai tuala. Rambut basahnya dikeringkan buat kali kedua. Bercakap soal buah hati, dia sendiri tidak tahu khabar gadis itu. Berbulan-bulan juga dia menyepi. Bukan sengaja nak menyepi tapi dia sedang mengurus diri waktu itu.
Sedang memantapkan diri sendiri jadi, dia tidak mahu memberi hatinya beban. Beban merindu pada orang yang masih belum halal buatnya. Bak kata Hazman, sila bagi nafsu tu berpuasa dulu. Nanti time berbuka, baru terasa nikmatnya!
“Along!” Ketukan dipintu kedengaran bertalu-talu.
“Ya? Kejap!” Tuala dicampak ke atas katil. Bergegas dia mendapatkan pintu dan tombol dipulas. Daun pintu ditarik.
“Ada apa, Ji?” soal Afliq.
“Papa panggil.” Berkerut dahi Afliq.
“Ada apa?” Najihah menggeleng kepala tidak tahu.
“Okey. Kejap lagi Along turun.” Najihah angguk dan berlari turun ke ruang tamu kembali.
“Along mana?” Puan Sri Suria menyoal sebaik sahaja wajah anak bongsunya itu menyapa pandangan.
“On the way.” Najihah melabuh duduk disebelah kembarnya.
“Kenapa papa minta kita berkumpul?” bisik Nadihah.
“Entahlah. Bincang pasal vacation kot.” Najihah tayang sengih. Nadihah mencebik. Tak habis-habis dengan vacation.
Afliq mendapatkan keluarganya yang sudah berkumpul diruang tamu. Jarang Tan Sri Adham mengumpulkan keluarganya pada pagi hujung minggu kecuali kalau ada perkara penting untuk dibincangkan.
“Assalamualaikum,” sapa Afliq.
“Wa’alaikumsalam,” jawab kembar dengan bersemangat. Afliq tayang sengih dan mengusap kedua-dua kepala si adik kembarnya itu. Puan Sri Suria menjawab salam di dalam hati.
“Have a sit, Am,” ujar Tan Sri Adham.
Afliq melabuh duduk diatas sofa berhadapan papanya. Wajah lelaki nampak sedikit tidak bermaya. Mungkin penat dengan kerja yang tak pernah habis. Afliq kalih pandang pada mama tirinya. Wanita itu nampak lebih tenang.
“What is it, pa?” soal Afliq.
“It’s about you.” Afliq dah mengerutkan dahi. Puan Sri Suria hanya mengangguk, mengiakan kata-kata suaminya.
“Kenapa dengan Along, pa?” sampuk Nadihah pantas.
“Di, dengar dulu apa yang papa nak cakap. Jangan menyampuk,” tegur Puan Sri Suria. Nadihah memuncung namun diangguk jua. Sedar salah sendiri.
“Kenapa dengan Am, pa? Am ada buat papa sakit hati ke? Am minta maaf kalau Am ada sakitkan hati papa dengan mama,” pinta Afliq dengan nada sebak.
Dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Cukuplah dahulu dia sudah banyak buat papa menangis dengan perangainya. Memang papanya tidak pernah tunjuk tapi Afliq tahu. Tuan Sri Adham ni kat luar aje tegas, garang tapi hati dia lembut. Mudah tersentuh.
Lagipun, perangai nakalnya dulu tu terjadi sebab bencikan papa yang madukan ibunya. Namun rasa saying tidak pernah hilang buat papa tersayangnya itu. Dalam benci ada sayang. Kerana itu dia tidak pernah mengasari mama tirinya. Mungkin dia buat musuh dengan Tan Sri Adham tapi dia tidak mungkin mengasari Puan Sri Suria. Dia bukan jenis lelaki seperti itu.
“Am dah ada calon ke?” suara Tan Sri Adham sedikit mengendur. Afliq dah jatuh rahang. Papa sedang bertanya soal calon padanya?
“Err… Calon apa, pa?” Afliq bingung.
“Calon isteri la, sayang,” jawab Puan Sri Suria lantas tergelak kecil. Suaminya disebelah menunjukkan wajah tidak beriak.
“Isteri?” Afliq menggaru kepala. Baru jejak Tanah Melayu, dah kena soal tentang calon? Apa kes ni?
Baru aje buat usrah pencerahan pasal baitul muslim waktu dekat program Deen Gathering, alih-alih balik aje sini terus kena macam ni? Allah, petandakah ini? Eleh, Am. Cakap ajelah kau memang nak pun macam ni. Hari-hari duk tadah tangan berdoa sebut nama Ulfah Fatimah tu apa kes?
Solat sunat Istikharah yang kau buat seminggu berturut-turut tu apa kes pulak? Itupun beria-ia kau minta Hazman ajarkan kau untuk solat Istikharah. Nak berdalih lagi dengan rasa hati ke?
“Wah, papa nak carikan untuk Along ke?” celah Najihah pula dengan nada teruja. Afliq kembali ke dunia nyata.
“Allah tahu saat bila kau bersedia untuk pikul tanggungjawab sebagai suami, Am. Tengok macam aku ni. Umur dah 25 tahun tapi sampai sekarang tak kahwin lagi. Kenapa? Sebab Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk aku. Apa yang terbaik untuk kau. He knows everything.” Ujar Hazman.
Betullah tu. Semua Allah tahu. Siapa jodoh kita? Bila kita akan kahwin? Semua tu dalam perancangan Allah. Dia merancang dan kita pun merancang tapi apa yang dirancang-Nya adalah yang terbaik untuk kita.
“Kalau Am tak ada lagi, papa nak suggestkan anak Uncle Mawi tu. Papa tengok anak dia pun bagus,” ujar Tan Sri Adham tanpa berselindung.
Afliq menggaru kepala sendiri. Hah, sudah! Nak tolak macam mana ni? Anak Uncle Asmawi tu? Memang dia baik tapi mungkin bukan untuk aku. Tapi kalau aku tolak, papa terluka tak nanti dengan penolakan aku? Bukan senang papa nak berbincang something yang serius dengan aku secara face to face macam ni.
“Macam mana Am?” soal Tan Sri Adham lagi apabila melihat si anak masih mematung.
“Err… Am dah ada pilihan, pa.” Nada suara Afliq mengendur. Lemah bunyinya. Najihah dah melayang senyuman buat Nadihah. Si kakak membalas dengan kenyitan mata. Puan Sri Suria hanya tersenyum.
“Siapa?” Afliq terasa dihempap batu. Papa tanya siapa? Aduh, macam mana ni? Si kecik tu belum tentu lagi nak terima aku sebagai suami dia. Takkan aku nak mention nama dia dekat papa?
“Am?” Tan Sri Adham memandang si anak dengan wajah yang menunggu jawapan.
“Kenapa kita cakap pasal ni, pa?” Afliq menyoal kembali.
“Sebab anak papa dah besar.” Selamba Tan Sri Adham menjawab. Jatuh rahang lagi Afliq kali ini. Apa kena dengan papa ni? Kena rasuk ke? Tak pernah-pernah macam ni, hari ni pulak tiba-tiba seperti kena sampuk.
“Pa, jujur dengan Am. Apa semua ni?” Tan Sri Adham menarik nafas panjang. Muka dah berubah riak. Puan Sri Suria mengenggam tangan suaminya erat. Memberi kekuatan.
“Papa nak Am kahwin.” Afliq menelan airliur. Pahit. Berpasir.
“Secepat mungkin.”

 Ulfah Fatimah menarik nafas panjang sebelum menghembuskan nafasnya dengan perlahan-lahan. Dadanya berkencang hebat. Terasa lambat masa berlalu. Sesekali dia mengerling memandang jam dinding yang dirasakan bergerak begitu perlahan. Dah gaya macam kura-kura berjalan saja.
Kelibat Tuan Uzair yang masuk ke dapur langsung tidak diendahkan. Dah rasa macam otak tengah tepu. Tak dapat nak fikir dengan baik. Jika nak dibandingkan dengan soalan Addmaths yang killer macam nak mati tu, memang sekarang ni dia dah rasa separuh mati.
“Fatma, kenapa tak matikan suis heater ni?” Laungan Tuan Uzair dari dapur mengejutkan Ulfah.
“Fatma lupa, abah,” balasnya. Bergegas dia berjalan ke dapur.
“Sorry.” Ujarnya seraya menutup suis heater. Air dah panas. Hanya tunggu mengacau air dengan gula dan tambah perisa air. Then, siap!
Siap untuk dibawa ke ruang tamu. Siap untuk dihidang kepada tetamu yang bakal bertandang ke rumah mereka. Tetamu yang pertama kalinya datang ke rumah. Dan antara tetamu yang datang itu adalah dia yang sudah lama tidak Ulfah temui.
“Fatma okey ke tidak ni?”
“Okey, abah. Alhamdulillah.” Tuan Uzair mendekati si anak. Tangannya naik menjamah dahi.
“Fatma demam ni.” Mendatar suara itu.
“Eh, mana ada abah!” Tangan gadis itu mengambil tempat tangan abahnya di dahi sendiri. Mana ada panas pun!
“Demam rindu!” Usik Tuan Uzair lalu pantas mengatur langkah ke ruang tamu dengan tawa yang panjang.
“Abah!” Jerit Ulfah dengan wajah tidak berpuas hati. Pandai pulak usik orang sejak duduk KL ni ye.
“Bancuhlah air tu. Kejap lagi sampailah menantu abah ni,” Tuan Uzair melaung pula dari ruang tamu. Rumah ni dah jadi macam rumah tarzan dah gayanya.
“Alright, abah!” balas Ulfah dengan senyuman tersungging dibibir.
Menantu? Yup! Menantu kesayangan abah katanya. Heh, sayanglah sangat dekat mamat perasan handsome tu. Nak kata abahnya itu rapat dengan menantu pilihan Tuan Uzair itu, Ulfah rasa tidak. Tak pernah lagi dia tengok Tuan Uzair duk bergurau senda dengan lelaki itu dihadapannya. Heh, gila kau nak bergurau senda? Ingat mamat tu budak kecik ke?
Ulfah membancuh air teh o ais untuk tetamunya. Ketul-ketul ais kiub itu dimasukkan ke dalam jag. Dikacau beberapa kali sebelum mencapai dulang. Gelas kaca disusun atur ke atas dulang dengan cermat. Jag air diambil dan turut diletakkan ke atas dulang bersama gelas kaca itu.
Setelah berpuas hati, dia mendapatkan abahnya diruang tamu yang sedang santai membaca suratkhabar. Dia duduk berhadapan dengan Tuan Uzair. Lelaki separuh umur itu melipat kembali suratkhabar yang terbuka itu dengan cermat.
“Takut?” soalnya. Memahami gelodak rasa dihati si anak. Ulfah angguk.
“Jangan risaulah. Tak ada apa tu. Mereka datang nak merisik aje, bukan kahwin terus,” ujar Tuan Uzair menenangkan hati si anak.
“Abah, Fatma rindu abang.” Tuan Uzair terpaku sejenak.
“Dah lama Fatma tak jumpa Abang Syamil.” Tuan Uzair masih diam tidak berkutik.
“Abah tak rindu abang ke?” soal Ulfah seraya memandang wajah tua yang sudah berkedut seribu dihadapannya itu.
“Tipulah kalau abah kata abah tak rindu Syamil.” Perlahan suara itu. Ulfah mula mengukir senyuman. Adakah abah sudah maafkan abang?
“Fatma ajak abang Syamil balik boleh, abah?” Bersinar-sinar mata gadis itu.
Perlahan-lahan Tuan Uzair mengangguk. Dia mendepakan tangan. Ulfah mendapatkan Tuan Uzair. Lelaki itu menarik Ulfah ke dalam pelukan. Dia sudah tua. Dia perlukan anak-anak disisinya.
Bertahun-tahun dia kehilangan anak lelaki yang pergi membawa diri kerana kemarahannya. Dan dia perlu betulkan semuanya kembali. Dia mahu anak-anaknya ada disaat nyawanya bercerai dari badan.
“Thanks, abah. Fatma sayang abah sangat!” ucap Ulfah sepenuh hati.
“Abah tahu. Abah tahu,” ulang Tuan Uzair.
Jika ditukarkan Ulfah dengan intan permata, Ulfah tetap menjadi pilihannya. Jika ditawar dengan emas setinggi gunung, Ulfah tetap menjadi keutamaannya. Tidak terhitung rasa sayang kepada anak bongsunya itu. Anak harapannya. Anak kesayangannya.
Bunyi kereta masuk ke garaj mengejutkan mereka berdua. Pelukan terlerai. Ulfah mengesat airmatanya dan bingkas berdiri. Tuan Uzair turut berdiri dan berlalu ke pintu untuk membuka pintu rumah. Ulfah menarik nafas panjang. Dadanya kembali berombak ganas. Ya Allah, permudahkan segalanya.
“Assalamualaikum, pakcik!” Nada teruja Najihah dan Nadihah menyapa pendengaran Ulfah. Sampai jugak si kembar ni. Matanya melilau mencari kelibat Iman dan Ikhwan.
“Akak!” Iman pula teruja mendapatkan Ulfah yang sedang bersalaman dengan si kembar.
“Berdebar?” Usik Iman. Satu cubitan hinggap dipipi gadis manis bertudung labuh warna putih itu.
“Abang Iman mana?” soal Ulfah. Tangannya dah rasa sejuk membeku.
“Ada kat luar dengan papa,” Nadihah tolong jawabkan.
“Takkan dia nak masuk jugak, kak? Bukan adat merisik dan meminang ni orang lelaki kena tunggu kat luar ke?” Najihah pula menyoal dengan kerutan dahi.
Ulfah menggeleng tidak tahu. Dia menarik ketiga-tiga anak gadis itu ke dapur untuk menolongnya. Tidak sanggup mahu memandang tetamu yang sedang masuk memenuhi ruang tamu rumah itu.
“Ramai ke yang datang?” soal Ulfah.
“Ramai jugak. Abang tu beria-ia nak jemput orang. Baru datang merisik aje kot,” ujar Iman.
“Alah, kalau semua okey terus tunang tau. Akak dah ready belum ni?” Najihah bertanya. Tangannya ligat menyusun segala jenis biskut untuk dihidangkan kepada tetamu.
“Akak takutlah.” Ulfah buat muka nak menangis.
“Nak takut apa? Mana ada hantu kat luar tu. Semua manusia, handsome-handsome pula tu. Kawan-kawan abang Wan aje yang ramai tu,” pujuk Iman berusaha menenangkan hati Ulfah.
“Ji, Iman, jom bawak air ke depan. Akak ikut aje kami. Tak payah bawak apa-apa. Hari ni kami nak tunjuk kegadisan melayu kami. Mana tau ‘melekat’ ke seorang dua. Boleh naik pelamin dengan akak sekali,” Nadihah tayang sengih nakal.
“Gatal Di ni,” usik Iman.
“Bukan gatal tapi nak kahwin ikut sunnah la.” Nadihah mengenyitkan matanya.
“Dah. Bawak air dulu ke depan. Nanti kita bincang balik pasal ni. Bukak forum baitul muslim ke nanti,” sampuk Najihah.
“Hah, Iman setuju!”
Mereka tertawa kecuali Ulfah yang masih pucat tidak berdarah. Relax, Fatma. Kau keluar aje. Jumpa mama lepas tu salam dengan dia. Kalau rasa malu sangat, terus lari masuk dapur. But, watch your step!
Ulfah berjalan menunduk dibelakang ketiga-tiga gadis itu. Sesekali dia panggung kepala mencari kelibat Ikhwan. Mana pulak mamat ni pergi? Tak masuk sekali ke? Mata liarnya yang tadi melilau-lilau berhenti apabila bertentang dengan sepasang mata tajam Afliq.
Eh, mamat ni ada? Buat apa dia masuk sini jugak? Ikhwan mana? Matanya kembali mencari kelibat Ikhwan. Hah, tu dia! Tengah bergelak sakan dengan abah. Amboi, rancak berbual nampak! Sedang asyik mengusha anak teruna orang, langkah Ulfah jadi tidak seimbang apatah lagi dia tersepak kaki sofa.
Badannya terasa melayang mahu rebah mencium lantai rumah. Iman kali pandang ke belakang melihat Ulfah yang sudah menjerit. Najihah dan Nadihah dah melopong. Afliq yang baru beberapa langkah melepasi Ulfah untuk ke dapur turut tergamam.
Nak sambut ke tak ni? Kalau sambut, confirm bersentuh nanti. Tengok Ulfah sensing lengan pun gaya macam nak bertumbuk aje tu. Ish, si minah ni la. Tak cover aurat langsung! Macam mana nak jadi wife orang ni?
“Akak!” Suara ketiga-tiga anak gadis itu tenggelam bersama bunyi nangka jatuh menghempap lantai rumah.
“Along!” Suara si kembar bergegar gaya macam nak meruntuhkan tiang rumah. Afliq pandang Ulfah yang sudah terbaring dikakinya dengan mata tertutup. Sesaat, dia terpaku. Kemudian, senyuman nakal tersungging menghiasi wajahnya.

Ulfah membelek cincin yang berkilau dijari manisnya. Dia sudah sah menjadi tunang orang. Ya, buat kali keduanya dia bergelar tunangan orang. Itupun dalam masa beberapa bulan sahaja sebelum diikat menjadi isteri orang. Tak lama lagi, dia bakal bergelar isteri kembali. Dah tiada tittle janda berhias padanya.
Teringat kembali pada hari dia ditunangkan dengan lelaki itu. Mahu patah riuk segala tulang belulang yang ada. afliq pula hanya tergelak kecil. Bukan nak membantu, menggelakkan dia adalah. Memang tak guna betul mamat tu!
Kalau ikutkan hati, mahu dia hempuk kepala Afliq. Tapi, no! Dia tak boleh buat macam tu. Depan orang ramai tu, terpaksa juga dia tebalkan mukanya. Puan Sri Suria menjadi wakil menyarungkan cincin dijarinya. Tersenyum-senyum sahaja wanita itu. Ulfah pula malu bukan kepalang.

Apa-apa pun semuanya dah selamat sekarang. Alhamdulillah. Hanya menunggu masa dan ketika seiring dengan usaha membaiki kekurangan diri agar mampu menjadi isteri solehah untuk suami yang soleh. Pesan Ikhwan, perbaiki diri, mantapkan iman. Yang penting, kuatkan hubungan dengan Allah. Cintai Allah dari segala macam benda yang ada kat dunia ni. Dan Ulfah Fatimah pula mengangguk dengan rasa malu yang menebal.

Friday, 13 September 2013

Kerana Dia Zaujahku Bab 13

Berdebar menunggu kepulangan Afliq. Masih samakah dia atau...? :)

Bunyi sudu yang berlaga dengan gelas bertingkah dengan bunyi sudip berlaga dengan kuali. Gaya macam perang dunia aje. Afliq sibuk dengan telur gorengnya manakala Hazman sibuk dengan air kopinya. Masing-masing begitu serius dengan kerja mereka.
Hazman tarik senyum. Wallah! Akhirnya siap juga air kopi terbaiknya. Dia pandang Afliq yang sedang memegang penutup periuk seperti pendekar memegang perisai. Dahinya berkerut. Macam tu sekali takut kena minyak panas? Heh, api neraka lagi panas kot.
Usai sahaja telur siap digoreng, Afliq membawanya ke meja makan ala-ala orang jepun itu. Hazman yang sudah dengan air kopinya melipat sila menunggu Afliq menghidangkan nasi untuk makan malam mereka.
“Abang, tolonglah ambil air. Apa pemalas sangat ni?” Bebel Afliq dengan muka tidak berpuas hati dengan periuk nasi ditangan.
“Air apa?”
“Air suam. Ingat aku telan ke air kopi kau tu?” Afliq meletakkan periuk nasi dihujung meja dengan beralaskan kain tebal. Dia kembali masuk ke dapur untuk mengambil pinggan.
“Ambillah sendiri,” Hazman buat muka nakal. Tapi, dia bangun juga berjalan membontoti Afliq ke dapur.
“Debik juga dia ni karang!” Afliq tayang muka geram. Hazman sengih comel. Jag air yang berisi air suam dicapai. Gelas turut diambil sebelum berlalu ke meja makan.
“Cuti summer ni kau balik?” Pinggan yang dihulur oleh Afliq diambil.
“Insya-Allah, balik. Kalau tak ada aral. Kau tak nak balik ke, bang?” Hazman ukir senyuman hambar.
“Tak kot.”
“Kau orang mana, bang?”
“Orang bumi,” selamba Hazman menjawab. Afliq dah mengetap bibir geram. Abang ni laa..
“Betul-betul la, bang. Kau asal mana? Johor? Kedah?” Hazman senyum mendengar soalan Afliq.
“Adalah. Kau tu dah booked tiket balik ke belum?” Hazman menyoal kembali.
“Dah. Insya-Allah, sehari lepas kita balik dari Deen Gathering tu nanti,” jawab Afliq. Dia menadah tangan berdoa.
“Nanti aku hantar kau pergi airport,” ujar Hazman. Afliq yang baru nak menyuapkan nasi ke mulut terhenti.
“Nak hantar naik apa? Kau drive ke, bang? Kereta siapa?” Hazman sengih.
“Kereta baru aku. Alhamdulilah, cuti lepas aku kerja. Dapatlah duit sikit-sikit buat beli kereta buruk tu,” Hazman angkat kening bangga. Afliq mencebik. Ceh, bagus sangatlah tu.
“Riak betul kau ye, bang.” Hazman tergelak.
“Tunggu kereta kau, tahun depan pun belum tentu aku nak merasa naik kereta baru.” Afliq angkat bahu. Bismillah kembali dibaca. Nasi disuap ke mulut.
Hazman tak kenal Afliq sekenal-kenalnya. Dia anggap Afliq itu anak kampung yang datang ke Auckland ni dan kena culture shock. Kalau tengok waktu Afliq masuk ke rumah tu, memang boleh jatuh rahang. Sempoi tak ingat dunia! Memang macam budak kampung. Tapi budak kampung yang sesat tak ingat dunia dan akhirat.
Dan Afliq, dia bukan jenis yang suka menunjuk-nunjuk apa yang dia ada. kalau orang anggap dia anak kampung pun, dia lagi suka. Terasa lebih dekat dengan ibunya. Terasa lebih dekat dengan nenek dan atuk yang sudah lama tidak diziarahinya. Bukan dia tidak mahu tapi nenek dan atuk yang tidak mahu menerimanya.
“Kampung kau kat mana?” soal Hazman tiba-tiba. Tersedak Afliq. Pantas dia mencapai air dan diteguk rakus. Gi-la! Nak bagi aku mati ke ni?
“Bang, bagi salam dulu boleh?” Afliq mencerlung pandang ke arah Hazman yang dah menayang sengih bersalah.
“Karang kalau aku bagi salam, mahu kau jatuh pengsan. Tiba-tiba pulak kena bagi salam kalau nak tanya soalan. Tak masuk akal langsung!” Ujar Hazman.
“Yelah! Kampung kat Terengganu.” Kampung nenek dengan atuk, desis hati Afliq.
“Kampung apa?”
“Kampung Bukit Rimau.” Hazman pandang Afliq.
“Ada harimau ke kat situ?” Afliq mendengus geram. Orang nak makan pun tak senanglah dia ni.
“Bang, makan dulu boleh tak? Kita cakap lepas ni.” Hazman sengih. Tahu salah sendiri.
“Sorry. Teruja sangat nak tahu.” Masing-masing meneruskan suapan dalam suasana aman dan damai tanpa gangguan.
Bila berbicara soal kampong, hati dah rasa teruja nak balik ke sana. Sudah bertahun-tahun dia tidak pulang. Sama lagi ke jalan ke sana? Masih marahkah nenek dengan atuk padanya dan ibu? Tiadakah kemaafan buat cucu tunggalnya ini?

“Kau berambus dari sini. Aku tak nak tengok muka kau!” Suara keras Atuk meyapa pendengaran Afliq yang sedang tidur dibilik yang dihuni bersama Puan Maria beberapa jam yang lalu.
“Ayah, maafkan Maria,” suara esak tangis ibunya turut kedengaran. Afliq bingkas bangkit dari pembaringan. Dia pantas mendapatkan ibunya diruang tamu.
“Aku tak ada anak macam kau. Berambus aku kata!” Mata Atuk mencerlung pandang pada Afliq yang berdiri beberapa kaki darinya itu. Siapa tak sayang anak tapi kalau dah anak tu buat hatinya sakit, memang dia marah.
Bukan hatinya tak menangis apabila mengungkap kata-kata itu namun egonya meninggi. Anak yang disayang pulang dengan anak lelaki yang sudah besar walhal dia langsung tidak tahu bahawa anak tunggalnya itu sudah berkahwin dengan pilihan hati sewaktu menuntut diluar negara.
“Ayah, jangan halau Maria. Memang salah Maria sebab belakangkan ayah tapi tolonglah ayah. Maria datang nak temukan Am dengan atuk dan nenek dia,” rayu Puan Maria.
Nenek hanya mampu menangis melihat drama itu. Dia juga terkilan dengan perbuatan Puan Maria namun tidak disangka pula suaminya tergamak menghalau anak tunggal mereka itu.
“Aku tak ada cucu! Anak aku dah lama mati sejak dia kahwin dengan jantan tu tanpa pengetahuan aku!” Afliq tersentak.
Ibu kahwin dengan papa tanpa pengetahuan atuk? Apa semua ni? Afliq perlahan-lahan mendapatkan ibunya. Dia tahu ibu sedang sakit menahan rasa dihati dan penyakitnya.
“Ibu, jom kita balik,” ajak Afliq. Tidak sanggup untuk terus melihat ibunya melutut begitu. Dia memaut bahu ibunya dan membantu wanita itu berdiri.
“Maafkan Am, atuk. Maafkan Am, nenek.” Hanya itu yang dia katakan. Hanya itu yang mampu dia suarakan. Dia tahu salah ibunya. Dia sedar salah papanya.
“Am, ibu nak minta ampun dengan atuk Am,” ujar Puan Maria dengan tangisan yang makin menjadi-jadi.
“Ibu, kita balik dulu. Bila marah atuk dah reda, kita datang balik,” pujuk Afliq.
Puan Maria hanya mengangguk. Anaknya yang berusia 13 tahun itu membawanya keluar dari rumah itu. Dan itulah kali terakhir dia ke sana. Sakitnya semakin parah apatah lagi selepas suaminya membawa masuk madunya, Suria dan anak-anak tirinya ke Teratak Ohana mereka.
“Oit, menungkan apa? Pergilah basuh tangan tu dulu,” sergah Hazman apabila melihat Afliq diam tidak berkutik sambil memandang pinggan yang sudah disapu licin.
“Bang, kau pernah cakapkan. Redha Allah terletak pada redha ibu bapa.” Afliq tarik nafas panjang. Hazman angguk. Gelas dicapai. Air suam dituang.
“Kalau tak dapat redha ibu bapa, Allah takkan redha pada kita, kan?” Hazman angguk lagi namun kening dah berkerut.
“Apa kes tanya soalan macam budak tadika ni?” Afliq tarik senyum. Hambar.
“What if, dia mati tapi sampai sekarang ibu bapa dia masih marahkan dia?” Afliq pandang Hazman yang sedang meneguk air itu.
“Itu hal dia dengan Allah, Am. Aku tak boleh nak cakap lebih-lebih. Tapi kalau orang tu orang terdekat dengan kau, better kau pergi jumpa parents dia. Ask forgiveness from them on behalf of that person. Well, mana tau hati parents dia lembut. Usaha tu kena ada,” Hazman member nasihat. Afliq mengangguk faham.
Ibu, maafkan Am. Anak ibu ni banyak sangat berdosa dengan ibu. Am akan cuba pujuk atuk dengan nenek. Am takkan berputus asa. Ya Allah, tempatkan ibuku dikalangan hamba-hamba-Mu yang beriman. Sungguh, dia seorang ibu yang baik.

“Kakak dah tahu Along balik akhir bulan ni?” soalan Najihah membekukan segala pergerakan Ulfah. Pantas dikalih pandang pada Najihah yang sedang santai membaca novel Cinta High Class yang ditulis oleh Ustazah Fatimah Syarha bersama suaminya, Doktor Farhan Hadi.
“Dia nak balik?”
“Yes. Along ada call malam tadi bagitahu mama,” jawab Najihah. Mata masih lekat pada deretan perkataan tanpa memandang Ulfah yang sedang mengemas buku-buku dan majalah diatas meja itu.
“Dia tak ada bagitahu akak ke?” sampuk Nadihah yang baru keluar dari dapur bersama satu jag air orange. Iman mengekori dari belakang dengan empat biji gelas.
“Tak ada. Dah berbulan tak contact dengan dia.”
“Bukan dah friend ke dekat facebook? Dekat ym pun dia tak ada bagi emel ke?” Iman pula menyoal. Ulfah melipat maut pandang Iman.
“Iman tau mana akak friend dengan dia?” soal Ulfah dengan riak terkejut.
“Err... Iman teka aje. Hehe...” Iman tayang sengih. Ulfah buat muka tidak percaya.
“Alah, kami semua dah tahu hal akak dengan Along. Tak payah nak sorok. Sekali tengok dah boleh teka la,” celah Najihah. Novel yang dibacanya ditutup.
“Eh, jangan nak main buat andaian aje okey. Akak dengan Along korang tu berkawan aje. Tak lebih...”
“Dan tak kurang. Kan?” sampuk Nadihah.
Ulfah mengetap bibir geram. Adik-adik Afliq memang suka mengusiknya. Hailah, nasib baiklah mereka ni menceriakan suasana kalau tidak memang dia tak sambutlah lawatan mereka ke rumah ni.
“Akak, nanti Ji nak pinjam buku ni ye,” ujar Najihah seraya menunjukkan novel Cinta High Class ditangannya. Ulfah hanya mengangguk.
“Best ke, Ji?” Nadihah menghulurkan tangan meminta buku itu. Buku yang agak tebal itu bertukar tangan.
“Entah. Nampak macam best. Tanya Kak Fatma.” Nadihah pandang Ulfah yang menyambut gelas dari tangan Iman.
“Alhamdulillah. Best! Terbaik!” Ujar Ulfah sekali dengan gaya Boboiboy.
“Apa yang best?” Ulfah sengih.
“Kahwin ikut skema Allah dan Rasul,” selamba dia menjawab. Nadihah angguk faham. Iman turut menayang senyuman.
Siapa tak kenal pasangan Ustazah Fatimah Syarha dan Doktor Farhan Hadi? Cerita yang dihasilkan benar-benar mantap. Allah anugerahkan mereka idea dan kemampuan untuk menulis yang bisa menyentuh hati-hati manusia lebih mendekati Tuhannya.
“Abah akak mana?” soal Iman. Air orange itu dituang ke dalam gelas sendiri.
“Rumah kebajikan An-Nurr.”
“Setiap hari ke dia pergi sana?” Najihah menyoal seraya mencapai gelasnya yang dihulurkan oleh Nadihah.
“Tak jugak. Time weekend, ada aje dia kat rumah ni,” Ulfah mencapai gelas berisi air orange dan segera diminum usai membaca bismillah.
“Bila akak nak sambung study?” Iman pula kembali menyoal.
“Insya-Allah, dalam masa terdekat ni.”
“Kat mana, kak?” Najihah pandang Ulfah.
“Mana-mana kolej yang terdekat.”
Suasana kembali sunyi tanpa suara. Hanya kedengaran bunyi televisyen dan gelas yang bersentuhan dengan permukaan meja. Ulfah memandang ke arah laptop putihnya yang diletak diatas meja makan.

Afliq langsung senyap sejak menghantar kata-kata padanya. Walaupun mereka pernah bertembung online facebook berkali-kali namun Afliq tetap membeku. Ulfah pula dengan egonya. Jika Afliq tidak menegur, buat apa dia terhegeh-hegeh? Dah jelas apa yang Afliq mesej padanya. Kalau ada jodoh, pasti mereka akan berjumpa dimasa hadapan.

Tuesday, 10 September 2013

Kerana Dia Zaujahku Bab 11

Ini pun unedited. Main tulis aje. If ada yg silap, bolehlah gtaw ek. Keyh! Selamat membaca.

“Aku suka kat someone, bang.”
            Hazman pandang Afliq. Jalan Newmarket yang dilalui oleh warga Auckland itu langsung tidak diendahkan. Kata-kata Afliq lebih menarik perhatiannya saat ini. Ada hikmah rupanya dia bawak Afliq hirup udara ‘segar’ ni.
“Kau nak berubah sebab dia ke?” soal Hazman dengan nada lembut. Dia tidak cepat melatah. Mahu memberi Afliq ruang untuk menjelaskan segalanya pada dia.
“Aku tak ada matlamat hidup dulu, bang. Lepas aku jumpa dia, aku nampak sesuatu. Aku nampak future. Aku nampak diri aku sendiri. Sejak aku kenal dia, aku rasa aku ‘hidup’ balik, bang.” Afliq gigih mencurah rasa.
“Aku nak kahwin dengan dia, bang. Tapi dia gadis baik. Aku jahat, bang. Aku nak jadi baik jugak macam dia,” luah Afliq.
“Astaghfirullahalazim. Am, kau sedar tak ni?” Hazman meraup wajah sendiri. Dia perlu berhati-hati apabila berbicara soal hati dengan Afliq.
“Salah ke, bang?” Wajah Afliq dah berubah mendung.
“Tak salah. Suka, rindu, cinta, sayang. Tu semua fitrah. Allah yang kurniakan pada kita. Tapi, jangan sampai yang fitrah itu bertukar menjadi fitnah, Am.” Afliq pandang Hazman.
“Apa yang salah sekarang adalah kau berubah kerana perempuan tu bukan kerana Allah. Am, betulkan niat kau balik.” Hazman pandang Afliq yang sudah melemparkan pandangan ke arah jalan raya.
“Kau nak jadi baik. Yes! Aku sokong. Aku setuju. Tapi kalau kau nak jadi baik sebab manusia, aku tak mampu nak kata apa-apa. Sia-sia aje kau korbankan masa untuk belajar agama,” sambung Hazman. Dia mengusap bahu Afliq.
“Apa aku perlu buat, bang? Allah tak terima ke taubat aku?”
“Allah lebih tahu, Am. Kau minta dengan dia. Pohon dengan dia tapi jangan sesekali lupa. Allah tu Maha Pengampun. Dia menerima taubat hamba-Nya yang ikhlas. Jangan sia-siakan peluang yang Allah berikan pada kau ni,” jawab Hazman.
“Hati kita ni Allah yang pegang. Kalau dia nak kita jadi baik, insya-Allah baiklah kita. Hidayah ni bila-bila aje Dia boleh bagi pada siapa-siapa yang Dia suka. Jadi, bila Dia dah bagi hati kau rasa sesuatu untuk lebih mengenali Dia, jangan berhenti berusaha, Am. Grab that apportunity.” Hazman menarik nafas panjang. Dihembuskan perlahan-lahan.
“Rasulullah ada bersabda, “Bahagialah hidup kat dunia ni bagi orang yang mengumpul kebajikan untuk bekalan akhirat dan celakalah hidup orang yang dipengaruhi dunia sehingga dia terhalang dari mengerjakan amalan untuk akhiratnya.” Begitulah yang aku ingat,” ujar Hazman.
“Aku termasuk dalam golongan celaka ke, bang?” Afliq dah rasa nak mengangis.
“Am, everyone deserves to give a second chance. Allah tu Maha Penyayang. Dia tak pernah menghampakan hamba-hamba-Nya yang ikhlas bertaubat pada-Nya. Apa yang penting sekarang adalah kau kena berusaha untuk meraih cinta-Nya.” Hazman tarik senyum segaris. Bercakap banyak ni memerlukan air untuk membasahkan tegak.
“Jom. Baci Lounge.” Ajak Hazman.
“Moca latte,” pesan Afliq kepada waiter lelaki yang berdiri menunggu order dengan senyuman.
“Same.” Waiter itu mengangguk dan berlalu ke kaunter.
Hazman mengerling jam ditangan. Teringat kata-kata yang dipetik dari page Angel Pakai Gucci di facebook. Bila mana kita nak ajak orang kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, perlulah kita melihat pada tahap kefahaman agama seseorang itu dan sejauh mana dia boleh menerima nasihat dan teguran kita.
            Sama kes seperti Afliq. Dia mahu berubah menjadi baik dan sebagai seseorang yang menjadi tempat Afliq bersandar, dia perlu mengenali Afliq. Dia tidak boleh membabi buta sahaja menyuruh Afliq buat itu dan ini kerana kemungkinan lelaki itu akan terasa rimas dengan segala benda yang baru diketahuinya itu. Menjadi seorang dai’e ni kena bijak memainkan peranan!
Lagipula, hidayah tu milik Allah. Jika Dia mahu Afliq berubah insya-Allah lelaki itu akan berubah. Jika tidak, bagilah tazkirah atau segala macam benda yang baik pada Afliq, tidak mungkin lelaki itu menurut tanpa izin dari Allah.
Dalam surah Al-Anam ayat 125 pun Al-An’am pun Allah ada berfirman, “Sesiapa yang Allah kehendaki mendapat hidayah nescaya dilapangkan dadanya untuk menerima Islam dan sesiapa yang dikehendaki sesat nescaya dijadikan dadanya sempit dan sesak seolah-seolah naik ke langit. Demikianlah Allah menimpakan kehinaan kepada orang yang tidak beriman.”
Waiter meletakkan dua gelas berisi air moca latte. Dengan lafaz bismillah, Hazman menyedut air membasahkan kerongkong sendiri. Afliq hanya meniru gaya lelaki dihadapannya itu. Sebelum ini, memang haram dia nak baca bismillah. Main aci makan aje.
“Bang, muka kau ni familiar aje pada aku,” tiba-tiba Afliq berbicara apabila suasana sepi antara mereka. Hanya kedengaran bunyi gelas berdenting apabila terkena sudu.
“Kau jangan cakap pulak muka perempuan yang kau suka tu ada iras muka aku,” usik Hazman. Afliq merenung lama muka lelaki yang dianggap seperti abangnya itu.
“Eh, adalah. Tang hidung kau tu. Mancung. Mata pun sama. Hazel.”
“Kau ni dah angau bebenor, Am.” Afliq tergelak. Betullah. Bukan sekali dia pernah tenung muka Ulfah, banyak kali sampai otak pun dah menghafal struktur wajah Ulfah.
“Kena buat kelas pasal Baitul Muslim dah ni,” usik Hazman lagi.
“Baitul Muslim? Apa tu, bang?” soal Afliq. Hazman sengih. Dia berfikir sejenak. Tangan mengusap dagu beberapa kali.
“Cuti summer ni kau ada hal tak?” soalan berbalas soalan.
“Em. Rasanya tak ada.”
“Good. Kau ikut aku pergi Lake Tekapo. Nak?” ajak Hazman. Membuntang mata Afliq. Heh, ingat dekat macam Baci Lounge ni dengan Ewelme Cottage ke?
Lake Tekapo tu kat south island manakala Auckland kat north island. Kalau ambil flight, dalam masa sejam lebih akan sampai dekat Christchurch. Lepas tu kena drive lagi beberapa jam. Memang agak memenatkan.
“Jauhlah, bang. Nak balik hari ke?” Afliq menyebak rambutnya ke belakang.
“Untuk ilmu, semua tu tak menjadi masalah rasanya. Ada Deen Gathering kat sana. Bukan balik hari. Kita pergi untuk dua hari satu malam. Kalau kau nak join, aku masukkan nama kau sekali,” Hazman memberi pilihan.
“Pergi naik flight ke?”
“Habis? Kau nak naik kapal layar?” Hazman dah tergelak. Afliq tayang sengih.
“Okey.”
“Insya-Allah. Kau kena sebut macam tu kalau berjanji sebab kau tak pasti pun lagi kau akan ikut ke tak nanti. Kita tak tahu in future macam mana,” tegur Hazman dengan senyuman manis. Afliq menunduk malu. Sedar salah sendiri.
“Insya-Allah.” Ujarnya seraya tersenyum.
“Habiskan air kau tu. Balik Parnell. Kejap lagi dah nak maghrib.” Afliq angguk. Setiap kali keluar dengan Hazman, solatnya dah penuh, tak ada dah duk burn solat segala bagai tu malah dia sudah berjinak-jinak dengan solat berjemaah di rumah sewa mereka bersama sahabat-sahabat lain.

Ulfah melihat melarikan cursor ke arah nama Afliq Arham dan menekan cursor disitu. Wall facebook Afliq muncul diskrin lappynya. Default picture disebelah kiri atas skrin direnung. Afliq tersenyum disamping Ikhwan. Manakala cover picture pula hanya warna hitam plain berserta sebaris ayat yang ditulis menggunakan warna putih.
A journey is begins with a single step
Ulfah scroll down ke bawah. Status paling last adalah bulan lepas. Ada gambar lelaki itu sedang tersenyum bersama seorang lelaki yang hanya menampakkan belakang tubuh disebuah kafe.
Muslims are nothing except brothers
Ulfah tarik senyum segaris. Waktu dia add Afliq tiga minggu lepas, bukan main lama lagi lelaki itu nak approve. Busy sangat katanya. Entahlah. Betul ke tidak mamat tu busy. Apa yang dia busy pun Ulfah tak tahu. Busy dengan awek Auckland mungkin?
Astaghfirullahalazim! Husnudzon, Fatma! Apa pulak bersangka buruk pada orang ni? Iman dah cakap hari tu, kan? Kena sentiasa bersangka baik pada orang. Tak boleh bersangka buruk walau orang tu nampak jahat dimata kita.
Kotak mesej tertera disudut bawah kanan lappy. Ulfah pandang nama si empunya facebook. Syamil Elman. Berbulan-bulan tidak berhubung, tiba-tiba hari ini lelaki itu menegurnya?
Syamil Elman : Assalamualaikum. How’s life?
Fatma Elzahra : Wa’alaikumsalam. Never better.
Syamil Elman : Abah sihat?
Ulfah tarik nafas panjang. Lelaki itu tidak pernah lupa tentang Tuan Uzair tapi adakah Tuan Uzair masih ingat pada anaknya yang sudah dianggap ‘mati’ itu?
Fatma Elzahra : Alhamdulillah. Sihat. Ada dekat KL sekarang. Bila balik Tanah Melayu?
Syamil Elman : Buat apa KL? I don’t know. Thought that someone prefers me to not come back.
Ada nada merajuk disitu. Ulfah kenal abangnya itu. Kuat merajuk. Mudah terasa. Hati lembut. Tak keras macam Ulfah. tapi dalam lembut dia pun, ada degilnya. Sebijik macam Tuan Uzair tu!
Fatma Elzahra : Merajuk lagi? Euww… Perempuan sangat!
Syamil Elman : Haip! Derhaka dengan abang!
Fatma Elzahra : :P
Syamil Elman : Offline. Next time kita sambung. Love you, sis!
Ulfah mengusap pelipisnya. Abangnya sudah logout. Bertahun-tahun tidak berjumpa, hanya facebook penghubung mereka. Banyak yang Syamil tidak tahu tentang Ulfah. Dah jadi wife orang sampai menjanda balik pun, Syamil masih tidak tahu. Bukan dia sombong tidak mahu memberitahu kepada abangnya itu namun dia pasti Syamil akan menentang. Yelah, Syamil memang suka menentang pilihan abah!
Afliq Arham : Oit, buat apa tu? Chatting dengan siapa?
Ulfah mengerukan dahi. Salam tak ada apa pun tak ada, main sergah aje mamat ni. Bila dia online? Tadi tak ada pulak nama dia naik dekat friends list yang online. Hantu punya mamat!
Fatma Elzahra : Assalamualaikum, Afliq Arham!
Hamek kau! Puas hati aku. Ulfah sengih.
Afliq Arham : Ek. Wa’alaikumsalam. Sorry. Teruja sangat tengok kau online. J
Afliq ditanah Auckland tersengih. Bukan senang nak bertembung online dengan Ulfah. Yelah, beza waktu antara Auckland dengan Malaysia adalah 5 jam lebih awal. Dia tengah bersiap nak ke kelas, Ulfah tengah membuta lagi.
Fatma Elzahra : Huh, apa pulak yang terujanya? Hari-hari hidup aje aku mengadap lappy ni. Kau tu aje yang sibuk semedang. Nak online pun susah.
Afliq Arham : Owh. Selama ni kaulah yang stalk aku? Miss me, heh?
Fatma Elzahra : Eh, please la. Tak ada masa aku nak stalk orang. Baik aku chatting dengan lelaki-lelaki handsome dari stalk kau tu. Tak ada faedah!
Bilik di Auckland dah berbahang.
Afliq Arham : Jangan nak menggatal. Aku dapat tahu apa-apa pasal kau, siap kau!
Bilik di Malaysia terasa nyaman senyuman sinis terukir diwajah. Heh, kalau aku chatting dengan siapa-siapa pun, bukan dia tahu. Lagipun, dia tu siapa nak halang-halang aku? Aku ni janda hot tau! Boleh dapat mana-mana lelaki yang aku nak. Petik jari aje, berduyun yang datang!
Fatma Elzahra : Well, can’t help it. See you. Take care!
Bilik di Auckland dah rasa sejuk sikit. Ikutkan hati, nak aje terbang balik Tanah Melayu tapi apabila difikirkan secara waras, takkan nak balik semata-mata nak kasi Ulfah warning? Heh, kerja luar alam tu! Lagipun, Ulfah tulis TAKE CARE. Maknanya, dia ambil berat pasal aku. Oh, heaven!
“Ni dah kenapa? Tersengih sensorang. Makruh tau,” usik Hazman. Sengih Afliq mati. Dia membawa dua mangkuk pinggan dan disuakan kepada Afliq.
“Apa ni?”
“Maggi.”
“Berjam-jam kat dapur, ini aje yang kau masak, bang?”
“Bersyukur la.” Bahu Afliq ditepuk sekali.
“Kau chatting dengan siapa?” Afliq tersedak. Hazman tarik senyum.
“That girl, huh?” Afliq angguk perlahan-lahan. Parah!
“Aku tanya khabar aje, bang.” Nada Afliq mengendur.
“Aku tak tanya apa-apa pun.” Kerusi ditarik. Dia melabuh duduk dihadapan Afliq yang mengadap lappynya. Maggi disua ke mulut usai membaca doa makan.
“Kau marah ke, bang?” Hazman panggung kepala.
“Buat apa aku nak marah?” Kening bertaut. Afliq tarik nafas lega.
“Yelah, hari tu kau cakap tak elok berhubung dengan anak dara orang tanpa ada urusan. Boleh melalaikan nanti,” ujar Afliq.
“Tanya hati kau. Apa yang kau buat tadi, betul atau salah?” Afliq tunduk. Hazman menyambung makan kembali. Minta fatwa dari hati. Betul atau salah?
“Aku… Err… Aku rindu dia.” Hazman menghentikan suapan. Sudu dan garfu diletakkan ke dalam mangkuk.
“Rindu tak salah tapi jangan sampai benda yang fitrah tu jadi fitnah. Rindu boleh diuruskan dengan zikrullah. Itu lagi baik, Am. Memang kau tak ada bermanja or chatting benda yang ntahpape tapi syaitan tu bukan reti nak stop goda kita ni. Kau faham maksud aku, kan?” Afliq angguk.
Bila rindu, berzikir. Jangan pula bila rindu, sibuk contact si dia ucap I miss you segala bagai. Itu bukan cara yang betul. Boleh terjadi zina hati nanti. Allah pun dah warning, jangan mendekati zina. Dekat pun tak boleh apatah lagi buat. Hah, dah jelas bukan?
“Tapi…” Afliq angkat kepala.
“That girl…” Hazman buat muka nakal. Afliq dah rasa nak meletup dadanya.
“Lawa tak?”
Debuk! Satu tumbukan singgah dibahu Hazman. Lelaki itu suka benar ubah suasana ikut mood dia. Baru nak feeling lebih-lebih, dah tak jadi. Apa punya abang! Hazman tertawa. Afliq hanya tersengih menunduk. Maggi di dalam mangkuk dikuis beberapa kali sebelum masuk ke mulut. Ah, nikmatnya!


2Rasulullah bersabda bermaksud: “Berbahagialah hidup di dunia bagi orang yang mengumpul kebajikan untuk bekalan hari akhiratnya, sehingga dia memperoleh reda Tuhannya. Dan celakalah hidup di dunia bagi orang yang dipengaruhi oleh dunia, hingga dia terhalang daripada (mengerjakan) amalan untuk akhiratnya, dan lalai untuk memperoleh reda Tuhannya.” Hadis riwayat al-Hakim

3ALLAH berfirman yang bermaksud: "Sesiapa yang Allah kehendaki mendapat hidayah nescaya dilapangkan dadanya untuk menerima Islam dan sesiapa yang dikehendaki sesat nescaya dijadikan dadanya sempit dan sesak seolah-seolah naik ke langit. Demikianlah Allah menimpakan kehinaan kepada orang yang tidak beriman..." (Surah al-An’am, ayat 125)