Wednesday, 23 October 2013

Kerana Dia Zaujahku Bab 25

So, ini yang last. Saya tak janji Kerana Dia Zaujahku ni akan dibukukan sebab... Entahlah. Haha. After this, sy akan letak teaser je setiap bab kat group tu. Have a good day, guys! :)


Ulfah merebahkan badannya ke atas sofa. Letih! Masih banyak pinggan mangkuk yang tidak dibasuh. Nasib baiklah ada Khaulah, Iman, dan si kembar yang menolongnya untuk memcuci semua pinggan mangkuk itu. Kalau harapkan dia aje, mahu patah riuk tulang belulangnya.
“Nasib baik tak ramai orang yang kita jemput. Kalau tidak, Ji surrender tak nak tolong akak basuh pinggan mangkuk tu,” ujar Najihah yang turut merebahkan badan ke sofa disisi kakak iparnya itu.
“Nak buat macam mana. Catering pun tak sempat nak tempah. Nasib baik Cik Alang tolong masakkan. Kalau tidak, makan roti kering dengan air teh o panas ajelah,” kata Ulfah.
Memang Acik Alang membantu sangat-sangat. Sanggup redah dari Shah Alam ke Cheras malam-malam buta semata-mata nak tolong masakkan hidangan untuk orang yang datang ke majlis akad nikah Ulfah. Nasib baik Acik Alang tu memang ada kedai makan sendiri. Semuanya Acik Alang dengan suami dia yang prepare. Ulfah hanya menolong apa yang patut sahaja.
“Khaulah, rehatlah dulu. Kejap lagi kita sambung balik,” laung Ulfah. Malas dia nak bangun ke dapur untuk mengajak Khaulah berehat. Lebih senang, dia laungkan aje.
“Kejap. Sikit lagi ni,” balas Khaulah dari dapur. Pastinya gadis itu sedang bertungkus lumus mengelap pinggan bersama Iman.
“Akak, nak Di buatkan air tak?” Suara Nadihah pula kedengaran.
“Boleh jugak. Air sirap ye,” balas Najihah bagi pihak Ulfah. Tergelak Ulfah dengan telatah anak-anak dara yang tidak berapa sopan itu. Dengar dek abahnya, mahu kena bebel nanti.
“Sesedap rasa pula order air ye,” Iman pula mencelah. Gadis itu keluar dari dapur seraya membetulkan kembali lengan bajunya yang disinsing tadi.
“Ala, bukan selalu nak merasa air yang Di buat,” kata Najihah dengan sengihan melebar. Tudungnya dicampak ke atas meja. Kipas yang berputar di syiling masih tidak membuat peluhnya kering. Panas!
“Eh, Abang Am dengan abah akak tak balik lagi ke?” soal Iman apabila melihat Najihah begitu santai tidak bertudung.
“Belum lagi. Isya’ kat masjid terus kot,” jawab Ulfah. Matanya dipejam beberapa saat.
“Akak bahagia?” soalan Iman yang tiba-tiba itu terus membuatkan Ulfah duduk menegak.
“Huh?” Mulut gadis itu terlopong.
Are you happy?” Najihah tolong menterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris. Haru betul la dapat adik ipar macam ni.
“Macam mana nak describe apa yang akak rasa sekarang ni ye?” soal Ulfah kepada diri sendiri.
“Alah, bagitahu aje. Tak payah nak sorok-sorok kalau dengan kitaorang ni,” Nadihah yang baru keluar dengan dulang yang ditatang mencelah. Nak juga dia tahu apa isi hati si kakak ipar barunya itu.
“Entah. Rasa macam lain la. Bila dah jadi wife orang ni, tanggungjawabnya lagi besar. Sebelum ni kena fikir untuk diri dan family tapi bila dah jadi wife orang, kena fikir untuk diri, suami dan family suami tu jugak. It’s different. Sangat different. A huge different,” kata Ulfah sekali dengan gaya tangan yang didepa panjang.
It’s more than happy la apa yang akak rasa sekarang. Nervous pun ada.” Sambung Ulfah lagi.
“Hah, yang part nervous tu kenapa?” usik Najihah seraya tergelak. Ulfah mencubit pipi gadis itu geram.
“Ke situ pulak!” Masing-masing ketawa mendengar usikan Najihah itu. Khaulah yang baru keluar dari dapur hanya menggelengkan kepala. Padanlah Ulfah suka benar berhalaqah dengan budak bertiga ni, rupa-rupanya mereka pandai buat hati Ulfah bahagia dengan kerenah mereka.
Bunyi kereta berhenti dihadapan pintu pagar rumah teres itu mengejutkan anak-anak gadis yang sedang bergelak ketawa itu. Sepantas kilat Najihah menyarung kembali tudung ke kepala. Alongkah?
“Siapa?” soal Iman seraya berpandangan dengan Ulfah. Gadis itu menggeleng tidak tahu.
“Belum Isya’ lagi, kan?” Nadihah pula menyoal. Enjin kereta masih tidak dimatikan.
“Belum. Baru pukul 8.15 malam ni,” jawab Khaulah pula seraya melihat jam di dinding rumah.
“Biar Khaulah tengok,” ujar Khaulah lagi seraya bergegas ke muka pintu yang grill masih berkunci. Afliq awal-awal dah pesan, jangan keluar ke mana-mana walaupun mereka berlima. Bahaya katanya!
“Ya? Encik nak cari siapa?” soal Khaulah apabila seorang lelaki dengan bagasi besar berdiri didepan pintu pagar.
“Ulfah Fatimah?” Lelaki itu teragak-agak menyoal.
“Oh, kejap ye. Saya panggilkan dia,” balas Khaulah. Pasti lelaki ini saudara mara Ulfah. Bergegas dia kembali ke ruang tamu mendapatkan Ulfah.
“Fatma, ada orang cari Fatma,” ujar Khaulah. Berkerut dahi Ulfah. Siapa pula yang datang cari dia malam-malam ni?
“Lelaki ke perempuan?” soal Najihah.
“Err… Lelaki.” Masing-masing pandang wajah Ulfah. Riak gadis itu yang tadinya berkerut wajah sudah bertukar dengan senyuman melebar. Berlari anak gadis itu mendapatkan tetamunya.
“Jom intai,” ajak Najihah. Masing-masing turut berlari anak mengejar langkah Ulfah.
“Assalamualaikum,” ujar si tetamu dengan senyuman melebar. Ulfah terpaku sesaat. Wajah lelaki itu direnung. Airmatanya perlahan-lahan menuruni pipi.
“Wa’alaikumsalam.” Balasnya perlahan.
I’m sorry, sayang,” ucap lelaki itu.
Najihah pandang Nadihah. Iman dah terlopong. Khaulah menggaru pelipis. Sayang?!

Wajah Afliq berubah tatkala melihat batang tubuh itu dirangkul erat oleh tangan berotot yang dia pasti dan tahu bahawa dia tidak kenal lelaki itu. Tuan Uzair disebelahnya hanya terdiam. Lelaki yang memaut erat bahu Ulfah itu masih membelakangi mereka.
“Eh, Along dah balik!” Najihah bersuara lantang. Bukan dia tidak perasan wajah si abang yang dah menyinga.
Lelaki itu berpaling. Terus senyuman mati apabila mata bertentangan mata dengan kedua-dua lelaki yang masih berkoiah dan berkain pelikat itu. Dia bangun berdiri. Ulfah turut bangkit dari duduknya.
“Apa khabar, abah?” soal lelaki itu lembut. Afliq jatuh rahang. Berani dia panggil bapa mertuanya abah? Apa hak dia?
“Wei, kejap. Ni apa kes ni?” Afliq bertanya garang. Direnung wajah lelaki itu dengan kerutan di dahi.
“Err… Along,” Nadihah menelan airliur. Angin Alongnya itu bukan boleh pakai sangat. Karang dibuatnya si abang tengah mood ke laut, mahunya tercampak lelaki handsome yang masih memaut bahu Ulfah itu keluar rumah.
Lelaki itu melepaskan pautannya. Dia bergegas mendapatkan Tuan Uzair tanpa mengendahkan Afliq yang terlopong melihat aksi selambanya. Afliq menahan marah. Boleh pulak dia tak hiraukan aku?
Tuan Uzair menarik lelaki itu ke dalam pelukan dan Afliq tahu lelaki itu punya ikatan dengan family isterinya tapi ikatan apa sampai dia berani memeluk isterinya itu? Dia pun belum sempat peluk Ulfah, tiba-tiba orang lain pula yang dah me’rasmi’kan haknya. Siapa yang tak berasap, bro?
“Syamil, kenapa dah lama tak balik?” soal Tuan Uzair dengan nada sebak. Sekali lagi Afliq jatuh rahang. Kepalanya pusing. Scene drama apa ni??
“Ampunkan Syamil, abah.” Pelukan dieratkan.
Ulfah menangis terharu melihat si abang dan ayahnya itu. Suami disebelah buat tak nampak aje. Mahu sahaja Afliq sekeh kepala si isteri saat itu. Bukan nak layan suami yang baru balik dari masjid ni, boleh pula dia buat tak nampak? Cis, merajuk karang!
Pelukan terlerai. Lelaki itu berpaling memandang Afliq yang masih terpinga-pinga. Serius muka Afliq buat dia tergelak. Amboi, macam tu sekali ke cemburu dengan abang ipar sendiri?
“Kau ni kenapa? Dah tak reti nak salam dengan abang ipar sendiri? Nak jadi adik ipar derhaka ke?” Afliq membulatkan matanya. Terkejut beruk mendengar soalan lelaki itu.
“Abang ipar? Sejak bila kau jadi abang Ulfah Fatimah ni?” soal Afliq. Wajah Hazman Syamil dipandang dengan riak terkejut plus pucat tak berdarah.
“Eh, sejak aku lahirlah. Kau terkejut sangat ni kenapa? Takkan kau tak tahu yang dia ada abang?” Afliq menggeleng sesungguh hati. Hazman pandang wajah Ulfah.
“Apa ni, dik?” Ulfah sengih meminta ampun. Hazman mendengus tidak berpuas hati. Punyalah teruja dia balik sebab nak bertemu dengan adik iparnya itu, sekali si adik langsung tidak mention kewujudan dia kepada Afliq.
Memanglah sedari awal dia tahu Afliq itu bakal menjadi adik iparnya selepas Ulfah bercerita panjang tentang hal pertunangan mereka tapi si adiknya pula buat hal. Memang nak minta tittle adik derhaka la tu sampai dia yang berpangkat abang ni pun Afliq tak tahu bahawasanya dia wujud.
Sorrylah, bang. Mana Fatma tahu yang abang kenal dengan…” Hazman memintas.
The psycho guy yang transform dari Megatron jadi Optimus Prime tu?” Ulfah tak jadi meneruskan kata-katanya. Dan dia tahu saat itu si suami sedang memandangnya dengan pandangan tajam.
The what?!” Naik satu oktaf suara Afliq. Berani dia panggil aku psycho?
“The psycho guy yang transform dari Megatron jadi Optimus Prime,” jawab Ulfah dengan nada perlahan. Terbuntang mata Afliq. Banyak benar kejutan untuknya malam ini.
“Bang, apa ni? Since when pula aku jadi watak robot dalam movie Transformers tu?” Afliq menyoal dengan nada tidak berpuas hati.
Iman dah tergelak kecil. Najihah dah mengenyitkan mata ke arah kakak kembarnya. Khaulah pula hanya tersenyum. Tuan Uzair menggeleng kepala. Macam-macam perangai nakal anak menantunya itu.
“Sesuai dengan Along gelaran tu!” Bisik Najihah ke telinga Nadihah. Si kakak kembarnya hanya mengangguk laju.
“Bukan kau minat ke tengok movie tu?” ujar Hazman seraya tergelak. Kepala adiknya yang bertudung itu diusap beberapa kali. Rindunya dia kepada Ulfah dan Tuan Uzair, hanya Allah yang tahu.
“Ish… Mana ada! Movie tu ada awek seksi kot! Naya aku kalau tengok movie tu. Entah ke mana hafalan aku nanti,” ujar Afliq seraya tergelak dengan kata-kata sendiri. Hazman menepuk bahu lelaki itu dengan tawanya yang masih bersisa.
“Macam mana tahu ada awek seksi kalau tak tengok?” soal Ulfah dengan wajah masam mencuka. Mati terus ketawa Afliq. Wajah Hazman yang memerah menahan ketawa itu dipandang geram.
“Err… Abah, jom Am teman abah naik bilik,” tawar Afliq apabila si iceberg a.k.a isterinya bersuara dingin. Seram!
Pecah ketawa dirumah teres itu. Masing-masing terhibur dengan gelagat suami isteri yang baru sahaja beberapa jam bernikah itu. Kata orang, ketawa dahulu, derita kemudian. Mereka tertawa sekarang kerana tidak tahu apakah perkara yang bakal terjadi dikemudian hari. Perancangan Allah itu tidak mampu diteka oleh manusia.

So, tell me? Whythe psycho guy yang transform dari Megatron jadi Optimus Prime’? Dah tak ada gelaran lain yang cun ke?” Afliq menyoal saat mereka berdua-duaan di dalam bilik pengantin itu.
Ulfah melipat sila di atas katil. Dia memandang si suami yang baru selesai menunaikan solat witir dan membaca Al-Mulk. Ulfah sudah bersiap-siap untuk tidur sewaktu suaminya itu pulang dari menghantar si kembar, Khaulah dan Iman ke Teratak Ohana. Sudahnya, dia dah melakukan solat sunat dan membaca Al-Mulk sendirian.
“Sebab awak memang psycho pun, kan?” selamba Ulfah memberi alasan. Afliq meletakkan kopiah ke atas meja solek sebelum turut melipat sila di birai katil.
Do I look like the psycho guy to you?” soal si suami dengan wajah serius. Ulfah pandang wajah si suami.
“Nampak la ciri-ciri psycho waktu perangai tak betul tu datang.” Afliq jungkit bahu. Iya ke?
Then, why dari Megatron bertukar ke Optimus Prime?” soal si suami lagi. Ulfah tarik nafas dalam. Ni sesi ‘memecah belah’ segala rahsia ke?
You’ve changed before fly ke Auckland,” jawab Ulfah dengan nada rendah. Rambut yang jatuh berjurai didahi, ditarik ke telinga.
Thanks to you for that changes.” Ulfah merenung si suami yang sedang menepuk tilam beberapa kali.
 “You’ve turn into different person bila balik Tanah Melayu for the first time dari Auckland,” sambung Ulfah lagi.
And thanks to your abang for that.” Afliq bersuara dengan nada senada. Dia pandang Ulfah yang berkerut dahi tanda pelik dan menarik senyum manis. ‘I wish that I could tell you everything, dear but… Let it be this way for tonight.’
“My abang? Kenapa dengan ab…” Kata-kata Ulfah terus mati apabila melihat Afliq mencapai bantal goleknya kesayangannya.
“Eh, tu bantal saya la!” Marah Ulfah. Dia memang tak boleh tidur kalau tak ada bantal golek untuk dipeluk.
Share la,” selamba Afliq menutur kata. Bulat mata Ulfah memandang si suami yang sudah merebahkan badan ke tilam bercadar ungu putih itu.
Psycho!” Afliq tergelak mendengar ayat yang keluar dari bibir Ulfah saat itu.
“Apa kata kita tidur dulu sekarang? Saya penatlah. Esok kita sambung bersembang lagi,” Afliq mengiring membelakangi Ulfah dengan memeluk bantal golek itu. Mata dipejam rapat. Mulut terkumat-kamit membaca doa tidur.
“Dah tu aku nak peluk apa ni?” gumam Ulfah sendirian. Dia perlu peluk sesuatu! Karang kalau angkut kerusi tu buat peluk, aci tak?
“Saya ni ada. Boleh dibuat peluk lagi. Larat lagi nak tamping berat kaki awak tu,” bala Afliq yang sudah mengubah posisi tidurnya. Dia kini berbaring mengadap Ulfah. Terkedu gadis itu sesaat sebelum cepat-cepat menggeleng laju.
“Tak nak!” Tolaknya mentah-mentah. Afliq jungkit bahu lantas kembali mengiring membelakangi gadis itu.
“Tak nak sudah. Tolok rezeki,” ujarnya sebelum kembali memejamkan mata. Ulfah menghela nafas berat. Mahu sahaja diketuk kepala lelaki itu tapi kasihan pula. Pastinya lelaki itu penat. Biarkan dia tidur dengan Baby aku tu. Esok aku akan rampas balik!

Ulfah merebahkan badan disebelah Afliq. Mata masih terkebil-kebil memandang belakang badan suaminya itu. Teringat tentang surat yang ingin dia berikan kepada Afliq. Ah, tak sempat juga nak bagi malam ni. Tak apalah, kalau umur masih panjang aku bagi kat dia esok. Selamat malam, suamiku!

Tuesday, 15 October 2013

Kerana Dia Zaujahku Bab 22

Unedited. Selamat Hari Raya Aidiladha. May Allah bless us. :)

"Ada apa?" soal Ulfah sebaik sahaja talian bersambung. Waktu itu dia berada di dalam library dan semestinya perlu menggunakan nada berbisik untuk berbicara.
"Awak ada kat mana ni?" soal Afliq. Terus hilang ucapan salam yang mahu diberikan kepada cik tunang. Mahunya tak terkejut beruk bila dengan suara romantik Ulfah tu.
"Library." Afliq tarik rambut sendiri. Ni yang lemah ni kalau cakap dengan perempuan yang guna suara romantik. Huh, boleh jadi zina hati nanti.
"Boleh keluar kejap tak?" Pinta Afliq. Tak sanggup aku nak dengar suara ala-ala kucing terlekat guli macam tu.
"Yelah. Kejap!" Bergegas Ulfah keluar dari library. Ain hanya mengekori langkah gadis itu dengan ekor matanya. Tak sempat nak bertanya siapa pemanggil itu.
"Hah, ada apa call ni? Tak takut habis duit ke call jarak jauh ni?" suara Ulfah kendengaran menyindir.
"Amboi, suka hatilah. Bukan awak yang bayarkan bil untuk saya," balas Afliq dengan nada sinis. Ulfah mencebik.
"Apa-apa ajelah. Cepatlah bagitahu ada urusan apa sampai sanggup call ni? Macam dah tak boleh nak hantar via facebook aje," gumam Ulfah geram.
Afliq ditanah New Zealand hanya mampu menggelengkan kepala. Macam manalah aku boleh jatuh hati dekat minah aisberg ni? Karang kalau aku sembur lebih-lebih, merajuk pulak nanti. Tak pasal-pasal hilang pengantin perempuan aku.
"Nak tanya ni. Awak dah ada sijil kursus kahwin, kan?" Ulfah mengerutkan dahi.
"Eh, mestilah! Dah tu takkan saya kahwin dengan Faizudin tu pakai sijil SPM kot?" selamba Ulfah menutur kata. Afliq mendengus tidak senang apabila mendengar nama itu disebut oleh cik tunang.
"Yelah! Nak tanya itu aje. Take care."
"Eh, kejap!" Afliq terpinga sesaat apabila mendengar suara Ulfah yang menggunakan nada tinggi itu. Boleh cair tahi telinga aku ni, desis hatinya.
"Apa?"
"Bila nak balik Tanah Melayu?"
"Kenapa? Dah rindu?" Sarkastik suara Afliq kedengaran. Ulfah tergamam.
"Mana ada! Tanya aje."
"Insya-Allah, akhir tahun ni. Ala, dua bulan aje lagi. Tunggu ajelah. Kahwin jugak nanti kalau ada jodoh," selamba badak Afliq berkata. Ulfah dah terkedu. Muka dah memerah. Tak guna!
"Lain yang ditanya, lain yang dijawabnya!" Ujar Ulfah geram. Bilik di Auckland dah bergema dengan tawa Afliq.
"Okeylah. Jaga diri awak tu. Kalau ada apa-apa masalah, minta tolong Ikhwan. Assalamualaikum!" Talian terus diputuskan tanpa sempat Ulfah menjawab salam.
Belum sampai seminit talian diputuskan oleh Afliq, lelaki itu kembali menelefonnya. Teragak-agak Ulfah mahu menjawab panggilan itu. Bukan apa, nanti kalau bercakap lama-lama, lain pula jadinya. Karang tak pasal-pasal minta abah cepatkan tarikh perkahwinan mereka.
Ingat hati aku ni hati batu? Tak boleh jatuh cinta kat dia? Dahlah mamat tu dah lain sekarang ni. Tengok senyuman dia pun boleh buat hati aku nak jatuh ke tanah, ini pula kalau asyik duk berbual dengan dia, dengar suara macho dia tu. Mahu aku yang jadi hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong.
"Ya? Ada apa-apa lagi yang tertinggal?" soalnya dengan suara mendatar.
"Assalamualaikum." Ulfah mendengus geram. Sajalah tu nak kenakan dia!
"Wa'alaikumsalam!" Balasnya sedikit kasar. Afliq tahan gelak di dalam hati.
"Sorry. Jangan marah. Nak tanya. Abah sihat?" Terus hati Ulfah jadi cair. Memang tak jadi dah nak marah-marah pada encik tunang tu. Sekali dengar suara caring encik tunang, terus hilang lava kat hati ni. Macam kena siram dengan bongkah ais.
"Alhamdulillah. Sihat je. Kalau tak ada aral, insya-Allah weekend ni balik kampung." Ulfah menarik nafas berat. Bercakap tentang kampung, ingatannya melayang kepada Khaulah. Mahukah gadis itu jika dia mengajaknya pulang bersama ke kampung?
"Baguslah. Tapi hati-hati. Kalau ada apa-apa, terus call polis," pesan Afliq.
"Insya-Allah, tak ada apa-apalah. Balik kampung aje pun," ujar Ulfah seraya mencebik. Dia pulak yang risau melebih!
"Amboi, riak nampak! Memanglah balik kampung aje, tapi kalau nak jadi apa-apa kat awak tu, tak kira la kat mana pun. Kampung ke bandar ke. Kalau nak jadi, jadi jugak nanti," bebel Afliq.
"Awak janganlah doakan yang bukan-bukan!" Marah Ulfah. Berkerut dahinya. Ada pulak cakap macam tu. Dia tak tahu ke kata-kata tu satu doa?!
"Err... Sorry again. Assalamualaikum!" Terus talian diputuskan. Ulfah jatuh rahang. Mamat ni kena sampuk lagi ke? Cepat-cepat dia menjawab salam Afliq di dalam hati.
Ulfah bergegas masuk ke library kembali. Handphone terus dimatikan. Dia perlu belek-belek kembali nota sebelum menghadapi test kejap lagi. Test penting yang turut mempengaruhi markah final exam nanti. Dan dia mendapatkan result yang tinggi.
"Siapa?" soal Ain dengan suara perlahan sebaik sahaja Ulfah melabuh duduk dihadapannya.
"Tunang. Ada hal sikit." Balas Ulfah. Mata kembali menala ke arah kertas-kertas nota yang dikepil di dalam fail.
"Jauh dia buat panggilan."
"Dia kaya. Mampu. Tak macam saya." Ain tarik sengih. Ulfah langsung tidak mengangkat wajah memandangnya. Khusyuk benar gadis itu menelaah.
"Dah chapter berapa?" Ulfah membelek kertas itu. Segala definisi dihafal dan dihadam. Siapa cakap subjek Law susah? Tak susah pun sebenarnya kalau berjaya menghafal. Tapi yang menjadi susahnya ialah apabila tak ingat semua yang dihafalnya.
"Dua. One more chapter to go. Lepas ni dah boleh masuk kelas and tunggu lecterur masuk. Then, boleh la jawab kertas test tu dengan hati yang lapang," panjang pula jawapan Ulfah. Gadis itu nampak cuak.
"Rileks, Fatma. Bukan Fatma pernah fail pun paper Law tu. Selalunya test dengan kuiz sebelum ni, gempak aje result," ujar Ain. Cuba menenangkan sahabatnya itu.
"Takutlah, Ain. Ni last test untuk kita sebelum final exam tau," ujar Ulfah seraya menayang muka cuak. Memang dia tengah cuak tahap tak ingat. Rasa macam banyak benda lagi yang tak hafal.
"Tak ada apalah. Fokus, insya-Allah boleh buat nanti," pujuk Ain dengan nada lembut. Ulfah angguk.

Keluar sahaja dari pintu dewan, Ulfah tarik senyum selebar mungkin. Rasa puas sebab dapat menjawab dengan yakin dan tenang. Alhamdulillah, Allah mudahkan urusannya. Jawab soalan tadi rasa macam ilmu tu main aci mencurah aje tanpa berhenti. Memang rasa senang sangat. Baca aje soalan, terus dapat fikir jawapan. Ajaib, kan? Kuasa Allah!
“Ni sengih sensorang ni mesti boleh jawab, kan?” tegur Syahdah, classmatenya yang kecil dan comel itu. Kalau tengok saiz, mesti orang akan kata dia tu budak sekolah lagi.
“Alhamdulillah. Adah macam mana? Awal keluar tadi.” Syahdah tarik sengih.
“Biasa-biasa je. Alhamdulillah, boleh je jawab Cuma tak tahulah betul ke tidak jawapan Adah tu,” balas Syahdah seraya tergelak kecil. Ulfah tarik senyum.
“Oh ya, lupa nak tanya. Khaulah macam mana?” Ulfah menggaru pelipis. Nak cakap macam mana ni?
“Alhamdulillah, dah okey sikit. Tak lama lagi dah boleh keluar wad,” jawab Ulfah. Teman sekelasnya itu mengangguk-anggukkan kepala.
“Macam mana dia boleh accident?” soal Syahdah lagi yang langsung tidak tahu menahu tentang kejadian sebenar. Ulfah jadi kelu lidah untuk berkata-kata. Karang kalau silap cakap, jadi berbohong pulak.
“Saya pun tak pastilah macam mana. Orang yang hampir nak langgar dia tu cakap, tiba-tiba aje Khaulah melintas depan kereta dia,” jawab Ulfah. Itu yang dia dengar dari mulut Ikhwan sendiri jadi memang dia tak berbohong.
“Dia ada masalah ke sebenarnya?” soalan Syahdah kali ini benar-benar buat Ulfah terperangkap.
“Nampak sangat ke?” soalan berbalas soalan. Syahdah tarik senyum lantas mengangguk.
“Semua orang perasan kalau tiba-tiba buat perangai berhari-hari tak datang kelas padahal sebelum ni mana pernah Khaulah tu ponteng kelas,” jawab Syahdah.
“Biasalah. Masing-masing ada masalah mereka sendiri.” Hanya itu yang Ulfah mampu cakapkan. Syahdah angguk bersetuju.
“Adah, jom balik kolej,” sampuk satu suara. Ulfah pantas berpaling ke arah batang tubuh Liza yang tinggi itu. Tersengih-sengih gadis itu.
“Tak nak pergi beli makanan dulu ke? Lapar ni. Tadi mana sempat nak breakfast.” Syahdah memandang teman baiknya itu.
“Boleh jugak. Dah pukul 3 petang ni. Eh, jomlah sekali Fatma,” ajak Liza dengan senang hati.
“Tak apalah. Awak berdua pergilah dulu. Saya nak tunggu Ain,” balas Ulfah sopan.
“Okeylah kalau macam tu. Kami gerak dulu ye,” Syahdah melayangkan senyuman buat Ulfah seraya melambaikan tangannya. Ulfah membalas senyuman itu. Langkah Syahdah yang mengekori Liza dipandang sehingga kelibat kedua gadis itu menghilang.
“Hah, usha pakwe mana tu?”  Sergah Ain dari belakang. Ulfah mengurut dada sendiri. Terkejut bukan kepalang dia apabila disergah begitu.
“Ain, apa ni? Terkejut Fatma tau!” Ujarnya geram. Ain menarik sengih nakal. Beg sandangnya yang masih dipegang dizip cepat-cepat.
“Boleh jawab?” soal Ain. Dia bergerak mendekati Ulfah yang berdiri berhampiran tiang besar untuk memberi laluan kepada pelajar kelasnya yang lain.
“Alhamdulillah, boleh. Ain?” Gadis berambut merah itu mengangkat bahu.
“Entah. Macam okey aje tu.”
“Insya-Allah. Semoga Allah mudahkan urusan kita.” Ulfah masih senyum.
“Lepas ni tak ada kelas, kan?” Ulfah angguk. Tak perlu tengok jadual, memang dah terakam kemas kat minda tu.
“Nak pergi mana?” Ain pandang wajah Ulfah. Anak kunci kereta diambil dari poket jeansnya.
“Hospital. Kita solat Zohor kat sana ajelah. Bukan jauh sangat pun nak ke hospital tu.” Ulfah memutuskan begitu. Ain pula berkerut dahi.
Again?!” Ulfah angguk.
“Kenapa?” Ain menghela nafas berat.
“Tak bosan ke?”
“Kenapa Ain cakap macam tu?” Ain mendahului langkah Ulfah ke arah keretanya. Ulfah sedikit terkejar-kejar menyaingi langkah Ain.
“Dia macam dah tak kenal kita. Kalau kita pergi sana pun, bukan dia nak layan kita. Senyap aje. Kita tanya, dia tak jawab. Rasa macam makhluk asing aje,” jawab Ain dengan riak wajah marah.
“Ain, dia perlukan masa. Bukan senang dia nak hadapi semua ni. Kita sebagai sahabat, kenalah sentiasa memberi sokongan pada dia. Lebih-lebih lagi saat kritikal macam ni,” pujuk Ulfah. Dia memaut bahu Ain. Cuba menyalurkan kekuatan dalam diri gadis itu dan berharap agar Ain memahami kata-katanya.
“Fatma selalu aje lebihkan Khaulah, kan?”
“Ain, Khaulah sahabat Fatma. Sama juga macam Ain. Dua-dua Fatma sayang. Lagipun, Fatma nak mendapat redha Allah apabila bersahabat dengan awak berdua. Ain tau tak dalam persahabatan ni ada tingkat-tingkat dia?” Ain menggeleng. Ulfah tarik senyum. Dia bersandar dipintu kereta Mini Cooper biru milik Ain itu.
“Tingkat yang paling tinggi dalam sesebuah persahabatan adalah melebihkan sahabatnya dari diri sendiri manakala yang paling rendah adalah berlapang dada dengan sahabat.” Ain tekun mendengar.
“Fatma nak persahabatan kita bukan sekadar dengan kata-kata sahaja tapi turut direalitikan dengan perbuatan, sayang,” lembut nada Ulfah.
Ain mengangguk bersetuju. Hatinya tersentuh mendengar kata-kata Ulfah itu. Sungguhlah, jika hati menginginkan kebaikkan maka Allah hantarkan orang-orang yang baik untuk kita.
Deringan handphone Ulfah menarik perhatian mereka berdua. Pantas Ulfah mencapai handphone yang berada di dalam poket beg sandangnya. Nama Iman tertera diskrin handphonenya.
“Wa’alaikusalam. Ya, Iman?” Ain hanya memerhati tingkah sahabatnya itu. Dia kenal Iman dan juga Ikhwan. Itupun sewaktu mereka sama-sama melawat Khaulah tempoh hari.
“Hah? Papa masuk wad? Kenapa?” Wajah Ulfah tampak risau. Ain mengerutkan dahi. Papa? Tentu papa tunang gadis itu kerana setahu Ain, Ulfah memanggil ayahnya dengan panggilan abah.
“Okey. Nanti akak pergi sana.” Sebaik sahaja panggilan ditamatkan, Ulfah pantas meminta Ain menghantarnya ke Hospital Pantai Cheras. Mereka perlu segera ke sana.

“Macam mana dengan papa, ma?” soal Ulfah sebaik sahaja mendapatkan Puan Sri Suria yang sedang menangis itu. Iman disebelah memaut bahu wanita itu. Menyalurkan kekuatan untuk wanita itu.
“Papa tenat, Fatma,” ujar Puan Sri Suria dengan nada sayu.
“Pergilah masuk dalam. Si kembar ada temankan papa,” sampuk Ikhwan yang bersandar di dinding. Wajah itu tampak kusut. Kasihan dia.
“Fatma masuk tengok papa kejap ye, ma.” Puan Sri Suria mengangguk. Ulfah pandang Ain.
“Pergilah masuk. Ain tunggu kat sini aje.” Ulfah pula mengangguk. Meraikan keputusan Ain. Mungkin ada sebab kenapa gadis itu tidak mahu masuk melihat Tan Sri  Adham.
Ulfah perasan wajah Ain nampak terkejut apabila melihat wajah Puan Sri Suria tadi. Dan Ulfah tahu ini bukan masa yang sesuai untuk dia bertanya mengenai perkara itu kepada Ain. Tak apalah. Lain masa, aku akan tanya nanti.
Masuk sahaja ke bilik rawatan peribadi itu, Ulfah terkedu melihat Tan Sri Adham. Tubuh lelaki itu dipenuhi dengan wayar yang berselirat. Dia menggunakan saluran bantuan pernafasan. Dia bergantung pada mesin untuk hidup. Kasihan papa!
Ulfah mendekati Nadihah yang duduk berhadapan dengan Najihah. Bahu gadis itu dipaut kejap. Nadihah panggung kepala memandang Ulfah. Bengkak mata gadis itu akibat menangis. Ulfah pandang pula wajah Najihah. Gadis itu mengenggam tangan papanya erat namun tiada langsung airmata yang keluar. Dia sedang berlagak kuat diluar walhal di dalam hati, Ulfah tahu gadis itu sedang mencuba menahan diri dari menangis dihadapan keluarganya.
“Papa macam tengah tidur aje, kan?” Najihah bersuara. Nadanya lebih kepada berbisik. Ulfah mengangguk.
“Kak, papa akan sembuh, kan?” soal Nadihah. Airmata gadis itu masih lebat mengalir.
“Insya-Allah, sayang. Kita sama-sama doakan papa agar papa cepat sembuh nanti,” ujar Ulfah. Wajah Tan Sri Adham dipandang lama.
Wajah itu persis Afliq. Hidungnya. Bentuk wajahnya. Sikap merendah dirinya. Baru sahaja mereka bertemu minggu lepas di Teratak Ohana. Lelaki itu yang mengajaknya dan abah untuk makan malam bersama keluarganya. Tan Sri Adham nampak sihat saja waktu itu.
Betullah. Kalau Allah nak tarik nikmat sihat tu, sekejap saja. Hari ni sihat aje, siap boleh melompat bergembira tapi bila Allah dah tarik nikmat sihat tu, terbongkanglah atas katil tu. Manusia ni bila dah diberi nikmat, mereka lupa dan tak bersyukur. Lupa bahawa Allah boleh tarik balik nikmat tu. Tak bersyukur langsung dengan kurniaan yang Allah bagi. Bila dah ditarik balik nikmat tu, baru nak terngadah. Hah, masa itulah dahi tu melekat kat sejadah!
Kakak naqibahnya pernah memberitahu Ulfah. Seseorang hamba Allah yang soleh tu, apabila dia diberi nikmat dia akan bersyukur. Apabila nikmat itu ditarik pun dia akan bersyukur juga. Nikmat tu boleh menjadi ujian kelalaian buat manusia. Dan bila kita lalai, Allah akan tegur kita balik dengan didatangkan ujian pada kita. Allah tu Maha Mengetahui lagi Maha Luas Pengetahuan.
“Nanti bila papa dah sedar, Ji nak minta maaf dengan papa. Ji banyak berdosa dengan papa,” rintih Najihah. Airmatanya dah bertakung. Tunggu masa sahaja untuk mengalir namun gadis itu cepat-cepat mengesat airmatanya. Dia tidak mahu airmatanya jatuh walau setitik.
“Di pun sama,” ujar Nadihah pula. Tangan kiri papanya digenggam erat. Najihah yang berada dihadapan kakak kembarnya itu memandang wajah si kakak. Dia tahan diri dari menangis.

Ulfah memeluk Nadihah. Menyalurkan semangat buat gadis itu biarpun dia sendiri masih cuba untuk menasihati diri agar tidak kelihatan lemah dihadapan kedua-dua gadis itu. Ingatannya melayang kepada si tuning yang berada di New Zealand. Bilakah lelaki itu akan pulang? Baru sahaja mereka berbual pagi tadi, petang ini papa pula dimasukkan ke hospital. Takdir Allah, tiada siapa yang mampu menduganya.

Friday, 11 October 2013

Novel Sulung Terbitan Kaki Novel


Assalamualaikum... So, dah tahu atau belum ni? Alhamdulillah, novel sulung akan keluar bulan 11 ini under penerbitan Kaki Novel. Actually, tajuk ni dah banyak bertukar. Memula, tajuk Jodoh Itu Untuk Kita tapi sebab tajuk novel ni nak sama dengan yang Kak Sara Aisha punya, terpaksalah tukar jadi Setiaku Untukmu ni.

Saya tak pandai nak promote novel sendiri dan saya tak jamin pun yang novel ni akan memuaskan hati semua orang. Cuma, apa yang saya harapkan adalah segala apa ilmu yang saya kongsikan dan memberi manfaat buat anda, kutiplah. Kalau ada yang kurang, mohon maaf sebab saya hanya main aci terjun aje tulis novel ni. Tak guna pun piawaian and rules Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka.

Boleh la intai-intai novel ni di website Penerbitan Kaki Novel. Nak booking dengan saya pun boleh. Hehe. Insya-Allah, akan ada free gift untuk anda yang booking direct dengan saya tapi free gift tu tak mahal laa.. Biasa-biasa aje. ;) Boleh pm saya difacebook atau emelkan ke sueisma92@yahoo.com.

Akhir kata, terima kasih untuk mereka-mereka yang memberi sokongan dan dorongan buat saya. Terima kasih kepada semua yang follow cerita cinta antara Ariel dan Aimuni selama ini. Terima kasih juga buat mereka yang bermurah hati dan jiwa berkongsi idea serta pandangan dalam usaha saya menyiapkan manuskrip novel ni. Thanks a lot! :) You guys are owesome!

Sinopsis

Demi cinta, manusia sanggup melakukan apa sahaja. Kerana cinta, kesetiaan dilafazkan dan kerana cinta juga perpisahan terjadi antara mereka. Aimuni hilang ingatan apabila terlibat dengan kemalangan bersama Ariel setelah beberapa jam sah menjadi isteri lelaki itu. Mereka terpisah jauh dan Ariel hampir kehilangan pedoman hidup kerana kehilangan isteri tercinta. Addi pula cuba menyalurkan semangat buat sahabatnya. Ariel bangkit demi untuk hidupnya dan Aimuni. Dia perlu mencari isteri kesayangannya itu dan ternyata jodoh mereka sangat kuat. Baru sahaja mereka mahu mengecap bahagia, rumah tangga mereka diuji dengan kehadiran orang ketiga.Ariel tersepit di antara sebuah cinta dan permintaan. Jika diberi pilihan, dia hanya mahu setia kepadaAimuni. Jika dia diberi umur yang panjang, dia memilih untuk mati bersama Aimuni. Namun dia sedar, pilihan itu memerlukan sebuah pengorbanan.

p/s : Doakan segalanya berjalan lancar yeee... :)