Assalamualaikum. Moga kalian sentiasa dibawah lindungan-Nya. Alhamdulillah, secara rasminya novel kedua akan 'dilahirkan' bersama dengan novel penulis Kak Rina Farizq dan Dzie Tyea. Dua-dua ni penulis hebat. Ai is takut. Haha.
[https://www.facebook.com/kakinovelofficial?fref=photo]
Jadi, dengan rasminya saya mempersembahkan... Panggil Aku Cinta a.k.a Kerana Dia Zaujahku.
Jangan berharap ia semanis gula kerana asalnya ia tidak
begitu...
Jangan berharap ia punya kelainan kerana asalnya masih juga
bermula dengan satu huruf seperti yang lain...
Jangan berharap bahawa ia mampu membawamu terbang ke awan
kerana asalnya ia dari bawah dan ke bawah juga akhirnya nanti...
Jangan berharap ia bisa membuat hatimu kembang setaman
kerana asalnya adalah dari rasa pahit bak hempedu...
Jangan... Jangan berharap...
Tapi...
Ini adalah usaha kecilku untuk berkongsi sesuatu dengan
semua. Ini medium untukku berbicara tentang sesuatu yang aku tahu.
Andai ia bukan citarasamu, biarkan ia. Jangan dilukakan ia
kerana itu adalah usaha kecilku yang mungkin saja tidak akan dipandang olehmu.
Maaf untuk segala kekurangan. Maaf untuk segala kesilapan.
[Tuhan menghadirkan dia ke dalam hidupku untuk membawa sinar ke
dalam hati yang sekian lama gelap]