SEMESTER
TERAKHIR
Aku masih setia menunggu di stesen bas itu. Masih
jua menunggu dia yang langsung tidak menampakkan bayang. Aku mengenggam erat handphone ditangan. Masa ni jugaklah dia
nak habis bateri pun. Nasib baik ingat jugak nombor Farin, kalau tak meraung
aku kat sini.
“Mana Muiz
ni? Takkan Nadhirah tak bagitahu dia?”
Aku dah rasa panik. Orang ramai semakin ramai yang beransur pulang. Jam sudah
menginjak ke pukul 11.
Aku pantas
mencari duit syiling yang masih bersisa di dalam beg. Bergegas aku mendapatkan
public phone. Nombor Farin aku dail. Beberapa minit kemudian, kedengaran
suaranya dihujung talian.
“Farin, dah
bagitahu Nadhirah ke?” soalku.
“Eh, tak
balik lagi ke?” suaranya kedengaran terkejut.
“Belum. Muiz
tak datang pun. Call Abang Sabri pun
tak angkat ni. Saya tak ada nombor kereta prebet yang lain dah,” aduku. Suara dah
berbunyi lain.
“Lewat dah
ni. Saya dah mesej Nadhirah tadi dalam pukul 9 malam,” ujarnya. Mataku dah
beranak sungai.
“Dah minta
dia bagitahu Muiz ke?”
“Dah.”
“Boleh minta
nombor prebet dengan dia tak?” Aku dah putus harapan pada Muiz.
“Okey. Tunggu
kat situ aje. Jangan pergi mana-mana,” pesan Farin. Aku sebak. Kenapa Muiz buat
macam ni? Kalau tak nak datang ambil pun, bagitahu aje la. Aku pun tak hadap
nak minta tolong dia kalau aku boleh minta tolong orang lain.
Beberapa minit
kemudian, kereta prebet Pak Mansor datang mengambilku. Hanya kepada Allah aku
panjatkan segala kesyukuran. Selama 4 jam aku terperangkap di stesen bas itu,
tiada pun yang datang menganggu. Allah menjagaku!
Usai menunaikan solat Isya’ pada pukul 11.30
malam, aku berbaring sementara menunggu bateri handphoneku penuh. Fikiran kembali melayang-layang mengingati
kejadian tadi dan juga pertemuan dengan Nadhirah di biliknya.
“Thanks sebab call Pak Mansor,” ucapku dengan senyuman. Nadhirah turut
melayangkan senyuman buatku.
“No big deal. Lagipun, guna kredit yang Farin share,” jelasnya. Oh,
aku terharu!
“Nanti saya
ganti balik kredit dia tu,” ujarku. Pandanganku
ditala ke sekeliling bilik. Kemas!
“Sorry la. Saya tak ada nombor Muiz,”
setelah lama membiarkan bilik itu sepi tanpa suara, Nadhirah akhirnya bersuara.
Aku tersentak. Jadi, bukan salah Muiz? Dia tak tahu apa-apa? Aku cuba mengawal
intonasi suaraku.
“Oh okey. Tak
apa.” Aku mengukir senyuman. Dalam hati hanya Allah yang tahu betapa sakitnya
hati. Betul ke dia tiada nombor Muiz
sedangkan mereka satu kelab dan sering hiking bersama-sama? Dan bukankah Atiqah
ada nombor Muiz? Takkan dia tak boleh minta dengan Atiqah, teman sebiliknya?
Aku meraup
muka beberapa kali. Cuba meredakan marah yang sedang menyala. Aku memandang handphone yang masih tidakku usik selepas
menghantar mesej memberitahu Muiz bahawa aku menunggunya di stesen bas kepadanya.
Handphone itu aku capai. Ternyata ada
mesej balas dari Muiz.
- Hah?? Sy xtau pun. Dh tu, awk dah sampai kolej ke ni?
Aku tahan
airmata agar tidak mengalir. Maafkan saya, Iz. Saya dah berburuk sangka dengan
awak.
+ Nadhirah tak bagitahu awk. Dia kata dia xde
nombor awk. Xkan tak boleh minta dgn Tqah. :’(
- Maybe dia tak ingat nak gtaw. Awk,
tenangkan fikiran dulu. Insya-Allah, ada hikmahnya apa yg jadi.
Aku biarkan
mesejnya tanpa balasan. Sakitnya hati hanya Allah yang tahu. Dia tak rasa. Dia tak
tahu aku menunggunya selama 4 jam. Dia sangat positif orangnya dan kerana positifnya
dia itu kadang kala membuatkan aku geram padanya.
***
Peperiksaan akhir akan berakhir tak lama lagi
dan aku bakal meninggalkan bumi Chendering. Bumi yang hampir tiga tahun menjadi
tempat aku menuntut ilmu. Terima kasih, Allah. Terima kasih, lecterur. Terima kasih, sahabat-sahabat.
Terima kasih semuanya.
Buku dah
kemas. Baju pun dah taruk dalam beg. Bilik yang aku kongsi bersama junior
kesayanganku itu, aku pandang sepi. Rasa syahdu mahu meninggalkan bilik yang
banyak meninggalkan memori buatku. Allah, jagakan mereka untukku. ‘Aqilah
‘Aini, Syahira dan Atikah, saya sayang awak semua kerana Allah!
“Rin, dah
siap?” Wajah Humaira’ terjengul disebalik pintu bilikku. Aku mengukir senyuman
lantas mengangguk.
“Jangan lupa
kalkulator tu,” pesan Humaira’. Aku pandang kalkulator yang berada di atas meja
itu. Kenangan Muiz. Ah, perlukah diingat lagi pada lelaki itu?
“Nak tinggal
boleh?” Aku menyoal.
“Tak
sayang?” Soalan berbalas soalan.
“Sayang.”
“Dah tu?”
Aku
mengalah. Kalkulator itu dicapai. Aku genggam seerat mungkin. Akan adakah jodoh
antara kita, Muiz? Tanpa pamitan, airmataku mengalir. Humaira’ meninggalkan aku
untuk memberi ruang aku bersendirian sebelum kami berangkat ke destinasi kami.
Allah, hanya pada-Mu aku sandarkan rasa hatiku.
Pasti Al-Busyra. Di sini aku lebih banyak mengajar diri untuk melupakan
dia. Di sini aku lebih banyak menyakinkan hati bahawa cinta tidak semestinya
untuk dimiliki. Aku pegang pada kata-kata, jika benar mahukan dia, doakan agar
Allah memberikan apa yang diingini. Yakin pada janji Allah.
“Arif, awak
buat apa tu?” soalku kepada seorang kanak-kanak yang paling nakal di Pasti itu.
“Tak ada buat
apa-apa,” balasnya seraya tersengih. Aku turut tersenyum. Wajahnya nampak
kelakar dengan gigi hadapannya yang masih tidak tumbuh.
“Ikut kakak
nak?”
“Pergi
mana?” soalnya dengan kerutan di dahi.
“Pergi
makan,” ajakku dengan lembut. Dia menggeleng pantas.
“Dah
kenyang,” jawabnya. Aku renung mata dia. Subhanallah! Sangat cantik! Matanya
yang berwarna coklat cair itu benar-benar menarik hatiku. Moga anakku nanti
juga begini. Cantik di luar dan dalam.
“Hoi,
berangan!” Jerkah Humaira’. Tersentak aku dibuatnya. Mata melilau mencari Arif.
“Eh, Arif
mana?”
“Dah balik,”
jawab Humaira’. Dia menyuakan makanan ke arahku.
“Banyaknya!”
“Nak bagi
awak gemuk!” Aku tertawa.
“Jahat!” Kami
sama-sama menikmati hidangan tengahari itu. Selepas ini kami akan menyambung
kerja kami yang menjadi sukarelawan di pusat kanak-kanak itu.
“Kalau saya nak
pinang dia, boleh tak?” Aku menyoal Humaira’. Gadis itu memandangku dengan
senyuman. Pantas dia mengangguk setuju. Adeh, semua yang melibatkan Muiz,
pastinya dia akan bersetuju.
“Saya jadi
orang tengah nak?” dia menawarkan diri. Aku tergelak. Amboi, lebih sudu dari
kuah nampak!
“Mana-mana
pun boleh. Nanti saya rangka ayat,” ujarku. Tanganku pantas menaip ayat untuk
dihantar kepada Muiz. Hailah, betul ke tidak aku ni nak meminang anak teruna
orang?
“Nah,
hantarlah,” aku berikan handphoneku
kepada Humaira’. Dengan senang hatinya dia menekan butang send.
“Kalau dia
tolak macam mana?” Aku menyoal penuh ragu.
“Dia yang
rugi,” balas Humaira’ dengan nada bergurau. Aku mengetap bibir. Bimbang akan
penerimaan Muiz terhadap pinanganku.
“Allah dah
aturkan segalanya untuk kita. Jangan bimbang. Kalau bukan Muiz, pasti ada yang
lebih baik darinya,” ujar Humaira’ menenangkan hatiku sedikit.
“Doa
banyak-banyak,” sambungnya lagi. Aku angguk persis anak murid menurut arahan
cikgunya.
Berjam-jam
juga aku menunggu balasan dari Muiz. Akhirnya penantianku terjawab. Terketar-ketar
aku membuka mesej untuk membaca mesej balasan dari Muiz. Humaira’ dah pesan
awal-awal padaku. Jika Muiz menolak, katakan padanya bahawa itu adalah mesej
darinya yang mahu mengenakan aku.
- Salam. Rin, mesej tu serius ke bergurau? Maaf
bertanya.
Aku telan
air liur. Nak jawab apa ni?
+ Mesej mana?
- Mesej awak petang tadi.
Aku menggaru
kepala. Mesej Muiz itu aku tunjuk kepada Humaira’.
“Bagitahu
dia yang saya hantar mesej tu,” ujar Humaira’.
+ Humaira’ kot.
- Owh. Terkelu sebab pasal peminangan. J
+ Kalau sy yang hantar?
- Keliru nak jawab.
Aku
mengerutkan dahi. Keliru?
+ Kenapa keliru?
- Tak tahu nak cakap macam mana. L
+ Awk tak ada perasaan yg sama mcm sy? Atau
awk suka pada org lain?
- Sy xterfikir lagi dan xbuat keputusan lagi
pasal ni.
Aku
mengenggam erat handphoneku. Aku mesti
memberitahu apa sebenarnya yang aku inginkan. Biar dia berfikir sendiri.
+ Muiz, sy yakin awk dah tahu perasaan sy pada
awk. Apa yang sy lakukan ini bukan kerana kepentingan sendiri tapi sy buat
dengan niat yg suci. Jika awk terima, sy akan tunggu awk. Tak kisah berapa
tahun pun sy perlu tunggu. Keputusan terletak pada tangan awk.
Sehingga ke saat ini
aku masih menungu jawapan darinya namun Muiz hanya diam membisu. Menggantung harapanku
tanpa memutuskan apa-apa. Jika dia menolak, katakan sahaja. Aku akan terima
dengan redha. Perlukah aku menunggu jawapannya lagi atau perlu katakan kepada
ayahku bahawa orang pertama yang meminangku akan aku jadikan dia sebagai
suamiku?
Buat Muiz
Hadi, ketahuilah bahawa saya tidak pernah jemu menunggu awak. Jika terdetik
dihati awak tentang saya, hubungi saya. Berikan saya jawapannya. Untuk kesekian
kalinya, terima kasih atas segalanya. Terima kasih kerana menjadi pelangi did
alam hidup saya.
Haram-haramkah aku
Bila hatiku jatuh cinta
Tuhan pegangi hatiku
Biar aku tak jadi melanggar
Aku cinta pada dirinya
Cinta pada pandang pertama
Sifat manusia ada padaku
Aku bukan Tuhan
Haram-haramkah aku
Bila aku terus menantinya
Biar waktu berakhir
Bumi dan langit berantakan
Aku tetap ingin dirinya
Tak mungkin aku berdusta
Hanya Tuhan yang bisa jadikan
Yang tak mungkin menjadi mungkin
Aku hanya ingin cinta yang halal
Di mata dunia juga akhirat
Biar aku sepi aku hampa aku basi
Tuhan sayang aku
Aku hanya ingin cinta yang halal
Dengan dia tentu atas ijinNya
Ketika cinta bertasbih
Tuhan beri aku cinta
Ku menanti cinta
Bila hatiku jatuh cinta
Tuhan pegangi hatiku
Biar aku tak jadi melanggar
Aku cinta pada dirinya
Cinta pada pandang pertama
Sifat manusia ada padaku
Aku bukan Tuhan
Haram-haramkah aku
Bila aku terus menantinya
Biar waktu berakhir
Bumi dan langit berantakan
Aku tetap ingin dirinya
Tak mungkin aku berdusta
Hanya Tuhan yang bisa jadikan
Yang tak mungkin menjadi mungkin
Aku hanya ingin cinta yang halal
Di mata dunia juga akhirat
Biar aku sepi aku hampa aku basi
Tuhan sayang aku
Aku hanya ingin cinta yang halal
Dengan dia tentu atas ijinNya
Ketika cinta bertasbih
Tuhan beri aku cinta
Ku menanti cinta