Ulfah teragak-agak mahu membuka pintu. Suara Ikhwan masih kedengaran
memanggilnya namun Ulfah takut. Takut perkara yang sama berulang lagi. Apatah
lagi suara Afliq langsung tidak kedengaran menjamah halwa telinganya. Akhirnya
dia hanya memeluk lutut sendiri di atas katil tanpa bergerak ke mana-mana.
“Ulfah, saya
tinggalkan pakaian untuk awak kat depan pintu. Makanan ada bawah saji. Kalau
nak apa-apa, boleh minta dengan adik saya, Iman. Pukul 2 nanti dia balik dari
sekolah. Saya pergi kerja dulu,” laung Ikhwan selepas berputus asa untuk terus
memanggil Ulfah.
Ulfah diam
mendengar. Bunyi keriukan pintu melegakan gadis itu. Dia mengambil masa
beberapa minit untuk keluar dari biliknya. Kepalanya terteleng ke kanan dan ke
kiri untuk memastikan bahawa Ikhwan sudah pergi bekerja. Dia menarik nafas lega
sebaik sahaja berasa yakin bahawa lelaki itu tiada.
Matanya
menghala ke arah kaki. Satu plastik berjenama AspirasiHana mendapat
perhatiannya. Bergegas dia mendapatkan plastik itu dan kembali masuk ke bilik.
Dia melabuh sila di atas katil dan mula menyelongkar barang-barang yang penuh
satu plastik itu.
Baju kurung cotton berbunga kecil warna ungu dan
tanah berwarna putih susu.
Baju t-shirt
labuh berwarna ungu muda.
Skirt labuh
berwarna hitam.
Tudung bawal
plain berwarna ungu muda.
Anak tudung
warna hitam.
Pengikat
rambut. Ada 2 pasang. Dua-dua berwarna ungu.
Sandal
bersaiz 5.
Stoking
panjang berwarna hitam.
Usai
mengeluarkan semua barang-barang yang terdapat dalam beg plastik itu, satu nota
melayang dihadapan mata. Ulfah pantas mencapai nota ringkas itu. Tulisan
berangkai yang kemas itu dibaca oleh Ulfah dengan dahi berkerut.
Dear Ulfah Fatimah,
Aku tahu kau minat ungu so, everything is purple! Tudung and baju kurung tu aku minta tolong Iman
pilihkan untuk kau. Sandal, anak tudung and
pengikat rambut tu pun, Iman yang pilihkan. Baju t-shirt tu aku pilihkan tapi
Ikhwan yang suggest supaya aku beli
untuk kau. Kaki kau saiz 5 kan? Hope my
guess is correct sebab kaki kau kecik! Stoking tu, Ikhwan yang berkeras nak
aku pilihkan untuk kau. He told me that
you should wear it to cover your aurat
so I just bought it for you. Make sure you wear it!
Afliq
Arham.
Ulfah hampir
menitiskan airmata membaca nota panjang itu. Oh, Ikhwan! You know me better! Thanks a lot. Thank you Allah for sending them to
me. Ulfah mencapai tuala yang diberi oleh Ikhwan semalam kepadanya. Dia
perlu membersihkan diri.
Usai
membersihkan diri, Ulfah mengenakan baju t-shirt barunya itu dan dipadankan
dengan skirt labuh sampai ke buku lali itu. Terasa diri lebih bersemangat untuk
meneruskan hari-hari mendatang. Tudung dicapai dan dipakaikan kepala. Tangannya
lincah membetulkan kedudukan tudung itu sebelum semuanya membeku. Eh, macam
mana nak pakai tudung ni? Pin pun tak ada? Alamak! Ulfah menggaru kepala
sendiri.
Pintu
biliknya diketuk dengan kuat. Ulfah terkejut beruk. Dia mengurut dada sendiri.
Ni nak bagi pintu roboh ke apa? Iman ke? Eh, bukan Ikhwan kata Iman balik pukul
2 petang ni ke? Ni baru pukul 10 pagi. Makhluk mana yang boleh terjah masuk
rumah Ikhwan?
“Ulfah
Fatimah, bukak pintu ni!” Suara Afliq begitu kuat kedengaran bersama ketukan
dipintu.
“Kejaplah!”
Balas Ulfah dengan nada geram. Tudung bawal itu hanya diikat reben dan bergegas
membuka pintu bilik.
Afliq yang
memandang terkaku. Ulfah ke ni? Ulfah pula terpinga-pinga. Afliq sudah bantai
gelak sampai terduduk menekan perut. Berkerut dahi Ulfah melihat gelagat Afliq.
“Kau ni dah
kenapa, hah?” Marah Ulfah.
“Kenapa pakai
macam nenek kebayan ni? Kau tak reti pakai tudung ke?” soal Afliq. Ulfah
mendengus geram.
“Pin tudung
tak adalah!”
“Kau pergi
ambil tudung sarung tu kat bilik Iman. Bilik dia kat tepi dapur tu,” arah Afliq
seraya berlalu ke dapur.
“Cepat
sikit. Aku ada bawak nasi lemak untuk kau ni,” laung Afliq dari dapur. Ulfah
mengetap bibir geram. Semua benda yang disuruh Afliq, dia hanya menurut seperti
lembu dicucuk hidung. Langsung tiada peluang untuk membantah.
Dalam pada
memprotes, Ulfah gagahkan juga diri untuk ke bilik Iman. Masuk sahaja ke bilik
gadis belasan tahun itu, matanya tertancap pada satu bingkai gambar yang
memuatkan gambar keluarga.
Seorang
lelaki separuh abad duduk di atas kerusi di sisi seorang wanita bertudung
labuh. Ikhwan pula berdiri dibelakang kedua-dua orang tuanya dengan senyuman
sambil memeluk bahu Iman. Mereka nampak bahagia!
“Ibu dengan
ayah dah meninggal dua tahun lepas. Sekarang ni Ikhwan cuma ada Iman aje,” satu
suara kedengaran berbisik dibelakang Ulfah. Gadis itu terkaku ditempatnya. Jika
dia berpusing untuk melihat gerangan manusia itu, dia pasti akan bersentuhan
dengan lelaki itu.
“Macam mana
ibu dengan ayah boleh meninggal?” soal Ulfah. Nafas sudah terasa sesak. Kenapa
mamat ni duduk dekat sangat? Alahai.
“Accident.”
“Kesian.” Ulfah
pandang wajah bersih ibu dan ayah Ikhwan. Semoga ditempatkan dikalangan orang
yang beriman, amin!
“Take your time. Dah siap pakai tudung,
pergi dapur nanti. Makan,” ujar Afliq lantas menjauhkan dirinya sedikit dari
Ulfah. Gadis itu mengangguk. Akur.
“Tudung cream tu nampak cantik kalau kau pakai,”
sambung Afliq lagi. Ulfah berpusing mengadap lelaki itu. Dia buat muka geram.
Afliq tayang sengih comelnya.
“Seriously, memang cantik kalau kau
pakai. Aku tak tipu,” tangan diangkat seperti bersumpah. Ulfah menjeling tajam.
“Boleh
keluar tak?” Afliq angkat kedua-dua tangan. Surrender.
Segera dia kembali ke dapur.
Ulfah
kembali memandang bingkai gambar yang tergantung itu. Matanya terpaku pada
tulisan di satu sudut bingkai itu. Tulisan kecil yang bisa menarik perhatian
Ulfah untuk membaca dan menghayatinya. Tulisan Iman ke ni?
Bahagia
itu ada dimana-mana
Setiap
masa dan ketika
Bahagia
itu ada pada hati
Dimiliki
oleh insan yang inginkannya
-
Iman sayang ibu dan ayah kerana Allah.
IMAN
NURAINA, IKHWAN KHALISH
Bahagia. Ia
ada di mana-mana. Ia ada di dalam hati setiap manusia yang mendambakannya.
Semoga Iman dan Ikhwan bertemu dengan bahagia itu. Ya Allah, kuatkan hatiku
sebagaimana Kau menguatkan hati Iman. Tabahkan aku sebagaimana Kau tabahkan
hati Iman. Bimbinglah aku, ya Allah. Aku mahu bahagia. Bahagia dalam redha-Mu.
“Ulfah
Fatimah!”
Gadis itu
melepaskan keluhan. Afliq ni memang jenis manusia yang tak boleh tengok orang
senang sikit ke? Semedang aje tahu macam mana nak sakitkan hati orang. Karang
kalau aku mengamuk, ada jugak yang tercampak keluar dari tingkat 6 ni.
“Kejaplah.
Tak boleh sabar sikit ke?” Balas Ulfah dengan nada mendatar. Tudung sarung
dicapai. Warna cream. Tudung yang Afliq suggest.
“Aku dah
lapar ni.” Rengek Afliq.
“Ek eleh,
makan la dulu. Tak payah nak buat baik tunggu aku,” cebik Ulfah.
Dia
melabuhkan duduk di hadapan Afliq. Lelaki itu pandang wajah Ulfah dengan mata
tidak berkelip. Cantiknya minah ni. Apa yang selalu Ikhwan sebut bila tengok something yang cantik? Hah, dia sebut
Subhanallah!
“Subhanallah,”
terpacul ayat itu dari bibir Afliq.
“Hah?” Ulfah
mengerutkan dahi.
Dia pandang
Afliq yang masih tidak berkelip memandangnya. Automatik dia membetulkan duduk
dan buat touch up kepada pakaiannya.
Manalah tahu ada yang terkoyak. Tu yang Afliq pandang sampai nak keluar biji
mata! Ulfah geram. Afliq masih juga macam anak patung, langsung tak bergerak.
Dia berdehem beberapa kali.
“Astaghfirullahalazim!”
Ulfah menaikkan nada suaranya.
Afliq
terpinga-pinga. “ Apa?” soalnya dengan menayang muka tidak berdosa. Dia
membetulkan duduknya untuk menghilangkan rasa muka yang menebal itu.
“Bila tengok
something yang buat kita amazed, kita ucap subhanallah. Tapi bila
kita sedar kita dah buat dosa, cepat-cepat kena istighfar. Buat dosa tu
termasuk jugak dengan pandang bini orang dengan fikiran yang entah apa-apa. Abah
yang ajar,” selamba badak Ulfah menutur ayat. Memang dia bukan pelajar agama
tapi kalau setakat benda basic tu dia
tahulah. Apa guna jadi orang Islam kalau basic
pun ke laut? Hampagas aje!
“Buat dosa?
Bila?”
“Duduk
berdua macam ni pun tengah kumpul dosa tau tapi sebab kau bawak makanan, takkan
aku nak tinggal kau sensorang kat sini,” ujar Ulfah lantas menundukkan wajah.
“Pintu tu
terbukak, okey. Grill aje yang
berkunci and Allah knows what we doing in
here. He knows everything, okay.”
“And I know that when the two of us are
alone, the third is Satan. So, tak clear
lagi ke?” Afliq pandang Ulfah.
“Jom
kahwin.” Ulfah ternganga. Senangnya mamat ni mengajak.
“Hey, are you out of your mind?! Aku ni
bini orang lagi tau! Jangan nak mengarut boleh tak?” Marah Ulfah.
“Why not?”
Ulfah
mengalihkan pandangannya ke sekitar ruang makan kecil yang bersambung dengan
dapur itu. Inikah lelaki Melayu yang bergelar Islam? Apakah dia tidak tahu
tentang hukum meminang atas pinangan saudaranya? Kasihannya dia!
“Kalau betul
kau nak jadikan aku isteri kau, aku ada syarat.” Ulfah nekad.
Apa guna
punya suami kalau tidak tahu tentang agama? Apa guna punya suami kalau dia tak
mampu nak menjadi imam untuk isteri sendiri? Apa guna ada suami kalau perihal
agama pun ke laut? Apa guna mahu jadi suami kalau tidak menitikberatkan soal
agama? Paling penting, untuk apa kahwin kalau bukan sebab Allah dan mahu
mencontohi sunnah Rasul-Nya?
“Apa?” Afliq
sabar menanti.
“Mas kahwinnya
nanti, aku nak surah An-Nuur. Hafal dan hadam maknanya sekali. Before akad nikah, kau kena tasmek
(memperdengarkan) depan abah dan tok kadi. Setuju?” Afliq dah terlopong. Ulfah
mencapai nasi bungkusnya dan selamba badak berlalu ke bilik.
Anis Najihah
pandang kembarnya, Anis Nadihah. Si kembar angkat bahu. Masing-masing kembali
menatap wajah si abang sulung. Direnung
satu persatu. Tangan kanan dipicit ke dahi. Tangan kiri pula dimainkan
disekitar janggut sejemputnya itu. Sah! Memang si abang sulung ada masalah
Negara.
“Along, ada
masalah ke? Termenung aje,” tegur Nadihah.
“Dah tahu
lagi mahu tanya ke?” Dingin suara itu membalas. Najihah dah menikus. Dia
menarik lengan baju tidur si kakak kembarnya.
“Di, jom
masuk bilik,” ajaknya dengan suara berbisik.
“Kejaplah,
Ji. Kasihan kat Along tu. Takkan nak tinggal Along? Nak biar aje dia monyok
macam tu?” bantah Nadihah.
“Along
garang.”
“Along tak
makan oranglah, Ji.” Najihah memuncung.
“Memang tak
makan tapi nak telan orang aje,” gumam Najihah dengan nada rendah. Nadihah
tersenyum. Najihah memang manja berbanding dirinya.
“Dia abang
kita, Ji.”
“Tahu. Sebab
tu dia ada dalam rumah ni. Kalau tak, dah lama Ji halau dengan batang penyapu,”
Najihah mengerling si abang yang duduk berteleku atas sofa itu. Nadihah menarik
si adik kembar untuk mendekati Along mereka.
“Kalau Along
ada masalah, boleh bagitahu kami. Kot-kot kami boleh tolong Along,” lembut
suara Nadihah menyapa halwa telinga Afliq.
Afliq
pandang adik-adik kembarnya itu sekilas sebelum menghembuskan nafas berat. Dia
bukan tidak rasa sayang kepada adik-adiknya itu namun dia bukan jenis lelaki
yang pandai tunjuk rasa sayang itu. Bila dia rasa perlu sahaja baru dia akan
tunjuk itupun dengan cara yang susah untuk orang faham.
Lagipun,
adik beradiknya yang berlainan ibu itu takut mahu mendekatinya. Afliq pula
tidak pernah mahu melayan adik-adiknya dengan lebih lembut. Dia main aci redah
aje. Ikut kepala sendiri tanpa fikir perasaan orang sekeliling.
“Duduk,”
arahnya.
Nadihah
mengangguk pantas lantas menarik Najihah untuk duduk bersamanya. Najihah
melangkah dengan berat hati mengikuti si kakak.
“Ji dengan
Di sekolah agama kan?” Adik-adik berduanya itu mengangguk.
“Kenapa nak
sekolah agama?” Najihah menunduk. Langsung tidak mahu menentang mata si abang.
Hanya Nadihah yang berani.
“Kenapa
Along tanya macam tu?”
“Bila Along
tanya, jawab ajelah.” Afliq mendengus tidak suka.
“Mama yang
hantar. Dia kata walaupun dia bukan baik sangat, at least dia nak anak-anak dia tahu agama. Kenal Allah, kenal
Rasul, kenal sahabat-sahabat. Paling penting, anak-anak dia amal segala
perintah Allah,” jawab Nadihah yakin.
“So, Di
pergi sana bukan atas kehendak diri?” Nadihah tersenyum.
“Honestly, mula-mula tu Di pergi sebab
mama. Sekarang, Alhamdulillah Di pergi kerana Allah.”
“Kalau Di
dengan Ji tahu tentang agama, apa yang korang nak buat dengan papa and mama tu? Takkan nak biarkan aje
diorang macam tu? Abai soal agama, lalai dengan dunia sampai anak sendiri pun
jadi macam ni?” Nadihah menunduk.
Dia tahu
siapa anak sendiri yang Afliq katakan itu. Dia sendiri pernah rasa apa yang
Afliq rasa waktu pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah agama itu 4 tahun
lalu. Namun dia bernasib baik kerana punya Najihah dan sahabat-sahabat yang
sudi membantu.
Tapi Afliq?
Abangnya itu membesar dalam kemewahan. Tiada langsung tarbiyyah agama diberikan
padanya. Hanya selepas mengenali Ikhwan barulah abangnya itu sedikit sebanyak
berubah.
“Ustaz
pernah bagitahu, kita memang tak boleh paksa orang ikut kehendak kita tapi
dakwah ni bukan sekadar memberi tazkirah. Kita boleh berdakwah dengan cara kita
sendiri. Contoh, bila Ji dengan Di pakai tudung, mama pun dah start beli tudung sarung tu untuk tutup
rambut dia. Itu cara dakwah kami untuk tarik mama dan papa. Takkan kami nak
biarkan keluarga kami terus ditakuk lama. Kami nak ke syurga bersama-sama orang
yang kami sayang,” panjang lebar Nadihah berbicara.
Afliq
menunduk. Selalu juga Ikhwan mengucapkan kata-kata itu kepadanya namun dia tidak
ambil kisah. Kata Ikhwan, di akhirat nanti kita akan bersama-sama dengan apa
yang kita sayang atau cinta. Kalau kita cintakan Rasulullah, pasti kita akan
bersama Baginda.
“Layak ke
Along?” suara itu menggumam rendah.
“Selagi
nafas masih dijasad, selagi itu pintu taubat terbuka luas, Along. Antara nak
dengan tak nak aje,” sampuk Najihah yang tadinya menikus.
“Tapi, kalau
nak belajar agama kena ada guru. Tak boleh belajar sendiri main aci redah aje,”
sambung Najihah lagi.
Afliq
bingkas bangun berdiri. Dia mengatur langkah menuju ke tangga. Baru sahaja
melangkah ke tangga pertama, dia menghentikan langkah. Kepalanya dipusing
memandang adik kembarnya di ruang tamu.
“Thanks. Good night, sis,” ujar Afliq
pantas berlalu ke biliknya.
Najihah dan
Nadihah terlopong. Segera mata ditala ke arah jam dinding besar gedabak itu.
Baru pukul 10 malam. Along tak keluar ke malam ni?
“Apa kena
dengan Along tu, Di?”
“Entah.
Along dah buang tabiat lama dia ke laut ke malam ni?” Najihah menggeleng tidak
tahu.
“Along dah
nak mati ke, Di?”
“Uish! Ada
pulak tanya macam tu. Doakan yang terbaik buat Along.” Najihah tayang sengih.
“Kalau Along
betul-betul nak berubah, Ji orang paling gembira. Ji sayang Along walaupun
Along tak sayang kita, Di,” ujar Najihah dengan nada sayu. Nadihah pandang
wajah kembarnya itu.
“Along
sayang kita cuma dia tak pernah tunjuk aje. Ji ingat masa kita kena kacau
dengan samseng waktu pulang dari sekolah?” Najihah pandang Nadihah.
“Masa kita form 2 ke?” Nadihah mengangguk.
“Along pergi
belasah samseng tu lepas dengar mama menangis sebab kita kena kacau. Along
pergi dengan abang Ikhwan. Abang Ikhwan cakap, Along naik hantu masa tu. Along
belasah samseng tu sampai lembik sebab tu Along kena tahan dalam lokap and papa
potong elaun Along,” cerita Nadihah.
“Mama tak bagitahu
apa-apa pun. Papa cakap Along join
kumpulan samseng sebab tu elaun Along kena potong. Kenapa Along senyap
aje?” Najihah terkejut dengan kenyataan
yang baru didengarinya itu.
“Dia bukan
suka tunjuk apa yang dia buat. Dia banyak berahsia sebab tu Di tak boleh
tinggalkan Along bila tengok dia ada masalah. Di sayang Along macam Di sayang
Ji, papa dan mama. Dia abang kita dunia akhirat, Ji.” Nadihah menarik senyum
namun ternyata hambar.
“Dia kuat,
Ji. Walau hebat mana ujian datang pada dia, Along tak pernah merungut. Dia
terima seadanya. Cuma, Along kurang didikan agama. Papa pula asyik sibuk dengan
bisnes dia sampai Along terabai. Kasihan Along,” sambung Nadihah lagi.
“Sama-sama
kita doakan Along ye, Di.” Nadihah menarik adiknya ke dalam pelukan. Doanya
moga suatu masa nanti, dia mampu untuk memeluk Afliq sebagaimana dia memeluk
Najihah.
* Ada terfikir nak tukar tajuk Kasih Fatimah tu tapi.... Siapa2 yg bermurah hati nak tolong crikan tjuk baru, boleh la tolong yee... :) Nk tjuk yg pling ringkas, xmo jiwang2. Hehe...