Assalamualaikum dan salam sayang to all readers...
Cerpen ni dah lama saya create... Dah pernah hantar kat blog 7streetwriters (
http://sevenstreetwriters.blogspot.com/)... Maybe ada yang dah baca dan maybe ada yang belum... Semoga apa yang saya sampaikan ni memberi manfaat buat kita semua...
Nur
Ain memandang wajah ibunya sekilas. Gadis
itu hanya terdiam di atas sofa di ruang tamu rumah mereka. Televisyen yang
terpasang tidak menarik minatnya saat itu. Suara ibunya lebih menggetarkan
hatinya. Perkhabaran yang dihulurkan oleh ibunya seakan satu seksaan dihatinya.
Berpinar-pinar matanya saat itu.
“Awak setuju?” Soalan
ibu mengejutkan anak gadisnya. Kedengaran gadis itu beristighfar.
“Saya tak tahu, ibu,”
jawab Nur Ain dengan suara sedikit bergetar. Dapat dirasakan badannya seram
sejuk kala itu.
“Ibu tak paksa awak,
sayang. Awak fikirlah dulu semasak-masaknya. Ambil masa secukupnya,” ujar ibu
yang mahu menyedapkan hati anaknya.
Matanya beralih ke arah
sekeping gambar yang terletak di bawah kotak baldu berwarna merah itu. Gambar
yang di terbalikkan ke belakang itu langsung tidak mengundang keinginan di hati
anak gadisnya untuk melihat wajah pemilik tuan punya kotak baldu itu.
“Bila mereka nak tahu
keputusannya, ibu?”
“InsyaAllah, minggu
depan katanya.”
Nur Ain menarik nafas
panjang lantas perlahan-lahan di hela. Ya Allah, berikan hamba-Mu ini kekuatan!
“Cepatnya..”
“Mereka nak kahwinkan
terus kalau awak setuju,” kata ibu dengan nada tenang.
“Siapa, bu? Abang ipar
saya ke?” Soal Ainul tiba-tiba. Gadis itu yang baru keluar daripada bilik
pantas mendapatkan kakak dan ibunya.
“Awak dah solat Isyak
ke ni?” Soal si kakak tanpa menghiraukan pertanyaan adik bongsunya itu.
“Dah solatlah. Ibu,
betul ke petang tadi ada orang datang merisik akak? Saya dengar bakal abang
ipar saya tu seorang arkitek.”
“Adik, awak jangan nak
menyibuklah,” pintas Nur Ain dengan wajah sedikit berkerut.
“Saya nak tahu
jugaklah. Awak tu kakak saya. Saya kena tahu siapa bakal suami kakak saya.
Betul tak ibu?” Soal gadis lincah itu lagi dengan mata bersinar-sinar. Macam
dia pulak yang nak kahwin, desis hati Nur Ain.
“Awak ni suka sangat
bergaduh dengan kakak awak. Pening ibu tau,” ujar ibu. Ainul tertawa melihat
wajah berkerut ibunya itu.
“Alah, bukan selalu
dapat kacau kakak ni. Nanti bila dia dah kahwin, tak ada peluanglah saya nak
kenakan dia,” usik Ainul. Merah padam muka Nur Ain menahan malu.
“Awak ni memang suka
usik saya la,” balas Nur Ain lantas mencubit paha si adik. Terjerit kecil gadis
itu.
“Sakitlah, kakak!”
“Padan muka!” Ibu hanya
tersenyum melihat telatah kedua-dua anaknya itu. Terubat rindunya pada suami
yang telah 5 tahun meniggalkan mereka.
“Ibu, nanti saya
bagitau ibu balik ye,” ujar Nur Ain seraya mengenggam tangan si ibu.
“Baiklah, sayang. Ibu
tahu awak akan buat pilihan yang terbaik untuk diri awak,” kata ibu lantas
mengusap tangan anaknya itu. Ainul hanya tersenyum.
“Saya masuk bilik dulu,
ibu,” pinta Nur Ain apabila rasa mengantuk sudah bertandang. Dia memang begitu.
Seawal pukul 11 malam, dia sudah siap sedia untuk beradu. Apabila menjelang
sepertiga malam, gadis itu akan bangkit untuk berdating dengan pemilik hatinya.
Nur Ain mencium tangan
si ibu dan merangkul badan tua itu seerat-eratnya. Setelah meminta maaf
daripada ibu, giliran Ainul pula meminta maaf daripada si kakak dan bersalaman
dengan Nur Ain.
“Selamat malam, akak!
Sayang akak ketat-ketat,” ujar Ainul dengan ketawa manjanya.
“Akak sayang awak
jugak,” balas Nur Ain seraya mengusap ubun-ubun si adik dengan penuh kasih.
“Ain, awak tak nak
tengok gambar dia?” Soal ibu.
“Biarlah jadi rahsia,
bu,” ujar Nur Ain. Matanya memandang belakang gambar itu sekilas. Tertera
nombor telefon di salah satu sudut gambar itu. Mungkinkah nombor lelaki itu?
“Ibu simpan dulu ye,”
pinta ibu. Nur Ain mengangguk laju. Ibu tersenyum bangga. Abang, ini anak abang
yang abang asuh dulu. Anak abang yang abang didik agar menjadi seorang muslimah
sejati. Alhamdulillah, abang. Nur Ain membenarkan impian abang menjadi
kenyataan, desis hati ibu.
Nur Ain melangkah masuk
ke biliknya yang terletak di sebelah bilik ibu. Sebaik sahaja masuk ke bilik,
gadis itu perlahan-lahan menapak ke arah meja studinya. Laci di tarik. Diari
kesayangannya itu di ambil lantas di belek satu persatu muka surat yang penuh
dengan tulisan tangannya. Di dalam hati, doanya tidak putus-putus buat Yang
Esa.
Ya Allah, jika benar
dia adalah jodohku Kau bukakanlah hatiku untuk menerima dirinya. Kau dekatkan
kami dengan ikatan suci, rapatkan kami dengan mengikut sunnah Nabi dan redhakan
hati kami untuk saling mencintai sehingga ke syurga-Mu.
Nur Ain terhenti pada
satu halaman yang paling akhir. Tertulis di situ dengan dakwat pen berwarna
merah. Berkali-kali Nur Ain membacanya sehingga gugur airmata gadis itu. Rasa
takut menyelinap ke segenap urat nadi. Rasa bersalah menghantui dirinya.
Ya Allah, berdosakah
aku seandainya aku masih punya rasa buat dirinya? Ibu, maafkan saya. Ternyata
saya masih belum mampu melupakan dirinya. Ya Allah, berikan kekuatan untukku
agar aku mampu memberi ruang hatiku untuk bakal suamiku. Airmata gadis itu
terus menitis. Tidurnya di temani rasa gentar terhadap pemilik hidup dan
matinya.
*****
Nur Ain menundukkan
wajahnya. Rasa malu yang menebal membuatkan dia menunduk menjaga pandangan
matanya. Teringat tentang satu sabda Rasulullah yang pernah di baca di dalam
blog seorang ukhti. Maksudnya “ Malu dan iman itu bergandingan bersama, bila
salah satu di angkat maka yang lain pun akan terangkat.” (HR. Al Hakim dalam
Mustadroknya 1/73. Al Hakim mengatakan sesuai syarat Bukhari Muslim, begitu
pula Adz Dzahabi).
“ Assalamualaikum..”
Lembut suara itu menyapa di pendengaran Nur Ain namun gadis itu sangat segan
untuk memandang empunya suara itu.
“Wa’alaikumsalam..”
Jawab gadis itu serentak dengan Wardah, teman baiknya. Kaki Nur Ain seakan
terpaku mengadap pintu bilik guru itu. Matanya hanya memandang kasut milik
orang yang memberi salam itu. Head
prefect?
“Awak berdua nak jumpa
Cikgu Azmi ke?”
“Ya. Awak nak jumpa
cikgu jugak ke?” Soal Wardah kembali. Matanya memandang lelaki yang berkulit putih
dan bercermin mata itu. Senyuman ikhlas menghiasi wajah jernihnya. Terpaku
Wardah sesaat namun segera beristighfar menghalau bisikan-bisikan syaitan yang
menyesatkan.
Nur Ain terdiam
menunduk melihat kasut sekolah berwarna hitamnya. Dia tahu dia sedang
berhadapan dengan siapa. Seorang anak muda yang di segani kerana kepimpinan dan
kewibawaannya. Ciri-ciri seorang lelaki beriman ada pada lelaki itu menjadi
idaman semua muslimah yang bakal menjadi seorang isteri. Nur Ain terasa
nafasnya tersekat. Jantungnya semakin laju bergerak seperti pacutan kuda di
tengah padang.
“Tak. Saya datang nak
jumpa Sir Fahmy tapi dia tak ada,” jawab lelaki itu penuh sopan. Matanya
mengerling ke arah teman Wardah yang masih diam membisu. Cantik!
“Astaghfirullahalazim..”
Perlahan suara itu keluar dari bibir merah lelaki itu namun dapat di tangkap
oleh telinga Nur Ain.
“Saya pergi dulu.
Assalamualaikum..” Sebaik sahaja kedua-dua gadis itu membalas salamnya,
bergegas anak muda itu berlalu. Tangannya memegang dada sendiri. Terasa degupan
jantungnya yang rancak berdenyut. Setiap langkahnya dialunkan dengan zikir. Dia
cuba menghalau iras sipi gadis yang mula mendapat tempat di hatinya. Ya Allah,
jika ini permainan syaitan Kau jagalah hatiku ini.
Wardah menyiku lengan
Nur Ain yang masih menunduk. Pantas gadis itu memandang wajah Wardah yang
kelihatan gembira itu. Keningnya di angkat ala-ala Ziana Zain.
“Handsome betul head prefect
tu,” puji Wardah tanpa segan silu. Terpana Nur Ain seketika naum dia
cepat-cepat beristighfar.
“Alhamdulillah.
Kurniaan Allah untuk dia,” balas Nur Ain. Wardah tersengih malu apabila
menyedari kesilapan diri sendiri.
“Jomlah masuk jumpa
cikgu,” ajak Nur Ain. Dia tidak betah berada di hadapan pintu bilik guru itu
lama-lama. Tudung labuh berwarna biru yang dipakainya sedikit beralun di tiup
angin.
Lagu Cinta Terakhir
nyanyian Aiman mengejutkan gadis itu. Hilang semua ingatannya ketika zaman
sekolah dahulu. Wajah Wardah menghiasi skrin handphone Nokia pemberiaan arwah
ayahnya. Gadis itu pantas menekan butang berwarna hijau.
“Assalamualaikum..”
Lembut suara Wardah menyapa pendengaran Nur Ain.
“Wa’alaikumsalam. Mak
buyung apa khabar?” Soal Nur Ain dengan senyuman. Tergelak Wardah di hujung
talian.
“Alhamdulillah. Saya
sihat, baby pun sihat,” jawab wanita muda yang bakal menimang cahaya mata
sulung itu.
“Abi baby?”
“Abi dia pun sihat.
Siap ambil cuti seminggu lagi semata-mata nak jaga isteri tersayang dia ni,”
cerita Wardah dengan nada ceria. Rasa cemburu terselit di ruang hati Nur Ain
terhadap teman baiknya itu. Betapa bahagianya temannya itu kerana di kurniakan
suami yang penyayang dan Alhamdulillah seorang imam yang soleh.
“Alhamdulillah.
Beruntunglah awak dapat Doktor Hadi tu.”
“Awak tu bila lagi?
Umur pun dah masuk 22 tahun. Belajar dah sampai tahap Master. Kerja je belum. Takkan
tak ada rasa nak berumah tangga lagi?” Soalan Wardah menghantar perasaan sebak
kepada Nur Ain. Siapa yang tidak mahu punya suami? Siapa yang tidak mahu punya
keluarga sendiri? Sabda Rasululah S.A.W “Wahai pemuda-pemuda, sesiapa sahaja di
antara kamu yang berkemampuan untuk berkahwin maka berkahwinlah kerana dengan
berkahwin dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri.” (Riwayat
Bukhari danMuslim)
“InsyaAllah, suatu hari
nanti yang Allah S.W.T dah tetapkan untuk saya,” jawab Nur Ain penuh makna.
*****
Nur Ain melakukan solat
sunat Istikharah selama seminggu berturut-turut setiap kali gadis itu bangun
untuk berdating dengan pemilik jiwanya. Hatinya tenang. Jiwanya sudah tidak
resah. Hilang segala ketakutannya selama ini. Rasa yakin terhadap Ilahi bahawa
Allah memberi yang terbaik untuk umat-Nya mendorong Nur Ain mengambil keputusan
itu.
Firman Allah S.W.T “
Dan boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi
kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah
jualah yang mengetahui (semuanya itu) sedang kamu tidak mengetahuinya.”
(al-Baqarah (2) : 216)
Bersandarkan kepada
keyakinan dan kecintaan kepada Yang Esa, dia membuat keputusan itu. Dia akan
memberi kata putus itu kepada ibunya dengan penuh yakin. Semoga ibu mampu
menerima keputusannya dengan hati terbuka.
Pagi itu Nur Ain
menolong ibunya menggoreng nasi untuk sarapan pagi mereka bertiga. Ainul masih
lagi berselimut. Mentang-mentanglah dia cuti, sesuka hati sahaja dia bangun
lewat. Nur Ain sudah banyak kali mengejutkan adiknya itu namun Ainul sengaja
mengeraskan diri tidak mahu bangkit daripada tidur seperti esok tiada tidur
buatnya lagi
“Ain, macam mana?”
Soalan pertama ibu padanya pagi itu mengundang senyum Nur Ain.
“Ibu rasa macam mana?”
Soal Nur Ain kembali. Mahu berteka-teki dengan ibunya. Wanita separuh umur itu
tersenyum penuh makna.
“Ibu menurut saja
keputusan awak,” jawab ibu. Tangannya ligat memotong sayur kangkung.
“Alhamdulillah, bu.”
Hanya itu yang mampu Nur Ain ungkapkan. Ibu tersenyum lebar. Lega hatinya
mendengar jawapan yang dikias oleh Nur Ain itu.
“Alhamdulillah..” Ucap
ibu.
*****
Nur Ain binti Naim.
Bergelar seorang isteri kepada seorang lelaki bernama Mohd Adam Azfar memberi
satu kebahagian buat dirinya. Rasa kesyukuran dipanjatkan kepada Allah S.W.T.
Seram sejuk tangan Nur Ain mengenggam tangan suaminya lantas di cium penuh
hormat. Adam tersenyum bahagia kerana impiannya untuk memiliki Nur Ain menjadi
kenyataan.
“Adam, ciumlah dahi
Ain..” Usul satu suara. Nur Ain tersentak. Mahu sahaja dia berkata tidak namun
kata-kata itu tidak terluah. Dia diam membisu. Hanya menunggu tindakan dari suaminya.
Di minda sudah teringat-ingat mengenai jawapan tentang hukum mencium isteri selepas
akad nikah di khalayak ramai. Satu persatu ayat-ayat itu menerjah masuk ke
kotak mindanya.
Haram jika ada bukan
mahram di majlis itu, makruh jika ada tetamu yang tidak suka dengan perbuatan
itu dan haram hukumnya jika niat ingin tiru cara orang kafir. Lebih afdal tidak
cium dahi/pipi/mulut. Memadai dengan bersalaman dan cium tangan jika ingin
meneruskan tradisi ‘batal air sembahyang’.
“Maaflah. Saya terpaksa menolak..” Suara itu
serta merta membuatkan Nur Ain tersenyum gembira. Wajahnya diangkat merenung
wajah suaminya. Terkedu dia seketika. Wajah itu.. Adam. Ya Allah!
Berdua-duaan dengan
seorang lelaki di dalam satu bilik membuatkan Nur Ain rasa sedikit ganjil
biarpun lelaki itu adalah suaminya sendiri. Dada Nur Ain berdebar-debar sejak selesai
mengaminkan doa solat Isyak berimamkan suami sendiri buat kali pertama.
“Penat?” Soal Adam
apabila melihat wajah keletihan Nur Ain.
“Sikit-sikit..” Ada
getar di dalam suara lembut itu. Adam tertawa. Nur Ain terpinga-pinga.
“Kenapa ni? Berdebar
ke?” Nur Ain rasa seperti batu menghempap kepalanya saat itu. Merah padam
mukanya menahan malu. Di kerling suaminya yang santai di atas katil mereka
dengan buku di tangan.
“Mana ada,” sangkal Nur
Ain yang kaku di depan cermin soleknya. Rambutnya yang bertocang satu itu
beralun mengikut rentak badannya.
“Tak sangkakan.. Enam
tahun kita tak jumpa tapi tup-tup jadi suami isteri,” ujar Adam seraya tangan
menggamit Nur Ain mendekatinya. Perlahan-lahan Nur Ain mengatur langkah
mendekati suaminya.
“Nur..” Panggil Adam
lembut. Nur Ain di sisi tersipu malu. Teragak-agak dia memandang suaminya.
“Ingat masa kali
pertama kita jumpa? Depan pintu bilik guru?”
Adam mula membuka
cerita lama mereka. Nur Ain mengangguk.
“Abang jatuh cinta
pandang pertama kat Nur masa itulah. Nur pemalu sangat. Comel,” puji Adam
jujur.
“Abang jatuh cinta pada
Nur?”
“Ya. Sejak hari tu,
tiap-tiap kali lepas solat abang akan berdoa moga-moga Allah jodohkan abang
dengan Nur. Alhamdulillah, Dia memakbulkan doa abang setelah bertahun-tahun
abang menunggu dengan sabar,” tulus ikhlas lelaki itu mengaku.
“Subhanallah!” Hanya
itu yang mampu di ungkap Nur Ain. Sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa.
“Nur juga macam abang.
Sejak kita berjumpa, Nur selalu berdoa agar jodoh Nur dengan abang namun jika
bukan Nur redha. Nur harap semoga Allah akan mengurniakan seorang lelaki yang
terbaik untuk Nur,” akui Nur Ain.
“Alhamdulillah. Jodoh
Nur dengan abang. Semoga jodoh kita kekal hingga ke syurga ye, sayang,” doa
Adam lantas memeluk isterinya. Satu ciuman singgah di dahi isterinya itu.
“Abang, Nur ada sesuatu
untuk abang..”
Nur Ain mengatur
langkah ke arah meja studinya. Laci di tarik. Diarinya di ambil lantas di bawa
kepada suaminya. Adam menyambut huluran Nur Ain dengan perasaan pelik.
“Bacalah..”
Mata Adam terpaku pada tulisan
tangan dengan dakwat pen berwarna merah isterinya.
Buat DIA YANG MENJADI
IDAMAN HATI..
Ya
Allah…
Seandainya
telah Kau catatkan dia milikku dan tercipta untukku..
Satukanlah
hatinya dengan hatiku..
Titipkanlah
kebahagiaan antara kami..
Agar
kebahagiaan itu abadi..
Ya
Allah ya Tuhanku yang Maha Mengasihani..
Seiringkanlah
kami melayari hidup ini..
Ketepian
yang sejahtera dan abadi..
Maka
jodohkanlah kami..
Tetapi
ya Allah…
Seandainya
telah Kau takdirkan dia bukan milikku..
Bawalah
dia jauh daripada pandanganku..
Luputkanlah
dia daripada ingatanku..
Dan
peliharalah aku daripada kekecewaan..
Ya
Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti..
Berikanlah
aku kekuatan..
Menolak
bayangnya jauh ke dada langit..
Hilang
bersama senja nan merah..
Agarku
senantiasa senang..
Walaupun
tanpa bersamanya..
Ya
Allah yang tercinta..
Pasrahkan
aku dengan takdir-Mu..
Sesungguhnya
apa yang telah Engkau takdirkan..
Adalah
yang terbaik untukku..
Sesungguhnya
Engkau Maha Mengetahui..
Segala
yang terbaik untuk hamba-Mu ini..
Cukuplah
Engkau sahaja menjadi pemeliharaku di dunia dan akhirat..
Dengarlah
rintihan dari hamba-Mu yang dhaif ini..
Janganlah
Engkau biarkan aku sendirian..
Menjerumuskan
aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran..
Maka
kurniakanlah aku pasangan yang beriman..
Agar
aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup..
Ke
jalan yang Engkau redhai..
Dan
kurniakanlah aku keturunan yang soleh dan solehah..
Ya
Allah..
Berikanlah
kami kebahagiaan di dunia dan akhirat..
Dan
periharalah kami dari azab api neraka..
Amin..
Ya Rabbal’alamin.
M.
ADAM AZFAR
“Untuk abang?” Soal
Adam. Nur Ain mengangguk. Adam memandang tarikh catatan hati isterinya itu. 3
JUN 2009. 6 tahun yang lepas. Sehari selepas pertemuan mereka. Airmata
kesyukuran menitis menuruni pipi Adam. Segera lelaki itu melakukan sujud
syukur. Betapa besarnya kurniaan Allah S.W.T kepadanya.
Maksud firman Allah
S.W.T “Hai orang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan
tetaplah waspada dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.” (QS Ali
Imran : 200)
Nur Ain mendapatkan
Adam. Di seka airmata lelaki itu. Rsa syukur tidak henti-henti di panjatkan
kepada Allah S.W.T.
“Terima kasih sayang
sebab terima abang,” ucap Adam.
”Sama-sama abang.” Adam
tersenyum manis.
“Abang, Nur nak tanya
sesuatu.”
“Apa dia? Tanyalah..”
“Macam mana mak boleh
masuk merisik Nur?”
“Wardah yang rancang,”
jawab Adam jujur.
“Kenapa abang bagi
nombor telefon abang?”
“Nak uji bakal isteri
abang. Nak tahu kesabaran dan keyakinan Nur pada Allah S.W.T. Jika Nur call abang,
mesti Nur tidak yakin dengan apa yang Nur rasa selepas Nur buat solat sunat
istikharah tu.” Nur Ain tersenyum.
“Abang tahu Nur tak
pernah tengok gambar abang tu,” kata-kata Adam mengejutkan Nur Ain.
“Macam mana abang..”
“Ibu bagitau sehari
sebelum kita kahwin,” pintas Adam.
Nur Ain bahagia.
Bahagia yang tidak terucap dengan kata-kata. Alhamdulillah, kesabarannya
menunggu suaminya di makbulkan Allah dengan menjodohkan mereka berdua. Semoga
cinta mereka di redhai Allah dan semoga mereka bercinta sehingga ke syurga.
InsyaAllah. Selamat datang cinta ke dalam hidup kami.
SEKADAR RENUNGAN BERSAMA : "Jika ALLAH SWT
memakbulkan doamu, maka Allah meneguhkan kepercayaan mu kepadaNya",
"Jika ALLAH SWT
menangguhkan doamu, maka ALLAH menguji kesabaranmu",
Jika ALLAH SWT TIDAK
MEMAKBULKAN doamu, maka ALLAH telah merancang sesuatu yang lebih baik buatmu".
Sumber-sumber :