Saturday, 7 September 2013

Kerana Dia Zaujahku Bab 9




 Unedited. Mencuri waktu kerja utk menulis. Hopefully tak menghampakan penunggu setia Afma(Afliq-Fatma) semua. Have a nice day!

“Apa?”
Ulfah menundukkan pandangan. Dia mengetap bibir dengan kuat. Sakit. Namun sakit dihati lebih lagi terasa. Dia dapat mendengar dengusan nafas kasar abahnya. Dia tetap menunduk. Langsung tidak berani memandang wajah Tuan Uzair.
“Abah tak sangka Fatma boleh buat macam ni. Lari tinggalkan suami sendiri? Salah abah ke sebab tak pandai didik anak?” sayu suara Tuan Uzair. Ulfah menggeleng. Airmata dah bertakung.
“Bukan salah abah. Fatma bukan sengaja buat macam tu tapi Fatma terpaksa. Abah tolonglah dengar penjelasan Fatma dulu,” rayu Ulfah seraya mendekati Tuan Uzair yang duduk diatas sofa. Gadis itu melutut dihadapan abahnya.
“Apa maksud Fatma? Tak sengaja? Lari dari suami sendiri pun ada jugak ke tak sengaja?” Tuan Uzair bersuara dingin. Ulfah sudah menangis sambil memaut lutut si abah.
“Abah, jangan macam ni. Dengarlah dulu apa yang Fatma nak bagitahu ni. Fatma boleh jelaskan kenapa Fatma buat macam ni.”
“Apalagi yang Fatma nak jelaskan? Dah terang pun yang abah tak pandai didik anak. Apa kurang lagi ke didikan agama yang abah bagi selama ni?” Tuan Uzair menahan sebak didada.
Anak yang disayang selama ini sanggup menconteng arang ke mukanya. Memang Faizudin itu pilihannya namun jika Ulfah tidak bersetuju, mengapa dari awal lagi anaknya itu tidak membantah walhal dia tidak memaksa Ulfah untuk menerima Faizudin. Dari awal lagi dia sudah memberi anaknya pilihan namun Ulfah langsung tidak membantah.
“Abah, please! Tolong jangan buat andaian sendiri. Jangan buang Fatma macam yang abah pernah buat dekat Abang Syamil,” nada Ulfah mengendur.
Tuan Uzair terdiam sesaat. Nama anak sulungnya itu kedengaran lagi setelah hamper bertahun-tahun Ulfah tidak menyebut nama itu dihadapannya. Dia tahu Ulfah rindukan abangnya dan dia sendiri sangat rindukan anak lelakinya itu namun terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
“Atleast, bagi Fatma ruang untuk menjelaskan segalanya. Jangan layan Fatma macam abah layan Abang Syamil. Abah halau dia tanpa dengar penjelasan dia. Abah nak buat macam tu jugak pada Fatma?” Lirih Ulfah bersuara meminta simpati.
Bukan dia tidak kenal abahnya itu. Jika hitam katanya, pasti hitam. Lelaki itu hatinya keras walau dengan anak sendiri. Jika tidak, masakan dia sanggup menghalau Abang Syamil dari rumah tanpa mendengar penjelasan Abang Syamil?
“Go ahead. Abah dengar,” ujar Tuan Uzair. Mata Ulfah bercahaya. Dia memandang wajah abahnya. Wajah pesara guru itu tampak lebih tenang berbanding tadi.
“Dia tipu kita, abah. Luar aje dia baik tapi hatinya tu lebih teruk dari binatang!” Wajah Ulfah berubah. Tergambar segala kata-kata dan perlakuan Faizudin padanya.
“Dia nak lacurkan Fatma. Dia bagi Fatma pada orang India, abah.” Ulfah kuatkan hati untuk bercerita. Tuan Uzair terdiam mencerna ayat yang dituturkan si anak.
“Tapi, Fatma berjaya melarikan diri dengan bantuan Afliq. Dia yang selamatkan Fatma. Selamatkan maruah Fatma,” Ulfah kembali menangis.
Dia jugak yang ambil ‘milik’ Fatma tanpa rela, abah! Fatma tak suka dia tapi Fatma tak mampu benci dia. Fatma dah terikat dengan dia. Fatma tak mampu lari dari dia lagi, abah. Kata-kata itu hanya bergema didalam hati.
Tidak mungkin dia mengatakan semua itu dihadapan Tuan Uzair. Biarlah imej Afliq kekal sebagai lelaki ‘baik’ pada pandangan abah. Dia tidak mahu wujud kebencian Tuan Uzair pada Afliq dimasa hadapan.
“Apa yang Fatma cakapkan ni?”
“Sumpah, abah. Fatma tak tipu! Abah kenal Fatma, kan?”
Tuan Uzair menahan sebak. Dia kenal anaknya itu. Ulfah tidak keras hatinya seperti Syamil. Ulfah anak yang mendengar kata. Ulfah anak perempuannya yang sangat dia percaya. Ulfah itu pandai menjaga diri. Ulfah itu tidak pandai berbohong. Ulfah itu lembut orangnya namun bila berkata-kata, ada ‘isi’nya juga.
“Ya, saying. Abah percaya!” Ulfah segera memeluk abahnya erat. Tuan Uzair membalas pelukan si anak.
Alhamdulillah, Allah menjaga Ulfah. Dia perlu berterima kasih dengan Afliq. Dan diap perlu memastikan bahawa Faizudin mendapat balasan yang setimpalnya! Ternyata telahannya benar apabila merasa kelakuan ganjil Faizudin sewaktu bertandang ke rumahnya hari itu. Lelaki itu balik mencari Ulfah!
“Kita kena report kepada polis,” ujar Tuan Uzair tiba-tiba.
Ulfah terkedu. Report polis? Tak boleh! Kalau polis tangkap Faizudin, pasti Afliq akan dibabitkan sekali. Dia tidak boleh membiarkan abahnya melakukan hal itu. Dia hanya perlu bercerai dengan Faizudin dan memulakan hidup baru , jauh dari lelaki itu dan jauh dari segala masalah!
“Jangan, abah! Fatma tak nak terus terlibat dengan dia. Fatma nak bercerai dengan dia dan jalani hidup baru,” larang Ulfah.
“Tapi…”
“Tolong, abah. Fatma merayu. Fatma tak nak terus ada urusan dengan dia. Kalau abah report polis, Fatma kena jadi saksi. Lagi lama Fatma kena mengadap muka dia. Fatma tak sanggup dah!” Rayu Ulfah.
Akhirnya Tuan Uzair mengalah. Dia terpaksa menurut. Ulfah pula merasa lega. Dia berdoa agar tidak dipertemukan lagi dengan Faizudin selepas kes penceraiannya selesai. Ulfah bahagia tanpa menyedari bahawa ada insan yang terluka kerana kepentingan dirinya itu.

“Apa Along buat ni?! Along sedar tak apa yang Along buat? Angah ni adik Along!” Jeritan seorang gadis bergema memenuhi ruang bilik mewah itu.
“Sedarlah. Sebab kau adik akulah, kau kena tolong aku. Lagipun, kau tidur aje dengan dia. Tak luak pun. Boleh guna lagi badan kau tu,” selamba lelaki itu berkata lantas tertawa.
“Along tipu Angah! Tipu mak! Tipu ayah! Abang jenis apa Along ni?!” Gadis itu menarik gebar menutupi tubuhnya. Airmata bercucuran jatuh. Dia percayakan si abang namun ternyata lelaki itu mengkhianati kepercayaannya!
“Aku bukan abang kau!” Suara lelaki itu sama tinggi dengan suara si gadis. Rokok ditangan yang masih menyala dibawa ke bibirnya.
“Ingat Allah, Along!”
“Heh, jangan nak ajar aku! Kau tu tak layak nak ajar aku pasal agama!” Lelaki itu melemparkan baju t-shirt kepada si adik dan berlalu menuju ke pintu.
“5 minutes. Aku nak kau bersiap. Jumpa aku kat luar. Aku bawak kau balik kolej,” arah lelaki itu dengan senyuman senget tersungging dibibir.
“Aku benci kau!!” Jerit si gadis. Raungannya bergema. Pintu bilik ditutup kasar. Tangisan si gadis masih belum reda.
“Hey, bisinglah kau ni,” satu suara menyampuk. Si gadis pantas memandang wajah lelaki yang sudah merampas ‘milik’nya tanpa rela itu.
“Kau… Kau memang tak guna!” Bergetar bibir gadis itu menutur kata, menahan rasa.
“Kau tak enjoy ke malam tadi?” Sengihan melebar. Dia berjalan merapati katil dengan tuala yang berbalut ditubuh. Si gadis mengengsot ke belakang sehingga bersandar dikepala katil.
“Jangan dekat!”
“Thanks! Aku puas hati dengan kau. Lain kali kita have fun lagi ye.” Dia sengih lagi. Dompetnya dicapai. Dia mengeluarkan not seratus ringgit beberapa keeping dan melemparkannya ke atas gebar. Si gadis hanya memandang duit itu tanpa perasaan.
“Kenapa kau buat macam ni?” Soal gadis itu lemah. Si lelaki itu terdiam sesaat.
“Aku perlukan seseorang untuk melepaskan apa yang terkurung dalam diri aku ni. Kau jangan nak salahkan aku. Orang yang patut kau salahkan adalah Ulfah Fatimah. Kerana dia, kau menjadi pengganti,” ujar lelaki itu seraya mencapai seluar dan baju kemejanya.
“Ulfah Fatimah?”
“Yes. Wife abang kau. Err… Kakak ipar kau.” Tanpa berselindung lelaki itu memberitahu si gadis.
“Mana kau kenal dia?”
“She’s the one yang abang kau offer pada aku tapi aku tak sempat merasa, dia dah lari dengan jantan lain!” Lelaki itu mengetap bibir menahan geram. Teringat tentang Ulfah. Terbayang tubuh gadis itu yang menggiurkan. Ah, kau pasti akan jadi milik aku nanti!
“Along dah kahwin?” Gadis itu menelan air liur. Pahit.
“Aku blah dulu. Better kau bersiap cepat. Nanti meradang pulak abang kau tu. Dia tu panas baran. Aku tak nak sleeping partner aku ni kena terajang nanti. Aku pencinta wanita tau!” Sebelum berlalu, dia sempat menghadiahkan flying kiss buat si gadis.
Gadis itu menayang muka jijik. Hilang sahaja kelibat lelaki India yang tidak diketahui namanya itu, dia bergegas ke bilik air untuk mandi ala kadar. Benar kata lelaki itu, Along tu panas baran. Kalau dia sudah marah, semua orang menjadi mangsa.

Afliq pandang segala perlakuan Hazman. Lelaki yang berusia 25 tahun itu begitu khusyuk membaca tafsir Al-Quran. Lancar dan merdu. Kalau si Hazman tu perempuan, memang dah lama dia rembat buat bini. Ish, mengarut aje kerja kau ni, Am!
Dia menunggu Hazman menghabiskan bacaannya. Dia perlu berbicara dengan lelaki itu. Jika bukan sekarang, bila lagi? Sekarang adalah masa yang terbaik untuk dia meminta pertolongan lelaki itu yang sudah dianggap seperti abang sendiri.
Sewaktu pertama kali menjejakkan kaki ditanah New Zealand ini, Hazmanlah yang menawarkan tempat tinggal untuknya. Walaupun bilik lelaki itu kecil namun Hazman tidak pernah berkira untuk berkongsi dengan Afliq. Cuma, Afliq jarang ada dibilik. Sedikit rimas dengan Hazman yang baginya terlalu alim itu.
“Abang, free tak?” soal Afliq sebaik sahaja tafsir ditangan Hazman ditutup.
“Kenapa?” soalan berbalas soalan. Baru sahaja dua hari menjejak kaki ke tanah New Zealand, dia merasakan Afliq sudah berlainan dengan Afliq yang dulu. Lelaki itu sudah berubah. Berubah ke arah kebaikankah?
“Aku nak cakap sikit dengan abang.” Wajah Afliq tampak gelisah.
“Cakaplah. Aku ada kelas pukul 3 petang kejap lagi. Pukul 2.30, aku dah gerak,” ujar Hazman. Afliq pandang jam tangannya. Pukul 2 tepat.
“Aku… Aku nak belajar mengaji dengan kau boleh, bang?” Afliq buat muka sangsi. Hazman terkedu sesaat.
Inikah Afliq yang sering burn waktu solat? Inikah Afliq yang susah sangat nak bangun Subuh apatah lagi nak bertahajjud? Inikah Afliq yang suka hang out dengan kawan-kawan omputih berbanding anak Melayu lain? Inikah Afliq yang tak pernah rasa nak menyentuh Al-Quran apatah lagi nak membacanya? Menghayati maknanya memang jauh sekalilah!
“Kau demam ke, Am?” Automatik tangan diangkat menjamah dahi Afliq. Sepantas itu juga Afliq menolak tangan Hazman.
“Aku okeylah, bang. Kau boleh ajar aku tak ni?” Afliq pandang Hazman dengan muka mengharap.
“Kau serius ke ni, Am?”
“Aku seriuslah ni, bang.”
“Kau cakap dengan aku. Apa niat kau sebenarnya ni?” Hazman masih ragu-ragu.
“Kalau kau tak nak tolong, tak apalah. Aku cari orang lain.” Afliq dah berputus asa. Nak berubah jadi baik pun susah ke? Am, betul ke niat kau ni nak berubah? Ah, itu belakang cerita. Yang penting, aku kena hafal surah An-Nuur tu dulu.
“Okey. Aku tolong kau tapi dengan syarat.”
“Amboi, ada syarat jugak ke, bang?” Hazman angguk.
“Ikut segala apa yang aku suruh. Tak ada bantahan.” Afliq berfikir sejenak. Ah, kira okeylah. Demi Ulfah Fatimah, aku rela didera dan diseksa dek Abang Hazman!
“Okey, deal.”
“Good. Firstly, kau pergi mandi wajib dulu.” Afliq dah jatuh rahang. Hazman buat muka selamba.
“Kenapa pulak, bang?”
“Jangan banyak tanya! Kau reti ke tidak mandi wajib ni?” Afliq lambat-lambat mengangguk.
“Go. Now.” Afliq bergegas bangun mencapai kain tualanya. Sebelum berlalu ke bilik air, dia memandang hadiah pemberian Ulfah diatas meja studinya. Al-Quran tafsir berwarna hijau itu menyapa pandangan. Aku akan berubah, Ulfah! Demi kau! Tunggu aku!

Monday, 2 September 2013

Kerana Dia Zaujahku Bab 7

Ulfah sebak. Lama sudah dia tidak mendengar suara abah kesayangan. Nasib baik Afliq bermurah hati mencari nombor telefon abahnya. Rasa menyesal pun ada sebab tidak mengingati nombor telefon abah sendiri. Nombor rumah pun dia ingat-ingat lupa. Heh, kena jadikan pengajaran ni. Lepas ni semua nombor yang penting dia kena hafal.
“Abah, Fatma ni. Abah sihat?” Airmata dah bertakung. Tungga masa sahaja untuk gugur.
“Fatma! Alhamdulillah, abah sihat. Fatma macam mana? Sihat? Baru semalam Faizudin datang,” suara Tuan Uzair kedengaran gembira. Jantung Ulfah berlari tidak sekata. Faizudin bertemu abah?
“Buat apa dia jumpa abah?”
“Datang tanya khabar. Kenapa tak balik sekali dengan suami kamu?” soalan Tuan Uzair mematikan sel darah merah Ulfah.
“Abah, nanti Fatma call abah balik. Ada hal. Assalamualaikum,” pantas dia mematikan talian. Dia perlu bertindak segera! Nombor Afliq didail.
“Hello!”
“Wohoa! Perlahankan la sikit tone suara tu. Aku belum pekak lagi la,” marah Afliq. Mahu cair tahi telinga kalau hari-hari kena macam ni.
“Kau kena tolong aku!” Cemas suara Ulfah.
“Kejap. Kau bertenang dulu. Cerita kat aku satu-satu,” ujar Afliq. Dia yang baru selesai mandi hanya sempat membalut tubuh dengan tuala. Rambut masih basah.
“Faizudin…” Esak tangis mula kedengaran. Afliq menggaru kepala sendiri. Asal perempuan ni emo sangat, hah? Bosan aku!
“Kenapa dengan keparat tu?”
“Dia jumpa abah.” Badan Afliq tegak.
“Apa?!”
“Dia jumpa abah kat kampung!” Jerit Ulfah. Tadi kata tak pekak, ni belum apa-apa dah pekak balik ke?
“Dia ada cerita apa-apa ke?”
“Aku rasa tak kot sebab abah macam biasa aje.”
“Okey. Biar aku settle hal tu. Esok aku minta Ikhwan hantar kau pergi rumah baru kau dekat Cheras. Pandai-pandailah kau hidup kat situ. Duit belanja aku dah bagi dekat Ikhwan. Apa-apa hal, contact Ikhwan aje nanti,” pesan Afliq.
“Abah macam mana?”
Suara Ulfah kedengaran sayu. Afliq menghela nafas. Dengar suara Ulfah dalam phone pun dah rasa lain, kalau duduk dekat ni mau kena terkam perempuan ni. Allah! Wake up, Am! Jangan buat kerja gila! Astaghfirullahalazim!
“Hal abah tu biar aku settle. Kau jangan risau. Before aku fly, aku akan make sure yang kau selamat,” janji Afliq. Ulfah pula terdiam memikir.
“Ulfah Fatimah, anything else?” soal Afliq apabila Ulfah hanya mendiamkan diri.
“Kenapa kau tolong aku?” soalan itu yang terkeluar. Afliq pula terdiam.
“Nanti kau akan tahu jugak. Okeylah, aku ada hal ni. Nanti ada apa-apa, kau minta tolong Ikhwan. Aku tak boleh jumpa kau buat masa ni. Busy dengan preparation aku nak fly,” ujar Afliq. Heh, busy la sangat. Padahal busy nak larikan diri dari Ulfah buat sementara waktu.
“Kejap. Aku nak tanya something ni.” Afliq tidak jadi memutuskan talian.
“Apa?”
“Kau sambung study kat mana?”
“Do I need to tell you?”
“Of course! Kau nak aku tunggu kau kat sini macam orang gila sedangkan aku langsung tak tahu kau kat mana? Macam tu ke?” Ulfah jadi geram.
“Kau nak tunggu aku?” Ulfah tersedak sendiri. Afliq dah tersenyum lebar. Hailah, inikah cinta?!
“Huh! Boleh blah!” Menyesal Ulfah menanyakan soal itu kepada Afliq.
“Janganlah!” Meledak Afliq ketawa.
“New Zealand. University of Auckland. Nanti google la kalau nak lebih tahu lagi,” ujar Afliq.
“Berapa tahun kau kat sana?” Ulfah membaringkan badan ke katil. Dah macam monyet bergayut aje gayanya. Dengan Faizudin dulu, haram nak bergayut macam ni.
“Tiga tahun. Tapi jangan risau, setiap kali summer, aku balik sini. Ni dah second year kat sana. Dah nak habis pun,” cerita Afliq.
“Ambil apa?” Afliq ternganga.
“Hah? Ambil apa? Apa yang ambil apa?”
Afliq berkerut dahi. Kepala pun dah sama pening dengan soalan. Dari berdiri, dia melabuh duduk dibirai katil. Ulfah hujung talian dah rasa nak hantuk kepala dekat bucu katil. Apa bengap sangat mamat ni?
“Kau ambil course apa kat sana? Abang aku pun ada study kat overseas,” ujar Ulfah perlahan. Afliq tergamam.
“Kau ada abang?” Ulfah tersentak. Hailah, macam mana boleh terkeluar ni?
“Err… Kau ambil course apa?” Gadis it menggigit bibir sendiri. Afliq menyebak rambut depannya ke belakang.
“Bachelor of Commercer Major in Accounting and Major in Finance. Kat sana mostly students memang buat double major.”
“Tak penat ke?” Afliq tertawa.
“Kalau dah minat, tak rasa pun penat tu.” Afliq senyum. Kalau tak minat, tak adanya dia menentang papa semata-mata tak nak study bidang business.
Dia masih ingat sewaktu dia sembunyi-sembunyi membuat preparation untuk ke New Zealand tanpa pengetahuan papanya. Nasib baiklah Puan Sri Suria sanggup membantunya. Dia sendiri yang menghantar Afliq ke Sunway University untuk program Australian Matriculation (ausmat).
 “Kau memang minat ke?”
“Sangat. Kenapa tanya?”
“Aku tak suka.” Ulfah menghela nafas.
“Tak suka apa?”Afliq mengerutkan dahi.
“Tak suka account.”
“Kau amek account ke?”
“Ya. Masa form 4 and form 5. Sakit kepala. Pening,” jujur Ulfah berkata. Afliq tergelak kecil. Hilang terus kesibukan yang dikatakan kepada Ulfah tadi. Sempat pula bergelak sakan.
“Result SPM kau okey aje aku tengok.” Ulfah kerut dahi.
“Mana kau tahu tentang result aku?” soal Ulfah. Sebelum ini pun Afliq ada menyebut tentang result SPMnya namun Ulfah tidak ambil pusing waktu itu.
“Semua pasal kau tu aku tahu. Aku bukan jenis lelaki yang main aci redah aje ambil perempuan buat bini. Ada la sikit homework aku buat pasal kau before kau kahwin dengan Faizudin tu,” kata Afliq. Terlopong Ulfah.
“Kau…”
“Aku nak tahu pasal abang kau,” potong Afliq tanpa sempat Ulfah bertanya lebih lanjut.
“He’s dead.” Ujar Ulfah lantas memutuskan talian. Afliq terkedu. Dia cuba mendail kembali namun Ulfah sudah mematikan handphonenya.
Ulfah membiarkan airmatanya terus mengalir. Abang Syamil, Fatma rindukan abang! Bantal dicapai dan ditekup ke wajah. He’s dead! Suara itu bergema di dalam mindanya. No! Abang Syamil masih hidup. Dia tak mati lagi. Dia hidup lagi, rintih Ulfah.
Airmata terus mengalir tanpa henti. Peritnya sebuah kebenaran yang terpaksa ditelan namun lebih perit lagi hati-hati yang menanggungnya. Tidak terdaya rasanya untuk memberitahu si penanya yang bertanyakan soal abang kandungnya itu. Dia hanya mampu menjawab, he’s dead. Itu yang diajar abahnya walau hakikat sebenarnya berlainan.

“Kak Fatma, jom solat Maghrib. Abang dah tunggu tu,” suara lembut Iman menyapa pendengaran Ulfah.
“Kejap. Akak nak ambil wudhu’ dulu,” balas Ulfah seraya bergegas ke bilik air. Iman yang lengkap berpakaian solat itu melangkah masuk ke bilik Ulfah. Esok Ulfah akan berpindah dan dia bakal kehilangan kakak yang baik. Dia pasti akan rindukan Ulfah.
Ulfah keluar dari bilik air dan segera mencapai telekungnya. Iman hanya memerhati tingkah gadis kecil molek itu. Selama seminggu Ulfah tinggal bersama mereka, Iman sering memerhati gelagat gadis itu. Dia seorang yang agak kelam-kabut tapi comel. Mungkin sebab itu Abang Am terpikat padanya.
Pernah juga Iman bertanya Ikhwan kenapa Ulfah bersembunyi di rumah mereka namun abangnya itu tidak memberi jawapan yang sewajarnya. Katanya, itu masalah Ulfah dan mereka tidak boleh campur tangan. Selagi mana perkara yang Ulfah lakukan itu tidak menjejaskan hidup mereka, maka mereka perlu menolong gadis itu.
“Iman, jomlah. Akak dah siap ni,” ujar Ulfah. Iman yang sedang termenung itu tersentak sedikit.
“Oh, jom. Sorry.”
“Menungkan apa ni?” Iman senyum. Tawar.
“Kalau akak dah pindah nanti, mesti Iman bosan.” Anak gadis berusia 17 tahun itu menunduk.
“Iman boleh pergi rumah akak bila cuti sekolah or weekend,” ujar Ulfah dengan senyuman. Dia juga sudah mula menyayangi gadis itu. Ulfah menarik lengan gadis itu dan mereka beriringan ke bilik solat.
Ikhwan yang sedang duduk diatas sejadah itu mengakhiri bacaannya sebelum menyimpan kembali tafsir Al-Quran ke atas almari. Dia memandang wajah adiknya dan Ulfah. Mereka nampak mesra berdua.
“Dah boleh solat sekarang?” soal Ikhwan seraya menjeling jam di meja kanannya. Ulfah angguk. Iman pula mengenyitkan mata ke arah abangnya.
Ulfah mengambil tempat disebelah Iman. Dia tenang di rumah itu bersama Ikhwan dan Iman. Terasa jiwanya yang dahulu kosong berisi kembali. Segala resahnya menghilang. Ya Allah, terima kasih untuk segalanya!
Usai membacakan doa, Iman menyalami tangan abangnya. Lelaki itu pula mengusap kepala si adik dan mencium ubun-ubun Iman penuh kasih. Ulfah memerhati perlakuan kedua beradik itu penuh minat. Rasa rindu tiba-tiba bertamu. Rindu untuk merasai kembali suasana yang sama yang pernah dialaminya dahulu. Tapi mungkinkah semua itu terjadi? Pada Allah, tiada yang mustahil, Fatma. Kun faya kun!
“Akak, salam,” tegur Iman apabila dilihat Ulfah sedang termenung panjang.
“Hah?” Terlopong Ulfah. Ikhwan sudah tergelak kecil dengan reaksi gadis itu. Sedikit sebanyak dia terhibur dengan gelagat Ulfah.
“Nak salam ni,” ujar Iman lagi dengan sengihan nakal. Ulfah terangguk-angguk dan menghulurkan tangannya. Pantas Iman menyalami dan mencium tangan itu. Mereka berpelukan sejenak sebelum Ulfah mencium dahi Iman.
“Akak menungkan apa ni?”
“Nothing. Homesick mungkin,” balas Ulfah dengan senyuman hambar.
“Am tak ada cakap ke dia nak balik kampung awak?” celah Ikhwan. Tercekik Ulfah mendengar pertanyaan Ikhwan itu.
“Apa? Dia nak balik kampung saya?” Ikhwan angguk.
“Buat apa? Dia tak ada bagitahu saya pun.” Ulfah mengetap bibir.
“Saya tak pasti tapi rasanya ada kaitan dengan abah awak.” Ulfah bingkas berdiri. Dia perlu menelefon Afliq!
“Thanks! Iman, akak masuk bilik kejap. Lepas Isya’ kita tadarus sama-sama ye,” ujar Ulfah lantas berlalu ke biliknya. Iman terpinga-pinga. Ikhwan pula hanya memandang kelibat Ulfah sehingga kelibat itu menghilang.

Afliq memandang wajah tua Tuan Uzair. Dia tidak menyangka lelaki itu akan menyambut kehadirannya dengan tangan terbuka. Sangkanya lelaki itu sombong kerana pertama kali mereka berjumpa sewaktu dia menemani Faizudin datang merisik Ulfah, lelaki itu melayannya dengan acuh tidak acuh sahaja.
Tiba-tiba dia teringatkan Ulfah. Ah, rindunya pada gadis itu. Dirumah inilah kali pertama dia berjumpa Ulfah. Dirumah inilah kali pertama di dalam hidupnya dia jatuh cinta. Dirumah ini jugalah cintanya semakin mekar buat gadis itu.
“Am, kau nak ke mana?” soal Faizudin apabila melihat kawan yang baru dikenalinya dikelab malam itu membuka pintu bilik.
“Aku nak pergi membuang. Kau tidurlah dulu. Lewat dah ni. Esok dah kena bertolak pagi-pagi. Subuh tu kena bangun awal. Karang kena reject dengan bakal bapa mertua nanti,” jawab Afliq dengan kerutan didahi. Perutnya semakin meragam. Faizudin menayaag sengih. Dia mengangguk dan kembali berbaring.
Afliq bergegas menuju ke dapur rumah. Jam dah berdenting tiga kali diruang tamu menandakan waktu sudah menjangkau ke pukul 12 tengah malam dan sememangnya rumah Tuan Uzair itu sudah gelap gelita. Seawal pukul 10 malam lagi Tuan Uzair sudah tidur. Begitu juga dengan Ulfah dan adik sepupunya, Izzati.
Afliq kembali mengatur langkah ke biliknya usai sahaja menyelesaikan urusannya. Ini semua kes makan pedas masa makan malam tadi. Sambal belacan Ulfah memang superb pedas. Mahu terkeluar usus perutnya.
“Kak Fatma, dah okey ke?” suara Izzati sayup-sayup kedengaran.
Afliq tidak jadi meneruskan langkahnya. Dia melencong ke bilik Tuan Uzair yang terang benderang itu. Pintu bilik yang terbuka sedikit memberi peluang kepada Afliq untuk mencuri pandang ke dalam bilik itu.
Wajah Ulfah yang tidak bertudung itu terpamer diruang mata. Dada Afliq berombak kencang. Itu kali pertama dia melihat Ulfah begitu. Kelibat Izzati tidak kelihatan di mana-mana. Hanya Ulfah yang berpakaian pyjama itu sahaja yang dilihat. Tuan Uzair sedang berbaring di atas katilnya.
“Abah, macam mana? Dah rasa okey sikit?” soal Ulfah seraya mengusap kepala abahnya.
“Alhamdulillah. Abah dah rasa okey sikit. Kepala dah tak berat macam tadi,” jawab Tuan Uzair lemah.
“Abah ni. Dah banyak kali Fatma pesan, jangan makan daging tu banyak sangat. Tengok sekarang apa dah jadi. Selalu macam ni tau,” bebel Ulfah dengan wajah berkerut.
“Abah makan sikit aje tadi.”
“Kalau sikit, tak adanya sampai macam ni.”
“Fatma, abah okey.” Ulfah buat muka. Gaya dah macam nak menangis.
“Fatma sayang abah tau!” Dia meletakkan kepalanya ke dada Tuan Uzair. Afliq memandang dengan dada terasa sebak. Papa, desis hatinya tiba-tiba.
Dan dari situ dia mula jatuh cinta. Dari situ dia juga dia mula mengakui bahawa cinta itu ada. Cinta yang tak punya alasan. Cinta yang datang dengan sendiri. Cinta yang tanpa paksaan. Cinta yang mampu membuat jantungnya berlari pecut seperti kuda. Cinta yang akan dipertahankan sehingga ke akhir hayatnya.
Lagu chorus Firefly dari Owl City kedengaran nyaring menyebabkan segala ingatan Afliq terbang melayang. Skrin dipandang lama. Terpapar nama Ulfah disitu. Dikerling sekilas ke wajah Tuan Uzair yang sedang berehat melihat televisyen.
“Siapa telefon kamu tu?” soal Tuan Uzair. Afliq terkaku sesaat sebelum wajah menayang sengih.
“Err… Kawan, abah.” Tuan Uzair angguk. Afliq membiarkan sahaja panggilan itu tidak berjawab.
“Kenapa tak diangkatnya tu?”
“Malaslah, abah. Lepas Isya’ nanti Am call dia balik. Abah nak makan? Am panaskan lauk tadi ye?” Afliq senang dengan Tuan Uzair. Lelaki itu tidak seperti papa yang dingin tahap ais batu kutub selatan.
“Yelah. Boleh jugak. Abah pun lapar ni,” ujar Tuan Uzair. Dia sudah biasa membiasakan dirinya sebagai abah kepada Afliq dan Faizudin. Mereka pun dah dianggap seperti anak sendiri.
Afliq berlalu ke dapur. Dia masih tidak punya kekuatan untuk menceritakan hal sebenar kepada orang tua itu. Biarlah nanti Ulfah sendiri yang bercerita. Mungkin itu lebih menyakinkan Tuan Uzair. Dia pun sudah memberitahu niatnya untuk membawa lelaki separuh umur itu ke Kuala Lumpur menemui Ulfah dan Tuan Uzair dengan senang hati bersetuju.

Dia tersentuh dengan layanan baik Tuan Uzair. Lelaki itu sering mengajaknya untuk berjemaah di surau. Hanya hari ini sahaja dia ke surau tanpa Tuan Uzair, itupun kerana lelaki itu tidak sihat. Lepas sahaja solat Maghrib, dia bergegas balik untuk memastikan bahawa lelaki itu selamat. Tidak betah untuk meninggalkan lelaki itu keeorangan apatah lagi dengan kenyataan bahawa Faizudin sedang menunggu masa yang sesuai untuk mencari mangsanya!

*May Allah bless you. :) To those yg rasa nak join group kat fb bleh la request kat sini ---> https://www.facebook.com/groups/355080364517564/

Sunday, 25 August 2013

Kerana Dia Zaujahku Bab 5

Ulfah teragak-agak mahu membuka pintu. Suara Ikhwan masih kedengaran memanggilnya namun Ulfah takut. Takut perkara yang sama berulang lagi. Apatah lagi suara Afliq langsung tidak kedengaran menjamah halwa telinganya. Akhirnya dia hanya memeluk lutut sendiri di atas katil tanpa bergerak ke mana-mana.
“Ulfah, saya tinggalkan pakaian untuk awak kat depan pintu. Makanan ada bawah saji. Kalau nak apa-apa, boleh minta dengan adik saya, Iman. Pukul 2 nanti dia balik dari sekolah. Saya pergi kerja dulu,” laung Ikhwan selepas berputus asa untuk terus memanggil Ulfah.
Ulfah diam mendengar. Bunyi keriukan pintu melegakan gadis itu. Dia mengambil masa beberapa minit untuk keluar dari biliknya. Kepalanya terteleng ke kanan dan ke kiri untuk memastikan bahawa Ikhwan sudah pergi bekerja. Dia menarik nafas lega sebaik sahaja berasa yakin bahawa lelaki itu tiada.
Matanya menghala ke arah kaki. Satu plastik berjenama AspirasiHana mendapat perhatiannya. Bergegas dia mendapatkan plastik itu dan kembali masuk ke bilik. Dia melabuh sila di atas katil dan mula menyelongkar barang-barang yang penuh satu plastik itu.
Baju kurung cotton berbunga kecil warna ungu dan tanah berwarna putih susu.
Baju t-shirt labuh berwarna ungu muda.
Skirt labuh berwarna hitam.
Tudung bawal plain berwarna ungu muda.
Anak tudung warna hitam.
Pengikat rambut. Ada 2 pasang. Dua-dua berwarna ungu.
Sandal bersaiz 5.
Stoking panjang berwarna hitam.
Usai mengeluarkan semua barang-barang yang terdapat dalam beg plastik itu, satu nota melayang dihadapan mata. Ulfah pantas mencapai nota ringkas itu. Tulisan berangkai yang kemas itu dibaca oleh Ulfah dengan dahi berkerut.
Dear Ulfah Fatimah,
Aku tahu kau minat ungu so, everything is purple! Tudung and baju kurung tu aku minta tolong Iman pilihkan untuk kau. Sandal, anak tudung and pengikat rambut tu pun, Iman yang pilihkan. Baju t-shirt tu aku pilihkan tapi Ikhwan yang suggest supaya aku beli untuk kau. Kaki kau saiz 5 kan? Hope my guess is correct sebab kaki kau kecik! Stoking tu, Ikhwan yang berkeras nak aku pilihkan untuk kau. He told me that you should wear it to cover your aurat so I just bought it for you. Make sure you wear it!
                                                                                                            Afliq Arham.
Ulfah hampir menitiskan airmata membaca nota panjang itu. Oh, Ikhwan! You know me better! Thanks a lot. Thank you Allah for sending them to me. Ulfah mencapai tuala yang diberi oleh Ikhwan semalam kepadanya. Dia perlu membersihkan diri.
Usai membersihkan diri, Ulfah mengenakan baju t-shirt barunya itu dan dipadankan dengan skirt labuh sampai ke buku lali itu. Terasa diri lebih bersemangat untuk meneruskan hari-hari mendatang. Tudung dicapai dan dipakaikan kepala. Tangannya lincah membetulkan kedudukan tudung itu sebelum semuanya membeku. Eh, macam mana nak pakai tudung ni? Pin pun tak ada? Alamak! Ulfah menggaru kepala sendiri.
Pintu biliknya diketuk dengan kuat. Ulfah terkejut beruk. Dia mengurut dada sendiri. Ni nak bagi pintu roboh ke apa? Iman ke? Eh, bukan Ikhwan kata Iman balik pukul 2 petang ni ke? Ni baru pukul 10 pagi. Makhluk mana yang boleh terjah masuk rumah Ikhwan?
“Ulfah Fatimah, bukak pintu ni!” Suara Afliq begitu kuat kedengaran bersama ketukan dipintu.
“Kejaplah!” Balas Ulfah dengan nada geram. Tudung bawal itu hanya diikat reben dan bergegas membuka pintu bilik.
Afliq yang memandang terkaku. Ulfah ke ni? Ulfah pula terpinga-pinga. Afliq sudah bantai gelak sampai terduduk menekan perut. Berkerut dahi Ulfah melihat gelagat Afliq.
“Kau ni dah kenapa, hah?” Marah Ulfah.
“Kenapa pakai macam nenek kebayan ni? Kau tak reti pakai tudung ke?” soal Afliq. Ulfah mendengus geram.
“Pin tudung tak adalah!”
“Kau pergi ambil tudung sarung tu kat bilik Iman. Bilik dia kat tepi dapur tu,” arah Afliq seraya berlalu ke dapur.
“Cepat sikit. Aku ada bawak nasi lemak untuk kau ni,” laung Afliq dari dapur. Ulfah mengetap bibir geram. Semua benda yang disuruh Afliq, dia hanya menurut seperti lembu dicucuk hidung. Langsung tiada peluang untuk membantah.
Dalam pada memprotes, Ulfah gagahkan juga diri untuk ke bilik Iman. Masuk sahaja ke bilik gadis belasan tahun itu, matanya tertancap pada satu bingkai gambar yang memuatkan gambar keluarga.
Seorang lelaki separuh abad duduk di atas kerusi di sisi seorang wanita bertudung labuh. Ikhwan pula berdiri dibelakang kedua-dua orang tuanya dengan senyuman sambil memeluk bahu Iman. Mereka nampak bahagia!
“Ibu dengan ayah dah meninggal dua tahun lepas. Sekarang ni Ikhwan cuma ada Iman aje,” satu suara kedengaran berbisik dibelakang Ulfah. Gadis itu terkaku ditempatnya. Jika dia berpusing untuk melihat gerangan manusia itu, dia pasti akan bersentuhan dengan lelaki itu.
“Macam mana ibu dengan ayah boleh meninggal?” soal Ulfah. Nafas sudah terasa sesak. Kenapa mamat ni duduk dekat sangat? Alahai.
“Accident.”
“Kesian.” Ulfah pandang wajah bersih ibu dan ayah Ikhwan. Semoga ditempatkan dikalangan orang yang beriman, amin!
“Take your time. Dah siap pakai tudung, pergi dapur nanti. Makan,” ujar Afliq lantas menjauhkan dirinya sedikit dari Ulfah. Gadis itu mengangguk. Akur.
“Tudung cream tu nampak cantik kalau kau pakai,” sambung Afliq lagi. Ulfah berpusing mengadap lelaki itu. Dia buat muka geram. Afliq tayang sengih comelnya.
“Seriously, memang cantik kalau kau pakai. Aku tak tipu,” tangan diangkat seperti bersumpah. Ulfah menjeling tajam.
“Boleh keluar tak?” Afliq angkat kedua-dua tangan. Surrender. Segera dia kembali ke dapur.
Ulfah kembali memandang bingkai gambar yang tergantung itu. Matanya terpaku pada tulisan di satu sudut bingkai itu. Tulisan kecil yang bisa menarik perhatian Ulfah untuk membaca dan menghayatinya. Tulisan Iman ke ni?
Bahagia itu ada dimana-mana
Setiap masa dan ketika
Bahagia itu ada pada hati
Dimiliki oleh insan yang inginkannya
- Iman sayang ibu dan ayah kerana Allah.
IMAN NURAINA, IKHWAN KHALISH
Bahagia. Ia ada di mana-mana. Ia ada di dalam hati setiap manusia yang mendambakannya. Semoga Iman dan Ikhwan bertemu dengan bahagia itu. Ya Allah, kuatkan hatiku sebagaimana Kau menguatkan hati Iman. Tabahkan aku sebagaimana Kau tabahkan hati Iman. Bimbinglah aku, ya Allah. Aku mahu bahagia. Bahagia dalam redha-Mu.
“Ulfah Fatimah!”
Gadis itu melepaskan keluhan. Afliq ni memang jenis manusia yang tak boleh tengok orang senang sikit ke? Semedang aje tahu macam mana nak sakitkan hati orang. Karang kalau aku mengamuk, ada jugak yang tercampak keluar dari tingkat 6 ni.
“Kejaplah. Tak boleh sabar sikit ke?” Balas Ulfah dengan nada mendatar. Tudung sarung dicapai.  Warna cream. Tudung yang Afliq suggest.
“Aku dah lapar ni.” Rengek Afliq.
“Ek eleh, makan la dulu. Tak payah nak buat baik tunggu aku,” cebik Ulfah.
Dia melabuhkan duduk di hadapan Afliq. Lelaki itu pandang wajah Ulfah dengan mata tidak berkelip. Cantiknya minah ni. Apa yang selalu Ikhwan sebut bila tengok something yang cantik? Hah, dia sebut Subhanallah!
“Subhanallah,” terpacul ayat itu dari bibir Afliq.
“Hah?” Ulfah mengerutkan dahi.
Dia pandang Afliq yang masih tidak berkelip memandangnya. Automatik dia membetulkan duduk dan buat touch up kepada pakaiannya. Manalah tahu ada yang terkoyak. Tu yang Afliq pandang sampai nak keluar biji mata! Ulfah geram. Afliq masih juga macam anak patung, langsung tak bergerak. Dia berdehem beberapa kali.
“Astaghfirullahalazim!” Ulfah menaikkan nada suaranya.
Afliq terpinga-pinga. “ Apa?” soalnya dengan menayang muka tidak berdosa. Dia membetulkan duduknya untuk menghilangkan rasa muka yang menebal itu.
“Bila tengok something yang buat kita amazed, kita ucap subhanallah. Tapi bila kita sedar kita dah buat dosa, cepat-cepat kena istighfar. Buat dosa tu termasuk jugak dengan pandang bini orang dengan fikiran yang entah apa-apa. Abah yang ajar,” selamba badak Ulfah menutur ayat. Memang dia bukan pelajar agama tapi kalau setakat benda basic tu dia tahulah. Apa guna jadi orang Islam kalau basic pun ke laut? Hampagas aje!
“Buat dosa? Bila?”
“Duduk berdua macam ni pun tengah kumpul dosa tau tapi sebab kau bawak makanan, takkan aku nak tinggal kau sensorang kat sini,” ujar Ulfah lantas menundukkan wajah.
“Pintu tu terbukak, okey. Grill aje yang berkunci and Allah knows what we doing in here. He knows everything, okay.”
“And I know that when the two of us are alone, the third is Satan. So, tak clear lagi ke?” Afliq pandang Ulfah.
“Jom kahwin.” Ulfah ternganga. Senangnya mamat ni mengajak.
“Hey, are you out of your mind?! Aku ni bini orang lagi tau! Jangan nak mengarut boleh tak?” Marah Ulfah.
“Why not?”
Ulfah mengalihkan pandangannya ke sekitar ruang makan kecil yang bersambung dengan dapur itu. Inikah lelaki Melayu yang bergelar Islam? Apakah dia tidak tahu tentang hukum meminang atas pinangan saudaranya? Kasihannya dia!
“Kalau betul kau nak jadikan aku isteri kau, aku ada syarat.” Ulfah nekad.
Apa guna punya suami kalau tidak tahu tentang agama? Apa guna punya suami kalau dia tak mampu nak menjadi imam untuk isteri sendiri? Apa guna ada suami kalau perihal agama pun ke laut? Apa guna mahu jadi suami kalau tidak menitikberatkan soal agama? Paling penting, untuk apa kahwin kalau bukan sebab Allah dan mahu mencontohi sunnah Rasul-Nya?
“Apa?” Afliq sabar menanti.
“Mas kahwinnya nanti, aku nak surah An-Nuur. Hafal dan hadam maknanya sekali. Before akad nikah, kau kena tasmek (memperdengarkan) depan abah dan tok kadi. Setuju?” Afliq dah terlopong. Ulfah mencapai nasi bungkusnya dan selamba badak berlalu ke bilik.

Anis Najihah pandang kembarnya, Anis Nadihah. Si kembar angkat bahu. Masing-masing kembali menatap wajah si abang sulung.  Direnung satu persatu. Tangan kanan dipicit ke dahi. Tangan kiri pula dimainkan disekitar janggut sejemputnya itu. Sah! Memang si abang sulung ada masalah Negara.
“Along, ada masalah ke? Termenung aje,” tegur Nadihah.
“Dah tahu lagi mahu tanya ke?” Dingin suara itu membalas. Najihah dah menikus. Dia menarik lengan baju tidur si kakak kembarnya.
“Di, jom masuk bilik,” ajaknya dengan suara berbisik.
“Kejaplah, Ji. Kasihan kat Along tu. Takkan nak tinggal Along? Nak biar aje dia monyok macam tu?” bantah Nadihah.
“Along garang.”
“Along tak makan oranglah, Ji.” Najihah memuncung.
“Memang tak makan tapi nak telan orang aje,” gumam Najihah dengan nada rendah. Nadihah tersenyum. Najihah memang manja berbanding dirinya.
“Dia abang kita, Ji.”
“Tahu. Sebab tu dia ada dalam rumah ni. Kalau tak, dah lama Ji halau dengan batang penyapu,” Najihah mengerling si abang yang duduk berteleku atas sofa itu. Nadihah menarik si adik kembar untuk mendekati Along mereka.
“Kalau Along ada masalah, boleh bagitahu kami. Kot-kot kami boleh tolong Along,” lembut suara Nadihah menyapa halwa telinga Afliq.
Afliq pandang adik-adik kembarnya itu sekilas sebelum menghembuskan nafas berat. Dia bukan tidak rasa sayang kepada adik-adiknya itu namun dia bukan jenis lelaki yang pandai tunjuk rasa sayang itu. Bila dia rasa perlu sahaja baru dia akan tunjuk itupun dengan cara yang susah untuk orang faham.
Lagipun, adik beradiknya yang berlainan ibu itu takut mahu mendekatinya. Afliq pula tidak pernah mahu melayan adik-adiknya dengan lebih lembut. Dia main aci redah aje. Ikut kepala sendiri tanpa fikir perasaan orang sekeliling.
“Duduk,” arahnya.
Nadihah mengangguk pantas lantas menarik Najihah untuk duduk bersamanya. Najihah melangkah dengan berat hati mengikuti si kakak.
“Ji dengan Di sekolah agama kan?” Adik-adik berduanya itu mengangguk.
“Kenapa nak sekolah agama?” Najihah menunduk. Langsung tidak mahu menentang mata si abang. Hanya Nadihah yang berani.
“Kenapa Along tanya macam tu?”
“Bila Along tanya, jawab ajelah.” Afliq mendengus tidak suka.
“Mama yang hantar. Dia kata walaupun dia bukan baik sangat, at least dia nak anak-anak dia tahu agama. Kenal Allah, kenal Rasul, kenal sahabat-sahabat. Paling penting, anak-anak dia amal segala perintah Allah,” jawab Nadihah yakin.
“So, Di pergi sana bukan atas kehendak diri?” Nadihah tersenyum.
“Honestly, mula-mula tu Di pergi sebab mama. Sekarang, Alhamdulillah Di pergi kerana Allah.”
“Kalau Di dengan Ji tahu tentang agama, apa yang korang nak buat dengan papa and mama tu? Takkan nak biarkan aje diorang macam tu? Abai soal agama, lalai dengan dunia sampai anak sendiri pun jadi macam ni?” Nadihah menunduk.
Dia tahu siapa anak sendiri yang Afliq katakan itu. Dia sendiri pernah rasa apa yang Afliq rasa waktu pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah agama itu 4 tahun lalu. Namun dia bernasib baik kerana punya Najihah dan sahabat-sahabat yang sudi membantu.
Tapi Afliq? Abangnya itu membesar dalam kemewahan. Tiada langsung tarbiyyah agama diberikan padanya. Hanya selepas mengenali Ikhwan barulah abangnya itu sedikit sebanyak berubah.
“Ustaz pernah bagitahu, kita memang tak boleh paksa orang ikut kehendak kita tapi dakwah ni bukan sekadar memberi tazkirah. Kita boleh berdakwah dengan cara kita sendiri. Contoh, bila Ji dengan Di pakai tudung, mama pun dah start beli tudung sarung tu untuk tutup rambut dia. Itu cara dakwah kami untuk tarik mama dan papa. Takkan kami nak biarkan keluarga kami terus ditakuk lama. Kami nak ke syurga bersama-sama orang yang kami sayang,” panjang lebar Nadihah berbicara.
Afliq menunduk. Selalu juga Ikhwan mengucapkan kata-kata itu kepadanya namun dia tidak ambil kisah. Kata Ikhwan, di akhirat nanti kita akan bersama-sama dengan apa yang kita sayang atau cinta. Kalau kita cintakan Rasulullah, pasti kita akan bersama Baginda.
“Layak ke Along?” suara itu menggumam rendah.
“Selagi nafas masih dijasad, selagi itu pintu taubat terbuka luas, Along. Antara nak dengan tak nak aje,” sampuk Najihah yang tadinya menikus.
“Tapi, kalau nak belajar agama kena ada guru. Tak boleh belajar sendiri main aci redah aje,” sambung Najihah lagi.
Afliq bingkas bangun berdiri. Dia mengatur langkah menuju ke tangga. Baru sahaja melangkah ke tangga pertama, dia menghentikan langkah. Kepalanya dipusing memandang adik kembarnya di ruang tamu.
“Thanks. Good night, sis,” ujar Afliq pantas berlalu ke biliknya.
Najihah dan Nadihah terlopong. Segera mata ditala ke arah jam dinding besar gedabak itu. Baru pukul 10 malam. Along tak keluar ke malam ni?
“Apa kena dengan Along tu, Di?”
“Entah. Along dah buang tabiat lama dia ke laut ke malam ni?” Najihah menggeleng tidak tahu.
“Along dah nak mati ke, Di?”
“Uish! Ada pulak tanya macam tu. Doakan yang terbaik buat Along.” Najihah tayang sengih.
“Kalau Along betul-betul nak berubah, Ji orang paling gembira. Ji sayang Along walaupun Along tak sayang kita, Di,” ujar Najihah dengan nada sayu. Nadihah pandang wajah kembarnya itu.
“Along sayang kita cuma dia tak pernah tunjuk aje. Ji ingat masa kita kena kacau dengan samseng waktu pulang dari sekolah?” Najihah pandang Nadihah.
“Masa kita form 2 ke?” Nadihah mengangguk.
“Along pergi belasah samseng tu lepas dengar mama menangis sebab kita kena kacau. Along pergi dengan abang Ikhwan. Abang Ikhwan cakap, Along naik hantu masa tu. Along belasah samseng tu sampai lembik sebab tu Along kena tahan dalam lokap and papa potong elaun Along,” cerita Nadihah.
“Mama tak bagitahu apa-apa pun. Papa cakap Along join kumpulan samseng sebab tu elaun Along kena potong. Kenapa Along senyap aje?”  Najihah terkejut dengan kenyataan yang baru didengarinya itu.
“Dia bukan suka tunjuk apa yang dia buat. Dia banyak berahsia sebab tu Di tak boleh tinggalkan Along bila tengok dia ada masalah. Di sayang Along macam Di sayang Ji, papa dan mama. Dia abang kita dunia akhirat, Ji.” Nadihah menarik senyum namun ternyata hambar.
“Dia kuat, Ji. Walau hebat mana ujian datang pada dia, Along tak pernah merungut. Dia terima seadanya. Cuma, Along kurang didikan agama. Papa pula asyik sibuk dengan bisnes dia sampai Along terabai. Kasihan Along,” sambung Nadihah lagi.

“Sama-sama kita doakan Along ye, Di.” Nadihah menarik adiknya ke dalam pelukan. Doanya moga suatu masa nanti, dia mampu untuk memeluk Afliq sebagaimana dia memeluk Najihah.

* Ada terfikir nak tukar tajuk Kasih Fatimah tu tapi.... Siapa2 yg bermurah hati nak tolong crikan tjuk baru, boleh la tolong yee... :) Nk tjuk yg pling ringkas, xmo jiwang2. Hehe...