So, ini yang last. Saya tak janji Kerana Dia Zaujahku ni akan dibukukan sebab... Entahlah. Haha. After this, sy akan letak teaser je setiap bab kat group tu. Have a good day, guys! :)
Ulfah
merebahkan badannya ke atas sofa. Letih! Masih banyak pinggan mangkuk
yang tidak dibasuh. Nasib baiklah ada Khaulah, Iman, dan si kembar yang
menolongnya untuk memcuci semua pinggan mangkuk itu. Kalau harapkan dia aje,
mahu patah riuk tulang belulangnya.
“Nasib baik tak ramai orang yang kita
jemput. Kalau tidak, Ji surrender tak
nak tolong akak basuh pinggan mangkuk tu,” ujar Najihah yang turut merebahkan
badan ke sofa disisi kakak iparnya itu.
“Nak buat macam mana. Catering pun tak sempat nak tempah.
Nasib baik Cik Alang tolong masakkan. Kalau tidak, makan roti kering dengan air
teh o panas ajelah,” kata Ulfah.
Memang Acik Alang membantu sangat-sangat.
Sanggup redah dari Shah Alam ke Cheras malam-malam buta semata-mata nak tolong
masakkan hidangan untuk orang yang datang ke majlis akad nikah Ulfah. Nasib
baik Acik Alang tu memang ada kedai makan sendiri. Semuanya Acik Alang dengan
suami dia yang prepare. Ulfah hanya
menolong apa yang patut sahaja.
“Khaulah, rehatlah dulu. Kejap lagi kita
sambung balik,” laung Ulfah. Malas dia nak bangun ke dapur untuk mengajak
Khaulah berehat. Lebih senang, dia laungkan aje.
“Kejap. Sikit lagi ni,” balas Khaulah
dari dapur. Pastinya gadis itu sedang bertungkus lumus mengelap pinggan bersama
Iman.
“Akak, nak Di buatkan air tak?” Suara
Nadihah pula kedengaran.
“Boleh jugak. Air sirap ye,” balas
Najihah bagi pihak Ulfah. Tergelak Ulfah dengan telatah anak-anak dara yang
tidak berapa sopan itu. Dengar dek abahnya, mahu kena bebel nanti.
“Sesedap rasa pula order air ye,” Iman pula mencelah. Gadis itu keluar dari dapur
seraya membetulkan kembali lengan bajunya yang disinsing tadi.
“Ala, bukan selalu nak merasa air yang Di
buat,” kata Najihah dengan sengihan melebar. Tudungnya dicampak ke atas meja.
Kipas yang berputar di syiling masih tidak membuat peluhnya kering. Panas!
“Eh, Abang Am dengan abah akak tak balik
lagi ke?” soal Iman apabila melihat Najihah begitu santai tidak bertudung.
“Belum lagi. Isya’ kat masjid terus kot,”
jawab Ulfah. Matanya dipejam beberapa saat.
“Akak bahagia?” soalan Iman yang
tiba-tiba itu terus membuatkan Ulfah duduk menegak.
“Huh?” Mulut gadis itu terlopong.
“Are
you happy?” Najihah tolong menterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris. Haru
betul la dapat adik ipar macam ni.
“Macam mana nak describe apa yang akak rasa sekarang ni ye?” soal Ulfah kepada diri
sendiri.
“Alah, bagitahu aje. Tak payah nak
sorok-sorok kalau dengan kitaorang ni,” Nadihah yang baru keluar dengan dulang
yang ditatang mencelah. Nak juga dia tahu apa isi hati si kakak ipar barunya
itu.
“Entah. Rasa macam lain la. Bila dah jadi
wife orang ni, tanggungjawabnya lagi
besar. Sebelum ni kena fikir untuk diri dan family
tapi bila dah jadi wife orang, kena
fikir untuk diri, suami dan family
suami tu jugak. It’s different.
Sangat different. A huge different,”
kata Ulfah sekali dengan gaya tangan yang didepa panjang.
“It’s
more than happy la apa yang akak rasa sekarang. Nervous pun ada.” Sambung Ulfah lagi.
“Hah, yang part nervous tu kenapa?”
usik Najihah seraya tergelak. Ulfah mencubit pipi gadis itu geram.
“Ke situ pulak!” Masing-masing ketawa
mendengar usikan Najihah itu. Khaulah yang baru keluar dari dapur hanya
menggelengkan kepala. Padanlah Ulfah suka benar berhalaqah dengan budak bertiga
ni, rupa-rupanya mereka pandai buat hati Ulfah bahagia dengan kerenah mereka.
Bunyi kereta berhenti dihadapan pintu
pagar rumah teres itu mengejutkan anak-anak gadis yang sedang bergelak ketawa
itu. Sepantas kilat Najihah menyarung kembali tudung ke kepala. Alongkah?
“Siapa?” soal Iman seraya berpandangan
dengan Ulfah. Gadis itu menggeleng tidak tahu.
“Belum Isya’ lagi, kan?” Nadihah pula
menyoal. Enjin kereta masih tidak dimatikan.
“Belum. Baru pukul 8.15 malam ni,” jawab
Khaulah pula seraya melihat jam di dinding rumah.
“Biar Khaulah tengok,” ujar Khaulah lagi
seraya bergegas ke muka pintu yang grill masih
berkunci. Afliq awal-awal dah pesan, jangan keluar ke mana-mana walaupun mereka
berlima. Bahaya katanya!
“Ya? Encik nak cari siapa?” soal Khaulah
apabila seorang lelaki dengan bagasi besar berdiri didepan pintu pagar.
“Ulfah Fatimah?” Lelaki itu teragak-agak
menyoal.
“Oh, kejap ye. Saya panggilkan dia,”
balas Khaulah. Pasti lelaki ini saudara mara Ulfah. Bergegas dia kembali ke
ruang tamu mendapatkan Ulfah.
“Fatma, ada orang cari Fatma,” ujar
Khaulah. Berkerut dahi Ulfah. Siapa pula yang datang cari dia malam-malam ni?
“Lelaki ke perempuan?” soal Najihah.
“Err… Lelaki.” Masing-masing pandang
wajah Ulfah. Riak gadis itu yang tadinya berkerut wajah sudah bertukar dengan
senyuman melebar. Berlari anak gadis itu mendapatkan tetamunya.
“Jom intai,” ajak Najihah. Masing-masing
turut berlari anak mengejar langkah Ulfah.
“Assalamualaikum,” ujar si tetamu dengan
senyuman melebar. Ulfah terpaku sesaat. Wajah lelaki itu direnung. Airmatanya
perlahan-lahan menuruni pipi.
“Wa’alaikumsalam.” Balasnya perlahan.
“I’m
sorry, sayang,” ucap lelaki itu.
Najihah pandang Nadihah. Iman dah
terlopong. Khaulah menggaru pelipis. Sayang?!
Wajah Afliq berubah tatkala melihat batang
tubuh itu dirangkul erat oleh tangan berotot yang dia pasti dan tahu bahawa dia
tidak kenal lelaki itu. Tuan Uzair disebelahnya hanya terdiam. Lelaki yang
memaut erat bahu Ulfah itu masih membelakangi mereka.
“Eh,
Along dah balik!” Najihah bersuara lantang. Bukan dia tidak perasan wajah si
abang yang dah menyinga.
Lelaki
itu berpaling. Terus senyuman mati apabila mata bertentangan mata dengan
kedua-dua lelaki yang masih berkoiah dan berkain pelikat itu. Dia bangun
berdiri. Ulfah turut bangkit dari duduknya.
“Apa
khabar, abah?” soal lelaki itu lembut. Afliq jatuh rahang. Berani dia panggil
bapa mertuanya abah? Apa hak dia?
“Wei,
kejap. Ni apa kes ni?” Afliq bertanya garang. Direnung wajah lelaki itu dengan
kerutan di dahi.
“Err…
Along,” Nadihah menelan airliur. Angin Alongnya itu bukan boleh pakai sangat.
Karang dibuatnya si abang tengah mood
ke laut, mahunya tercampak lelaki handsome
yang masih memaut bahu Ulfah itu keluar rumah.
Lelaki
itu melepaskan pautannya. Dia bergegas mendapatkan Tuan Uzair tanpa
mengendahkan Afliq yang terlopong melihat aksi selambanya. Afliq menahan marah.
Boleh pulak dia tak hiraukan aku?
Tuan
Uzair menarik lelaki itu ke dalam pelukan dan Afliq tahu lelaki itu punya
ikatan dengan family isterinya tapi ikatan apa sampai dia berani memeluk
isterinya itu? Dia pun belum sempat peluk Ulfah, tiba-tiba orang lain pula yang
dah me’rasmi’kan haknya. Siapa yang tak berasap, bro?
“Syamil,
kenapa dah lama tak balik?” soal Tuan Uzair dengan nada sebak. Sekali lagi
Afliq jatuh rahang. Kepalanya pusing. Scene
drama apa ni??
“Ampunkan
Syamil, abah.” Pelukan dieratkan.
Ulfah
menangis terharu melihat si abang dan ayahnya itu. Suami disebelah buat tak
nampak aje. Mahu sahaja Afliq sekeh kepala si isteri saat itu. Bukan nak layan
suami yang baru balik dari masjid ni, boleh pula dia buat tak nampak? Cis, merajuk
karang!
Pelukan
terlerai. Lelaki itu berpaling memandang Afliq yang masih terpinga-pinga. Serius
muka Afliq buat dia tergelak. Amboi, macam tu sekali ke cemburu dengan abang
ipar sendiri?
“Kau
ni kenapa? Dah tak reti nak salam dengan abang ipar sendiri? Nak jadi adik ipar
derhaka ke?” Afliq membulatkan matanya. Terkejut beruk mendengar soalan lelaki
itu.
“Abang
ipar? Sejak bila kau jadi abang Ulfah Fatimah ni?” soal Afliq. Wajah Hazman
Syamil dipandang dengan riak terkejut plus
pucat tak berdarah.
“Eh,
sejak aku lahirlah. Kau terkejut sangat ni kenapa? Takkan kau tak tahu yang dia
ada abang?” Afliq menggeleng sesungguh hati. Hazman pandang wajah Ulfah.
“Apa
ni, dik?” Ulfah sengih meminta ampun. Hazman mendengus tidak berpuas hati.
Punyalah teruja dia balik sebab nak bertemu dengan adik iparnya itu, sekali si
adik langsung tidak mention kewujudan
dia kepada Afliq.
Memanglah
sedari awal dia tahu Afliq itu bakal menjadi adik iparnya selepas Ulfah
bercerita panjang tentang hal pertunangan mereka tapi si adiknya pula buat hal.
Memang nak minta tittle adik derhaka
la tu sampai dia yang berpangkat abang ni pun Afliq tak tahu bahawasanya dia
wujud.
“Sorrylah, bang. Mana Fatma tahu yang
abang kenal dengan…” Hazman memintas.
“The
psycho guy yang transform dari
Megatron jadi Optimus Prime tu?” Ulfah tak jadi meneruskan kata-katanya. Dan
dia tahu saat itu si suami sedang memandangnya dengan pandangan tajam.
“The
what?!” Naik satu oktaf suara Afliq. Berani dia panggil aku psycho?
“The
psycho guy yang transform
dari Megatron jadi Optimus Prime,” jawab Ulfah dengan nada perlahan. Terbuntang
mata Afliq. Banyak benar kejutan untuknya malam ini.
“Bang, apa ni? Since when pula aku jadi watak robot dalam movie Transformers tu?” Afliq menyoal dengan nada tidak berpuas
hati.
Iman dah tergelak kecil. Najihah dah
mengenyitkan mata ke arah kakak kembarnya. Khaulah pula hanya tersenyum. Tuan
Uzair menggeleng kepala. Macam-macam perangai nakal anak menantunya itu.
“Sesuai dengan Along gelaran tu!” Bisik
Najihah ke telinga Nadihah. Si kakak kembarnya hanya mengangguk laju.
“Bukan kau minat ke tengok movie tu?” ujar Hazman seraya tergelak.
Kepala adiknya yang bertudung itu diusap beberapa kali. Rindunya dia kepada
Ulfah dan Tuan Uzair, hanya Allah yang tahu.
“Ish… Mana ada! Movie tu ada awek seksi kot! Naya aku kalau tengok movie tu. Entah ke mana hafalan aku
nanti,” ujar Afliq seraya tergelak dengan kata-kata sendiri. Hazman menepuk
bahu lelaki itu dengan tawanya yang masih bersisa.
“Macam mana tahu ada awek seksi kalau tak
tengok?” soal Ulfah dengan wajah masam mencuka. Mati terus ketawa Afliq. Wajah
Hazman yang memerah menahan ketawa itu dipandang geram.
“Err… Abah, jom Am teman abah naik
bilik,” tawar Afliq apabila si iceberg
a.k.a isterinya bersuara dingin. Seram!
Pecah ketawa dirumah teres itu.
Masing-masing terhibur dengan gelagat suami isteri yang baru sahaja beberapa
jam bernikah itu. Kata orang, ketawa dahulu, derita kemudian. Mereka tertawa
sekarang kerana tidak tahu apakah perkara yang bakal terjadi dikemudian hari.
Perancangan Allah itu tidak mampu diteka oleh manusia.
“So, tell me? Why ‘the
psycho guy yang transform dari
Megatron jadi Optimus Prime’? Dah tak ada gelaran lain yang cun ke?” Afliq
menyoal saat mereka berdua-duaan di dalam bilik pengantin itu.
Ulfah melipat sila di atas katil. Dia
memandang si suami yang baru selesai menunaikan solat witir dan membaca Al-Mulk.
Ulfah sudah bersiap-siap untuk tidur sewaktu suaminya itu pulang dari
menghantar si kembar, Khaulah dan Iman ke Teratak Ohana. Sudahnya, dia dah
melakukan solat sunat dan membaca Al-Mulk sendirian.
“Sebab awak memang psycho pun, kan?” selamba Ulfah memberi alasan. Afliq meletakkan
kopiah ke atas meja solek sebelum turut melipat sila di birai katil.
“Do
I look like the psycho guy to you?” soal si suami dengan wajah serius.
Ulfah pandang wajah si suami.
“Nampak la ciri-ciri psycho waktu perangai tak betul tu datang.” Afliq jungkit bahu. Iya
ke?
“Then,
why dari Megatron bertukar ke Optimus Prime?” soal si suami lagi. Ulfah tarik
nafas dalam. Ni sesi ‘memecah belah’ segala rahsia ke?
“You’ve
changed before fly ke Auckland,” jawab Ulfah dengan nada rendah. Rambut yang
jatuh berjurai didahi, ditarik ke telinga.
“Thanks
to you for that changes.” Ulfah merenung si suami yang sedang menepuk tilam
beberapa kali.
“You’ve turn into different person bila balik
Tanah Melayu for the first time dari
Auckland,” sambung Ulfah lagi.
“And
thanks to your abang for that.”
Afliq bersuara dengan nada senada. Dia pandang Ulfah yang berkerut dahi tanda
pelik dan menarik senyum manis. ‘I wish
that I could tell you everything, dear but… Let it be this way for tonight.’
“My
abang? Kenapa dengan ab…” Kata-kata Ulfah terus mati apabila
melihat Afliq mencapai bantal goleknya kesayangannya.
“Eh, tu bantal saya la!” Marah Ulfah. Dia
memang tak boleh tidur kalau tak ada bantal golek untuk dipeluk.
“Share
la,” selamba Afliq menutur kata. Bulat mata Ulfah memandang si suami yang sudah
merebahkan badan ke tilam bercadar ungu putih itu.
“Psycho!”
Afliq tergelak mendengar ayat yang keluar dari bibir Ulfah saat itu.
“Apa kata kita tidur dulu sekarang? Saya
penatlah. Esok kita sambung bersembang lagi,” Afliq mengiring membelakangi
Ulfah dengan memeluk bantal golek itu. Mata dipejam rapat. Mulut terkumat-kamit
membaca doa tidur.
“Dah tu aku nak peluk apa ni?” gumam
Ulfah sendirian. Dia perlu peluk sesuatu! Karang kalau angkut kerusi tu buat peluk,
aci tak?
“Saya ni ada. Boleh dibuat peluk lagi. Larat
lagi nak tamping berat kaki awak tu,” bala Afliq yang sudah mengubah posisi tidurnya.
Dia kini berbaring mengadap Ulfah. Terkedu gadis itu sesaat sebelum cepat-cepat
menggeleng laju.
“Tak nak!” Tolaknya mentah-mentah. Afliq jungkit
bahu lantas kembali mengiring membelakangi gadis itu.
“Tak nak sudah. Tolok rezeki,” ujarnya
sebelum kembali memejamkan mata. Ulfah menghela nafas berat. Mahu sahaja
diketuk kepala lelaki itu tapi kasihan pula. Pastinya lelaki itu penat. Biarkan
dia tidur dengan Baby aku tu. Esok aku akan rampas balik!
Ulfah merebahkan badan disebelah Afliq. Mata
masih terkebil-kebil memandang belakang badan suaminya itu. Teringat tentang surat
yang ingin dia berikan kepada Afliq. Ah, tak sempat juga nak bagi malam ni. Tak
apalah, kalau umur masih panjang aku bagi kat dia esok. Selamat malam, suamiku!