Monday, 2 September 2013

Kerana Dia Zaujahku Bab 7

Ulfah sebak. Lama sudah dia tidak mendengar suara abah kesayangan. Nasib baik Afliq bermurah hati mencari nombor telefon abahnya. Rasa menyesal pun ada sebab tidak mengingati nombor telefon abah sendiri. Nombor rumah pun dia ingat-ingat lupa. Heh, kena jadikan pengajaran ni. Lepas ni semua nombor yang penting dia kena hafal.
“Abah, Fatma ni. Abah sihat?” Airmata dah bertakung. Tungga masa sahaja untuk gugur.
“Fatma! Alhamdulillah, abah sihat. Fatma macam mana? Sihat? Baru semalam Faizudin datang,” suara Tuan Uzair kedengaran gembira. Jantung Ulfah berlari tidak sekata. Faizudin bertemu abah?
“Buat apa dia jumpa abah?”
“Datang tanya khabar. Kenapa tak balik sekali dengan suami kamu?” soalan Tuan Uzair mematikan sel darah merah Ulfah.
“Abah, nanti Fatma call abah balik. Ada hal. Assalamualaikum,” pantas dia mematikan talian. Dia perlu bertindak segera! Nombor Afliq didail.
“Hello!”
“Wohoa! Perlahankan la sikit tone suara tu. Aku belum pekak lagi la,” marah Afliq. Mahu cair tahi telinga kalau hari-hari kena macam ni.
“Kau kena tolong aku!” Cemas suara Ulfah.
“Kejap. Kau bertenang dulu. Cerita kat aku satu-satu,” ujar Afliq. Dia yang baru selesai mandi hanya sempat membalut tubuh dengan tuala. Rambut masih basah.
“Faizudin…” Esak tangis mula kedengaran. Afliq menggaru kepala sendiri. Asal perempuan ni emo sangat, hah? Bosan aku!
“Kenapa dengan keparat tu?”
“Dia jumpa abah.” Badan Afliq tegak.
“Apa?!”
“Dia jumpa abah kat kampung!” Jerit Ulfah. Tadi kata tak pekak, ni belum apa-apa dah pekak balik ke?
“Dia ada cerita apa-apa ke?”
“Aku rasa tak kot sebab abah macam biasa aje.”
“Okey. Biar aku settle hal tu. Esok aku minta Ikhwan hantar kau pergi rumah baru kau dekat Cheras. Pandai-pandailah kau hidup kat situ. Duit belanja aku dah bagi dekat Ikhwan. Apa-apa hal, contact Ikhwan aje nanti,” pesan Afliq.
“Abah macam mana?”
Suara Ulfah kedengaran sayu. Afliq menghela nafas. Dengar suara Ulfah dalam phone pun dah rasa lain, kalau duduk dekat ni mau kena terkam perempuan ni. Allah! Wake up, Am! Jangan buat kerja gila! Astaghfirullahalazim!
“Hal abah tu biar aku settle. Kau jangan risau. Before aku fly, aku akan make sure yang kau selamat,” janji Afliq. Ulfah pula terdiam memikir.
“Ulfah Fatimah, anything else?” soal Afliq apabila Ulfah hanya mendiamkan diri.
“Kenapa kau tolong aku?” soalan itu yang terkeluar. Afliq pula terdiam.
“Nanti kau akan tahu jugak. Okeylah, aku ada hal ni. Nanti ada apa-apa, kau minta tolong Ikhwan. Aku tak boleh jumpa kau buat masa ni. Busy dengan preparation aku nak fly,” ujar Afliq. Heh, busy la sangat. Padahal busy nak larikan diri dari Ulfah buat sementara waktu.
“Kejap. Aku nak tanya something ni.” Afliq tidak jadi memutuskan talian.
“Apa?”
“Kau sambung study kat mana?”
“Do I need to tell you?”
“Of course! Kau nak aku tunggu kau kat sini macam orang gila sedangkan aku langsung tak tahu kau kat mana? Macam tu ke?” Ulfah jadi geram.
“Kau nak tunggu aku?” Ulfah tersedak sendiri. Afliq dah tersenyum lebar. Hailah, inikah cinta?!
“Huh! Boleh blah!” Menyesal Ulfah menanyakan soal itu kepada Afliq.
“Janganlah!” Meledak Afliq ketawa.
“New Zealand. University of Auckland. Nanti google la kalau nak lebih tahu lagi,” ujar Afliq.
“Berapa tahun kau kat sana?” Ulfah membaringkan badan ke katil. Dah macam monyet bergayut aje gayanya. Dengan Faizudin dulu, haram nak bergayut macam ni.
“Tiga tahun. Tapi jangan risau, setiap kali summer, aku balik sini. Ni dah second year kat sana. Dah nak habis pun,” cerita Afliq.
“Ambil apa?” Afliq ternganga.
“Hah? Ambil apa? Apa yang ambil apa?”
Afliq berkerut dahi. Kepala pun dah sama pening dengan soalan. Dari berdiri, dia melabuh duduk dibirai katil. Ulfah hujung talian dah rasa nak hantuk kepala dekat bucu katil. Apa bengap sangat mamat ni?
“Kau ambil course apa kat sana? Abang aku pun ada study kat overseas,” ujar Ulfah perlahan. Afliq tergamam.
“Kau ada abang?” Ulfah tersentak. Hailah, macam mana boleh terkeluar ni?
“Err… Kau ambil course apa?” Gadis it menggigit bibir sendiri. Afliq menyebak rambut depannya ke belakang.
“Bachelor of Commercer Major in Accounting and Major in Finance. Kat sana mostly students memang buat double major.”
“Tak penat ke?” Afliq tertawa.
“Kalau dah minat, tak rasa pun penat tu.” Afliq senyum. Kalau tak minat, tak adanya dia menentang papa semata-mata tak nak study bidang business.
Dia masih ingat sewaktu dia sembunyi-sembunyi membuat preparation untuk ke New Zealand tanpa pengetahuan papanya. Nasib baiklah Puan Sri Suria sanggup membantunya. Dia sendiri yang menghantar Afliq ke Sunway University untuk program Australian Matriculation (ausmat).
 “Kau memang minat ke?”
“Sangat. Kenapa tanya?”
“Aku tak suka.” Ulfah menghela nafas.
“Tak suka apa?”Afliq mengerutkan dahi.
“Tak suka account.”
“Kau amek account ke?”
“Ya. Masa form 4 and form 5. Sakit kepala. Pening,” jujur Ulfah berkata. Afliq tergelak kecil. Hilang terus kesibukan yang dikatakan kepada Ulfah tadi. Sempat pula bergelak sakan.
“Result SPM kau okey aje aku tengok.” Ulfah kerut dahi.
“Mana kau tahu tentang result aku?” soal Ulfah. Sebelum ini pun Afliq ada menyebut tentang result SPMnya namun Ulfah tidak ambil pusing waktu itu.
“Semua pasal kau tu aku tahu. Aku bukan jenis lelaki yang main aci redah aje ambil perempuan buat bini. Ada la sikit homework aku buat pasal kau before kau kahwin dengan Faizudin tu,” kata Afliq. Terlopong Ulfah.
“Kau…”
“Aku nak tahu pasal abang kau,” potong Afliq tanpa sempat Ulfah bertanya lebih lanjut.
“He’s dead.” Ujar Ulfah lantas memutuskan talian. Afliq terkedu. Dia cuba mendail kembali namun Ulfah sudah mematikan handphonenya.
Ulfah membiarkan airmatanya terus mengalir. Abang Syamil, Fatma rindukan abang! Bantal dicapai dan ditekup ke wajah. He’s dead! Suara itu bergema di dalam mindanya. No! Abang Syamil masih hidup. Dia tak mati lagi. Dia hidup lagi, rintih Ulfah.
Airmata terus mengalir tanpa henti. Peritnya sebuah kebenaran yang terpaksa ditelan namun lebih perit lagi hati-hati yang menanggungnya. Tidak terdaya rasanya untuk memberitahu si penanya yang bertanyakan soal abang kandungnya itu. Dia hanya mampu menjawab, he’s dead. Itu yang diajar abahnya walau hakikat sebenarnya berlainan.

“Kak Fatma, jom solat Maghrib. Abang dah tunggu tu,” suara lembut Iman menyapa pendengaran Ulfah.
“Kejap. Akak nak ambil wudhu’ dulu,” balas Ulfah seraya bergegas ke bilik air. Iman yang lengkap berpakaian solat itu melangkah masuk ke bilik Ulfah. Esok Ulfah akan berpindah dan dia bakal kehilangan kakak yang baik. Dia pasti akan rindukan Ulfah.
Ulfah keluar dari bilik air dan segera mencapai telekungnya. Iman hanya memerhati tingkah gadis kecil molek itu. Selama seminggu Ulfah tinggal bersama mereka, Iman sering memerhati gelagat gadis itu. Dia seorang yang agak kelam-kabut tapi comel. Mungkin sebab itu Abang Am terpikat padanya.
Pernah juga Iman bertanya Ikhwan kenapa Ulfah bersembunyi di rumah mereka namun abangnya itu tidak memberi jawapan yang sewajarnya. Katanya, itu masalah Ulfah dan mereka tidak boleh campur tangan. Selagi mana perkara yang Ulfah lakukan itu tidak menjejaskan hidup mereka, maka mereka perlu menolong gadis itu.
“Iman, jomlah. Akak dah siap ni,” ujar Ulfah. Iman yang sedang termenung itu tersentak sedikit.
“Oh, jom. Sorry.”
“Menungkan apa ni?” Iman senyum. Tawar.
“Kalau akak dah pindah nanti, mesti Iman bosan.” Anak gadis berusia 17 tahun itu menunduk.
“Iman boleh pergi rumah akak bila cuti sekolah or weekend,” ujar Ulfah dengan senyuman. Dia juga sudah mula menyayangi gadis itu. Ulfah menarik lengan gadis itu dan mereka beriringan ke bilik solat.
Ikhwan yang sedang duduk diatas sejadah itu mengakhiri bacaannya sebelum menyimpan kembali tafsir Al-Quran ke atas almari. Dia memandang wajah adiknya dan Ulfah. Mereka nampak mesra berdua.
“Dah boleh solat sekarang?” soal Ikhwan seraya menjeling jam di meja kanannya. Ulfah angguk. Iman pula mengenyitkan mata ke arah abangnya.
Ulfah mengambil tempat disebelah Iman. Dia tenang di rumah itu bersama Ikhwan dan Iman. Terasa jiwanya yang dahulu kosong berisi kembali. Segala resahnya menghilang. Ya Allah, terima kasih untuk segalanya!
Usai membacakan doa, Iman menyalami tangan abangnya. Lelaki itu pula mengusap kepala si adik dan mencium ubun-ubun Iman penuh kasih. Ulfah memerhati perlakuan kedua beradik itu penuh minat. Rasa rindu tiba-tiba bertamu. Rindu untuk merasai kembali suasana yang sama yang pernah dialaminya dahulu. Tapi mungkinkah semua itu terjadi? Pada Allah, tiada yang mustahil, Fatma. Kun faya kun!
“Akak, salam,” tegur Iman apabila dilihat Ulfah sedang termenung panjang.
“Hah?” Terlopong Ulfah. Ikhwan sudah tergelak kecil dengan reaksi gadis itu. Sedikit sebanyak dia terhibur dengan gelagat Ulfah.
“Nak salam ni,” ujar Iman lagi dengan sengihan nakal. Ulfah terangguk-angguk dan menghulurkan tangannya. Pantas Iman menyalami dan mencium tangan itu. Mereka berpelukan sejenak sebelum Ulfah mencium dahi Iman.
“Akak menungkan apa ni?”
“Nothing. Homesick mungkin,” balas Ulfah dengan senyuman hambar.
“Am tak ada cakap ke dia nak balik kampung awak?” celah Ikhwan. Tercekik Ulfah mendengar pertanyaan Ikhwan itu.
“Apa? Dia nak balik kampung saya?” Ikhwan angguk.
“Buat apa? Dia tak ada bagitahu saya pun.” Ulfah mengetap bibir.
“Saya tak pasti tapi rasanya ada kaitan dengan abah awak.” Ulfah bingkas berdiri. Dia perlu menelefon Afliq!
“Thanks! Iman, akak masuk bilik kejap. Lepas Isya’ kita tadarus sama-sama ye,” ujar Ulfah lantas berlalu ke biliknya. Iman terpinga-pinga. Ikhwan pula hanya memandang kelibat Ulfah sehingga kelibat itu menghilang.

Afliq memandang wajah tua Tuan Uzair. Dia tidak menyangka lelaki itu akan menyambut kehadirannya dengan tangan terbuka. Sangkanya lelaki itu sombong kerana pertama kali mereka berjumpa sewaktu dia menemani Faizudin datang merisik Ulfah, lelaki itu melayannya dengan acuh tidak acuh sahaja.
Tiba-tiba dia teringatkan Ulfah. Ah, rindunya pada gadis itu. Dirumah inilah kali pertama dia berjumpa Ulfah. Dirumah inilah kali pertama di dalam hidupnya dia jatuh cinta. Dirumah ini jugalah cintanya semakin mekar buat gadis itu.
“Am, kau nak ke mana?” soal Faizudin apabila melihat kawan yang baru dikenalinya dikelab malam itu membuka pintu bilik.
“Aku nak pergi membuang. Kau tidurlah dulu. Lewat dah ni. Esok dah kena bertolak pagi-pagi. Subuh tu kena bangun awal. Karang kena reject dengan bakal bapa mertua nanti,” jawab Afliq dengan kerutan didahi. Perutnya semakin meragam. Faizudin menayaag sengih. Dia mengangguk dan kembali berbaring.
Afliq bergegas menuju ke dapur rumah. Jam dah berdenting tiga kali diruang tamu menandakan waktu sudah menjangkau ke pukul 12 tengah malam dan sememangnya rumah Tuan Uzair itu sudah gelap gelita. Seawal pukul 10 malam lagi Tuan Uzair sudah tidur. Begitu juga dengan Ulfah dan adik sepupunya, Izzati.
Afliq kembali mengatur langkah ke biliknya usai sahaja menyelesaikan urusannya. Ini semua kes makan pedas masa makan malam tadi. Sambal belacan Ulfah memang superb pedas. Mahu terkeluar usus perutnya.
“Kak Fatma, dah okey ke?” suara Izzati sayup-sayup kedengaran.
Afliq tidak jadi meneruskan langkahnya. Dia melencong ke bilik Tuan Uzair yang terang benderang itu. Pintu bilik yang terbuka sedikit memberi peluang kepada Afliq untuk mencuri pandang ke dalam bilik itu.
Wajah Ulfah yang tidak bertudung itu terpamer diruang mata. Dada Afliq berombak kencang. Itu kali pertama dia melihat Ulfah begitu. Kelibat Izzati tidak kelihatan di mana-mana. Hanya Ulfah yang berpakaian pyjama itu sahaja yang dilihat. Tuan Uzair sedang berbaring di atas katilnya.
“Abah, macam mana? Dah rasa okey sikit?” soal Ulfah seraya mengusap kepala abahnya.
“Alhamdulillah. Abah dah rasa okey sikit. Kepala dah tak berat macam tadi,” jawab Tuan Uzair lemah.
“Abah ni. Dah banyak kali Fatma pesan, jangan makan daging tu banyak sangat. Tengok sekarang apa dah jadi. Selalu macam ni tau,” bebel Ulfah dengan wajah berkerut.
“Abah makan sikit aje tadi.”
“Kalau sikit, tak adanya sampai macam ni.”
“Fatma, abah okey.” Ulfah buat muka. Gaya dah macam nak menangis.
“Fatma sayang abah tau!” Dia meletakkan kepalanya ke dada Tuan Uzair. Afliq memandang dengan dada terasa sebak. Papa, desis hatinya tiba-tiba.
Dan dari situ dia mula jatuh cinta. Dari situ dia juga dia mula mengakui bahawa cinta itu ada. Cinta yang tak punya alasan. Cinta yang datang dengan sendiri. Cinta yang tanpa paksaan. Cinta yang mampu membuat jantungnya berlari pecut seperti kuda. Cinta yang akan dipertahankan sehingga ke akhir hayatnya.
Lagu chorus Firefly dari Owl City kedengaran nyaring menyebabkan segala ingatan Afliq terbang melayang. Skrin dipandang lama. Terpapar nama Ulfah disitu. Dikerling sekilas ke wajah Tuan Uzair yang sedang berehat melihat televisyen.
“Siapa telefon kamu tu?” soal Tuan Uzair. Afliq terkaku sesaat sebelum wajah menayang sengih.
“Err… Kawan, abah.” Tuan Uzair angguk. Afliq membiarkan sahaja panggilan itu tidak berjawab.
“Kenapa tak diangkatnya tu?”
“Malaslah, abah. Lepas Isya’ nanti Am call dia balik. Abah nak makan? Am panaskan lauk tadi ye?” Afliq senang dengan Tuan Uzair. Lelaki itu tidak seperti papa yang dingin tahap ais batu kutub selatan.
“Yelah. Boleh jugak. Abah pun lapar ni,” ujar Tuan Uzair. Dia sudah biasa membiasakan dirinya sebagai abah kepada Afliq dan Faizudin. Mereka pun dah dianggap seperti anak sendiri.
Afliq berlalu ke dapur. Dia masih tidak punya kekuatan untuk menceritakan hal sebenar kepada orang tua itu. Biarlah nanti Ulfah sendiri yang bercerita. Mungkin itu lebih menyakinkan Tuan Uzair. Dia pun sudah memberitahu niatnya untuk membawa lelaki separuh umur itu ke Kuala Lumpur menemui Ulfah dan Tuan Uzair dengan senang hati bersetuju.

Dia tersentuh dengan layanan baik Tuan Uzair. Lelaki itu sering mengajaknya untuk berjemaah di surau. Hanya hari ini sahaja dia ke surau tanpa Tuan Uzair, itupun kerana lelaki itu tidak sihat. Lepas sahaja solat Maghrib, dia bergegas balik untuk memastikan bahawa lelaki itu selamat. Tidak betah untuk meninggalkan lelaki itu keeorangan apatah lagi dengan kenyataan bahawa Faizudin sedang menunggu masa yang sesuai untuk mencari mangsanya!

*May Allah bless you. :) To those yg rasa nak join group kat fb bleh la request kat sini ---> https://www.facebook.com/groups/355080364517564/

Sunday, 25 August 2013

Kerana Dia Zaujahku Bab 5

Ulfah teragak-agak mahu membuka pintu. Suara Ikhwan masih kedengaran memanggilnya namun Ulfah takut. Takut perkara yang sama berulang lagi. Apatah lagi suara Afliq langsung tidak kedengaran menjamah halwa telinganya. Akhirnya dia hanya memeluk lutut sendiri di atas katil tanpa bergerak ke mana-mana.
“Ulfah, saya tinggalkan pakaian untuk awak kat depan pintu. Makanan ada bawah saji. Kalau nak apa-apa, boleh minta dengan adik saya, Iman. Pukul 2 nanti dia balik dari sekolah. Saya pergi kerja dulu,” laung Ikhwan selepas berputus asa untuk terus memanggil Ulfah.
Ulfah diam mendengar. Bunyi keriukan pintu melegakan gadis itu. Dia mengambil masa beberapa minit untuk keluar dari biliknya. Kepalanya terteleng ke kanan dan ke kiri untuk memastikan bahawa Ikhwan sudah pergi bekerja. Dia menarik nafas lega sebaik sahaja berasa yakin bahawa lelaki itu tiada.
Matanya menghala ke arah kaki. Satu plastik berjenama AspirasiHana mendapat perhatiannya. Bergegas dia mendapatkan plastik itu dan kembali masuk ke bilik. Dia melabuh sila di atas katil dan mula menyelongkar barang-barang yang penuh satu plastik itu.
Baju kurung cotton berbunga kecil warna ungu dan tanah berwarna putih susu.
Baju t-shirt labuh berwarna ungu muda.
Skirt labuh berwarna hitam.
Tudung bawal plain berwarna ungu muda.
Anak tudung warna hitam.
Pengikat rambut. Ada 2 pasang. Dua-dua berwarna ungu.
Sandal bersaiz 5.
Stoking panjang berwarna hitam.
Usai mengeluarkan semua barang-barang yang terdapat dalam beg plastik itu, satu nota melayang dihadapan mata. Ulfah pantas mencapai nota ringkas itu. Tulisan berangkai yang kemas itu dibaca oleh Ulfah dengan dahi berkerut.
Dear Ulfah Fatimah,
Aku tahu kau minat ungu so, everything is purple! Tudung and baju kurung tu aku minta tolong Iman pilihkan untuk kau. Sandal, anak tudung and pengikat rambut tu pun, Iman yang pilihkan. Baju t-shirt tu aku pilihkan tapi Ikhwan yang suggest supaya aku beli untuk kau. Kaki kau saiz 5 kan? Hope my guess is correct sebab kaki kau kecik! Stoking tu, Ikhwan yang berkeras nak aku pilihkan untuk kau. He told me that you should wear it to cover your aurat so I just bought it for you. Make sure you wear it!
                                                                                                            Afliq Arham.
Ulfah hampir menitiskan airmata membaca nota panjang itu. Oh, Ikhwan! You know me better! Thanks a lot. Thank you Allah for sending them to me. Ulfah mencapai tuala yang diberi oleh Ikhwan semalam kepadanya. Dia perlu membersihkan diri.
Usai membersihkan diri, Ulfah mengenakan baju t-shirt barunya itu dan dipadankan dengan skirt labuh sampai ke buku lali itu. Terasa diri lebih bersemangat untuk meneruskan hari-hari mendatang. Tudung dicapai dan dipakaikan kepala. Tangannya lincah membetulkan kedudukan tudung itu sebelum semuanya membeku. Eh, macam mana nak pakai tudung ni? Pin pun tak ada? Alamak! Ulfah menggaru kepala sendiri.
Pintu biliknya diketuk dengan kuat. Ulfah terkejut beruk. Dia mengurut dada sendiri. Ni nak bagi pintu roboh ke apa? Iman ke? Eh, bukan Ikhwan kata Iman balik pukul 2 petang ni ke? Ni baru pukul 10 pagi. Makhluk mana yang boleh terjah masuk rumah Ikhwan?
“Ulfah Fatimah, bukak pintu ni!” Suara Afliq begitu kuat kedengaran bersama ketukan dipintu.
“Kejaplah!” Balas Ulfah dengan nada geram. Tudung bawal itu hanya diikat reben dan bergegas membuka pintu bilik.
Afliq yang memandang terkaku. Ulfah ke ni? Ulfah pula terpinga-pinga. Afliq sudah bantai gelak sampai terduduk menekan perut. Berkerut dahi Ulfah melihat gelagat Afliq.
“Kau ni dah kenapa, hah?” Marah Ulfah.
“Kenapa pakai macam nenek kebayan ni? Kau tak reti pakai tudung ke?” soal Afliq. Ulfah mendengus geram.
“Pin tudung tak adalah!”
“Kau pergi ambil tudung sarung tu kat bilik Iman. Bilik dia kat tepi dapur tu,” arah Afliq seraya berlalu ke dapur.
“Cepat sikit. Aku ada bawak nasi lemak untuk kau ni,” laung Afliq dari dapur. Ulfah mengetap bibir geram. Semua benda yang disuruh Afliq, dia hanya menurut seperti lembu dicucuk hidung. Langsung tiada peluang untuk membantah.
Dalam pada memprotes, Ulfah gagahkan juga diri untuk ke bilik Iman. Masuk sahaja ke bilik gadis belasan tahun itu, matanya tertancap pada satu bingkai gambar yang memuatkan gambar keluarga.
Seorang lelaki separuh abad duduk di atas kerusi di sisi seorang wanita bertudung labuh. Ikhwan pula berdiri dibelakang kedua-dua orang tuanya dengan senyuman sambil memeluk bahu Iman. Mereka nampak bahagia!
“Ibu dengan ayah dah meninggal dua tahun lepas. Sekarang ni Ikhwan cuma ada Iman aje,” satu suara kedengaran berbisik dibelakang Ulfah. Gadis itu terkaku ditempatnya. Jika dia berpusing untuk melihat gerangan manusia itu, dia pasti akan bersentuhan dengan lelaki itu.
“Macam mana ibu dengan ayah boleh meninggal?” soal Ulfah. Nafas sudah terasa sesak. Kenapa mamat ni duduk dekat sangat? Alahai.
“Accident.”
“Kesian.” Ulfah pandang wajah bersih ibu dan ayah Ikhwan. Semoga ditempatkan dikalangan orang yang beriman, amin!
“Take your time. Dah siap pakai tudung, pergi dapur nanti. Makan,” ujar Afliq lantas menjauhkan dirinya sedikit dari Ulfah. Gadis itu mengangguk. Akur.
“Tudung cream tu nampak cantik kalau kau pakai,” sambung Afliq lagi. Ulfah berpusing mengadap lelaki itu. Dia buat muka geram. Afliq tayang sengih comelnya.
“Seriously, memang cantik kalau kau pakai. Aku tak tipu,” tangan diangkat seperti bersumpah. Ulfah menjeling tajam.
“Boleh keluar tak?” Afliq angkat kedua-dua tangan. Surrender. Segera dia kembali ke dapur.
Ulfah kembali memandang bingkai gambar yang tergantung itu. Matanya terpaku pada tulisan di satu sudut bingkai itu. Tulisan kecil yang bisa menarik perhatian Ulfah untuk membaca dan menghayatinya. Tulisan Iman ke ni?
Bahagia itu ada dimana-mana
Setiap masa dan ketika
Bahagia itu ada pada hati
Dimiliki oleh insan yang inginkannya
- Iman sayang ibu dan ayah kerana Allah.
IMAN NURAINA, IKHWAN KHALISH
Bahagia. Ia ada di mana-mana. Ia ada di dalam hati setiap manusia yang mendambakannya. Semoga Iman dan Ikhwan bertemu dengan bahagia itu. Ya Allah, kuatkan hatiku sebagaimana Kau menguatkan hati Iman. Tabahkan aku sebagaimana Kau tabahkan hati Iman. Bimbinglah aku, ya Allah. Aku mahu bahagia. Bahagia dalam redha-Mu.
“Ulfah Fatimah!”
Gadis itu melepaskan keluhan. Afliq ni memang jenis manusia yang tak boleh tengok orang senang sikit ke? Semedang aje tahu macam mana nak sakitkan hati orang. Karang kalau aku mengamuk, ada jugak yang tercampak keluar dari tingkat 6 ni.
“Kejaplah. Tak boleh sabar sikit ke?” Balas Ulfah dengan nada mendatar. Tudung sarung dicapai.  Warna cream. Tudung yang Afliq suggest.
“Aku dah lapar ni.” Rengek Afliq.
“Ek eleh, makan la dulu. Tak payah nak buat baik tunggu aku,” cebik Ulfah.
Dia melabuhkan duduk di hadapan Afliq. Lelaki itu pandang wajah Ulfah dengan mata tidak berkelip. Cantiknya minah ni. Apa yang selalu Ikhwan sebut bila tengok something yang cantik? Hah, dia sebut Subhanallah!
“Subhanallah,” terpacul ayat itu dari bibir Afliq.
“Hah?” Ulfah mengerutkan dahi.
Dia pandang Afliq yang masih tidak berkelip memandangnya. Automatik dia membetulkan duduk dan buat touch up kepada pakaiannya. Manalah tahu ada yang terkoyak. Tu yang Afliq pandang sampai nak keluar biji mata! Ulfah geram. Afliq masih juga macam anak patung, langsung tak bergerak. Dia berdehem beberapa kali.
“Astaghfirullahalazim!” Ulfah menaikkan nada suaranya.
Afliq terpinga-pinga. “ Apa?” soalnya dengan menayang muka tidak berdosa. Dia membetulkan duduknya untuk menghilangkan rasa muka yang menebal itu.
“Bila tengok something yang buat kita amazed, kita ucap subhanallah. Tapi bila kita sedar kita dah buat dosa, cepat-cepat kena istighfar. Buat dosa tu termasuk jugak dengan pandang bini orang dengan fikiran yang entah apa-apa. Abah yang ajar,” selamba badak Ulfah menutur ayat. Memang dia bukan pelajar agama tapi kalau setakat benda basic tu dia tahulah. Apa guna jadi orang Islam kalau basic pun ke laut? Hampagas aje!
“Buat dosa? Bila?”
“Duduk berdua macam ni pun tengah kumpul dosa tau tapi sebab kau bawak makanan, takkan aku nak tinggal kau sensorang kat sini,” ujar Ulfah lantas menundukkan wajah.
“Pintu tu terbukak, okey. Grill aje yang berkunci and Allah knows what we doing in here. He knows everything, okay.”
“And I know that when the two of us are alone, the third is Satan. So, tak clear lagi ke?” Afliq pandang Ulfah.
“Jom kahwin.” Ulfah ternganga. Senangnya mamat ni mengajak.
“Hey, are you out of your mind?! Aku ni bini orang lagi tau! Jangan nak mengarut boleh tak?” Marah Ulfah.
“Why not?”
Ulfah mengalihkan pandangannya ke sekitar ruang makan kecil yang bersambung dengan dapur itu. Inikah lelaki Melayu yang bergelar Islam? Apakah dia tidak tahu tentang hukum meminang atas pinangan saudaranya? Kasihannya dia!
“Kalau betul kau nak jadikan aku isteri kau, aku ada syarat.” Ulfah nekad.
Apa guna punya suami kalau tidak tahu tentang agama? Apa guna punya suami kalau dia tak mampu nak menjadi imam untuk isteri sendiri? Apa guna ada suami kalau perihal agama pun ke laut? Apa guna mahu jadi suami kalau tidak menitikberatkan soal agama? Paling penting, untuk apa kahwin kalau bukan sebab Allah dan mahu mencontohi sunnah Rasul-Nya?
“Apa?” Afliq sabar menanti.
“Mas kahwinnya nanti, aku nak surah An-Nuur. Hafal dan hadam maknanya sekali. Before akad nikah, kau kena tasmek (memperdengarkan) depan abah dan tok kadi. Setuju?” Afliq dah terlopong. Ulfah mencapai nasi bungkusnya dan selamba badak berlalu ke bilik.

Anis Najihah pandang kembarnya, Anis Nadihah. Si kembar angkat bahu. Masing-masing kembali menatap wajah si abang sulung.  Direnung satu persatu. Tangan kanan dipicit ke dahi. Tangan kiri pula dimainkan disekitar janggut sejemputnya itu. Sah! Memang si abang sulung ada masalah Negara.
“Along, ada masalah ke? Termenung aje,” tegur Nadihah.
“Dah tahu lagi mahu tanya ke?” Dingin suara itu membalas. Najihah dah menikus. Dia menarik lengan baju tidur si kakak kembarnya.
“Di, jom masuk bilik,” ajaknya dengan suara berbisik.
“Kejaplah, Ji. Kasihan kat Along tu. Takkan nak tinggal Along? Nak biar aje dia monyok macam tu?” bantah Nadihah.
“Along garang.”
“Along tak makan oranglah, Ji.” Najihah memuncung.
“Memang tak makan tapi nak telan orang aje,” gumam Najihah dengan nada rendah. Nadihah tersenyum. Najihah memang manja berbanding dirinya.
“Dia abang kita, Ji.”
“Tahu. Sebab tu dia ada dalam rumah ni. Kalau tak, dah lama Ji halau dengan batang penyapu,” Najihah mengerling si abang yang duduk berteleku atas sofa itu. Nadihah menarik si adik kembar untuk mendekati Along mereka.
“Kalau Along ada masalah, boleh bagitahu kami. Kot-kot kami boleh tolong Along,” lembut suara Nadihah menyapa halwa telinga Afliq.
Afliq pandang adik-adik kembarnya itu sekilas sebelum menghembuskan nafas berat. Dia bukan tidak rasa sayang kepada adik-adiknya itu namun dia bukan jenis lelaki yang pandai tunjuk rasa sayang itu. Bila dia rasa perlu sahaja baru dia akan tunjuk itupun dengan cara yang susah untuk orang faham.
Lagipun, adik beradiknya yang berlainan ibu itu takut mahu mendekatinya. Afliq pula tidak pernah mahu melayan adik-adiknya dengan lebih lembut. Dia main aci redah aje. Ikut kepala sendiri tanpa fikir perasaan orang sekeliling.
“Duduk,” arahnya.
Nadihah mengangguk pantas lantas menarik Najihah untuk duduk bersamanya. Najihah melangkah dengan berat hati mengikuti si kakak.
“Ji dengan Di sekolah agama kan?” Adik-adik berduanya itu mengangguk.
“Kenapa nak sekolah agama?” Najihah menunduk. Langsung tidak mahu menentang mata si abang. Hanya Nadihah yang berani.
“Kenapa Along tanya macam tu?”
“Bila Along tanya, jawab ajelah.” Afliq mendengus tidak suka.
“Mama yang hantar. Dia kata walaupun dia bukan baik sangat, at least dia nak anak-anak dia tahu agama. Kenal Allah, kenal Rasul, kenal sahabat-sahabat. Paling penting, anak-anak dia amal segala perintah Allah,” jawab Nadihah yakin.
“So, Di pergi sana bukan atas kehendak diri?” Nadihah tersenyum.
“Honestly, mula-mula tu Di pergi sebab mama. Sekarang, Alhamdulillah Di pergi kerana Allah.”
“Kalau Di dengan Ji tahu tentang agama, apa yang korang nak buat dengan papa and mama tu? Takkan nak biarkan aje diorang macam tu? Abai soal agama, lalai dengan dunia sampai anak sendiri pun jadi macam ni?” Nadihah menunduk.
Dia tahu siapa anak sendiri yang Afliq katakan itu. Dia sendiri pernah rasa apa yang Afliq rasa waktu pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah agama itu 4 tahun lalu. Namun dia bernasib baik kerana punya Najihah dan sahabat-sahabat yang sudi membantu.
Tapi Afliq? Abangnya itu membesar dalam kemewahan. Tiada langsung tarbiyyah agama diberikan padanya. Hanya selepas mengenali Ikhwan barulah abangnya itu sedikit sebanyak berubah.
“Ustaz pernah bagitahu, kita memang tak boleh paksa orang ikut kehendak kita tapi dakwah ni bukan sekadar memberi tazkirah. Kita boleh berdakwah dengan cara kita sendiri. Contoh, bila Ji dengan Di pakai tudung, mama pun dah start beli tudung sarung tu untuk tutup rambut dia. Itu cara dakwah kami untuk tarik mama dan papa. Takkan kami nak biarkan keluarga kami terus ditakuk lama. Kami nak ke syurga bersama-sama orang yang kami sayang,” panjang lebar Nadihah berbicara.
Afliq menunduk. Selalu juga Ikhwan mengucapkan kata-kata itu kepadanya namun dia tidak ambil kisah. Kata Ikhwan, di akhirat nanti kita akan bersama-sama dengan apa yang kita sayang atau cinta. Kalau kita cintakan Rasulullah, pasti kita akan bersama Baginda.
“Layak ke Along?” suara itu menggumam rendah.
“Selagi nafas masih dijasad, selagi itu pintu taubat terbuka luas, Along. Antara nak dengan tak nak aje,” sampuk Najihah yang tadinya menikus.
“Tapi, kalau nak belajar agama kena ada guru. Tak boleh belajar sendiri main aci redah aje,” sambung Najihah lagi.
Afliq bingkas bangun berdiri. Dia mengatur langkah menuju ke tangga. Baru sahaja melangkah ke tangga pertama, dia menghentikan langkah. Kepalanya dipusing memandang adik kembarnya di ruang tamu.
“Thanks. Good night, sis,” ujar Afliq pantas berlalu ke biliknya.
Najihah dan Nadihah terlopong. Segera mata ditala ke arah jam dinding besar gedabak itu. Baru pukul 10 malam. Along tak keluar ke malam ni?
“Apa kena dengan Along tu, Di?”
“Entah. Along dah buang tabiat lama dia ke laut ke malam ni?” Najihah menggeleng tidak tahu.
“Along dah nak mati ke, Di?”
“Uish! Ada pulak tanya macam tu. Doakan yang terbaik buat Along.” Najihah tayang sengih.
“Kalau Along betul-betul nak berubah, Ji orang paling gembira. Ji sayang Along walaupun Along tak sayang kita, Di,” ujar Najihah dengan nada sayu. Nadihah pandang wajah kembarnya itu.
“Along sayang kita cuma dia tak pernah tunjuk aje. Ji ingat masa kita kena kacau dengan samseng waktu pulang dari sekolah?” Najihah pandang Nadihah.
“Masa kita form 2 ke?” Nadihah mengangguk.
“Along pergi belasah samseng tu lepas dengar mama menangis sebab kita kena kacau. Along pergi dengan abang Ikhwan. Abang Ikhwan cakap, Along naik hantu masa tu. Along belasah samseng tu sampai lembik sebab tu Along kena tahan dalam lokap and papa potong elaun Along,” cerita Nadihah.
“Mama tak bagitahu apa-apa pun. Papa cakap Along join kumpulan samseng sebab tu elaun Along kena potong. Kenapa Along senyap aje?”  Najihah terkejut dengan kenyataan yang baru didengarinya itu.
“Dia bukan suka tunjuk apa yang dia buat. Dia banyak berahsia sebab tu Di tak boleh tinggalkan Along bila tengok dia ada masalah. Di sayang Along macam Di sayang Ji, papa dan mama. Dia abang kita dunia akhirat, Ji.” Nadihah menarik senyum namun ternyata hambar.
“Dia kuat, Ji. Walau hebat mana ujian datang pada dia, Along tak pernah merungut. Dia terima seadanya. Cuma, Along kurang didikan agama. Papa pula asyik sibuk dengan bisnes dia sampai Along terabai. Kasihan Along,” sambung Nadihah lagi.

“Sama-sama kita doakan Along ye, Di.” Nadihah menarik adiknya ke dalam pelukan. Doanya moga suatu masa nanti, dia mampu untuk memeluk Afliq sebagaimana dia memeluk Najihah.

* Ada terfikir nak tukar tajuk Kasih Fatimah tu tapi.... Siapa2 yg bermurah hati nak tolong crikan tjuk baru, boleh la tolong yee... :) Nk tjuk yg pling ringkas, xmo jiwang2. Hehe... 

Monday, 19 August 2013

Kerana Dia Zaujahku Bab 3


Pintu bilik dibuka dengan kasar dari luar. Ulfah yang sudah bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan hanya mendiamkan diri di satu sudut bilik. Wajah Faizudin terjengul disebalik pintu bilik itu. Ditangan kanannya terdapat satu plastik cantik yang berjenama butik namun tulisan yang tertera diplastik itu tidak dapat dibaca oleh gadis itu.
            Faizudin mendekati Ulfah. Tangan kirinya mengagau ke dalam plastik itu dan mengeluarkan sehelai baju yang tampak cantik dengan labuci-labuci pelbagai bentuk itu. Ulfah tidak senang hati.
“Nah, kau pakai ni,” Faizudin melemparkan baju itu tepat ke muka Ulfah. Gadis itu tersentak. Baju yang melurut jatuh ke kakinya dipandang sepi.
“Buat apa?” soalnya berani.
“Kalau aku suruh kau pakai, kau pakai ajelah. Tak perlu nak banyak soal. Karang aku kerat lidah kau tu nanti,” herdik Faizudin lantas menolak kepala Ulfah dengan kasar sehingga gadis itu terduduk menyembah lantai.
“Aku tak nak!” Bantah Ulfah dengan berani. Dia tahu baju itu bukan baju biasa. Dari segi ukurannya, Ulfah dapat menganggarkan bahawa baju itu tidak labuh melepasi betisnya.
Faizudin melutut dengan sebelah lututnya dihadapan Ulfah. Rambut hitam lebat Ulfah yang separa bahu itu dicekak dan ditarik ke belakang. Wajah Ulfah terdongak ke siling. Peritnya hanya Allah yang tahu. Sakitnya tak mungkin dapat digambarkan dengan kata-kata.
“Sakitlah!” Jerit Ulfah lagi. Airmatanya sudah bergenang. Hanya mengunggu masa untuk jatuh berderai ke bawah.
“Sakit?” Soal Faizudin. Melihat Ulfah hanya mendiamkan diri, dia menarik dengan lebih kuat rambut gadis itu sehingga badannya melengkung ke belakang.
“Allahuakbar!” Jerit Ulfah.
“Diam! Sekali lagi kau terpekik terlolong, aku patahkan pinggang kau ni,” ugut Faizudin. Ulfah hanya mampu menahan esakan sendiri. Faizudin kini bukan Faizudin dulu yang begitu lembut apabila berbicara dengannya.
“Now, aku nak kau pakai baju ni. Malam ni kau ada customer. Kalau kau berani ingkar perintah aku, mampus bapak kau nanti aku kerjakan,” airmata Ulfah semakin lebat mengalir. Wajah tua ayahnya terlayar diruang mata.
“Tolonglah Iz. Jangan buat aku macam ni. Tolonglah lepaskan aku,” rayu Ulfah lagi. Faizudin hanya tertawa. Dia senang mendengar Ulfah merayu padanya. Terasa seperti gadis itu mengagungkannya.
“Tak mungkin, my dear. Malam ni aje aku akan dapat 10 ribu. Itu belum termasuk dengan servis yang kau bagi dekat Afliq petang tadi. Dia memang berpuas hati dengan layanan kau dan tak ragu-ragu bagi aku 500 ribu in cash. Kau memang menguntungkan aku. Tunggu masa aje aku nak kikis harta si Afliq bodoh tu!” Ujar Faizudin dengan angkuh.
“Kau sanggup tikam belakang kawan kau sendiri? Manusia jenis apa kau ni, hah?!” Tempik Ulfah sekuat hati. Kasihannya jatuh terhadap Afliq namun bila difikirkan tentang apa yang Afliq lakukan padanya, dia rasa sedikit puas. Biar lelaki itu rasa betapa sakitnya dia apabila lelaki itu merampas haknya tanpa keizinannya.
“Aku jenis manusia yang tak pernah puas dengan apa yang aku ada,” bisik Faizudin lantas melepaskan cekakan rambut Ulfah dengan satu dorongan kuat. Gadis itu tersungkur ke lantai.
“Cepat! Aku nak kau bersiap dalam masa 15 minit. Kalau kau masih berdegil, kau tahulah akibatnya macam mana. Teruk kau aku kerjakan nanti,” gertak Faizudin seraya berlalu keluar dari bilik itu.
Perlahan-lahan gadis itu bangkit berdiri. Rasa sakit yang dihadiahkan oleh Faizudin kepada badannya tidak sesakit rasa dihatinya. Selama 21 tahun dia hidup, dia cukup menjaga dirinya, menjaga auratnya. Namun hanya sekelip mata semua itu dirampas. Apa yang lebih menyakitkan hati Ulfah, suaminya sendiri yang membuat onar.
Ulfah mencapai baju yang diberi oleh Faizudin itu. Warna baju itu memang nampak menarik. Warna putih susu. Manik-manik yang berkilauan itu bertaburan memenuhi baju singkat itu. Cantik namun menyeksakan mata-mata yang memandang. Mewah namun tidak mampu menutupi auratnya.

Ulfah memandang wajah sendiri di dalam cermin. Baju singkat separas peha itu benar-benar membuatkan Ulfah merasa dirinya tidak berbaju sama sekali. Dia sendiri terkejut melihat baju berwarna putih susu itu saat Faizudin menghulurkan baju itu kepadanya. Selama dia hidup,  itu kali pertama dia memakai baju seseksi itu dan doanya moga itu adalah kali terakhir buatnya.
            Bunyi keriukan di pintu bilik menyebabkan dada Ulfah berombak kencang. Dia menarik laci meja solek dan mencapai sebotol kecil serbuk yang dibekalkan oleh Afliq. Pintu ditolak kasar dari luar. Ulfah terkaku ditempatnya. Segala kata-kata Afliq kembali terngiang-ngiang ditelinga.
Ya Allah, berikan hamba-Mu ini kekuatan. Tabahkan hatiku. Cekalkan hatiku. Permudahkanlah segala urusanku dalam menjaga diriku. Hanya Kau tempatku berlindung dan meminta pertolongan. Sesungguhnya aku hanya hamba-Mu yang lemah. Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan dan belas kasih-Mu.
Lelaki India yang berkulit agak cerah daripada kebanyakan lelaki India lain itu melangkah masuk dengan senyuman yang tersungging dibibirnya. Ulfah pandang sekilas. Handsome jugak mamat India ni. Ada iras-iras pelakon India. Ulfah tak pasti nama pelakon tu apa tapi dia memang suka tengok filem yang pelakon lelaki itu berlakon.
“Hai, I’m Nathan,” lelaki itu memulakan bicara. Pintu ditutup sebaik sahaja dia melangkah masuk ke ruang kamar bercahaya suram itu. Wajah Ulfah agak sukar dilihat dek kerana cahaya malap dari lampu tidur.
“Ulfah Fatimah, right?” Ulfah masih mendiamkan diri. Nathan semakin merapati gadis itu. Senyumannya semakin melebar. Matanya liar memerhati Ulfah dari atas ke bawah. Cantik!
“Hey, you bisu ke apa ni?” soal Nathan seraya mencapai lengan Ulfah dan menarik gadis itu mendekatinya. Ulfah yang langsung tidak bersedia terdorong ke arah Nathan.
“Lepaskan aku!” Suara Ulfah bergema di dalam bilik itu. Matanya menikam tajam mata kuyu Nathan.
“Ops… Sorry. Sakit ke?” Perlahan-lahan Nathan melepaskan pegangannya. Entah kenapa dia masih berlembut dengan gadis comel itu. Minah ni ada bagi ubat pengasih ke?
Ulfah segera menjauhkan dirinya. Botol kecil ditangan kanannya digenggam erat. Matanya sudah memerah. Rasa marah dan takut bergabung menjadi satu. Memandang wajah Nathan hanya membuatkan dadah Ulfah mendidih.
“It’s okay. I’m use to it,” balas Ulfah dengan nada perlahan. Nathan terkesima mendengar ayat yang dituturkan oleh gadis manis itu.
“I’m sorry again. My bad. Can we have a little chit chat?” soal Nathan penuh sopan. Mahu sahaja Ulfah mencebik mendengar ayat sopan Nathan itu tapi dia sangat bersyukur sebab Nathan bukan lelaki psycho yang main terkam ikut suka hati macam Afliq tu.
Afliq. Afliq Arham. Mengingatinya membuat Ulfah sakit kepala sendiri. Boleh dipercayaikah lelaki itu? Bersungguh-sungguhkah dia dengan misinya itu? Atau dia sebenarnya tak ada niat pun nak selamatkan aku?
“Nanti kau taruk ubat ni dalam air yang mamat tu minum,” sebotol kecil serbuk dihulur ke arah Ulfah. Berkerut dahi gadis itu melihat botol itu.
“Ubat apa ni?” soal Ulfah penuh curiga. Racun ke? Takkan mamat ni nak suruh aku bunuh mamat India tu? Kejam kot!
“Ubat tidur aje.” Ulfah pandang Afliq. Afliq pandang Ulfah balik.
“Bukan racun?” Meledak tawa Afliq.
“Kau ingat aku ni pembunuh ke? Cuba kau tilik muka aku yang handsome ni betul-betul. Ada muka pembunuh bersiri ke?” Ulfah mencebik. Bukan pembunuh tapi perogol bersiri!
“Nanti kau letak ubat ni dalam air and bagi mamat tu minum. Bila dia dah out, kau terus call aku,” Afliq mengeluarkan handphone Nokia Lumia miliknya dan diserahkan kepada Ulfah.
Ulfah pandang handphone ditangan Afliq. Teragak-agak gadis itu mengambil handphone berwarna putih itu. Bersungguh benar lelaki iu mahu menolongnya. Tapi jujurkah dia? Ikhlaskah dia?
“Password, KasihFatimah.” Ulfah angkat muka memandang Afliq yang buat muka selamba badaknya.
“Apa?” Berkerut dahi Ulfah.
“You heard me, Ulfah. Jangan nak buat pekak badak kat sini pulak,” mendatar nada Afliq. Sengaja melontar kata-kata sarkastik untuk cover kegugupannya. Ceh, pandai kau cover diri ye, Arham!
Ulfah buat muka menyampah. Kalau ikutkan kehendak hati, mahu sahaja dia melipat lelaki itu biar patah riuk segala ura belulangnya tapi bila difikirkan betapa lelaki itu banyak menaruh janji padanya malah mahu membantunya menyelamatkan diri, dia akur kehendak takdirnya. Pasti Allah akan berikan yang terbaik buatnya!
            “Ulfah, do you hear me?” Soal Nathan seraya menggawangkan tangannya apabila melihat Ulfah termenung panjang.
Gadis itu tersentak. Dia memarahi diri sendiri kerana terlalu leka dan cuai. Jika Nathan ambil kesempatan tadi, tak ke haru jadinya? Cukuplah Afliq seorang yang pernah ‘merasa’, dia sudah tidak sanggup mahu memberikannya pada Nathan.
“I ambilkan air untuk you.” Ujar Ulfah. Hanya itu yang difikirkan saat itu. Dia mahu cepat-cepat keluar dari neraka dunia milik Faizdin.
“Are you okay, my dear? You jangan nak macam-macam. I bayar you dengan harga mahal tau,” kata Nathan dengan rasa was-was. Ulfah yang membelakangi lelaki itu tersenyum. Wait and see, Nathan!
Ulfah menjalankan misinya dengan berhati-hati. Serbuk yang diberikan oleh Afliq itu dimanfaatkan dengan jayanya. Semoga kau cepat tidur, Nathan! Dengan senyuman yang masih tersungging dibibirnya, Ulfah merapati Nathan yang begitu santai duduk dibirai katil.
“Air,” Ulfah menghulurkan air kosong itu kepada Nathan. Lelaki itu menyambut air tersebut namun dia tidak meminum air yang diberikan. Ulfah sedikit gelisah.
“Kenapa tak minum?” soal Ulfah dengan nada yang sengaja dimanjakan.
“You tak letak ubat tidur dalam air ni kan?” Ulfah buat-buat ketawa.
“Takkan I nak buat macam tu. You tak percayakan I?” Nathan pandang wajah Ulfah. Mencari kebenaran disebalik wajah comel itu.
“I buktikan!” Ulfah mengambil gelas ditangan Nathan dan berpura-pura meneguk air itu. Namun, Ulfah sedikit cuai. Kerongkongnya dibasahi dengan air itu sedikit. Ulfah cuba bertenang.
“Your turn!” Pantas Ulfah menyuakan gelas tersebut kepada Nathan. Lelaki itu meminum air yang dihulurkan tanpa ragu-ragu.
            Ulfah memandang Nathan yang baru sahaja menghabiskan air yang berada di dalam gelas itu. Ulfah meletakkan gelas itu diatas meja solek. Dia pandang gelas itu beberapa ketika. Masih ada kesan ubat di dalam gelas itu dan Ulfah langsung tidak ada niat mahu menghapuskan bukti. Biar Faizudin tahu, dia bukan gadis kampung yang boleh dipermainkan!
            “Come here, my dear,” ajak Nathan dengan mata yang semakin kuyu. Ulfah menelan air liur. Perlahan-lahan dia mendekati Nathan. Kepalanya sendiri sudah berasa berpusing-pusing. Kesan air itukah?
“Tadi you cakap nak berbual dengan I,” ujar Ulfah cuba mencari alasan. Dia melabuh duduk sedikit jauh dari Nathan.
“Kenapa you duduk jauh sangat. Dekatlah sikit. I nak sentuh you. Malam ni you’re my wife,” Nathan senyum. Ulfah mengerutkan dahi. Kenapa mamat ni nampak handsome ye?
Nathan menarik Ulfah mendekatinya. Gadis itu sudah seram sejuk lebih-lebih lagi apabila wajah Nathan semakin mendekati wajahnya. Kenapa pulak mamat ni? Ulfah mengengsot ke belakang. Nathan semakin mendekat. Ulfah mengengsot lagi.
Debuk! Ulfah meraung kesakitan. Nathan tergelak melihat Ulfah sudah terduduk di atas lantai disisi katil. Lelaki itu menghulurkan tangannya untuk menarik Ulfah kembali naik ke katil namun gadis itu mengerutkan dahinya sahaja. Langsung tiada ura-ura untuk menyambut tangan Nathan.
“I peninglah,” adu Nathan.
“You tidurlah dulu. Nanti I kejutkan you,” cadang Ulfah. Dia bingkas berdiri. Skirt pendeknya itu dibetulkan.
“Tak boleh. I nak you malam ni…” Nathan rebah ke atas katil.
Ulfah mengeluh lega. Tersangat lega sebenarnya apabila melihat lelaki itu tumbang ke katil. Bergegas dia mencapai handphone yang disembunyikan dibawah katil. Nombor handphone Afliq didail. Bukan susah pun nak cari nombor lelaki itu sebab hanya nombor lelaki itu sahaja yang ada di dalam list contact handphone Nokia itu.
“Dia dah wassalam ni. Datanglah cepat. Aku pun rasa macam nak wassalam jugak dah ni,” Ulfah tidak sempat memberi salam. Sebaik sahaja talian bersambung, terus dia berbicara.
“Siapa ni?” Satu suara asing kedengaran. Eh, sejak bila suara Afliq bertukar pondan ni?
“Afliq ke ni?” soal Ulfah tergagap-gagap.
“Afliq Arham? Saya mama dia. Siapa ni?” wanita itu bertanya dengan nada garang.
“Ma, what are you doing here?” satu suara sayup-sayup kedengaran. Ulfah pasti itu adalah Afliq.
“Mama nak jenguk anak mama aje. Ni awek Am call.” Ulfah terkedu. Awek? Sorry, aunty. Saya ni bini orang, bukan awek anak aunty tu!
“Ma!” Suara Afliq kedengaran meninggi. Ulfah memicit-micit kepalanya yang sakit. Mata dah berpinar-pinar.
“Hello, Ulfah?”
“Can you make it here fast? Aku rasa aku pun dah nak wassalam ni,” lemah suara Ulfah kedengaran. Dia dah tak boleh nak menahan dari rasa mengantuk. Mata dah makin memberat.
“Hey, jangan berani nak tidur kat situ!” Jerit Afliq dihujung talian. Jantung dah berdegup seperti berlari marathon.
“Aku mengantuk. Kepala ni sakit. Pening. Cepatlah datang,” perlahan suara Ulfah dihujung talian.
“Give me 5 minutes. Make sure kau tak tid…” Talian mati sendiri. Afliq pantas mencapai kunci kereta dan berlari turun ke tingkat bawah.
“Am, nak ke mana tu? Kawan papa nak datang malam ni. Am dah lupa ke?” suara papanya kedengaran dari ruang istirehat.
“Sorry, pa. Can’t make it. Ada hal. Urgent. Am tak balik malam ni. Send my regards to uncle,” laung Afliq kembali.

Sungguhlah. Kerana cinta, manusia sanggup berbuat apa sahaja. Demi cinta, manusia sanggup menggadaikan nyawa. Tapi ke mana cinta itu mahu disalurkan dan untuk apa cinta itu hadir? Ulfah Faimah, Afliq Arham sentiasa berdoa agar ada jodoh antara kita. Saya takkan benarkan sesiapa pun merampas awak dari saya lagi termasuk Faizudin. Saya akan pastikan dia menceraikan awak. Tunggu saya!